Justeru katanya pemimpin pelapis UMNO mesti menyiapkan diri mereka dari konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Hari ini mereka perlu berada dalam proses baru…dalam kaedah yang baru kerana kehendak dan keperluan masyarakat sudah pun berubah mengikut zaman.
Kalau dulu kita boleh menjerit, melaung, kita boleh letak emosi atas segala-galanya tapi hari ini sudah tidak boleh.
Hari ini kita perlu letakkan fakta, angka, gerak kerja pelan tindakan, rancangan terperinci dan sebagainya. Inilah yang Datuk Seri Najib (Perdana Menteri) lakukan… orang muda dalam kursus ini perlu bersedia menerima keadaan ini. Pas yang tidak memberi physical happiness kepada mereka tetapi mereka terus menyokong Pas sebab Pas memberikan spiritual happiness kepada mereka.
pemimpin pelapis UMNO juga perlu memahami pelbagai idea dan tranformasi yang cuba dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melakukan perubahan bukan saja kepada rakyat malah membawa negara ke arah negara maju.
Perdana Menteri letak gagasan ini ia telah melalui satu proses yang panjang dan pilihanraya lalu telah membutikan bahawa kita tidak boleh lagi bergerak dan bekerja dengan cara lama.
Perdana Menteri datang dengan tranformasinya , idea tranformasi ini merangkumi semua sekali di mana perlu ada perubahan dalam sistem sedia ada dengan meletakkan budaya kerja baru..budaya UMNO baru tetapi tidak melupakan asal usul perjuangan kita…jadi orang muda perlu segera ke arah itu.
Dalam melaksanakan tugas berkenaan, pemimpin –pemimpin muda itu perlu melakukan tanggungjawab berkenaan dalam keadaan kesederhanaan dan tidak melakukan mengikut perasaan yang boleh menyentuh atau menyinggung perasaan orang lain.
kita berada dalam keadaan kesederhanaan dan kita tidak boleh ekstrem ke kiri atau ke kanan, ekstrem dalam menuntut sesuatu, ekstrem dalam keagamaan kita dan kita harus menjuarai isu-isu kemelayuan, isu-isu keislaman kerana itulah UMNO sebenarnya.
semangat kesukacitaan atau spiritual happiness perlu ditanamkan kembali kepada orang Melayu kerana mereka itu telah ditanamkan budaya kebencian oleh pihak pembangkang sejak sekian lama sehingga memberi kesan mendalam kepada UMNO yang diterjemahkan ketika pilihan raya umum 2008.
“Budaya kebencian telah ditanam begitu lama oleh pihak pembangkang, apa saja yang dilakukan oleh kepimpinan kita, parti kita dianggap salah kerana apa sahaja yang dilakukan menimbulkan kebencian, jadi tanggungjawab generasi baru khususnya dari kelab ini supaya menggantikan kebencian itu dengan kesukacitaan itu dengan beberapa pendekatan baru.
Termasuklah mengenepikan kedudukan kita dan keluar dari zon selesa kerana selama ini kita merasakan semacam ada keselesaan terasa kita disukai orang setiap masa walaupun terpaksa membaiki beberapa kelemahan, kita terpaksa menggunakan pendekatan media maya dari media konvensional yang ada supaya kita boleh mendekati secara langsung.
Mat Kilau:Bersediakah kita melakukan tranfomasi jawapan ada pada kita,tepuk dada tanya hati,pasal apa hati tidak selera kerana selera orang muda memang kuat.apa salahnya sama-sama kita renungkan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.