Thursday, July 6
APA YANG ADA PADA FELDA.........?
Banyak cerita positif dan kejayaan anak anak Felda yang peneroka boleh banggakan. Cerita cerita ini lebih baik dikongsi dan disebar berbanding dakwaan, cerita karut dan fitnah yang dibawa oleh pembangkang.
Jasa Tun Abdul Razak mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) amat besar. Allahyarham Tun Razak pernah sebut ‘land for the landless’. Mereka yang tak ada tanah diberikan tanah 10 ekar (4 hektar). Kini lebih bukan sekadar tanah, lebih daripada itu yang peneroka dapat.
Kesannya sampai kepada generasi yang keempat sekarang. Anak, cucu dan cicit peneroka generasi pertama mendapat kesan. Pencapaian dan cerita positif ini yang orang Felda harus kongsi dan banggakan.
Tahukah anda siapakah Ikon Sukan Felda? Beliau adalah Mohamad Ridzuan Mohamad, atlet paralimpik yang menang emas acara 100 meteri di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 2016.
Ridzuan adalah cucu kepada peneroka Felda di Kampung Sertik, Wilayah Mempaga dan anak kepada pemandu kenderaan di Felda Wilayah Alor Setar. Hebat anak Felda, mampu menang emas di peringkat dunia.
Sebagai contoh di tahun 2014, sekumpulan anak-anak peneroka FELDA telah berjaya menimba ilmu di luar negara dengan mengikuti program akademik di London melalui Program Generasi Global yang dijayakan oleh Felda Global Venture dan Universiti Lim Kok Wing. Ini adalah inisiatif pertama kali buat anak-anak FELDA sehingga mereka berjaya memperoleh ijazah dan diploma di London.
Pada beberapa tahun lalu, tujuh anak peneroka FELDA telah berjaya mengikuti projek Everest FELDA. Projek Everest FELDA itu dianjurkan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dan mendapat sokongan serta tajaan FELDA, FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Majlis Belia FELDA Malaysia.
Seorang anak peneroka FELDA bernama Siti Hanisah Sharuddin, 23 (2013), yang merupakan anak jati Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan telah menjadi wanita termuda negara berjaya menakluk puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter. Misi menakluk Gunung Everest itu diadakan sekitar tahun 2013.
Anak seorang Peneroka Felda Gemas Negeri Sembilan, Azmir Jaafar telah menjejakkan kaki di Universiti Georgia, Amerika Selatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Pemakanan (Diet Klinikal). Bermula dengan hanya sebagai Pengurus Pelatih McDonald's sahaja, kemudian memegang jawatan Pengarah Urusan McDonald's Malaysia.
Selepas itu Azmir ke China, memegang jawatan sebagai Naib Presiden/Ketua Pegawai Pembangunan. Azmir membuka lebih daripada 1,100 restoran dalam tempoh lima tahun di sana.
Bermula penubuhan Felda pada 1 Julai 1956. "Felda Hanya 1 Di dunia” bertapak dari penerokaan hutan dan berubah menjadi komuniti maju. Sesungguhnya tiada program pembangunan rakyat miskin di luar bandar yang berjaya seperti Felda.
Rancangan pertama Felda, yang bermula di rimba Lembah Bilut, Pahang. Kini sudah berkembang dengan 317 tanah rancangan di seluruh negara, dan menempatkan hampir dua juta keluarga peneroka.
Felda menjadi model contoh kepada negara-negara lain yang ingin melaksanakan konsep penyusunan semula tanah di negara mereka. Sierra Leone, Columbia, Laos dan Myanmar mahu meniru konsep Felda.
Pembangkang hanya pandai menuduh Malaysia kononnya menjual kedaulatan bila berbaik baik dengan China. Hasil hubungan baik itu menguntungkan peneroka Felda, bila Presiden Xi Jinping mahu membeli lebih banyak minyak kelapa sawit dari Malaysia.
"Dahulu harga minyak kelapa sawit RM2,300 setong tetapi hari ini telah mencapai RM3,100 setong... yang untungnya siapa? 550,000 pekebun kecil dan peneroka Felda dan saya mahu harga ini naik lagi," kata Datuk Seri Najib.
Pada 21 hingga 23 Julai 2017 ini akan diadakan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya. Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia akan turut diadakan sempena sambutan Hari Peneroka ini. Tentunya banyak lagi cerita kejayaan yang boleh dirasai dan dilihat sendiri oleh rakyat Malaysia. Ini adalah acara "showcase" kejayaan kejayaan peneroka Felda.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.