Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

Monday, November 18

10 TAHUN WAYANG KULIT TUAN GURU NIK AJIS, SAMPAI BILA LAGI....


Tahun 1993, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang telah meluluskan sebulat suara Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 bagi membolehkan kerajaan negeri itu melaksanakan hukum Hudud.

Enakmen itu yang turut dipersembahkan kepada Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Sultan Ismail Petra kemudiannya mendapat perkenan dan persetujuan baginda serta menurunkan tanda tangan bagi membolehkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakannya.

Bagaimanapun, Pas yang dari awal lagi menggunakan Hudud sebagai agenda politiknya, terpaksa mencari jalan untuk melengah-lengahkan perintah Sultan Kelantan itu kerana mereka sebenarnya tidak ada kemampuan untuk melaksanakannya dan tambahan pula hukum yang dikarang oleh Pas itu tidak lengkap.

Kebetulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membaca Enakmen itu telah membuat kenyataan bahawa Hudud Pas tidak boleh dilaksanakan kerana wujud kepincangan yang jelas dan nyata dalam bentuk hukuman yang bakal dikenakan ke atas pesalah.

Kenyataan itu kemudian digunakan oleh Pas sebagai alasan untuk mempersembahkan kepada Sultan Kelantan, kononnya mereka tidak dapat melaksanakan hudud yang diluluskan itu kerana kerajaan Pusat tidak bersetuju.

Hari ini, sekali lagi kerajaan Pas terkedu dengan kenyataan Daud (Ketua Hakim Syarie Kelantan) mengenai negeri itu mampu untuk melaksanakannya.

Tidak ada seorang pun pemimpin Pas bersuara, begitu juga Nik Abdul Aziz yang hampir setiap kali tiba musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil selalu mendendangkan lagu hudud Pas.

Wednesday, July 3

APABILA MELAYU ASYIK BERPOLITIK!!!! MAKIN HINA DIMATA BANGSA LAIN......?


Nampaknya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara terus menerus menghadapi tekanan.  Semuanya berpunca dari kedudukan Melayu yang semakin lemah apabila PAS, sebuah parti Melayu alternatif kepada UMNO, telah memilih untuk bersatu dengan DAP yang memusuhi Islam/Melayu.

Kesepakatan yang termeterai antara PAS dan DAP telah memaksa PAS menjadi pasif hatta mengalah dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan agama Islam.

Hari ini, DAP kembali mendesak kabinet agar menarik balik Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) mengenai pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur agar selari dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 160 Jadual kesebelas mengenai pengukuhan integriti keluarga, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat.

Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang setebal 64 halaman dan mempunyai 116 Seksyen itu memperuntukkan bahawa persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.  Penarikan balik undang-undang ini akan menghalang salah seorang ibu atau bapa yang beragama Islam untuk memastikan anaknya tetap menganut agama Islam dalam kes penceraian yang melibatkan pasangan yang murtad.

Desakan DAP itu turut didokong oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Majlis Peguam atas alasan pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara sepihak oleh hanya salah seorang ibu atau bapa tidak adil bagi kanak-kanak terbabit, atau ibu, atau bapanya, selain ia bertentangan dengan perlembagaan serta salah dari segi moral dan etika.

Dengan persepsi bahawa kaum Cina dari berbagai parti kini bersatu menentang kerajaan, maka ramai yang ternanti-nanti akan kenyataan dari MCA dalam isu ini.  Media pembangkang juga pantas memberi tekanan kepada MCA agar membuat kenyataan senada dengan DAP.

Setakat ini, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu telah pun membuat kenyataan di mana beliau  menyifatkan desakan tersebut sebagai “mengejutkan” dan “licik” serta berlawanan dengan perdamaian nasional yang sedang hangat diperkatakan.  Harapan kita agar kenyataan beliau ini adalah ikhlas atas dasar menghayati kontrak sosial yang terjalin, selain benar-benar menggambarkan suara hati seluruh partinya.

PAS, bagaimanapun belum membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini.  Besar kemungkinan, PAS masih lagi membawa pendekatan ‘enggan menyinggung DAP’ dan lebih rela  berdiam diri atau menggadaikan kedudukan agama Islam di negara ini daripada ditendang keluar dari Pakatan Rakyat.

Bagi pihak kerajaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa perkara ini akan dibincangkan secara mendalam dari sudut perlembagaan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa dan di masa yang sama memastikan keadilan untuk semua.

