Monday, January 31

Normalam Sudirman,Terimalah Hakikat Bulan Tak Mengambang Di Tenang.


Barisan Nasional (BN)mencapai kemenangan besar mempertahankan kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad.
Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini pada pukul 10 malam, Ahad.
Proses pengundian tetap dijalankan dalam suasana banjir teruk melanda Labis hingga menyebabkan jalan-jalan utama dari kampung terputus hubungan.
Namun, calon BN dari Umno, Mohd Azhar Ibrahim berjaya menewaskan pencabarnya Normala Sudirman dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Mohd Azhar yang juga bekas Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit meraih 6,699 undi berbanding Normala yang hanya mendapat 2,992 undi.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandanganya, Datuk Sulaiman Taha 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.
Majoriti yang diperoleh Mohd Azhar adalah 3,707 undi, berbanding 2,492 yang diperoleh Sulaiman pada pilihan raya umum 2008.
Hujan lebat yang turun sejak awal pagi sehingga mengakibatkan banjir menyebabkan para pengundi terpaksa dibawa ke tempat-tempat mengundi dengan menaiki trak tentera dan bot.
Keadaan cuaca buruk bagaimanapun tidak menghalang lebih kurang 72 peratus pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kali ini.
BN memperolehi majoriti di tiga daripada empat pusat mengundi kawasan Cina iaitu di Bandar Labis Timur, Labis dan Tenang malah pengaruh PAS di kubu kuatnya di Bandar Labis Tengah turut terhakis.
Keseluruhannya BN berjaya meraih 40 peratus undi Cina.
Sokongan kepada BN di kawasan-kawasan Felda dan kampung-kampung Melayu turut meningkat. Tiga kawasan Felda, iaitu Felda Tenang, Felda Chemplak Barat dan Felda Chemplak menunjukkan majoriti meningkat BN daripada 1,966 undi pada 2008 kepada 2,241.
Sementara itu, undi kaum India turut beralih kepada BN di mana majoriti undi di dua kawasan penduduk India meningkat daripada 260 pada 2008 kepada 365.
Turut hadir meraikan kemenangan calon BN itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin BN yang lain.

Sunday, January 30

Live!Keputusan Terkini PRK N05 Tenang

Sila Klik Refresh untuk keputusan rasmi



Liputan live keputusan Tak Rasmi Pilihanraya Kecil


N05 Dun Tenang


BN :6698 (69.1%)

PAS: 2963 (30.6%)



Majoriti :3735


Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang
Peti Undi 1 : Kampung Redong :

BN 462
PAS 105



Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas
Peti Undi 2 : Pekan Ayer Panas:

BN 220
PAS 48

Dewan Masyarakat North Labis
Peti Undi 3 : Ladang Labis Utara :
BN 152

PAS 40

Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah
Peti Undi 4: Bandar Labis Timur:

BN 671
PAS 144


Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarula Ariffin
Peti Undi 5: Bandar Labis Tengah:

BN 365
PAS 801

Dewan Bola Keranjang JKKK Labis
Peti Undi 6: Labis :

BN 400
PAS 306

Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang
Peti Undi 7 : Felda Tenang:

BN 950
PAS 160


Sekolah Kebangsaan Sawah Bharu
Peti Undi 8: Sawah Bahru:

BN 212
PAS 55


Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station
Peti Undi 9 : Tenang Station:

BN 746
PAS 352


Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Voules
Peti Undi 10 Ladang Bukit Dato:
BN 352

PAS 99

Sekolah Agama Felda Chemplak Barat
Peti Undi 11: Chemplak Barat:
BN 838

PAS 142

Sekolah Kebangsaan LKTP Chemplak
Peti Undi 12 : Chemplak:

BN 985
PAS 135


Undi Pos
BN 115
PAS 3



Perginya Rakan Seperjuangan.Al-fatihah.


Arwah Semasa Diziarahi Datok Zainal semasa di hospital


Mat Kilau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Radzi Bin Ramli diatas pemergian beliau. Difahamkan beliau meninggal dunia akibat penyakit leukimia.


Arwah merupakan Ketua UMNO Cawangan Sri Keledang (DUN Jawi), mantan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan juga pernah menjadi Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.


Selepas tahlil kami menjamah selera singgang daging di Kelantan,
kalu kat utara depa panggil gear-box.beliau memakai baju belang hitam selera sungguh waktu tue nasi tambah 2 pinggan.

Kali pertama kami bertemu semasa PRK Manek Urai 2009.Beliau lebih dikenali dengan nama Mat Komando.sikap yang bersahaja dan mesra amat disenangi oleh rakan-rakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang menjadi Petugas Pilihan Raya Kecil Manek Urai.Walaupun kami berkongsi rumah yang agak sempit akan tetapi semangat setiakawan dan sayang kepada PARTI KERAMAT UMNO yang diterap menghilangkan rasa kesusahan yang dialami. 
   
ketika berkempen di Hulu Selangor

Bagi Mat Kilau kehilanganya amat terasa kerana beliau banyak memberi nasihat serta tunjuk ajar yang berguna.Kali terakhir bertemu dan berkempen bagi PRK dengan beliau pada PRK Hulu Selangor.Pada malam sebelum hari penamaan calon beliau tiba dengan motor kriss modenas.Mat Kilau terkejut dan kagum dengan semangat yang ada pada beliau naik motor dari Nibong Nebal hingga ke Hulu Selangor.Dan pada ketika memerlukan bantuan beliau tidak pernah menyatakan tidak selalunya boleh saja.Sesunguhnya kenangan bersama beliau akan dikenang dan dijadikan Kenangan Terindah. 


Bersembang sambil pekena kopi-o. 


Diakhir kata kepada pembaca blog ini bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Friday, January 28

Semangat 1Malaysia BN Tanjong Prihatin Terhadap Mangsa Kebakaran.

Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi menjelang perayaan Tahun Baru Cina,Parti Komponen Barisan Nasional hadir melawat lima pemilik rumah kedai yang terbakar di Lebuh Pantai serta menghulurkan sumbangan.




Hadir sama,Ketua UMNO Bahagian Tanjong  Datuk Ahmad Ibnihajar,Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Tanjong  Mohd Nizam Nazri Mohd Hashim,Pegawai Penyelaras DUN Padang Kota,loke Poh Chye dan Penyelaras DUN Komtar,Loh Chye Teik


Ketua Umno Bahagian Tanjong berkata,setiap pemilik bangunan diberikan bantuan kewangan sebanyak RM 500.Menurutnya ia adalah bantuan melalui Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (MAYANG)."Kita memang akan turun padang dan membantu mangsa bencana ini dengan segera dan bukan setakat ini sahaja bantuan ini kepada mereka,mungkin selepas ini ada bantuan lain,kami akan bergerak dan membantu semua kaum selaras dengan konsep 1malaysia.



Seorang pemilik kedai Chia Su Eng berkata kedainya hangus terbakar pada minggu lalu dan semua barang tidak dapat diselamatkan olehnya serta keluarganya.menurutnya lagi akibat terlalu sedih dan terkejut,seluruh keluarganya tidak mempunyai persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina.


Sementara itu bagi Lim Ann Hock,dia berazam untuk memulihkan perniagaan kasutnya yang hangus terbakar selepas musim perayaan ini.kedai milik keluarganya itu telah brmula sejak 70 tahun lalu dan bangunan tersebut pernah dibom ketika perang dunia dahulu.jadi kedai ini sudah lama tetapi sudah terbakar saya sangat sedih dan kecewa.


Kejadian itu berlaku pada 22 januari,lima deretan runah kedai hangus terbakar kira-kira jam 1pagi dan api marak dengan cepat berikutan struktur bangunan yang dibina dngan kayu serta cuaca yang berangin.Berikutan itu bangunan yabg terlalu rapat dan banyak unit terkunci api hanya dapat dipadam kira-kira jam 5pagi.









Guan Eng DAPig ‘lembu punya susu, sapi dapat nama.’



TEMBERANG atau kebenaran. Itu persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran penduduk Tenang, Johor, apabila mendengar ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini.


Bagi penduduk di Tenang, apa yang keluar dari mulut Setiausaha Agung DAP itu mungkin benar dan mungkin tidak. Tetapi, sudah tentu ada yang mempercayainya.


Dengan gaya bersahaja tetapi penuh sindiran dan ‘tembakan’ ke atas Barisan Nasional (BN), tidak pelik jika ada yang termakan dengan kata-kata Guan Eng. Tambahan lagi, jika beliau memaklumkan betapa prihatinnya kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap usaha membela sekolah agama rakyat di Pulau Pinang, membantu warga emas dan waris masing-masing. 


Tetapi, persoalannya adakah Kerajaan Pusat selama ini tidak melakukan usaha bagi memartabatkan sekolah agama rakyat serta membantu warga emas dan golongan kurang bernasib di Pulau Pinang? Kalau nak dihitung bantuan Kerajaan Pusat, tidak terkira banyaknya kerana melakukannya sepanjang masa demi rakyat. Malah, tidak keterlaluan kalau nak dikatakan apa dilakukan kerajaan Pulau Pinang seperti ‘antah dalam segantang beras.’ 

Mengenali Guan Eng yang hampir tiga tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau sememangnya akan ‘menjaja’ perkara yang boleh menggembirakan rakyat apabila berhadapan dengan orang ramai untuk mengejar publisiti walaupun apa yang dilakukan tidaklah seberapa. Malah, kerajaan pimpinannya dilihat mempunyai agenda tersembunyi supaya dilihat baik dan hebat di mata rakyat. Mahu dilihat sebagai ‘hero’ kepada rakyat Pulau Pinang. 



Dengan mengkritik dan mencari kesalahan pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu pimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, kerajaan DAP Pulau Pinang lebih mudah mendapat kepercayaan rakyat walaupun belum terbukti kebenarannya.

Itu adalah antara perkara yang sering dilakukan oleh kerajaan negeri, tetapi bagaimana pula dengan kegagalan mereka untuk mengambil tindakan atau melaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan. Barisan kepemimpinan kerajaan negeri sebenarnya lupa bahawa mereka bukan lagi pembangkang, tetapi pemerintah yang perlu menunaikan amanah rakyat. 

Di sebalik keghairahan ‘mengangkat bakul sendiri’, sebenarnya kerajaan DAP Pulau Pinang tidak melaksanakan pembangunan untuk rakyat sepanjang hampir tiga tahun memerintah. Kebanyakan usaha pembangunan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat melalui agensinya. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), Kerajaan Persekutuan membelanjakan kira-kira RM7.2 bilion untuk projek pembangunan dan fizikal di Pulau Mutiara. 

Kerajaan Pusat membina Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan kos kira-kira RM5 bilion, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) (RM250 juta), pembesaran Jambatan Pulau Pinang (RM545 juta), penubuhan Rapid Penang Sdn Bhd (Rapid Penang) yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti bagi memodenkan pengangkutan awam, pembesaran Pelabuhan Pulau Pinang dan pelbagai lagi usaha untuk manfaat rakyat, khususnya warga Pulau Pinang. Adakah ini dianggap jasa kerajaan DAP Pulau Pinang? 

Mungkin ramai yang tidak menyedari kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya ‘bertuah’ apabila berjaya menawan Pulau Pinang kerana barisan kepemimpinan kerajaan negeri tidak perlu bersusah payah untuk memajukan negeri kerana segala-galanya sudah terbentang di depan mata. Semuanya hasil usaha BN. 

Bermula dengan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu yang melakukan transformasi dan era perindustrian dengan membawa masuk syarikat gergasi dari seluruh dunia pada 1970-an, membina infrastruktur dan ikon hebat – Jambatan Pulau Pinang dan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) selama 21 tahun dan disambung oleh Tsu Koon selama 18 tahun lagi, Pulau Mutiara, kalau diibaratkan sebagai sebuah rumah, ia sudah hampir siap. 

Penat lelah kedua-dua tokoh itu selama 39 tahun yang mendapat sokongan Kerajaan Pusat, berjaya menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri maju. Apabila pakatan pembangkang mengambil alih, mereka tidak perlu bekerja kuat seperti kerajaan terdahulu kerana segala-galanya sudah ada. Cuma, perlu diperbaiki di mana yang kurang dan dimantapkan lagi. 

Lantaran itu, kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan peluang itu untuk mengeksploitasi sepenuhnya peluang yang ada bagi menunjukkan kepada rakyat, kononnya merekalah yang mengusahakannya segala-galanya. Lihat saja pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, pelaburan berjumlah RM10.2 bilion pada 2008 dan RM12.23 bilion pada 2010, Pulau Pinang sifar miskin tegar pada 2009, adakah itu jasa kerajaan DAP Pulau Pinang? Hanya orang buta sejarah yang mengakuinya. 

Bukankah BN sudah berusaha berpuluh tahun untuk mencapai semuanya itu? Mana mungkin kerajaan pimpinan Guan Eng yang baru berusia 34 bulan mampu melaksanakannya. Siapa yang mengambil kredit daripada pencapaian cemerlang itu? Janganlah jadi ‘lembu punya susu, sapi dapat nama.’ 

Sudah menjadi kelaziman barisan kepemimpinan negeri untuk menjaja perihal cerita kehebatan mereka. Mereka tidak pernah bosan untuk mengulangi kejayaan yang boleh dianggap sebagai ‘kisah dongeng.’ Ungkapan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang didakwa menjadi prinsip pentadbiran kerajaan, tidak pernah lekang dari tutur kata mereka. 

Mengimbas kembali kepada peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu, menunjukkan banyak kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang boleh menjadi renungan rakyat untuk jangka masa panjang. 

Guan Eng sendiri sering mendakwa bahawa kerajaannya mengamalkan ketelusan, tetapi apa sebenarnya dilakukan tidaklah membuktikan amalan itu. Contohnya, sebelum memegang tampuk kuasa, mereka berjanji untuk mewajibkan Exco kerajaan negeri mengisytiharkan harta kepada umum. Tetapi, sehingga kini belum dilaksanakan. Apabila ditanya bila hendak dilaksanakan, pelbagai jawapan ‘putar belit’ diberikan termasuk meminta Kerajaan Pusat melaksanakannya terlebih dulu. 

Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kecekapan dalam banyak perkara termasuk soal pelantikan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Kerajaan negeri dilihat tidak cekap dalam hal ini kerana mengejar kepentingan politik, bukannya akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Ketua Agama Islam di Pulau Pinang untuk melantik bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, Ellias Zakaria. 

Sekiranya kerajaan negeri cekap, kontroversi pelantikan Ellias tidak berlaku dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidaklah memberi janji palsu kepada pengundi di DUN Permatang Pasir ketika pilihan raya kecil pada Ogos 2009. Anwar dalam satu majlis yang dihadiri Guan Eng, berjanji untuk melantik calon PAS pada pilihan raya kecil itu, Mohd Salleh Man menerajui MAIPP sekiranya menang. 

Tetapi, akhirnya Ellias dilantik kerana sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dulu walaupun Mohd Salleh menang pilihan raya kecil itu. Sebagai ‘sagu hati’ kepada penyokong PAS dan menutup ‘malu’, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu dilantik sebagai Timbalan YDP MAIPP. Kalau kerajaan negeri cekap, masalah itu tidak berlaku kerana Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan Ellias. 

Kepincangan terbaru kerajaan negeri ialah salah guna kuasa sesetengah pemimpin pakatan pembangkang yang dilihat melampau serta bertindak memilih bulu. Misalnya, Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar daripada DAP, bertindak campur tangan dalam tugasan penguatkuasaan MPPP ke atas restoran nasi kandar. 

Meskipun Wei Aik melanggar peraturan, tetapi Guan Eng hanya membisu dan tiada tindakan diambil ke atas wakil rakyat kesayangannya itu. Adakah Wei Aik terlalu kebal sehingga tiada tindakan diambil walaupun terbukti mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan. 

Walaupun kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa mereka prihatin terhadap nasib rakyat dan tidak meminggirkan orang Melayu, kenapa tindakan kerajaan negeri dilihat dilakukan secara berpilih. Lihat saja tindakan penguatkuasaan dan perobohan gerai peniaga dan penjaja Melayu, cadangan pengambilan tanah di Balik Pulau yang majoritinya dimiliki oleh orang Melayu untuk dijadikan tapak hab pendidikan. Sebahagian penduduk Kampung Buah Pala yang tidak mendapat sebarang pampasan walaupun tempat tinggal mereka sudah ‘berkubur.’ 

Kalau benar kerajaan negeri berjiwa rakyat, cadangan pengambilan tanah di Kampung Genting dan Pondok Upeh, Balik Pulau perlu dibatalkan. Jika diteruskan, ia umpama ‘merampas’ tanah rakyat yang rata-rata miskin yang mendiami kawasan itu. Kenapa kerajaan negeri tidak mengambil tanah lain yang tidak berpenghuni atau menambak kawasan paya. Di manakah keikhlasan kerajaan negeri? 

Bagaimanapun pula dengan isu tanah Lot 21 dan Lot 22 yang dicadangkan sebagai tapak kubur bagi mengatasi kesesakan Tanah Perkuburan Islam Jelutong ketika era pentadbiran BN, yang kini diluluskan untuk dimajukan sebagai tapak kediaman mewah. Kenapa harapan ribuan umat Islam Jelutong untuk mendapat tanah perkuburan yang lebih selesa, kini digantung tanpa bertali. Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu, sedangkan Lot 21 dan Lot 22 akan dimajukan pada bila-bila masa saja. 

Kerajaan negeri juga sentiasa bercakap kononnya mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz tetapi pada masa tidak menunjukkan ke arah itu. Lihat saja dari segi kelulusan lesen rumah urut dan pusat hiburan awam yang diluluskan sepanjang 2008 dan 2009 yang masing-masing berjumlah 96 dan 1,376. Sepatutnya, perkara yang membawa kepada keruntuhan moral ditangani, bukannya terus mendapat galakan. 

Sebenarnya, omongan kepemimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa pentadbiran mereka menjadi model kepada pemerintahan kerajaan pakatan, bukanlah gambaran tepat dan lebih bersifat untuk mencari publisiti bagi memenangi hati rakyat. Sandiwara mereka dan dasar tersurat mereka sekadar untuk mengaburi mata rakyat bagi melindungi agenda yang tersirat. 

Serangan Peribadi Helah Terakhir PAS_PIS_PUS.

TEMPOH berkempen bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berbaki hanya dua hari lagi menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Cap Bulan semakin ligat berkempen bagi memenangi hati pengundi. Dalam pada sibuk bertemu masyarakat, ada cerita yang tidak enak didengar apabila mula timbul strategi kotor, termasuk mereka cipta serta menabur fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Niat mereka tidak sukar ditelah, iaitu bagi menimbulkan rasa benci serta menghilangkan keyakinan pengundi terhadap lawan. 

Bagi pembangkang, khususnya PAS, sasaran mereka sekadar mahu mengurangkan majoriti undi BN, manakala BN pula berazam meraih undi lebih tinggi berbanding pilihan raya umum 2008. 

Keazaman itu yang menjadi azimat untuk calon dan jentera BN terus bersemangat melalui tempoh lapan hari berkempen dengan menjawab pelbagai isu dilemparkan pihak lawan. 


Jika diamati sepanjang tempoh empat hari pertama kempen, situasi di Tenang tidak banyak berbeza dengan 13 pilihan raya kecil sebelum ini. Pastinya serangan demi serangan berbentuk peribadi menjadi antara taktik memainkan emosi pengundi. 

Semakin hampir hari pengundian, semakin rancak juga kempen kedua-dua parti bertanding. Pembangkang memainkan pelbagai isu dan paling ketara serangan peribadi terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, manakala BN siap sedia dengan jawapan bagi menangkis tuduhan. 

Mungkin sikap tenang dan agak pendiam Mohd Azahar menjadikannya sasaran mudah untuk pembangkang melakukan serangan demi serangan terhadapnya, tetapi apa yang penting setiap serangan itu dengan penuh yakin ditepis calon itu bersama sokongan barisan kepemimpinan BN. 

Walaupun dikatakan calon terbaik dan menjadi pilihan kerana mempunyai latar belakang bersih dan anak tempatan, ia bukan satu bonus buat Mohd Azahar atau Tok Ai berasa selesa atau telus daripada serangan. 

Antara taktik pembangkang adalah mengaitkan calon BN itu dengan isu tanah milik seorang penduduk yang dilelong ketika Mohd Azahar menjadi Penolong Pentadbir Tanah Segamat pada 2000-2006 serta beberapa isu peribadi lain. 

Agaknya memang isu itu ‘klimaks’ untuk pembangkang dalam taktik mereka pada pilihan raya kecil ini. Apa tidaknya, sebelum ini begitu berapi-api mereka melaungkan pelbagai isu nasional termasuk berkaitan FELDA, isu tanah dan harga barangan, mengapa kini berubah kepada serangan peribadi. 

Jika diimbau, hampir sebulan sebelum penamaan calon lagi, pembangkang mengisi siri ceramah mereka dengan fokus kepada isu nasional di atas, namun mungkin menyedari taktik itu gagal menarik perhatian pengundi, lalu beralih pula kepada serangan peribadi. 

Mungkin juga menyedari Johor kubu kuat BN, menjadikan parti lawan semakin rakus menggunakan pelbagai helah untuk menggugat pertahanan BN dan mungkin juga serangan peribadi menjadi helah terakhir mereka. 

Ia bermula dengan cerita kononnya pemilihan Tok Ai tidak mendapat restu UMNO Bahagian Labis, namun mudah disangkal, tambahan pula Timbalan Ketua UMNO Labis, Rusdin Mahamud yang dikatakan antara calon favourite pada mulanya, tidak pernah lekang dengan Tok Ai dalam siri kempen yang dijalankan. 

Berlainan pula dengan BN, walaupun ada ruang untuk mengikut langkah lawan menyerang peribadi calon PAS, ia langsung tidak digunakan, sebaliknya tumpuan kempen adalah kepada apa yang boleh dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat. 
Penyebaran fitnah dan serangan peribadi juga membuktikan pembangkang masih tetap dengan cara lama. 

Apa yang diharapkan ialah kebijaksanaan pengundi di DUN Tenang menilai apa yang betul dan salah serta mengambil kira jawapan yang sudah diberikan bagi membalas setiap tuduhan sebelum membuat pilihan pada hari penentuan.
 

Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah


Rasanya Mat Kilau banyak kali mengikuti PRK akan tetapi kali ini banyak peraturan baru dibuat rasanya agak pelik dan hairan kerana sejak PRU 12 sebanyak 13 PRK tak ada peraturan begini dibuat.Mungkin kayu itu akan dijadikan senjata.Penyokong UMNO/BN tidak akan berbuat sedemikian tak tahu pulak puak-puak tak cukup akal pas-pis pus nie.  


LABIS: Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen. 

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan, Abdul Majid Mohd Ali, berkata parti-parti politik perlu mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen, justeru tindakan pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan



masing-masing adalah salah kerana tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau mengingatkan pengguna kenderaan supaya berhenti daripada melakukan perbuatan itu sebelum tindakan diambil ke atas mereka. 

Sebelum ini, katanya, polis mengambil tindakan secara berhemah dengan hanya merampas kayu yang digunakan pengguna kenderaan untuk mengibarkan bendera dan mengembalikan bendera kepada mereka.

 
Beliau berkata, selepas peringatan ini diberi, polis akan bertindak lebih tegas kepada sesiapa sahaja yang engkar. 

Abdul Majid berkata, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi pada Ahad ini. 

Individu-individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa dan akan ditahan sekiranya didapati menggugat ketenteraman awam. 

Tanpa mengulas secara terperinci, beliau berkata, individu-individu terbabit terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar daerah. 

"Jangan cabar polis kerana kita sudah bersedia 100 peratus untuk pilihan raya ini daripada segi logistik dan kekuatan anggota," katanya. 

Abdul Majid berkata, sehingga kini, perjalanan kempen pilihan raya kecil ini sangat tenang jika dibandingkan dengan tempat lain memandangkan tiada kekacauan atau ketegangan yang serius berlaku. 

Jentera parti Barisan Nasional (BN) dan PAS mematuhi peraturan kempen termasuk menamatkan ceramah pada jam 12 tengah malam.



Sumber klik

Thursday, January 27

Kerajaan Selangor Masih Hendak Bermimpi Pada Siang Hari.

MEMBUANG masa, tenaga, wang dan sia-sia. Itu yang boleh dirumuskan mengenai sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kelmarin yang bertujuan meminda Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. 

Selain gagal mengemukakan hujah mengapa Perkara 52(1) perlu dipinda, sidang khas ini juga menunjukkan tembelang sebenar kerajaan negeri Selangor yang menggunakan pentas DUN untuk menghalalkan tindakan mencela, menghina, mengutuk dan mempersenda UMNO serta Barisan Nasional (BN).



Berselindung di sebalik agenda meminda Perkara 52(1), sidang khas itu digunakan pembahas penyokong kerajaan – Mohamed Azmin Ali (PKR–Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS–Ulu Kelang), Shuhaimi Shafiei (PKR–Sri Muda), Ng Suee Lim (DAP–Sekinchan) dan M Manoharan (DAP–Kota Alam Shah) untuk mengkritik UMNO dan BN habis-habisan sebagai penderhaka kepada Raja-Raja Melayu.
Dimulakan dengan persoalan siapa lebih menderhaka yang dilontarkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sama ada UMNO atau kerajaan negeri, sesi perbahasan dari pagi hingga ke petang tidak habis-habis menyelongkar dan menggali semua apa yang dianggap ‘dosa’ UMNO dan BN terhadap institusi raja-raja. 

Budaya ceramah murahan dan picisan dibawa masuk ke dalam pentas DUN. Mujur juga wakil rakyat BN tidak terikut-ikut dengan langkah sumbang penyokong kerajaan yang ketandusan idea dengan hanya menjaja isu lapuk mengaitkan penderhakaan UMNO dan BN terhadap Raja-Raja. 

Lebih malang, penggunaan bahasa dan istilah tidak sewajarnya dari mulut wakil rakyat kerajaan negeri bergema tanpa batasan menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Setiausaha Negara (KSN) malah Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) yang baru diperkenan Sultan Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi. 

Shuhaimi contohnya menggunakan istilah ‘budak suruhan’ bagi merujuk kepada KSN dan dituduh diperguna pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya untuk mengkucar-kacirkan kerajaan Selangor. 
Ucapan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San yang mendakwa konsep 1Malaysia sebagai Sapu Malaysia juga tidak ada kena mengena dengan tujuan asal, usul pindaan Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. 

Disebabkan itu, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman menyatakan kerajaan negeri Selangor ‘syok sendiri’ mengadakan sidang khas kelmarin amat tepat dan benar kerana belumpun sidang berakhir, Menteri Besar awal-awal lagi sudah mengaku tewas yang kerajaan negeri pimpinannya tidak akan mendapat sokongan dua pertiga daripada ADUN. 

Abdul Khalid juga dengan cepatnya menerusi sidang media menegaskan sidang DUN Selangor itu bukan sidang tergempar, sebaliknya persidangan biasa bagi membincangkan perkara spesifik, mendesak dan berkepentingan awam. 

“DUN membincangkan pelantikan SUK yang membabitkan kepentingan awam,” kata Abdul Khalid yang jelas sekali menjelmakan niat sebenar kerajaan negeri yang hanya mahu publisiti murahan di sebalik tindakan yang mendapat pengesahan dari sudut undang-undang. 

Walaupun mempunyai 35 ADUN, kerajaan negeri tidak mampu mengubah apa-apa terhadap undang-undang berkenaan kerana mereka tidak cukup syarat untuk memindanya kerana masih memerlukan dua lagi undi daripada ADUN. 

Sebaliknya, 20 ADUN mewakili BN sebulat suara tidak menyokong pindaan undang-undang itu dengan berpegang kepada empat faktor iaitu ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, pindaan hanya bermotif politik, BN tidak pernah membelakangkan Sultan Selangor dan menganggap kerajaan negeri menderhaka kerana tidak menerima pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK, sedangkan Sultan Selangor sudah memperkenan pelantikannya. 

Kerajaan Selangor masih hendak bermimpi pada siang hari. 

Jika sudah tahu tidak mampu meminda undang-undang berkenaan, mengapa perlu diadakan sidang khas. Tidak lain dan tidak bukan ia satu persidangan yang membuang masa dan satu proses sia-sia. 

Mohamad Satim menganggap sidang itu pentas Abdul Khalid dan wakil rakyat mengkritik UMNO termasuk Dr Mahathir.

“Kerajaan negeri sebenarnya tidak puas hati dengan pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK. 

Cadangan pindaan ini juga untuk mengalihkan perhatian yang mereka akan mencanangkan kepada rakyat kononnya BN tidak menghormati institusi raja,” katanya di luar dewan. 

Beliau menegaskan, kerajaan negeri juga cuba memutar belit pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993. 

“Pindaan itu disalah erti kerajaan negeri dengan menyatakan ia tindakan BN yang cuba mengurangkan kuasa Sultan. 

