Monday, October 30

KENA BAYAR UNTUK BERJUMPA TRUMP.......?


Kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan sesen pun untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam lawatan kerja tiga hari pada September lalu.

Ia ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sambil menyindir bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup berbelanja sehingga berjuta ringgit untuk menemui George W Bush pada 2002 yang lalu.

Sebelum ini Dr Mahathir pernah dikritik sebagai hipoktrit apabila sanggup berbelanja RM7 juta demi menemui Bush, melalui seorang pelobi.

"Jemputan Trump dibuat atas urusan kerajaan. Saya tak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan jemputan tersebut. Pendahulu saya (Dr Mahathir) melakukan perkara tersebut untuk mendapatkan jemputan Bush.

"Kita tidak mengamalkan kaedah itu. (Itu dilakukan) pendahulu saya (yang kini) diterima pembangkang sekarang," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Tanpa melobi, Najib berkata dirinya tetap mempunyai hubungan yang baik dengan AS sebagai satu kuasa besar dunia, malah perkara itu dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada Malaysia.

"Walaupun saya tak duduk di Blair House tetapi saya ada jemputan bermain golf dengan Trump. Malah Trump juga hantar saya ke kereta.

"Kita tak payah sebut perkara ini. Soalnya, dasar kita tetap mendapat penghormatan tinggi dari pentadbiran AS," kata Najib.

Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan penginapan rombongan Malaysia ke AS pada 11 hingga 13 September lalu di Hotel Trump International.

Selain bertanyakan apakah rakyat Malaysia 'membayar' kos penginapan tersebut, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengajukan sama ada Malaysia menukar dasar perdagangan dan pelaburan daripada neutral kepada 'mesra-AS'.

"Kita bukan menukar dasar luar negara kerana ia memang berasaskan kepada soal prinsip. Kita tidak akan ubah hanya kerana mengikut keadaan dan situasi," tegas Najib.

Tegas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan AS dari segi pelbagai sektor mampu menjana manfaat terbesar, terutama dalam ekonomi negara.

"Saya menjangkakan bahawa dengan langkah ini bahawa dalam jangka masa sederhana dan panjang, kita akan lihat kepada peningkatan hubungan ekonomi, penambahan pelaburan dan sebagainya.

"Inilah antara kejayaan yang akan kita kecapi apabila ada hubungan baik dengan negara dan kuasa besar, bukan sahaja AS, tetapi dengan semua kuasa-kuasa besar," ujar Najib.

2 comments:

  1. APA dahhh....si mamat bodoh maslan kata. Cybertroopers umno akan menang dalam peperangan cyber. Engkau ni baru berhijrah ke bumi malaysia Ker? Namalah diantara salah satu cyber umno yang tidak mengatakan. Si ketua perompak najib umno menjanjikan pada si donald duck trump. "Malaysia will Make America Great Again!!!".
    Lu ingat trump kasi free ker penginapan di hotelnya oleh si kepala perompak yang terkenal didunia bernama najib berserta kesemua pengiringnya menginap dihotelnya? Bertamadun lah sikit Bob. Kita tidak lagi hidup dalam gua. Hanya umno najib maseh menyangkakan, para tok2 dan nenek2 ketika ini yang maseh boleh diperbodohkan. Dan mereka mereka ini hanya tinggal 1/9. Yang dewasa ini mereka sudah pun mengerti. Umno/BN bukan Malaysia dan Malaysia bukan milik bn atau umno, atau dari apa jua jenama parti. Rakyat Malaysia hampir keselurohanya sudah pun matang. Yang maseh belum matang hanyalah umno atau bn berserta para cyber yang bodoh sebodoh maklok maslan dan keruak. Yang ketinggalan zaman Dan maseh mempecayai berita dari TV3,Utusan,Berita Harian dan sewaktu dengan nya. Lu tanyalah jampok. Naper si kepala perompak, penipu, penakut najib "want to make America Great Again".

    ReplyDelete
  2. ko cita sikit apa kebaikan pembangkang dh buat utk malaysia dan rakyat2 nya.. haha.. satu contoh pun dh bagus

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.