Kesimpulannya, kedudukan agama Islam di negara ini kini bergantung kepada penyatuan Melayu.  Di sinilah kita memerlukan pembangkang seperti PAS untuk bangun memberi desakan yang sama hebatnya terhadap kerajaan agar terus mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.

Pendek kata, PAS perlu membantu UMNO dengan bergerak secara seiring dan bersepadu.   Untuk itu, PAS wajib meletakkan pendirian tegas sama ada untuk bersama DAP atau UMNO dalam isu ini.

Jika MCA boleh berpegang teguh kepada perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kenapa PAS pula yang berdolak dalih?   Apakah PAS sudah ‘tidak begitu Islam’ lagi?

Monday, July 1

GUAN ENG SURUH PAS BOIKOT PRK!!! TAHNIAH STOPA SPENDA JADI MACAI CAUVANIS....


PAS kalau anak jantan jangan bertanding pada PRK Kuala Besut. Hampa dah jadi macai pada Cauvanis DAP. Kesian pada pengikut Tegar dibodohkan oleh pemimpin hampa sendiri. Barisan Nasional dibawah pimpinan DS Najib Razak sebelum ini pernah memboikot PRK DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pilihanraya kecil DUN Penanti diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN, Lepas tue siap masuk UMNO lagi. Apa punya Haprak UMNO nie. MKP nak tengok jugak kalau PAS berani boikot....

Adakah Pas akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?

Persoalan ini timbul apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti.

Menurut Mustafa, parti itu akan merujuk kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang sebelum mengambil keputusan sama ada bertanding atau memboikot pilihan raya kecil tersebut.

“Pimpinan Pakatan kena berbincang dahulu betul-betul kalau hendak memboikot (PRK DUN Kuala Besut), apa-apa keputusan perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam satu majlis di Kulaijaya, Johor hari ini mencadangkan Pas untuk memboikot PRK DUN Kuala Besut ekoran isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang dakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi DUN Kuala Besut menyaksikan kekosongan selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair pada 26 Jun lalu.

Menurut Mustafa, biarpun cadangan untuk memboikot dikemukakan, Pas akan tetap membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

“Bagi Pas, kita akan tetap membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil ini, itu tanggungjawab kita dengan dibantu rakan-rakan parti pakatan," katanya. UTUSAN...

VIDEO ANAK AHLI PARLIMEN PAS KUALA TERENGGANU DATO RAJA KAMARUL BAHRIN.



Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad adalah dan juga ahli pakar Jurubina/ Arkitek terkenal dari Terengganu,Malaysia. Pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia. Beliau adalah Pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka yang di Ketuai oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Razali Hamzah.

9 April 2013, setelah pelbagai spekulasi yang dibuat oleh Media dan orang ramai, beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum Malaysia ke-13.Menurut pelbagai sumber, setelah di "lamar" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) beliau bersetuju untuk menyertai parti tersebut diatas perkenan Bonda beliau. 

Beliau popular dikenali sebagai Jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu (Muzium yang diiktiraf sebagai antara Muzium terbesar di Asia), Istana Melawati(Putrajaya) dan beberapa lagi yang lain. Sekitar tahun 1990-an dikaitkan di Malaysia apabila membawa pulang anaknya dari Australia dengan bot, juga mengenai kejadian keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang direka oleh Syarikat beliau Senibahri Arkitek. WIKIPEDIA


MKP Ayat Sempoi : ORANG PAS TUTUP MATA DAN TELINGA KALAU ISU KENA BATANG HIDUNG DEPA.


Friday, April 26

CHEGU BARD RASUAH PENGUNDI SUNGAI ACHEH.........


Chegu Bard kini keseorangan apabila membuat lawatan di sekitar Sungai Acheh. Nampaknya Calon payung terjun PKR ini telah diboikot oleh Pakatan sendiri. Bila dah kena Boikot terpaksalah memberikan wang pada pengundi. Biasalah Duit dah banyak tabur ajelah. 

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Khalid Man mengakui wujudnya kekecewaan dalam kalangan ahlinya berikutan pengguguran Mohd. Yusno sebagai calon sehinggakan mereka menutup beberapa bilik gerakan di DUN Sungai Acheh.

PAS Pulau Pinang menggesa pakatan pembangkang mengambil kira perasaan ahli-ahli sebelum membuat keputusan meletakkan calon PKR bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Penerangan Pas negeri, Bukhori Ghazali berkata, ini kerana sebagai sebuah parti dalam sebuah pakatan perlu wujud situasi 'menang-menang' kerana selama ini Pas menunjukkan kesetiaan terhadap pakatan.

Bagaimanapun, keputusan keras pucuk pimpinan yang mahukan calon PKR, Badrul

Hisham Shaharin atau CheguBard bertanding dan menggesa calon Pas, Mohd. Yusni Md Piah menarik diri telah mengecewakan ahli-ahli Pas.


Wednesday, April 24

VIDEO : #SpendaStopa Part2 TERSEBAR.......... #GE13 #PRU13


Hebat Stopa Ali. Sampai sekuel filem 300 pun dengar cerita nak ikut warna spender Stopa kerana terlalu glamor.

spenda stopa sudah menjadi fenomena.
ia menjadi bualan sampaikan ke tahap...
spenda stopa ini di tayangkan di lebuhraya SILK KAJANG...

cuma aku tertanya, macamana spenda stopa saiz sebesar ini boleh di tenun?





Kini ada kecenderungan baru dalam politik Malaysia. Jika seseorang itu mahu menghapus dosa dan keterlanjurannya, maka bergabunglah dengan pergerakan politik yang baik-baik dan berjiwa Islam.

Secara mudahnya sertailah PAS. Tidak kira seseorang itu dari latar belakang apa sekali pun, PAS akan sentiasa bersedia untuk membantu membersihkan nama dan langsung menerima “taubat” mereka.

PAS medan penghapus dosa

Malah PAS sentiasa teruja untuk menerima personaliti masyarakat seperti artis, tokoh korporat selain ahli politik untuk meluahkan rasa berdosa dan memberi peluang mereka untuk berkongsi pengalaman buruk agar menjadi teladan pada orang lain.

Maka berduyunlah artis seperti pelakon, penyanyi dan juga pemuzik yang rasa lega apabila dapat membersihkan diri melalui cara taubat ekspres ini. Malah ada yang segera diangkat untuk bersyarah, berpidato dan menjadi jurubicara golongan yang sudah “suci dari dosa ini”.

Peluang ini terbuka kepada semua. Maka ramailah tokoh-tokoh korporat, penjawat awam, pegawai tentera dan polis yang memilih jalan pintas untuk menjadi orang baik-baik.


Tuesday, April 23

KESIAN YUSNI MAT PIAH DIKECEWAKAN BAPAK MERTUANYA SENDIRI........... #TolakPR #GE13


Itulah hakikat yang harus diterima oleh Ahli PAS Sungai Acheh, Setelah bertungkus lumut akhirnya telah dikecewakan oleh Pucuk Pimpinan PAS yang dayus dengan tuntutan dari AL-Juburi. Anwar mengusai kesemua tindakan didalam kepimpinan PAS. Jika ada yang ingkar sudah pasti ada Skandal yang bakal didedahkan oleh Anwarinas.

MKP mendapat sumber yang agak mengejutkan dari Sungai Acheh mengatakan bahawa Yusni Mat Piah ini adalah menantu kepada Haji Hadi Awang. Nampak sangat Erogan didalam diri Yusni Mat Piah kerana telah mendapat perkenan dari Hadi hasil usaha isterinya. Akan tetapi telah dikecewakan hasil dari desakan dari Anwarinas didalam PAS.


Yang bestnya surat watikah perlantikan telah ditandatangi oleh #SpendaStopa. Kalau Yusni tak menarik diri sudah pasti ada lagi dedahan berapi yang bakal dikeluarkan..


Kekecewaan Yusni Tak dapat lagi dibendung hinggakan sidang media pun tak dibenarkan oleh pucuk pimpinan PAS. Mungkin rasa kecewa bakal dihambur didalam sidang media ini. 

Penulis buku kontroversi C.N Al-Afghani mendedahkan 18 hari sebelum Pas membuat keputusan membenarkan kalimah Allah dikongsi kepada penganut Kristian pada Disember 2009, Pas telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam dalam partinya.

Menurutnya, perjanjian sulit itu dibuat di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Hudud & Negara Islam Digugur

Perjanjian sulit Pakatan dibuat pada 18 Disember 2009, manakala Lajnah Politik PAS Pusat membuat keputusan membenarkan kalimah Allah kepada penganut Kristian dibuat pada 4 Januari 2010.

“Umat Islam masih kabur dengan status pemerintahan sebenar andainya Putrajaya berjaya ditawan PR. Apa yang jelas PR telah menolak hudud untuk dilaksanakan kerana Buku Jingga tidak menyentuhnya.

“Juga telah termaktub dalam perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang pada 18 Disember 2009, bahawa tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan pelaksanaan hudud sebagai agenda bersama,”dedah Al-Afghani dalam buku terbarunya, “Kafirkah Aku”

Anwar Disepakati Jadi PM

C. N. Afghani, nama pena kepada Zainon Ismail yang juga bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah turut mendedahkan dalam perjanjian sulit itu, Anwar Ibrahim disepakati bersama untuk dicalonkan menjadi Perdana Menteri (PM).

“Tidak ada seorang pun ahli Pas sebelum 2008 mahu PM selain Datuk Seri (Abdul Hadi) andainya PR menguasai Putrajaya pada PRU 12 dulu. Ahli-ahli Pas berkorban semata-mata menjuruskan kepada cita-cita itu.

“Bagaimanapun, cita-cita yang menggunung ini berkecai apabila Datuk Seri selaku Presiden Pas turut bersetuju untuk memilih DSAI sebagai PM jika PR menguasai Putrajaya dalam PRU 12 yang lalu.
“Hal ini diakui oleh Lim Kit Siang, KM Pulau Pinang, ketika sesi debat dengan Chua Soi Lek, Presiden MCA pada 8 Julai 2012 yang lalu,”dedahnya.

Anwar Al-Juburi

Menurutnya, pencalonan Ketua Umum PKR itu bertentangan dengan prinsip moral Anwar yang disebarkan di kalangan ahli-ahli Pas sebelum ini.

“Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI. Antara istilah yang pernah disebutnya adalah ‘DSAI buka kilang kunyit’ dan juga menggelar DSAI sebagai ‘Anwar Al-Juburi’.

“Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan Mohamad Sabu itu.

“Ini bermakna Pas pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu. DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak benar, Mohamad sabu wajib tarik balik ucapanya dan memohon maaf kepada DSAI.

“Sejarah telah membuktikan DSAI yang satu ketika dahulu menjadi Presiden ABIM telah lari meninggalkan jemaah Islam untuk menyertai Umno. Dengan tidak memilih Pas, saya fahamkan DSAI tidak menjiwai perjuangan Islam.

“Tidak mustahil, keadaan yang sama boleh berulang setelah DSAI diberi kepercayaan sebagai PM.

Mahukah Pas sekadar menjadi batu loncatan kepada DSAI dalam mengejar cita-citanya.

“Pendedahan Datuk S Nallakaruppan terhadap DSAI berhubung isu biseksual adalah serius. Logiknya, Datuk S Nallakaruppan membantu DSAI memenangkan PR sebab DSAI bakal jadi PM.

“Sebagai kawan rapat tentu Datuk S Nallakaruppan boleh mengharapkan sesuatu. Oleh itu, selagi Pas tidak tubuh jawatankuasa khas menyiasat isu ini bermakna Pas masih mengamalkan sikap pilih kasih,”dedahnya lagi.



WARTAWAN RTM DIPUKUL PENYOKONG PAS SEHINGGA MENINGGAL DUNIA.....

Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini. Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk. "Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan

disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff. 
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis. - UTUSAN ONLINE

HADI AWANG MARAHKAN PIL KUDA TETAPI TIDAK PADA #SpendaStopa


Umum mengetahui PKR diketuai pemimpin yang memiliki masalah moral dan akhlaknya pula agak diragui, malah tidak pernah sunyi dari skandal peribadi selain sikap pembawaannya yang cenderung membela golongan LGBT.

PKR juga dikenali kerana identitinya sebagai parti liberal yang mendukung perjuangan pluralisme agama termasuklah menyokong penggadaian kalimah Allah S.W.T untuk dinodai kesuciannya dalam kitab Bible.

Pun begitu, mungkin ini buat julung kalinya khalayak umum didedahkan dengan kegiatan jual beli pil kuda yang rupanya turut akrab dengan pemimpin PKR termasuklah ada antaranya yang kini merupakan calon dalam PRU-13.

Pendedahan ini bukan dilakukan oleh UMNO atau mana-mana parti komponen BN, tapi dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mendedahkan ada antara calon PKR merupakan pengedar pil khayal tersebut.

“Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda… orang PAS tak boleh kerja calon macam ini.”

“Terang-terang saya sebut orang Keadilan pun tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana,” demikian kata Hadi sewaktu berceramah di Marang, Terengganu.


Tak tahulah sama ada cerita yang di bawa oleh Presiden PAS itu sahih atau tidak, atau sebenarnya sekadar untuk menghalalkan tindakan semberono PAS merempuh masuk di kawasan yang kuotanya dikhususkan untuk PKR.

Tetapi, jika benar sekali pun ada calon-calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan kaya raya dengan hasil aktiviti haram itu, ia bukan alasan kukuh untuk PAS sengaja mengacau kawasan yang ditandingi rakan sepakatan.

Entah sejak bila PAS begitu sensitif dengan pengedaran pil kuda sukar dipastikan, yang peliknya bila PR menyokong kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya tak pula PAS melatah.

Friday, April 19

WARDINA SAHKAN DAH TENGOK VIDEO #SpendaStopa .......?


Wardina hari ini menyertai bantahan terhadap corak kempen lucah dan penyebaran video seks yang dipelopori pihak tertentu. Beberapa Ngo wanita juga terbabit menyatakan bantahan keras terhadap corak kempen yang disifatkan amat kotor didalam PRU13. 

Wardina menyifatkan bahawa ini bukanlah budaya masyarakat melayu dan wardina juga kelihatan begitu kesal dan marah dengan budaya yang disifatkan amat kotor ini.

Wardina bersama Ngo wanita terbabit sebulat suara MEMBANTAH KERAS aktiviti tidak bermoral ini dan mendesak agar perbuatan jijik tersebut dihentikan serta merta oleh pihak-pihak yang berkenaan. 

Trend menyebarkan bahan tontonan berunsur lucah dan pornografi sebagai muslihat menjatuhkan lawan politik melambangkan kedangkalan tahap berfikir dan kerendahan moral kelompok yang terbabit.

Mereka juga menyifatkan tersebut nyata bertentangan dengan nilai-nilai budaya bangsa dan ajaran Islam yang menekankan gaya hidup berakhlak mulia dan bersangka baik, yang merupakan ciri-ciri murni terpenting yang mesti ada dalam diri dan keperibadian seorang pemimpin yang layak dipilih.

KOMEN MKP: Ya kenapa sekarang baru nak pertikaikan benda nie? Jika sebelum ini banyak lagi video yang keluar. Kenapa tak bantah? Atau hanya mempertahankan SpendaStopa aje. Yang penting manusia yang membuat perbuatan sumbang itu harus dipertikaikan dulu!!! Bukan menuduh dan mempersalahkan orang lain hanya untuk menutup kemaluan orang tertentu. Jika tidak ada perbuatan Anak Haram terlarang video takkan nak keluar der......

MKP Ayat Sempoi : Yang Sedap Tue Dapat kat #SpendaStopa .Yang Buruk Orang Lain Tanggung..Adil Ke macam nie????


Thursday, April 18

#SpendaStopa BENDERA BARU PAS DI TERANGGANU


Penyokong PAS Terangganu dah mula boikot. Ini adalah bukti terbaru yang MKP dapat dari rakan disana. Mungkin ini adalah petanda terbaru mengatakan PAS bakal terkubur. Alahai Stopa rakyat dah mula membenci sifat munafik pemimpin PAS lain yang diucap lain pulak perbuatan disebaliknya..

Semalam sebaik saja saya post artikel analisis Marang saya - KLiK - saya menerima sms dari sumber dalaman Pas, baru saja tamat Mesyuarat Tergempar di Markas Pas Marang dan mereka bersetuju akhirnya untuk melantik Mustafa Ali sebagai calon PRU13 di kawasan DUN Ru Rendang.

Peeeergh ! Apakah akan muncul bendera Pas yang baru di Ru Rendang ?


Kenapa ada gambar macam seluar dalam putih jer tu ? Manalah saya tahu ... sejak akhir2 ni, asal sebut je nama Mustafa, orang akan terbayang seluar dalam putih. Asal nampak je seluar dalam putih, orang akan terbayangkan Mustafa...... KENAPA EK ?

BACA SeTERUSNYA KLIK 

Wednesday, April 17

DASHYAT BEG TANGAN GERGASI PULAK DIUSUNG............


Perghh sempoi depa nie bawak beg tangan untuk kutip duit ceramah. Kalau dulu hanya pakai tin milo atau plastik berwarna hijau tapi kali sudah tukar.. Beg tangan gergasi pulak. Tapi sayang macai-macai nie punya dok pulun kutip duit derma tapi pemimpin depa  ambil duit tu bayar pada skandalnya..


Biarlah gambar ini berbicara. Kalau tak pecaya bukti dah ada macam mana boleh kata benda nie tak betul..

Kepada sesiapa yang pernah mengikuti dan menghadiri ceramah mahupun aktiviti yang dianjurkan Pakatan Pembangkang pastinya mereka sangat arif apa yang berlaku apabila tiba penghujung majlis.

Perbuatan pemimpin Pakatan Pembangkang meminta derma dengan membawa tin ataupun kotak bagi memungut derma daripada orang ramai dengan menjual erti membiayai perjuangan Pakatan Pembangkang ke arah matlamat politik sempit mereka dan seterusnya menawan Malaysia daripada cengkaman BN.

Atas dasar keprihatinan perjuangan mereka, orang ramai tidak segan silu menghulurkan sumbangan berupa wang tunai yang terkira banyaknya. Bagi PAS, mereka tidak segan silu menjual agama Islam bagi meraih sumbangan orang ramai. Persoalan di sini, ke manakah pergi wang hasil derma orang ramai itu?

Mengikut lunas undang-undang yang ada di Malaysia, perbuatan meminta derma daripada orang ramai tanpa kelulusan dan keizinan atas sesuatu perkara dianggap sebagai suatu kesalahan. Selain meminta tanpa kebenaran, perbuatan Pakatan Pembangkang juga dianggap sebagai melakukan penyelewangan.

Apakah benar wang hasil derma orang ramai itu digunakan untuk perjuangan Islam seperti yang dikatakan kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya PAS?

Segala persoalan mengenainya telah terjawab dan dirungkaikan oleh bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad. Menurut beliau, penyelewengan biasa berlaku di dalam parti itu kerana wujud segelintir pemimpin yang tidak amanah selain ketiadaan sistem pemantauan wang keluar masuk terutama membabitkan derma.

Beliau mengulas mengenai penerbitan sebuah buku bertajuk: Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali karangan Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani kerana perbuatan menyeleweng wang sememangnya berlaku di dalam parti berkenaan.

Selama beliau berada di dalam parti tersebut, itulah yang berlaku malah dalam satu peristiwa iaitu selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak-anak Allahyarham Ibrahim Libya telah diusung ke mana-mana bagi tujuan mengutip derma.

‘‘Malangnya saya difahamkan wang itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disapu oleh pihak tertentu. Saya bercakap atas pengalaman saya di dalam PAS selama 12 tahun dan inilah kebenaran yang berlaku."
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad



Tuesday, April 16

KREATIF CAI-CAI PAS CIPTA KAPAL TERBANG SIAP ADA PRAMUGARI........


MKP terkejut beruk bila tengok macai-macai PAS boleh membina sebuah replika kapal terbang yang begitu indah dan gah. Kreatif jugak macai-macai nie. Sanggup berhabiskan duit sendiri untuk PARTI yang kununnya memperjuangkan Islam akan tetapi kona pada saat akhir menjadi Kebajikan. Kerana hendak sokongan dari DAP sanggup mengadaikan akidah. 

Tapi korang tahu tak siapa bakal dinobatkan sebagai pramugari yang melayan tetamu diatas Kapal Terbang ini..Nie MKP nak habaq tapi jangan habaq kat orang lain pulak...Ini rahsia diantara pembaca Blog dan MKP sahaja..


Inilah orangnya yang bakal melayan macai-macai PAS bila menaiki Kapal terbang tersebut.


Dan ini pulak hidangan bila berada didalam pesawat.. Kelas tue bukan senang nak dapat layanan Super VIP macam nie hanya PAS aje yang mampu buat. Selalunya naik Kapal Terbang dari Penang ke Kuala Lumpur pun dapat Kek dan Minuman ringan aje...Hebat puak Macai nie...

MKP Ayat Sempoi : UNdi PAS Masuk Syurrrga BEB...



