Friday, November 17

@MyRapidKL BONGKAR KEGIATAN PENYALAHGUNAAN KAD KONSESI MYRAPID @CEOrapidrail


Bermula 15 November 2017 Rapid KL telah menjalankan operasi secara besar-besaran bagi mengesan penyalahgunaan kad konsesi MyRapid dikalangan pengguna rel dan bas. 

Pada hari pertama dan kedua operasi, sebanyak 81 kad konsesi yang terdiri daripada 48 kad konsesi pelajar, 31 kad konsesi warga emas dan 2 kad konsesi OKU telah dirampas.

“Kami mendapati ada pelajar yang telah diperalatkan oleh ahli keluarga mereka untuk memohon kad konsesi pelajar, namun kad konsesi tersebut disalahgunakan oleh ahli keluarga mereka untuk ulang alik ke tempat kerja,’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd,  Dato’ Ir. Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini

Antara sebahagian kad konsesi yang dirampas dalam operasi kesan penyalahgunaan kad konsesi MyRapid

Terdapat juga kes dimana warga emas memberikan kad konsesi mereka kepada ahli keluarga untuk tujuan yang sama.

Harus diingatkan bahawa kad konsesi MyRapid tidak boleh dipindah milik seperti mana tertakluk dalam terma dan syarat. 

“Pasukan pemantau Rapid KL akan memperhebatkan operasi ini sehingga tiada lagi yang berani melanggar undang-undang.” 

Pengguna yang dikesan menyalahgunakan kad konsesi MyRapid akan disenarai hitam selain kad mereka akan dirampas.

Kad konsesi MyRapid ini disediakan khusus untuk golongan orang kelainan upaya (OKU), pelajar dan warga emas untuk menikmati kadar diskaun tambang 50 peratus bagi semua perkhidmatan kendalian Rapid KL.

Pengguna yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan tiket boleh berbuat demikian dengan menghubungi khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-7885 2585 atau berhubung terus menerusi media sosial Rapid KL.

1 comment:

  1. Satu tindakan yang sangat disokong. Blacklist mereka yang menyalahguna tidak kira sesiapa pun. Pemeriksaan perlu di buat berterusan.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.