Monday, May 22
PRASARANA RANGSANG SEMANGAT KECEMERLANGAN KERJA MELALUI ‘PEARL’
Selaras dengan aspirasi untuk menjadi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam terpilih yang berkelas dunia, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – peneraju dalam transformasi sistem pengangkutan awam urban – memperkenalkan program khas ‘PEARL’ bagi merangsang staf dan kakitangannya menyerlahkan kehebatan dalam bertugas.
Dilancarkan pada 10 November tahun lepas, PEARL atau ‘Prasarana Employee Appreciation & Recognition for Life’ adalah program khas Prasarana, yang dilaksanakan secara berstruktur dalam menyatakan penghargaan dan memberi pengiktirafan kepada staf yang menyerlahkan kehebatan dalam melaksanakan tugas harian mereka di Kumpulan Prasarana dan anak-anak syarikatnya.
Prasarana hari ini mengiktiraf 113 staf dan sebagai kumpulan pertama penerima Anugerah PEARL untuk suku pertama 2017. Tiga lagi kumpulan akan diiktiraf tahun ini untuk suku kedua, ketiga dan keempat untuk tahun ini sebelum dua orang daripada mereka akan dinamakan sebagai staf terhebat Kumpulan Prasarana untuk tahun 2017 di bawah dua kategori pemilihan.
Di antara mereka menjadi penerima hari ini termasuklah kapten bas, kapten tren LRT dan monorel, para pegawai perkhidmatan pelanggan dan anggota polis bantuan serta staf untuk perkhidmatan kongsi bersama daripada jabatan-jabatan Kewangan, Pentadiran dan Fasiliti, Modal Insan, Pusat Panggilan Bantuan, unit media sosial dan staf Unit Kreatif.
Diadakan di Maju Junction Mall, Kuala Lumpur, sijil penghargaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz dan Ketua Divisyen Modal Insan Kumpulan Prasarana, Encik Abdul Mutallif Abdul Manaf.
Sementara kategori pertama penerima adalah di bawah Pujian Awam (Public Commendation) berdasarkan kepada komen dan pujian yang diberikan oleh para pelanggan dan pemegang taruh untuk Kumpulan Prasarana dan anak-anak syarikatnya khususnya melalui media sosial, kategori kedua adalah berdasarkan penghayatan nilai-nilai InFORM, yang menjadi prinsip bekerja yang disemai di kalangan seluruh warga kerja Kumpulan Prasarana.
Kebanyakan komen-komen positif dan pujian daripada orang awam dan pemegang taruh adalah atas sikap kejujuran dan integriti dalam tugas di mana apa barangan bernilai yang tertinggal di dalam bas dan tren seperti dompet, beg duit, beg tangan, telefon mudah alih dan komputer riba dipulangkan dengan selamat dalam keadaan sediakala.
Di kalangan Kapten-kapten Bas dan Kapten tren LRT dan monorel serta anggota Polis Bantuan, mereka dipuji kerana menjalankan kerja dengan sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa serta menolong para penumpang yang memerlukan bantuan khususnya di kalangan golongan kurang upaya.
Diperkenalkan di bawah program transformasi ‘Go Forward Plan’ pada 2011, InFORM adalah kata singkatan yang dicipta daripada elemen-elemen ‘Integrity & Honesty’ (Integriti dan Kejujuran); ‘Freedom in Responsibility’ (Kebebasan Dalam Tanggungjawab), ‘Openness’ (Keterbukaan), Resourcefulness (Berkemahiran), dan ‘Mutual Respect’ (Saling Menghormati).
Selain program PEARL, Prasarana, melalui Divisyen Modal Insan, turut melaksanakan melaksanakan pelbagai inisiatif lain dalam memperkasakan nilai-nilai ‘InFORM’, yang menjadi sandaran untuk menjadikan staf dan kakitangan Kumpulan ini dan anak-anak syarikatnya para pekerja berkualiti tinggi bagi membolehkan penghasilan kualiti perkhidmatan berkelas dunia kepada para pelanggan dan pemegang taruh.
Satu daripadanya adalah kempen ‘SMILE’, yang merupakan kata singkatan kepada program ‘Senyuman Mesra dan Ikhlas, Layanan Efisien’ dan akan dimulakan tahun ini dengan melibatkan staf dan kakitangan daripada seluruh Kumpulan Prasarana dan anak-anak syarikatnya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.