Tuesday, January 31

Hadi Awang Dah Meluat Dengan Pakatan Rakyat.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana tidak boleh berkompromi lagi dengan Pakatan Rakyat.

Nakhaei menegaskan Presiden PAS itu tidak boleh lagi bertolak ansur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar parti itu namun diterima parti komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

“Saya rasa pembawakan Pakatan Rakyat banyak bercanggah dengan dasar dan perjuangan PAS, yang mana kalau kita lihat PAS terpaksa bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara.

“Saya rasa Hadi sudah tidak boleh lagi berkompromi dalam perkara itu tapi oleh kerana golongan liberal PAS semakin berkuasa dan menyokong Pakatan Rakyat, Hadi berada dalam bermasalah dan terpaksa menyatakan pendirian itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Umum ke-13 kelmarin dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan-rakan Pakatan Rakyat beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

UMNO mendakwa pengumuman Hadi itu membuktikan terdapat krisis dalaman parti Islam tersebut.

“Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.

“Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Dr Hasan Ali”, jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Bekas Exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyokong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyokong pembebasan Anwar atas kes liwat.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.

Tambah Nakhaei, beliau juga tidak menolak kemungkinan Hadi membuat pendirian itu semata-mata mahu melihat tahap sokongan anggota parti dan Pakatan Rakyat terhadap perkara itu.

Jelas beliau, Hadi mengambil langkah itu kerana bimbang pengaruhnya dalam parti Islam itu semakin berkurangan ekoran ia dibarisi majoriti golongan profesional.

“Saya ingat ia ada tujuan, satu sebab nak lihat sejauh mana pengaruh beliau dalam parti sebab dalam PAS sekarang golongan liberal berkuasa dan mana-mana ahli politik kena ‘test market’ untuk lihat masih ada sokongan atau tidak.

“Kalau masih ada sokongan, Hadi akan tarik balik tapi kalau tiada sokongan mungkin dia serius untuk tarik diri namun saya rasa golongan liberal dalam PAS akan terus beri sokongan kepada Hadi kerana mereka belum begitu kukuh dan perlukan masa untuk mengambil alih kepimpinan parti,” katanya.

Sementara itu Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Hadi agar mengubah pendiriannya kerana Pakatan Rakyat mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 – MI

GEMPAQ : KEPALA BABI DEPAN MASJID?



Rutin harian jemaah Masjid Nurul Iman untuk menunaikan solat subuh terganggu selepas dikejutkan dengan penemuan kepala babi panggang, yang diletakkan betul-betul di hadapan tangga pintu utama masjid.
Menurut Siak Masjid, Nadzlan Ambak, dia yang tiba jam 5.15 pagi untuk membuat persiapan solat terkejut apabila kepala babi  diletakkan elok di pintu masjid seperti barang perhiasan untuk tontonan tetamu.
Nadzlan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun disitu berkata, insiden ini adalah pertama kali berlaku di masjid itu.
Dia yang tinggal dalam kawasan masjid berkata, pada malam kejadian iaitu selepas selesai solat isyak, dia telah mengunci pintu pagar masjid seperti kebiasaan.
“Individu tidak bertanggungjawab itu masuk ke kawasan masjid jam 2 ke 3 pagi dengan memanjat pintu pagar tanpa tidak disedari oleh sesiapa. Sebelum ini memang kerap berlakunya kecurian tetapi meletakkan kepala babi adalah yang pertama dan mencabar sensitiviti orang Islam," katanya.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecurian dilaporkan dan pencerobih juga tidak masuk dalam ruangan solat sebaliknya hanya meletakkan kepala babi di hadapan pintu utama masjid.
Sementara itu, Setiausaha Masjid, Sulaiman Abu Samah berkata, dia tiba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan siak dan terus membuat laporan polis.
Polis tiba di tempat kejadian 6.40 pagi.
“Kelewatan polis datang menyebabkan penemuan itu tergempar selepas kesemua jemaah menyaksikan insiden itu.
“Bagaimanapun, kita tidak menuduh mana-mana pihak, namun berharap mereka yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan masjid atau mana-mana isu supaya tampil untuk berbincang," katanya lagi.
Katanya, tindakan tersebut bukan hanya menggugat sensitiviti umat Islam tetapi turut menimbulkan provokasi masyarakat setempat yang boleh memburukkan keharmonian yang terjalin.
Sebagai langkah pengawasan dan mengelakkan kejadian berulang, katanya, pihak masjid akan menggiatkan aspek pengawasan dan keselamtan termasuk cadangan pemasangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Hadir sama melawat tapak ialah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun), Soong Beng Khoon.
Beng Khoon berkata, insiden tersebut pertama kali berlaku di Rawang dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya meminta polis menyiasat pihak tidak bertanggungjawab dan mengenakan tindakan tegas kerana sejak kebelakangan kerap berlaku insiden membabitkan mencabar kesucian tempat ibadah.
“Tiada sebarang tangkapan sebelum ini dilaporkan berkenaan pembakaran gereja atau kes baling kepala babi di Selangor menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab semakin berani dan bertindak keterlaluan.
“Kita juga minta individu tidak bertanggungjawab untuk menghentikan provokasi membabitkan rumah ibadah dan tidak mencampuradukkan politik dengan sensitiviti kaum serta agama.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei berkata, "saya selaku Adun Rawang mengutuk keras tindakan pihak yang sengaja membuat provokasi membabitkan isu agama dan mencabar tampil membuat perbincangan rasa tidak puas hati secara terbuka."
“Masjid yang telah 30 tahun ini tidak menghadapi sebarang masalah sebelum ini kerana memegang prinsip memahami dan menghormati antara satu sama lain dan tindakan membuat provokasi itu mencabar institusi sedia ada," katanya.SINARHARIAN.

DAP Tunggang PAS di Pulau Pinang!

Jika benar DAP berniat ikhlas, jujur dan tidak cauvinis sudah pasti wakil rakyat Pas dilantik ke jawatan Exco negeri Pulau Pinang. Apakah DAP tidak sedar bahawa penyokong Pas juga ada memberi sumbangan terhadap kemenangan parti itu di negeri ini”, demikian pandangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Justeru beliau yakin tindakan DAP yang ketika ini begitu ghairah untuk memancing orang Melayu menyertai parti itu adalah satu agenda licik untuk mereka membuat persediaan bagi menyingkirkan PKR dan Pas apabila tiba masanya nanti.

“Saya telah menerima maklumat bahawa DAP Pulau Pinang akan meletakkan calon berbangsa Melayu di kerusi Parlimen dan DUN semasa pilihanraya umum akan datang. Ini adalah salah satu cara dan taktik halus mereka untuk menikam belakang PKR dan Pas.

“Cuba kita lihat kembali, pada pilihanraya umum lalu, DAP memenangi 19 kerusi daripada 40 yang dipertandingkan. Kejayaan mereka ini dilihat adalah hasil daripada sokongan penyokong-penyokong Pas yang mengundi mereka. Tetapi apabila mereka berjaya menguasai Pulau Pinang, tiada seorangpun pemimpin Pas yang dilantik sebagai Exco Negeri”,

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal percaya tindakan mereka untuk meletakkan orang Melayu sebagai calon mereka tidak lebih sekadar ‘membeli’ jiwa orang Melayu.

“Sekiranya calon Melayu diletakkan dan rakyat pula memberikan mandat kepada mereka, ini bermakna DAP akan berkuasa sepenuhnya tanpa perlu melibatkan PKR dan Pas kerana mereka telah ada calon Melayu dari parti mereka sendiri.

“Inilah cara licik mereka untuk berkuasa sepenuhnya dan menyingkirkan rakan sekutu mereka. Kita berharap agar penyokong Pas dan PKR tidak terus diperguna dan diperodohkan oleh DAP ini,” ujarnya.

Beliau juga menyeru kepada semua penyokong PKR dan Pas agar dapat mempertimbangkan semula sokongan mereka terhadap DAP kerana sejak pakatan pembangkang ini diwujudkan ternyata yang mendapat untung besar ialah DAP bukan Pas mahu pun PKR.

“Lihatlah apa yang telah terjadi kepada Pas setelah bergabung dengan pakatan pembangkang. Parti mereka bergolak dan perjuangan mereka kini jauh tersasar. DAP memang berharap agar orang Melayu berpecah kerana kekuatan perpaduan orang Melayu adalah kelemahan utama DAP,” ujarnya lagi.

113 Mahasiswa UUM Jual BB1M?



Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memanggil 113 pelajarnya yang disyaki terbabit dengan kes penjualan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada sepasang suami isteri untuk siasatan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.semua pelajar terbabit yang sudah dikenal pasti identitinya itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak universiti sejurus semester baru bermula pada 18 Februari ini.
UUM kesal dengan tindakan pelajar terbabit yang menyalahgunakan baucar diberikan kerajaan untuk meringankan beban pelajar membeli buku akademik, dengan menjualnya kepada pihak lain.semua yang terbabit yang mana majoritinya pelajar lelaki sejurus tamat cuti semester ini, untuk memberi penjelasan berhubung kes berkenaan dan akan mengambil tindakan jika perlu.
Bagaimanapun, kesalahan ini tidak boleh diletakkan di atas bahu pelajar semata-mata kerana ia tidak akan berlaku jika tidak ada pihak yang menawarkan perkhidmatan membeli baucar buku berkenaan.Kes penjualan BB1M membabitkan 113 pelajar UUM kepada pasangan suami isteri dengan harga RM180 sebagai pertukaran bagi baucar bernilai RM200, dengan RM20 adalah keuntungan suspek.
Pasangan berkenaan berusia lewat 30-an yang dikatakan memiliki kedai buku di ibu negara ditahan polis malam kelmarin selepas siasatan mendapati mereka mendalangi kegiatan yang didedahkan media sebelum ini. Pihak pengurusan UUM mengesan mengenai kegiatan pasangan terbabit pada 9 Januari lalu, selepas suspek dikatakan menampal poster iklan berhubung perkhidmatan pembelian baucar berkenaan di sekitar kampus sebelum menjalankan siasatan.
Pasangan suami isteri itu dikatakan menyewa di sebuah apartmen milik UUM untuk memudahkan urus niaga penjualan baucar itu dengan pelajar universiti terbabit.UUM menyifatkan ia adalah kes terpencil memandangkan jumlah pelajar UUM yang terbabit dengan kes berkenaan adalah terlalu kecil iaitu 113 orang, berbanding 30,000 pelajar universiti itu yang mendapat BB1M.Difahamkan, pasangan suami isteri berkenaan ditahan bahagian keselamatan UUM pada 15 Januari lalu kira-kira jam 3 petang di dalam apartmen yang disewa mereka. 


Anwar Kena Poodah Di Sungai Petani?

Ini dia video bantahan kehadiran Anwar ke kuil tersebut. Jangan dok perasan lagi orang India menyokong Gay Tua!!
Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam di Sungai Petani telah membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari depan sempena perayaan Thaipusam.
 Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam berkata pihak kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini.
 Dorai Singam berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan daripada PKR berhubung kehadiran ketua umum parti itu ke kuil berkenaan selain e-mel yang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil itu.
 "Mereka tidak memohon kebenaran daripada pihak pengurusan kuil. Untuk ceramah dan masuk kuil kita tidak akan benarkan...hari itu hari keagamaan untuk sembahyang, bukan untuk ceramah-ceramah politik dan kita tidak mahu apa-apa ceramah dalam kawasan kuil sebab jawatankuasa tak jemput dan bantah sekeras-kerasnya," katanya.
 Katanya beliau berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang kehadiran Anwar ke kuil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Mazlan Aliman Buat Hal Lagi,Tipu Peneroka?


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pimpinan Mazlan Aliman nampaknya buat perangai lagi. Kali ini menampilkan sekali seorang 'pakar ekonomi' yang secara kebetulan juga merupakan pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan untuk menyatakan pandangan negatif mereka terhadap program penyenaraian.

Kali ini mereka umumkan kepada media yang sekiranya dilaksanakan, pajakan tanah Felda kepada FGV akan menyebabkan Felda mengalami defisit sebanyak RM1.5 bilion.

Saya ingin bertanya, berapa ramai pakar ekonomi, ahli perniagaan yang ada di dalam Anak ini sehingga mampu nampak dan selongkar cacat cela program ini yang tidak dapat dikesan staf, tenaga kerja dan bijak pandai di dalam Felda?

Lebih utama lagi, mengapa kita harus dengar kata-kata mereka yang semua kenal mempunyai kepentingan politik? Apakah tiada kemungkinan slogan 'Demi kepentingan peneroka' ini hanyalah satu lagi permainan politik?

Anak nampaknya mampu membuat telahan sempurna tentang kesan proses ratusan juta ini dengan berpandukan hanya sebuah dokumen yang mereka peroleh.

Perbuatan mereka ini seolah-olah merendahkan kredibiliti tenaga pakar Felda yang bersusah-payah menerangkan dan merancang program transformasi Felda menerusi pelbagai kajian dan perbincangan dengan agensi kerajaan, persatuan peneroka dan bank antarabangsa.

Anak secara tidak langsung cuba mempersoalkan reputasi institusi yang terlibat dan menonjolkan diri mereka sebagai alternatif untuk digunapakai.

Mujur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pantas menjawab tuduhan mereka dan mengingatkan yang Felda juga ada bijak pandainya dan sudah ada perancangan utuh yang untungkan warga Felda, peneroka dan generasi baru.

Saya pasti kemajuan yang hendak dicapai daripada penyenaraian ini sudah jelas kepada semua.

Yang berbaki hanyalah permainan politik emosi sempit yang hanya akan merugikan warga Felda. Saya yakin kita semua cukup bijak dan tidak terikut-ikut sekali di dalam permainan ini.ROSMAN SUKIMAN

Monday, January 30

Anwar Dan Haji Hadi Awang Termakan Sumpahnya Sendiri? @wanahmadfarid



Bekas ahli Umno yang mengkhianat kepada "Parti Keramat" UMNO tidak akan senang hidupnya.Ungkapan terbaik dari Menteri Besar Terangganu  Datuk Seri Ahmad Said,Asal perjuangan terdahulu Parti Keramat ini dimulakan dengan niat berjuang demi Bangsa,Agama Dan Tanahair tercinta.Pejuang terdahulu dalam UMNO berjuang dengan sifat keikhlasan dan hati yang tulus membantu Melayu.Siapakah yang belot kepada UMNO? Lihatlah apa yang telah berlaku kepada Anwar yang kini, perjalanannya hidupnya umpama didalam neraka kerana telah melanggar sumpahnya sendiri.Khianat kepada UMNO juga sama dengan khianat dengan Bangsa sendiri.Natijahnya Anwar kini sudah tidak releven dalam perjuangannya.Ramai pengikutnya kini telah sedar dan kembali menyertai UMNO didalam sedar atau tidak!Fenomena PRU 12 tidak mungkin berulang pada PRU 13, Betul atau sebaliknya kita tunggu dalam masa terdekat ini.


Baca seterusnya KLIK DISINI




Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.


Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?


Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.


Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah". (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)


Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)


Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999. Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut? Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa "Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama".


Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu. Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam. Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000. Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000. Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu. Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.


ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENG


Mengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN".


Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini". Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?


Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir? Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah)


TRAGEDI AKIBAT AMANAT HADI


Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982. Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982.


Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999. Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.


Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut . Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah "... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid". Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).


Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul?


Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan "Mati Syahid Menentang Kerajaan" oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000. (Lihat Berita Harian 24 Julai 2000)


Banyak lagi jenayah perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak mampu hendak disenaraikan di sini seperti kubur asing, menikah dua kali, bercerai suami isteri, tak makan sembelihan orang UMNO, tidak sembahyang mayat orang UMNO dan lain-lain.


Hukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS. Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.


Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram". (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).


Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).


Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980. Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah "Walaula daf'ullahin nasa ba'dhahum biba'dhil lafasadatil ardh" yang diberikan makna "Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini. Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi. Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak". Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu. Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja. Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai "Tuhan mahu kita bergaduh" telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.


Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda. Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993). Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan. Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan? Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?


Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara. Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan: "Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara". Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara? Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku. Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka. Mereka bak kata peribahasa "Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin" ataupun pakai hukum "Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua". Rela berpura-pura dengan hukum Allah.


Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku. Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik. Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama. Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32). Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.


Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980. Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang. Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.


Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam. Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang. Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam. Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).


Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak "Menegakkan Negara Islam" seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.


Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO. Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:


"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".


Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi. Beliau juga mempermainkan hukum Allah.


Selain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000) Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.


Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982. Hj Abd Hadi mengatakan: "Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS". Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982. Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu. Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri? Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.


Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong. Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana "Mempertahankan perlembagaan kafir" dan tidak ditemui juga hukum "Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku" sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu. Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?


Penyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri daripada semua mufti dalam Malaysia.

Buku Jinggay Bukan Al-Quran?


Tidakkah isu ketegasan Azizan (atau kedegilannya) ini akan mendorong pemimpin kerabat Pakatan untuk campurtangan dan memulas sekali lagi tangan pemimpin PAS supaya mengambil tindakan mendisiplinkan Azizan seperti dalam kes bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali?



Bila Hasan melanggar sempadan protokol berkerabat Pakatan dengan mempertikai kewibawaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS memecat Hasan. Adakah Azizan akan menghadapi nasib yang sama?
Jika demikianlah kesudahanya, apakah isyarat dan persepsi yang terbina terhadap mutu dan falsafah kepemimimpan PAS? Tidakkah ini akan membenarkah persepsi bahawa PAS hanya parti ‘Pak Turut” dalam Pakatan?
Adakah PAS akan mengulangi persepsi yang sama dalam rentetan kes Hasan Ali? Apabila kewibawaan dan citra parti Islamnya dipersoalkan bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Exco Agama Islam dari PAS, pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor bergegas mengadakan sidang media untuk menyatakan keyakinan terhadap pengetahuan agama Abdul Khalid dan kesesuaian beliau menjawat exco agama Islam!
Yang mempertikaikan tindakan Azizan bukan sekadar ahli biasa. Ia termasuk sayap pemuda PAS yang dipimpin ulama muda. Adakah perbezaan pendapat ini membawa rahmat? Mungkin ia akan menonjolkan sikap tolenrasi dan demokratik PAS terhadap perbedaan pandangan di kalangan pemimpinnya.
Namun tidakkah gelagat Azizan ini mengesahkan ada pemimpin parti itu sendiri yang masih bersilang pendapat dan halatuju kerabat Pakatan lain?
Jika demikian keadaannya, persoalan yang pasti berlegar di kalangan rakyat atas pagar ialah, bagaimana hendak percaya PAS benar-benar berjuang di atas motto “PAS for All” jika pandangan komponen dalam kepemimpinan partinya sendiri mampu (dan dibiarkan) menyanggah pendirian kerajaan campuran Pakatan yang hendak didirikan?
Apapun ketegasan Azizan mungkin menyemarakkan semangat sesetengah ahli PAS bahawasanya Buku Jingga yang menjadi anutan Pakatan bukan al Quran. Azizan telah membuktikan bahawa lantaran itu, ahli PAS boleh memilih untuk menuruti piagam Buku Jingga atau menolaknya bila-bila perlu.
Isyarat yang jelas dari gelegat Azizan ini ialah rakyat juga bebas percaya atau tidak percaya keikhlasan Pakatan mahu memimpin Malaysia ke arah pembentukan negara yang lebih adil dan demokratik.


Peguam Anwar Patut Dikenakan Tindakan Menghina Mahkamah.


Peguam kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur untuk mengeluarkan perintah tunjuk sebab mengapa peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak perlu dikenalan tindakan menghina mahkamah selepas mereka berjalan keluar ketika prosiding mahkamah masih berlangsung pada Isnin.
Peguam Jamil, Roslizam Rahim mendakwa kelakuan peguam-peguam Anwar dengan jelas menunjukkan bahawa mereka telah menghina mahkamah.
Sebelum itu, peguam Anwar bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang memberi kebenaran kepada Jamil dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.
Peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.
Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.
Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.
Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.Agenda Daily.

Guan Eng Cari Pasal Dengan Zahid Pulak Dah???


Dulu pasal isu kapal selam Guan Eng serang DS Zahid Hamidi??Terbaru Guan Eng tuduh UMNO melalui  DS Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa mengunakan anak perempuannya sebagai sasaran politik untuk menjatuhkan kreditbialiti beliau serta anak perempuanya,Apa salahnya kenyataan Ds Zahid dibawah????Itu adalah contoh yang baik bukannya mengata yang tidak baik????Apa punya mainan politik macam nie?Nampak  seperti mahu mencari salah orang lain dalam setiap pekara yang berbangkit????
Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh Umno menggunakan anak-anaknya sebagai sasaran politik dan mendakwa anak perempuannya pula menjadi mangsa serangan Naib Presiden Umno,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, semalam, dilaporkan sebagai berkata bahawa Program Latihan Khidmat Negara kini diterima pelbagai pihak dan diyakini oleh ibubapa kerana memberikan kesan positif kepada anak-anak mereka sambil menggunakan anak Guan Eng sebagai contoh.
Guan Eng, dalam satu kenyataan yang disiarkan mencabar pemimpin BN untuk mensasarkan sebarang serangan hanya terhadapnya dan berhenti menggangggu anak-anaknya.

Zahid dipetik sebagai berkata Lim Kit Siang, penasihat DAP sendiri telah melihat bagaimana cucunya, yang menyertai program terbabit di kem Balik Pulau telah berubah menjadi lebih baik.
"Anak perempuan saya adalah seorang anak yang baik dan kelakuannya adalah sama sebelum dan selepas menyertai program PLKN. Kedua-dua saya dan bapa saya tidak pernah berkata kepada menteri pertahanan dan kami juga tidak mengucapkan terima kasih kepadanya seperti yang didakwanya," katanya lagi.AP


Anwar Ada Udang Sebalik Mee!!!Pujuk Hadi Awang?



Kilauan air tasik yang bekocak menjadi lebih kuat. Adakah Hj Hadi ingin larikan diri selepas mengetahui dia telah diperangkap parasit mengingkirkan ulama dari parti? Kemungkinan dia akan dipaksa untuk menendang keluar beberapa tokoh yang tidak sealiran dengan Anwar yang selama ini banyak menyokongnya. 


Dr Hasan juga bakal membangkitkan persoalan sebab-sebab Hj Hadi memecatnya. Sebelum ia menjadi lebih berat, lebih baik dia mengambil pendekatan ini sekurang2nya akan mendapat simpati dari para penyokong. Lebih utama ia tidak akan dipersalahkan oleh ahli PAS setelah Azmin dan Anwar mula menafikan terlibat dengan penyingkiran Dr Hasan. Ini bermakna, Hj Hadi terpaksa bertanggung jawap. Hj Hadi juga seolah sudah tahu nasibnya dalam muktamar akan datang, akan disingkirkan oleh parasit erdogan ini. 


Anwar tidak mahu ia berlaku sekarang. Biarlah setelah parasit ciptaannya mendominasi PAS sepenuhnya selepas PRU nanti dan kemudiannya secara perlahan menelan parti Islam itu. Masa untuk Nik Aziz bertakhta juga semakin suntuk, sementara ulama lain bakal mengalami nasib malang sebagaimana Dr Hasan nanti termasuk Dr Haron Din.. Anwar tahu, Hj Hadi penting untuknya supaya terus mengawal ahli pAS yang sedang bermimpi indah ini. Masihi ramai ahlu PAs sedang nyenyak tidur, Ia cukkup penting untuk Anwar mengekploitasi undi PAS dalam PRU kerana undi untuk PKR sebenarnya tidak mampu menandingi BN. Dibimbangi.ahli PAS yang sedang mamai dengan putar belit dan pembohongan Anwar selama ini akan terjaga dar tidur dan menolak kepimpinan ketua parasit ini.


Ini balasan Allah pada PAS yang sebelum ini amat angkuh memanggil saudara Islam mereka sebagai kafir hanya kerana tak mendewakan Nik Aziz. Lihat apa sudah jadi, bagai katak yang menyelam ke adalam kuali berisi air sejuk, ia tidak sedar api sedang menyala dan mula membakar dan akhirnya mendidih, menyebabkan katak tersebut mati tanpa disedari. Itulah keadaan PAS sekarang ini, masih di dalam lena.Kepada PAS, ramai dari kami tidak ingin Islam hancur. Tapi kerana hati kamu sudah gelap dek kebencian pada UMNO, bagai katak, kamu tak sedar, Islam akan terhancur sama.



Anwar akan cuba memberi arahan supaya Hadi bertanding kerana ketiadaan Hadi akan membahayakan sokongan daripada pihak PAS terhadap PR dan Anwar khususnya. Anwar terpaksa mempastikan Hadi (serta Nik Azizi) masih boleh beliau pergunakan untuk mendapat sokongan.Hadi sebenarnya memang patut berundur. Bukan sahaja sebagai wakil rakyat malah sebagai Presiden PAS. Beliau adalah seorang pemimpin yang lemah, tidak mempunyai kecekapan siasah yang baik. Zaman kepimpinan beliau menyaksikan PAS menukar konsep perjuangan dan PAS menjadi hamba kepada PKR dan DAP. Sebagai pemimpin yang bertanggung jawab serta ada maruah diri,beliau sepatutnya meletakkan semua jawatan dengan segera.

Ustaz Don Ikon Baru Bakal Ganti Ostaz Maki Hamun???



Ustaz Don di Taman Shah Bandar K. Terengganu

Sunday, January 29

Aziz Bari Tak Layak Tegur Ostaz Zizan.


Apa pun masalah yang timbul lanjutan daripada isu tindakan tatatertib yang diambil ke atas 5 orang pelajar Kolej Universiti Isaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak tidak sama sekali wajar untuk menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak untuk melepaskan jawatanya.

Kenyataan paling kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang baru nak berjinak-jinak dalam politik keatas seorang pemimpin parti PAS merangkap Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat yang telah lama berjasa kepada parti sehingga berjaya merampas Kedah buat kali pertama dari tangan BN pada 2008.

Aziz Baru fikir dia siapa dengan mengeluarkan kenyataan tersebut? Who are you?

Sudah cukup baik media dan blogger pro Pakatan Rakyat memberikan gelaran ‘pakar perlembagaan’ kepada Aziz Bari dikala tidak ada satu pun yang boleh dijadikan asas untuk menggelarkannya dengan gelaran itu. Tidak seperti akauntan dan jurutera yang mempunyai badan-badan seperti Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan Board of Engineers (BoE) yang berkelayakan untuk mengiktiraf individu kepada profession itu, pakar perlembagaan tidak ada.

Reputasi itu diberikan Pakatan Rakyat kepada Aziz Bari bagi mengangkat tinggi sebarang kenyataannya mengenai perlembagaan negara.

Justeru, tidak usahlah Aziz Bari nak merasakan dirinya tinggi daripada Ustaz Azizan, anda masih belum ke mana dalam politik dibandingkan dengan Ustaz Azizan yang telah lama bergelumang dengan politik dan membuktikan kebolehannya, sehingga dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Kepimpinan Pakatan Rakyat harus mengambil tindakan ke atas Aziz Bari. Jika dia masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, maka itu tindakan displin tidak boleh diambil ke atasnya, maka Aziz Bari perlu dipulau dari sebarang aktiviti yang membabitkan Pakatan Rakyat.

Lagipun Aziz Bari tidak punya apa sekarang, setelah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa.Dia bergantung sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti dimana Pakatan Rakyat mempunyai kepentingan untuk mendapatkan wang tambahan atas khidmat sebagai konsultan.

Tanpa Pakatan Rakyat, Aziz Bari hanyalah pesara kerajaan yang berharap kepada pencen untuk hidup.

Aziz Bari menawarkan dirinya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Aziz Bari mungkin layak dari segi akademik tapi dari segi politik, dia tidak ubah seperti budak baru belajar berjalan. Bagaimana dia mahu berjaya dalam politik kalau sudut pandangnya terikat dengan akedemik semata-mata.

Bodohnya Strategi PKR ?.

Karpal Singh, N Surendran,R Sivarasa,Sankara Nair...dan segudang lagi peguam-peguam hebat negara ini pasti akan datang berlari bila-bila masa Datuk Seri Anwar Ibrahim petik jari.

Soalnya...bodoh ke semua mereka ini?

Jawabnya tentu tidak.

"Hello..bro..why make a donkey statment ",Itu antara reaksi sinis berlegar sana sini yang boleh kami tolong sampaikan kepada Surendran yang tidak lama dulu dapat jawatan Naib Presiden PKR secara percuma yakni dilantik.

Peguam hebat ini Sabtu dakwa kenyataan salah seorang anggota trio Datuk T ,Datuk Shuib Lazim di Utusan Malaysia Jumaat cabar Anwar lantik pakar forensik antarabangsa buat analisis keatas video seks sebagai cubaan jelas untuk wujudkan asas bagi penyebaran video seks yang direkacipta untuk cemar imej bosnya.

Seperti biasa lagi dan lagi dia melalak ini adalah taktik UMNO yang sangat memalukan.

Jangan lupa dia juga sudah naik pangkat pandai-pandai jadi hakim sendiri dakwa video seks yang disebar kebelakangan ini tidak dipercayai ramai di negara ini dan tidak perlu Anwar adakan ujian forensik seperti dicabar oleh Shuib.

Mahkamah mana yang sudah putuskan lelaki dalam video itu Anwar atau bukan Anwar?

Inilah yang dikatakan undang-undang stail 'buat bodoh' PKR.

Budak sekolah darjah satu pun tahu cara yang terbaik untuk ajar kalau orang buat fitnah...SAMAN.

Kalau Surendran tidak faham Bahasa Melayu...terjemahan dalam Bahasa Inggeris ialah SUE.

Bukankah Anwar kebelakangan ini sibuk saman Utusan Malaysia dan segala macam orang lain.

Jadi kenapa dalam bab satu ini kecut,takut dan cuba berselindung di sebalik segala macam alasan.

Siapalah sangat Shuib atau Datuk Sharzly Eskay Abdullah atau Tan Sri Rahim Thamby Chik yang sah dan secara terbuka mengaku mereka yang sebar video seks pertama dulu kalau nak dibandingkan dengan status mereka sebagai barisan peguam yang digeruni di negara ini.

Lagi pun bukankah Datuk T dengan rela hati pagi petang siang malam tertunggu-tunggu saman dari Anwar yang sampai hari ini tak kunjung tiba.



Lainlah kalau mereka berpeluh terketar menyorok dalam kelambu takut terima surat saman Anwar sampai.

Bukan setakat itu ketiga-ketiganya sudah bersumpah dalam masjid untuk buktikan tidak main-main dalam soal dakwaan ini.

Maka lojik akal bertanya.....siapa yang takut dan penakut sekarang?

Mengambil kira perumpamaan berani kerana benar..takut kerana salah...baik Anwar ,Surendren dan geng peguam hebatnya tidak perlu merasa bengkak jika ramai dan semakin ramai yang menaruh sangsi dan syak wasangka amat sangat terhadap identiti pelakon lelaki dalam video berkenaan.

Kenapa tak berani guna perkataan ...see you in court .

Kalau akhirnya terbukti dakwaan pasal video seks itu tidak betul bukankah ia bonus besar bagi Anwar yang mengidam sangat nak masuk Putrajaya.

Sekali lagi kita bertanya kenapa takut dan penakut?

Apakah ini kerana analisis pakar luar negara sudah sahkan video seks pertama ( di apartmen di KL) itu 99.9 peratus tulen.

Atau apakah mereka sendiri gabra kalau kes ini dibawa ketengah jawabnya ...boleh kantoi.

Melihat pada gelagat mereka yang pusing sana...pusing sini...maka sendiri-sendirilah boleh buat andaian.

Ikut cerita kalangan ex-PKR termasuk yang pernah aktif sejak zaman reformasi 1998 dulu...'buat bodoh' adalah salah satu strategi dalam manual modus operandi mereka bila menghadapi situasi yang menekan begini.agenda daily.

Apa Yang Baguihnya Lim Kroni Nie?.

Lim Kit Siang melakukan provokasi lagi, kali ini dalam perutusan Tahun Baru Cina. Menurut beliau, masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kepimpinan Barisan Nasional (BN) gagal. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN.

Tindakan Kit Siang membangkitkan soal kekayaan kaum adalah berbahaya. Semua orang tahu bahawa ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina antaranya disebabkan percaturan penjajah yang menempatkan kaum itu di bandar-bandar, budaya niaga yang diwarisi sejak zaman lampau selain perpaduan kukuh kaum berkenaan.

Persoalannya apakah wajar ia dijadikan modal politik? Memang banyak persoalan berlegar berikutan kenyataan tersebut. Antaranya, apakah soal kekayaan hanya hak kaum Cina dan mengapa berjanji tentang penguasaan kekayaan untuk satu kaum sahaja. Bagaimana pula dengan kaum lain?

Ternyata Kit Siang tidak dapat lagi menyembunyikan agenda sebenar DAP yang membuak-buak untuk terus menghasut kaum Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ia menyerlahkan hakikat sebenar bahawa DAP adalah parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Awang tertanya-tanya mengapa Kit Siang, 71, masih enggan berundur daripada politik. Zaman beliau sudah berlalu. Suatu ketika dulu, beliau pernah dilabel diktator sehinggakan beberapa pemimpin DAP merajuk dan berundur angkaranya.

Lagipun Kit Siang sudah sukses dalam membina dinasti Lim ekoran perencanaan kronisme yang berjaya menempatkan anaknya, Lim Guan Eng berada di persada kuasa sebagai Setiausaha Agung. Seperti bapanya, beliau akan bergayut dengan jawatan itu untuk puluhan tahun. Anak beranak yang mencorakkan parti itu. Khabarnya dalam diam, sebahagian pemimpin Cina DAP kecewa kerana Kit Siang terlalu memihak dan melindungi Guan Eng. Awang tidak terkejut jika cucu Kit Siang juga akan diatur untuk mewarisi kepimpinan DAP selepas Guan Eng.

Tetapi yang beliau tidak akan berjaya ialah untuk memulihkan imej rasis DAP yang makin busuk. Penambahan ahli Melayu dalam parti yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat, tidak akan mengubah apa-apa.

Realitinya, majoriti Melayu tetap menolak DAP biar apa topeng yang dipakai. Hanya segelintir Melayu sahaja yang boleh diperkuda.

Kit Siang dan Guan Eng tidak ikhlas menerima ahli Melayu dan pada masa yang sama tidak percayakan orang Melayu untuk diberi peranan penting dalam parti itu. Lihatlah nasib orang India dalam DAP, yang terpinggir dan menjadi kelas kedua.

DAP apatah lagi ketika era dinasti Lim, tidak akan berubah. Ia akan kekal menjadi parti paling rasis di dunia.
utusan malaysia.

Ostaz Zizan Tak Iktiraf Buku Jinggay Bila Nak Kena Pecat?



Ostaz Zizan nie bercakap seperti tak iktiraf buku Jinggay yang dibawa oleh PKR,Nampaknya Geng Anwar tak tegur atau takut dengan Ostaz tak tau nie???Ostaz Zizan mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa.Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa.
"Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain".
Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sepatutnya, pakar perlembagaan itu lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya. 
“Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama.


LGE Tak Buat,BN Cadang Buat Rumah Rakyat?



Kerajaan pusat bercadang membeli beberapa bidang tanah di Pulau Pinang bagi membina perumahan mampu milik untuk golongan bumiputera di negeri ini.
    
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata sebanyak tujuh bidang tanah sudah dikenal pasti setakat ini dan kerajaan sedang berbincang dengan pihak penjual bagi membeli tanah-tanah tersebut.
    
"Satu isu yang begitu mencabar dihadapi oleh bumiputera, penduduk Melayu di Pulau Pinang ialah harga rumah semakin lama semakin tinggi, sehingga rumah teres tiga tingkat pun berharga lebih RM1.5 juta. Macam mana orang Melayu nak beli?
    
"Jadi, kita akan cuba cari mekanisme untuk melibatkan kontraktor dan pemaju tempatan. Kita tidak mahu hanya kerajaan sahaja terlibat, tetapi kerajaan akan memudahkan pada peringkat permulaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di Georgetown.
    
Nor Mohamed yang juga merupakan ahli parlimen Tasek Gelugor berkata perumahan yang akan dibina kelak mungkin menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mana memberi penekanan kepada projek perumahan mampu milik.
    
Antara perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat hampir dua jam itu adalah berhubung isu bayaran kontraktor, kursus dan seminar berhubung kerjaya untuk golongan muda dan bantuan yang boleh disalurkan untuk golongan bumiputera di negeri ini.


MKP kata:siapa yang bela rakyat Penang yang tak mampu beli rumah?

Saturday, January 28

Izzah Minta Maaf Pada Kak Ijat?

Gambaq ini menceritakan segalanya-galanya mungkin dah ada ura-ura Parlimen Lebuh Pantai milik mutlak Kak Ijat lepas nie.Jika begini deal mera deal nie mesti ada yang tak kena pada pakatan nie???

Persoalan bermain diminda MKP ialah kenapa izzah bertemu Kak Ijat?????

HIMPUN Sokong JPPUUS,Apa masaalahnya Kepada PAS?

Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menyokong penubuhan Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah bagi mempertingkatkan penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Timbalan Pengerusi Himpun Kebangsaan Abdullah Zaik Abd Rahman berkata jawatankuasa itu penting bagi membendung gejala penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam yang kian berleluasa dewasa ini.

"Himpun menyokong usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum untuk melaksanakan jawatankuasa itu di setiap negeri. Setakat ini Himpun belum buat sebarang tindakan tetapi kami sangat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu selepas menyampaikan pidatonya di Perhimpunan Sejuta Umat 'Selamatkan Akidah' di Dewan Budi Penyayang, di sini, hari ini.

Lebih 3,000 orang menghadiri perhimpunan yang memasuki siri keempat itu.

Katanya setakat ini undang-undang syariah yang sedia ada hanyalah untuk orang Islam, menangani orang Islam yang murtad tetapi bukan untuk orang yang memurtadkan orang Islam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Jamil Khir dan dianggotai pengarah jabatan agama Islam negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Abdullah Zaik berkata Himpun juga akan menyerahkan memorandum yang mengandungi akta murtad kepada Majlis Raja-Raja dalam usaha membendung gejala ini daripada terus berleluasa di negara ini.

"Memorandum itu telah sedia tetapi belum ada masa yang sesuai untuk menghantarnya, tetapi akan dihantar dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Sementara itu dalam sesi pidato yang diadakan bekas exco kerajaan Selangor yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata terdapat segelintir pemimpin dalam Pas yang menjadi parasit kerana menghalang ahlinya menghadiri perhimpunan ini.

"Saya boleh faham kalau DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang halang untuk hadir perhimpunan ini kerana itu parti campur-campur, tetapi saya tidak boleh faham kalau yang menghalang itu adalah anggota dari bekas parti yang saya pernah sertai. Jadi saudara fikir-fikirkanlah," katanya.

Bagaimanapun Hasan tidak mengulas kenapa Pas menentang penganjuran program perhimpunan sejuta umat itu.

Apa Motif Meloyakini Hantaq Wartawan,Sabotaj Himpun?

Apa kejadah yang meloyakini hantaq wartawan supaya dapat memutaq cerita yang Program HIMPUN tidak berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang,Padahal yang hadir lebih dari apa yang telah dilaporkan didalam Meloyakini.Ternyata mereka telah kantoi dalam melaporkan berita palsu ini.laporan dari DR MIM menyatakan 3ribu hadir dalam program tersebut.

DAP Takutkan HIMPUN Bersebab?


DAP takutkan HIMPUN yang diadakan hari nie kerana penyertaan akan ramai dan seperti satu peperangan akan berlaku.Pengerusi HIMPUN, Dr. Yusri Mohamad dalam ucapannya menyatakan lewat kebelakangan ini timbul kebiadaban penganut agama lain dalam mencabar kemurnian agama Islam. Usaha memurtadkan umat Islam merupakan perkara yang amat dikesali kerana apabila seorang Muslim itu murtad, ia telah menggadaikan bukan sahaja dunia malah akhiratnya juga. Beliau menyeru semua pihak agar tidak mencurigai agenda HIMPUN kerana perhimpunan ini diasaskan atas kesatuan akidah dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi. Beliau juga memberi gambaran suara yang lantang dan jelaslah yang akan mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Justeru, amat perlu untuk umat Islam berhimpun mencipta paduan suara atas dasar kesatuan akidah supaya penganut agama lain tidak akan berani mencalar kesucian agama Islam


Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik mengingatkan pesanan Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120 bahawa orang Nasrani dan Yahudi tidak akan redha dengan orang Islam sehingga orang Islam mengikut jejak langkah mereka. Kedudukan Islam telah dicabar dan pertembungan budaya sedang berlaku dengan sengit dalam usaha musuh-musuh Islam merobek keperibadian dan jati diri umat Islam di Malaysia. Malangnya, masih ramai yang gagal melihat situasi ini adalah sebahagian daripada perancangan rapi musuh-musuh Islam dan hanya menganggap apa yang berlaku adalah kisah-kisah terpencil yang bersifat individu. Beliau menggesa umat Islam menjaga sensitiviti keimanan dan jangan sekali-kali bacul membelakangkan sensitiviti keagamaan semata-mata untuk kepentingan politik.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive