Thursday, March 31

Boleh bagi pinjam 2.5 juta ke kat budak ini???



Sikit punya kutuk kerajaan Melayu dan Islam , ada hati nak pinjam duit kerajaan , nak kan gran 2.5 juta. banyak itu, kalau kerajaan beri duit sebanyak itu kepada namewee bab* ni pasti negara kita akan tergadai dan huru hara dibuatnya,

Elok lah tuh, Namewee bab* , buat saja kat Youtube. Situ layaknya  kamu....

Petikan: 
"Kerajaan menolak permohonan penyanyi rap kontroversi yang juga pembikin filem, Namewee untuk mendapatkan geran RM2.5 juta dari Dana Industri Kreatif, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

kata Rais, permohonan itu tidak boleh dipertimbangkan kerana pengarah filem, penulis lakon layar dan pelakon, Namewee, terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai masyarakat Malaysia."

Tarian poco-poco haram?


Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.

Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib. Sinar Harian cuba mendapatkan komen atau pendapat daripada tokoh agama berkenaan pengharaman tarian poco-poco ini.
Mat Kilau Penang kata lepas nie klu tak boleh nak menari poco-poco,ingat mufti dah keluaq fatwa kata haram. 

Bekas ketua DAP Nibong Tebal diarah bayar saman fitnah kepada penyelaras MCA

 

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan bekas ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Sakura Teh Hock Yong, membayar saman fitnah RM375,000 kepada Penyelaras MCA kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi, Tan Cheng Liang.

Hakim Datuk Zakaria Sam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Lee Khai yang mewakili Tan manakala Teh, yang tidak diwakili peguam, tidak hadir.

Hakim Zakaria menetapkan ganti rugi am sebanyak RM300,000 manakala RM75,000 adalah bagi bayaran ganti rugi teruk dan teladan, dengan faedah empat peratus mulai Mei 2005 hingga hari ini.

"Kos mahkamah sebanyak RM7,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh defendan," katanya dalam prosiding di sini, hari ini.

Teh didakwa pada 20 Mei 2005 kerana memfitnah Tan yang ketika itu Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Jawi berkenaan tabung 'Jawi Charity Trust Fund' yang dikelolakan oleh Tan.
Kenyataan fitnahnya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Cina. Dia juga telah mengeluarkan kata-kata fitnah menggunakan risalah, surat layang, panji-panji dan poster.

Pada 1 Julai 2005, Tan mendapat perintah ex-parte untuk menghalang Teh daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Tan, yang ditemui di luar mahkamah, menyatakan rasa gembira kerana dapat membersihkan namanya sebagai seorang wakil rakyat.

"Selama tempoh itu saya mengalami tekanan perasaan yang teruk, bukan sahaja diri saya tetapi ia juga melibatkan maruah keluarga saya," katanya.

Tan berkata, fitnah itu juga telah menjejaskan kerjayanya dalam politik serta kepercayaan orang ramai terhadapnya

Wednesday, March 30

NGO Cina Pula Bantah Interlok

Belum pun reda isu 'paria' dalam novel Interlok, kini timbul pula kontroversi terbaru melibatkan dakwaan isu pendatang dan ketuanan Melayu dalam karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.
Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.
"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," dakwa Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).
Cheng turut mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang dikatakan ejen "pembasuhan minda" dan mempromosikan perkauman serta perpecahan.
"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.
"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.
"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah," ujarnya.
Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.
Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.
Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.
"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.
Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".
"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.

Rayat Enggai “Antu Jembalang” Bejegau Ba Menua Tok

Diatu semua bekalih ngagai Sarawak ti deka bepilih kena 16 April tok ila. Aku ari siko rayat Sarawak nemu nama utai ti nyadi ba menua aku enggau penatai bansa bukai ti datai kitu ya ke semina ngejai ke perintah.
Aku amat setuju enggau jako pemerintah tertinggi BN ti madah ka nembiak Sarawak patut nolak “antu jembalang” ti mayuh datai ari menua Semenanjung. Sida deka nyual ubat ti nadai mai penguntung agai rayat.
Antu jembalang enggau penjual ubat tok semina deka ngerusak ka penyerakup bansa ti udah bisi ba menua tok laban penyerakup semua bansa tok meh penting dalam neguh ke politik serta pengelikun menua enggau rayat.
Aku enggau rayat Sarawak ke bukai ba seluruh menua deka ke pengelikun awak ke terus mansang dalam timpuh ti ka datai. Kami terus ka nyadi ke menua kami menua ti mansang serimbai enggau menua mansang ti bukai.
Rayat Sarawak enda mudah dikemelik ka tajapan antu nya deka ngaga mayuh macam utai ti ngasuh rayat nyukung parti penyakal. Kepala Menteri udah meri bukti ari Gagasan 1 Malaysia , Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
- SEPATING BUNGAI -
Terjemahan
Rakyat Tak Mahu Hantu Jembalang Berkeliaran
Saudara Pengarang
Sekarang ini semua tumpuan beralih ke Sarawak yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri pada 16 April nanti. Sebagai rakyat Sarawak, saya tahu apa yang berlaku di negeri saya dan juga kelibat orang asing yang datang ke sini untuk memburuk-burukkan Kerajaan.
Saya sangat setuju kata-kata pemimpin tertinggi BN bahawa penduduk Sarawak perlu menolak ”hantu dan jembalang” yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini. Mereka hanya mahu jual ubat apatah lagi ubatnya langsung tidak mujarab.
Hantu jembalang dan penjual ubat ini hanya mahu menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, sedangkan inilah asas terpenting kepada kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara.
Saya dan rakyat Sarawak lain malah di seluruh negara mahukan keamanan berterusan agar kami terus maju dan berkembang. Kita mahu terus berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia.
Rakyat Sarawak tidak mudah diperbodohkan biarpun hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang. Perdana Menteri telah buktikan melalaui Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
- SEKUNTUM BUNGA -
layari www.1Sarawak.com.my

Tuesday, March 29

Video Papa Jahat:Kartun Papa Jahat Tersebar,Nurul Bikin Report


Sebentar tadi Nurul Izzah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.Laporan dibuat kerana berasakan komik kartun bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" seakan akan terkena ke batang hidung papa 'anugerah tuhan'.

Apa entah isi komik tersebut hingga beliau membuat laporan polis.Beliau bersama gerembolan pencacai Anwar sanggup pula membuat laporan Polis,sedangkan polis yang mereka paling tidak percaya.

Kata Nurul,kartun didalam komik itu serupa macam papa beliau,tapi bukan papanya,gelagat seperti papa beliau,tapi bukan papanya.Entah apa yang Nurul mahukan,Adakah ini satu lagi cara untuk menarik perhatian orang ramai.


Siapa tahu komik tersebut adalah karya aparat gerembolan pencacai pakatan sendiri yang sengaja membuat pre-amp untuk menyerang Barisan Nasional .Adakah ini satu lagi cubaan Anwar untuk memperolehi markah kesian daripada rakyat?


Nurul mendesak agar pemimpin politik supaya menolak politik lucah.Katanya rakyat mahu pertahan etika moral dan pemimpin berwibawa sahaja.Ini amat bertepatan agar papanya harus disingkirkan daripada arena politik negara.


Desakan Nurul seolah olah pukul anak sindir menantu.Sebenarnya Nurul sendiri pernah menyaksikan bagaimana papa menungang Azizan didalam bilik bacaan di rumah beliau hingga Nurul sendiri trauma dan meracau beberapa hari.Puas dipujuk oleh mamanya.

Barangkali pergaduhan Nurul,Kak Wan dan Anwar membuatkan beliau berasa muak dengan politik lucah. Desakan Nurul keatas papanya agar bersumpah didalam rumah dihadapan anak anak tidak pernah dilakukan membuatkan Nurul berasa papanya jahat!.

Solat Hajat Pakatan Rakyat Menjadi Kenyataan.Arman Azha Kena Tempias.





Pasti Puak Pas dan sekutunya akan membuat cerita begini apabila dapat peluang untuk menfitnah.La nie tak payah dok kona baring tembakan puak nie tak akan menjadi kenyataan.Berikut kenyataan yang dibuat oleh  Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.


Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.
Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa.
"Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini, petang Selasa.
Menurutnya, tindakan untuk mengundurkan diri itu dibuat atas dasar prinsip peribadinya iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
"Kalau kita tengok senario di negara pada hari ini, apa saja perubahan yang ingin dilakukan harus memerlukan kesungguhan dalam keputusan politik (political will).
"Walaupun Perkasa merupakan badan pendesak terbesar untuk memartabatkan agenda agama, bangsa dan negara, ia memerlukan 'political will'. Dalam erti kata ini, saya ingin melangkah lebih jauh dengan berpegang kepada prinsip saya iaitu perjuangan dari segi politik," jelasnya yang memegang jawatan Ketua Wira Perkasa selama dua setengah tahun.
Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada Umno tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya.
"Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan.
"Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya.
Sementara itu, Arman turut menafikan dakwaan dia mempunyai masalah dengan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
"Tidak. Saya melayan Ibrahim Ali seperti bapa saya. Dia sentiasa menjadi mentor dalam perjuangan saya dan saya amat menghormatinya. Dia sering menasihati dan menjaga saya seperti seorang anak. Namun akhirnya keputusan harus dibuat kerana perjuangan di hadapan lebih besar," ujarnya.
Arman juga menolak keputusan beliau meletak jawatan kerana dipengaruhi tindakan mengejut Ketua Wiranita Perkasa, Raihan Sulaiman Palestin, bulan lalu.
"Saya sudah memikirkan mengenai perkara itu sejak dua atau tiga bulan lalu. Setelah mendapat nasihat daripada pemimpin lama dan petunjuk daripada Allah akhirnya keputusan untuk meletak jawatan dibuat malam tadi (Isnin)," katanya.
Jelas beliau, surat peletakan jawatan itu sudah difaks ke ibu pejabat Perkasa awal pagi Selasa dan khidmat pesanan ringkas sudah dihantar kepada Ibrahim Ali berhubung perkara tersebut.
"Walaupun saya sudah meletak jawatan, saya masih ahli Perkasa seumur hidup," tegasnya.

Limau Purut 3 serangkai PAS,DAP,PKR Buta Perut Akai Dok Kat Juboq.





Solat hajat semalam di stadium melawati,Sekali lagi Anwar berpeluang bersumpah laknat dihadapan ribuan khawarij,tetapi beliau sekali lagi melepaskan peluang tersebut.MENGAPA?!

Apakah maksud sumpah Mubahalah?

 
Sumpah mubahalah merujuk kepada ayat berikut: 

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ. 

Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah kamu beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.” [‘Ali Imran 3:61]

Timbalan Ketua PKR Pahang Keluar Parti

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1 Pahang, Mohd Nor Jaafar mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteran Insan Tanah Air (KITA).
Mohd Nor berkata, dia tidak lagi berminat dengan PKR kerana asyik secara membuta-tuli menyerang kerajaan dan bukannya fokus kepada isu-isu yang lebih penting.
“Bagaimana negara nak maju jika kita tak henti-henti menyerang dan mempolitikkan segala-galanya tanpa memfokuskan masalah sebenar rakyat?
“Saya fikir selama ini hanya membuang masa kerana hanya semata-mata mahu melawan kerajaan," ujarnya di sini, Selasa.
Beliau memberitahu, permohonan untuk menyertai KITA telah pun diterima.
“Saya akan serahkan surat peletakan jawtan kepada ibu pejabat PKR minggu ini,'' katanya yang juga merupakan Ketua PKR Jerantut.
Mohd Nor menegaskan bahawa keputusannya itu tiada kena mengena dengan video seks yang mengaitkan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.
“Saya tidak lihat video itu, jadi saya tak boleh komen isu berkenaan.
“Tapi mereka yang terlibat dengan video itu bukan maksum," ujarnya.
Mohd Nor yang juga bekas ahli PAS berkata, dia seorang yang berfikiran liberal.
“Saya bukan 'yes man','' katanya.
Sumber mStar Online.

Monday, March 28

Penang council takes down 70 banners of Najib

GEORGE TOWN: The Penang Municipal Council (MPPP) has taken down 70 banners featuring the image of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
The removed banners were at Anson Road, Jalan Masjid Kapitan Keling, Penang Road, Bukit Gambir, Bukit Jambul, Datuk Keramat Road and at the Komtar area.
Sixty-nine of the banners, put up to promote a fundraising event on April 2 where Najib is scheduled to be present, were removed on Friday.
The other, of a cultural carnival on April 2 for which Najib was indicated as the guest of honour, was among six banners removed at Jalan Masjid Kapitan Keling yesterday.
The other five banners promoted courses, seminars and various programmes.
MPPP Public Health Standing Committee alternate chairman Ong Ah Teong said the council’s enforcement team removed the banners after receiving public complaints.
“The council is merely carrying out its duty of removing banners without MPPP permits.
“We removed them regardless of their content and who put them up. We advise the public to apply for a permit to avoid any losses. The enforcement action against illegal banners is ongoing,” Ong said yesterday.
He said the permit for each banner costs RM22 and another RM30 as deposit per month.
After an MPPP full council meeting, Ong had announced on Friday that the council would hire a private company to remove illegal banners and streamers in the municipality.
MKP rasanya depa puak-puak DAP nie takut kat PM kot.Kata-kata PM kat Hulu Selangor 1Malaysia lebih popular dari maggie mee...................

Depa Kata Umno Zalim Tapi Nie apadia?

MALAYSIA berjaya mencapai kemajuan memberangsangkan dalam usaha menangani kemiskinan sejak 40 tahun lalu, namun jumlah berkenaan masih belum dapat dibasmi sepenuhnya kerana terdapat kira-kira empat peratus warga Malaysia masih di bawah kelompok miskin.


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertanggungjawab meneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah (LIH) berjaya mencapai sasaran ditetapkan pada tahun lalu.

Pencapaian ketara yang dicatatkan pada tahun 2010 adalah lebih daripada 44,000 isi rumah berjaya dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar. Namun, jumlah mereka yang berpendapatan rendah dan miskin masih ramai dan perlu dikurangkan.




Komitmen KPWKM adalah untuk memastikan pelbagai usaha terus dilakukan dengan cara yang mantap walaupun pihak kementerian tidak berdaya membasmi kemiskinan sama sekali di negara ini.

Tahun lalu, kira-kira 44,643 isi rumah miskin tegar berjaya dikeluarkan daripada kategori ini dan 15,868 isi rumah miskin berjaya dikeluarkan daripada kelompok berkenaan.


Daripada jumlah berkenaan, kira-kira 2,000 usahawan wanita berjaya dibantu serta 80 peratus unit rumah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) ditawarkan untuk dijual kepada penyewa sedia ada.




Malah, dalam bajet 2010, kementerian menawarkan 35,095 unit rumah kos rendah milik DBKL pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 seunit iaitu pengurangan sehingga 75 peratus daripada nilai pasaran.

Untuk semua usaha yang dilakukan, RM1.163 bilion diperuntukkan dan sehingga Disember 2010, RM415.23 juta sudah disalurkan dan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan serta RM747.84 juta lagi digunakan untuk perbelanjaan operasi.




Dalam menangani isu kemiskinan, kementerian mengenal pasti tiga bidang utama iaitu menetapkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah, melaksanakan inisiatif berimpak tinggi dan meletakkan penggerak bagi membasmi kemiskinan dengan cekap serta berkesan.

Semua kementerian dan agensi perlu menetapkan takrifan bagi pengertian isi rumah berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar bagi memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada kumpulan yang layak.


Miskin tegar dikategorikan bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM440 dan ke bawah, miskin RM750 ke bawah dan berpendapatan rendah RM2,000 ke bawah.


Untuk membantu golongan berkenaan kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi antaranya menjalankan program bantuan kebajikan, bantuan perumahan dan program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin).


Selain itu, kementerian turut mewujudkan pangkalan data eKasih yang diuruskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan proses pengenalpastian, penentusahan dan pengesanan isi rumah berpendapatan rendah.

Sunday, March 27

200 ahli PKR Bayan Baru keluar parti



GEORGETOWN: Seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru di sini, mengisytiharkan keluar parti hari ini. 

Pengerusi Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, S Dhinabalan, berkata keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.

"Mereka membuat keputusan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks Anwar di Balai Polis Bayan Baru di sini.


READ MORE

Saturday, March 26

Anuar Mengamuk diTaman Melawati.Kona Pasal Video Sexx





 Tertekan dengan pendedahan rakaman video seks dan perjalanan kes liwatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba membawa isu tersebut ke jalanan dengan menjadikan orang ramai sebagai taruhan.

Akibatnya, tercetus kekecohan antara penyokong Anwar dengan pihak berkuasa apabila polis cuba menghentikan ceramah haram ketua pembangkang itu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati, malam semalam.

Dalam sesi ceramah yang dihadiri lebih 1,000 orang tersebut, pihak polis tetap memberi peluang kepada Anwar, selaku penceramah terakhir untuk berucap selama 15 minit meskipun, perhimpunan itu tidak mempunyai sebarang permit.

Namun, disebabkan tindakan ketua pembangkang itu yang sejak awal-awal lagi sudah mengapi-apikan kemarahan penyokongnya, sebahagian orang ramai mula bertindak ganas dengan membalik pelbagai objek ke arah polis.

Keadaan itu memaksa pihak berkuasa memohon bantuan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menyuraikan keadaan yang semakin tidak terkawal apabila semakin ramai penyokong Anwar cuba menghalang tugas polis.

Terdahulu, dalam ceramahnya, Anwar tidak pula menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sebagai 'aktor' dalam video tersebut, sebaliknya mempertikai kenapa pihak berkuasa tidak menghalang video itu daripada didedah.

"Sudahlah dengan kes mahkamah memang nak kalah, pergi Parlimen kena gantung, kemudian tengok TV (televisyen) dia tunjuk video. Video seks. Kemudian orang yang tunjuk diagungkan walaupun berniat jahat.

"Tanya polis-polis ini. Mana-mana orang yang sebar video lucah bolehkah dibiarkan? Tangkap terus. Ingat ini semua apa? Orang yang hadir malam ini semua bodoh ke? Kamu semua tahu undang-undang, tapi mereka cuba perbodohkan.

"Ajar mereka, ajar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bodoh. Beritahu editor, beritahu wartawan, beritahu The StarUtusan Malaysia. Beritahu mereka kita tidak bodoh," katanya.

Dalam ceramah itu, Anwar memperlekehkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ucapan Penasihat PKR itu menyokong amalan pluralisme.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya telah menahan dua individu pada perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, mereka yang berusia awal 30-an itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

Nie Pasai Dok Ikut Amal Makruh Nahi Hota Hang Ketua Menteri RM100



Taktik sebuah premis urut golongan gay menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu kaca berkod untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu terbongkar setelah diserbu polis. 

Sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menyerbu premis terletak di Kompleks Midland Pulau Tikus awal pagi kelmarin selepas menerima aduan orang awam. 

Difahamkan, premis itu beroperasi tanpa lesen itu didapati tersenarai sebagai destinasi gay antarabangsa berdasarkan namanya terdapat dalam majalah yang ditemui ketika serbuan itu. 

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Fauzi Mohd Yusof yang mengetuai serbuan itu, mendapati nama pusat urut di Kompleks Midland itu turut mencatat dalam majalah Gay ‘Pluto’ 

“Majalah itu merupakan terbitan Singapura mengandungi pelbagai gambar aksi lucah dan peta lokasi gay di rantau Asia turut dirampas. 

“Dalam serbuan itu, polis menahan tiga lelaki berusia 28 yang bekerja sebagai tukang urut dan dua lelaki berusia 30-an dipercayai pelanggan,” katanya. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja di situ menawarkan khidmat urutan dan khidmat seks luar tabii jika diminta pelanggan berdasarkan penemuan beberapa kondom yang sudah digunakan. 

Polis turut merampas beberapa barang termasuk dua keping kondom, losen minyak, krim putih, tuala dan dua majalah ‘Pluto’. 

Kesemuanya dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. 


Friday, March 25

Barua Cina Tak Sedaq Diri.


\

Cilaka punya Tiger Chong melebelkan melayu sebagai pendatang adakah musibat nie sedaq diri sebenarnya depa puak DAP nie berasal dari tanah besar cina pefahaman komunis.Melayu telah lama lagi disini sejak kegemilangan kerajaan Melaka itu baru sikit.Barua hang kena ingat chong bukan semua pengundi Bukit Mertajam tue semua cina.

Patut pihak yang merasakan depa yang dok perjuangan bangsa melayu mesti dan kena bangkit dan mengambil tindakan terhadap musibat nie.

Melayu banyak bersabar akan tetapi jika sudah menghina apa tunggu lagi..........................  

PRU Sarawak.Pembangkang Tidoq Sebantai Mimpi Tak Sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya Sarawak ke-10 pada 16 April dan hari penamaan calon pada 6 April ini.


Bukan saja usaha parti pembangkang untuk menjalin kerjasama hampir mustahil menjadi kenyataan tidak menjadi akibat tiada persefahaman dan tolak ansur sesama mereka, malah perkembangan terkini menyaksikan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) bagaikan melakukan provokasi terhadap rakan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Semalam, Presiden SNAP, Edwin Dundang, yang mengumumkan 11 lagi calonnya, menjadikan jumlah calon SNAP yang sudah diumum setakat ini berjumlah 27 orang, hanya membenarkan PKR bertanding di kerusi majoriti Dayak dengan syarat menggunakan lambang SNAP.


Lebih mengejutkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, yang akan bertanding di kerusi DUN Ba'kelalan turut diminta oleh SNAP bertanding atas tiket parti itu kerana kawasan berkenaan juga majoriti pengundinya Dayak. 

Ini adalah satu tamparan hebat kepada PKR terutama kepada presidennya kerana ia sama sekali tidak masuk akal, aneh dan provokasi buat PKR yang ingin menjadi ‘ketua’ di kalangan pembangkang di Sarawak. 

“Di mana maruah PKR jika Pengerusi PKR pun terpaksa bertanding atas tiket SNAP. Saya melihat ia sebagai satu provokasi dan SNAP kini ibarat duri dalam daging dalam pakatan pembangkang. Saya yakin PKR tidak akan menerima syarat aneh SNAP ini,” kata penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir. 

Lebih daripada itu, SNAP - parti berusia 50 tahun di Sarawak, turut menuntut supaya PKR mengiktiraf SNAP sebagai parti tempatan paling dominan dan mahu mengetuai kerajaan jika mereka menang. Ini kerana sebelum ini PKR telah mengisytiharkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, bakal menjadi Ketua Menteri jika pembangkang berjaya merampas kerajaan negeri pada pilihan raya negeri kali ini. 
Belum pun apa-apa, kedua-dua parti pembangkang itu sudah berebut jawatan Ketua Menteri. Ini kerana semalam, Edwin berkata, SNAP lebih dominan berbanding PKR dan lebih layak menerajui kerajaan negeri. 

Ahad lalu, SNAP yang dikatakan masih mempunyai pengaruh terutama di kawasan luar bandar ‘berpatah arang, berkerat rotan’ dengan PKR yang dianggap terlalu bongkak dan tamak apabila mahu membolot 52 kerusi dalam perundingan pengagihan kerusi sesama pembangkang sehingga mengumumkan tidak akan lagi berunding dengan PKR dalam soal pengagihan kerusi. 

Pada sidang media semalam, Edwin berkata, berdasarkan pertemuan dan perbincangan pihaknya dengan pemimpin tertinggi PKR kelmarin, SNAP berharap dapat mengetuai kerajaan Sarawak seperti PKR di Selangor, DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan. 

“Adalah jelas kami masih bersama pakatan pembangkang serta tiada isu bagi kami meninggalkan pembangkang, namun apa yang diharapkan adalah PKR mengiktiraf kami sebagai parti pembangkang yang dominan berdasarkan pengalaman kami. 

“Sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas ini apa yang akan terjadi? Disebabkan itu kita mahu majoriti kerusi diberikan kepada SNAP serta mahu mengetuai kerajaan,” katanya. 

Bagi Dr Jeniri, tidak mungkin akan wujud kerjasama dan persefahaman tulen antara pembangkang, apa lagi SNAP bertegas untuk mengemukakan ramai calon dengan menamakan 27 nama setakat ini, ketika pembangkang belum memuktamadkan lagi rundingan pengagihan kerusi. 

“Saya tidak fikir pakatan pembangkang bersedia bertolak ansur dan berkompromi dengan tuntutan SNAP ini, apa lagi SNAP meminta supaya ia diisytiharkan sebagai parti dominan. Ini akan memberi implikasi besar jika pembangkang menang dengan berlaku perebutan jawatan Ketua Menteri. 

“Malah, saya sudah meneliti senarai calon yang diumumkan SNAP setakat ini, dengan kebanyakan calon adalah muka yang sudah lesu dan tidak meyakinkan pengundi. 

“Perkembangan terbaru ini akan memberi kesan negatif kepada hasrat dan impian pembangkang untuk memberi impak besar pada pilihan raya kelak,” katanya. 

Wednesday, March 23

ANUar Lobang Hang Dah Pecah!!!!



Tan Sri Rahim Tamby Chik mengakui bahawa beliau bersama Datuk Shazryl Eskay ( Orang Kepercayaan Anwar ) dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk T atau Trio dalam kekecohan mengenai Video Porno yang tersebar.

Rahim Tamby Chik mengaku tayangan Video di Caracosa Negara baru baru ini di atur oleh beliau dan dua rakannya.

Video Porno ini sebelum nya telah di pertontonkan kepada MP Sg Petani Datuk Johari Abdul dan Akibat kerana permintaan Melampau sehingga mencecah RM 20 juta maka Trio ini tidak melayan kehendak Johari Abdul.

Datuk Shazryl Eskay orang kanan Anwar satu ketika dulu. Bertegas dan mengakui Klip Video tersebut TULEN dan wajah beliau sendiri terdapat pada rakaman Video tersebut.

Ketiga tiga Datuk Trio mintan agar Suruhanjaya Di Raja yang di anggotai pemimpin Parti Pembangkang, NGO. Bagi menyelesaikan isu Video porno tersebut dan mengesahkan siapakah pelaku Porno yang ada dalam Klip Video berkenaan.

Datuk Shazrly Eskay mengesahkan hanya mereka bertiga yang terlibat dalam pendedahan Video Porno Tersebut tampa melibatkan mana mana pihak lain termasuk Parti Dan kerajaan.

Dato Johari mintak Wang Pelincir RM 100 ribu bagi membawa ahli PKR lain keluar dari pakatan dan 1 Juta 1 kepala bagi komisyen! Dan apabila ini berlaku maka ianya telah di tolak oleh ketiga tiga dari mereka! Wang bukan matlamat mereka dalam menegakkan kebenaran.

Menurut Datuk Eskay Wan Azizah mengirim sms kepada beliau untuk meminta salinan rakaman Video Porno Anwar Ibrahim. Wow apa Kak Wan nak buat?

Datuk T itu adalah Datuk Shazryl Eskay Abdullah?



Wakil rakyat Sungai Petani Kedah-Datuk Johari Abdul daripada PKR mendakwa bahawa Datuk T itu adalah Datuk Shazryl Eskay Abdullah (gambar).

Menurut Johari, dia bersama pamannya ke Hotel Flamingo Ampang, sejurus tayangan Video lucah yang memaparkan "Anwar" sebagai pelakon utama, melakukan hubungan sex dengan seorang perempuan dipercayai berbangsa cina di sebuah hotel.

Tayangan Video lucah itu yang berlangsung di sebuah bilik di Carsosa negara pada pagi Isnin, mengundang berbagai reaksi, baik Anwar sendiri, yang dikatakan bahawa pelakon lelaki berperut buncit itu mirip wajahnya.

Anwar telah membuat laporan polis mengenai video lucah itu. Pihak polis akan menyiasat laporan Anwar itu melalui seksyen 292 CPC.

Dalam perkembangan yang sama, Johari Abdul mendakwa, bahawa tayangan video lucah itu didalangi oleh Pengerusi RISDA Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Menurut Johari, di Hotel Flamingo, dia bertemu dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

YB Malik Itik Kantoi,tolong Jawab apa dah jadi.



 Apa dah jadi nie awat dok sembunyi pasai apa tak mau buat sidang media yang pasti benda nie nak habaq kat ketua menteri 100ringgit dulu kot.Dengaq kata depa semua pi anjuran PDC.akan membongkaq apa berlaku rasanya pihak PDC tak bayaq duit atau malik itik cilok duit kot.


 Kini YB Malik Kassim sedang gundah gulana di Medan... dimaklumkan oleh rakan2 niaga termasuk orang2 kuat Dewan Perniagaan Melayu P.Pinang, para peniaga dan orang yang turut serta dlm rombongan kerajaan negeri, Rumah Kerajaan Negeri P.Pinang yang sepatutnya meriah dgn pelbagai jualan di Medan Fair kini lengang dan kosong...

MKT dimakluamkan barangan yg dibawa dari Pulau Pinang tidak dibenarkan masuk ke Medan atas sebab2 tertentu.. Dari sumber tidak rasmi, MKT dimaklumkan kegagalan menjelaskan bayaran/hutang ke atas pihak penganjur dan kelemahan pengurusan oleh YB Malik adalah punca segalanya...

YB Malik & kerajaan DAP telah mencatatkan sejarah kerana buat pertama kalinya deligasi dan para peniaga dari Pulau Pinang diperlakuakan sebegini oleh pihak Medan Fair. Inilah yg dikatakan pentadbiran yang CEKAP, AKAUNTABILITI & TELUS...


Sekumpulan usahawan Pulau Pinang memboikot Pekan Raya Sumatera Utara (Medan Fair) di Medan, Indonesia akibat tidak berpuas hati dengan karenah birokrasi yang berlaku di sana. 


Salah seorang usahawan terbabit memaklumkan kepada Sinar Harian akibat masalah itu, barangan mereka tersadai di Lapangan Terbang Polonia dan tidak dapat dikeluarkan dengan alasan masalah cukai.

Dalam aduannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar dari Medan, 30 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sepatutnya menyertai Pekan Raya Sumatera Utara ke 40 menarik diri dan pulang ke tanah air tengah hari semalam.

“Kami terpaksa menarik diri dan pulang ke tanah air apabila kargo dari Pulau Pinang dihalang dikeluarkan dari Lapangan Terbang Polonia, Medan.

“Delegasi yang terdiri daripada pegawai agensi kerajaan dan 30 usahawan berangkat pulang dan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) pada jam 12.45 tengah hari setelah kecewa dengan bahagian cukai di lapangan terbang itu,” katanya.

Sinar Harian yang menunggu kepulangan mereka sejak jam 12.15 tengah hari itu bagaimanapun gagal untuk menemui usahawan sampai di LTABL setelah ‘disambut dan dinasihati’ oleh lima pegawai dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang ‘mengawasi’ setiap usahawan yang tiba di balai ketibaan. 



Usahawan yang tiba kelihatan seolah-olah ‘takut’ setelah disapa Sinar Harian dan ada yang cuba ‘menutup mulut’ dengan berkata mereka ke Medan untuk melancong.

Persoalannya, adakah wajar seorang pelancong yang mengunjungi Medan perlu berjumpa dan berbual panjang dengan pegawai PDC apabila tiba di tanah air?





.



Tuesday, March 22

Khairy Umum Rombakan Kecil Pemuda Negeri Pulau Pinang.


KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa beliau telah membuat satu rombakan kecil kepimpinan Pergerakaan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Shaikh Hussein Mydin telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri.
Perlantikan ini adalah bertujuan memantapkan struktur organisasi dan kepimpinan di peringkat Pemuda negeri terbabit bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut Khairy, beliau amat yakin perlantikan ini mampu untuk menguatkan lagi jentera PRU di seluruh Bahagian negeri Pulau Pinang di dalam objektif merampas semua kerusi-kerusi yang diwakili oleh Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
“Saya amat berharap agar pergerakan Pemuda di semua bahagian negeri Pulau Pinang dapat memberi kerjasama yang baik disamping memperbanyakkan lagi program-program di peringkat Pemuda bagi mendekati mengundi muda pada setiap masa,” ujarnya menerusi kenyataan media yang diedarkan hari ini. – MediaUMNO.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive