Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang telah mendapat Pengerusi yang baru dilantik iaitu Dato Zainal Abidin Osman serta Datuk Musa Shaik Fadzil sebagai Timbalan menerajui kepimpinan baru Negeri.
Soalan yang ingin disuarakan oleh Mat Kilau adakah ahli dari kepimpinan dari peringkat bahagian hingga ke akar umbi menerima kedua-dua penerajui perhubungan Negeri yang baru dilantik?
Bagi yang menyokong akan mengiyakan sahaja apa sahaja yang dicadangkan akan tetapi adakah semua menyokong?
Rakan-rakan seperjuangan dari bahagian Nibong Tebal dan Bukit Mertajam akan mendabik dada bila berjalan.itulah sifat yang akan kita lihat apabila ketua bahagian menjadi BOSS.
Bukan tuduhan berniat memburukkan sesiapa,pernah terjadi sebelum ini.Mereka memandang rendah rakan –rakan seperjuangan dari bahagian lain oleh kerana ketua bahagian mereka menjadi BOSS kononya.
Melihat apa yang isu terkini adakah UMNO masih bersatu jika sesuatu berlaku dikalangan ahli adakah pemimpin tertinggi akan turun padang bertanya apa dah jadi serta apa tindakan yang patut diambil,Jawapanya????
Untuk mengumpul peserta untuk program susah untuk mendapat sambutan itu pun hanya lima wakil dari setiap bahagian.Yang hadir pasti kurang walaupun didalam bahagian ada beribu-ribu ahli.
Pernahkah Ketua Pemuda UMNO negeri sekarang berfikir mengadakan program perdana mengumpul Pemuda Negeri seluruh Pulau Pinang berpaksikan matlamat menambat pengundi muda kembali kepada UMNO.
Tujuan kita adalah satu menawan kembali hati warga Pulau Pinang supaya kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Apakah strategi serta perubahan yang akan dirancangkan oleh Dato’ Zainol dan Datuk Musa?
Berharap dengan adanya Pemimpin berjiwa rakyat seperti Dato’ Zainol dan Datuk Musa akan mengubah apa yang pernah berlaku dahulu bak kata pepatah “buang yang keruh ambil yang jernih.”
No comments:
Post a Comment