Friday, March 26

SELAMAT BERSIDANG @AZEEZPUTERA

 

Saudara saudari sekalian seluruh ahli umno. Dalam berpolitik, musuh tidak perlu dicari kerana ia datang dengan sendiri.

Kebiasaannya ia datang daripada luar dan adakala daripada dalam juga. 

Selalu juga didengari pendapat seberapa ramai sukakan kita, begitu juga yang tidak menyukai.

Dalam keadaan sebegini, biarpun nahkoda bersilih ganti, kapal yang dikemudi pasti akan diserang. 

Saudara saudari sekalian, tsunami PRU-14 hampir menenggelamkan kapal UMNO ini. 

Kita betulkan sauh dan menampal bocor kapal UMNO yang hampir tenggelam.

Kita layari semula bersama rakan-rakan yang masih setia menuju destinasi kemenangan. 

Biarpun sebahagian rakan-rakan itu masih muda, kita bersama utuh membelah badai bergelora.

Saudara saudari, munajat UMNO kerana sebuah perjuangan.

Percayalah, orang yang dizalimi Allah tidak pernah menolak doanya.

Biar apapun yang menerjah, berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. 

Rakyat amat merindui perkhidmatan UMNO dan BN.

Lawan kita tidak pernah kuat. Kita tewas kerana kita sendiri lemah dan berpecah.

Pada masa yang masih ada, perbaikilah kelemahan ini. 

Kita boleh berbeza pendapat dan kita raikan. 

Jangan kerana perbezaan pendapat kita menimbulkan kabilah.

Pelajarilah sesuatu bagaimana sejarah tumbangnya kerajaan zaman lampau.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.