Sunday, October 31

Rasuah,rasuah,rasuah....Celako,celako.bukan rasuah bagi saja!!!!!!!

Kalau UMNO bagi duit itu dinama Rasuah

Kalau PAS bagio duit itu dinama Amal Jariah
Kalau ceramah UMNO, Hujan turun itu bala
Kalau ceramah PAS, Hujun turun itu rahmat
Kalau PAS masuk gereja ikut Nabi, UMNO buat kafir
Kalau PAS ada cryno & nepo ikut Nabi, UMNO buat haram
Akan datang, anak kita masuk gereja, ajaran apa itu? Parti Ajaran Sesat (PAS)


memang rasuah telah disiarkan di TV3 tadi oleh datuk halim menyatakan pengundi yang berada di Lembah kelang akan dibayar sebanyak 200.00 hingga 250.00 ringgit malaysia bukan dinar kelantan ,apa nie awat yang hampa jumut sangat kalu dah bagi duit sebagai duit tambang tue apa?????.setakat duit tambang dari kl cuma 50ringgit je dari kl naik bas.yang selebihnya.................................ada pulak duit yang selalu buat ceramah minta derma macam orang minta sedekah buat apa???????


dengar kata PAS tak guna pelajar untuk berkempen dari sumber yang boleh pakai la dengar kata yang tahan ialah  4ekor beruk Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS).Apa punya celako sudah diberitahu yang mahasiawa tidak dibenarkan berkempen.Pada PAS benda tue buleh yang haram jadi halal.selanjutnya klik disini.


Ishh ishh ishh ishh bahalulnya ahlul2 dari Parti Ajaran Songsang. Tetapi apa nak heran semua benda2 yg haram dalam Islam, kohalal dalam ajaran Isle Wali Terompah jamban. Inilah ajran Tok Guru mereka yg nak pergi buat ibadah Haji di Mekkah, nak kena ada sponsor pakej VVIP.. Insaf dan sedarlah ahlul2 Wali Terompah jamban Nik Najis bukan seorang Tok Guru atau seorang Ulama, 20 tahun mengaku seorang Ulama dan Tok Guru tetapi kenapa negeri Kelantan tak menjadi serambi kota Mekkah, kenapa 20tahun sudah masih tidak mengikut Undang2 Islam dan jalankan hukom Hudud, malah Kelantan adalah negeri yg paling mundur dan miskin, kekotoran bersepah, air minum kotor berkeledak, rasuah, maksiat dan kezaliman berleluasa, apakah ini negeri Islam? loe pikir lah sendiri jangan jadi bahalul. Lihat lah gelagat dan perangai pemimpin2 dan pengikut2 parti mereka, apakah Islam? Nik Najis masih tidak bole sebut Islam dgn betul, malah mat2 bangla yg duduk beberapa bulan bole sebut dan bercakap bahasa Melayu dgn baik, sungguh memalukan. Insaf dan sedarlah ahlul2, Nik Najis tidak bole menjamin syurga kepada diri sendiri dan anak menantu, ini kan pulak nak menjamin syurga kepada ahlul2 bahalul. Ingatlah syurga neraka, halal dan haram semua kepunyaan Allah dan bukan mak bapak wali Terompah jamban yg punya. Jangn lah merelakan diri anda di laknat kerana bersengkongkol dan menyokong Parti Ajaran Sesat , Nauzibillah

Saturday, October 30

Ghostbuster aka Pas +Pkr + Dap =Putar Alam Main Belakang.

Sebentar tadi rakan-rakan seperjuangan Mat Kilau yang berkempen di Galas memberi tahu puak pakatan haram buat ceramah disana,yang bestnya isu yang dimainkan ialah pengundi hantu mungkin depa dah tak ada modal kot,terdesak dengan kehebatan jentera Barisan Nasional menawan Galas.Depa memang pandai putar belit macam ular. kalu jumpa ular ayaq dengan puak kepiah putih cop bulan nie hentam depa nie dulu.maklumat lanjut klik disini.



  
takut pula apa yang disiarkan digambar nie berlaku,pasal benda nie pernah berlaku masa di Permatang Pasir dulu.depa tuduh BN hantar pengundi hantu tapi depa semua betul..........pi.....rah!!!!!!!!!.

nie baru betulnya.

soalan ini belum dijawab lagi?

atau yang nie formula terbaik.


Pemuda UMNO percaya Pas hari ini terperangkap dengan permainan politiknya sendiri apabila menimbulkan pelbagai tohmahan terhadap kerjasama antara UMNO dengan MCA  semata-mata menghalalkan kerjasama mereka bersama DAP.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata  putar belit mereka sebenarnya bertujuan untuk menutup keterlanjuran Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO menerusi amanat Hj Hadi yang menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.
Justeru tegas beliau, kenyataan Hadi berhubung kerjasama antara UMNO dan MCA hanyalah untuk menutup keterlanjuran “lidahnya” dalam fatwa berkenaan yang sehingga hari ini menjadi  pegangan kepada sesetangah pengikut Pas.
“UMNO bekerjasama dengan MCA dulunya dituduh kafir. Apabila mereka bekerjasama dengan Dap yang secara terang-terangan menentang Hukum Hudud tidak pula dianggap sedemikian rupa.  Putar belit sedemikian bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah sehati dan sejiwa dengan Pas.
“Sebab itu kita tidak hairan malah amat tepat apabila Tan Sri Muhyiddin Yasssin menggelarkan mereka sebagai putar alam kerana itu jiwa mereka.  Apabila ada kepentingan segala dalil dan hadis serta ayat al-Quran akan digunapakai.
“Lagi pun fatwa mereka adalah sesuka hati. Dengan kata lainnya  fatwa yang dikeluarkan adalah untuk kepentingan politik mereka semata-mata tanpa berpaksikan kepada soal hokum hakam agama,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai i mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap kerjasama parti itu tidak salah sebaliknya kerjasama antara UMNO dan MCA yang salah.
Dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya tersebut, Abdul Hadi berkata, keadaan itu terjadi kerana mendakwa pemimpin UMNO mengikut perangai pemimpin MCA yang bertentangan dengan Islam.
Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau panjang seterusya berkata atas alasan apakah kerjasama mereka dengan DAP  dianggap “halal”.
Ini kerana katanya DAP secara terang-terangan menentang pelaksanaan Hukum Hudud dan pelbagai perkara lain yang menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam.
“Bentangkan kepada kami atas alasan apa hubungan mereka itu dianggap “halal”. Bukankah Karpal Singh pernah menyatakan langkah mayat beliau dulu jika mahu melaksanakan hukum  hudud.
“Berbanding dengan kerjasama UMNO dan MCA serta pelbagai parti komponen lain menerusi BN,  kita sama-sama membangunkan negara dengan satu semangat dan kerjasama yang erat,” katanya.
Mat kilau kata macam-macam puak harbie nie bak kata pepatah paku dulang paku serpih................?terbaca komen Pak Chat ketua editor sinar harian edisi utara menyatakan blogger pro UMNO pisau.net setengah masak.sedap jugak klu telur setengah masak ek tambah roti pun sedap.yang hairan kenapa dok melatah pulak sedangkan blogger anti-UMNO pun banyak macam tue tak kuar surat khabar pun?alahai kayalah nanti member kita tue.

Friday, October 29

Puak Kepiah Putih Lambang Bulan aka Pas+DAP harbie buat kacau DiGalas

Mungkin mula berasa terdesak.  Kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang selama dua hari ini berlangsung dalam keadaan tenang mula dicemari perbuatan khianat apabila berlaku kejadian membakar bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Kampung Lembaga di sini, hari ini.
Setelah dua hari kempen bermula ternyata bahang kempen mula terasa dengan aktiviti ceramah dan menaikkan bendera serta poster calon bertanding.
Sehingga semalam ternyata jentera BN mendominasi pemasangan bendera dan poster calon di merata tempat berbanding Pas yang dilihat lebih tertumpu kepada ceramah-ceramah umum.
Malangnya suasana tenang selama dua hari mula dicemari perbuatan khianat pihak tertentu apabila  terdapat beberapa bendera BN dan UMNO  yang digantung di Kampung Lembaga, dibakar pada awal pagi oleh individu dipercayai daripada parti pembangkang.
Selain itu, terdapat kain rentang BN di Kampung Baru di sini yang disimbah bahan peluntur untuk melunturkan gambar pada kain rentang itu yang memaparkan Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Galas, Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa pemimpin BN lain.
Mengulas perkara tersebut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin melahirkan kekecewaan terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Tegas beliau pihaknya kesal dengan sikap jentera kempen Pas  yang datang dari luar dengan mengambil tindakan terdesak dan agresif terhadap BN sedangkan jentera BN bersikap profesional dan beretika semasa berkempen.
“Saya melihat jentera tempatan dan penyokong tempatan tak ada masalah. Mereka tak ada yang ketara sangat antara UMNO dan Pas di Gua Musang ini.
“Di sesetengah tempat mungkin ada ketegangan… pulau memulau, tapi di sini tak ada masalah, kita salam bersalaman, sembang malah boleh minum sekali”, katanya.
Bro Minaq Jinggo menunjukkan banner BN yang telah dirosakkan!
Justeru beliau percaya perbuatan khianat tersebut bukan dilakukan jentera Pas tempatan tetapi jentera Pas dari luar.
“ Mungkin mereka sendiri tak tahu sensitiviti dan tatasusila politik tempatan. Mereka terbawa-bawa dengan cara agresif di tempat lain,” ujarnya.

"aziz limau" Lambang Kemesraan

Bersama Penduduk Gua Musang



Jika disebut nama penuhnya, Abdul Aziz Yusoff mungkin tidak ramai yang kenal atau perasaan gerangan orangnya, sebaliknya beliau lebih popular dengan gelaran ‘Aziz Limau’ di Gua Musang ini. Itulah kelebihan calon yang ditampilkan BN bagi mengalas harapan untuk merampas kembali kerusi DUN Galas 4 November ini.
Abdul Aziz Yusoff atau ‘Aziz Limau’ bukanlah asing bagi masyarakat Gua Musang, sebaliknya sudah lama dikenali di sini. Nama timangan itu diberikan masyarakat setempat memandangkan beliau pernah bertugas sebagai kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di RPT Limau Kasturi.
Jalinan kemesraan yang terjalin antara beliau dengan penduduk di sini dapat dilihat ketika Abdul Aziz menjalankan kempennya dan melawat setiap kedai yang ada di Bandar Lama di sini.
“Eh, awak jadi calon kat sini ke? Bagus-bagus, saya pasti akan sokong awak.” Demikian reaksi spontan seorang pemilik kedai elektrik, Lee Weng Chong, 69, ketika Abdul Aziz datang ke premisnya.
Weng Chong ternyata terkejut kerana tidak menyangka rakan yang telah dikenalinya selama lebih 20 tahun itu terpilih menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.
Weng Chong ketika ditemui wartawan selepas itu kelihatan amat ceria dan bersemangat kerana warga emas ini sebelum ini tidak menyangka Abdul Aziz itu adalah Aziz Limau yang dikenalinya.
“Ya, saya mula-mula tidak tahu siapa dia calon BN. Tapi bila dia datang sendiri cakap saya pun terkejut dan gembiralah sebab ini kawan lama saya di sini. Dia memang baiklah. Lebih 20 tahun kami berkenalan sebagai kawan dan dia juga pelanggan tetap saya selama ini,” kata Weng Chong yang telah berniaga di situ sejak 38 tahun lalu.
Dalam masa yang sama, beberapa penduduk lagi yang ditemui berkata, panggilan Aziz Limau memang telah lama diberikan masyarakat di sini terhadap calon BN itu terutama yang pernah berurusan dengan beliau.
Kebanyakan mereka amat gembira dan menganggap Abdul Aziz seorang individu yang baik dan banyak membantu ketika masih berkhidmat dengan Kesedar.

Thursday, October 28

Ku Li terbaik di Galas.

Tengku Razaleigh Hamzah adalah pengarah terbaik dengan cara pendekatan berbeza.beliau lebih menumpukan kepada menemui pengundi di kawasan peti undi tertentu daripada mengadakan program ceramah besar-besaran. walau apa corak dan bentuk kempen yang dilaksanakan, sasarannya masih sama iaitu pengundi.


Pemimpin MCA dan MIC yakin peluang Barisan Nasional (BN) menang di Galas cerah terutama menerusi sokongan pengundi Cina dan India di kawasan itu.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan perkembangan terkini pengundi Cina berpuas hati dengan BN yang dilihat lebih berkemampuan untuk membela nasib mereka.
“Kita yakin tradisi sokongan kaum Cina terhadap BN berterusan. Pengundi Cina sedar dan tahu kerajaan negeri tidak membela nasib mereka dari segi pembangunan infrastruktur dan dasar-dasar Pas yang tidak menyeluruh.
Naib Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam berkata biarpun jumlah pengundi kaum India di DUN Galas hanya sebilangan kecil iaitu seramai 186 orang, ia merupakan satu jumlah penting yang tidak boleh dipandang ringan.
Justeru tegasnya MIC akan memastikan jumlah kecil itu mampu menyumbang dan membantu BN mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN itu.
“Menang atau kalah dalam pilihan raya kecil ini adalah dengan setiap satu bilangan yang penting, bermakna 186 undi mustahak untuk BN,” katanya.
Beliau yang turut mengiringi calon BN di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang seterusnya berkata jentera MIC telah mengenal pasti lebih 150 pengundi yang bakal menberi sokongan penuh terhadap BN.
“Jentera MIC bermula dari peringkat atasan sehingga ke akar umbi akan turun bersama-sama untuk berkempen pada pilihan raya kali ini.
Bagaimana nasib Anak ini 10 tahun akan datang hasil dari kerakusan PAS merampas Tanah Milik Nenek Moyang mereka
Lawatan TPM sekitar pusat Kesihatan JHEOA
Menerima Ubat ubatan Percuma dari
JHEOA
 Kerajaan Barisan Nasional
Petugas JHEOA bagi memberikan rawatan Pergigian
Ubat ubatan yang di sediakan
buat
 Masyarakat Orang Asli
Calon kita Calon Barisan Nasional
Aziz Yusof yang bersama rakyat
Orang Kito Belako Ni
Tarian Asli
Ucapan Calon yang berjiwa Rakyat
Mat kilau dapat tau DHPP Pulau Pinang nak hantar wakil pi buat kacau,klik disini rasanya UMNO Pulau Pinang dah hantar wakil lama dah kesana untuk berkempen.

Wednesday, October 27

Galas:Muslimat dan Jentera Kempen PAS Boikot


Sekitar Galas hari ini seperti biasa,berdasarkan tinjauan Pisau keadaan di sini tenang namun persiapan jentera pakatan kelihatan kelam kabut.


Sambil bersarapan Pisau sempat berbual bersama beberapa petugas yang datang dari luar Kelantan bertanyakan persiapan yang sedang dijalankan.Namun agak menarik apabila salah seorang dari mereka berkata berlakunya boikot dikalangan muslimat PAS yang datang dari jauh.


Muslimat PAS bergaduh sesama sendiri dan ada diantara mereka memboikot .Ini berpunca daripada muslimat yang datang dari jauh tidak mendapat kerjasama daripada muslimat PAS Gua Musang.


Kalangan daripada mereka merungut apabila muslimat luar terpaksa berkerja sendirian tanpa dibantu oleh muslimat Gua Musang.Malah tiada kerjasama langsung diantara mereka. Yang datang dari jauh tidak dipedulikan oleh PAS Gua Musang.
sumber dari pisau.net

apa yang baik disini


 yang terbaik dari galas.

Mat kilau dengar kata blogger Kopiah putih lambang ketayap hijau nak buat risalah.

Dimana Malaysiakini Dapat Maklumat Ini?

Boleh sesiapa bantu. Taming Sari sibuk mencari kisah berkaitan Hub Hiburan Malam yang bakal dilaksanakan kerajaan di dalam rancangan Plan Transformasi Ekonomi (ETP). Malaysiakini menghebahkan di dalam portalnya mengenai rancangan tersebut sehingga semua blog pembangkang telah "copy & paste" artikel itu ke blog mereka. Antara kenyataan di dalam Malaysiakini : Tengok di bawah atau baca sini :"Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan...klik disini.

ustad DAP bagi ceramah pulak awat la hampa nie

Selepas beberapa insiden ‘Ustaz DAP’ berucap menggunakan dalil Al-Quran di pentas Pas dalam siri pilihanraya yang lepas,Galas sekali lagi menjadi saksi betapa taksubnya penyokong Pas, sehingga sanggup memandang remeh soal orang bukan Islam menggunakan dalil Islam dalam meraih sokongan politik.

Di Padang Sivik,  Adun PKR Simpang Pulai berbangsa Cina yang diyakini tidak menganut akidah Islam , ‘Ustaz’ Chan Ming Kai berhujah dengan mentafsir pengertian ayat Quran, yang kemudiannya mendapat sorakan penyokong tegar Pas.

Nampak gayanya, tanpa sebarang tegahan oleh ‘Ustaz-Ustaz’ Pas yang hadir termasuk Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah yang kelihatan hanya tersenyum kambing menyaksikan Chan berhujah berbaju Melayu dan bersongkok.

Memang ‘Ustaz’ Chan tidak membaca ayat Quran, tapi adakah pimpinan Pas berani jamin tafsir ayat si Chan ni benar-benar berlandaskan fikrah dan tafsir sebenar?!! Jika tidak, inilah ancaman bahaya kepada akidah penduduk Islam di Galas!!!

Simboliknya, dalam keghairahan pembangkang meraih keuntungan politik, pimpinan Pas negeri seolah-olah menghalalkan cara asalnya tindakan berkenaan menguntungkan mereka.
Dek sikap bersahaja pembangkang khususnya Pas inilah, menjadikan pihak lain ‘naik tocang’ sehingga sanggup berkempen tanpa mengira sensitiviti agama.

 Memang soal hidayah hak Allah, namun apakah jika niatnya jelas bermatlamat meraih keuntungan politik, adakah Ulama Pas berani menfatwakan tindakan ini ‘halal’?!! Pelik tapi Benar, tapi inilah hakikatnya corak politik pembangkang!!!

Wahai penduduk Galas, harus diingat tempoh berkempen masih panjang. Jika penduduk Galas tidak menunjukkan protes dengan memboikot ceramah pembangkang, tidak mustahil lebih ramai pemimpin bukan Islam naik pentas Pas ceramah guna dalil semata-mata untuk raih undi di Galas!!

Jangan alpa dan leka, jagalah masjid di kariah kita elok-elok. Jangan sampai insiden ‘Ustazah’ Teo dari DAP berceramah di dalam sebuah surau tanpa menutup aurat dengan sempurna berulang kembali di Dun Galas ini!!

Kalau ambo, ambo serik doh..

“DULU BAGI KO PAS, LA NI BAGI BN PULOK”

Calon BN yang PUAK KOPIAH PUTIH LAMBANG BULEN aka PAS dok maki.


Gambar di atas merupakan calon BN bagi DUN Galas, Abdul Aziz bin Yusof yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bhg. Gua Musang.

PAS kini dan selepas penamaan calon akan menggunakan pelbagai isu peribadi calon BN ini termasuklah skandal dan akhlak yang kononnya terlalu rendah untuk layak menjadi seorang pemimpin.


Inilah PAS. Seringkali menggunakan pelbagai cara bagi memburuk-burukkan BN. Adakah dengan cara ini, pengundi Gua Musang mudah terperdaya dengan PAS? Renung-renungkanlah.

Banyak lagi pembongkaran PAS Kelantan yang sememangnya mengejutkan masyarakat Gua Musang. Ini bukan fitnah, tetapi fakta yang benar. Insyaallah,ianya akan mendedahkan tidak lama lagi.


Matkilau:apa la punya bangang puak kepiah putih lambang bulan nie masa penamaan calon tadi bantahan yang ditimbulkan ialah:beliau masih berkerja dengan KESEDAR woiiiii bangang nak habaq mai sat,baru nie masa pengumuman calon telah diberi tahu beliau dah berhenti apalah dok timbul lagi,kepada pengundi GALAS jangan asyik dok tengok bulan lama-lama nanti juling.

Monday, October 25

PRK N.45 GALAS Gerak Gempur.


 


Matkilau:terima kasih kepada PAPERWARIS,nampaknya dah ramai dok hantaq info kat saya di facebook.sendiri tengok dan buat penilaian.Gempur.........................Galas.Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan 4 November depan sebagai cuti umum berikutan hari pengundian Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, pada tarikh tersebut.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan.awat klu tak cuti pun boleh kot!!!!!!!!!.


Kisah Enam Abu Jadikan Panduan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR 23 Okt – Ahli UMNO dinasihat supaya merenungi kisah kehidupan pada zaman Rasullah S.A.W untuk dijadikan panduan dalam perjuangan parti bagi memastikan Putrajaya terus dipertahankan oleh Barisan Nasional.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,  kisah itu dijadikan contoh kerana setiap mereka mempunyai cerita yang berbeza untuk dijadikan panduan, enam mereka itu ialah Abu Bakar, Abu Talib, Abu Suffian, Abu Hurairah, Abu Lahab dan Abu Jahal.
“Dengan sifat menerima dan memperakui, kita ingin melahirkan ahli-ahli parti yang seperti Abu Bakar yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi parti dan Abu Suffian yang menentang Rasulullah tetapi bersungguh-sungguh mempertahankannya, setelah menerima Islam.
“Abu Talib sentiasa berada di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah S.A.W. tetapi apabila disemak beliau tidak menyokong Rasulullah. Ini boleh disamakan dengan penyokong UMNO yang kata menyokong parti tetapi malangnya tidak berdaftar sebagai pengundi,” katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2010.
seterusnya baca disini umno-online.com
Dan seterusnya yang lebih menarik di GAP."presiden umno ini secara jelas menghargai peranan media baru dalam situasi 'perang politik' sekarang.aku mewakili rakanbloggers,facebook dan twitter mengucapkan terima kasih atas penghargaan naib presiden".
Matkilau Penang kata adakah ini akan dijadikan panduan,jika benar tahniah diucapkan jika sebaliknya sendiri mau ingat.Pendaftaran pengundi di Pulau Pinang masih ditahap kurang memuaskan berbanding puak pakatan haram apakah reaksi kita................  

Sunday, October 24

Biodata penuh calon BN PRK N-45 DUN GALAS.


Pengumuman Calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Dun Galas telah di umumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM dan menamakan Setiausaha Bahagian Gua Musang Aziz Yusof berumur 47 tahun sebagai wakil BN dalam PRK kali ini.


Beliau saudara Aziz Yusof merupakan seorang Calon yang berkaliber dan merupakan anak jati Gua Musang. Beliau juga merupakan bekas Pegawai KESEDAR di Gua Musang ini.Ini adalah calon yang mesra Rakyat, Calon yang berwibawa.


Seramai 4000 Hadirin hadir dalam majlis pengumuman Calon ini.

Saturday, October 23

PAU 2010 : Presiden UMNO Rasmi Konvoi 1 Malaysia



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan konvoi bermotosikal 1Malaysia Kuala Nerus-PWTC-Galas di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Konvoi disertai 122 orang yang terdiri daripada anggota Pergerakan Pemuda Umno Kuala Nerus dan Kelab Motosikal Kuala Nerus itu tiba dari Kuala Nerus, Terengganu sejak dua hari lepas, dan meneruskan perjalanan ke Galas hari ini.

Anggota Jawatankuasa Pemuda Umno Kuala Nerus Shukeri Yusof berkata konvoi itu bermatlamat membantu gerakan kempen Barisan Nasional yang akan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas 4 Nov ini.



Mat kilau kata perang telah bermula sama-sama kita berjuang,demi agama,bangsa dan negara.

Hati-Hati Malaysian Insider, Malaysiakini








UMNO perlu berhati-hati dan sentiasa memantau laporan The Malaysian Insider dan Malaysiakini supaya kebebasan media yang diamalkan parti itu tidak disalahgunakan oleh kedua-dua portal berita propembangkang itu.
Beberapa aktivis masyarakat ketika ditemui berkata, kebenaran untuk kedua-dua portal itu membuat liputan pada perhimpunan Agung UMNO 2010 jelas membuktikan UMNO merupakan parti yang demokratik.
“UMNO bukan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) yang berkata perlunya kebebasan media, tetapi beberapa akhbar arus perdana dituduh rasis dan dilarang membuat liputan di setiap program anjuran mereka.
UMNO perlu berhati-hati dan memantau laporan The Malaysian Insider dan Malaysiakini supaya tiada berita yang diselewengkan bertujuan memburukkan parti itu.
Kedua-dua portal itu hari ini memperbesar-besarkan cadangan seorang perwakilan supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) menyerahkan kawasan-kawasan yang mereka kalah kepada UMNO, dengan niat untuk melaga-lagakan parti-parti berkenaan.
Malaysiakini menyiarkan berita dengan tajuk UMNO Menang, MCA, MIC Kalah manakala The Malaysian Insider membangkit dakwaan perwakilan berkenaan bahawa parti komponen BN lain sebenarnya tidak berkemampuan.
Terdapat juga laporan dalam Malaysiakini semalam yang memberikan gambaran seolah-olah ahli-ahli UMNO adalah bodoh seperti Pak Pandir kerana hanya mengikut arahan kepimpinan secara melulu.
Mereka juga sependapat bahawa, kedua-dua portal tersebut tidak menghargai kesediaan UMNO membenarkan mereka membuat liputan perhimpunan agung UMNO.
Mereka mahu supaya UMNO bertindak tegas dengan memboikot kedua-dua portal berita itu daripada membuat liputan pada perhimpunan akan datang sekiranya terdapat percanggahan laporan pada perhimpunan kali ini.
Ahli-ahli UMNO pula jangan mudah terpedaya dan mempercayai laporan adu-domba yang dibuat pihak tertentu bertujuan melagakan pemimpin parti itu.
Bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, UMNO perlu berhati-hati kerana sudah jelas The Malaysian Insider dan Malaysiakini tidak membawa aspirasi negara dalam setiap laporan yang dibuat.
Malaysian Insider dan Malaysiakini dilihat lebih cenderung membawa agenda musuh yang mahu melihat rakyat berpecah belah seterusnya mewujudkan ketidakstabilan dalam negara.
Malaysian Insider dan Malaysiakini dilihat lebih cenderung membawa agenda musuh yang mahu melihat rakyat berpecah belah seterusnya mewujudkan ketidakstabilan dalam negara.
“Jadi, UMNO perlu berjaga-jaga kerana sudah ada kalangan pemimpin tempatan yang kini mengambil kesempatan daripada agenda The Malaysian Insider dan Malaysiakini demi mencapai cita-cita peribadi mereka.
“Atas nama kebebasan medialah, kedua-dua portal itu kini sering memanipulasi laporan dengan tujuan memecahbelahkan masyarakat serta mencemar imej negara di mata dunia,” katanya.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, tindakan membenarkan The Malaysian Insider dan Malaysiakini membuat liputan pada perhimpunan agung kali ini membuktikan keterbukaan UMNO mengamalkan kebebasan media.
“Jadi, kedua-dua portal berita itu perlu memberi gambaran sebenar dan tidak menokok tambah bagi mengelirukan pembaca.

Melayu Pulau Pinang Di Bawah DAP Kian Kritikal.

Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka yang kini cukup kritikal.
Wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri sekarang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong memberi contoh satu lot tanah yang dikhaskan untuk penanaman padi sejak dahulu lagi di Sungai Burung telah dikeluarkan daripada kawasan yang digazetkan untuk tujuan itu.
“Satu kes lagi ialah sebahagian daripada kawasan di Taman Negeri juga telah dikeluarkan daripada senarai gazet berkenaan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Ia akan membuka laluan untuk pembukaan kawasan lain dalam kategori yang sama.
“Tidak hairan jika satu hari nanti tidak akan ada lagi sawah dan kehijauan hutan di Pulau Pinang. Saya berpendapat kes ini adalah contoh penyalahgunaan kuasa dan ia mesti dihentikan,” katanya.
Beliau berucap membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Kata Muhamad Farid, kajian Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berdasarkan maklum balas daripada kesemua 13 ketua bahagian, 60 kelompok perkampungan orang Melayu meliputi 7,000 penduduk akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di atas tanah milik orang lain.
Kata Muhamad Farid, kajian Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berdasarkan maklum balas daripada kesemua 13 ketua bahagian, 60 kelompok perkampungan orang Melayu meliputi 7,000 penduduk akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di atas tanah milik orang lain.
Menurutnya, Kerajaan Pusat perlu memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan ‘membuka’ kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.
“Jika tidak lebih cepat masyarakat Melayu di Pulau Pinang akan diusir keluar. Ini adalah contoh kes pengusiran melalui polisi dan dasar selain daripada pengusiran secara fizikal, peminggiran secara psikologi dan pengusiran secara terang dan nyata.
“Umumnya, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Menjaga keberadaan bangsa Melayu di Pulau Pinang bermakna mengekalkan keberadaan dan kewujudan Islam di sana. Ketiadaan Melayu bermakna tiadalah suara azan dan sunyilah masjid.
“Berkurangnya bangsa Melayu bermakna sepi masjid dan tenggelam suara azan. Tiada tanah bermakna tiada tempat tinggal. Justeru, sebagai generasi pewaris, saya ingin berpesan, jangan jadi seperti yang berlaku di Pulau Pinang,” tegasnya.
Beliau seterusnya melontarkan persoalan bahawa menjelang 2020 apakah kerajaan sanggup melihat orang Melayu di Pulau Pinang akan hanya tinggal di rumah pangsa kos rendah di kala Malaysia diisytiharkan sebagai negara maju.
“Malah, lebih teruk lagi mereka ini tidur dalam beca seperti 10 orang pengusaha beca Melayu Pulau Pinang. Mereka ini tidak mempunyai rumah dan tidur dalam beca. Kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang selamat kerana tanah milik mereka berada di luar bandar dan zon pertanian.
“Hilang tanah, hilanglah Melayu, hilang Melayu, maka akan hilanglah UMNO. Mereka ini perlu dibela kerana merekalah yang akan membela UMNO nanti. Oleh itu, dengan penuh keinsafan, saya meminta Presiden UMNO dan semua agar cuba memahami masalah orang Melayu terutama di Pulau Pinang,” katanya.
Atas dasar itu, beliau turut mencadangkan agar Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang akan ditubuh nanti dapat diperkasa dan menjadi pemantau kepada penyertaan bumiputera di Pulau Pinang.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive