Monday, October 25

Kisah Enam Abu Jadikan Panduan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR 23 Okt – Ahli UMNO dinasihat supaya merenungi kisah kehidupan pada zaman Rasullah S.A.W untuk dijadikan panduan dalam perjuangan parti bagi memastikan Putrajaya terus dipertahankan oleh Barisan Nasional.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,  kisah itu dijadikan contoh kerana setiap mereka mempunyai cerita yang berbeza untuk dijadikan panduan, enam mereka itu ialah Abu Bakar, Abu Talib, Abu Suffian, Abu Hurairah, Abu Lahab dan Abu Jahal.
“Dengan sifat menerima dan memperakui, kita ingin melahirkan ahli-ahli parti yang seperti Abu Bakar yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi parti dan Abu Suffian yang menentang Rasulullah tetapi bersungguh-sungguh mempertahankannya, setelah menerima Islam.
“Abu Talib sentiasa berada di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah S.A.W. tetapi apabila disemak beliau tidak menyokong Rasulullah. Ini boleh disamakan dengan penyokong UMNO yang kata menyokong parti tetapi malangnya tidak berdaftar sebagai pengundi,” katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2010.
seterusnya baca disini umno-online.com
Dan seterusnya yang lebih menarik di GAP."presiden umno ini secara jelas menghargai peranan media baru dalam situasi 'perang politik' sekarang.aku mewakili rakanbloggers,facebook dan twitter mengucapkan terima kasih atas penghargaan naib presiden".
Matkilau Penang kata adakah ini akan dijadikan panduan,jika benar tahniah diucapkan jika sebaliknya sendiri mau ingat.Pendaftaran pengundi di Pulau Pinang masih ditahap kurang memuaskan berbanding puak pakatan haram apakah reaksi kita................  

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive