Bukan kerana politik. Bukan lakonan dan bukannya satu sandiwara. Reaksi sebak dan sedih YB Norzula, ADUN Paloh semalam di Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah reaksi ikhlasnya semata mata hendak perjuangkan nasib dan hak rakyat Kelantan.
"Biar Tuhan yang balas," itulah kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Nozula Mat Diah, ADUN Paloh yang sebak dan menitiskan air mata apabila diarahkan keluar Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Peluang untuk berbahas tidak diberi. Akhirnya Speaker DUN membuat keputusan untuk menghalau YB Norzula keluar dari dewan kerana menuduh YB Norzula melanggar peraturan dewan apabila enggan duduk.
Demokrasi sudah mati dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kenapa hendak takut sangat menerima celahan dan perbahasan mengenai bajet negeri Kelantan? Berbahaslah secara terbuka. Selama ini pun, kerajaan BN pusat banyak membantu kerajaan negeri Kelantan. Jadi tidak ada apa yang perlu ditakutkan hingga perlu menghalau keluar YB Norzula dari sidang DUN.
“Kami mengutuk sekeras kerasnya tindakan YB Speaker tidak membenarkan Ketua Pembangkang yang juga YB Paloh membahaskan usul belanjawan dan menghalau beliau keluar dari Dewan pada persidangan DUN, 22 November 2017’ kata Mohammad Azam Ismail, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan.
“Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Negeri Kelantan amat kesal dengan tindakan YB Dato’ Speaker DUN Kelantan tidak memberi laluan kepada Ketua Pembangkang yang juga Yang Berhormat dari DUN Paloh untuk membahaskan usul belanjawan 2018.” kata Datuk Alwi Haji Che Ahmad, Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.
Kerana ingin memperjuangkan hak rakyat Kelantan, YB Norzula tetap juga menghadirkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri. YB Norzula sebenarnya belum pulih sepenuhnya daripada serangan “stroke” tetapi kerana ingin menyuarakan hak rakyat beliau tetap juga hadir di sidang DUN.
YB Paloh hanya ingin menyampaikan keluhan rakyat Gua Musang terhadap kebimbangan mereka apabila bukit ditarah, balak ditebang dan hutan simpan kekal diteroka sehingga 200,000 hektar. Lebih membimbangkan bila musim tengkujuh tiba nanti. Pelbagai bencana boleh berlaku jika manusia bersikap rakus pada alam sekitar.
YB Norzula juga ingin menyampaikan kebimbangan penduduk orang asli di Gua Musang terhadap cadangan pembinaan Empangan Nenggiri yang disebut oleh YAB Menteri Besar Kelantan dalam ucapan belanjawan pada hari pertama persidangan.
Apa yang YB Norzula ini ingin sampaikan tidak dibenarkan malah beliau dihalau pula dikeluar daripada dewan. Tindakan Speaker untuk tidak bertolak ansur apalagi mempertimbangkan keadaan kesihatannya serta bertegas mengusir beliau dari dewan adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.
Tuduhan YB Timbalan Speaker yang mengatakan ‘lakonan air mata ‘ adalah tersangat biadab sekali. YB Paloh adalah seorang ahli dewan paling lama dalam DUN Kelantan. Tuduhan melulu YB Timbalan Speaker itu sama sekali menyimpang jauh dari sifat kesantunan orang Melayu, apalagi datang dari seseorang yang mewakili parti ‘Islam’.
Sikap tidak demokratik DUN Kelantan ini menggambarkan Kerajaan Pimpinan PAS sangat takut untuk menghadapi keluhan dan suara rakyat secara berdepan. Kerajaan PAS perlu lebih terbuka menerima perbezaan pendapat.
Usah jadi macam Azmin yang memendekkan sidang DUN di Selangor.Azmin hanya jawab 36 soalan sahaja dari 297 soalan di sidang DUN Selangor. Usah jadi macam Guan Eng yang takut dengan soalan masalah banjir dalam sidang DUN di Pulau Pinang.
Bersikap demokratiklah dalam meraikan perbezaan pendapat dalam sidang DUN. Menghalau orang keluar dari dewan, kemudian menuduh orang berlakon menangis adalah modal orang yang takut pada kebenaran.
Sebagai sebuah parti yang guna nama Islam, kena bersikaplah ikut ajaran Islam. Jangan ditiru cara PKR dan DAP dalam kendalikan sidang DUN. Bersikap “gentleman” lah wahai kerajaan negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.