Showing posts with label anuar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anuar ibrahim. Show all posts

Thursday, December 29

901 Jelajah 10 Negeri.



Siri Jelajah kempen 'Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901' telah ke 10 negeri dan akan berakhir pada 31 Disember ini.
Timbalan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata, antara negeri yang terlibat termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata, tujuan kempen diadakan bagi menunjukkan sokongan dan menuntut keadilan kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilancarkan.
“Kempen bermula 18 Disember lalu bertujuan mengajak rakyat hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu.
"Kempen secara besar-besaran di Twitter, Facebook, dan blog turut berperanan penting sebagai saluran media alternatif untuk membina gelombang kebangkitan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini..
Katanya, AMK peringkat negeri juga diberi arahan untuk bersiap sedia dan mengadakan kempen kesedaran rakyat untuk menuntut keadilan kepada Anwar 9 Januari ini.
  Mohd Saifullah berkata, antar aktiviti yang dijalankan adalah ceramah perdana, ceramah kelompok dan secara edaran risalah.
Dalam pada itu, ketika ditanya anggaran sambutan yang bakal mereka terima pada 9 Januari nanti, Mohd Saifullah berkata, berdasar sambutan hangat rakyat, mereka yakin orang ramai akan hadir beramai-ramai menuntut keadilan kepada Anwar.
Semalam, laman portal berita Free Malaysian Today memberitahu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar berkata kempen yang bermula di alam maya itu dan telah mencetak 500,000 risalah  yang mengandungi kronologi kes dan kepincangan yang berlaku sepanjang perbicaraan berlangsung.
Katanya, pada acara kemuncak nanti, program bersama pemuda Pakatan Rakyat juga sudah disusun mengikut negeri, malah pertemuan bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat juga selesai.
Namun ujar Shamsul, perkara itu akan dijelaskan dalam sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Wednesday, December 28

Sudah lengkap? DAP ada Khalifah, PAS ada Nabi & PKR ada Imam Mahdi !



Setiausaha Agung Parti Tindakan Tidak Demokratik merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah diangkat dan diiktiraf sebagai seorang Khalifah setaraf dengan Khalifah Umar Abdul Aziz oleh pencacai-pencacai dalam Parti Islam Se-Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.


 Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat merupakan salah seorang pemimpin seterusnya dari kalangan pemimpin Pakatan Haram pembangkang yang dinaikkan pangkat dari seorang Ularmak PAS kepada seorang Nabi.


Terbaru dan masih hangat!!! Penasihat Parti Keadilan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah diakui sendiri oleh isterinya sebagai 'anugerah Tuhan' kepada Malaysia terus mendapat pengiktirafan baru dari pengikut Pakatan Haram sebagai Imam Mahdi yang akan menjelma pada akhir zaman.

Memang gila! memang gila sudah pencacai-pencacai pemimpin Pakatan Haram di negara ini. Belum pernahpun dilakukan oleh mana-mana pemuja pemimpin politik negara lain di dunia ini seperti yang dilakukan oleh para pengikut Pakatan Haram itu. Akibat terlalu taksublah tu.

Penyokong-penyokong pemimpin Parti Republikan, Parti Demokrat, Parti Buruh di negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Australia, negara-negara Eropah mahupun negara-negara Arab sendiri juga tidak pernah taksub sampai ke tahap sehingga boleh merosakkan iman sebegitu rupa seperti yang telah dilakukan oleh para penyokong Pakatan Haram.

Kalau nak berpolitik tu maka berpolitiklah secara sihat atau sekurang-kurangnya dengan cara yang boleh diterima akal sedikit dan tak patutlah semua perkara ataupun perkara yang bukan-bukan juga mahu diheret sama ke dalam politik liar mereka.

Monday, December 26

Rahim Ghouse Proksi Anwar Ibrahim.


Menyambung kembali apa yang MKP berbicara sebelum ini. Rahim Ghouse telah memulakan dengan memberi dana kepada Anwar Ibrahim dalam bentuk matawang Pound Sterling(UK).Perjumpaan dengan mahasiswa dirumahnya beberapa hari lepas telah mendedahkan segalanya.Dana ini akan digunakan pada kempen 901.Banyak jugak yang akan dilaburkan dalam kempen ini bermulanya dari provokasi Adam Adli untuk mencari pengikut serta sokongan mahasiswa/mahasiswi.Sudah tentu dana akan diberi untuk memudahkan pelancaran dan provokasi yang akan dicetuskan pada 901.

Dari apa yang diceritakan kepada MKP Dana terbaru ini akan mencetuskan demo jalanan terbesar gerakan mahasiswa/mahasiswi berpaksikan kepada SMM.Ini adalah kekuatan beliau dalam karier politiknya dan mengunakan apa saja diperlukan untuk mendapatkan simpati dan perhatian rakyat dan penyokongnya.MKP lihat ini adalah langkah terakhirnya sebelum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah pada 9hb nie.

Setelah Rahim Ghouse berjaya mempengaruhi kebanyakkan NGO di Australia untuk kepentingan Anwar kini telah beralih arah ke United Kingdom pulak untuk mengumpul dana melalui Abrar Group.80 juta bakal digunakan semasa demo 901.Jika berlaku sesuatu kepada Anwar semua telah tersedia untuk membawa beliau keluar dari malaysia melalui kedutaan India dengan pertemuan anak kepada Mathma Ghandi.Maklumat berkenaan telah disebarkan meluas melalui media siber pada kini.Semuanya rancang!!!!!








Kaitan Rahim Ghouse Proksi Anwar Ibrahim.



Kisah dua biras/sepupu dalam satu keluarga Anwar Ibrahim.MKP mendapat berita yang Rahim Ghouse akan bersama Anwar dalam perjalanan yang telah dirancang 901berhubung pendengaran kes liwat beliau yang akan diputuskan pada 09/01/2011.Penyumbang DANA terbesar Anwar telah kembali menyumbang dalam perancangan 901 ini.Mari kita ungkap kembali kisah Rahim Ghouse semasa menjadi Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh dizaman Anwar dulu.Rahim Ghouse (penyokong Anwar Ibrahim), bekas Pengarah Abrar Group yang melarikan diri ke Indonesia setelah melakukan beberapa siri kekacauan di ibu kota ketika zaman reformasi?

Ada tiung memberitahu, Saudara Rahim telah pulang ke tanah air beberapa hari lalu. Jika benar maklumat ini dan tiada pula proses soal siasat yang biasa dilakukan ke atas orang yang melarikan diri selepas mencetuskan kekacauan, maka akan timbul satu pertanyaan baru: Apakah ada agenda lebih besar dalam politik tanah air?

Siapa Rahim Ghouse? Rahim diketahui umum sebagai salah seorang kroni dan penyokong kuat bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan penggerak dan penyalur utama kewangan gerakan awal reformasi.

NAME : DR ABDUL RAHIM GHOUSE

ADDRESS : NO 2 JALAN BUKIT SETIAWANGSA 16,
TAMAN SETIAWANGSA, 54200
KUALA LUMPUR

COMPANY NAME POSITION

Access Equity Sdn Bhd Director 
NBCT Rail Sdn Bhd Director
Sambungan Transit Antara Sdn Bhd Director 

Abrar Health Services Sdn Bhd Director
Abrar Construction Sdn Bhd - Director
Abrar Corporate Resource Sdn Bhd - Director
Abrar Brokerage Holdings Sdn Bhd - Director
Abrar Infrastructure Holdings Sdn Bhd - Director
Abrar Financial Holdings (Overseas) Sdn Bhd -Director
Abrar Frontier Management Sdn Bhd - Director
Abrar Financial Holdings Sdn Bhd - Director
Abrar Development Ventures Sdn Bhd - Director
Abrar Technologies Sdn Bhd - Director
Abrar Corporation Berhad - Director
Abrar Group International - Director
Abrar-Kuwait Holdings Sdn Bhd - Director
Abrar Vision Sdn Bhd - Director
Benar Antara Sdn Bhd - Director
BA Engineering Sdn Bhd - Director
BPM International Sdn Bhd - Director
Science-Tech Solutions Sdn Bhd - Director
Nadi Puspa (M) Sdn Bhd - Director
I.I Management Consultancy Sdn Bhd - Director
Camery Deluxe Sdn Bhd - Director
A.G.I Nominees Sdn Bhd - Director
Chalpeak (M) Sdn Bhd -Director
Meteoric Ventures Sdn Bhd Director
Vital Accord Sdn Bhd Director
KFH Ijarah House (M) Sdn Bhd Director
Honan Plantations Sdn Bhd Director
Meadow Point Sdn Bhd Director
Accurate Networks & Systems Integration Berhad Director
Express Rail Link Sdn Bhd Director
North East Meridian Sdn Bhd Director
Mun Loong-Hankyu Jaya Director
Keltimber Sdn Bhd Director
Global Broadcast Networks Sdn Bhd Director
ICM Studies Sdn Bhd Director
GBN Equipment Sdn Bhd Director
ISR Consultant Sdn Bhd Director
Wisma Embun Sdn Bhd Director
Aktimas Veneer Sdn Bhd Director
Rampai Jalir Sdn Bhd Director
ISR Communications Sdn Bhd Director

Dalam pendedahan mengenai hubungkait Robert Kuok dengan Anwar dan kemungkinan mereka bekerjasama sabotaj ekonomi, Anwar menyebut dalam surat mengenai Al Baraka Group.Selama Anwar dalam UMNO menjadi dalang penghancur, Al Baraka group di Malaysia diketuai oleh seorang balaci setia Anwar bernama Kamaruddin Mohd Nor.
Anwar adalah salah seorang dari ahli Lembaga Pengarah Al Baraka Group.Siapakah Al Baraka group?Mereka dibelakang Al Baraka adalah rapat dengan Osama Bin Laden. Al Baraka Group, mempunyai kaitan juga dengan IIIT.
Salah seorang dari personaliti adalah Yassin Al–Qadi. Dia mempunyai hubungan intim dengan dua orang proksi Anwar Ibrahim iaitu, Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman yang menubuhkan ABRAR Group di Connecticut Amerika Syarikat dan membawa pulang ke Malaysia.
Kaitan ini berpanjangan ke Bank Islam melalui Dr Jamal Barzinji yang dibawa ke Malaysia oleh Anwar untuk menjadi pensyarah di UIA.Hairan kenapa Amerika menolong Anwar Ibrahim.
Adakah akhirnya nasib Anwar akan jadi seperti Osama Bin Laden yang disampahkan setelah mereka berjaya menguasai Malaysia dengan bantuannya.
MKP:Bahagian Kedua akan menyusul selepas ini...................

Wednesday, December 21

Tanah Liat Boleh Ajaq Anuar Ibrahim


Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi pada pilihan raya kecil permatang pauh. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskini.Pengundi mengikut pecahan kaum adalah majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu menurun dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa india kekal hanya 5.7 % manakala lain-lain meningkat hingga mencapai 0.1 %.
Pada pilihan raya umum Malaysia pada Mac 2008 telah menyaksikan bahawa peratusan pengundi adalah sama. Namun jika dilihat kepada pilihan raya umum Malaysia 2004, undi Melayu adalah 67.60%, Cina sebanyak 26.30%, India pula adalah 5.7% dan yang lain adalah 0.3%.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana suaminya berada di dalam penjara. Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari UMNO, Datuk Dr Ibrahim Saad yang hanya mendapat 14,743 undi.
Bagi DUN ini daerah pengundian adalah seperti berikut:-Sama Gagah,Permatang Ara,Permatang Pauh,Bukit Indra Muda,Kampong Pelet,Kubang Semang,Tanah Liat Mukim 8,Kampong Cross Street 2.
                                                                                                            PKR                  BN
Tanah Liat Mk 8                                          623         534

BUKIT MERTAJAM, 21 Dis – Seramai 130 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini bertindak keluar parti itu dan menyertai UMNO setelah kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR. 
Kumpulan itu menyerahkan  borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Kampung Tanah Liat Mukim 9, di sini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bahagian Permatang  Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini Abdul Wahab Rahman, ,70, berkata  mereka terpaksa meninggalkan parti yang sekian lama disanjung itu setelah mula melihat kepincangan dalam PKR.
“Sudah lama saya fikir dan perhatikan perjalanan PKR dan selepas  11 tahun ditubuhkan ia kini sudah tidak lagi relevan.
“Mereka (pemimpin PKR) langsung tidak pedulikan masalah rakyat  terutama kami di sini, jadi saya rasakan sudah tiba masanya kami berubah  haluan dan kembali kepada perjuangan UMNO,” katanya di sini.
Mohd Nasir Yob, 40, yang mewakili ranting PKR Bukit Berangan berkata mereka juga sepakat untuk keluar PKR selepas kecewa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Datuk Mansor Othman yang didakwa mengabaikan rakyat di Bukit Berangan.
Katanya selepas hampir empat tahun menjadi Adun Penanti, tiada apa yang disumbangkan wakil rakyat itu sama ada daripada segi kebajikan mahupun infrastruktur kepada penduduk, menyebabkan mereka putus asa dan mengambil keputusan menyertai UMNO.
Zainal Abidin yang ditemui selepas majlis itu berkata pihaknya dengan hati terbuka menerima kemasukan bekas anggota PKR itu ke dalam  UMNO.





Tuesday, December 20

Anwar Sampai Kapan Mahu Kelentong?



Ayahanda Tun M. mencabar Anwar  bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.Ayahanda Tun tidak pernah berbuat demikian seperti didakwa Anwar itu sebaliknya menolak permintaan daripada wakil Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.


Cabaran itu dibuat ekoran portal propembangkang, Meloyakini melaporkan Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) baru-baru ini, mendakwa Ayahanda Tun telah melakukan perbuatan yang akan merugikan negara itu.Dalam reaksinya sehari selepas itu, Anwar cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran berkenaan termasuk mendakwa apa yang dibangkitkannya melibatkan soal rasuah dan jenayah yang tidak boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah.


Sebenarnya, berbohong, memutar-belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi tabiat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukanlah sesuatu yang baru.



Ini dapat dilihat pada 1998, apabila beliau mendakwa menyimpan enam kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini tidak pernah didedahkan.


Pada 1999 pula, Anwar digambarkan akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat berikutan terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya menggunakan racun asernik. Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi penyampai segala dakwaan Anwar itu turut menuduh suaminya disuntik dengan virus HIV semasa dalam penjara dan akan meninggal dunia dalam tempoh singkat kerana AIDS.


Isu keracunan arsenik dan virus HIV itu dibangkitkan ketika Anwar menghadapi pertuduhan meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.


Pun begitu, walaupun diramal meninggal dunia dalam tempoh singkat, sehingga kini, Anwar segar bugar dan pemeriksaan yang dilakukan doktor mendapati tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuhnya.


Biarpun berhadapan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah, kreativiti Anwar dalam menghasut dan meracuni fikiran rakyat tidak pernah luntur.


Semua ini dilakukan bagi mengalihkan perhatian masyarakat terhadap pelbagai isu moral yang dihadapinya dan untuk mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkannya.


Pada 2001, Anwar digambarkan berkeadaan sangat uzur hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher kerana menghadapi sakit belakang yang kronik. Penipuan mengenai penyakit yang dihidapinya terbongkar apabila satu rakaman video menunjukkan Anwar dalam keadaan sihat ketika berada di hospital.


Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, beliau dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendapat rawatan di Hospital Munich, Jerman.


Sebaik sahaja tiba di Munich, stesen televisyen CNN menyiarkan siaran langsung yang menunjukkan beliau tidak lagi memakai pendakap leher dan boleh berjalan sendiri tanpa kerusi roda walaupun belum dirawat.


Dalam pada itu, tidak semena-mena apabila bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa diliwat pada Jun 2008, Anwar berkejar ke kedutaan Turki bagi mendapat perlindungan dengan alasan menerima ugutan bunuh. 


Persoalannya siapa yang mahu membunuh Anwar? Pelbagai pihak selepas itu menyifatkan tuduhan beliau ‘tidak masuk akal sama sekali’, tambahan pula beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung ugutan itu.


Ingatlah, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru buat selama-lamanya. Semoga kedatangan 2012 yang dikaitkan sebagai era transformasi besar-besaran terhadap evolusi umat manusia akan membuat Anwar sedar mengenai kewajipan seseorang muslim untuk bercakap benar walaupun pahit.

Monday, December 19

Tun Mahadir Bohong?????????


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan budak-budaknya dalam PKR nampak gaya dalam mood 'raya sakan' kerana merasa macam dapat 'hadiah cepumas' balun Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semua orang dah tau ini gara-gara Ketua Umum PKR itu dakwa kononnya ada bukti konon bekas Perdana Menteri itu bohong beliau tidak memohon pinjaman Bank Dunia masa krisis kewangan 1999.
Sandaran mereka hanya pada senarai yang tertera di laman web Bank Dunia yang tunjuk bantuan untuk Malaysia antara 18 Jun 1998 hingga 30 Mac 1999.
Laman web itu menyenaraikan empat bantuan dalam sektor pelajaran,ekonomi,teknikal dan sosial untuk Malaysia.
Anwar dalam twitternya pagi Ahad bukan main garang lagi kata ' Nak sumpah apa" merujuk pada cabaran Dr Mahathir beliau bersumpah di masjid jika benar.
Bekas Perdana Menteri minta Anwar tunjuk surat beliau memohon bantuan Bank Dunia bagi membuktikannya.
Anwar yang ditemui wartawan di Pulau Pinang selepas itu macam biasa tunjuk pendirian tidak mahu layan cabaran bersumpah.
Tentu ingatkan beliau tidak ke masjid dalam dakwaan kes liwat Saiful Bukhari Azlan dan videk seks didedahkan oleh trio Datuk T.
Anwar bagi alasan cabaran Dr Mahathir beliau tunjuk surat  adalah satu perangkap.
"Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat yang dihantar oleh kerajaan, ini hanya helah saja. Mana saya ada simpan fail atau surat itu."Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa atas Akta Rahsia Rasmi  pula. Nanti Tun Dr. Mahathir dakwa saya pula," ujarnya.
Makanya sepanjang Ahad budak-budak PKR bukan main galak tweet sana sini balon Dr Mahathir bohong.
Soalnya sekarang apakah senarai yang tertera dalam laman web Bank Dunia itu bukti sahih Dr Mahathir bohong?
Satu sumber yang rapat dan lama berkhidmat dengan bekas Perdana Menteri itu ketika dihubungi Agendadaily petang Ahad nampak relaks saja ketika ditanya mengenai senarai di laman web Bank Dunia itu. 

Dari cara cakapnya Anwar dan budak-budak PKR mungkin kena tekan brek syok sangat dan mungkin gigit jari nanti.
"Mana  dia surat yang kata Tun minta pinjaman Bank Dunia itu," katanya.
Sumber itu berkata setahu beliau bekas Perdana Menteri itu memang tidak minta bantuan dari Bank Dunia masa krisis kewangan 1999.
"Tun sendiri sudah cakap beliau tidak minta...itulah yang sebenarnya,"katanya.
Kata sumber itu senarai dalam laman web Bank Dunia itu tidak membawa maksud Dr Mahathir memohon.
"Tun sendiri ada kata Bank Dunia desak kita terima bantuan dana tapi kita menolak.
"Apakah separuh atau semua yang disenaraikan dalam laman web Bank Dunia itu diterima.Ataupun Bank Dunia lulus tapi kita menolak...samaada kita terima atau tidak...itu tidak disebut oleh laman web itu,"katanya.
Sumber itu menjelaskan apa yang disenaraikan dalam laman web itu mungkiin diluluskan sendiri oleh pihak Bank Dunia tetapi disitu tidak sebut samaada Malaysia terima atau tidak tawaran itu ataupun siapa yang memohon.
" Siapa tahu Anwar sendiri yang memohon bantuan itu...ini kerana permohonan tidak semesti ikut tarikh ia diluluskan sertamerta ( merujuk kepada empat tersenarai dari 18 Jun 1998 ke 30 Mac 1999 - waktu itu Anwar sudah tidak Menteri Kewangan).
"Biasakan...kalau kita mohon sesuatu pinjaman...ada masanya sampai tiga empat tahun selepas itu baru diluluskan.Inikan melibatkan dana yang beratus juta.
"Pernah kita dengar sesuatu permohonan dilulus dalam masa sehari,seminggu atau sebulan...katakan kalau permohonan dibuat dua tiga tahun sebelum Jun 1998...siapa Menteri Kewangan waktu itu dan siapa yang semua orang tahu cukup cenderung sangat nak ikut cara  IMF masa krisis kewangan.

