Sebelum nie NG bertemu pihak media menyatakan saya sanggup bersumpah bahawa beliau tak "kata tutup kedai balik india" menyalahkan pihak lain apabila tertekan itu adalah helah lama yang semua orang tahu depa nie suka cakap tak serupa bikin.Dengar kata depa dok pakat-pakat nak pi thailand jumpa sami siam mandi bunga.
Bagi pihak KIMMA hanya meminta Ng meminta maaf secara terbuka kepada pihak restoran dan seluruh masyarakat India Muslim di negara ini di atas kebiadabannya. Dia juga perlu bertindak menarik balik kenyataan itu.Benda yang senang sebegitu pun susah nak buat ka?
Orang yang berniaga tidak mencari musuh akan tetapi hanya berniaga untuk menyara keluarga.
'KIMMA memberi Ng tempoh seminggu untuk berbuat demikian. Jika cara ini juga tidak berkesan, kita akan berbincang untuk melihat bentuk tindakan selanjutnya yang akan dibuat.''Setakat ini kita tengok dulu apa yang berlaku seterusnya,"
Tengah malam Ahad lalu, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.
Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.
Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.
Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu.
Wei Aik juga didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pekerja restoran berkenaan
Menurut Faruk, beliau juga mempunyai bukti mengenai tindakan yang dilakukan Wei Aik itu dan bersedia menyerahkan bukti tersebut kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian.
''Kita ada bukti. Ia rakaman video. Setakat ini kita tidak mahu dedahkan lagi. Kalau perlu baru kita buat demikian," katanya.
Mat Kilau tengok puak lidah bewak nie pandai main drama,rasanya dok tiru cara Pak Sheik kot.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.