Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong
-
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini
menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan
pergerakan teru...
Wednesday, April 29
Melayu Tetapi Tak Tahu Adat Resam Orang Melayu.
Baik Suhaimi Sabudin mahupun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, sukar untuk diramalkan siapa yang bakal dinobatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.
Kedua-dua nama ini yang masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenuhi jadual kempen sejak hari penamaan calon lagi.
Memang kesibukan tidak boleh difikirkan bagi kedua-dua calon ini yang jelas sedang bersaing hebat untuk mendapatkan jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.
Umum tahu kenapa kerusi Parlimen Permatang Pauh terpaksa dikosongkan dan tak perlulah diulang berkali-kali sebabnya.
Dan tak perlulah juga disebut hubungan Anwar dengan Wan Azizah kerana umum juga telah maklum akan semua hal itu.
Apa yang hendak dibualkan di sini hanyalah pemerhatian sebagai orang biasa ketika melihat kedua-kedua calon utama ini berkempen dari pagi hingga ke malam.
Sebenarnya, memang tidak boleh dinafikan kedua-dua calon ini ada penyokong tegar yang tidak akan sama sekali tergugat untuk beralih angin.
Itu hak mereka sebagai penyokong tegar dan memang sewajarnyalah kedua-dua calon ada penyokong tegar yang akan sentiasa bersama sepanjang tempoh berkempen.
Cuma apa yang tidak sedap dipandang, ketika kedua-dua calon ini berkempen merayu undi, ada juga sesetengah pengundi yang bukan sahaja tidak mahu bersalam, pandang muka calon pun seperti benci yang teramat sangat.
Terfikir sejenak tentang pengundi seperti ini yang hakikatnya tidak pernah kenal rapat dengan calon, jauh sekali mempunyai talian persaudaraan.
Sombong tak bertempat. Itulah ayat yang paling sesuai ditujukan kepada pengundi atau rakyat seperti ini.
Jika bencikan parti yang diwakilinya, adalah tidak wajar membenci calon.
Paling menyedihkan, rakyat yang sombong tak bertempat ini adalah orang Melayu tetapi tak tahu adat resam orang Melayu.
Salam tak bersambut, risalah yang dibawa calon tak diterima. Apa inikah sikap orang Melayu yang sering mendahulukan adab dan sopan lebih-lebih lagi kedua-dua calon adalah orang Melayu yang beragama Islam?
Nak cakap pun susah sebab itu hak mereka untuk membenci calon.
Nak nasihat pun payah sebab mungkin rakyat seperti itu antara pelajar cemerlang di universiti.
Namun di sebalik kepandaian yang ada, wujudkanlah sedikit perasaan hormat sesama manusia.
Walaupun bukan penyokong parti yang dibawa calon, tak perlulah ditunjuk kebencian itu di khalayak ramai.
Sambutlah salam mereka dan terimalah risalah yang dibawa.
Kalau suka simpan, kalau tak suka buang waktu calon sudah beredar.
Itu adalah budaya kita sebagai orang Melayu.
Darah orang politik mungkin tak sama dengan orang bukan kaki politik.
Sebabnya, mereka sedia terima apa sahaja cacian dan hinaan.
Kalau muka dikatakan setebal tembok pun, orang politik tidak akan tersentuh hati.
"Saya dah biasa dengan keadaan begini malah lebih teruk daripada ini pun pernah saya lalui. Setakat tak mau bersalam atau pandang muka, itu adalah asam garam orang berpolitik. Muka kena tebal,” kata Suhaimi.
Betul kata Suhaimi tetapi bagi orang yang tak biasa melihat keadaan seperti itu, apa yang terlintas di fikirannya adalah biadap dan terlampau kesombongannya manusia seperti itu.
Sunday, April 26
SELAK KAIN DEMI JAWATAN TETAPI MARUAH DIMANA.........?
