Monday, August 31

PENGORBANAN DEMI MALAYSIA TERCINTA #MakkahMetro @NajibRazak @azmiaziz60 @MyRapidKL


Mereka mungkin berada di perantauan dan berkhidmat beribu-ribu batu daripada tanah air. Namun, hati dan semangat mereka tetap kepada tanahair khususnya di ambang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 58 hari ini.

Berkhidmat di Mekah untuk operasi perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro, mereka memulakan latihan simulasi 24 jam bagi memastikan para jemaah haji dari seluruh dunia menikmati perjalanan yang selesa dan mudah ketika menunaikan haji nanti.

“Kami di sini bukan sahaja untuk Prasarana, tetapi untuk Malaysia dan saudara-saudara Islam kami di seluruh dunia. Untuk Malaysia yang bakal meraikan Hari Kemerdekaan ke 58, kami mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan.

“Komitmen kami di sini kepada negara adalah untuk menghasilkan tugas yang sebaik mungkin demimemertabatkan nama Malaysia di pentas antarabangsa,” kata Muhammad Fardzreen Abdul Razak, yang ditugaskan di Mekah sejak Mei lepas.

Bertugas sebagai eksekutif bahagian kesihatan dan keselamatan pekerja, Fardzreen, berkata bekerja di perantauan di Tanah Suci Mekah tentunya mengharungi cabaran khususnya dari aspek cuaca dan senarai tugas yang perlu dilaksanakan dalam masa singkat.

“Saya antara anggota kumpulan yang awal datang ke sini. Di kalangan kami, ada yang terlibat secara langsung dalam proses penerimaan segala aset berkaitan dengan operasi tren daripada pengendali terdahulu. Semua barang dan aset perlu diperiksa dan didokumenkan sebelum urusan seterusnya boleh dijalankan.

“Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan kerjasama erat semua rakan-rakan di sini serta doa rakan-rakan kami di Malaysia, segala persiapan berjalan lancar dan kini, kita sudah sampai ke fasa latihan terakhir iaitu latihan simulasi 24 jam yang bermula hari ini,” tambah Fardzreen, yang berasal dari Ulu Klang, Kuala Lumpur.

Seperti rakannya Muhammad Fardzreen, Encik Hamdan Mat Isa daripada Bahagian Operasi Tren (Train Operations) turut melahirkan rasa syukur kerana mendapat peluang bertugas di Tanah Suci Mekah Mukarammah.

“Ini bukan saja peluang untuk menambah pendapatan syarikat tetapi, turut menaikkan imej Malaysia di persada dunia kerana mereka yang menunaikan fardhu haji nanti tidak melihat kita sebagai staff Prasarana tetapi duta Malaysia,” katanya.

Noor Hafiezie Adli Noorjali dari Bahagian Tren (Rolling Stock) menganggap peluang bertugas di Makkah Metro memberi peluang kepada staf Prasarana mempamerkan kepada dunia untuk memperkasakan budaya tinggi Malaysia yang berbudi bahasa dan bertoleransi tinggi.

Pegawai keselamatan, Muhammad Izhar Ratiban, 27, pula melihat projek mengendali dan menyelenggara perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro menjadi platform kepada rakyat Malaysia mempamerkan kebolehan mereka mengendalikan operasi tren yang paling mencabar di dunia.

Dibina oleh China Railway Construction Consortium (CRCC) pada 2009, projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro mula beroperasi sepenuhnya pada 2010 dengan dikendalikan oleh syarikat dari negara China itu sehingga tahun lepas sebelum kontrak operasi dan penyelenggaraan dianugerahkan kepada Prasarana pada Mei lepas.

Seramai 300 staf dan kakitangan Prasarana ditempatkan sementara di Tanah Suci Mekah bagi mengendalikan projek ini disokong oleh kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Express Rail Link (ERL).


Beroperasi hanya tujuh hari setahun pada musim haji, perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro menghubungkan Jamarat, Mina, Mudzalifah dan Arafah, yang merupakan lokasi-lokasi wajib dalam menyempurnakan urusan haji.

Mengulas persiapan menjelang operasi sebenar bermula 7 Zulhijjah nanti, Pengarah Projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro, Haji Khairani Mohamed memuji dedikasi dan komitmen staf dan kakitangan yang bertugas di Mekah.

“Cabaran terbesar yang kami hadapi adalah tempoh masa yang singkat daripada masa penyerahan aset kepada hari operasi. Namun, mereka di sini telah bekerja keras untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk sampai ke peringkat ini.

“Hari ini bermula latihan simulasi 24 jam terus menerus sehingga bermula hari operasi. Kita sudahpun selesai fasa menguji tren dan juga sesi operasi ujian atau ‘trial ops’. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik.

“Berdasarkan apa yang saya lihat daripada kesungguhan dan dedikasi staf-staf saya di sini, saya yakin latihan simulasi 24 ini juga akan berjalan dengan baik seperti direncanakan. Kami sudah bersedia untuk memastikan perkhidmatan yang sebaik mungkin demi menaikkan mertabat Malaysia.

“Kejayaan projek ini adalah penting untuk keselesaan jemaah haji dari seluruh dunia dan juga Malaysia bagi membuka pintu kepada peluang-peluang perniagaan baru kepada syarikat-syarikat tanahair. Sukses projek ini adalah lambang semangat patriotik kami di Prasarana,” tambah Khairani, yang pernah bertugas sebagai jurutera Tentera Udara Diraja Malaysia.

Sunday, August 30

APA DAH JADI, TUN MAHATDIR SERTA SIFAT MUNAFIKNYA


'Matlamat menghalalkan cara" itu yang bermain difikiran MKP apabila melihat Tun Mahadir turun di perhimpunan Bersih4 kali ini. Tindakan seorang Negarawan yang dulunya melawan habis-habisan politik demo jalanan (Refomasi 1998) kini seperti menjilat ludahnya kembali. Itupun pembaca masih ingat ketika Tun Mahadir masih lagi berkuasa. Beliau amat benci pada refomasi yang dicetuskan Anwar pada tahun 1998. Siapa Perdana Menteri ketika itu.Sehinggakan Tun pernah digelar MahaZalim.


Komen dari Bangsat DAP Tian Chua ini mungkin boleh mengingatkan Tun Mahadir bahawa DAP memang berdendam pada Tun. Kalaulah diukur hidung Tun memanglah mancung akan tetapi DAP tidak akan menerima Tun, Mereka mempunyai agenda tersendiri. Menjatuhkan kerajaan yang sedia ada walau apa cara sekali pun. 

Sudah terang lagi bersuluh agenda perhimpunan haram Bersih siri ke-4 ini jelas didalangi ideologi pihak pembangkang dan sekutunya untuk menjatuhkan serta menggulingkan pihak kerajaan sekarang.

Walaupun dibantah, perhimpunan jalanan tersebut masih mendapat perhatian masyarakat sehingga ada yang mendakwa seramai lebih 60 ribu orang konon telah membanjiri ibu kota bagi merealisasikan acara berkenaan.

Ini adalah himpunan kali keempat sejak yang pertama diadakan tahun 2007.Himpunan sebelum ini pun boleh dikatakan seperti murai tercabut ekor.

Bunyi saja bising, riuh sekampung, tetapi manfaatnya tidak ada.

Sungguhpun empat kali mereka turun di jalanan, memenuhi setiap ruang kawasan strategik di ibu kota menunjuk perasaan dan menyatakan rasa ketidakpuasan hati terhadap pemimpin, namun kerajaan BN masih kekal berkuasa sehingga hari ini.

Kalau begitu rumusan kepada himpunan Bersih 1 (November 2007), Bersih 2.0 (Julai 2011), Bersih 3.0 (April 2012) dan terbaru, Bersih 4.0 (Ogos 2015) boleh dianggap gagal sepenuhnya.

Kegagalan mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan menerusi demonstrasi jalanan ini menyebabkan pembangkang hilang akal.

Segala strategi yang diatur menemui jalan buntu.

Disebabkan tiada pilihan, melainkan demonstrasi jalanan antara kaedah terbaik bagi melemahkan pentadbiran kerajaan BN, maka himpunan demi himpunan diadakan.

Soal sumber kewangan tidak penting kerana mereka mendapat sokongan pelbagai pihak dari luar negara yang akan menyalurkan berapa banyak kos diperlukan.

Asalkan kerajaan Malaysia jatuh, banyak mana wang dikeluarkan pun tidak menjadi perkiraan.

Jika tiga perhimpunan ‘besar-besaran’ sebelum ini gagal, yang menyaksikan tidak sedikit peserta Bersih dan anggota polis mengalami kecederaan, tidak mustahil tragedi sama berulang lagi dalam demonstrasi hari ini.

Pembangkang melaungkan demokrasi dan sistem pemerintahan yang adil, tetapi mereka sendiri tidak tahu bagaimana demokrasi itu harus diterjemahkan.

Mereka hanya sekadar menjadi Ahli Parlimen yang masuk ke Parlimen untuk elaun.

Mereka tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang ada di Parlimen untuk mengemukakan cadangan bagaimana kerajaan BN harus berlaku adil atau mentadbir dengan baik.

Pembangkang hari ini hanya pentingkan diri sendiri.

Mereka menjadi wakil rakyat pembangkang bukan untuk menegur dan memperbetulkan pentadbiran pemerintah, sebaliknya mempunyai agenda lebih besar dari itu, iaitu menjadi kerajaan.

Yang teraniaya ialah rakyat. Mereka dijadikan alat dan dipergunakan sepenuhnya oleh pembangkang supaya turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan.

Bagi kebanyakan penuntut pengajian tinggi, jika waras mereka tidak akan sekali-kali turun ke jalan rayahari ini kerana bala menanti mereka.

Masa depan mereka gelap dalam sekelip mata sekiranya dikenakan tindakan disiplin oleh pihak universiti. Siapa yang rugi?

Pembangkang dan penganjur Bersih 4.0 tidak pernah rugi. Mereka tidak akan kehilangan kerjaya, tetapi penuntut pengajian tinggi yang dikenakan tindakan akan kehilangan segala-galanya.

Apabila Allah memberi akal untuk berfikir, gunakanlah akal itu sebaik mungkin dengan memikirkan bagaimana hendak membalas jasa kedua ibu bapa di kampung yang membanting tulang siang malam mencari duit untuk membesarkan mereka dan menghantar belajar ke menara gading.

Tidak ada ibu bapa mahu melihat anak-anak hidup di jalan yang salah. Harapan mereka amat besar sekali, iaitu mahu anak mereka berjaya. Berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Menyertai atau melibatkan diri dalam himpunan haram Bersih 4.0 bukan suatu tindakan yang berfaedah, sebaliknya mengundangkan kecelakaan yang lebih besar kemudian hari.

Mungkin mereka hilang kelayakan sebagai penuntut universiti dan mungkin juga mereka disisihkan masyarakat.

Ada cara untuk mendesak kerajaan BN supaya berlaku adil kepada rakyat.

Saturday, August 29

TERKINI #BERSIH4 SEKITAR SOGO, DATARAN MERDEKA DAN KL SENTRAL


Kumpulan berbaju kuning mula berkumpul di hadapan Menara Maybank, Pudu. 


Anggota Polis bersiap sedia dengan kehadiran Kumpulan berbaju kuning. Setakat ini keaddan di Dataran Merdeka masih tenang serta keadaan masih lagi terkawal. 


Keadaan di KL Sentral. Tak ramai yang ada disini adelah sekitar 50 orang yang memakai baju Kuning. Kebanyakkan mereka terdiri dari golongan cina DAP...

Bersih 4 adalah lanjutan daripada siri himpunan demonstrasi dengan kali terakhir para demonstran beraksi di jalanan adalah sekitar 4 tahun lalu berlabelkan Bersih 3.

Sejajar dengan pengumuman itu, pelbagai reaksi diterima daripada segenap lapisan masyarakat, baik daripada parti politik yang sedia memberi komitmen mengembleng ahli turun ke jalanan hinggalah kepada aktivis kaki demonstrasi sejak dahulu lagi. 

Ada yang awal-awal lagi lantang menolak, ada yang bereaksi tidak sabar mahu kembali beraksi dan ada yang masih ragu dan kabur.


Friday, August 28

ELOKLAH PEMUDA MCA MENJAHANAMKAN NEGARA......? @KhairyKJ @AzwanBro @ibdil


Apa dah jadi dengan kepimpinan pemuda sekarang. Persoalan ini bermain difikiran MKP ketika ini. Sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Saudara Khairy Jamaluddin harus memberikan kata dua pada Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon. Jika diikutkan semasa PRU lepas cina nie tak menang pun kerusi Parlimen, Namun atas kapisiti menjaga hati serta hariki didalam Barisan nasional, Kepimpinan Perdana Menteri lantik jugak Cina nie jadi Senator dan Timbalan Menteri Pendidikan.... Takkan dah tak kena budi.

Ketika parti komponen Barisan Nasional meminta ahli dan orang awam pelajar menjauhi perhimpunan Bersih 4.0 yang bermula esok, pergerakan Pemuda MCA pula bertindak sebaliknya dengan menjamin tidak akan mengambil tindakan terhadap ahlinya yang menyertai perhimpunan tersebut.

Malah Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon juga berpendapat universiti tidak sepatutnya mengambil tindakan terhadap pelajar mereka yang menyertai perhimpunan itu atas kapasiti individu negara ini.
"Tidak akan mengambil tindakan terhadap ahli Pemuda MCA yang menyertai perhimpunan itu kerana penyertaan mereka berdasarkan kepada kapasiti rakyat negara ini," katanya yang juga Timbalan Menteri Pendidikan.

Tindakan Chong Sin Woon membenarkan ahlinya mengikuti demonstrasi Bersih 4 adalah tidak selari dengan keputusan BN yang melarang seluruh parti komponen dari mengikuti demonstrasi tersebut atas alasan bahawa penganjuran demo tersebut jelas didalangi oleh parti-parti pembangkang seperti Dap dan PKR serta cebisan anggota Pas yang kini sibuk mewujudkan GHB.

Ketua Pemuda MCA berada dalam 'state of confusion' apabila menyokong gerakerja pembangkang dan menidakkan keputusan 'collective' BN. Saya yakin, beliau juga tidak merujuk perkara ini kepada Ketua Pemuda BN pusat iaitu YB Khairy Jamaluddin dalam mengeluarkan keputusan sebesar ini.

Kalau beliau boleh menyokong gerakerja pembangkang dan menidakkan keputusan parti, baik beliau ambil keputusan keluar dari komponen BN kerana jelas ia melanggari 'collective decision' parti yang membentuk kerajaan sedia ada iaitu BN.

MKP patut menggelar Timbalan Menteri ini sebagai kurang ajar, kerana jika gerakan Bersih 4 berjaya menggulingkan kerajaan BN yang dituduh kotor dalam pilihan raya umum serta seumpama dengannya, beliau boleh dianggap sebagai sebahagian dari komplot yang menumbangkan diri sendiri. Tidakkah bodoh bagi dirinya menjatuhkan kerajaan yang beliau sendiri kini menjawat jawatan dalam jemaah menteri sebagai timbalan menteri?

Kenyataan balas kepada Ketua Pemuda MCA Malaysia. 
1. Kalau tak mampu faham tugas dan peranan sebagai Timbalan Menteri, sila letak jawatan. 
2. Bersih 4 adalah agenda DAP dan Pembangkang, kalau nak se iya sekata dengan mereka, jangan jadi gunting dalam lipatan. 
3. Tugas Polis menjaga rakyat kebanyakan. Bukan duit rakyat untuk membayar overtime Polis kerana mahu menjaga Bersih yang membazirkan duit rakyat. 
4. Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon sepatutnya lebih sensitif dan bukan bertindak melulu tanpa menggunakan pemikiran yang matang. 
MOHD RAZLAN RAFII
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
28 Ogos 2015

Thursday, August 27

#RapidKL Mulakan Latihan Simulasi 24 Jam #MakkahMetro @azmiaziz60 @NajibRazak @myrapidkl


Prasarana Malaysia Berhad, yang akan mengendalikan perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro untuk operasi haji di Tanah Suci Mekah tahun ini, akan mengadakan latihan simulasi operasi 24 jam bermula Ahad (30 Ogos) ini.

Latihan simulasi 24 jam itu akan diadakan berterusan selama 15 hari sehingga 17 September kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu, yang mana akan digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan tren dan trek sepanjang 18.1km itu.


“Dalam melaksanakan latihan simulasi ini, pihak kami akan turut menjalankan satu sesi pelan tindakan kecemasan atau ‘Emergency Response Plan’ bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan kami,” kata Pengarah Operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro, Haji Muhamad Burhanordin Ismail.

 Katanya, demi kepentingan para jemaah, perkhidmatan yang dikendalikan perlu di tahap yang terbaik kerana masa adalah sesuatu yang amat penting dalam urusan haji. “Segalanya perlu dilakukan pada waktu tertentu yang telah ditetapkan dalam rukun dan wajib Haji.

Kerana itu, pihak kami perlu memastikan setiap butiran diberi perhatian bagi memastikan perkhidmatan yang licin dan sempurna. Insya Allah,” kata Haji Burhanordin dalam satu kenyataan hari ini. Para petugas yang akan terlibat dalam latihan simulasi berkenaan termasuk pengurus dan staf stesen, pemandu dan atendan tren serta para petugas mengawal pergerakan penumpang atau ‘crowd control’. 

Operasi Al Mashaeer Al Mugaddassah ini diterajui oleh staf Prasarana dengan disokong oleh kakitangan Express Rail Link (ERL) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). “Kami sebenarnya telah mula menjalankan kerja-kerja menguji tren sejak 13 Jun lepas. 

Walaupun menghadapi beberapa cabaran, segala kerja-kerja ujian dan penyelenggaraan telah berjalan dengan baik. “Bermula 17 Ogos lepas pula, kami menjalankan pula ‘operasi ujian’ atau ‘trial ops’ mengikut jadual-jadual dan situasi-situasi tertentu. Dan, sekarang, pada 30 Ogos ini, kita mulakan latihan simulasi 24 jam sebagai satu lagi fasa persiapan kami,” tambah Haji Burhanordin. Katanya, operasi sebenar, yang akan melibatkan ratusan ribu penumpang sehari, akan bermula pada 7 Zulhijjah ini dan berakhir pada 13 Zulhijjah. 


Beroperasi hanya tujuh hari setahun, perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah adalah unik kerana perkhidmatannya adalah berdasarkan kepada pergerakan jemaah Haji, yang perlu berhimpun di kawasan Arafah pada tanggal 9 Zulhijjah. 

Daripada Arafah, para jemaah akan ke Mudzalifah pada keesokan dari untuk bermalam di sana sambil mengutip batu bagi melaksanakan ibadat melontar, yang dilaksanakan di Jamarat pada 10 Zulhijjah dan pada tiga hari berikutnya. 

Dengan jarak keseluruhan 18.1km dengan sembilan stesen, laluan Al Mashaaer Al Mugadassah menghubungkan kita kawasan penting untuk urusan haji – Arafah, Muzdalifah dan Mina. 


Stesen-stesennya adalah Arafah 1, Arafah 2, Arafah 3, Mudzalifah 1, Mudzalifah 2, Mudzalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Jamarat. Pergerakan tren dikawal selia oleh para petugas di Bilik Kawalan Operasi, yang terletak di kawasan fasiliti Depoh di Arafah. 

Ia dilengkapi dengan bengkel penyelenggaraan, bengkel penyelenggaraan kerja-kerja berat, gudang penyimpanan barangan dan alat ganti, stesen janakuasa elektrik dan bangunan pentadbiran.

GENG BAJU MERAH BAKAL MENGHURU-HARAKAN KUALA LUMPUR


Hari ini ramai yang menyebarkan gambar seksi peserta bersih4.0 ala-ala seksi giler. aksi umpama baju tak cukup kain sebegini mendapat liputan meluas dikalangan netizen. Secara kebetulan ianya mengundang promosi secara percuma kepada himpunan haram yang dianjurkan Cauvanis DAP.

Permainan licik sebegini mengundang anak muda yang kurang kasih sayang turun berdemo. Yang MKP kesalkan ada pulak dikalangan Pro Kerajaan turun sama memberikan promosi percuma tersebut.

Berikutan demonstrasi aksi seni bela diri yang dilakukan kumpulan anti-Bersih di perkarangan pusat beli-belah Sogo semalam, ada sebahagian netizen mengutuk tindakan tersebut kerana ia dilihat satu provokasi kepada perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang diadakan hujung minggu ini.

Namun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menyifatkan situasi berkenaan sebagai reaksi kepada keputusan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil pimpinan Maria Chin Abdullah yang masih berkeras untuk mengadakan protes walaupun telah diharamkan pihak berkuasa.

Melalui laman blognya ahmadmaslan.my beliau berkata, “Setiap aksi akan berlaku reaksi. Hasrat pelanggaran peraturan anda telah mengundang gerakan anti Bersih.

“Mereka kata jika anda batalkan protes jalanan, maka NGO-NGO yang berbaju merah itu akan membatalkan hasrat mereka.”
Hasil tulisan Ahmad Maslan di laman blog peribadinyaHasil tulisan Ahmad Maslan di laman blog peribadinya.

anti-bersih
Selain itu, Ahli Parlimen Pontian tersebut turut mengingatkan pihak berkuasa agar mencegah sesuatu perkara sebelum ia memberi kesan yang buruk.

“Hairan… Mengapa anda menamakan diri sebagai Bersih? Walhal ia dipenuhi dengan kaedah yang kotor. Sekali lagi kami ingin bertanya, jika Bersih itu bersih mengapa anda tidak mengikut peraturan negara ini?,” soal Ahmad lanjut.

Melalui video dan foto yang menjadi viral kini, kumpulan baju merah yang menggelar diri mereka anti-Bersih berkumpul sambil melakukan pelbagai aksi lasak seperti memukul kepala dan badan dengan kayu sehingga patah serta memecah atap genting menggunakan kepala.

Wednesday, August 26

DOSA-DOSA TUN MAHADIR.....?


Ekonomi sedang runtuh. KDNK telah turun hingga ke paras 7.4%.

Kontrak sektor pembinaan hanya 23.5%, pembuatan menguncup 9%, dan pertanian sebanyak 5.9% pada tahun tersebut.

Matawang turun dengan begitu teruk, hampir 50% dari RM2.50 kepada RM4.84 berbanding dolar US.

Kadar faedah bank naik sehingga 18%. Kereta yang ditarik oleh bank mencecah paras tertinggi. Tiada orang yang membeli kereta - malah kereta yang ditarik dan pengedar kereta pun menutup perniagaan.

Pasaran saham menjunam 75% ke bawah 270 mata, berdozen-dozen syarikat senaraian awam - termasuklah syarikat kroni Renong, UEM, Taiping Consolidated - dan beribu perniagaan lain berada di ambang muflis dan gulung tikar.

Dan anda perlu mewujudkan Danaharta untuk menyelamatkan mereka.

Malah, anda terpaksa menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat anak anda - konflik kepentingan besar-besaran yang anda tidak pernah peduli untuk mempertahankannya.

Bank tidak lagi boleh meminjamkan wang atau memanjangkan tempoh bayaran semula - menyebabkan syarikat sesak dan terpaksa ditutup.

Malah bank sendiri berhadapan masalah dan muflis.

Dan anda perlu mewujudkan Danamodal untuk menyelamatkan mereka.

Simpanan matawang asing hanya pada paras RM20 bilion dan hanya boleh membiayai 2.7 kali import - satu paras di bawah standard antarabangsa.

Kerajaan hampir muflis dengan hutang kepada KDNK melonjak melepasi 100%. Menteri-menteri dan pegawai tinggi kerajaan terpaksa menerima potongan gaji 10%.

Anda secara terbuka meminta bantuan Singapura untuk meminjam wang tetapi hanya memperolehi ‘maaf’ sebagai balasan.

Anda baru sahaja pecat Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, menahan Ketua Pemuda UMNO anda dan berdozen-dozen lagi di bawah ISA.

UMNO berpecah - dengan ramai melaungkan anda merupakan bebanan kepada parti dan BN akan kalah dalam pilihanraya umum seterusnya.

Beratus ribu orang berhimpun di jalanan mendesak anda meletakkan jawatan.

Timbalan Presiden US secara terbuka memuji orang yang berhimpun dan memanggil mereka ‘Rakyat Malaysia Yang Berani’ yang menuntut demokrasi.

Ratu Elizabeth II, yang tiba untuk merasmikan penutupan Sukan Komanwel. Di kerusi tempat duduk stadium, orang yang berhimpun protes memegang slogan besar untuk anda baca bertulis ‘Thanks For The Great Moments’.

Ada satu ketika, peserta protes mengejar konvoi Ratu England tersebut dan Ratu England melambai tangan dari tingkap kereta.

Wan Azizah berkata, "Saya berasa sangat sedih sebab Dr Mahathir merupakan pemimpin yang ulung, tetapi sekarang beliau telah menjadi orang politik yang terdesak yang sanggunp menindas rakyatnya untuk kekal berkuasa".

Itu yang berlaku pada tahun 1998.

Adakah anda meletak jawatan?

Tidak, anda tidak berbuat demikian.

Anda kekal sebagai PM yang bertanggungjawab dan presiden parti untuk memperbaiki apa yang anda boleh untuk yang terbaik daripada kemampuan anda.

Anda tidak melarikan diri pada masa itu maka begitu juga anda tidak patut menafikan PM lain dari menjalankan tanggungjawabnya sekarang juga.

Masalah pada 1998 dihadapi oleh beberapa negara. Sekarang, ekonomi kita lebih kuat dan masalah yang dihadapi adalah global. Mata wang Rusia, Norway, Denmark, Turki, New Zealand, Australia dan banyak lagi yang lain telah jatuh lebih kurang sama atau lebih teruk daripada Ringgit Malaysia.

Biar PM Najib tangani cabaran ini tanpa lencongan dan gangguan.

Jika anda tidak boleh membantu atau tidak sanggup, jangan menjadikannya lebih buruk.

Oleh Lim Sian See

Tuesday, August 25

ANAK MELAYU DIPERKUDAKAN #BERSIH4.0


ANAK MELAYU yang beriya-iya mahu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada melalui demotrasi jalanan. Korang sebelum nak Ubah sesuatu lebih baik ubah diri sendiri menjadi yang lebih baik. bukan seperti yang tertera seperti gambar diatas. Bukan sahaja memalukan kaum akan tetapi menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai melayu mempunyai adat resam serta berbudi bahasa. Kerajaan yang ada hanya dapat dijatuhkan hanya dengan Majoriti UNDI semasa pilihanraya UMUM.


Yang paling lucu adalah Kereta tiada harga.......? Hakikat yang perlu RARA tahu adalah masih lagi ada pengusaha menjual kereta terpakai. Jika kereta tiada harga sudah tentu kedai menjual kereta terpakai telah menutup operasi mereka. MKP lihat dengan mata dan kepala sendiri masih lagi berderet kedai menjual kereta terpakai di Kajang atau pun tempat lain.... 

Pasaran kediaman di Malaysia berada di tahap 'sangat tidak mampu dimiliki', mengikut ukuran piawaian antarabangsa.

Median harga rumah di Malaysia berada pada tahap 4.4 kali median pendapatan isi rumah tahunan berbanding pasaran tahap mampu milik tiga kali ganda median pendapatan isi rumah tahunan mengikut piawaian antarabangsa.

Median pendapatan bulanan rakyat Malaysia ialah RM4,585.

Laporan Pasaran Kediaman Mampu Milik oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berkata, kenaikan empat kali itu berlaku secara konsisten daripada tahun 2002 hingga 2014.

Menurut laporan itu, daripada peniaian pelbagai median dan nisbah kejatuhan pasaran penembusan mendapat masalah kediaman tidak mampu milik berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia.

Keadaan itu merupakan tanda amaran bahawa kediaman mampu milik terutama bagi isi rumah berpendapatan rendah akan lebih buruk jika dibiar atau tidak dikawal.

Kajian yang mengambil masa dua tahun itu memberi tumpuan kepada pasaran kediaman di Kuala Lumpur, Pulau Pinang Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Daripada hasil kajian itu mendapati pasaran kediaman di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berada dalam kategori 'teramat tidak mampu dimiliki' masing-masing dengan median 5.4 dan 5.2.

Salah satu puncanya ialah bekalan kediaman tidak responsif kepada kecekapan permintaan.

"Daripada hartanah-hartanah baru yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada tahun 2014, tidak ada braket harga hartanah di bawah RM250,000 - RM1 juta, sebaliknya harga yang ditawarkan adalah RM500,000 hingga RM1 juta.

"Mengambil tahap tiga kali median pelbagai hartanah di Kuala Lumpur, harga yang ditawarkan adalah dari RM274,320.

" Median lebih rendah bagi pasaran hartanah di Pulau Pinang dengan bracket harga RM50,000 hingga RM100,000 tetapi disebabkan pendapatan isi rumah negeri itu lebih rendah maka pelancaran hartanah di bawah tahap tiga kali median

dan pembinaan kediaman mewah yang lebih banyak menyebabkan pasaran hartanah di negeri itu menjadi 'teramat tidak mampu dimiliki," menurut laporan tersebut.

Pasaran hartanah di Johor pula lebih responsif berbanding Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tetapi masih tidak seimbang dengan pelancaran kediaman melebihi tiga kali median pelbagai harga.

Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula didapati menawarkan bracket harga kediaman pelbagai dengan pelancaran hartanah baru pada atau di bawah tahap tiga kali median.

Menurut laporan itu, secara purata sebanyak 60,000 buah kediaman telah dilancarkan sejak lima tahun lalu.

Berdasarkan laporan itu, kawasan bandar menghadapi cabaran lebih besar, di mana pemilikan perumahan sekitar 69.1 peratus.

Di Kuala Lumpur, kadar pemilikan kediaman adalah 53.5 peratus berdasarkan bancian populasi dan perumahan tahun 2010.

Sementara itu, kadar pemilikan kediaman di Malaysia pada 2011 adalah 72.5 peratus - satu kadar yang tinggi berbanding pemilikan diaman di negara-negara maju seperti Australia (68.1 peratus), United Kingdom (67.4 peratus) dan Amerika Syarikat (66.5 peratus).

Laporan Pasaran Perumahan Mampu Milik itu juga mendapati secara umumnya kenaikan harga rumah disebabkan faktor peningkatan hartanah.

Pemaju perumahan sanggup membayar kos hartanah yang tinggi berdasarkan kenaikan harga pasaran perumahan.

Kos pembinaan bukan punca kenaikan harga rumah kerana kos pembinaan menurun di Malaysia.

Monday, August 24

PERDANA MENTERI PERLI SIAPA DI KEDAH..........?


Entah kenapa sejak kebelakangan ini Perdana Menteri asyik menyebut " Jangan Korek Kapal" kemungkinan ianya ditujukan kepada seseorang. MKP bukan hendak menjadi kayu untuk membakar akan tetapi sudah tiba masanya pemimpin UMNO berbincang semeja untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul. Perdana Menteri mengalukan perjumpaan tertutup dengan mana-mana pemimpin jika mahu penjelasan.....


Nak dengar semua kisah pasal dana politik parti..no problem.Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kata beliau sedia bagi penerangan terperinci.Syaratnya ia mesti dilakukan secara tertutup.

Katanya tindakan membincangkan isu berkenaan dana parti secara terbuka dibimbangi akan hanya merosakkan UMNO, malah parti pembangkang juga tidak mendedahkan sumber dana parti mereka.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Alor Star,Ahad.Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Di dalam usaha mencari dana bagi UMNO, Najib berkata prinsip-prinsip penting yang perlu dipatuhi seperti 'jangan mencuri duit orang, tidak menyalahi undang-undang dan dana itu tidak digunakan untuk membeli undi'.


Beliau berkata Dr Mahathir juga mengakui parti politik memerlukan duit.

"Ini (dana politik) diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir sendiri di dalam buku Transparency International, di mana dia (Tun Dr Mahathir) sebut ' every political party needs money' (setiap parti politik memerlukan duit)," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, beliau juga mempunyai prinsip menyokong ketua, sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO kepada Abdullah.

Katanya semasa menjadi timbalan kepada Abdullah, beliau tidak pernah menyoal Presiden UMNO itu tentang dana yang diperolehinya untuk perjalanan UMNO.

"Waktu saya jadi timbalan, saya tidak soal Pak Lah (Abdullah) daripada mana dapat dana, saya tidak soal. Saya tanya pada Pak Lah, You (Pak Lah) tanya tak pada Tun Mahathir (ketika Abdullah menjadi timbalan kepada Dr Mahathir) dan dia kata tidak.

"Asalkan dua perkara, jangan curi duit orang dan menyalahi undang-undang, yang lain itu terpulanglah kepada presiden parti," katanya.

Perdana Menteri juga kata beliau tidak akan mengungkit "peristiwa" lama yang pernah berlaku di dalam UMNO kerana berpegang teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama dan disebabkan perasaan sayangkan parti.

Menurutnya ini disebabkan sayang dan kasih kepada parti, beliau tidak akan berbuat perkara sedemikian yang pada akhirnya tidak akan memberi sebarang faedah kepada parti.

"Dalam sejarah UMNO banyak peristiwanya, tetapi saya tidak akan ceritakannya pasal saya berpegang kepada prinsip 'collective responsibility' (tanggungjawab bersama). Ini tanggungjawab kita semua, takkan saya hendak menceritakan kerugian-kerugian dulu, kesalahan dulu.

"...ia diibaratkan 'tepuk dulang dan merecik ke muka kepala sendiri'. Saya tidak akan 'meludah ke langit' yang akan jatuh ke muka sendiri kerana saya kasih dan sayang kepada parti UMNO," katanya.

Menurut Perdana Menteri, apa yang beliau lakukan dan amalkan ketika ini sebagai Presiden UMNO tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin parti sebelum ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Apa yang saya buat ini pun tidak berbeza dengan amalan-amalan dahulu," katanya dan menambah beliau sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan UMNO terus berkhidmat kepada rakyat.

Sunday, August 23

WARKAH IKHLAS BUAT RAKYAT SELANGOR.......


Dalam kalangan rakan-rakan MKP ada penyokong daripada banyak parti politik baik UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain. Satu-satunya titik persamaan antara kesemua penyokong-penyokong pelbagai parti ini adalah bagaimana kita semua mahukan yang terbaik buat Malaysia, negara yang kita cintai. Walaupun caranya berbeza, matlamatnya tetap sama.

Sebagai negara berdemokrasi, parti-parti tersebut akan bersaing sesama sendiri dengan mempersembahkan ideologi dan dasar yang mereka fikirkan dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Rakyat pula akan memberi undi kepada parti yang paling serasi dengan mereka. Parti yang memiliki majoriti akan seterusnya membentuk kerajaan.

Walaupun begitu tidak semua negeri yang ada di Malaysia dapat dikuasai oleh Barisan Nasional. Selangor contohnya dikuasai oleh DAP dan PAS secara majoriti, PKR hanya menang beberapa kerusi , Akan tetapi bagi melantik seorang  Menteri Besar sudah pasti terpaksa mengikut Akta Tubuh Kerajaan Negeri. Jika mengikut Undang-Undang tubuh Negeri seseorang yang dilantik mestilah beragama Islam. Jika tidak sudah pasti DAP tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi Menteri Besar.

Maka dilantiklah Khalid Gagap sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat menang di Selangor pada PRU-13 yang lalu. Akan tetapi jangan disangka panas hingga ke petang, Hujan turun ditengahari. Khalid Gagap dapat menghidu serta menyelongkar tindak tanduk Anwar dan sekutunya DAP mahu merompak Rakyat Selangor. Maka timbulah syakwasangka terhadap Khalid Gagap.

Sejak beliau tidak mendengar kata atau pun dalam bahasa yang diguna pakai oleh Anwar " Pembelot". Langkah Kajang dimulakan. setelah terlaksana langkah kajang Azmin Ali pulak dilantik menjadi Menteri Besar yang baru. Namun setelah perlantikan beliau timbul pulak isu DEIG.

Saban hari sejak tercetusnya skandal DEIG, kita lihat Azmin Ali diam membisu seribu bahasa serta masih kekal memegang tampuk kuasa walaupun persoalan demi persoalan timbul berkaitan penglibatan beliau dalam skandal tersebut. Bagi yang belum sedar, walaupun dalam teorinya kita boleh ganti seorang Menteri Besar jika beliau disyaki terlibat dalam penyelewengan, dari segi realitinya amatlah sukar untuk membawa beliau ke muka pengadilan.

Ternyata rakyat Selangor sedang dilanda barah yang padah.Isu air menjadi buah mulut sehingga kini masih lagi terkial-kial mencari jalan penyelesaian.Betapa mudahnya menjadi Pembangkang di Malaysia apa saja yang tidak kena serta melibatkan kesusahan rakyat dengan mudah menuduh Kerajaan Pusat.

Apakah fungsi dan kelebihan DEIG sehingga syarikat itu diberikan kuasa untuk menguruskan urusan niaga aset-aset MBI? DEIG sepatutnya hanya menjadi sebuah syarikat konsultan yang memberikan khidmat nasihat kepada MBI, dan bukannya sebuah syarikat yang menguasai aset-aset MBI. Sehingga kini Gerombolan DAP banyak yang membisu. Apa dah jadi? Tony Puah jugak membisu seribu bahasa?

DAP dan PKR hanya tahu menuding jari menuduh kononnya kerajaan Persekutuan tidak telus dan cuba menyembunyikan perkara sebenar terutama berhubung isu 1MDB sebaliknya mereka yang melakukan tindakan sedemikian.

Saturday, August 22

Rakyat Malaysia Menguruskan Operasi Tren Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Makkah Metro


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kepakaran dan khidmat bakti rakyat Malaysia menyediakan perkhidmatan pengangkutan rel di Tanah Suci Makkah menjadi kunci utama keselesaan dan kemudahan jutaan umat Islam mengerjakan haji tahun ini, kata pengarah Projek Al Mashaaer Al Mugaddassah, Khairani Mohamed.


Beliau berkata ini kerana 350 staf dari Malaysia bakal menerajui operasi tren Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Makkah Metro, yang menyediakan kemudahan pengangkutan kepada para jemaah Haji melaksanakan rukun Islam kelima itu yang memerlukan perjalanan antara Arafah, Muzdalifah dan Mina.

"Di bahu para petugas Malaysia itu juga diletakkan tanggungjawab melatih kira-kira 7,000 penduduk tempatan untuk membantu mengawal pergerakan para penumpang.


"Kami amat gembira dengan sokongan kepakaran daripada ERL dan KTMB kerana mereka dipinjamkan untuk bergandingan dengan staf Prasarana yang berpengalaman luas," katanya ketika dihubungi Bernama dari tanah suci Makkah Sabtu.


"Kami amat gembira dengan sokongan kepakaran daripada ERL dan KTMB kerana mereka dipinjamkan untuk bergandingan dengan staf Prasarana yang berpengalaman luas," katanya ketika dihubungi Bernama dari tanah suci Makkah Sabtu.

Khairani yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management and Engineering Services Sdn Bhd (PRIME) berkata penglibatan rakyat Malaysia dalam menguruskan operasi tren Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Makkah Metro, membuktikan kepada dunia bahawa anak tempatan mempunyai kebolehan dalam teknologi dan operasi rel.


Khairani yang telah bertugas selama tiga tahun di Makkah bersama beberapa orang lagi rakyat Malaysia bagi menguruskan tren berkenaan berkata setakat ini segala persiapan berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, setakat ini segala persediaan mengendali tren itu berjalan dengan baik," katanya.

Katanya Prasarana dianugerahkan kontrak tiga tahun untuk menjalankan operasi rel berkenaan dan menjadi peneraju operasi.

Menurut Khairani, di bawah kontrak tiga tahun yang dimenangi tahun ini, Prasarana diberikan tanggungjawab sepenuhnya dalam pengendalian operasi perkhidmatan rel berkenaan sepanjang musim haji ini.

"Tugas yang dilaksanakan oleh pasukan kami termasuklah memandu tren, menguruskan stesen dan bilik kawalan operasi, mengawal keluar masuk penumpang, keselamatan stesen dan depoh, penyediaan barangan alat ganti, penyelenggaraan, dan juga kejuruteraan teknikal.

Khairani berkata kumpulan pertama rakyat Malaysia mula bertugas di Makkah sejak Mei lepas dan antara tugas awal mereka adalah membuat pemeriksaan awal ke atas semua aset termasuk tren, depoh, stesen dan penyediaan tempat tinggal bagi staf.

Menurut beliau lagi, para petugas untuk operasi haji tahun ini datang secara berperingkat berdasarkan keperluan.

"Ada yang perlu datang lebih awal kerana perlu menguji tren-tren yang digunakan dan memahirkan diri dengan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan di sini. Operasi yang dijalankan di sini adalah amat berbeza daripada apa yang kami lakukan di Malaysia sama ada LRT, monorel, KTM mahupun ERL.

"Kita juga memperkatakan tentang pergerakan penumpang yang berbeza dan jumlah penumpang yang jauh lebih besar," kata Khairani.


Katanya lagi, operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah ini diketuai Bukhari Mohamed, yang merupakan bekas Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Ampang sebelum diberikan tugas baharu ini pada Mei lepas.

"Tentunya, kami menghadapi pelbagai cabaran dalam membuat persiapan untuk melaksanakan tugas ini. Tidak dapat dinafikan ini adalah tugas yang amat besar. Ini adalah projek luar negara pertama yang dikendalikan oleh Prasarana. Namun, Alhamdulillah, segalanya dapat diatasi dan berjalan dengan baik.

"Ia belum selesai lagi. Masih ada persiapan-persiapan yang perlu diteruskan. Sesi latihan dengan pekerja tempatan juga sedang giat dijalankan. Namun, kami yakin akan dapat menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk para jemaah," kata beliau.

"Secara rasminya, Laluan Al Mashaaer ini hanya beroperasi untuk musim haji selama tujuh hari saja. Tetapi, kerja-kerja penyelenggaraan berjalan sepanjang tahun termasuk penyelenggaraan trek dan tren serta mendapatkan alat-alat ganti bagi operasi tren-tren ini di samping memastikan keselamatan seluruh fasiliti Laluan Al Mashaaer Al Mugaddasah.

Dibina oleh China Railway Construction Company (CRCC), perkhidmatan rel Al Mashaeer Al Mugaddassah dibuka pada tahun 2010 dengan dikendalikan oleh syarikat itu sehingga musim haji 2014 dengan disokong oleh tenaga luar termasuk dari Malaysia.

Beroperasi dengan 17 set tren 12-gerabak, tren-tren ini beroperasi di atas empat laluan atas yang mampu membawa 3,000 jemaah haji satu perjalanan ataupun melebihi 70,000 penumpang dalam masa satu jam.

Dengan jajaran sepanjang 18 kilometer dan sembilan stesen, jajaran ini menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina, yang merupakan kawasan-kawasan rukun dan wajib dalam menyempurnakan ibadat haji.

Friday, August 21

SAMBUTAN MERDEKA ALA KOMUNIS DI PULAU PINANG #BERSIH4.0 @dapmalaysia


Tindakan kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua sekolah di negeri itu memakai tema ‘Bersih’ jika mahu menyertai perarakan sambutan kemerdekaan kali ini betul-betul tidak sensitif dengan aspirasi nasional.

Demi mengelakkan perayaan itu dipolitikkan, semua sekolah di Pulau Pinang dilarang daripada menyertai sebarang sambutan kemerdekaan yang dianjurkan oleh kerajaan DAP sehingga mendapat arahan selanjutnya.

Menurut Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Osman Hussain, mengesahkan mengenai pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mengenainya yang bertarikh pada 20 Ogos lalu.

Beliau berkata ia susulan tema rasmi Hari Kebangsaan yang ditetapkan kerajaan DAP iaitu ‘Bersih’ adalah amat bertentangan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu ‘Sehati Sejiwa’, malah jelas berbaur politik kepartian sempit.

“Sepatutnya tema perlu selaras, namun kenapa mereka guna tema berbeza? Ia akan menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap perarakan itu sekali gus dikaitkan dengan perhimpunan haram jalanan Bersih,” katanya.


“Tema ‘Bersih’ yang digunakan oleh kerajaan negeri adalah tema yang sensitif berbeza dengan tema digunakan di peringkat Persekutuan iaitu ‘Sehati Sejiwa’, jadi perlu dapat kebenaran daripada pihak Persekutuan,” katanya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama Kelantan dan Selangor pernah beberapa kali sebelum ini guna tema berbeza daripada ditetapkan Persekutuan kerana mendakwa kononnya tema oleh kerajaan Pusat berbaur politik pro-BN.

Slogan ‘Bersih’ digunakan penyokong parti pembangkang yang konon menuntut proses pilihan raya umum yang diadakan secara bersih, selain turut dikaitkan dengan perhimpunan tunjuk perasaan haram sejak 2007 lalu.

Lucunya, di sebalik pertikai proses demokrasi di negara ini, pakatan pembangkang juga berjaya menguasai Pulau Pinang, Selangor dan kekal di Kelantan melalui pilihan raya yang sama sekian lama.

Thursday, August 20

HEBAT LABUR RM2.00 DAPAT 7.6BILION.........?


Memang terkedu apabila MKP membaca apa yang telah dibongkarkan. Tak sangka Azmin pun pandai jugak bermain wayang. Tapi penyokong PKR tidaklah sekejam UMNO sehingga menjadi BATU API melagakan pemimpin sendiri.

Benarlah kata bidalan lama masyarakat Melayu, paku dulang paku serpih, mengata orang tapi dia pula yang lebih. Mungkin itulah yang amat sesuai bagi menggambarkan isu panas sebuah GLC terbaharu di Selangor.

Ceritanya tiada siapa pun yang tahu malah khabarnya di sebalik kontroversi Darul Ehsan Investment Group (DEIG), pembangkang licik mengalih perhatian rakyat Malaysia kepada isu dana pelaburan di bawah 1MDB.

Ironi sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu nyata jauh lebih telus, profesional, bahkan terbuka dikritik, sebaliknya tidak DEIG yang kemelutnya senyap dirahsiakan daripada diketahui oleh sesiapa pun di luar sana.

Ini dapat disaksikan sendiri apabila DEIG diwujudkan Disember tahun lalu oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kemudian kebetulan terus ‘tenggelam’ apabila isu 1MDB disensasikan pembangkang mulai Januari tahun ini.

Bagaikan dirancang secara rapi penuh teliti, cerita 1MDB berjaya diputar belit oleh pembangkang sehingga rakyat dihasut benci kerajaan BN, tetapi kisah DEIG yang jauh lebih ‘misteri’ dibisukan macam tiada apa-apa berlaku.

Seronok sangat hentam BN, skandal DEIG akhirnya terbongkar bukan disebabkan oleh laporan jahat Sarawak Report, Wall Street Journal, The Edge, Xavier Andre Justo atau aura negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad!

Lucunya ia ‘dipecahkan’ sendiri wakil rakyat Pas yang digantung keahlian oleh parti itu pada sidang DUN Selangor baru-baru ini serta disokong ramai ADUN dari Pas, DAP selain BN dan wakil tunggal Bebas, Khalid Ibrahim.

DEIG ditubuhkan Azmin ‘menutup’ kisah legenda kejayaan Menteri Besar Incorporated (MBI), sayap pelaburan kerajaan Selangor yang pernah diurus Khalid, MB paling cemerlang seperti pernah diucapkan Anwar Ibrahim.

Legasi kegemilangan Khalid cuba dipadamkan Azmin selepas ADUN Pelabuhan Klang itu dipecat PKR kerana kedegilan meletak jawatan MB bagi memberi laluan kepada ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar!

Tidak ramai tahu, kira-kira RM30 bilion nilai aset yang sebelum ini diuruskan oleh MBI kemudian diletakkan di bawah DEIG, sebuah syarikat bernilai hanya RM2 dengan status sebagai syarikat pengurusan risiko pelaburan.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua saham DEIG bernilai RM2 itu dipegang Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi, Soffan Affendi Aminuddin.

Ini berbeza menerusi laman web DEIG yang menunjukkan ia 100 peratus milik penuh MBI serta menamakan Azmin sendiri selain Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri sebagai pengarahnya.

Rekod SSM turut menjelaskan bahawa jenis perniagaan DEIG ialah pegangan pelaburan iaitu beli untuk pelaburan atau dijual semula serta untuk menjual tanah, rumah dan hartanah lain dalam tempoh tertentu dan lain-lain.

Ini bermakna DEIG diberi mandat untuk menguruskan segala aset Selangor bernilai puluhan bilion ringgit tanpa pengawasan pihak kerajaan negeri dengan mengandaikan bahawa semua aset MBI telah dipindahkan ke DEIG.

Sekiranya pemindahan aset telah dilakukan, tidak ada sebarang maklumat mengenai transaksi berkenaan boleh didapati dan itulah punca sidang DUN Selangor baru-baru ini ‘bersetuju’ untuk menangguhkan operasi DEIG.
Bayangkanlah, selama ini tiada siapa tahu apakah urus niaga dilakukan DEIG sehingga ADUN Hulu Klang, Saari Sungib bangkit meminta agar pihak kerajaan negeri membentangkan Kertas Putih pada sidang DUN akan datang.

Berbeza daripada MBI, agak pelik DEIG tidak tertakluk kepada mana-mana enakmen kerajaan negeri, sekali gus tidak perlu bentang laporan kewangan kepada DUN atau diaudit kerana ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat.

Kisah skandal DEIG kurang dimainkan oleh portal dan blog propembangkang, sekali gus mencetuskan misteri tanda tanya, apakah yang dibimbangkan sangat kerana selama ini mereka sering mendakwa bebas, telus, terbuka.

Ibarat ayam jantan hebat berkokok tetapi ekor penuh najis, jentera perang saraf pembangkang cuba ‘pusing’ isu DEIG dan anehnya, komen Khalid hentam Azmin ‘ghaib’ seumpama sampah tiada nilai.

Wednesday, August 19

KESOMBONGAN @CmLimGuanEng DITUNDUKKAN OLEH IR DR SHEIK HUSSEN


Kali Pertama Ketua Menteri paling Angkuh serta sombong di Pulau Pinang meminta maaf, Sebelum ini tidak pernah terjadi. Ketua Menteri ini amat susah ditundukkan namun ianya berjaya dilemahkan oleh Mantan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang MKP paling hormati.

MKP hormati pendirian Mantan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini kerana mudah didekati serta mahu berbincang apa jua masalah yang pernah ditimbulkan oleh Pengiat Media Sosial.Tidak seperti yang ada sekarang........ Faham-faham sudahlah...

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik balik kes saman terhadap bekas Timbalan Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin tanpa sebarang syarat yang dibuat pada 5 Oktober 2012 lalu.

Persetujuan itu dibuat dengan penuh kerelaan hati di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Nordin Hassan terhadap kes melibatkan isu Taman Manggis.

Mengikut jadual, kes ini sepatutnya menjalani perbicaraan namun Guan Eng bertindak menarik balik tuntutan beliau di mana kedua-dua pihak tidak akan membuat sebarang tuntutan atau memulakan sebaranf tindakan baru antara satu sama lain berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan kes ini.

Penarikkan itu melibatkan dua penyataan tuntutan terpinda  yang dibuat defendan yang mengeluarkan kenyataan 'dan saya berasakan dan saya tidak menuduh, saya tidak menuduh, saya berasakan bahawa dia telah mengambil rasuah daripada Dental, Kuala Lumpur International Dental Hospital'.

Sementara itu, defendan juga menarik balik penyataan tuntutan kedua iaitu 'to Chief Minister of Penang, please don't waste our time. We are busy untuk menepati janji. Dia busy untuk menipu. Dia memang tipu'.

Guan Eng diwakili peguam, Simon Murali manakala Dr Shaik Hussein diwakili Simon Tan Hong Jin.

Sebelum ini, Guan Eng  memfailkan saman ke atas Dr Shaik di Mahkamah Tinggi kerana mendakwa memfitnahnya melalui satu artikel yang disiarkan sebuah portal berita Malaysiakini pada 5 Oktober 2012.

Guan Eng mendakwa Shaik Hussein secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat  mengatakan beliau menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC).

Tuesday, August 18

DAP!!!! KETUA POLIS DIMINTA TANGKAP DATO' ABDUL RAHMAN DAHLAN


DAP menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menahan Menteri Umno Dato' Abdul Rahman Dahlan kerana mendakwa terdapat perancangan jahat menyabitkan perdana menteri dengan kesalahan jenayah dan memecatnya dari pejabat. 

"Menikmati popcorn semasa membaca cetusan Lim Kit Siang dalam talian. Saya fikir terdapat had kepada kegilaan seseorang"

Respon Dato Abdul Rahman Dahlan terhadap dakwaan yang telah dilontarkan kepada beliau. Memang melucukan apabila membaca apa yang diluahkan oleh Ketua Parlimen DAP, Tahap kegilaan Lim Kit siang telah mencapai kemuncaknya apa bila dicabar.

Ternyata dendam Lim Kit Siang terhadap DARD tidak akan pudar, Mana tidaknya Pengarah Komunikasi dan Strategik Barisan Nasional ketika ini amat vokal menjelaskan pada Rakyat mengenai isu berbangkit seperti 1MDB dan Dana Politik 2.3 bilion.

Penjelasan memang agak sukar diterima kepada mereka yang termakan persepsi yang didokongi oleh DAP, Namun lama kelamaan kebenaran telah dibuktikan dengan bukti dan fakta.


Berikut adalah keratan dari kenyataan the Star yang telah dimanipulasikan oleh Lim Kit Siang. Bagi MKP tidak ada salahnya kenyataan tersebut memberikan tahu apa yang DARD tahu serta mengatakan apa yang sepatutnya perlu dijalankan oleh Badan Penyiasat. 

Adakah dengan menyatakan pendapat telah melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Ianya tidak masuk akal sama sekali. DAP pernah menfitnah dan kantoi mengenai isu 1MDB sebelum ini. Adakah mereka meminta maaf diatas fitnah yang telah dilakukan....


Monday, August 17

TAK CUKUP SETAKAT MINTA MAAF...........?


Adakah dengan meminta maaf sudah cukup, Bagi MKP ianya perlu diberikan pengajaran yang secukupnya kerana menfitnah serta mengaibkan orang yang lebih tua dari kita.

Pada Zuan jika orang lain muat naik gambar seperti saudara itu adalah gambar bapa anda sendiri bayangkan perasaan anda, Marah,geram atau hendak menumbuk muka sipelaku tersebut.

Jangan berkata hanya meminta maaf dapat meredakan perasaan marah anda. Itu adalah mustahil. Namun hanya pemimpin berhati waja sahaja dapat menelan segala tomahan dari rakyat yang ingin meluahkan perasaan.

Zuan membuat permohonan maaf gara-gara keterlanjurannya menyiarkan satu foto yang menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam badan seorang wanita.

Pelbagai kritikan dan cemuhan yang diterimanya hanya kerana sekeping gambar kontroversi yang disiarkannya itu.

Menulis di laman Instagram, Zuan membuat permohonan maaf kepada PM serta semua pihak yang terguris dengan postingnya dalam laman sosial itu, “Salam hormat kepada semua dengan seikhlas hati dan diiringi rasa rendah hati, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas keterlanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia.”

“Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak serta keluarga dan mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu. Untuk makluman, gambar berkenaan bukanlah saya yang edit, cuma saya perolehi dari beberapa Whats App Group saya setelah menjadi topik perbualan.

“Caption ‘Amboi posing takmau kalah no’ juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan dan sesuatu yang tidak patut dilakukan ke atas pemimpin negara,” jelasnya lagi

Sunday, August 16

MENGAPA MEMBISU..... BACUL ATAU "PLAY SAFE"


Pemimpin UMNO di semua peringkat perlu berani berdepan dengan rakyat untuk menjelaskan secara berfakta mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sekarang ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersendirian mempertahankan dirinya dari serangan pelbagai penjuru oleh musuh parti dan orang dalam UMNO sendiri.

Katanya, pemimpin di peringkat negeri, bahagian dan cawangan diam menyepi diri seolah-olah tidak ada pengetahuan mengenai isu itu setiap kali parti dan pucuk kepimpinan diserang, ditohmah serta difitnah.

“Jika tanya saya, memang saya kecewa dan kesal dengan sikap membisu kebanyakan pemimpin UMNO. Mereka seperti takut untuk memberi penjelasan dan menangkis serangan musuh.

“Saya baca blog, saya tengok media sosial seperti facebook. Semuanya negatif dan menghentam Perdana Menteri dengan isu RM42 bilion wang 1MDB dan derma RM2.6 bilion,” katanya.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, berikutan serangan bertubi-tubi pihak tidak bertanggungjawab terhadap 1MDB dan ke atas peribadi Najib, menyebabkan pelabur luar takut datang membeli tanah atau menanam pelaburan di negara ini.

Jelas beliau, memang wajar pelabur luar takut kerana hampir setiap hari mereka disogokkan dengan laporan negatif mengenai 1MDB.

“Di mana pemimpin UMNO peringkat akar umbi ketika Presiden parti dan negara diserang?

Sedangkan mereka ada akaun facebook, twitter dan instagram. Kenapa tidak ada sebarang penjelasan positif membela serta mempertahankan kepimpinan parti?

“Saya rayu kepada semua mereka, marilah kita sama-sama bersatu hati. Kita ceritakan kebaikan 1MDB dan apa yang 1MDB telah bantu rakyat selama ini,” katanya.

Mengenai tindakan beberapa ahli UMNO mendesak Najib supaya berehat atau bercuti, Abdul Azeez berkata, mereka boleh membuat teguran itu, tetapi seharusnya melalui kaedah atau saluran yang sesuai.

“Teguran yang membina boleh, tapi mesti mengikut kaedah atau saluran yang sesuai, tidak boleh main ‘tembak’ saja,” katanya.

Ditanya kes 1MDB yang semakin berkecamuk, beliau menjelaskan Najib telah memaklumkan dalam masa enam bulan ini akan menyelesaikannya.

Katanya, berilah peluang itu kepadanya, kenapa perlu diserang lagi.

PATUTNYA DAH LAMA SKMM BERTINDAK.....


Jika sebelum ini sebuah portal berita propembangkang terkenal menyebarkan artikel kononnya Majlis Raja-raja Melayu menolak hukum hudud yang terbukti palsu, kali ini senario sama masih lagi berterusan.

Barang kali sudah cukup berlembut, kali ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lagi membenarkan kandungan palsu disiarkan portal berita tempatan serta dibiarkan bebas tersebar begitu sahaja.

Sebaliknya menggunakan peruntukan undang-undang, SKMM pantas mengeluarkan notis kepada portal berita propembangkang, Malaysiakini agar menarik balik laporan palsu yang disiarkan menerusi laman web tersebut.

SKMM, dalam kenyataan rasmi pada Jumaat berkata, artikel berkenaan adalah bertajuk ‘Report filed against Chief Sec, PSD Head‘ dan ‘Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA‘ yang diterbitkan Malaysiakini pada Khamis.

“SKMM mendapati berita dalam dua artikel itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah nafi wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009,” kata kenyataan itu.

Justeru, SKMM bertegas mengingatkan kesemua pentadbir portal berita tempatan untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan terlebih dahulu status kesahihan sesuatu berita yang diragui sebelum ia disiarkan.

Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Di bawah undang-undang tersebut, ia memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Wednesday, August 12

Budaya Fitnah!!!! Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 PERLU DIUBAH.......


Sejak mutahir ini ramai sangat penfitnah muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tujuan menyebarkan fitnah hanyalah bersikap suka atau pun mempunyai kepentingan peribadi. Kerajaan Malaysia tidak bercadang menyekat laman sosial ini.

Budaya memfitnah dan berkongsi maklumat palsu kini mencapai peringkat yang menjejaskan kestabilan negara, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata memandangkan ada pihak yang kekurangan disiplin diri, kerajaan perlu bertindak serta mengkaji semula akta dan undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.



“Pindaan (terhadap akta itu) nampaknya perlu dilakukan agar SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mempunyai mandat untuk menangani beberapa isu yang menjadi masalah.

“Ini kerana, pada akhirnya, keselamatan negara, rakyat dan kestabilan ekonomi menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata di sesetengah negara maju, kawalan dikenakan terhadap media dalam bentuk tertentu.

Menurutnya kerajaan bertanggungjawab menyediakan akses secara stabil kepada rakyat selagi sesuatu maklumat yang dikongsi itu adalah berdasarkan fakta dan dilakukan secara beretika.

Sejajar dengan itu, katanya kerajaan bercadang menubuhkan pusat sehenti bagi menyemak fakta melalui Internet kerana setiap rakyat Malaysia berhak mengetahui fakta dan mendapat penjelasan tentang setiap tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tidak bertangungjawab.

“Kita memerlukan fakta dan kepantasan untuk menyanggah…anda tidak boleh menyalahkan kerajaan (jika berlaku kelewatan dalam memberi penjelasan) kerana apabila adanya tuduhan, ia dilakukan dengan serta-merta, sedangkan respons terhadapnya perlu dibuat berasaskan fakta,” katanya.

Wednesday, August 5

DAP Takut Dedah Sumber Dana Politik - Dato' Abdul Rahman Dahlan


Pembangkang cuba berlagak wira dengan mendakwa konon Perdana Menteri menerima sumbangan besar daripada luar negara untuk kegunaan UMNO dan BN.

Malangnya tidak ramai yang tahu, pembangkang di Malaysia juga menerima dana daripada pelbagai pihak termasuk dari luar negara sehingga ada kala jauh lebih mewah berbanding parti pemerintah sendiri.

Bagi mengupas isu itu, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menjawab pelbagai soalan panas mengenai dana politik menerusi program Landskap Khas disiarkan TV1 RTM semalam.


Berikut ialah intipati wawancara berkenaan:

Kenapa sekarang baru timbul soal derma? Penuduh tidak perlu bukti, mereka hanya buat dakwaan. Kerajaan perlu lebih bertanggung jawab, tidak boleh jawab tanpa fakta dan siasatan.
Dalam hal 1MDB misalnya, jawapan telah diberi tetapi tidak dipercayai. Jadi PM arahkan supaya disiasat. Sama juga dalam hal dana, PM arah, ia disiasat.
Kenyataan SPRM tunjukkan akaun itu wujud. Tapi persoalan pokok, wang ini bukan hasil rompakan 1MDB atau duit rakyat sebaliknya daripada penderma. Soal siapa penderma dan bagaimana dibelanjakan, itu terpulang kepada pemilik akaun.
Paling penting tuduhan asal yang berat telah terjawab dan netizen wajar minta pembangkang mohon maaf kerana tindakan mereka jejaskan kestabilan ekonomi Malaysia.
Siapa penderma? Terserah kepada PM untuk sebut. PM telah bagi komitmen secara terbuka jika pembangkang setuju untuk buat reformasi pembiayaan politik, dia akan buat percubaan ini. Jangan pula pembangkang minta BN isytihar tetapi mereka sendiri tidak mahu isytihar. Banyak juga tuduhan mereka terima dana daripada Soros, Open Society, NED dan NDI.
DAP kata tidak pernah diminta pandangan? Dap berbohong. Saya telah sebut masa, tempat dan hari mereka keluar kenyataan kepada Transparency International dan boleh tunjuk minit, nama dan kenyataan yang diberikan secara verbatim.
Dana politik halal? Tiada larangan untuk sesiapa daripada menerima dana politik. Sama juga di luar negara. Ada yang jumlahnya jauh lebih besar dari yang diuruskan di Malaysia.
Jika parti politik setuju transformasi. Sama ada mereka boleh maklum kepada umum atau jika pembangkang tidak bersetuju, boleh juga dicadangkan agar SPRM dan polis boleh mempunyai akses kepada nama penderma dan jumlah sumbangan. Isu ini kami perjuangkan sejak tahun 2009 dan saya gembira ia dibincangkan oleh netizen. BN telah bersedia untuk transformasi ini sejak 2009.
Penggunaan akaun peribadi? Ia tidak dilarang dalam Perlembagaan UMNO dan undang-undang negara. Presiden-presiden parti politik, bukan saja UMNO, dipertanggung jawabkan untuk mencari dana dan diberikan hampir kuasa mutlak.
Dulu ada cerita dana ini diletakkan di bawah proksi dan ini merisaukan. Lebih baik letak di bawah Presiden. Tun M sendiri sebut susah untuk dapat balik duit. Bila bercerai, isteri tuntut.
Ada yang kata itu bukan harta UMNO. Tun M sendiri sebut, duit dan aset yang diserah kepada Pak Lah sebanyak RM1.4 bilion itu bukan semua. Dia masih mencari dan ada masalah untuk dapatkan semua.
Bila wang masuk pada tahun 2013, sistem akan digerakan. Dalam negara, jika nak masukkan RM50 ribu pun kena isi borang dan Bank Negara akan tahu pergerakan duit.
Tidak ada cara untuk lindungi sebab akaun atas nama PM dan duit dimasukkan di Malaysia. Jika Bank Negara tahu, maksudnya Bank Negara tahu sumber dana ini selari dengan undang-undang.
Adakah UMNO gembira dengan kenyataan SPRM? Ya, kerana tuduhan pertama yang dilemparkan kepada PM adalah beliau merompak duit rakyat, 1MDB. Sekarang SPRM dah buat kenyataan ia bukan dari 1MDB.
Jika tidak salah kenapa akaun ditutup? Soal akaun dibuka dan ditutup itu amalan biasa. Soalan pembangkang adalah untuk alihkan rakyat dari isu pokok, iaitu duit itu bukan daripada 1MDB. Mereka tidak minta  maaf atas tuduhan sebelum ini sebaliknya bangkitkan soal remeh temeh, tutup tak tutup akaun. Sekarang isu pokok telah selesai. Soal pengeluaran, ia dikeluarkan menggunakan cek dan ia boleh disemak dan disiasat.
Adakah RM2.6 bilion dana PRU13? PM sudah jelaskan ia untuk CSR dan aktiviti politik parti. Ia bukan semata-mata untuk PRU. Sepanjang tahun parti politik ada program. Lebih-lebih lagi UMNO yang ada di semua tempat di seluruh negara, kecuali Sarawak.
UMNO adalah parti yang matang dan ada rakan-rakan di seluruh negara dan dunia. Dalam soal sumbangan, misalnya, kita bantu rakyat Palestin kerana kita orang islam dan mahu bantu mereka.
Jika ada yang mahu menderma kerana hendak lihat perjuangan UMNO diteruskan, itu satu tindakan yang mulia. Ramai penderma yang rajin menderma misalnya Putera Al Walid bin Talal dan Bill Gates, yang penting tiada syarat dikenakan.
RM2.6 bilion bukan datang daripada 1MDB? Pertama 1MDB sendiri kata ia tak beri. Kedua, pelaburan sebanyak USD1.8 bilion, dapat semula USD2.3 bilion. Bagaimana nak kata hilang apabila jumlahnya bertambah. Soal lain, Jho Low, Paris Hilton dan sebagainya hanya nasi tambah untuk menyedapkan cerita.
Pembiayaan politik tidak menjadi suatu isu sebelum ini kerana semua parti menerima dana politik, cuma sama ada nak beritahu daripada siapa mereka terima dan berapa banyak jumlahnya. Dalam sejarah UMNO, tiada Presiden yang perlu cari dana untuk Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang bukan di bawah BN.
Bila PM cuba mencari dana saya ucapkan terima kasih kerana ia dapat menggerakkan aktiviti parti bagi mendapatkan sokongan rakyat.
Kes rasuah MB Selangor, kenapa dulu derma menjadi isu? Pertama, soal keikhlasan penderma. Kedua, dia menderma bukan untuk pulangan. Insiden dulu mungkin kerana dia memberi derma selepas dia dapat projek. Yang ini berbeza, kerana ia derma tanpa mengharapkan pulangan dari parti dan kerajaan. Hanya kerana dia selesa dengan perjuangan.
Dulu BN tak perlu sehingga RM2.6 bilion untuk PRU? Dulu pada tahun 2003, Tun M serah RM1.4 bilion kepada Pak Lah, itupun bukan semua kerana proksi tidak beri kerjasama. Kalau 12 tahun dulu UMNO ada RM1.4 bilion, sekarang dengan cabaran 4 negeri tidak di bawah BN, cabaran media sosial dan cabaran pembangkang yang kuat, RM2.6 bilion pada saya berpatutan.
Bagaimana jika BN lakukan kesalahan pilihan raya? Tindakan boleh dikenakan, tetapi sebelum itu, perlu ada siasatan. Bila pembangkang lontar tuduhan, bukan bermakna ia berasas. Bila tuduhan bahawa wang ini datang daripada 1MDB, pada hari pertama lagi, PM dan 1MDB telah menafikannya. Bila tak percaya, maka ia disiasat. Bila telah disiasat dan ada keputusan, kita kena hormat keputusan itu.
Sama ada tuduhan ini betul atau tidak kesan tuduhan kepada ekonomi negara amat besar?Ya, jika selama setahun kita dakwa RM2.6 bilion atau RM42 bilion hilang, sebenarnya kos terhadap kerajaan lebih besar daripada RM42 bilion kerana peningkatan kos meminjam, hilang peluang pelaburan dan kesan terhadap rakyat.
Sebab itu kerajaan berpesan supaya jangan terbawa-bawa kerana kita kena jaga ekonomi. Pembangkang tidak peduli malah lebih suka kerana jika ekonomi merudum ia akan menjadi modal politik mereka.
NFC misalnya, yang dipertikai RM250 juta, walaupun sebenarnya jumlahnya lebih rendah daripada itu sebab sebahagian daripada jumlah itu belum digunakan, tetapi apabila program gagal, kita terpaksa import lebih RM2 bilion daging setahun; wang yang sepatutnya masuk ke dalam poket penternak-penternak kecil dan satellite farm.
Kita marah kerana RM250 juta tetapi kesannya dalam 7 tahun, RM14 bilion mengalir ke negara luar. Sebab itu jangan kerana terbawa dengan dakwaan yang tiada asas, sehingga ganggu ekonomi dan kesannya kepada rakyat.
Isu ini juga menjejaskan keyakinan antarabangsa? Saya berterima kasih kepada masyarakat perniagaan kerana walaupun diasak bertubi-tubi, trend, indikator antarabangsa tetap beri petunjuk yang baik, memberi maksud ekonomi negara berada di landasan yang kukuh.
Pertumbuhan ekonomi kita lebih baik daripada Thailand dan Singapura. Walaupun Ringgit jatuh, tetapi jika dibandingkan dengan Australia, New Zealand, Kanada dan Rusia keadaan kita lebih baik. Jangan netizen jadikan ia fenomena yang terlalu besar sehingga mejejaskan ekonomi negara.
Bergerak ke hadapan? Walaupun BN boleh dapatkan cukup undi untuk transformasi, tapi kita mahu ia dipersetujui secara bipartisan dan kita mahu dapatkan komitmen mereka.
Alasan takut penderma tidak menderma kepada mereka adalah alasan yang lemah kerana sebagai kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang ada ramai yang akan terus menderma kepada mereka. Dana dari luar negara, Soros, misalnya tidak ada kaitan dengan kerajaan persekutuan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive