Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong
-
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini
menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan
pergerakan teru...
Monday, October 30
KENA BAYAR UNTUK BERJUMPA TRUMP.......?
Kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan sesen pun untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam lawatan kerja tiga hari pada September lalu.
Ia ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sambil menyindir bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup berbelanja sehingga berjuta ringgit untuk menemui George W Bush pada 2002 yang lalu.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah dikritik sebagai hipoktrit apabila sanggup berbelanja RM7 juta demi menemui Bush, melalui seorang pelobi.
"Jemputan Trump dibuat atas urusan kerajaan. Saya tak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan jemputan tersebut. Pendahulu saya (Dr Mahathir) melakukan perkara tersebut untuk mendapatkan jemputan Bush.
"Kita tidak mengamalkan kaedah itu. (Itu dilakukan) pendahulu saya (yang kini) diterima pembangkang sekarang," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Tanpa melobi, Najib berkata dirinya tetap mempunyai hubungan yang baik dengan AS sebagai satu kuasa besar dunia, malah perkara itu dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada Malaysia.
"Walaupun saya tak duduk di Blair House tetapi saya ada jemputan bermain golf dengan Trump. Malah Trump juga hantar saya ke kereta.
"Kita tak payah sebut perkara ini. Soalnya, dasar kita tetap mendapat penghormatan tinggi dari pentadbiran AS," kata Najib.
Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan penginapan rombongan Malaysia ke AS pada 11 hingga 13 September lalu di Hotel Trump International.
Selain bertanyakan apakah rakyat Malaysia 'membayar' kos penginapan tersebut, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengajukan sama ada Malaysia menukar dasar perdagangan dan pelaburan daripada neutral kepada 'mesra-AS'.
"Kita bukan menukar dasar luar negara kerana ia memang berasaskan kepada soal prinsip. Kita tidak akan ubah hanya kerana mengikut keadaan dan situasi," tegas Najib.
Tegas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan AS dari segi pelbagai sektor mampu menjana manfaat terbesar, terutama dalam ekonomi negara.
"Saya menjangkakan bahawa dengan langkah ini bahawa dalam jangka masa sederhana dan panjang, kita akan lihat kepada peningkatan hubungan ekonomi, penambahan pelaburan dan sebagainya.
"Inilah antara kejayaan yang akan kita kecapi apabila ada hubungan baik dengan negara dan kuasa besar, bukan sahaja AS, tetapi dengan semua kuasa-kuasa besar," ujar Najib.
Thursday, October 26
10 PERKARA YANG DIJANGKA BERLAKU JIKA PAKATAN BERJAYA HAPUS GST
1. Dalam Bajet Alternatif 2018 yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan, mereka berhasrat untuk memansuhkan GST, tetapi mengekalkan kadar sifar (0%) GST dan melaksana semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar lama.
2. Sukar memahami bagaimana Pakatan mahu melaksana sifar GST dan melaksanakan SST pada waktu yang sama. Apapun kita tahu sebelum ini SST mempunyai beberapa kadar, iaitu kadar standard 10% dan kadar-kadar lain adalah 5%, 20% dan kadar spesifik seperti 58 sen bagi setiap liter petrol dan diesel.
3. Apakah kesan yang boleh dijangka jika Pakatan berjaya melaksanakan GST 0% dan SST 10%, 5%, 20% dan 58 sen bagi setiap liter petrol, diesel? Berikut adalah perkara-perkara yang berkemungkinan besar berlaku:-
I. Sistem percukaian yang huru hara kerana terdapat dua sistem, iaitu GST 0% dan SST pada empat kadar
II. Pengguna dicukai dua kali, misalnya di kedai tayar. Kali pertama, Cukai Jualan 20% untuk harga tayar, kali kedua dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% pula.
III. Cukai Jualan di'mark-up' bersama harga barangan kerana tiada kaedah 'tuntutan cukai input'. Jika Cukai Jualan di peringkat pembekal adalah 5%, selepas pengambilan margin 25% oleh pemborong dan 50% oleh peruncit, kadar 5% tadi boleh meningkat menjadi 10% apabila sampai ke tangan pengguna.
IV. Di bawah SST, petrol dan diesel mempunyai Cukai Jualan 58 sen seliter
V. Berlaku ketirisan dan pengelakan Cukai Jualan di peringkat pembekal, pengilang dan pengeksport.
VI. Shadow Economy dan Black Economy akan hidup subur kembali.
VII. Peniaga membuat perisytiharan palsu Cukai Pendapatan dengan lebih mudah kerana kerajaan sukar menganggar margin keuntungan menerusi sistem SST
VIII. Peniaga boleh menaikkan harga barangan secara melampau dengan lebih mudah kerana apabila cukai input tidak dituntut dan tiada cukai dikutip semasa barangan dijual kepada pengguna, agak susah untuk membuat anggaran margin yang diambil oleh peniaga untuk dikenakan tindakan.
IX. Perbelanjaan mengurus akan meningkat kerana Bajet Pakatan tidak mengambil kira impak 0% GST, di mana bagi barangan dengan kadar sifar GST, cukai inputnya boleh dituntut.
X. Tiada pemimpin Pakatan yang berani menjamin bahawa HARGA BARANG AKAN TURUN selepas menghapuskan GST dan kembali kepada kadar lama SST
4. Kalau TIADA PEMIMPIN PAKATAN YANG BERANI MENJAMIN BAHAWA HARGA BARANG AKAN TURUN selepas PEMANSUHAN GST dan MENGEMBALIKAN SST, maka apa gunanya Pakatan beriya-iya mahu memansuhkan GST dan kembali melaksanakan SST?
Oleh:
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN LRT SEMPENA CITRAWARNA SABTU INI
Rapid KL akan melanjutkan operasi perkhidmatan tren dan BRT Sabtu ini (28 Oktober) bersempena dengan program Citrawarna Kuala Lumpur, yang akan diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Selaras dengan keputusan itu, stesen LRT Masjid Jamek, yang merupakan stesen LRT terdekat dengan Dataran Merdeka, akan dibuka sehingga 1 pagi untuk membenarkan orang ramai memasuki stesen dan meneruskan perjalanan pulang mereka dengan selesa dan selamat.
“Para penumpang boleh memasuki stesen LRT Masjid Jamek sebelum 1 pagi dan keluar ke mana-mana stesen LRT, monorel, MRT dan perkhidmatan BRT - Laluan Sunway. Stesen-stesen ini akan ditutup secara berperingkat seperti biasa bermula daripada pukul 11 malam.
“Para penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan MRT boleh bertukar di ketiga-tiga stesen integrasi Pasar Seni, Merdeka dan Maluri untuk meneruskan perjalanan mereka ke rangkaian MRT.
Kami berharap orang ramai akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk perjalanan yang selesa dan selamat,” Rapid KL mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini.
Program Citrawarna Kuala Lumpur 2017 akan bermula dengan persembahan awalan berupa pertunjukan fesyen daripada 7 malam sebelum diteruskan dengan persembahan utama daripada 8.30 malam.
Program, yang akan dihadiri oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan dimeriahkan oleh pelbagai acara termasuk persembahan artis dan pertunjukan bunga api, dijadualkan berakhir pada 11 malam.
Tuesday, October 24
SPAD IKTIRAF RAPID RAIL PEMACU INOVASI DALAM INDUSTRI REL URBAN
Dalam menyatakan tekad ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir Zohari Sulaiman berkata syarikat itu dengan giat mendokumentasikan segala hasil inovasi yang dicipta oleh staf dan kakitangan teknikalnya di samping terus menggalakkan budaya inovasi dalam kerja mereka.
“Bagi pihak Rapid Rail, saya mengucapkan terima kasih kepada SPAD atas pengiktirafan kepada kami pada majlis LPT Gala Dinner & Industri Award 2017 pada Ahad lepas. Sememangnya, kami di Rapid Rail amat menggalakkan budaya inovasi di kalangan staf bagi meningkatkan produktiviti dan memantapkan keselamatan serta keselesaan para penumpang.
“Mana-mana hasil inovasi yang layak dipatenkan dan yang berpotensi untuk dipasarkan untuk kegunaan industri akan kami ketengahkan untuk kemajuan menyeluruh industri rel urban negara. Budaya memperkasakan inovasi di Rapid Rail bukan sesuatu yang baru; tetapi telah bermula sejak kami mula beroperasi. Ada di kalangan inovasi yang dihasilkan kerana keperluan kerana kesukaran mendapatkan barang ganti termasuk ada yang sudah ‘obsolete’.
“Walaupun ketika Anugerah Inovasi Industri Rel 2017 daripada SPAD menyebut pada malam itu pengiktirafan untuk projek mencipta peralatan bagi menguji kipas dan sistem penyejukan Linear Induction Motor (LIM) untuk tren LRT Laluan Kelana Jaya, tetapi ia sebenarnya adalah pengiktirafan kepada seluruh inisiatif inovasi yang dilaksanakan oleh Rapid Rail,” kata Zohari.
Selain Anugerah Inovasi Industri Rel 2017, Rapid Rail turut menerima dua anugerah lain melalui dua stafnya – Encik Saravanan Subramaniam dari Laluan Monorel dan Cik Suryati Sukiman dari LRT Laluan Ampang, yang masing-masing menerima Anugerah Staf Cemerlang untuk Industri Rel.
Menurut Zohari, projek Peningkatan kipas LIM dikemukakan dalam kertas pencalonan untuk Anugerah berkenaan kerana syarat yang memerlukan semua pencalonan mengemukakan satu projek secara terperinci.
“Projek kipas LIM ini adalah antara projek-projek inovasi cemerlang daripada Rapid Rail dan telah memenangi pelbagai anugerah inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami mempunyai banyak lagi projek inovasi; tetapi memilih projek ini, yang membolehkan Syarikat membuat penjimatan menyeluruh bernilai RM1,300,000 setahun,” katanya.
Sebelum inovasi ini dihasilkan, kipas LIM perlu diuji pada tren, yang memerlukan tren berkenaan bergerak di landasan, yang sekali gus bermakna, tren berkenaan tidak boleh digunakan untuk perkhidmatan sepanjang ujian berkenaan.
Kini, dengan penciptaan alat penguji oleh gandingan enam jurutera Muhammad Firdauss Ab Jalil, Muizzuddin Mohamad, Ahmad Mahazam Mat Zaid, Mohd Nazri Bin Ismail, Muhammad Nor Ahmad Shupi dan Fahkri Nor Ramli, sesi ujian ini boleh dijalankan tanpa menggunakan tren sebenar.
“Masa ujian turut dikurangkan daripada 3 jam kepada hanya 30 minit, di samping memberikan hasil yang berkualiti,” kata Zohari, sambil menambah bahawa tugas mendokumentasi dan memberi tenaga sokongan kepada inisiatif penginovasian ini diberikan kepada Akademi Rel.
Sementara Suryati menerima anugerah atas kecekapan beliau memberikan rawatan kecemasan untuk menyelamatkan seorang penumpang yang mendapat serangan jantung di stesen pada 22 Mei lepas, kebijaksanan Sarayanan pula diperakui kerana tindakan pantasnya semasa bertugas dengan MRT Bangkok.
Merasakan sesuatu yang tidak kena pada tren MRT yang diuji, Saravanan bertindak untuk segera memberhentikan tren berkenaan, yang sekali gus menggelakkan tren berkenaan daripada terbabas kerana bahagian tayarnya mengalami kerosakan.
Anugerah-anugerah telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.
APAHAL RM1.00 PUN NAK BISING KE...?
Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Timbalan Menterinya, YB Datuk Aziz Kaprawi telah membentangkan bacaan kedua RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 bagi meningkatkan keberkesanan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dalam menjalankan fungsi dan kuasanya di bawah Akta 711.
RUU ini juga bertujuan untuk memastikan bahawa MAVCOM akan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi secara berterusan bagi melindungi hak dan kepentiangan pengguna dan pembangunan industri penerbangan di Malaysia.
Secara mudahnya, salah satu daripada pindaan ini yang akan melibatkan pengguna adalah mengenai caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 bagi perkhidmatan yang dikenakan oleh MAVCOM ini.
Sebelum ramai nak komplen tentang penambahan caj ini, eloklah kita lihat dahulu sebelum ini yang mana bagi penubuhan MAVCOM, Kerajaan telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM90 juta untuk dua tahun pertama.
Dengan pindaan ini, dana awam sebanyak RM90 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk MAVCOM kini dapat disalurkan kepada tempat-tempat lain yang lebih memerlukan. Hanya mereka yang benar-benar menggunakan perkhidmatan penerbangan di Malaysia sahaja yang perlu membayar caj terhadap perkhidmatan yang disediakan MAVCOM berbanding dana awam yang melibatkan kepentingan semua rakyat Malaysia.
Namun begitu, ahli parlimen pembangkang bertindak untuk membantah pindaan ini atas alasan membebankan pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.
Mungkin mereka merasakan apa yang dikenakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai caj cukai katil sebanyak RM3.00 tidak membebankan pengguna hotel. Mungkin juga mereka merasakan caj tempat letak kereta yang dinaikkan di 290 jalan di sekitar Pulau Pinang tidak membebankan pengguna. Malah, bagi mereka juga peningkatan tarif air di Pulau Pinang juga tidak membebankan rakyat.
Inilah sikap hipokrit ahli parlimen pembangkang yang sering membangkang tindakan kerajaan walaupun pada hakikatnya mereka selaku kerajaan negeri juga melakukan peningkatan terhadap caj serta tarif yang sedia ada.
Kita perlu lihat kepada bagaimana RM90 juta yang diberikan oleh kerajaan ini kini dapat digunakan terhadap pembangunan negara dan hanya yang benar-benar menggunakan perkhidmatan penerbangan di Malaysia perlu membayar caj sebanyak RM1.00 sahaja.
Selain daripada pindaan ini, terdapat beberapa pindaan lain yang memberi kuasa kepada MAVCOM untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengguna daripada segala pengenaan fi dan caj yang tidak adil dan sewenang-wenangnya oleh penyedia perkhidmatan penerbangan seperti caj kerusi roda, caj kad kredit dan fi pentadbiran.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa antara hak-hak yang pengguna penerbangan seperti sekiranya penerbangan tertangguh 2 jam atau lebih, pengguna akan mendapat pampasan seperti makanan, panggilan telefon dan akses internet ataupun sekiranya penerbangan yang tertangguh 5 jam atau lebih, pengguna akan mendapat tambahan pampasan seperti penginapan hotel dan pengangkutan daripada lapangan terbang ke tempat penginapan sementara. (Boleh rujuk kepada laman web MAVCOM di http://www.mavcom.my/en/home/)
Maka, secara mudahnya, pindaan RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 ini pada dasarnya akan menguntungkan bukan sahaja pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia malah seluruh rakyat secara amnya apabila peruntukan RM90 juta kini dapat digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara.
Sumber
Monday, October 23
KERAJAAN DAP PULAU PINANG TAK ENDAH BANTAHAN JABATAN ALAM SEKITAR
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini mendedahkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menolak permohonan pembinaan pangsapuri di lereng bukit di Tanjung Bungah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada pagi Sabtu lalu yang turut meragut nyawa pekerja.
Melalui satu kenyataan media dikeluarkan hari ini, Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata JAS menerima ‘Permohon Kebenaran Merancang’ pada 9 Januari 2015 dari pemaju perumahan itu, Taman Sri Bunga Sdn Bhd dan memberi jawapan penolakannya pada 23 Januari 2015.
“Tapak pembinaan itu terletak bersebelahan dengan kuari granit yang dimiliki Teik Granite Quarry yang merupakan kuari kekal di situ dan sudah beroerpasi sejak 1960.
“Syarikat kuari itu melakukan letupan dua kali sebulan dan terakhir adalah pada 9 Oktober 2017. Apabila batu diletupkan dan pecah dari lereng bukit itu, ia kemudian dihantar ke tapak penghancuran di kawasan kuari yang sama bagi dihancurkan untuk kegunaan sektor pembinaan.
“JAS tidak menyokong permohonan pemaju untuk memulakan perancangan projek itu kerana tiada zon penampan yang mencukupi antara projek pangsapuri itu dan aktiviti kuari berhampiran berlandaskan kepada Garis Panduan Pendudukan dan Penzonan Kawasan Industri dan Perumahan.
“Aktiviti kuari berkenaan terletak hanya 162 meter dari tapak penghancuran dan antara 400 hingga 500 meter dari tapak letupan kuari itu.
“Oleh itu ia adalah tidak selamat dan persekitaran yang tidak aman untuk penempatan manusia. Malah, pembangunan itu melibatkan cerun curam dan ini memerlukan kajian terperinci kejuruteraan yang memerlukan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar. Bagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk tidak mengendahkan nasihat kami dan meneruskan pembinaan dan tidak menghiraukan keselamatan pekerja mereka.
“Kementerian ini sangat kecewa dengan kesilapan Kerajaan Pulau Pinang terhadap projek ini. Disebalik bantahan JAS terhadap projek ini sejak awal lagi, pemaju berkenaan tetap memulakan kerja pembinaan tanpa mengambilkira akibatnya. Apa yang memeranjatkan ialah apabila tiada langsung campur tangan dari kerajaan negeri yang turut menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan,” katanya.
Sehubungan itu, kementerian itu menggesa Kerajaan Pulau Pinang untuk mengkaji semula perancangan mereka untuk membangunkan mana-mana kawasan lereng bukit.
Monday, October 16
DIMANA GENG ARMADA SEMASA #KleptokrasiAbahKau
Pada perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi Sabtu lepas, kelibat anak muda memang tidak kelihatan sepanjang perhimpunan berlangsung iaitu bermula pada pukul 4 petang hingga hampir tengah malam.
Pentas jam 4 petang memang dibuat khusus oleh pengajur demo untuk anak anak muda. Waktu Nik Nazmi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, AMK berucap pada petang itu, tidak ada seorang pun yang mahu berada dekat dengan pentas.
Ramai yang sembunyi bawah pokok yang redup dan berada sekitar bahagian hadapan Kelab Rekreasi dan Sukan Petaling Jaya dan bukannya di depan pentas ketika pemimpin muda PKR dan PPBM berucap.
Terpaksalah Nik Nazmi bercakap "saya tahu keadaan panas tetapi tuan tuan kena depan sikit. Duduk jauh begini seolah olah ada jurang antara kita".
Waktu Syed Saddiq berucap, langsung tiada orang sorak dan tepuk. Syed Saddiq macam syok sendiri sahaja masa berucap itu.
Anak-anak muda sudah tunjuk mereka tidak mahu sokong lagi agenda peribadi Pengerusi PPBM, Mahathir dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Mereka sudah tahu siapa yang lebih korupsi dan mengamalkan kleptokrasi.
Orang jual baju pun tidak laku. Ada seorang peniaga baju T untuk perhimpunan itu merungut sepanjang perhimpunan itu hendak jual 25 helai pun susah. Biasanya dalam perhimpunan berkenaan, baju T akan laku dibeli oleh orang muda yang hadir kerana dijadikan koleksi, selain bukti mereka hadir.
"Saya hanya jual baju T saiz L dan XL, orang perut buncit, ke mana anak muda? katanya. Anak muda lebih suka habiskan masa hujung minggu pergi Hari Sukan Negara atau layan bolasepak Liverpool lawan Manchester United.
Aktiviti itu lebih "chill" bagi anak muda berbanding layan ceramah pemimpin pemimpin tua pembangkang di atas pentas. Hanya "recyle" tuduhan yang sama, yang sudah pun dijawab.
Orang hendak tahu sekarang mana hilang RM32 billion masa zaman Mahathir dulu. Orang juga hendak tahu hal derma RM1 billion Mahathir pada DAP. Dua perkara ini masih disembunyi, jawapan tidak diberi. Inilah kleptokrasi.
Selain itu, di restoran makanan segera A&W berdekatan, ketika perhimpunan itu hanya terdapat ramai golongan warga emas dan pertengahan sahaja yang datang makan dan berehat sementara.
Anak anak muda melihat pembangkang yang ada di Malaysia pada hari ini bukan lagi bersifat pembangkang. Mereka sudah pun jadi "mainstream" dan menjadi kerajaan di dua negeri.
Bila sudah jadi kerajaan, apa yang PKR dan DAP sudah beri pada anak muda? Banyak berjanji, namun bila sudah berkuasa apa pun tidak diberi. Ini yang anak muda benci.
Tidak lagi kelihatan kelibat anak anak muda dari universiti yang selama ini memeriahkan demo pembangkang. Biarpun jaraknya dekat dengan Universiti Malaya, namun tiada kelibat anak muda dari IPT itu, setelah AUKU membenarkan mahasiswa untuk berpolitik.
Tiada lagi wajah anak anak muda dalam demonstrasi pembangkang. Di universiti pun, dalam pilihanraya kampus baru baru ini, kumpulan pro pembangkang tumpas teruk di tangan kumpulan pro aspirasi.
Ramai anak muda sudah mulai sedar. Tidak seperti pada zaman reformasi dulu. Mereka yang muda pada zaman reformasi dulu kini menasihatkan balik budak budak yang "baru hendak up" tentang apa yang mereka kena tipu dulu.
Dulu diajak lawan Mahathir bagi pihak peliwat, sekarang mahu diajak berdemonstrasi bagi pihak Mahathir yang sudah berganding bahu dengan peliwat.
Sampai buat solat hajat sekarang untuk bebaskan peliwat. Buat apa anak muda hendak sokong lagi? Ini agenda peribadi semata mata.
Kit Siang berjuang untuk anak dia. Mahathir pun sama untuk anak dan kroni dia. Dulu kata hendak jaga cucu, sekarang tengah malam pun masih hendak ceramah demi anak dan cucu dia.
Hanya orang yang taksub sahaja tidak nampak agenda peribadi Mahathir dan DAP ini. Anak muda yang waras tidak peduli lagi agenda peribadi. Kleptokrasi apa kalau yang berceramah itu penuh dengan agenda peribadi.
Beruang Biru
Sunday, October 15
PERHIMPUNAN PALING GAGAL DALAM SEJARAH
Sekali lagi PAS membuktikan, tanpa PAS perhimpunan anjuran PH akan gagal. Memang kesian. Perhimpunan Sayangi Malaysia Anti kleptokrasi gagal mencapai matlamat. BERSIH 5 juga gagal apabila PAS memulaukannya. Nampak sangat Tun M bukan crowd puller.
Kesian Mat Sabu. Sebagai perancang utama perhimpunan, Mat Sabu macam orang pekak bila ditanya media kenapa orang tak ramai. Azmin Ali datang waktu petang tetapi tidak berucap. Malam langsung tidak nampak muka walaupun Selangor adalah tuan rumah.
Akibatnya ucapan Tun M menjadi anti klimaks. Hambar dan tidak bersemangat. Di penghujung ucapannya, orang ramai mula meninggalkan majlis.
Tahu kenapa? Ucapan semua pemidato termasuk Tun M dan Muhyiddin adalah sama. Isu basi dan diulang tayang. 1MDB, GST, 2.6 Bilion dan tangkap MO1. Termasuk ucapan GILA oleh Lim Guan Eng yang bercakap macam orang GILA.
Semua yang berpidato itu tidak sebersih mana. Tuduh DS Najib malukan Malaysia. Sebaliknya mereka yang malukan Malaysia. Namanya “Sayangi Malaysia”, tetapi biaDAP kerana Jalur Gemilang dijadikan alas tempat duduk. Sila meninggal.
Acara Kebudayaan Di Empat Stesen Sempena Deepavali @MyRapidKL
RapidKL mengambil peluang menghiasi empat stesen transit aliran ringan (LRT) dengan lukisan kolam bagi menyemarakkan pesta cahaya, Deepavali sehingga Rabu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, stesen LRT yang terlibat adalah KL Sentral, Hang Tuah, Sentul dan Pasar Seni yang dilaksanakan secara bergilir-gilir.
“Aktiviti yang dilakukan ini adalah bagi menggambarkan kepelbagaian budaya dan juga latar belakang masyarakat Malaysia yang penuh warna warni tetapi sentiasa bersatu padu.
“RapidKL tidak pernah ketinggalan untuk menyambut perayaan utama sebagai penghargaan kepada pengguna pengangkutan awam di negara ini, katanya.
Selain acara kebudayaan, 'kolam' unik yang dihasilkan oleh pelukis Malaysia yang terkenal, Ruby Subramaniam juga menghiasi di keempat-empat stesen tersebut.
Kempen itu bermula di KL Sentral hari ini dan penumpang boleh menyertai acara yang berlangsung di keempat-empat stesen tersebut pada masa dan tarikh berikut; 15 Okt di stesen LRT Hang Tuah, stesen LRT Sentul (17 Okt) dan stesen MRT Pasar Seni (18 Okt), semua bermula pada 11 pagi.
Saturday, October 14
Pulau Pinang Negeri Gagal Dalam Ekonomi Sejak 2008
Kenyataan mengenai kedudukan ekonomi Pulau Pinang. Sejak 2008, ekonomi Pulau Pinang diurustadbir tanpa satu dasar ekonomi yang jelas. Kebenaran separuh benar dan propaganda tidak boleh menyembunyikan masalah Pulau Pinang.
1. Percubaan YB Ong Kian Ming untuk memutar belitkan prestasi ekonomi Pulau Pinang di bawah DAP dengan kenyataan separuh benar dan data terpilih tidak boleh menyembunyikan prestasi buruk Pulau Pinang sejak tahun 2008.
2. YB Ong secara tepat menyatakan bahawa data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2016 menunjukkan KDNK per kapita Pulau Pinang (kecuali Labuan dan Putrajaya) menduduki tempat kedua tertinggi di Malaysia selepas KL.
3. Apa yang tidak dinyatakan oleh beliau ialah pada tahun 2007 sebelum DAP mengambil alih, Pulau Pinang telahpun menduduki tempat kedua tertinggi atas dasar BN yang sebelum ini berjaya menarik syarikat-syarikat gergasi elektronik untuk menubuhkan tapak kilang di sana - menjadikan Pulau Pinang sebagai pengeluar dan pengeksport elektronik ketiga terbesar di dunia sehingga digelar "Pulau Silikon".
4. Data Jabatan Perangkaan Malaysia yang sama untuk tahun 2007 menunjukkan KDNK per kapita mengikut negeri, Kuala Lumpur adalah RM44,801, diikuti oleh Pulau Pinang dengan RM31,039 dan Selangor sebanyak RM25,481.
5. Menjelang tahun 2016, Kuala Lumpur telah mencecah RM101,420, Pulau Pinang masih di tempat kedua pada RM47,322 manakala Selangor telah mengurangkan jurang dengan Pulau Pinang dan kini menghampiri dengan RM44,816.
6. KDNK Pulau Pinang per kapita setahun adalah 69.3% atau hanya RM13,762 kurang daripada Kuala Lumpur pada tahun 2007. Kini Pulau Pinang adalah RM54,098 di belakang Kuala Lumpur dan hanya 46.7% daripada Kuala Lumpur.