"Sebab itu seperti Tun kata tunjuk surat yang kata beliau ada minta bantuan dari Bank Dunia.Kalau ada surat itu boleh percayalah,"katanya.
Apapun cukup seronok tengok gelagat Anwar dan budak-budaknya dalam bab kalau merasa KONON ,mereka sudah dapat bukti.
Ambil contoh isu pendedahan video seks oleh Datuk T sudah.Ia disahkan 99.9 persen tulin oleh pakar luar negara pun...mereka masih cuba nak ' bersilat'.
Wajah dalam video itu amat seiras dengan Anwar.
Begitu juga CCTV dua lelaki yang naik turun lif apartmen llokasi rakaman adegan seks.Siapa tak kenal wajah lelaki bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah itu.
Namun mereka cuba ' buat lawak' macam tak faham...dan berlagak seolah-olah tak ada hal.
Anehnya keterangan pakar luar negara yang menyebelahinya misalnya dalam perbicaraan kes liwat...pasukan peguamnya habis-habisan ditekan ia betul dan mesti diterima.
Ewah ewah...yang sahkan video seks 99.9 persen tulin tu bukan pakar luar negara ke ?
AGENDA DAILY.

KOLEKSI GAMBAR PERTEMUAN SULIT ANTARA ANWAR DAN AKTIVIS MAHASISWA!



Seperti yang aku agak...apa saja malapetaka yang berlaku di Malaysia ni memang kerja anak dajjal sorang ni...nah koleksi gambar2 pertemuan sulit (bukan hubungan sulit) antara aktivis mahasiswa dan Anwar Ibrahim yang berlangsung secara tertutup sejurus Anwar pulang dari Turki. Pemimpin hebat ini juga meletakkan kemuliaan mahasiswa sebagai no 1 dalam politik semasa. syabas mahasiswa!







Anwar Jantan Hilang Teloq.


Apa yang MKP lihat dan mengikuti permainan dan juga sikap Anuwar ini lebih kepada penafian.Amat jelas setelah dicabar oleh ayahanda Tun bersumpah mengenai isu pinjaman IMF yang mula dicetuskan sendiri oleh Anwar mulalah drama Bollywood.

Empat bulan selepas Pilihanraya Umum ke -12, Anton Chaitkin, editor di Executive Intelligence Review (EIR), sebuah majalah mingguan berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan satu maklumat berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Mahathir bin Mohamad, Malaysia’s prime minister from 1981 to 2003, attacked Soros as a menace to humanity. In the brawl between Mahathir and the Soros faction, Malaysia jailed its finance minister, Anwar Ibrahim, an ally of the IMF and of the Mont Pelerin Society, on charges of corruption and sodomy”, dedahnya dalam rencana bertajuk “The Zimbabwe Trust Gang In Other Capers“.

Bagi sesetengah pihak, pendedahan wartawan AS berkenaan penglibatan Anwar Ibrahim dengan IMF (International Monetary Fund) merupakan sesuatu yang biasa, namun pengesahan wartawan Barat berkenaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi ‘proksi’ kepada kepada penyangak matawang Yahudi, George Soros adalah luar biasa.

Kerana sebelum ini, sangat jarang di kalangan wartawan sama ada tempatan atau luar negara, benar-benar yakin dan pasti untuk mengesahkan hubungan Anwar dengan Soros tersebut.

Sebaran maklumat pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia hanya menyebut hubungan Anwar dengan Al Gore, William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn dan Michel Camdessus dan nama Soros tidak disebut langsung.

Ketika itu tokoh-tokoh di atas adalah sangat penting kerana mereka adalah Naib Presiden AS, Setiausaha Pertahanan AS, Setiusaha Negara AS, Presiden Bank Dunia dan Pengarah Urusan IMF.

Berbeza dengan Chaitkin, wartawan EIR dalam rencananya Julai 2008 hanya memfokuskan kaitan Anwar dengan satu nama iaitu Soros.

Lebih luar biasa lagi, apabila wartawan itu menyebut satu maklumat yang asing kepada rakyat Malaysia iaitu penglibatan Anwar satu badan bernama Mont Pelerin Society.

Apa itu Mont Pelerin Society dan kenapa wartawan AS itu begitu yakin Anwar termasuk dalam rangkaian organisasi tersebut ?

Sebenarnya pendedahan wartawan dari EIR, sebuah majalah berkaitan dengan gerakan politik Lyndon LaRouche di AS ini adalah di bawah kerangka besar bertajuk “The Dirty Operation Against Zimbabwe: Soros, Abramoff, and British Africa“.

Dalam rencana itu, Chaitkin yang bekas calon Mayor of New York City pada tahun 1973, mendedahkan bagaimana pakatan Soros, NED (National Endowment for Democracy), Abramoff dan tokoh British di Afrika beroperasi secara haram untuk menumbangkan sebuah kerajaan Zimbabwe.

Apakah Soros, NED, IMF, Mont Pelerin Society dan proksi tokoh tertentu berada dalam satu rangkaian dan merupakan resipi modus operandi untuk menumbangkan sesebuah kerajaan ?




Sunday, December 18

Anwar Buat Ayahanda Tun Mengamuk.


Lain Padang Lain Belalang.Kalau dalam politik jika kita melawan Big Boss inilah akibatnya,kena londeh seluaq la jawabnya.Akibat dari pembohongan Anwar dicabar oleh Ayahanda Tun supaya menjunjung Al-Quran didalam Masjid.Apa tunggu lagi Anuwar sahutlah cabaran itu.Kalau jantan ada teloq klu tak jangan jadi macam ayam jantan berkokok garang tapi ekoq penuh tahi.............................

Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bersumpah di mana-mana masjid untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut ekonomi dan kewangan negara sepanjang pemerintahannya.

Malah, beliau mencabar bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil menunjukkan surat itu jika benar beliau ada berbuat demikian bagi mengelak sebarang kekeliruan.

"Saya cabar Anwar kemukakan surat itu kerana tidak mahu dituduh yang bukan-bukan. Saya bersedia bersumpah untuk membuktikan apa yang dicakapkannya itu merupakan pembohongan semata-mata. Sudahlah, hentikan sifat pembohongan itu kerana ia tidak baik dijadikan amalan," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar dalam satu ceramah politik di Selangor beberapa hari lalu kononnya beliau memohon bantuan  Bank Dunia untuk mengatasi kemelut kewangan yang melanda negara ketika itu.

Tuduhan Anwar itu turut disiarkan dalam portal Malaysia.kini yang menggambarkan Dr Mahathir tidak cekap mentadbir negara hingga memaksanya untuk meminjam, khususnya ketika krisis kewangan melanda seluruh dunia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

"Saya menafikan dakwaan itu. Langkah tidak memohon bantuan itu merupakan tindakan terbaik bagi mengelak Malaysia dari terus menjadi pak turut dan mengikut telunjuk bank itu. Apa gunanya erti kemerdekaan jika negara kita masih berada di bawah kawalan bank berkenaan hingga terpaksa mengikut semua kehendak mereka. Sekarang, terbukti tindakan saya itu betul berbanding dengan negara lain yang meminjam daripadanya," katanya.

Menurutnya, Anwar sebenarnya yang beria-ia ingin Malaysia meminjam dari Bank Dunia kerana mempunyai muslihat tertentu termasuk ingin menggadai negara ini. Penafian Dr Mahahir mengenai permohonan mendapatkan pinjaman itu disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang yang turut hadir dalam sidang media berkenaan.

"Ketika itu saya masih bekerja dengan Bank Negara apabila dua kakitangan Bank Dunia datang bertemu dengan Tun Mahathir untuk menawarkan pinjaman bagi mengatasi kemelut kewangan. Tun yang ketika itu lebih arif mengenai ekonomi Malaysia menghalau keluar dua kakitangan bank berkenaan dan mengatakan negara ini akan bangun semula selepas menggunakan pendekatan sendiri untuk menanganinya. Tidak perlu pinjaman atau bantuan luar," katanya.

Tuesday, December 13

#SUKASAMASUKA Apa Kejadah Nie???



Perbicaraan anwar pada petang tadi telah mengelurkan kenyataan baru iatu suka sama suka  dan berikut adalah apa yang dilaporkan oleh AIDC
Sankara persoalkan bagaimana karipap daging boleh ditemui di luar bilik sedangkan dalam kenyataan sebelum ini, karipap daging itu dimakan selepas Anwar meliwat Saiful. Sankara mengulas kenyataan Saiful yang mendakwa telah mengunci pintu supaya tiada sesiapa yang dapat masuk ke premis berkenaan ketika berlakunya liwat.
Dalam hal ini, Sankara mempertikaikan bagaimana karipap dan kuih boleh berada di unit tersebut sekiranya tiada sesiapa pun yang dapat masuk kerana pintu dikunci. Sankara juga mempertikaikan bagaimana Saiful mendengar perbualan mengenai permintaan individu meminta nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu (Musa Hassan) semasa berada di kediaman Perdana menteri dan menegaskan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim itu adalah campurtangan politik semata-mata.
Sankara juga menegaskan terdapat percanggahan keputusan di kalangan laporan. Seterusnya kenyataan Jude Pereira yang menyatakan tiada tempat yang mencukupi untuk menyimpan bahan bukti dan bertindak menyimpan sendiri dan itu membuktikan wujudnya, ‘mishandling’ terhadap bahan bukti. Jude menyatakan bahawa barang bukti itu tidak diletakkan di dalam freezer dan menganggapnya sebagai tidak perlu kerana termaktub dalam IGSO.
Anwar kelihatan dan sangat jelas susah hati. Wajah cerianya sebelum itu, langsung tidak kelihatan.
Sankara Nair mempersoalkan kaedah ambil bahan-bahan bukti bersandarkan kenyataan Dr. Seah. Dia mengemukakan bukti-bukti yang sudah diserahkan kepada mahkamah dan mempersoalkan segala prosedur.
Sankara Nair menyatakan bahawa Exhibit P22 menunjukkan tiada kesan tusukan dan koyakan. Kenyataannya itu bersandarkan kepada laporan Dr. Osman dan ianya berlawanan dengan laporan Dr. Seah. Sankara tegaskan bukti proforma. Yang Sankara tidak beritahu, Dr. Osman sekadar melakukan pemeriksaan luaran dan kemudian merujukkan kes tersebut kepada doktor pakar. Dr. Seah adalah doktor pakar.
Sankara Nair pertikaikan tempoh yang diambil terlalu panjang untuk mendapatkan specimen (sperma) dari dubur Saiful di mana kemungkinan tidak lagi relevan dan ada elemen bakteria. Sankara seolah-olah ingin membuktikan bahawa sperma tersebut tidak subur kerana telah tamat tempoh masa dan kerana tidak subur, maka ia tidak relevan tanpa sedikit pun mengambil kira tentang DNA yang terkandung pada sperma berkenaan.
Sankara mempertikaikan tentang tarikh/masa yang direkodkan di CCTV kerana menurutnya tiada bukti Anwar Ibrahim berada di unit berkenaan sewaktu kejadian dilaporkan. Sankara turut mempertikaikan tentang KY Jelly yang tidak pernah diuji!
Peguambela juga memetik kenyataan Dr. Thomas Hoogland, pakar Orthopedik yang merawat Anwar Ibrahim yang mendakwa individu yang mempunyai simptom tulang belakang dan arthritis, tidak mampu melakukan hubungan seks yang didakwa Saiful sebagai ‘rakus dan laju’.
Saiful dipertikai kerana tidak melawan atau menolak pelawaan Anwar Ibrahim untuk diliwat meskipun dia mempunyai peluang untuk melarikan diri ketika itu. Dia juga tidak mengadu kepada pemilik premis (Hasanuddin) walaupun boleh berbuat demikian.
Peguambela Anwar cuba menimbulkan kes tersebut sebagai SUKA SAMA SUKA dan cuba memperlihatkan liwat atas SUKA SAMA SUKA tidak salah.
Sankara dan Ram Karpal berhujah mempertahankan exhibit yang ada dalam kes ini. Mereka mempersoalkan exhibit Lelaki Y yang disifatkan sebagai tampared atau planted. Bukti DNA Anwar Ibrahim seperti yang diserakan iaitu yang diperolehi daripada botol dan tuala Good Morning juga dikatakan tidak fresh.
Ram Karpal banyak menekankan bukti-bukti yang adalah hanyalah tampered dan planted atau lebih tepat lagi diada-adakan.
Ram Karpal cabar pendakwaraya berkenaan prosedur sampel Lelaki Y kerana terdapat keraguan yang munasabah.
Ram Karpal merumuskan dari mana datangnya air mani dan
DNA sedangkan terdapat beberapa keraguan daripada kenyataan yang diberikan oleh Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, prosedur daripada analisis Jabatan Kimia juga menimbulkan keraguan seperti penandaan exhibit.
Ulasan peguambela ialah merumuskan wujudnya ketidakseimbangan prosedur dan pelanggar beberapa langkah dan prosedur dalam hal pengumpulan, penyimpanan bahan bukti serta prosedur ke atas DNA yang dikatakan melanggar hak asasi dan tanpa kebenaran suspek.
Tempoh yang lama untuk ambil air mani dari dalam dubur Saiful juga bercanggah dengan pakar forensik antarabangsa yang mendakwa wujudnya bias dalam ujian patologi.

Wednesday, December 7

Skandal Shamsidar Taharin/Pak Sheik.



Apa bila bekas Setiausaha Sulit (SUS) Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, Anuar Shaari membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Bukit Aman pada 17 November lalu, jam 11.45 pagi, ramai orang tertanya-tanya apakah isi kandungannya. Apakah benar signitifikan dokumen-dokumen itu dengan Azmin Ali, Shamsidar Taharin adan Anwar Ibrahim, sehinggakan Anwar terpaksa melabel Anuar Shaari sebagai 'diupah' dan Azmin pula melabel sebagai 'pengemis politik'

Lagi satu sikap Anwar Ibrahim sebagai yang kita tahu, jangan ada tersilap sikit sesiapa sahaja membuat kenyataan secara terbuka yang mengaibkannya dengan pantas dia segera membuat kenyataan menafi dan ada juga sehingga membuat laporan polis dan membuat saman keatas individu-individu terbabit. Agak menghairankan ada dua perkara isu yang telah merebak dan mencemarkan namanya seperti penayangan video seks Cinadoll ayng ditayangkan oleh Dato T dan yang lebih memalukan lagi  Umi Hafilda juga telah membuat 'ROAD SHAW' keseluruh pelusuk negeri menceritakan berbagai perilaku buruknya, dan yang lebih memalukan mengatakan Shamsidar telah "dipakai guna" oleh Anwar melebihi 20 kali..!! Soalannya kenapa Anwar tidak berani 'SAMAN'???

Friday, November 4

Anwar Dah pegi Haji LA!!!!


Anwar Pi Haji,Berikut adalah pembongkaran yang dibuat oleh rakan Tok Mudim dan bukti menyatakan gambar berikut telah di edit bagi memberikan bukti bahawa Pak Sheik telah mengerjakan rukun islam.Dah kantoi dengan pendedahan ini.Pastinya pihak sebelah sana akan mengelurkan bukti yang lain bagi mempertahankan raja kencing satu malaya nie.

Anwar dengan rekod sebagai satu-satunya pemimpin Melayu Malaysia yang dikaitkan dengan skandal video seks, mendakwa akan berlaku "Malaysia Spring" merujuk istilah 'Arab Spring" yang terjadi di Tunasia, Mesir, Libra, Yaman dan Syria.
Kata Anwar, “Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan.”
Mudahnya cakap, entah apa data yang beliau rujuk pun tak pasti, main sedap mulut saja cakap, kalau ikut logik akal dan fakta, sah-sah sekarang BN nampak lebih selesa daripada pilihanraya umum Mac 2008 dulu.
Sebagai sandaran untuk menguatkan hujahnya beliau antaranya membebel tentang demo Bersih Julai lalu yang baginya ‘maha berjaya’.
Hairan juga beliau lupa pada fakta BN menang semua pilihanraya kecil selepas 100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak ambil alih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bermula dari Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau semuanya dimenangi BN dengan majoriti selesa, bahkan di Galas adalah kawasan PAS yang ditawan semula oleh BN.
Masalah Anwar beliau masih terus di awang-awangan merasa seolah-olah seluruh rakyat negara ini ‘ buta mata dan pekak telinga ‘ tak akan peduli pada kisah liwat yang melibatkan dirinya yang sedang dibicarakan sekarang.
Sudahlah dikaitkan dengan kes liwat staf sendiri, Saiful Bukhari Azlan. Ia adalah kes kali kedua dalam tempoh 10 tahun.
Sebab itu, dalam temubual itu beliau boleh main belasah cakap kesan kes liwatnya sekalipun didapati bersalah oleh mahkamah ia adalah “foregone conclusion” atau makna dalam bahasa mudahnya orang tidak akan ambil peduli.
Betulkah begitu? Adakah rakyat Malaysia umumnya menerima seorang peliwat jika beliau didapati bersalah?
Mungkin bagi puak-puak yang berkepentingan atau bergantung nyawa dan hidup politik mereka padanya boleh pejam mata begitu saja.
Soalnya mereka peduli apa.
Namun beliau tidak boleh main taram cakap ia satu  “foregone conclusion”.
Gambar dengan bertuala putih baik jer peluk amoi muda itu terus melekat dalam imaginasi rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.
Bagi yang tengok versi penuh video itu, selalu sebut... tak boleh lupa cara dia "berentap sakan"...
Video seks yang ikut kajian dua profesor dari universiti teknologi terbaik di dunia, sudah mengesahkan ia 99.99 peratus tulin.
Dah tu bukan satu video, ada lagi satu yang kononnya dirakam di Bangkok, Thailand yang sudah didedahkan klip ‘ pemanas badan’ baru-baru ini.
Juga Anwar patut nilai sendiri sokongan rakyat kepadanya melalui kehadiran orang ramai di mahkamah sekarang ini. Sebab ada waktu-waktunya, kerusi mahkamah kosong, sebab orang 'meluat' dengan skandal beliau yang tidak berkesudahan dan kes mahkamah yang berlarutan.
Betulkah? Tapi bagi orang yang mengenali Anwar, ada mendakwa beliau bukannya tokoh yang berkerja,mempunyai program atau dasar yang tersusun dan berkesan sebagai landasan perjuangannya.
Kelebihannya ialah bercakap....dan bercakap di pentas ceramah.
Anwar hanya tokoh yang lahir ketika gelora. Pidatonya membakar dan memukau, tetapi bab kerja dan pengurusan, mana ada yang special dan sangkut dalam ingatan orang setakat ini.
Kalau ada tolong senaraikan....sejak zaman dalam kerajaan dulu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Semoga Anwar terus dibuai mimpi...-OLEH HELME HANAFI


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive