Saturday, January 8

Apakah UMNO Pulau Pinang Masih Releven


Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang telah mendapat Pengerusi yang baru dilantik iaitu  Dato Zainal Abidin Osman serta  Datuk Musa Shaik Fadzil sebagai Timbalan  menerajui kepimpinan  baru Negeri.

Soalan yang ingin disuarakan oleh Mat Kilau adakah ahli dari kepimpinan dari peringkat  bahagian hingga ke akar  umbi menerima kedua-dua penerajui perhubungan Negeri yang baru dilantik?

Bagi yang menyokong akan mengiyakan sahaja apa sahaja yang dicadangkan akan tetapi adakah semua menyokong?

Rakan-rakan seperjuangan dari bahagian Nibong Tebal dan Bukit Mertajam akan mendabik dada bila berjalan.itulah sifat yang akan kita lihat apabila ketua bahagian menjadi BOSS.

Bukan tuduhan berniat memburukkan sesiapa,pernah terjadi sebelum ini.Mereka memandang rendah rakan –rakan seperjuangan dari bahagian lain oleh kerana ketua bahagian mereka menjadi BOSS kononya.

Melihat apa yang isu terkini adakah UMNO masih bersatu jika sesuatu berlaku dikalangan ahli adakah pemimpin tertinggi akan turun padang bertanya apa dah jadi serta apa tindakan yang patut diambil,Jawapanya????

Untuk mengumpul peserta untuk program susah untuk mendapat sambutan itu pun hanya lima wakil dari setiap bahagian.Yang hadir pasti kurang walaupun didalam bahagian ada beribu-ribu ahli.

Pernahkah Ketua Pemuda UMNO negeri sekarang berfikir mengadakan program perdana  mengumpul Pemuda Negeri seluruh Pulau Pinang berpaksikan matlamat menambat pengundi muda kembali kepada UMNO.

Tujuan kita adalah satu menawan kembali hati warga Pulau Pinang supaya kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah strategi serta perubahan yang akan dirancangkan oleh Dato’ Zainol dan Datuk Musa?

Berharap dengan adanya Pemimpin berjiwa rakyat seperti Dato’ Zainol dan Datuk Musa akan mengubah apa yang pernah berlaku dahulu bak kata pepatah “buang yang keruh ambil yang jernih.”

Mat Kilau terlalu Sayang Parti Keramat Orang Melayu pasal tue berbicara pasal nie,janganlah kita hanya pandai berkata-kata BERANI BERUBAH padahal dok jadi benda yang sama.     

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.