Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong
-
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini
menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan
pergerakan teru...
Sunday, August 2
RAPID PENANG LANCAR INTERCITY KE SUNGAI PETANI @rapidpg @azmiaziz60
Kesediaan Syarikat Rapid Penang Sdn Bhd memperluaskan laluan perkhidmatan meliputi kawasan Sungai Petani, Kedah menerusi perkhidmatan Intercity dijangka bakal memberi nafas baharu kepada sistem pengangkutan awam.
Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang, Mejar (B) Mohd Shukri Abdul Rahman berkata, bermula 2 Ogos 2015, Rapid Penang menawarkan perkhidmatan bas Intercity yang menghubungkan Sungai Petani ke Penang Sentral, Butterworth bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Menurutnya, faktor pemilihan kawasan Sungai Petani sebagai lokasi tambahan laluan baharu diputuskan setelah Rapid Penang diminta untuk menerokai laluan perkhidmatan pengangkutan awam baharu meliputi daerah berdekatan Pulau Pinang.
“Bagi memastikan kualiti perkhidmatan kami di laluan baharu lebih lancar dan memudahkan pengguna, Rapid Penang memperuntukkan tambahan bas baharu dan ianya sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bas kami sebanyak 400 buah.
“Rapid Penang juga menyediakan 16 bas bagi setiap laluan perkhidmatan Intercity di mana lapan lokasi hentian dipilih untuk mengambil dan menurunkan penumpang di sepanjang perjalanan dari Sungai Petani ke Penang Sentral.
Caj murah
Mohd Shukri berkata, perkhidmatan bas Intercity itu dijangka mampu memenuhi keperluan penduduk Sungai Petani apabila caj tambang yang dikenakan untuk jarak keseluruhan perjalanan menghubungkan Sungai Petani ke Penang Sentral bernilai RM4.70 sahaja.
Menurutnya, jarak keseluruhan perjalanan yang turut melalui Lebuhraya Utara-Selatan dianggarkan 44 kilometer dan dijangka mengambil masa sejam untuk tiba di destinasi, bergantung kepada situasi trafik.
“Bagi memastikan perkhidmatan disediakan efisien, Rapid Penang turut menetapkan kekerapan operasi bas sekurang-kurangnya sekali pengambilan di setiap hentian dalam tempoh 30 minit hingga 40 minit, meliputi perjalanan Sungai Petani-Penang Sentral-Sungai Petani.
“Selain itu, Rapid Penang turut menjanjikan perkhidmatan selesa apabila bas dilengkapi lantai boleh laras, litar rakaman CCTV, kemudahan mesra orang kurang upaya serta teknologi GPS yang boleh menjejak kedudukan dan kelajuan bas sepanjang perjalanan,” katanya.
Promosi laluan percuma
Mohd Shukri berkata, sempena pelancaran laluan perkhidmatan bas Intercity baharu, Rapid Penang menawarkan peluang menggunakan perkhidmatan laluan baharu itu secara percuma kepada orang ramai bermula 2 Ogos hingga 6 Ogos 2015.
Selain itu, Mohd Shukri turut mengesyorkan orang ramai mendapatkan pas bulanan Rapid Intercity bernilai RM150 bagi membolehkan mereka menikmati setiap perjalanan tanpa had.
“Pada masa sama, Rapid Penang turut memerlukan tambahan 30 pemandu atau kapten bas bagi memastikan kelancaran perjalanan di dua laluan baharu ini.
"Saya mengalu-alukan permohonan penduduk Sungai Petani yang berminat untuk memenuhi kekosongan jawatan yang disediakan,” katanya.
Mohd Shukri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk meluaskan penambahan laluan perkhidmatan Intercity merangkumi keseluruhan daerah bersempadan Pulau Pinang sekiranya pelancaran laluan baharu ini mendapat sambutan penduduk.
“Justeru, kehadiran Rapid Penang diharap bukan sahaja dapat meningkatkan persaingan sihat dalam kalangan pengusaha syarikat pengangkutan bas awam, malah memaksimumkan tahap keselesaan bas untuk kegunaan orang ramai,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Doktor tersilap potong kaki pesakit - Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, ...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2015
(151)
-
▼
August
(21)
- PENGORBANAN DEMI MALAYSIA TERCINTA #MakkahMetro @N...
- APA DAH JADI, TUN MAHATDIR SERTA SIFAT MUNAFIKNYA
- TERKINI #BERSIH4 SEKITAR SOGO, DATARAN MERDEKA DAN...
- ELOKLAH PEMUDA MCA MENJAHANAMKAN NEGARA......? @K...
- #RapidKL Mulakan Latihan Simulasi 24 Jam #MakkahMe...
- GENG BAJU MERAH BAKAL MENGHURU-HARAKAN KUALA LUMPUR
- DOSA-DOSA TUN MAHADIR.....?
- ANAK MELAYU DIPERKUDAKAN #BERSIH4.0
- PERDANA MENTERI PERLI SIAPA DI KEDAH..........?
- WARKAH IKHLAS BUAT RAKYAT SELANGOR.......
- Rakyat Malaysia Menguruskan Operasi Tren Al-Mashaa...
- SAMBUTAN MERDEKA ALA KOMUNIS DI PULAU PINANG #BERS...
- HEBAT LABUR RM2.00 DAPAT 7.6BILION.........?
- KESOMBONGAN @CmLimGuanEng DITUNDUKKAN OLEH IR DR S...
- DAP!!!! KETUA POLIS DIMINTA TANGKAP DATO' ABDUL RA...
- TAK CUKUP SETAKAT MINTA MAAF...........?
- MENGAPA MEMBISU..... BACUL ATAU "PLAY SAFE"
- PATUTNYA DAH LAMA SKMM BERTINDAK.....
- Budaya Fitnah!!!! Akta Komunikasi dan Multimedia 1...
- DAP Takut Dedah Sumber Dana Politik - Dato' Abdul ...
- RAPID PENANG LANCAR INTERCITY KE SUNGAI PETANI @ra...
-
▼
August
(21)
No comments:
Post a Comment