Friday, January 7

Ng Wei Aik Bacul.


Selepas solat Jumaat tadi,Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) bersama lebih kurang 70 ahli telah berarak dari Masjid Simpang Enam menuju ke KOMTAR.

Setibanya ditingkat 3 dibangunan tersebut disambut oleh beberapa pegawai serta angota polis,Baru tembelang  Si lahanat ADUN KOMTAR rupanya teloq hilang,banyak dalih yang diberikan supaya pihak KIMMA tidak bertemu beliau.

Akan tetapi atas desakan ramai  pihak yang memberi alasan mengalah dan membenarkan  KIMMA menemui si tiada teloq tue.Mat Kilau akan mendedahkan apa yang dibincangkan esok.  

Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melihat penafian oleh Adun Komtar, Ng Wei Aik berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat serta berbau perkauman ketika operasi penyitaan di salah sebuah kedai makan baru-baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Ketua Pemudanya, Norman Zahalan berkata Adun Komtar itu mungkin mengikut jejak langkah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cukup bijak pusing dan “konar” pelbagai cerita baik isu-isu semasa atau sebagainya.
Menurut beliau jika ketua mereka bersikap sedemikian, apatah lagi anak-anak buahnya yang sudah pasti akan menjadikan strategi idola mereka untuk menutup berhubung dengan apa yang didakwa oleh Penyelia Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Mohamad Ali Miden Shah.
“Lagi satu bukankah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah juga bercakap bohong berhubung isu pertelagahannya dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus yang dikatakan tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera.
“Dan Adun Komtar ini bukankah Setiausaha DAP negeri. Jadi saya tidak terkejutlah jika perkara ini berulang kembali sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng sebelum ini. Nampaknya episod cerita lidah biawak bakal berulang lagi,“ katanya.
Beliau berkata demikian  sebagai mengulas penafian Adun Komtar yang juga Setiausaha DAP Pulau Pinang berhubung dakwaan Penyelia Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Mohamad Ali Miden Shah bahawa Adun berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.
Beliau dilaporkan berkata Adun Komtar, Ng Wei Aik meminta beliau tutup kedai dan balik India. Menurut Syed Kassali, 42, perkataan yang diluahkan Setiausaha DAP itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaannya tetapi hati seluruh kaum India Muslim di negara ini.
“Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.
“Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami,” katanya.
Norman yang juga Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang seterusnya menambah, apa yang berlaku menyerlahkan sikap biadap dan kurang ajar kepimpinan DAP dalam menerajui negeri.
“Kebiasaannya apabila wakil rakyat turun padang, mereka akan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dan bukan bertindak biadap.  Jika benarlah seperti yang didakwa oleh penyelia restoran berkenaan, jelaslah kerajaan pimpinan DAP mahu menjadikan negeri ini sebagai negeri “koboi”.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive