Bergandingan dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad, Rapid Rail Sdn Bhd – anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengendalikan operasi rel - hari ini bersama-sama melancarkan Projek Telekung sebagai satu ibadah untuk memudahkan urusan umat Islam yang menggunakan perkhidmatan LRT dan Monorel Rapid KL.
Sumbangan telekung dan kelengkapan solat itu telah disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Dato’ Hj. Mohd Redza Syah Abdul Wahid pada satu majlis yang diadakan di Stesen LRT Masjid Jamek di sini hari ini.
Berucap pada majlis berkenaan, Ir. Zohari berkata telekung dan segala kelengkapan itu akan diselenggara dan dibersihkan dari masa ke semasa oleh staf dan kakitangan stesen-stesen LRT dan monorel berkenaan.
“Saya ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Bank Muamalat atas inisiatif ini, yang akan memberi manfaat kepada staf Rapid Rail dan juga sebahagian besar pengguna perkhidmatan LRT dan monorel yang beragama Islam. Semoga Bank Muamalat terus dilimpahkan rezeki untuk terus menjalankan projek-projek amal ini,” kata Ir. Zohari, yang turut mengumumkan inisiatif Rapid Rail untuk menyediakan juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini.
Dalam ucapan beliau, Hj. Mohd Redza Syah berkata projek berkenaan adalah komitmen jangka panjang daripada Bank Muamalat sebagai sumbang khidmat sosialnya kepada masyarakat khususnya pengguna perkhidmatan LRT dan monorel.
“Apa yang disumbangkan oleh kami ini adalah teramat kecil berbanding dengan jasa dan bakti Prasarana dan Rapid Rail dengan menyediakan surau-surau dan tempat solat yang selesa. Sumbang ini adalah hanya ‘a drop in the ocean’ berbanding dengan apa yang anda lakukan,” kata beliau.
“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada semua pengguna LRT dan monorel dengan penyediaan kelengkapan solat seperti telekung, sejadah, tasbih, dan kain pelikat untuk kegunaan beribadah” katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.