Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, semua soalan yang beliau kemukakan melalui empat kenyataan media dengan yang terakhir pada 24 Mei lalu tidak dijawab.
"Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Lim Hock Seng pada sidang media 25 Mei menyatakan itu adalah kali terakhir jawapan diberi kepada soalan-soalan saya.
"(Namun) Ingin saya tegaskan, kenyataan Hock Seng kononnya beliau sudah menjawab semua soalan saya adalah tidak tepat dan agak mengelirukan.
Bercakap berbelit-belit tidak sama dengan memberi jawapan memuaskan terhadap persoalan yang saya bangkitkan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.
Kenyataannya itu bagi mengulas mengenai projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.34 bilion membabitkan 44.52 hektar tanah di Seri Tanjung Pinang II yang diberikan kerajaan Pulau Pinang kepada Consortium Zenith BUCG (CZBUCG).
Abdul Rahman berkata, beliau mengemukakan tiga kali soalan mengenai tanah yang diberi kepada Consortium Zenith-BUCG (CZBUCG) sama ada dijual serta-merta atau setuju untuk dijual pada harga antara RM845 kaki persegi (kps) hingga RM1,300 kps.
Katanya, Hock tidak memberikan penjelasan sepatutnya sebaliknya menegaskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) membuat penilaian ke atas tanah dimaksudkan pada kadar RM475 kps.
"Selepas didesak buat kali keempat, Hock Seng memberi jawapan mengejutkan iaitu sebarang penjualan tanah antara CZBUCG dan pihak ketiga adalah `transaksi sulit'.
"Saya mendapati jawapan ini sebagai tidak bertanggungjawab kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sudah membuat pembayaran dan bersetuju memindahkan tanah kerajaan negeri kepada syarikat swasta.
"Syarikat berkenaan dengan pantas menandatangani perjanjian untuk menjual tanah terbabit kepada syarikat lain pada harga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding penilaian JPPH. Ini adalah penilaian sama yang disifatkan Hock Seng sebagai nilai tanah berkenaan.
"Beliau memperlekehkan desakan saya dengan merujuk penjualan itu sebagai `transaksi sulit'," katanya.
Mengenai soalan mengenai Kerajaan Pulau Pinang seolah-olah membayar keseluruhan kos pembinaan projek, namun dibenarkan mengutip konsesi tol selama 30 tahun yang mana aturan itu tidak pernah dilakukan dalam mana-mana perjanjian konsesi di Malaysia - atau di dunia, Hock Seng memberikan jawapan berbeza.
"Awalnya beliau berkata ia disebabkan Kerajaan Pulau Pinang tidak memiliki kepakaran untuk menyelenggara terowong berkenaan. Bagaimanapun, dalam sidang media berasingan, beliau dilaporkan berkata, syarikat terbabit turut menampung kos pembinaan dan memerlukan hasil kutipan tol sebagai pulangan pelaburan," katanya.
Sementara itu, katanya Ketua Menteri Pulau Pinang selepas terus didesak membuat pusingan-U apabila mengumumkan projek terowong dasar laut itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan RM2 bilion dan sedia mengetepikan kutipan tol selama 30 tahun jika Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan jambatan ketiga.
"Perkembangan ini sememangnya amat aneh. Awalnya, Guan Eng menuduh Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan jambatan ketiga. Bagaimanapun, apabila Menteri Kerja Raya menafikan Kerajaan Pulau Pinang ada membuat permohonan, Guan Eng memberi alasan tidak berani mengemukakan permohonan.
"Selepas itu, Guan Eng menulis surat kepada Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Kerja Raya (mengikut proses lazim) bagi memohon kelulusan membina jambatan ketiga. Bagaimanapun, beliau enggan mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong permohonan itu.
"Surat permohonan yang menjadi modal politik ini, ditambah dengan keengganan beliau menyertakan dokumen bagi menyokong permohonan membawa kepada kesimpulan bahawa Guan Eng tidak jujur dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," katanya.
Abdul Rahman berkata, pendirian Ketua Menteri Pulau Pinang sering berubah-ubah malah tidak kisah `mensabotaj' Jambatan Kedua Pulau Pinang apabila menyatakan Kerajaan Negeri terpaksa melaksanakan tol 30 tahun pada kadar sama dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai langkah tidak mensabotaj Jambatan Kedua Pulau Pinang.
"Kini, beliau mencadangkan pembinaan jambatan ketiga tanpa tol. Apakah ini bermakna pendirian beliau sudah berubah dan tidak kisah 'mensabotaj' Jambatan Kedua Pulau Pinang? "Sikap berdolak-dalik Kerajaan Pulau Pinang dan percanggahan jawapannya membuatkan saya terpaksa mengulangi kembali semua soalan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.