“Sebaliknya pindaan itu sebenarnya dilakukan untuk mengukuhkan kedudukan institusi raja-raja di negara ini di bawah sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan diamalkan di negara ini,” katanya. 

Anehnya, persidangan DUN yang gagal mencapai matlamatnya ini dianggap berjaya oleh Abdul Khalid dengan alasan semua wakil rakyat kerajaan negeri bersatu menyokong cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. 

Hakikatnya, pindaan itu gagal dan kerajaan Selangor boleh dianggap sebagai kerajaan yang lemah dan hilang wibawa kerana gagal dalam tujuannya memenuhi agenda yang dirancang. 

Ranking Terbaru Blog Mesra Barisan Nasional Oleh Top Ranking Online 1.

Ranking terbaru dari blog mesra BN yang dikeluarkan oleh Top Ranking Online 1 telah menunjukkan persaingan yang sengit diantara orang lama dan orang baru. Peningkatan yang mendadak dari blog-blog baru mula menguasai carta walaupun ranking sepuluh teratas masih dikuasai oleh blog-blog orang lama.

Kali ini ulasan tidak diberikan kepada Malaysian United kerana blog beliau mempunyai kepentingan dalam carta kali ini. Blog Malaysian United telah meningkat begitu tinggi dari kedudukkan tangga ke 49 kepada tangga ke 14 dengan peningkatan sebanyak 35 mata. 

Seperti yang pihak kami ramalkan yang blog tersebut akan berada didalam Top 10 sekiranya ia boleh bertahan dengan penulisannya. Kami telah memberi blog tersebut kredit selama 3 minggu untuk sampai ketangga tersebut.

Blog Tun Mahathir masih kekal ditangga 11 dan blog DS Najib Tun Razak naik 6 anak tangga dari 32 kepada tangga ke 26. Pihak kami  memasukkan secara beperingkat blog-blog baru yang berpotensi sebanyak 10 blog dan dengan itu 10 blog tersingkir daripada Top 100.

Apa yang menarik perhatian kami, blog yang berada di ranking 10 ribu keatas (ranking Malaysia) mungkin tidak akan tersenarai dan ini akan memperlihatkan blog-blog saling kejar mengejar. Kedudukan terbaru mengikut aturan,
  • 13 blog kekal tanpa berubah kedudukkan.
  • 30 blog meningkat anak tangga.
  • 47 blog telah turun dari kedudukkan.
  • 10 blog terkeluar dengan kemasukkan 10 blog baru dalam senaraian kami.
Tahniah kepada semua blog yang berada dalam Top 100, tetapi jangan terlalu gembira kerana apa-apa pun boleh berlaku pada ranking yang akan datang disebabkan ada blog yang belum kami senaraikan lagi.

KEDUDUKAN DALAM TOP RANKING PADA
26 JANUARY
BLOG
RANKING ALEXA
KEDUDUKAN PADA
TURUN NAIK BLOG
1
GERAKAN ANTI PKR
300
1
334
0
2
HOUSE PK
370
2
400
0
3
PAPA GOMO
378
3
414
0
4
THE UNSPINNERS
434
4
445
0
5
MIM
450
5
475
0
6
GELOMBANG RAKYAT
480
10
715
+4
7
RBF ONLINE
571
6
588
-1
8
PISAU.NET
597
8
640
0
9
MEDIA PERMATANG PAUH
681
13
782
+4
10
MYKMU.NET
682
7
604
-3
11
CHE DET
756
11
767
0
12
ROCKY BRU
779
12
779
0
13
THE FLYING KICK
780
9
679
-4
14
MALAYSIAN UNITED
797
49
           3,475
+35
15
PERAK TODAY
941
14
818
-1
16
SRIKANDI 7
948
16
1,068
0
17
TAIPING MALI
953
17
1,093
0
18
EMPAYAR PEMUDA
976
29
1,719
+11
19
PEJUANG BANGSA
1,014
20
1,202
+1
20
INFO CORNER-SUDUT DISKUSI
1,047
18
1,109
-2
21
ZULKIFLI NOORDIN
1,059
15
975
-6
22
BADUT RAKYAT
1,152
21
1,219
-1
23
AZLI SHUKRI TODAY
1,192
19
1,191
-4
24
DARUL EHSAN TODAY
1,281
26
1,569
+2
25
SEMUT HITAM
1,352
23
1,428
-2
26
NAJIB TUN RAZAK
1,384
32
1,866
+6
27
KITA GEMPUR.COM
1,387
22
1,427
-5
28
IPOH MALAY
1,398
30
1,804
+2
29
AIDC
1,529
24
1,487
-5
30
WARISAN 2057
1,627
34
1,950
+4
31
LAWYER GARANG
1,634
28
1,703
-3
32
GELOMBANG WANGSA MAJU
1,637
27
1,582
-5
33
ANAK SEBERANG
1,677
33
1,926
0
34
UMNO ONLINE
1,702
35
2,073
+1
35
ANWAR PEMBOHONG
1,863
25
1,527
-10
36
KERIS PUTERA
1,976
31
1,833
-5
37
GERAKAN TIMUR
2,152
44
2,799
+7
38
CUCU TOK SELAMPIT
2,199
41
2,646
+3
39
KL BOYZ
2,230
47
3,179
+8
40
SUNGAI RAPAT ONLINE
2,231
36
2,107
-4
41
PANGLIMA PERANG CYBER
2,458
43
2,883
+2
42
BLOG TAMINGSARI
2,531
40
2,637
-2
43
LAKSAMANA JEBAT
2,542
39
2,615
-4
44
MALAY DELIMA
2,556
53
4,089
+9
45
BIGDOGSOTCOM
2,607



46
BUMIYANG
2,637
51
3,581
+5
47
CELAH GELEGAR
2,446
38
2,384
-9
48
HUSIN LEMPOYANG
2,841
45
2,948
-3
49
KEDAH TIMES
2,885
37
2,323
-12
50
APA YANG TERSIRAT
2,925
59
4,537
+9
51
GUNUNG MAT CINCANG
2,932
42
2,761
-9
52
MYBLOGHUB
3,218
52
3,938
0
53
PUSAKA AYAHNDA
3,229
46
3,125
-7
54
MELAYURAYA DAILY
3,445
48
3,302
-6
55
BUAYA MERAH
3,456
62
5,232
+7
56
DR 1221
3,511
50
3,562
-6
57
PENGHUNI GUA
3,964
55
4,271
-2
58
DR KHIR TOYO
3,983
54
4,187
-4
59
NEUTRAL DAILY
4,032



60
DOUBLE Y
4,069
60
4,595
0
61
A KADIR JASIN
4,071
58
4,464
-3
62
PANTAU
4,219
66
5,964
+4
63
JIWA PARADOX
4,630
57
4,405
-6
64
CACA MARBA
4,698



65
OUTSYED THE BOX
4,771
56
4,339
-9
66
DUKE OF UMNO
4,909
69
6,663
+3
67
BULETIN ONLINE
4,917
78
8,271
+11
68
WAADAT
5,198
97
13,332
+29
69
BERANI MEMBUAT PILIHAN
5,226
67
6,166
-2
70
SAHABAT GUNUNG
5,698
61
4,769
-9
71
SELANGOR DAILY
5,941
64
5,437
-7
72
MALAYSIARIA
6,145
71
6,796
-1
73
BLOGENSTARZ
6,424
74
7,420
+4
74
DIMENSI
6,475
68
6,489
-6
75
PEJUANG MAYA
6,491
83
8,760
+8
76
BERANIKAN HATI
6,596
63
5,384
-13
77
RAJAHMAS
6,906
82
8,600
+5
78
MY ANGER,IT MAY BE YOURS TOO
7,451
65
5,452
-13
79
JKKK(P) KOTA SARANG SEMUT
7,460



80
UMNO GOMBAK SELATAN
7,488
81
8,593
+1
81
SANGGUL MELAYU
7,564
70
6,753
-11
82
PANEH MIANG
7,777
93
12,546
+11
83
SATU MELAYU
7,850
73
7,164
-10
84
MAT KILAU PENANG
8,008
96
13,304
+12
85
PUTRA MERDEKA
8,145
77
8,133
-8
86
LATEST ISSUE
8,307
76
8,006
-10
87
INNERBLOG
8,510



88
MEDIA CYBER
8,983
95
13,025
+7
89
PELANTAQ HUJAH
9,235
84
8,850
-5
90
BELANTAN
9,474
100
13,845
+10
91
AKU YANG GAMBI
9,469



92
ASPIRASI BANGSA
9,546
90
10,567
-2
93
PAAPAADA
9,727



94
ANAK MERDEKA
9,848



95
MUMMY ROKIAH
10,149
75
7,608
-20
96
WAKE UP
10,170
88
10,533
-8
97
TUNKU
10,227
79
8,454
-18
98
KLIK 1 MALAYSIA
10,378



99
ANGIN PERUBAHAN
10,423



100
KATA PAK TEH..!!
11,559
80
8,535
-20

X-PKR
11,960
98
13,479


USTAZ NOR AMIN
12,061
86
9,854


PENA MINANG
12,986
92
11,289


MULUT MELAYU
13,316
85
8,935


DUNIA TIGER
13,643
99
13,786


SUNGGUHKA..
13,964
91
11,069


JELAPANG
14,964
72
7,003


MELAYU PASIR GUDANG
14,927
94
12,625


CAHAYA KEBENARAN BERSINAR
15,798
87
10,346


MAHAGURU 58
16,233
89
10,549


BLOG TURUN ANAK TANGGA
BLOG NAIK ANAK TANGGA
BLOG KEKAL ANAK TANGGA
BLOG BARU DALAM SENARAIAN
BLOG TERKELUAR DARI SENARAIAN

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive