Macam haram jadah... Kutip wang haram pun boleh..tak guna kalau berlajar tinggi melangit namun bodoh serta melanggar undang-undang. Memang betul kata orang tua dulu-dulu biar kurang cerdik tapi tak langgar undang-undang.Bukan bodoh akan tetapi memang tak cerdik.
Rafizi Ramli sejak beberapa minggu dikesan telah mengutip wang daripada orang ramai melaui akaun National Oversight & Whistleblowers (NOW).
Carian ke atas laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati, NOW bukanlah sebuah NGO sebaliknya adalah Syarikat Sendirian Berhad di bawah nombor pendaftaran 1009154-U dan di bawah nama Oversight And Whistleblowers Sdn Bhd.
Rafizi Ramli mempunyai saham sebanyak 50% di dalam syarikat berkenaan.
NOW bukanlah koperasi berdaftar dan ianya pasti tidak mempunyai lesen sah untuk mengutip derma daripada orang ramai untuk apa-apa jenis dana.
Di bawah peraturan Bank Negara Malaysia, transaksi mengutip derma oleh NOW akan dianggap sebagai pengambilan deposit secara haram (illegal deposit taking). Selain itu, syarikat itu telah ditubuhkan pada 9 Julai 2012 dan sudah hampir 3 tahun, syarikat itu tidak pernah memfailkan apa-apa akaun yang telah diaudit dengan SSM.
Lim guang Eng bukan main garang lagi bila berbicara mengenai Hutang 1MDB di Parlimen. sehinggakan menuduh Malaysia bakal terencat pertumbuhan ekonomi negara. Nak menipu di Parlimen pun agak-agaklah Ketua Menteri Pulau Pinang paling bacul bagi MKP.
Berikut adalah jumlah hutang dan aset yang dimiliki oleh syarikat gergasi di Malaysia. Mempunyai aset yang melebihi jumlah hutang menandakan syarikat tersebut berada dalam keadaan stabil. Begitu jugalah 1MDB yang mempunyai aset bernilai tinggi di Malaysia dan luar negara.
Kenapa tidak pertikaikan hutang yang ditanggung oleh CIMB....? Ini masalahnya bila Ketua Menteri cakap pakai lutut serta berpolitik 24jam. Salah orang lain nampak tapi salah sendiri simpan dalam seluaq.
Ketua Menteri paling langsi.... Apa dah jadi Apek sampai Block MKP. Memang tak tahan dengan fakta bila berhujah nampak gayanya. Lu sembang lebih mengenai kebebasan bersuara tapi takut dengan MKP yang kerdil nie.MKP cuma Blogger jalanan aje bukan pemimpin Tokong macam lu..... MKP tak kisah lu tak nak follow tapi sampai block cam nie memang haram jadah la apek....Lu memang bacul buat apa ada sampai 28 staff dalam lu punya office kalau tak boleh lawan MKP.....
Lim Guan eng dah kantoi dengan Projek perumahan mampu milik yang telah dicanangkan sejak tahun 2012 akan tetapi sehingga sekarang masih lagi tinggal janji. Sebab tue terus block MKP di twitter.
Kerajaan terus komited untuk memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, ketika ini, kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
“Pada akhir 2014, keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan di dalam negeri dan luar pesisir, adalah berjumlah RM582.8 bilion atau 54.5 peratus daripada KDNK.
“Daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau RM566.1 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.8 billion atau 2.9 peratus adalah hutang luar pesisir,” katanya.
Menurut kenyataan itu, selaras dengan keperluan pelaporan hutang di peringkat antarabangsa mengikut konvensyen piawaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kedudukan hutang luar negara dikira berdasarkan definisi baru yang terdiri daripada pinjaman luar pesisir oleh Kerajaan Persekutuan; perusahaan awam dan sektor swasta dan pegangan sekuriti hutang, deposit dan kredit perdagangan dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin.
Katanya, pada akhir 2014, jumlah hutang luar negara berada pada paras RM744.7 bilion atau 69.6 peratus daripada KDNK manakala pada 2013, hutang luar negara mencatat RM696.6 bilion atau 70.6 peratus daripada KDNK.
“Walaupun jumlah hutang luar negara meningkat sebanyak 6.9 peratus, namun peratusannya kepada KDNK adalah lebih rendah berbanding 2013.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 42 peratus adalah pegangan sekuriti hutang dan deposit oleh bukan pemastautin 37 peratus, hutang sektor swasta 10 peratus, hutang perusahaan awam 9 peratus, kredit perdagangan dan lain-lain pinjaman serta dua peratus adalah hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dalam satu majlis berasingan berkata, paras hutang Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) terkawal kerana semua projek berdaya maju dalam jangka panjang dengan paras hutang Malaysia masih di bawah 55 peratus daripada KDNK dan adalah tidak benar beberapa PFI mungkin perlu diselamatkan.
“Mungkin terdapat tempoh matang yang panjang. Tetapi, dalam jangka panjang, ia berdaya maju dan bermanfaat kepada negara dan rakyat.
“Saya tidak nampak sebarang masalah daripada segi pembiayaan semula dan kedudukan ekonomi negara yang benar-benar kukuh serta pada landasan yang tepat,” katanya.
Beliau yang mengulas dakwaan bahawa PFI tidak mempunyai pendapatan operasi untuk membayar hutang itu, berkata, beberapa projek infrastruktur dibiayai melalui perbelanjaan pembangunan atau pinjaman dan operasi, melalui hasil.
MKP mengalukan tindakan yang tegas diambil oleh pucuk pimpinan kerana menyebarkan video perjumpaan tertutup di Janda Baik.
Ahli UMNO yang ada jawatan atau ahli biasa jangan jadi seperti langau tetapi sebaliknya jadilah seperti garam yang memperbaiki keadaan. Susah jadi garam, tetapi senang jadi langau dan pemimpin UMNO perlu berperanan sebagai garam kerana mereka adalah pemimpin pelapis yang bakal menerajui UMNO kelak.
Jangan jadi makhluk perosak seperti langau yang akan menjadi busuk apabila dihinggapi tetapi sebaliknya pemimpin UMNO perlu menjadi garam yakni individu yang dapat memperbaiki keadaan.
Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan memaafkan individu yang bertanggungjawab terhadap penyebaran video ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ujar beliau, individu yang dipercayai menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO di satu bahagian bakal dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan sendiri oleh Muhyiddin untuk tindakan lanjut.
“Saya dah hubungi beliau, beliau minta maaf. Saya jawab, tiada maaf bagimu. Kerosakkan telah berlaku, dia kena bertanggungjawab terhadap tindakan itu.”
Sebelum ini, satu video yang memaparkan ucapan Muhyiddin menjadi kecoh apabila beliau mendedahkan tentang cadangannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rakaman tersebut menjadi perbualan hangat dan ramai pihak membuat spekulasi bahawa Najib dan Muhyiddin tidak sebulu namun ia kemudiannya dinafikan Timbalan Perdana Menteri.
Isu 1MDB telah banyak kali dijelaskan oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan kepada MKP secara bersemuka. Kadangkala persepsi yang telah membuatkan kita alpa dengan fakta yang telah diberikan.
Beberapa hari lepas timbul kekecohan besar di kalangan para pengulas politik negara.
Saya tidak sedar akan kekecohan ini sehingga saya menerima pautan internet yang dikongsi oleh sabahat saya di Whatsapp, yang menunjukkan klip video 7 minit YAB Timbalan Perdana Menteri, sewaktu beliau memberi ucapan sempena sesi latihan pemimpin Bahagian UMNO baru-baru ini.
Klip video yang di hantar di ruangan Whatsapp itu juga disertakan bersama satu komen yang mendakwa TPM bertelagah pendapat dengan YAB Perdana Menteri mengenai isu 1MDB. Dari situ barulah saya sedar akan segala kekecohan yang timbul!
Saya rasa saya menonton klip video itu lebih dari 5 kali, bagi menentukan sekiranya ada sebarang kebenaran terhadap dakwaan tersebut. Namun, saya tidak melihat banyak perbezaan pandangan PM dan TPM mengenai isu 1MBD.
Berikut adalah pemerhatian saya selepas membandingkan apa yang diucapkan oleh TPM dalam klip video dan apa yang telah PM nyatakan secara terbuka sebelum ini.
Pertama, TPM berkata beliau bimbang kerana 1MDB telah menjadi satu kerisauan rakyat dan jika tidak diselesaikan dalam jangka masa terdekat, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan masa depan parti. Jika kita ikuti kenyataan umum yang dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini, beliau juga merakamkan ulasan yang sama.
Kedua, TPM berkata dalam klip video tersebut bahawa 1MDB memerlukan penyiasatan segera. Kerajaan tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Beliau bercakap mengenai perlunya "to hold the bull by its horns" dan saya rasa begitu juga dengan PM. Sebab itulah, kita mendengar PM mengumumkan siasatan segera dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia dan penyiasatan yang mestilah dilengkapkan dalam masa beberapa bulan.
Satu-satunya perbezaan pendapat antara PM dan TPM yang dapat saya perhatikan dalam klip video tersebut, adalah bahawa TPM meminta Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif terkini disingkirkan, manakala PM mengambil kedudukan bahawa tindakan terhadap mana-mana individu hanya akan diambil selepas siasatan menyeluruh oleh Ketua Audit Negara dan PAC selesai.
Walaupun saya bersetuju dengan pendapat TPM bahawa dengan penyingkiran serta-merta Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai isu ini, namun saya tidak pasti bahawa jika keputusan itu akan membantu mempercepatkan usaha untuk perolehi kebenaran yang sebenar.
Lazimnya perkara pertama yang dilakukan apabila CEO dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah baru masuk, mereka akan meminta lebih masa untuk memahami isu-isu di bawah kendalian mereka. Bagaimanakah cara bagi mereka untuk menjawab sebarang soalan jika tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu.
Mereka mungkin meminta beberapa bulan untuk meniliti semua butiran dan dokumen-dokumen sebelum mereka boleh memahami apa yang berlaku dan seterusnya memberi keterangan dalam siasatan berterusan yang dikendalikan oleh Ketua Audit Negara dan PAC. Ini suatu proses yang memakan masa dan bakal dilihat lambat lagi merugikan, walaupun umum tahu orang ramai ingin jawapan yang cepat bagi isu 1MDB
Pada pendapat saya, dengan memecat Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah boleh dijadikan pilihan jika Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB enggan memberikan keterangan. Namun secara terbuka, mereka mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama dan akan tampil memberi keterangan kepada Ketua Audit Negara dan membantu siasatan PAC.
Perlu diingatkan, Ketua Pegawai Eksekutif kini hanya dilantik beberapa bulan yang lalu. Beliau tidak terlibat dalam kontroversi 1MDB yang sering diperkatakan, dan ia terjadi sebelum beliau menyertai organisasi 1MDB. Saya tidak tahu bagaimana pemecatannya boleh menyumbang dalam usaha untuk mencari kebenaran.
Untuk berlaku adil kepada TPM, beliau ada menyebut dalam klip video bahawa bukan niat beliau untuk menunjukkan kebencian terhadap PM atau untuk menunjukkan bahawa mereka bersehaluan. Malah dalam klip video itu, TPM ada mengatakan bahawa beliau menghormati PM.
Kesimpulannya, saya menelefon kembali kawan saya itu dan bertanya kepadanya, apakah kekecohan yang timbul?
Dato' Abdul Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Demam bola sepak kembali lagi dengan perlawanan akhir Piala FA 2015. Pengalaman berpusu-pusu untuk sampai pada tepat waktunya menjadi keutamaan semua penyokong kedua-dua pasukan.
Bagi MKP perancangan awal perlu dilakukan. Bertindak bijak dengan menaiki pengangkutan awam yang telah disediakan oleh pihak RapidKL. Kemudahan sebegini jika tak digunakan memang merugikan masa dan terperangkap didalam kesesakan lalu lintas kelak.
Para peminat bola sepak yang berhasrat untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2015 antara pasukan Kelantan dan Lions XII pada hari Sabtu ini disarankan untuk menggunakan perkhidmatan LRT Rapid KL untuk perjalanan selesa ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Berdasarkan pengalaman lepas, apa-apa jua perlawanan akhir bola sepak di Bukit Jalil akan melihat banjiran para penyokong, yang sekali gus bermakna keadaan trafik yang sesak di sekitar kawasan stadium. Kami menjangkakan keadaan yang sama Sabtu ini khususnya para penyokong ‘The Red Warriors’.
“Justeru itu, kami menyarankan para peminat untuk menggunakan perkhidmatan LRT, yang akan membawa para penyokong terus ke Kompleks Sukan Bukit Jalil. Pihak Rapid KL akan memantau keadaan di Stesen Bukit Jalil pada hari Sabtu nanti dan akan menyambung perkhidmatan LRT sekiranya perlu,” kata jurucakap Rapid KL, Encik Mohd Rahimi Ahmad.
Beliau mencadangkan mereka yang memandu untuk memakir kenderaan mereka di kawasan-kawasan ‘parkir dan gerak’ di stesen-stesen LRT seperti di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak dan Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Ampang dan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT.
“Mereka juga boleh memakir kenderaan di kompleks parkir dan gerak DBKL di Bandar Tasek Selatan dan Sungai Besi, yang terletak berdekatan dengan stesen-stesen LRT Rapid KL,’ kata Rahimi, yang juga Ketua Operasi LRT Laluan Ampang.
Bagi yang menggunakan perkhidmatan keretapi, beliau menyarankan mereka menggunakan perkhidmatan KTM Komuter ke Bandar Tasek Selatan dan meneruskan perjalanan dengan perkhidmatan LRT Rapid KL ke Bukit Jalil.
"Saya juga menyarankan para pengguna untuk menggunakan Kad MyRapid, yang akan memberikan perjalanan mudah dan cepat untuk keluar masuk stesen,” tambah beliau.
Lebih 80,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA ini.
Rapid Bus telah melangkah setapak lagi bagi memberikan keselesaan pada semua penggunanya. Jika di Kotaraya London Bas Dua tingkat ini telah menjadi ikon Bandaraya London akan tetapi Malaysia bakal menemui Warga Kuala Lumpur pada bulan September ini.
Untuk info Pembaca semua, bas jenis Alexander Dennis Enviro 500 dua tingkat ini dikilangkan secara tempatan dan dipasang dengan rakan kongsi tempatannya dengan casis yang dihasilkan di Pasir Gudang, Johor dan badan yang dipasang di Pekan, Pahang.
“Bas berkapasiti tinggi (108 penumpang) ini akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengangkutan awam,” kata pengarah urusan kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz.
Berharga RM1.4 juta sebuah, dilengkapi dengan lapan kamera CCTV di dek bawah dan atas bersama lima unit LCD 19 inci untuk hiburan penumpangnya. Bas dua tingkat ini juga dikatakan mudah untuk pengguna kerusi roda (OKU). Pada ketinggian 4.2 meter, 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar, bas dua tingkat ini turut mempunyai skrin yang menunjukkan jumlah penumpang di dek atas,
Membuatkan ianya lebih senang bagi penumpang untuk mencari tempat duduk kosong. Laluan bagi bas ini belum lagi didedahkan kerana pengendali bas ini masih mengkaji laluan strategik untuk beroperasi di Lembah Klang dan ianya akan meningkatkan kapasiti RapidKL sehingga dua kali ganda.
Apa nak jadi dengan politik Malaysia sekarang sehinggakan pemimpin yang disegani pun menabur fitnah akhirnya kantoi...
Kalau blogger ambil cerita khabar angin tepi jalan dijadikan cerita MKP tak kisah akan tetapi beliau adalah seorang negarawan lagi... Takkan ambil cerita tepi jalan jugak...
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan yang menggemparkan dunia politik sehari dua ini ternyata tidak benar apabila ia akhirnya dinafikan sendiri empunya badan.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Pandikar antara lain menulis, “Saya akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 mulai pada 18 Mei hingga 18 Jun 2015.”
Secara tak langsung, Pandikar akan mempengerusikan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat yang baharu bagi Parlimen Rompin dan Permatang Pauh pada 18 Mei 2015, selain mempengerusikan sesi Pembentangan Usul Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Perdana Menteri pada 1 Mei 2015.
Berita bahawa Pandikar telah meletak jawatan sebagai Speaker tercetus selepas ia dimaklumkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kepada media dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak petang semalam.
Tahniah diucapkan kepada Prasarana Malaysia Bhd kerana mendapat pujian oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kerana telah berjaya memperolehi kontrak untuk mengendalikan operasi dan penyelengaraan sistem Metro untuk musim Haji dari Arafah ke Mina bermula tahun ini.
Bukan mudah untuk memenangi kontrak bertaraf antarabangsa ini kerana ramai syarikat besar serta mempunyai nama yang gah telah membida. Namun dengan tekad dan komitmen yang tinggi telah mencapai kejayaan yang boleh membanggakan rakyat Malaysia di mata dunia.
Kejayaan ini bukan setakat itu sahaja namun Anugerah ini diberikan selama tiga tahun.Anugerah tersebut diberikan oleh Kementerian Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar, Arab Saudi untuk mengendalikan dan menyelengara laluan Al Mashaaer Al Mugaddasah, Mekah Metro yang sedia ada yang beropersai khususnya semasa musim haji.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
"Anak Kecik Main Api" dicipta oleh anak muda yang sayangkan bangsanya. Walaupun ianya tercipta secara sepontan melalui petikan gitar di tepi jalan namun setiap liriknya membuatkan orang melayu menitiskan air mata bila mendengarnya...Akan tetapi ada jugak yang masih menganggap lirik tersebut sebagai perhiasan semata-mata....
Jika bukan kerana ada pengkhianat dedah isu sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dibeli anak syarikat Tabung Haji, TH Properties Sdn. Bhd., kaum Melayu pasti bangga ada aset hartanah mewah di kawasan elit itu.
Segalanya ikut rancangan, malah patuh syariah, bersih urus tadbir korporat dan tiada konflik kepentingan, malangnya tanah ‘bernilai emas’ itu terpaksa dijual semula kepada pihak ketiga dengan untung cuma RM5 juta.
Sebenarnya itulah harga terpaksa dibayar hanya kerana ada pihak bodoh pelaburan hartanah tiba-tiba jadi pakar dan hasut masyarakat Melayu membantah usaha subsidiari Tabung Haji beli tanah demi kepentingan umat Islam.
Jika di Palestin, mufti Al-Aqsa terpaksa fatwa wajib orang kaya Islam beli hartanah di bumi tandus itu walaupun daripada Yahudi atas faktor strategik, di Malaysia pula terbalik: tanah digadai kerana mainan persepsi politik.
Dek kerana mahu rakyat termakan dakyah kononnya firma pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai teruk bermasalah, apa saja isu ada kaitan dieksploitasi agar rakyat ‘benci’ dengar nama 1MDB.
Hari ini, satu lagi berita mengenai TRX dilaporkan apabila pemaju induknya, 1MDB Real Estate mengumumkan kejayaan menjual sebidang tanah di kawasan itu kepada pemaju hartanah terkenal dari Indonesia, Mulia Group.
Bagi yang belajar strategi perniagaan dan kenal syarikat tersebut, berita ini sebenarnya ibarat kisah malang Pak Pandir menang sorak tetapi kampung pula tergadai.
Bahkan bagi yang hafal lagu patriotik Warisan karya Tan Sri Nordin Kardi, bekas ketua pengarah Biro Tata Negara; berita itu menyerupai bait: Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesamalah kita.
Berbalik kepada cerita Mulia Group, syarikat itu cukup disegani di Indonesia dengan projek hartanah berprestij termasuk kompleks beli-belah terbesar di rantau Asia tenggara, Taman Anggrek Mall di Jakarta Barat.
Jangan lupa Mulia Group dikagumi dengan tujuh menara pejabat ikon di ibu kota Indonesia itu antaranya Wisma Mulia, bangunan pertama di Asia dan kedua di dunia menerima anugerah berlian 5 bintang bertaraf antarabangsa.
Ironi, pemilik syarikat yang ditubuhkan sejak 1970 itu bukanlah Muslim, Eka Tjandranegara atau nama Cinanya, Tjan Kok Hui dan termasuk dalam senarai orang terkaya di Indonesia, yang pastinya dikuasai bukan Muslim.
Bersama tiga saudara; Tjandra Kusuma (Tjan Boen Hwa), Gunawan Tjandra (Tjan Kok Kwang) dan Djoko Tjandra (Tjan Kok Hwa), Mulia Group pada asalnya perusahaan pembuatan seramik, logam dan kaca lebih 40 tahun lalu.
Wisma Mulia 1 dan 2 di Jakarta, Indonesia. Ia kemudian berkembang pesat sehingga mampu dieksport ke 50 negara sebelum menyertai Bursa Efek Indonesia pada awal 1994 dan akhirnya terlibat aktif dalam projek pembangunan hartanah termasuk pejabat dan hotel.
Hari ini, Mulia Group berjaya melebarkan sayap di Malaysia, projek hartanah yang pertama di luar negara ketika umat Islam di negara ini pula lebih sibuk ‘bising’ isu pembelian tanah kontroversi TRX oleh TH Properties Sdn. Bhd.
Sekali lagi, di manakah maruah orang Islam di Malaysia yang lebih rela membiarkan orang asing berebut-rebut beli tanah ‘emas’ di ibu kota Kuala Lumpur sedang kita gigit jari melihat hasil mengalir ke tangan yang lain.
Cadangan pembinaan projek terbaru Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) iaitu LRT3 sudah memasuki fasa berikutnya untuk tontonan dan respon umum. Sesi pemeriksaan awam akan diadakan di 7 buah lokasi terpilih selama tempoh 3 bulan bermula 15 Mei 2015.
Pada sesi tersebut, cadangan laluan jajaran sepanjang 36 kilometer (km) bersama 25 buah stesen akan dipamerkan dan pelbagai perkara akan dipaparkan untuk makluman umum. Ia termasuklah dengan butiran projek, rancangan pengambilan tanah dan ciri² stesen bagi LRT3 ini.
Pengarah Urusan Prasarana, Azmi Abdul Aziz berkata pemeriksaan awam itu akan diadakan di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di KL Sentral di sini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam dan Majlis Perbandaran Klang, Klang. "Pemeriksaan juga akan diadakan di tiga stesen LRT iaitu Kelana Jaya, Masjid Jamek dan Pasar Seni," katanya.
Menurut beliau, orang ramai boleh mengambil peluang itu untuk meninjau projek berkenaan dan memberi maklum balas tentang LRT3 dengan mengisi borang yang disediakan di lokasi pemeriksaan. Beliau juga berkata input daripada orang ramai sangat penting dan akan dianalisis oleh Prasarana sebelum ia memuktamadkan cadangan berkenaan serta mengemukakannya kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk dibuat penilaian dan pertimbangan.
Cadangan projek LRT3 berharga RM9 bilion ini akan menghubungkan Koridor Barat Lembah Klang dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur dan digabungkan dengan pengangkutan sedia ada dan akan datang. Orang ramai juga boleh mengunjungi laman web untuk meninjau cadangan jajaran dan mencari maklumat berkenaan projek mega kerajaan ini di www.lrt3.com.my bermula 15 Mei ini.
Konsep simpanan di TABUNG HAJI adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah. Ia merupakan kontrak simpanan yang dibuat di antara pemilik (pendeposit) barang (wang) di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TABUNG HAJI sebagai penjaga (custodian) bersetuju untuk menjaga wang tersebut.
Sebagaimana yang telah termeterai di dalam aqad di antara pendeposit dan TABUNG HAJI, pendeposit telah memberi keizinan kepada TABUNG HAJI untuk menguruskan wang mereka bagi apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Syariah.
Sebagai kesan daripada kebenaran yang diberikan, TABUNG HAJI akan menjamin nilai pokok wang yang diletakkan di bawah jagaannya.
Lembaga Tabung Haji (TH) perlu membuat pelaburan supaya hasilnya boleh menampung kos haji yang meningkat setiap tahun.
Contohnya kos mengerjakan haji pada tahun ini ialah sebanyak RM17,270 seorang tetapi TH hanya mengenakan bayaran sebanyak RM9,980 sahaja.
"Perbezaannya adalah RM7,290 dan TH memerlukan peruntukan minimum sebanyak RM120 juta untuk disubsidi kepada jemaah haji.
"Bagaimana TH mampu memberi subsidi jika TH tidak melabur, andai kata TH menaikkan RM3,000 lagi mesti orang marah," kata Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada sidang akhbar bagi menjelaskan pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad.
Tanah yang dibeli oleh TH pada harga RM188.5 juta itu dirancang untuk dibangunkan kediaman.
Tambahnya, pasaran nilai bagi harga kelapa sawit dan getah jatuh dan hartanah merupakan antara aset yang memberi pulangan baik, justeru tidak salah jika hartanah menjadi tumpuan pelaburan TH.
Beliau mengaku terkilan kerana isu pembelian tanah itu diperbesar-besaran sehingga kebaikan dan sumbangan TH selama ini tidak dihargai.
Katanya, TH sentiasa memperbaiki pengagihan dividen daripada 4.7 peratus dinaikan kepada 5 peratus, 5.5 peratus dan pada tahun kewangan 2013 dan 2014, pendeposit masing-masing menerima agihan sebanyak 8 peratus dan 8.25 peratus.
Untuk membayar agihan kepada 8 juta pendeposit, TH perlu mencatatkan keuntungan sebnayak RM3.248 bilion.
"Bayangkanlah kalau TH tidak berniaga macam mana kami mahu bayar agihan dan menampung kos haji?," tambahnya.
Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.
Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.
Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?
THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.
Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?
Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.
Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?
Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.
Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.
Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.
Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.
Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?
Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.
Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli.
Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.
Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.
Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka.
ADA YANG BAKAL DISAMAN SELEPAS INI...Sebelum proses menyaman satu laporan Polis bakal dibuat oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Nasiblah sesiapa yang membuat tomahan tersebut.
Penjelasan Tabung Haji Mengenai Pelaburannya Dalam Pembangunan Tun Razak Exchange (TRX)
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (“hartanah”) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).
Langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.
Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional. Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.
Walau bagaimanapun, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.
TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik
YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meluluskan semua permohonan kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik di negeri ini sekiranya ikhlas untuk membantu rakyat.
Abdul Rahman berkata kerajaan negeri pimpinan DAP tidak akan rugi satu sen pun sekiranya meluluskan permohonan itu.
Menurutnya, kerajaan negeri seharusnya memberi ruang seluas-luasnya untuk membina rumah mampu milik, sebagaimana yang diberikan kepada pemaju-pemaju di negeri ini.
"Saya minta Lim luluskan semua projek pembinaan rumah mampu milik oleh kerajaan pusat esok sekiranya beliau jujur ingin membantu rakyat Pulau Pinang untuk memiliki rumah," katanya.
Tambahnya, kerajaan pusat melalui agensi-agensinya seperti JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) membuat banyak permohonan itu sejak tiga bulan lepas namun sehingga sekarang pihak kerajaan negeri masih enggan meluluskannya atas alasan tidak mematuhi syarat.
Abdul Rahman berkata, hasil kajian yang dibuat kerajaan mendapati 30,000 penduduk Pulau Pinang sedang menunggu rumah mampu milik yang bukan hanya rumah kos rendah, tetapi termasuk rumah kos sederhana rendah dan kos sederhana.
"Walaupun BN tidak memerintah Pulau Pinang, kami ikhlas untuk membantu penduduk Pulau Pinang tetapi kuasa untuk meluluskannya di tangan kerajaan negeri," katanya.
Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata Lim ini terlalu sibuk berpolitik sehingga mengabaikan isu perumahan penduduk Pulau Pinang.
Beliau berkata, pengundi Permatang Pauh seharusnya mengambil peluang Pilihan Raya Kecil (PRK) ini untuk memberikan Pakatan Pembangkang ini satu tamparan politik kerana gagal dalam menyelesaikan masalah rakyat.
"Saya berharap penduduk Permatang Pauh ini harus bangun dan bertindak terhadap permainan politik pembangkang dengan mengundi BN kerana hanya kerajaan BN yang betul-betul ikhlas dalam membantu untuk menyelesaikan masalah mereka," katanya.
Doktor tersilap potong kaki pesakit
-
Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati
pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada
pembedahan, ...
BAKSO JAWA MALAYSIA
-
Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes
kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'.
...
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh
-
The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac.
Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking
the 15th...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com