7. Ini kerana Pulau Pinang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK per kapita ke-3 yang terendah dari tahun 2008 hingga 2016 di antara kesemua 14 negeri.
8. Adalah diketahui umum bahawa harga hartanah dan kos sara hidup di Pulau Pinang adalah sama seperti di Kuala Lumpur - oleh itu, pendapatan yang jauh lebih rendah di Pulau Pinang dibandingkan dengan Kuala Lumpur berserta dengan kosnya yang hampir sama menyebabkan ramai orang muda Pulau Pinang mencari pekerjaan yang lebih baik dengan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.
9. Oleh kerana Kerajaan Pulau Pinang dan majlis daerah tempatan mengenakan caj tertinggi ke atas pemaju, banyak rumah baru di Pulau Pinang kini lebih mahal daripada rumah-rumah di Kuala Lumpur yang tidak mampu dibeli oleh penduduk tempatan.
10. Kebelakangan ini, EXCO Pulau Pinang Jagdeep Singh dengan bangganya mengumumkan bahawa projek rumah mampu milik pertama oleh kerajaan negeri terdiri daripada 520 unit akan disiapkan menjelang akhir tahun ini untuk didiami pada tahun 2018. Saya hairan bagaimana kerajaan negeri berasa bangga secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya akan menyerahkan unit pertamanya (dan hanya 520 unit) setelah 10 tahun berkuasa?
11. YB Ong dengan bangganya menyatakan bahawa Pulau Pinang mempunyai pendapatan isi rumah median dan min kelima tertinggi bagi tahun 2016 - selepas KL, Selangor, Johor dan Melaka.
12. Namun, YB Ong tidak menyatakan keadaan sebelum DAP mengambil alih, Pulau Pinang telahpun mempunyai pendapatan isi rumah median dan min yang lebih tinggi daripada Johor dan Melaka – ini bermakna Johor dan Melaka telah mengatasi Pulau Pinang selepas DAP mengambil alih.
13. YB Ong juga tidak menyatakan bahawa pendapatan isi rumah median tahun 2016 juga menunjukkan bahawa Pulau Pinang kini telah jatuh di belakang paras purata kebangsaan - secara rasminya ini menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang mempunyai pendapatan isi rumah purata di bawah paras purata.
14. YB Ong juga tidak memberitahu anda semua bahawa Pulau Pinang telah kehilangan tempat pertama bagi pelaburan sejak tahun 2011 dan telah diatasi oleh negeri-negeri lain di sepanjang 6 tahun yang lepas.
15. Penutupan kilang pada baru-baru ini di Pulau Pinang yang disebut oleh YB Ong di mana nama syarikat-syarikat terkenal yang lama bertapak telah tutup dan berserta dengan pelaburan baru yang lebih rendah adalah satu lagi hentaman terhadap Pulau Pinang – ini menghadkan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat Pulau Pinang yang menyebabkan mereka jatuh ketinggalan berbanding dengan semua negeri dalam aspek pendapatan isi rumah.
16. Walaupun ekonomi Pulau Pinang kurang memberangsangkan berbanding dengan negeri-negeri yang lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya telah mengatasi semua negeri dalam soal perbelanjaan operasi tahunan negeri yang telah melonjak ke 500% sejak tahun 2008 kerana Kerajaan Pulau Pinang membelanjakan wang dengan secara melampau ke atas lebuh raya yang melangkaui harga asalnya, RM305 juta dalam "kajian" dan projek lain.
17. YB Ong harus memperakui masalah itu dan berhenti membantu Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menutup dan memutar belitkan prestasinya yang kurang baik.
Friday, October 13
Pagar Elektrik Kurangkan Gangguan Gajah @azeezputera
Pagar elektrik bagi mengelakkan ancaman gajah liar termasuk memusnahkan tanaman penduduk kampung telah pun siap dipasang di tiga lokasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bayu di sini.
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pagar itu dipasang sepanjang 3.5 kilometer di setiap lokasi berkenaan iaitu di Kampung Seri Ketengga di Batu Lapan, Tanjung Pari dan Rambong di Batu Tujuh.
"Kos memasang pagar elektrik setiap 3.5 kilometer itu bagi setiap lokasi itu berharga RM20,000. Proses memasang pagar elektrik tersebut dilakukan sejak dua bulan lalu di tiga lokasi berkenaan.
"Tindakan memasang pagar elektrik adalah langkah jangka panjang bagi mengelakkan kemusnahan berterusan ke atas tanaman pisang, tebu dan kelapa sawit yang diusahakan penduduk di kawasan yang terlibat," katanya katanya selepas merasmikan pagar elektrik berkenaan, semalam.
Abdul Azeez berkata, pihaknya mendapat aduan penduduk yang melaporkan terdapat sekurang-kurangnya enam ekor gajah liar berkeliaran di kampung mereka sehingga berasa terancam pada waktu malam.
Beliau berkata sehubungan itu buat masa ini pihaknya akan melihat keberkesanan penggunaan pagar elektrik itu dalam waktu terdekat sebelum mengambil langkah lain sekiranya masalah berkenaan masih tidak dapat diatasi.
Katanya, ia sebagai langkah memastikan anak-anak mereka dapat memulakan persekolahan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
Thursday, October 12
KERAJAAN DAP PULAU PINANG KONA BARING SAMPAI TELINGA @MpKotaBelud
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, semua soalan yang beliau kemukakan melalui empat kenyataan media dengan yang terakhir pada 24 Mei lalu tidak dijawab.
"Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Lim Hock Seng pada sidang media 25 Mei menyatakan itu adalah kali terakhir jawapan diberi kepada soalan-soalan saya.
"(Namun) Ingin saya tegaskan, kenyataan Hock Seng kononnya beliau sudah menjawab semua soalan saya adalah tidak tepat dan agak mengelirukan.
Bercakap berbelit-belit tidak sama dengan memberi jawapan memuaskan terhadap persoalan yang saya bangkitkan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.
Kenyataannya itu bagi mengulas mengenai projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.34 bilion membabitkan 44.52 hektar tanah di Seri Tanjung Pinang II yang diberikan kerajaan Pulau Pinang kepada Consortium Zenith BUCG (CZBUCG).
Abdul Rahman berkata, beliau mengemukakan tiga kali soalan mengenai tanah yang diberi kepada Consortium Zenith-BUCG (CZBUCG) sama ada dijual serta-merta atau setuju untuk dijual pada harga antara RM845 kaki persegi (kps) hingga RM1,300 kps.
Katanya, Hock tidak memberikan penjelasan sepatutnya sebaliknya menegaskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) membuat penilaian ke atas tanah dimaksudkan pada kadar RM475 kps.
"Selepas didesak buat kali keempat, Hock Seng memberi jawapan mengejutkan iaitu sebarang penjualan tanah antara CZBUCG dan pihak ketiga adalah `transaksi sulit'.
"Saya mendapati jawapan ini sebagai tidak bertanggungjawab kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sudah membuat pembayaran dan bersetuju memindahkan tanah kerajaan negeri kepada syarikat swasta.
"Syarikat berkenaan dengan pantas menandatangani perjanjian untuk menjual tanah terbabit kepada syarikat lain pada harga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding penilaian JPPH. Ini adalah penilaian sama yang disifatkan Hock Seng sebagai nilai tanah berkenaan.
"Beliau memperlekehkan desakan saya dengan merujuk penjualan itu sebagai `transaksi sulit'," katanya.
Mengenai soalan mengenai Kerajaan Pulau Pinang seolah-olah membayar keseluruhan kos pembinaan projek, namun dibenarkan mengutip konsesi tol selama 30 tahun yang mana aturan itu tidak pernah dilakukan dalam mana-mana perjanjian konsesi di Malaysia - atau di dunia, Hock Seng memberikan jawapan berbeza.
"Awalnya beliau berkata ia disebabkan Kerajaan Pulau Pinang tidak memiliki kepakaran untuk menyelenggara terowong berkenaan. Bagaimanapun, dalam sidang media berasingan, beliau dilaporkan berkata, syarikat terbabit turut menampung kos pembinaan dan memerlukan hasil kutipan tol sebagai pulangan pelaburan," katanya.
Sementara itu, katanya Ketua Menteri Pulau Pinang selepas terus didesak membuat pusingan-U apabila mengumumkan projek terowong dasar laut itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan RM2 bilion dan sedia mengetepikan kutipan tol selama 30 tahun jika Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan jambatan ketiga.
"Perkembangan ini sememangnya amat aneh. Awalnya, Guan Eng menuduh Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan jambatan ketiga. Bagaimanapun, apabila Menteri Kerja Raya menafikan Kerajaan Pulau Pinang ada membuat permohonan, Guan Eng memberi alasan tidak berani mengemukakan permohonan.
"Selepas itu, Guan Eng menulis surat kepada Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Kerja Raya (mengikut proses lazim) bagi memohon kelulusan membina jambatan ketiga. Bagaimanapun, beliau enggan mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong permohonan itu.
"Surat permohonan yang menjadi modal politik ini, ditambah dengan keengganan beliau menyertakan dokumen bagi menyokong permohonan membawa kepada kesimpulan bahawa Guan Eng tidak jujur dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," katanya.
Abdul Rahman berkata, pendirian Ketua Menteri Pulau Pinang sering berubah-ubah malah tidak kisah `mensabotaj' Jambatan Kedua Pulau Pinang apabila menyatakan Kerajaan Negeri terpaksa melaksanakan tol 30 tahun pada kadar sama dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai langkah tidak mensabotaj Jambatan Kedua Pulau Pinang.
"Kini, beliau mencadangkan pembinaan jambatan ketiga tanpa tol. Apakah ini bermakna pendirian beliau sudah berubah dan tidak kisah 'mensabotaj' Jambatan Kedua Pulau Pinang? "Sikap berdolak-dalik Kerajaan Pulau Pinang dan percanggahan jawapannya membuatkan saya terpaksa mengulangi kembali semua soalan," katanya.
Wednesday, October 11
PEMBANGKANG SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA @MpKotaBelud
1. Media dikawal pembangkang seperti Malaysian Insight dan Edge meneruskan kempen mensabotaj ekonomi Malaysia bagi kepentingan politik mereka, sekali gus menjejaskan ekonomi kebajikan rakyat.
2. Terbaru, mereka mengambil laporan mutakhir Bank Dunia mengenai Asia Timur, dan tanpa segan silu menyebarkan penipuan berhubung hal berkaitan Malaysia.
3. Mereka memulakannya dengan mendakwa: "Daripada 15 ekonomi Asia yang dianalisis dalam laporan itu, Malaysia dan beberapa negara lain Asia diunjur menjadi lebih buruk." Bagaimanapun, hakikatnya, ini adalah apa yang dinyatakan laporan terbabit: “Malaysia diramal tumbuh lebih pantas, mencerminkan peningkatan keyakinan, lebih banyak pelaburan dan pemulihan dalam dagangan dunia." Itu saja adalah perakuan terhadap kejayaan pelan jangka panjang Kerajaan yang dinikmati rakyat Malaysia.
4. Mari kita memperhalusi butiran terperinci: “Beberapa kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal pada 2017, khususnya Mongolia dan Malaysia, namun defisit kekal tinggi atau di landasan untuk terus meningkat bagi kebanyakan negara." Pencapaian ini adalah susulan tindakan Kerajaan mengambil beberapa keputusan sukar yang tidak popular tetapi meletakkan kepentingan rakyat - sedangkan banyak negara tidak berbuat demikian.
5. Laporan itu turut menyebut: “Pertumbuhan dalam perbelanjaan penggunaan persendirian dan peningkatan eksport komoditi utama serta pembuatan menyumbang terhadap kepantasan pertumbuhan Malaysia. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh pada kadar 5.6 peratus dalam suku pertama 2017 dan 5.8 peratus pada suku kedua — prestasi terbaik sejak suku pertama 2015”. Bunyinya tidak mencerminkan ekonomi semakin merudum seperti mana dicanang oleh media pembangkang, bukan?
6. Ia turut menyatakan: “Malaysia mengubahsuai bajetnya ketika harga minyak dunia menjunam pada 2016, dan langkah itu berjaya mengembalikan program penyatuan fiskalnya kembali ke landasan betul.". Ia adalah perakuan bahawa sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melakukan apa yang sewajarnya untuk memastikan ekonomi berada di landasan tepat.
7. Sebagai mengukuhkan keyakinan negara lain terhadap negara ini, laporan itu menyebut: “Jumlah kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) terus rancak di Malaysia." Justeru, adalah amat menjijikkan apabila pembangkang dan proksi media mereka cuba merendah-rendahkan keyakinan terhadap Malaysia.
8. Berbeza dengan pembangkang yang menentang Cukai Barang dan Jualan (GST), Bank Dunia jelas menggalakkan pelaksanaan cukai itu secara lebih meluas: “Keutamaan di Malaysia wajar merangkumi peluasan asas cukai pendapatan peribadi, dan mengurangkan pengecualian daripada cukai jualan am." Aneh juga apabila perkara itu tidak disebut oleh media dikuasai pembangkang!
9. Laporan Bank Dunia bagi Oktober turut menyebut: “Angka kemiskinan tegar di Malaysia adalah amat sedikit."
10. Ia menyebut, Malaysia "adalah antara destinasi kunjungan utama di dunia, berdasarkan jumlah pelancong antarabangsa. Secara keseluruhannya, rantau ini mendapat manfaat daripada infrastruktur pengangkutan udara yang baik, namun ada beberapa negara agak ketinggalan. Bilangan pelepasan (domestik dan antarabangsa) perkapita boleh digunakan secara jangkaan keberkesanan infrastruktur pengangkutan udara negara terbabit. Dalam keadaan ini, Malaysia mendahului negara lain dengan 14 pelepasan bagi setiap 1,000 orang rakyat, manakala Kemboja, Myanmar, dan Laos jauh ketinggalan dengan satu pelepasan bagi setiap 1,000 rakyatnya.
11. Menjurus kepada perkara paling pokok, Malaysian Insight berkata: "Semua rakyat Malaysia perlu membaca laporan baharu Bank Dunia untuk membuat kesimpulan sendiri sama ada Barisan Nasional terlepas peluang tambahan ke arah pertumbuhan ekonomi."
12. Memang mereka wajar membacanya kerana ini adalah kesimpulan Bank Dunia:
13. “Pertumbuhan KDNK di Malaysia berlaku pantas ketika separuh pertama 2017 kepada 5.7 peratus (perbandingan tahun ke tahun), disokong oleh permintaan domestik dan luaran yang kukuh. Hasilnya, ekonomi Malaysia diunjur berkembang dengan kadar 5.2 peratus pada 2017. Prospeknya kekal positif, sejajar keadaan ekonomi Malaysia terus menikmati pertumbuhan memberangsangkan yang merentasi pelbagai sektor secara meluas.
14. “Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan semasa pada 2018 dan 2019, walaupun pada kadar lebih sederhana di sebalik unjuran pertumbuhan penggunaan modal yang lebih rendah.”
15. Semua petikan ini bukannya “berpilih". Sesiapa saja yang berkata demikian patut membaca keseluruhan laporan itu. Walaupun ia ada menyentuh aspek bahaya risiko dalaman, laporan itu turut memuji pencapaian semasa Malaysia.
16. Ini sama seperti laporan Bank Dunia pada Jun lalu – khusus membabitkan Malaysia, bukannya rantau ini. Rumusannya adalah: “Pengurusan ekonomi makro negara itu sentiasa proaktif dan efektif ke arah memacu cabaran mendatang dalam persekitaran ekonomi."
17. Kesimpulan menyeluruh itu dengan sendirinya menepis dakyah dangkal golongan tidak patriotik, kononnya ekonomi Malaysia semakin parah. Ramalan siapa? Hanya golongan tidak mempedulikan negaranya yang berharap ekonomi hancur supaya dapat meraih kepentingan politik murahan.
18. Ini adalah kesimpulan Bank Dunia dan sesiapa saja boleh membacanya di laman web rasminya:
19. “Ekonomi Malaysia berkembang untuk menjadi lebih kukuh." (Jun 2017).
20. Ini adalah pencapaian sebenar Kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Semua rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan rekod pencapaian ekonomi negara. Mereka yang menyebarkan pembohongan demi kepentingan politik sepatutnya berasa malu – kerana memalukan negara dan rakyat Malaysia. Berita palsu mereka tidak seiring dengan apa yang diperakui institusi global mengenai Malaysia. Mereka mengetahui Kerajaan ini mempunyai pelan ekonomi – dan perancangan itu telah dan akan terus dilaksanakan demi manfaat rakyat Malaysia.
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
11 Oktober , 2017
TAHNIAH BARISAN NASIONAL LEBIH POPULAR DI MEDIA SOSIAL
Inilah realitinya, Barisan Nasional sudah mendahului pakatan pembangkang dalam media sosial. Bulan Februari lepas lagi, Lim Kit Siang sudah mengakui bahawa tentera media sosial pembangkang yang dikenali sebagai “Red Bean Army” sudah pun berkubur.
Menurut kajian terbaru Politweet, 5.8 juta pengguna media sosial Facebook (FB) berumur 21 tahun ke atas semakin berminat kepada Barisan Nasional (BN) berbanding hanya 3.1 juta yang berminat dengan Pakatan Harapan. Politweet adalah sebuah firma penyelidikan yang membuat kajian mengenai media sosial di Malaysia.
Menurut kajian yang dilakukan Politweet pada Julai 2017, 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.
Bukan itu sahaja, menurut kajian bebas itu turut mengesan kecenderungan pengundi muda di Malaysia sekarang ini lebih minat kepada UMNO dengan jumlah sebanyak 4.4 juta orang (68.8%), PKR 1.8 juta (28.1%), DAP 1.3 juta (20.3%), PAS 950,000 (14.8%), MCA 740,000 (11.6%), Gerakan 150,000 (2.34%) dan MIC 81,000 (1.3%).
Mengikut data daripada SPR mengikut suku tahun 2/2016, jumlah pengundi muda yang dijangkakan mengundi pada PRU14 adalah sejumlah 5.1 juta orang. Pengundi muda berusia antara 21-29 tahun mencecah 1.9 juta pengundi. Mereka yang berumur 30-39 tahun pula sebanyak 3.2 juta orang.
Jumlah pengundi muda 5.1 juta ini adalah 37.5% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berjumlah 13.6 juta orang pada PRU14 nanti. Sejumlah 700,000 lagi pengundi yang menyokong BN mengikut kajian Politweet itu bolehlah dikategorikan sebagai mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Jika dibandingkan dengan kajian Politweet itu, 5.8 juta yang berminat kepada BN daripada keseluruhan 13.6 juta pengundi bermakna jumlahnya adalah 42.64%. Manakala pembangkang yang hanya ada 3.1 juta minat pada Pakatan Harapan atau sejumlah 22.7% sahaja.
Jika dibandingkan pula dengan minat rakyat terhadap Facebook Fan Page yang bersifat politik, Social Bakers pula menyenaraikan lima fan pages pro Barisan Nasional yang merupakan “Fastest-Growing Politics Pages in Malaysia” pada minggu lepas iaitu Fan Page Zahid Hamidi yang bertambah 44,273 fans, MCA yang bertambah 2,257 fans, Friends Of Barisan Nasional yang bertambah 2,240 fans, Irmohizam Ibrahim yang bertambah 805 fans dan Noh Omar yang bertambah 726 fans dalam masa seminggu lepas.
Menurut Politweet lagi, populariti Pakatan Harapan juga mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 7% dari kalangan anak muda. Bermakna orang muda sekarang sudah mulai pandai menyemak dan menyaring sesuatu berita yang disampaikan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Harapan.
Misalnya, cara pembohongan bersiri Guan Eng yang cukup memualkan rakyat. Jika rakyat boleh menilai semua jawapan yang Guan Eng terhadap isu banjir, isu rasuah, isu kajian terowong dan isu kilang haram, rakyat boleh tahu bahawa Guan Eng hanya berbohong semata mata.
Pada 22 Julai 2016, Politweet turut membuat kajian mengenai kes rasuah Lim Guan Eng. Menurut Politweet, hanya 27 sahaja dari 44 ahli politik DAP yang aktif dalam twitter mempertahankan Guan Eng dalam isu rasuah itu. Lagi 17 orang diam dan mungkin mempercayai Guan Eng benar benar terlibat dalam isu rasuah itu.
Dalam kajian mengenai Guan Eng itu juga, Politweet mendapati 10,627 pengguna twitter mahu Lim Guan Eng disiasat kerana kes rasuah itu. Malah kebanyakkan pengguna twitter juga mengkritik cara jawapan Guan Eng mengenai skandal rasuahnya itu.
Maka tidak hairanlah dalam kajian terbaru pada Julai lepas, Politweet menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional mencatatkan peningkatan sokongan sebanyak 5% daripada golongan anak muda.
Ini adalah impak kepada kerja-kerja ikhlas tanpa henti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat. Terus fokus menjaga ekonomi negara dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Berbanding pembangkang yang hanya mahu anjur demo dan mengutuk apa sahaja usaha usaha baik kerajaan BN kepada rakyat.
Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 30 September 2017, Datuk Seri Najib telah menyatakan ;
“Dengan perkembangan mutakhir ini, berikutan dengan pelancaran sistem pengangkutan yang canggih...MRT, kejayaan berganda Sukan Sea dan sambutan 60 tahun kemerdekaan banyak mempengaruhi suasana yang memberi momentum kepada Barisan Nasional”.
Kajian Politweet yang menyatakan bahawa Barisan Nasional makin popular di media sosial ini selari dengan momentum baik yang disebut oleh Datuk Seri Najib ini. Politweet kata 5.8 juta pengguna media sosial yang berumur 21 tahun ke atas minat kepada Barisan Nasional. Jika dibanding dengan undi Barisan Nasional pada PRU13, ianya sejumlah 5.2 juta atau 46.53%. Naik sejumlah 600,000.
Perlu diingat, itu belum lagi dikira pengundi tegar BN di luar bandar dan di kampung kampung. Data ini sudah pasti gerunkan pembangkang. Jadi, jangan marah kepada rakyat kalau demo pada 14 Oktober ini tidak mendapat sambutan. Memang rakyat secara majoritinya sudah menolak pembangkang pun. Cuma belum mengundi sahaja lagi.
BN semakin bertambah popular kerana hasil kerja keras Datuk Seri Najib dan pemimpin pemimpin BN. Berbanding Pakatan Harapan yang semakin bertelagah berebut kerusi, berebut jawatan dan bergaduh sesama sendiri.
Lebih teruk daripada itu pemimpin Pakatan Harapan penuh dengan skandal dan kudis kudis lama. Paling menarik dalam kajian Politweet itu, PPBM tidak masuk ranking langsung. Patutlah ahli PPBM tidak ramai, tidak layak langsung masuk carta.
Menurut kajian terbaru Politweet, 5.8 juta pengguna media sosial Facebook (FB) berumur 21 tahun ke atas semakin berminat kepada Barisan Nasional (BN) berbanding hanya 3.1 juta yang berminat dengan Pakatan Harapan. Politweet adalah sebuah firma penyelidikan yang membuat kajian mengenai media sosial di Malaysia.
Menurut kajian yang dilakukan Politweet pada Julai 2017, 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.
Bukan itu sahaja, menurut kajian bebas itu turut mengesan kecenderungan pengundi muda di Malaysia sekarang ini lebih minat kepada UMNO dengan jumlah sebanyak 4.4 juta orang (68.8%), PKR 1.8 juta (28.1%), DAP 1.3 juta (20.3%), PAS 950,000 (14.8%), MCA 740,000 (11.6%), Gerakan 150,000 (2.34%) dan MIC 81,000 (1.3%).
Mengikut data daripada SPR mengikut suku tahun 2/2016, jumlah pengundi muda yang dijangkakan mengundi pada PRU14 adalah sejumlah 5.1 juta orang. Pengundi muda berusia antara 21-29 tahun mencecah 1.9 juta pengundi. Mereka yang berumur 30-39 tahun pula sebanyak 3.2 juta orang.
Jumlah pengundi muda 5.1 juta ini adalah 37.5% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berjumlah 13.6 juta orang pada PRU14 nanti. Sejumlah 700,000 lagi pengundi yang menyokong BN mengikut kajian Politweet itu bolehlah dikategorikan sebagai mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Jika dibandingkan dengan kajian Politweet itu, 5.8 juta yang berminat kepada BN daripada keseluruhan 13.6 juta pengundi bermakna jumlahnya adalah 42.64%. Manakala pembangkang yang hanya ada 3.1 juta minat pada Pakatan Harapan atau sejumlah 22.7% sahaja.
Jika dibandingkan pula dengan minat rakyat terhadap Facebook Fan Page yang bersifat politik, Social Bakers pula menyenaraikan lima fan pages pro Barisan Nasional yang merupakan “Fastest-Growing Politics Pages in Malaysia” pada minggu lepas iaitu Fan Page Zahid Hamidi yang bertambah 44,273 fans, MCA yang bertambah 2,257 fans, Friends Of Barisan Nasional yang bertambah 2,240 fans, Irmohizam Ibrahim yang bertambah 805 fans dan Noh Omar yang bertambah 726 fans dalam masa seminggu lepas.
Menurut Politweet lagi, populariti Pakatan Harapan juga mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 7% dari kalangan anak muda. Bermakna orang muda sekarang sudah mulai pandai menyemak dan menyaring sesuatu berita yang disampaikan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Harapan.
Misalnya, cara pembohongan bersiri Guan Eng yang cukup memualkan rakyat. Jika rakyat boleh menilai semua jawapan yang Guan Eng terhadap isu banjir, isu rasuah, isu kajian terowong dan isu kilang haram, rakyat boleh tahu bahawa Guan Eng hanya berbohong semata mata.
Pada 22 Julai 2016, Politweet turut membuat kajian mengenai kes rasuah Lim Guan Eng. Menurut Politweet, hanya 27 sahaja dari 44 ahli politik DAP yang aktif dalam twitter mempertahankan Guan Eng dalam isu rasuah itu. Lagi 17 orang diam dan mungkin mempercayai Guan Eng benar benar terlibat dalam isu rasuah itu.
Dalam kajian mengenai Guan Eng itu juga, Politweet mendapati 10,627 pengguna twitter mahu Lim Guan Eng disiasat kerana kes rasuah itu. Malah kebanyakkan pengguna twitter juga mengkritik cara jawapan Guan Eng mengenai skandal rasuahnya itu.
Maka tidak hairanlah dalam kajian terbaru pada Julai lepas, Politweet menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional mencatatkan peningkatan sokongan sebanyak 5% daripada golongan anak muda.
Ini adalah impak kepada kerja-kerja ikhlas tanpa henti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat. Terus fokus menjaga ekonomi negara dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Berbanding pembangkang yang hanya mahu anjur demo dan mengutuk apa sahaja usaha usaha baik kerajaan BN kepada rakyat.
Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 30 September 2017, Datuk Seri Najib telah menyatakan ;
“Dengan perkembangan mutakhir ini, berikutan dengan pelancaran sistem pengangkutan yang canggih...MRT, kejayaan berganda Sukan Sea dan sambutan 60 tahun kemerdekaan banyak mempengaruhi suasana yang memberi momentum kepada Barisan Nasional”.
Kajian Politweet yang menyatakan bahawa Barisan Nasional makin popular di media sosial ini selari dengan momentum baik yang disebut oleh Datuk Seri Najib ini. Politweet kata 5.8 juta pengguna media sosial yang berumur 21 tahun ke atas minat kepada Barisan Nasional. Jika dibanding dengan undi Barisan Nasional pada PRU13, ianya sejumlah 5.2 juta atau 46.53%. Naik sejumlah 600,000.
Perlu diingat, itu belum lagi dikira pengundi tegar BN di luar bandar dan di kampung kampung. Data ini sudah pasti gerunkan pembangkang. Jadi, jangan marah kepada rakyat kalau demo pada 14 Oktober ini tidak mendapat sambutan. Memang rakyat secara majoritinya sudah menolak pembangkang pun. Cuma belum mengundi sahaja lagi.
BN semakin bertambah popular kerana hasil kerja keras Datuk Seri Najib dan pemimpin pemimpin BN. Berbanding Pakatan Harapan yang semakin bertelagah berebut kerusi, berebut jawatan dan bergaduh sesama sendiri.
Lebih teruk daripada itu pemimpin Pakatan Harapan penuh dengan skandal dan kudis kudis lama. Paling menarik dalam kajian Politweet itu, PPBM tidak masuk ranking langsung. Patutlah ahli PPBM tidak ramai, tidak layak langsung masuk carta.
Prasarana Umum Khidmat RapidFerry Bulan Depan
Prasarana Malaysia Bhd akan mengumumkan secara rasmi pengambilalihan perkhidmatan feri Pulau Pinang pada November susulan rundingan yang dijalankan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata pengambilalihan itu sedang melalui proses pemindahan pemilikan daripada dua pihak.
“Kami menjangkakan proses itu selesai tidak lama lagi sebelum melancarkan perkhidmatan awalnya yang dikenali sebagai RapidFerry pada November,” katanya
Perkhidmatan feri itu kini diurus oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan diswastakan kepada Seaport Terminal Sdn Bhd, yang melaporkan kerugian tahunan lebih RM21 juta.
Azmi membuat pemeriksaan ke atas perkhidmatan feri itu malam tadi dan berkata secara rasminya, kumpulan itu belum mengambil alih perkhidmatan itu, namun sudah menerima kelulusan daripada kerajaan persekutuan untuk berbuat demikian.
Beliau juga berkata kumpulan itu sudah mula menaik taraf perkhidmatan feri dengan mengkaji bilangan kapal yang beroperasi, keselamatan penumpang dan menaik taraf persekitaran untuk pejalan kaki.
“Kami tidak menunggu, sebaliknya mula menjalankan kerja-kerja asas. Selepas pengumuman pengambilalihan secara rasmi, perkhidmatan feri akan diurus oleh anak syarikat kami, RapidFerry Sdn Bhd,” katanya.
Azmi berkata feri Pulau Pinang merupakan kaedah pengangkutan unik, dan kumpulan itu akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkannya bagi menarik penumpang.
“Ia juga merupakan ikon nasional dengan para pelancong mendapat peluang untuk memperoleh pengalaman menggunakan perkhidmatan itu, dan matlamat utama kami untuk meningkatkan jumlah penumpang,” katanya.
Azmi juga berkata kumpulan itu merancang mengintegrasikan perkhidmatan feri dengan hab pengangkutan Penang Sentral, di samping kereta api dan perkhidmatan bas Rapid untuk mewujudkan persekitaran lebih selesa kepada penumpang.
Feri Pulau Pinang, yang menyediakan perkhidmatan menghubungkan bahagian pulau dari George Town (Pengkalan Raja Tun Uda) ke tanah besar di Butterworth (Pengkalan Sultan Abdul Halim) merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia yang beroperasi sejak 1894.
Tuesday, October 10
TAKUT BALING KERUSI BERULANG TERUS TUKAR JADI KARNIVAL...
PARTI BUNGA atau pun nama sebenarnya PPBM dihuni oleh SAMPAH sebab tue kalau buat apa saja perhimpunan akan menjadi kacau-bilau. Depa nie adalah sampah buangan sebab tue perangai macam haram jadah.
Himpunan Anti Kleptokasi Selamatkan Malaysia anjuran pembangkang menjadi bahan jenaka kerana ia lebih berbentuk karnival dan bukan himpunan jalanan seperti yang dianjurkan oleh mereka sebelum ini.
Ini membuktikan budaya himpunan jalanan ini sudah tidak terima oleh masyarakat kerana tindakan itu menyebabkan hampir keseluruhan rakyat berada dalam kesukaran bagi melakukan aktiviti harian.
Walaupun Pengarah Perhimpunan Howard Lee mendakwa acara itu akan memberikan suasana lebih positif terhadap himpunan, sebaliknya ia mengambarkan beliau bimbang tiada sambutan dari orang ramai lalu bertindak menukar pendekatan.
Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ini membuktikan pengaruh dari Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak himpunan jalanan.
“Secara tidak langsung himpunan yang dirancang bertukar kepada karnival yang dipenuhi pelbagai aktiviti pameran, pertandingan melukis dan pelbagai lagi.
“Lebih baik acara ini digabungkan dengan sambutan Hari Sukan Negara pada 14 Oktober ini yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan disambut di seluruh negara, “ katanya dengan nada sinis.
Beliau yang turut dikenali sebagai Che'gu Bard menjelaskan, beliau tidak menolak kemungkinan disebabkan oleh Tun Mahathir ramai pembangkang sendiri enggan untuk menyertai perhimpunan yang dirancangkan itu.
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Mohamad mengakui bahawa himpunan itu hambar dan tidak mendapat sambutan dalam satu portal pembangkang.
Menurutnya, ketika mengagihkan risalah berhubung himpuan anti kleptokasi di ibu negara hanya lima orang yang hadir dalam kempen itu, terdiri dari Pemuda PAN sendiri.
“Persoalan bagaimana mahu mengumpul 30,000 ke 50,000 peserta untuk menyertainya sekiranya kalangan pembangkang sendiri pun gagal untuk hadir dalam kempen yang diadakan,” katanya.
APABILA DAJAL BERLAGAK SUCI......?
PAKATAN HARAPAN nama yang cukup unik memberikan satu sinar baru kepada rakyat malaysia yang terdiri daripada DAP, PPBM, PKR dan Amanah. Namun berlagak sebagai sebuah entiti politik berpadu seperti Umno-BN demi menumbangkan perikatan politik yang sudah dijalin sejak enam puluh tahun lalu itu. Bagaimanapun lakonan itu tidak jujur.
Mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah parti politik hanya pementasan sandiwara politik yang menakutkan dan boleh menghunjamkan negara ke lembah kehinaan kerana cuba memutarbelit keluhuran sistem demokrasi demi mencapai matlamat politik.
Pertama, PH menghadapi krisis saling tidak mempercayai di antara anggota mereka. Contoh paling jelas ialah apabila PH mengambil pendirian tidak mahu PAS menjadi kerabatnya, PKR bertindak sebaliknya.
Kedua, PH juga mempamerkan nilai politik yang buruk dalam percubaan meniru perpaduan Umno-BN kerana ia lebih cenderung menebarkan jaring propagandanya yang berpaksikan putar belit fakta dan fitnah.
Justeru, serahkan pada pemimpin-pemimpin PH untuk memberi intepretasi apa jua gerak kerja kerajaan Umno-BN dan mereka akan mampu memberi tafsiran politik menggiurkan untuk menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan.
Tidak kira sama ada pengamatan PH itu bersandarkan fakta atau emosi dan mungkin juga tipu daya, yang penting tidak mungkin bacaan politik mereka akan memuji apatah lagi memihak pada kerajaan. Itu hakikat.
Misalnya, dalam isu lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat minggu lalu berikutan jemputan presidennya Donald Trump. PH cuba meremehkannya dengan mengatakan pertemuan itu berlangsung tidak sampai enam minit.
Ini cuba menggambarkan bahawa Najib sebenarnya tidak dipandang tinggi oleh Trump. Malah gelagat Trump berpeluk tubuh mendengar ucapan Najib ditafsirkan sebagai tindakan angkuh dan memandang rendah si pembicara.
Ada yang cuba menyamakan tindakan bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Michel Camdessus ketika menyaksikan Presiden Suharto menandantangani perjanjian pinjaman menyelamatkan ekonomi republik itu pada 1998.
Pentafsiran PH itu memang tidak berniat baik. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Najib perlu merendah diri pada “tuannya” dalam episod berkenaan. Ini dihias pula dengan gambar photoshop di mana Najib mencium tangan Trump tanda akur ketuanan Amerika.
Walhal gambar itu disunting daripada gambar Najib tunduk mencium tangan ibundanya, Toh Puan Rahah Noh. Sesungguhnya ini adalah perbuatan yang jahat, kejam dan jelek. Ini mentaliti PH.
Bagaimanapun kecenderungan PH tidur sebantal dan melayan mimpi politik yang berbeza ini sering membuat pengundi semakin menjauh daripada perjuangannya. Diakui kempen mereka mendapat sambutan tetapi hanya sebagai sesi penglipur lara politik sahaja.
Natijah gejala ketidaksefahaman ini dapat dilihat pada episod persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 apabila Anwar Ibrahim, Ketua Umum PH dan juga PKR mahu rundingan dengan PAS diteruskan. Alasannya mahu mengelak pertandingan tiga penjuru.
Sebelum ini PH menentukan strategi teras PRU14 ialah mengelakkan pertandingan tiga penjuru. PH mahu bersaing dengan BN sahaja. Jika ada parti ketiga, ia akan memecah undi di sesuatu kawasan berkenaan. Demikian alasan Anwar mahu PAS dirundingi.
Pemikiran Anwar disanggah bukan sahaja parti kerabat PH tetapi ia membelah perpaduan PKR sendiri. Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap idea Anwar ini adalah satu masalah bagi PH; walaupun beliau percaya ia boleh diatasi.
Mahathir tidak mahu menyantuni PAS lantas beliau segera memanfaatkan kedudukannya sebagai Pengerusi untuk memimpin PH membuat ketetapan menolak berunding dengan PAS.
Ini menggirangkan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, William Leong. Sekaligus Anwar sedar bahawa jika tidak ditangani segera, warkahnya yang mengakui menyokong usaha Timbalan Presiden PKR berunding dengan PAS, akan meracik PKR.
Maka usaha menyelamatkan keadaan segera dilakukan. Jika beliau menarik balik mesej warkahnya, tentu itu akan merendahkan persepsi pemimpin PKR dan PH terhadapnya. Maka Anwar perlu melontarkan idea baru bagi memperbaiki imejnya.
Anwar mengutus satu lagi warkah kepada PKR dan PH yang intipatinya mahu fokus diberikan kepada kempen bagaimana ‘salah tadbir’ ekonomi negara perlu dijadikan agenda utama PH demi menokok kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Anwar cuba mengalih pandangan rakyat daripada sisi buruk dan bercelaru PH kepada isu populis yang kononnya mahu membela rakyat yang sedang “dicekik” pengurusan ekonomi Umno-BN yang tempang.
Serentak syor Anwar, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan PKR akan mencontohi DAP dan PAS yang bersedia mengorbankan kerusi tradisi masing-masing bagi memberi peluang PKR bertanding pada PRU 1999.
Tingkah Anwar dan Azmin ini dilihat sebagai ikhtiar “memujuk” kerabat PH supaya melupakan usaha mahu membabitkan PAS dalam skim politik PRU14 PH.
Namun ketegaran Mahathir sebagai pengerusi PH, memang sedia difahami Anwar. Ini kerana jika PAS dibabitkan dalam strategi induk ‘satu lawan satu’ PH, sudah tentu peluang bagi PPBM mendapat lebih banyak kerusi untuk ditandingi, akan berkurangan.
Mahathir mahu mencatat impak yang besar dalam PRU14. Beliau mahu PPBM muncul parti pembangkang menang paling banyak kerusi. Justeru ia perlu bertanding seberapa banyak kerusi yang mungkin. Kehadiran PAS dalam congakan PH akan merencat cita-cita ini.
Lantas Mahathir menggunakan sepenuhnya kedudukannya sebagai pengerusi PH untuk menunjuk jalan pintas menumbangkan Umno-BN. Anwar dapat membaca bahawa telunjuk Mahathir mungkin lurus “tetapi kelingkingnya tetap berkait”.
Baik Anwar mahupun penyokongnya dalam Jemaah pembangkang haruslah insaf bahawa selagi beliau masih dipasung penjara, beliau tidak mungkin mampu memimpin PH secara mutlak seperti dalam PRU13 pada 2013.
Tidak mungkin Anwar berpeluang mengepalai pengaturan dan pelaksanaan strategi PH sepenuhnya. Sementara itu, Mahathir akan terus mempengerusikan PH mengikut selera dan kebijaksanaannya. Anwar hanya Ketua Umum yang tiada kuasa khusus.
Thursday, October 5
Rapid KL ubah tiga laluan bas di Cheras
Rapid Bus, operator perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL melakukan perubahan kecil atau 'tweaking' untuk tiga laluan di kawasan Cheras bagi manfaat pengguna.
Laluan berkenaan adalah di Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd Azam Omar, berkata pelarasan bagi laluan bas 400, 401 dan 450, yang turut menjadikan Stesen MRT Taman Mutiara sebagai salah satu dari perhentiannya, bermula pada 22 September lalu juga dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kemudahan dan keselesaan penumpang.
"Secara peribadi, saya bersedia untuk melakukan apa jua 'tweaking' dan meluaskan kawasan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
"Bagaimanapun, kami mempunyai kekangan sendiri termasuk laluan yang tidak sesuai untuk perjalanan bas yang lancar, bilangan bas dan kapten bas sedia ada, selain kepentingan operator lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Justeru, katanya, semua permintaan Rapid KL perlu dibuat dengan teliti dengan menimbang banyak faktor, termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan, khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang memiliki kuasa mutlak dalam meluluskan apa juga perubahan, kawasan perkhidmatan dan tambahan laluan bas.
"Rapid Bus sentiasa bersikap terbuka bagi sebarang cadangan seperti saranan daripada penduduk Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara.
"Namun, dalam membuat kajian terhadap saranan berkenaan, saya berharap pengguna juga melihat perkara itu daripada perspektif kami," katanya.
Monday, October 2
SYED SADIQ PELAWAK BARU DARI PARTI BUNGA....?
Menjadi politikus amat mudah hanya dengan modal air liur aje. Sebelum ini apa yang tidak pernah diucapkan oleh Syed Saddiq Sigaraga nie pada pemimpin BN terutamanya Perdana Menteri....? Bila kena pada batang hidungnya pandai pulak nak nak ugut saman pelbagai.
Nasihat MKP pada Syed Saddiq nie nak jadi ahli politik yang berjaya kenalah berjiwa besar. Segala cabaran serta sepak terajang dalam politik adalah biasa dan perlu dilalui oleh semua yang bergelar ahli politik. Janganlah cepat sangat melatah nanti nampak macam badut yang hanya buat lawak akan tetapi tidak faham apa yang dibuatnya....
Syed Saddiq kantoi apabila ditanya wartawan mengapa dia tidak terus sahaja melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syed Saddiq dilihat berdolak-dalik dan kemudiannya memberitahu, hanya akan melaporkan kepada SPRM jika ada laporan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa diterimanya.
Sedangkan sebelum itu beliau mendakwa ditawarkan dengan sogokan RM5 juta untuk meninggalkan PPBM serta mempunyai bukti yang kukuh berkenaan apa yang didakwanya itu
“Saya akan bincang dengan peguam, kalau ada apa-apa tawaran yang berkaitan rasuah, salah guna kuasa, saya akan laporkan terus kepada SPRM. Terutama jika mereka hendak guna serangan peribadi semua kerana jenayah sepatutnya tiada kompromi, kena laporkan.
“Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, lebih berbentuk peribadi daripada mereka,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Doktor tersilap potong kaki pesakit - Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, ...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2017
(107)
-
▼
October
(19)
- KENA BAYAR UNTUK BERJUMPA TRUMP.......?
- 10 PERKARA YANG DIJANGKA BERLAKU JIKA PAKATAN BERJ...
- RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN LRT SEMPENA CITRAWARN...
- SPAD IKTIRAF RAPID RAIL PEMACU INOVASI DALAM INDUS...
- APAHAL RM1.00 PUN NAK BISING KE...?
- KERAJAAN DAP PULAU PINANG TAK ENDAH BANTAHAN JABAT...
- DIMANA GENG ARMADA SEMASA #KleptokrasiAbahKau
- PERHIMPUNAN PALING GAGAL DALAM SEJARAH
- Acara Kebudayaan Di Empat Stesen Sempena Deepavali...
- Pulau Pinang Negeri Gagal Dalam Ekonomi Sejak 2008
- Pagar Elektrik Kurangkan Gangguan Gajah @azeezputera
- KERAJAAN DAP PULAU PINANG KONA BARING SAMPAI TELIN...
- PEMBANGKANG SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA @MpKotaBelud
- TAHNIAH BARISAN NASIONAL LEBIH POPULAR DI MEDIA SO...
- Prasarana Umum Khidmat RapidFerry Bulan Depan
- TAKUT BALING KERUSI BERULANG TERUS TUKAR JADI KARN...
- APABILA DAJAL BERLAGAK SUCI......?
- Rapid KL ubah tiga laluan bas di Cheras
- SYED SADIQ PELAWAK BARU DARI PARTI BUNGA....?
-
▼
October
(19)