Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi berharap seluruh rakyat Malaysia akan bangkit bersama-sama untuk memberi sokongan bagi menyemarakkan semangat juang atlit-atlit negara pada temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (KL2017) yang bakal bermula pertengahan bulan ini.
Tun Abdullah, yang mengunjungi Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil di sini hari, turut merakamkan rasa kekaguman atas transformasi yang telah dilakukan terhadap kompleks sukan berkenaan khususnya Stesen LRT Bukit Jalil, yang kini berwajah baru.
Tun Jeanne Abdullah bersama Kapten Tren LRT Siti Nur Asnene bt Tajuddin
Diringi oleh isterinya, Tun Jeanne Abdullah dan disertai oleh beberapa anggota keluarga lain, rombongan Perdana Menteri Malaysia kelima itu pergi ke kompleks sukan berkenaan dengan menggunakan perkhidmatan Rapid KL LRT Laluan Sri Petaling, yang dijangka menjadi mod pengangkutan awam utama untuk ke temasya sukan berkenaan.
Naik dari Stesen LRT Hang Tuah, Tun Abdullah menyatakan rasa gembira terhadap perkhidmatan berkenaan dan menyarankan para peminat yang ingin ke Kompleks Sukan Bukit Jalil untuk datang ke acara-acara yang dipertandingkan di sana.
Selain menjadi gelanggang utama untuk trek dan balapan di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil yang turut acara pembukaan dan penutup temasya sukan berkenaan, acara-acara lain yang akan diadakan di sekitar Bukit Jalil adalah akuatik, badminton dan hoki padang.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.