Kalau tidak kerana ada rangsangan daripada ahli-ahli PAS sendiri, tidak mungkin Lim Guan Eng dan konco-konconya berani dan tergamak menggelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, seorang pemimpin yang tidak bermaruah.
Tidak mungkin pemimpin DAP itu berani menyinggung perasaan ramai rakan karibnya dalam PAS yang hampir sahaja berjaya menumbangkan Barisan Nasional dan memerintah Malaysia.
Sehubungan itu jika bukan kerana diuja pandangan kritikal pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dalam PKR, tidak mungkin juga Guan Eng berani mengkritik Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia itu dengan begitu pedas sekali.
Lantaran pandangan sinis terhadap kepemimpinan Hadi oleh puak-puak politikus Melayu-Islam inilah maka rasa hormat dan semangat mahu bekerjasama dengan PAS, khususnya ulama, tiba-tiba malap dalam jiwa DAP.
Keberanian dan sikap galak DAP terhadap Hadi itu bukanlah satu keputusan melulu. Ia disemarakkan oleh keyakinan jika Hadi tidak lagi memimpin PAS, maka DAP akan melayari gelombang politik Malaysia dengan lebih selesa.
Jika Hadi tiada, golongan profesional, PKR dan DAP lebih senang berurusan
DAP parti pragmatik. Ia senang berurusan dengan pemimpin Melayu-Islam yang berfikiran terbuka dan liberal dalam soal agama. Lantas jika Hadi “dinyahkan” dari PAS, sudah tentu kerjasama dengan PKR dan PAS lebih nyaman.
Sebab itu DAP tidak segan silu menjadi mikrofon politik bagi puak-puak progesif dalam PAS untuk “mencerca” Hadi dan geng ulamanya. Namun penyokong Hadi tidak histeria dengan serangan terhadap maruah presiden mereka.
Berpandukan akhlak mukmin mereka memilih masa dan tempat sesuai untuk memberi reaksi terhadap “penghinaan” terhadap presiden mereka.
Penyokong Hadi dapat membaca bahawa serangan terhadap usaha PAS melaksanakan hukum hudud sebenarnya hanya alasan untuk “mengizinkan” DAP menyerang Hadi.
Walhal sewajibnya geng progresif menggandakan usaha menerangkan apakah sebenarnya hukum hudud pada semua pihak terutama DAP. Sebaliknya mereka membatu bila Hadi diserang.
Mereka berkira ini akan mempengaruhi trend pemilihan dalam muktamar akan datang. Mereka mahu ahli akar umbi berasa malu jika mereka berpresidenkan seorang yang dikatakan tiada maruah. Bagaimanapun sifir mereka meleset.
Sememangnya sebelum muktamar 2013 lagi mereka mahu menjatuhkan Hadi. Bagaimanapun tiada calon yang berani melaksanakan cabaran itu. Mereka berkongsi pandangan DAP dan PKR bahawa Hadi punca kemerosotan kerusi PAS di Parlimen dan kalah di Kedah.
DAP dan PKR berdendam Hadi enggan merestui kempen bahawa Anwar Ibrahim bakal dilantik perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum lalu hingga menyebabkan pengundi kurang yakin memberi sokongan.
Memang Hadi dan ulama PAS keberatan merestui Anwar kerena dikatakan “curiga” integritinya. Namun sebagai ulama, PAS enggan memperbesarkan isu itu dan mencadangkan isu itu diselesaikan selepas keputusan PRU 13 diketahui.
Geng profesional melihat Pakatan Rakyat adalah gerbang kuasa. Bagaimanapun Hadi dan geng ulama menganggap pakatan itu hanya kerjasama politik untuk meluhurkan pengurusan kuasa, tidak kira di tangan siapa.
Lahirnya sebuah NGO yang konon menyokong PR iaitu PasMa
Geng profesional PAS dan pemimpin PKR sudah terlalu taksub dan mabuk kuasa. Sebaliknya Hadi masih bertaut pada qada dan qadar Allah. Ini membuat geng profesional yang yakin kuasa boleh diperolehi melalui kepintaran strategi dan kegesitan politik agak hilang sabar dengan Hadi.
Sementara itu DAP pun menjadi lebih galak apabila menghadapi kemungkinan akan dapat sokongan parti politik Melayu-Islam baru tanpa diserabuti geng ulama PAS. Maka tercetuslah idea PasMa.
Namun geng ustaz dapat membaca bahawa PasMa hanya umpan dan isyarat kepada penyokong geng profesional bersedia meninggalkan PAS selepas Muktamar Jun nanti jika gagal menumbangkan Hadi dan ulama.
Mereka menyusun kabinet dalam parti politik sedia berdaftar yang akan diambil alih. Strategi ini pernah digunakan penyokong Anwar Ibrahim ketika mahu menyertai politik. Mujahid Yusuf Rawa ditimang-timang memimpin parti ini.
Penyokong Hadi pun faham silat politik. Dalam keadaan PKR bertarung mahu mempertahankan kewujudannya di Permatang Pauh, mereka menuntut PKR memohon maaf kepada PAS kerana mencerca langkah hudud mereka.
Malah PAS Permatang Pauh memfatwakan tidak boleh menyokong pihak yang menentang pelaksanaan hukum hudud. PKR masih enggan. Jika mohon maaf mereka khuatir mereka sendiri pula dianggap tidak bermaruah.
Keputusan Pilihan raya Kecil Permatang Pauh adalah kecil kesannya pada masa depan politik PAS. Ini kerana PAS kini memang sedang cuba dirobek oleh ahli-ahlinya yang haloba kuasa. Ia juga dikeroyok oleh muslim PKR.
Yang penting ulama PAS insaf dan terpanggil mendedahkan siapa sebenarnya musuh perjuangan Islamnya.
Friday, April 17
@cmlimguaneng SEDAPKAN HATI KRONI LAGI...........?
Sebelum ini sibuk nak buat Terowong Dasar laut namun sehingga sekarang tak nampak pun batu tanda yang menampakkan Terowong bakal dibina. Projek yang bakal dibina ini hanya mengujakan Rakyat Pulau Pinang namun itu semua hanyalah Janji Kosong.... Cakap Tak serupa bikin Ketua Menteri paling Celaka di Pulau Pinang ini.
Ketua Menteri Paling Malang di Pulau Pinang lari menikus apabila wartawan tanya soalan....Berani kerana benar takut kerana salah....
Posted by Matkilaupenang on 16hb April 2015
Tidak ekonomi, tidak sesuai dilaksanakan dan tidak mampan. cadangan menjadikan kereta kabel sebagai pengangkutan awam adalah sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan.
Kos pembinaan kemudahan kereta kabel sudah tentu tinggi dan harga tiketnya juga akan menjadi mahal.
Keadaan ini bermakna orang ramai tidak akan memilih kereta kabel sebagai pengangkutan awam.
Orang ramai mungkin memilih menggunakan kereta kabel pada awalnya, tetapi mereka akan tukar cara pengangkutan lain selepas itu kerana tidak mahu menanggung harga tiket yang mahal.
MKP mencadangkan daripada membina kereta kabel, kerajaan Pulau Pinang sebaliknya dicadangkan menaik taraf kemudahan feri sedia ada.
Tambang feri cuma RM1.40, kenapa tidak menambah baik kemudahan ini?
MKP juga tidak bersetuju kereta kabel dijadikan satu produk pelancongan di Pulau Pinang.
.Pelancong datang ke Pulau Pinang bukannya untuk naik kereta kabel, tetapi mahu merasa nilai kemanusiaan, budaya dan cara hidup yang tenang di sini.
Kat Malaysia dah ada kereta Kabel ini. Hanya sesuai di kawasan berbukit dan Gunung seperti yang kita tahu di Langkawi dan Genting Highland.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan pembinaan kereta kabel yang menghubungkan bahagian pulau dengan Seberang Perai.
Projek itu dijangka dapat mengangkut 1,000 orang setiap jam apabila disiapkan pada 2018.
DYMM Sultan Selangor menaiki LRT ke KL Sentral dan naiki Monorel ke Stesen Bukit Nenas @azmiaziz60 @MyRapidKL #MyKL #RapidKL
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menaiki tren #RapidKL semalam.
Tuanku menaiki tren dari stesen Kelana Jaya selepas diberikan penerangan serba ringkas mengenai sistem rel pengangkutan awam utama di Lembah Klang ini oleh Pengerusi Pransarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam sambil diiringi oleh Pengarah Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz.
Untuk info, ini merupakan kali pertama baginda Sultan mencemar duli mencuba sendiri menaiki tren #RapidKL yang menghubungkan ratusan ribu orang setiap hari.
Tuanku menunjukkan minat untuk menaiki tren selepas mendengar taklimat secara terperinci mengenai projek pembinaan LRT Line 3 yang akan menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia di Klang.
Tiba di stesen KL Sentral, Baginda seterusnya diiringi Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din Pengarah Urusan Kumpulan MRCB menuju ke stesen Monorel di sini dan menaiki Monorel 4 koc menuju ke stesen Bukit Nanas.
Baginda menamatkan lawatan kerja dan menuju ke Hotel Concorde untuk jamuan makan tengahari.
Tuesday, April 14
TEORI GAMPANG UNTUK MENAWAN PERMATANG PAUH..........? @dzainalabidin
MKP pada mulanya teruja bila tengok teori yang di sebut oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri namun setelah diselidik mahu gelak-guling-guling. Kalau setakat macam nie taraf budak tadika punya PUNAISIHAT baik bawa depa pi DANOK enjoy lagi bagus.....
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang telah membuat satu perhitungan mudah iaitu hanya 12 orang daripada 100 Cina mengundi BN. Sebanyak 88 undi pula berada dalam tangan pihak lawan. Beliau berpendapat undi Cina dan undi atas pagar merupakan faktor kemenangan dalam pilihan raya kecil justeru menjadi rebutan kedua-dua pihak.Permatang Pauh mempunyai 72,496 pengundi, 70.34 peratus daripadanya Melayu, Cina (22.91 peratus), India (6.32 peratus) dam lain-lain (0.44 peratus).
Daripada 16,608 orang pengundi Cina, BN sekadar memperoleh kira-kira 12 peratus atau 2,000 undi dalam pilihan raya sebelum ini. Bakinya iaitu 14,000 orang telah mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seperti PRK sebelum ini UMNO diberikan peruntukan mengikut jumlah pengundi yang ada. Namun jumlah itu sudah pasti telah diminta lebihan dari yang telah diperuntukan oleh Pengerusi Perhubungan atau pun Setiausaha yang umum tahu bakal membuat KETUL dari PRK kali ini..Bagaimana perkiraan dibuat;
UMNO mendapat Habuan dari jumlah pengundi RM3,624,800. jika dikira setiap pengundi RM50.00 seorang.
Perghhh tapi adakah semua pengundi diatas menyokong Barisan Nasional. Telah ada pengiraan bahawa Hitam Putih dan Kelabu. Kalau nak diikutkan jumlah Putih yang memang mengundi Barisan Nasional hanyalah 20% sahaja. Mana selebihnya peruntukan yang disalurkan..? Sudah pasti masung kedalam kantung Pengerusi atau Setiausaha....
Kalau dah banyak ini peruntukkan bolehlah bawa PUNAISIHAT pergi Enjoy Di JAKARTA...edit balik pi DANOK tak banyak duit digunakan....
Yang berdepan tekanan dalam Permatang Puah bukan UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertarung secara terus, tetapi MCA dan Gerakan. Mungkinkah Gerakan dan MCA bangkit semula? Keadaan ini akan dinilai dalam Pilihan Raya Permatang Pauh.
Hukum hudud berlawan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pihak mana yang akan menang? Berdasarkan senario semasa, kebanyakan pengundi Cina masih yakin dengan DAP. Kebanyakan mereka berpendapat hukum hudud tidak mudah diluluskan, sebaliknya GST sudah tiada jalan untuk berpatah balik.
Rasa tidak puas hati terhadap GST dan hukum hudud adalah sama. Namun begitu, pengundi termasuk pengundi Cina adalah jelas tidak berpuas hati dengan GST. Hukum hudud sebaliknya melibatkan isu agama. Oleh itu walaupun tidak berpuas hati, perasaan rakan beragama Islam masih perlu dijaga.
MCA dan Gerakan sedar ekoran daripada GST, peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang adalah tipis. Kemenangan hanya berlaku jika calon PKR silap ketika mengisi borang dan memberi laluan mudah kepada BN. Intipati pilihan raya kecil ini bukan mencipta kejutan, tetapi membantu BN menambah sokongan pengundi bukan Melayu.
Gerakan mempunyai lebih 1,500 ahli di Permatang Pauh manakala MCA mempunyai 2,084 ahli. Jumlah pengundi berdaftar daripada kedua-dua parti ialah 3,584 orang. Adakah kesemua yang menyokong BN dalam pilihan raya lalu adalah ahli Gerakan dan MCA? Dua parti ini perlu menarik sokongan ahli mereka yang tidak mengundi atau mengundi kepada parti lawan.
Dalam perhitungan BN, mereka tidak mengharapkan MCA, Gerakan menarik sokongan separuh pengundi Cina, tetapi mahu tahap sokongan ditingkatkan daripada 12 peratus kepada 30 peratus.
Keadaan itu bermakna tahap sokongan Cina diharapkan dapat dinaikkan kepada 5,000 undi atau peningkatan sebanyak kira-kira 3,000 undi berbanding pilihan raya sebelumnya.
Persoalannya, adakah MCA dan Gerakan yakin untuk mencapai sasaran ini? Difahamkan MCA tidak menaruh harapan yang terlalu besar, mereka berpandangan adalah cukup baik jika undi Cina dapat meningkat kepada 3,000.
Keadaan di Permatang Pauh berpihak kepada PRK. Jika PKR meletakkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail atau anaknya, Nurul Nuha, maka BN atau calon bebas sukar mencapai kemenangan. Walaupun PKR meletak Saifuddin Nasution Ismail (bekas Setiausaha Agung PKR) yang tiada hubungan persaudaraan dengan Anwar, kedudukan PKR di Permatang Pauh tetap sukar digugat.
Monday, April 13
BETUL KE KAK iJAT CALON #PRKPERMATANGPAUH.........?
MKP gelak guling-guling atas katil empuk di dubai bila tengok cabaran yang telah dibuat oleh Mak Lampir.. Memang depa dah kering modal nak perlekehkan Bakal Calon yang bakal ditentukan kelak. PKR dah hilang taring.
Mana tidaknya sampai benda yang tak masuk akal macam nie pun boleh buat kenyataan Media. Rakyat Permatang Pauh dah muak dengan lakonan Keluarga Anwar dipilih akan tetapi mengAnak-tirikan pengundi yang memberikan kepercayaan penuh padanya...
Mak lampir menyerang kerana Nurul dan keluarganya diserang oleh Kak Ijat semasa sidang media semalam...
Nurul Izzah Anwar semalam menasihati Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya cermin diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan kawasan Permatang Pauh merupakan "syarikat sendirian berhad" di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anak sulung Anwar itu berkata, Shahrizat perlu mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum mahu mengkritik mengenai kerusi Permatang Pauh yang dikatakan sebuah syarikat sendirian berhad milik Anwar.
Tambah Nurul Izzah, kerusi Permatang Pauh bukan seperti syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp), yang melibatkan ahli keluarga dalam sesuatu projek yang sebenarnya milik rakyat.
"Ada seorang Ketua Wanita Umno di Permatang Pauh yang tidak tahu malu mengatakan Permatang Pauh sebuah syarikat swasta.
"Saya nak cakap, jika nak belajar, dengar. Kami bukan macam NFCorp (National Feedlot Corporation) atau NFC, yang nak guna dana dan libatkan ahli keluarga dalam satu projek yang sebenarnya untuk rakyat," kata Nurul Izzah dalam satu majlis makan malam di Ipoh.
Nurul Izzah yang menceritakan mengenai pertemuan beliau dengan papanya berkata, walaupun papanya sudah menginap 61 hari di penjara Sungai Buloh, beliau tetap berbangga sebagai keluarga Anwar.
Nurul Izzah berkata, mereka sekeluarga berasa sangat sedih terhadap ujian yang menimpa papanya tetapi, mereka tetap berbangga terhadap papanya kerana tidak melakukan rasuah, tidak menyalahguna kuasa dan tidak menindas orang lain.
Friday, April 10
Akhirnya PM @NajibRazak Membalas Dengan Tenang.....
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya “membuka mulut” bagi menjawab semua persoalan dan kritikan yang dilontarkan kepada beliau berhubung pentadbirannya.
Beliau memilih TV nasional sebagai medium untuk menyiarkan jawapan-jawapan yang selama ini menjadi persoalan kepada orang ramai termasuk yang berkaitan isu politik dan ekonomi.
Program Soal Jawab Khas Bersama Perdana Menteri yang diterbitkan TV3 itu akan turut disiarkan oleh saluran televisyen rasmi negara, RTM pada jam 10 malam ini.
Sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mendesak supaya Najib menjawab pelbagai persoalan termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Development Berhad dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.
PRASARANA and @azmiaziz60 Goes for #LRT3 , Another Milestone in Malaysia's Light Rail Transit System
Prasarana Group Managing Director Encik Azmi Abdul Aziz said that the pre-qualified contractors have been notified to collect the tender documents at its headquarters in Kuala Lumpur from yesterday.
“A number of the pre-qualified contractors have even collected their tender documents yesterday. The contractors now have until 12 noon on June 9, 2015 to submit their proposals to Prasarana for the assignment,” he added.
For us at #TeamMKP, the decision of PRASARANA to go through with LRT Line 3 is great news to the people at Bandar Utama & Klang as now they would have access to efficient public transportation and enhanced connectivity to the Greater Kuala Lumpur public transportation system. In addition to accessibility, LRT Line 3 will reduce the traffic congestion in these two (2) sub-cities thus giving people a better quality of life.
Not to forget, due to LRT Line 3, the property prices in Bandar Utama to Johan Setia in Klang and the surrounding vicinity will also be increased. This in turn will only benefit the people as they will gain a hefty profit if they were to sell their properties. What say you?
Thursday, April 9
GEMPAR.... PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN!!!!! TAHNIAH @rafiziramli
ALAHAI Sotong musibat!!!!! dah lah block MKP di Twitter nampak sangat hang nie bacul tahap tapak kaki. Kalau berani jangan block dan berdebat nescaya lepas nie teruk kena maki ngan MKP.
Klu dah kaki menipu sampai bila-bila menipu, Kesian kat anak hang lepas nie pastinya dichop Bapak menipu dengan kekawannya...
NAIB Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan fitnah apabila mengaitkan gambar kereta-kereta mewah berjata negara yang disebarkan di laman sosialnya adalah pembelian terbaharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi kenyataan diberikan sumber Wisma Putra, kereta-kereta mewah itu bukanlah pembelian terbaharu sebagaimana dicanang Rafizi sebaliknya kenderaan terbabit merupakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh syarikat swasta bersempena Asean Summit ke- 26, yang bakal diadakan pada 26 dan 27 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre.
Adalah amalan biasa untuk syarikat dari sektor swasta menyediakan kemudahan pengangkutan untuk acara-acara besar negara seperti LIMA di Langkawi di mana syarikat terlibat akan mendapat insentif selepas kereta berkenaan dilelong usai acara besar yang ditaja mereka. Dalam erti kata lain, kereta-kereta mewah ini sama sekali TIDAK dibeli oleh pihak kerajaan sebagaimana dakwaan Rafizi.
Dalam kenyataan sama sumber Wisma Putra turut menjelaskan, menteri-menteri luar ASEAN akan menggunakan kenderaan jenis BMW tersebut sebagai pengangkutan rasmi sepanjang persidangan sementara untuk ASEAN Summit, kenderaan jenis Mercedes Hybrid akan digunakan sebagai kereta rasmi.
Bila Abam Dark Tall Encem marah nampak kiut miut pulak, Dia sapa...........? Ketua Pemuda PERKASAM layak duduk dalam longkang aje,,,,,
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan kedudukan Ketua Pemuda Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berhubung kenyataan beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
Saturday, April 4
EKSLUSIF VIDEO NAHAS HELIKOPTER
Nahas helikopter : Saksi dakwa lihat helikopter meletup di udara sebelum terhempas
Posted by Matkilaupenang on 4hb April 2015
Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih petang Sabtu sentiasa mesra disapa dengan panggilan JJ sahaja.
Difahamkan beliau menumpang helikopter tersebut untuk pulang segera dari Kuantan kerana mahu menghadiri kenduri anak kepada CEO PR1MA Dato' Abdul Mutalib bin Alias.
Sebelum itu beliau menghadiri majlis kenduri anak Perdana Menteri di Pekan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Azlin Alias antara enam mangsa yang terkorban.
Posted by Matkilaupenang on 4hb April 2015
Beberapa pemimpin UMNO Pahang memberitahu tiada perubahan pada JJ sepanjang berada di majlis kenduri berkenaan yakni beberapa jam sebelum nahas.
Beliau berada di Pahang sejak semalam dan menghadiri beberapa majlis lain sebelum itu.
Ahli Parlimen Rompin sejak 1990 sehingga kini dan merupakan Pengerusi PRIMA pernah menjawat berbagai jawatan dalam kerajaan termasuk Menteri kabinet.
Ingat program menghantar anak Malaysia ke angkasa lepas, ia merupakan sebagai legasi JJ ketika berkhidmat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi pada tahun 2004 hingga 2008.
Pada 10 Oktober 2007, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama meninggalkan bumi dan berada di angkasa lepas.
Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ahmad pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967.
Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1974.
Memulakan karier politik dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung Mengkasar, Pekan.
Sepanjang penglibatannya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
Terpilih menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 1994.
Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 setelah undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi.
Kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Berikutan rombakan kecil kabinet pada bulan Januari 2004, JJ dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dikekalkan dengan jawatan yang sama selepas Pilihan Raya Umum ke-11.
Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri kelima negara, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.
Sejak Najib menjadi PM pada April 2009, JJ dilantik menjadi Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat.
Beliau kemudian dipanggil pulang dan dilantik menjadi Pengerusi Projek Perumahan 1Malaysia atau PR1MA yakni projek kesayangan PM yang mahu membina lebih banyak rumah kepada rakyat.
Isteri beliau ialah Datin Sri Dr. Kalsom Ismail dan mempunyai empat cahaya mata.
Ketika berkhidmat sebagai Duta Khas ke Amerika Syarikat beliau berpeluang menemui Presiden Obama dengan memakai baju melayu tradisonal Pahang.
Orangnya mudah mesra dan diketahui rapat dengan Najib yang merupakan mentor politiknya kerana sama-sama berasal dari Pekan Pahang
Thursday, April 2
"Tuanku lu punya Raja ka? Cilaka lu" ADUN DAP PERAK TRONOH
"Tuanku lu punya Raja ka? Cilaka lu" - patut ke seorang YB yang dipilih rakyat Tronoh berkelakuan begini?
Memang celaka punya Adun Tronoh mewakili DAP di Perak. Kalau dah hina Sultan macam nie takkan orang Melayu masih lagi boleh berdiam diri. Nasiblah kalau apa-apa terjadi pada Adun kurang ajar macam nie.
Sudahlah pada Selasa buat Sultan Perak murka, hari Rabu masih lagi nak main politik rendah moral ADUN-ADUN DAP dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
Ini berlaku dalam DUN Perak yang kecoh apabila pertikaman lidah pada sesi perbahasan hampir mencetuskan pergaduhan.
Ia bermula apabila Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) mempersoalkan tindakan pihak kerajaan mengkritik tindakan pembangkang berpakaian hitam ketika istiadat pembukaan sidang DUN Perak semalam.
Persoalan itu dilemparkan ketika mencelah sewaktu Datuk Khusairi Talib (BN-Slim) membahaskan usul menjunjung kasih terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Khusairi dalam ucapannya menyatakan tindakan berpakaian hitam ketika istiadat perasmian adalah perbuatan kurang ajar kerana jelas dalam surat jemputan meminta ahli dewan memakai pakaian rasmi nombor satu, tambahan pula ia adalah acara rasmi pertama di DUN Perak selepas Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak.
Choo Kiong kemudian mencelah menyatakan tiada dalam Perintah Tetap mengenai cara berpakaian sambil menyindir hari ini ramai ahli dewan yang memakai jaket hitam dan bertanya berkabung untuk siapa yang mati.
Tindakan itu membangkitkan kemarahan Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup) dan meminta Choo Kiong bertemunya di luar dewan dan ditenteramkan oleh Khusairi.
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) kemudian menyatakan sesuatu ketika mikrofonnya ditutup sehingga membangkitkan kemarahan ramai penyokong kerajaan termasuk Shahrul Zaman yang bertindak keluar dewan sebaik melihat Koo Ham keluar dewan.
Ia mengakibatkan ramai anggota keselamatan turut mengekori kedua-duanya, menyangka akan berlaku pergaduhan, bagaimanapun ia tidak berlaku apabila dua ahli dewan itu pergi ke haluan masing-masing.
Sementara itu, di luar DUN juga suasana 'panas'... ini setelah lebih 300 pemimpin dan ahli pelbagai NGO berkumpul bagi membantah tindakan 'biadap' ADUN pembangkang terhadap Sultan Perak pada Selasa.
Wakil pembangkang semalam bertindak biadap dan tidak menghormati sidang DUN yang dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah apabila tidak memakai pakaian istiadat, sebaliknya memakai sut atau baju Melayu serba hitam.
Mereka berkumpul di laluan pintu utama masuk ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (gambar atas) sambil melaungkan Daulat Tuanku! Hancur Pembangkang.
Kumpulan berkenaan turut memegang kertas bertulis Pembangkang Jangan Biadap, Kami Membela Tuanku, Jangan Pijak Institusi Raja dan DAP, PKR PAS Jangan Biadap
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Doktor tersilap potong kaki pesakit - Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, ...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2015
(151)
-
▼
April
(11)
- Melayu Tetapi Tak Tahu Adat Resam Orang Melayu.
- SELAK KAIN DEMI JAWATAN TETAPI MARUAH DIMANA.........
- @cmlimguaneng SEDAPKAN HATI KRONI LAGI...........?
- DYMM Sultan Selangor menaiki LRT ke KL Sentral dan...
- TEORI GAMPANG UNTUK MENAWAN PERMATANG PAUH...........
- BETUL KE KAK iJAT CALON #PRKPERMATANGPAUH.........?
- Akhirnya PM @NajibRazak Membalas Dengan Tenang.....
- PRASARANA and @azmiaziz60 Goes for #LRT3 , Another...
- GEMPAR.... PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN!!!!! TAHN...
- EKSLUSIF VIDEO NAHAS HELIKOPTER
- "Tuanku lu punya Raja ka? Cilaka lu" ADUN DAP PER...
-
▼
April
(11)