Saturday, October 16

SELEPAS BAJET 2011 - GOBALA BERTUMBUK DGN. AZMIN, GOBALA CEDERA PARAH??


Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan bukan sahaja boleh bikin gamat macam aksinya ketika cuba dicekup polis semasa buat kacau waktu penamaan calon pilihanraya kecil Penanti tidak lama dahulu. Karektor Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu memang semulajadi apabila beliau ‘mengamuk’.

Penyokong tegar Datuk Zaid Ibrahim ini betul-betul lepas geram pada Azmin Ali pagi Khamis mengenai dendam lamanya kerana memanggil beliau ‘ pariah ’ dalam satu mesyuarat parti itu beberapa tahun lalu.

Inilah waktunya untuk ‘ mandikan ’ Azmin sampai basah kuyup. Ledakan Gobala di sidang akhbar di bangunan Parlimen tentunya boleh bikin Azmin hilang markah untuk berdepan pemilihan jawatan Timbalan Presiden di kalangan para pengundi kaum India yang tidak kurang pengaruhnya dalam parti itu.

Geramnya pada apa yang didakwanya tindak tanduk sekumpulan pimpinan PKR yang manipulasi percaturan pemilihan – telah juga mendorongnya memberi kata dua nak angkat kaki dari PKR jika ia tidak diperbetulkan segera. Drama Gobala VS Azmin ini adalah antara insiden yang menurut ahli PKR paling menconteng arang imej parti itu selain daripada hu ha kerusi terbang dan bergaduh di beberapa cabang semasa mesyuarat baru-baru ini.

Kalau orang di atas sudah main bahasa ‘ pariah ’ dalam mesyuarat tertutup seperti yang didedah oleh Gobala ini ramai yang dikatakan merasa kabur dengan ikatan pimpinan yang selalu cuba ditunjukkan berpadu dan mesra di khalayak ramai. Sumber-sumber parti memberitahu semasa kejadian berkenaan Gobala dan Azmin nyaris bergasak dalam mesyuarat.

Azmin yang diserbu wartawan di Parlimen juga untuk mendapatkan reaksinya tidak langsung menafikan insiden ‘ pariah ’ itu. Mungkin beliau sedar ramai saksi waktu kejadian itu dan pastinya tidak mahu jolok lagi Gobala yang dah naik sheikh habis. Beliau sebaliknya menolak dakwaan terlibat manipulasi proses pemilihan. Naib Presiden PKR itu tidak faham bagaimana beliau boleh didakwa manipulasi sedangkan kuasa mengundi ada pada setiap ahli.

Dengan nada sayu Azmin berkata kini semua masalah hendak dipersalahkan ke atasnya. “Tidakkah anda bersimpati dengan saya…” ujarnya yang kini berdepan dengan kartel Tan Sri Khalid Ibrahim-Datuk Seri Wan Azizah Ismail-Nurul Izzah Anwar dan pastinya Zaid yang hendak memintas cita-citanya untuk menjadi orang nombor dua PKR.



2 comments:

  1. salam ziarah
    sama2 kita berblogging...

    mohon follow dan add list blog saya

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan,sama-sama menjayakan penang bangkit.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.