Saturday, October 14

Pulau Pinang Negeri Gagal Dalam Ekonomi Sejak 2008


Kenyataan mengenai kedudukan ekonomi Pulau Pinang. Sejak 2008, ekonomi Pulau Pinang diurustadbir tanpa satu dasar ekonomi yang jelas. Kebenaran separuh benar dan propaganda tidak boleh menyembunyikan masalah Pulau Pinang.

1. Percubaan YB Ong Kian Ming untuk memutar belitkan prestasi ekonomi Pulau Pinang di bawah DAP dengan kenyataan separuh benar dan data terpilih tidak boleh menyembunyikan prestasi buruk Pulau Pinang sejak tahun 2008.

2. YB Ong secara tepat menyatakan bahawa data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2016 menunjukkan KDNK per kapita Pulau Pinang (kecuali Labuan dan Putrajaya) menduduki tempat kedua tertinggi di Malaysia selepas KL.

3. Apa yang tidak dinyatakan oleh beliau ialah pada tahun 2007 sebelum DAP mengambil alih, Pulau Pinang telahpun menduduki tempat kedua tertinggi atas dasar BN yang sebelum ini berjaya menarik syarikat-syarikat gergasi elektronik untuk menubuhkan tapak kilang di sana - menjadikan Pulau Pinang sebagai pengeluar dan pengeksport elektronik ketiga terbesar di dunia sehingga digelar "Pulau Silikon".

4. Data Jabatan Perangkaan Malaysia yang sama untuk tahun 2007 menunjukkan KDNK per kapita mengikut negeri, Kuala Lumpur adalah RM44,801, diikuti oleh Pulau Pinang dengan RM31,039 dan Selangor sebanyak RM25,481.

5. Menjelang tahun 2016, Kuala Lumpur telah mencecah RM101,420, Pulau Pinang masih di tempat kedua pada RM47,322 manakala Selangor telah mengurangkan jurang dengan Pulau Pinang dan kini menghampiri dengan RM44,816.

6. KDNK Pulau Pinang per kapita setahun adalah 69.3% atau hanya RM13,762 kurang daripada Kuala Lumpur pada tahun 2007. Kini Pulau Pinang adalah RM54,098 di belakang Kuala Lumpur dan hanya 46.7% daripada Kuala Lumpur.

7. Ini kerana Pulau Pinang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK per kapita ke-3 yang terendah dari tahun 2008 hingga 2016 di antara kesemua 14 negeri.

8. Adalah diketahui umum bahawa harga hartanah dan kos sara hidup di Pulau Pinang adalah sama seperti di Kuala Lumpur - oleh itu, pendapatan yang jauh lebih rendah di Pulau Pinang dibandingkan dengan Kuala Lumpur berserta dengan kosnya yang hampir sama menyebabkan ramai orang muda Pulau Pinang mencari pekerjaan yang lebih baik dengan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

9. Oleh kerana Kerajaan Pulau Pinang dan majlis daerah tempatan mengenakan caj tertinggi ke atas pemaju, banyak rumah baru di Pulau Pinang kini lebih mahal daripada rumah-rumah di Kuala Lumpur yang tidak mampu dibeli oleh penduduk tempatan.

10. Kebelakangan ini, EXCO Pulau Pinang Jagdeep Singh dengan bangganya mengumumkan bahawa projek rumah mampu milik pertama oleh kerajaan negeri terdiri daripada 520 unit akan disiapkan menjelang akhir tahun ini untuk didiami pada tahun 2018. Saya hairan bagaimana kerajaan negeri berasa bangga secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya akan menyerahkan unit pertamanya (dan hanya 520 unit) setelah 10 tahun berkuasa?

11. YB Ong dengan bangganya menyatakan bahawa Pulau Pinang mempunyai pendapatan isi rumah median dan min kelima tertinggi bagi tahun 2016 - selepas KL, Selangor, Johor dan Melaka.

12. Namun, YB Ong tidak menyatakan keadaan sebelum DAP mengambil alih, Pulau Pinang telahpun mempunyai pendapatan isi rumah median dan min yang lebih tinggi daripada Johor dan Melaka – ini bermakna Johor dan Melaka telah mengatasi Pulau Pinang selepas DAP mengambil alih.

13. YB Ong juga tidak menyatakan bahawa pendapatan isi rumah median tahun 2016 juga menunjukkan bahawa Pulau Pinang kini telah jatuh di belakang paras purata kebangsaan - secara rasminya ini menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang mempunyai pendapatan isi rumah purata di bawah paras purata.

14. YB Ong juga tidak memberitahu anda semua bahawa Pulau Pinang telah kehilangan tempat pertama bagi pelaburan sejak tahun 2011 dan telah diatasi oleh negeri-negeri lain di sepanjang 6 tahun yang lepas.

15. Penutupan kilang pada baru-baru ini di Pulau Pinang yang disebut oleh YB Ong di mana nama syarikat-syarikat terkenal yang lama bertapak telah tutup dan berserta dengan pelaburan baru yang lebih rendah adalah satu lagi hentaman terhadap Pulau Pinang – ini menghadkan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat Pulau Pinang yang menyebabkan mereka jatuh ketinggalan berbanding dengan semua negeri dalam aspek pendapatan isi rumah.

16. Walaupun ekonomi Pulau Pinang kurang memberangsangkan berbanding dengan negeri-negeri yang lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya telah mengatasi semua negeri dalam soal perbelanjaan operasi tahunan negeri yang telah melonjak ke 500% sejak tahun 2008 kerana Kerajaan Pulau Pinang membelanjakan wang dengan secara melampau ke atas lebuh raya yang melangkaui harga asalnya, RM305 juta dalam "kajian" dan projek lain.

17. YB Ong harus memperakui masalah itu dan berhenti membantu Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menutup dan memutar belitkan prestasinya yang kurang baik.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.