Monday, April 15

MAT SABU PULAK HINA ANGGOTA POLIS @PDRMsia


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terus memperlekehkan pasukan keselamatan apabila mendakwa lagu patriotik yang sering berkumandang sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan negara, sekadar bertujuan menghiburkan anggota keselamatan. 
"Nak hiburkan hati polis dan tentera, mainkan lagu patriotik berulang kali," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Tedong di sini semalam.
Beliau juga terus menuduh insiden anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh ketika bertempur dengan pengganas di Lahad Datu, sebagai permainan politik Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, turut mempertikaikan tindakan Jabatan Imigresen Sabah yang tidak membenarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua, memasuki Sabah.

Sebaliknya, Mat Sabu mendakwa jabatan itu membenarkan individu dan kumpulan bersenjata masuk ke negeri berkenaan.

Mat Sabu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengangkat Ahmad Indera atau Mat Indera, yang menyertai anggota Parti Komunis Malaya menyerang Balai Polis Bukit Kepong, sebagai hero dan pejuang kemerdekaan.

HADI AWANG KATA "LUTUT AJE SAKIT BUKAN ANU"....... #SpendaStopa


MKP lihat ramai pulak kaki lambung lepas tue angkat martabat SpendaStopa. Jawapan yang kurang bijak dari Hadi Awang adalah lututnya sakit, Mana boleh main sedangkan nak sembahyang pun duduk atas kerusi. Hadi Awang kurang ilmu nampaknya dalam bab nie. Nafsu nie benda yang sedap beb. Ianya adalah Syuurga Donia. Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih.. Tarikh video nie tak dinyatakan mungkin benda nie jadi sebelum dia sakit......Sapa tau benda nie..Atau ikut macam Anwar berlakon aje sakit tapi hakikatnya.........Mmmmmm...
Bagaimana boleh Mustafa Ali yang ada masalah melutut atau sakit ketika berjalan turun tangga, adalah lelaki dalam video seks itu, soal Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang ditanya berkenaan video yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS itu berkata: "Orang yang buat video ini tidak tahu latar belakang Mustafa Ali. Bertahun-tahun dia sakit. Dia solat atas kerusi. Dia tidak boleh melutut kerana sakit.

"Lelaki dalam video itu adalah pelakon."

Hadi berkata pihaknya terkejut apabila melihat video berkenaan. Beliau menambah skandal video yang dikaitkan dengan Mustafa tidak akan menjejaskan PAS.

"Rakyat tahu. Ia tidak akan beri kesan negatif kepada kami, malah ia akan bantu kita beri lebih sokongan," kata beliau yang kini berada di Sarawak untuk lawatan dua hari.

Namun sehingga kini PAS menolak sebarang gesaan untuk membuat siasatan terperinci mahupun menubuhkan jawatankuasa untuk mengesahkan dakwaan itu sebaliknya menuduh ia fitnah yang dilakukan oleh Umno.

Khamis lalu, rakaman video berdurasi 11.28 minit dimuat naik di internet memaparkan seorang lelaki mirip Mustafa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tempatan di bilik sebuah hotel.

Ini merupakan kali pertama pemimpin PAS dikaitkan dengan rakaman video seks.

Mustafa walau bagaimanapun menafikan beliau adalah individu berkenaan.

Sunday, April 14

Takziah Untuk Keluarga TG Nik Aziz. #GE13


Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.

Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.

Nik Aziz tiba di negeri Johor bagi mengumumkan calon Pas Johor bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN di sebuah hotel di Johor Bahru, namun segera beredar bagi mengelak daripada berjumpa wartawan di dua majlis berasingan.

http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-nik-aziz-jatuh-sakit-pasal-video.html#wVDGM2KXKMCyca7f.99 

KESIAN CHEGU PA......ANWARINAS DALANG RUPANYA #SpendaStopa


Penyebaran video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkemungkinan besar didalangi puak Anwarinas yang sememangnya mahu menamatkan karier politik beliau.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli mendakwa, bahawa puak ini telah menyimpan rahsia hitam peribadi Mustafa kira-kira setahun lamanya dan menantikan masa sesuai untuk menjatuhkan beliau daripada terus memimpin Pas.

Berikut adalah kenyataan penuh dakwaan Khairul Anuar mengaitkan konspirasi puak Anwarinas untuk menjatuhkan Mustafa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini:

1. Nampaknya sekarang sudah terbongkar rahsia hitam peribadi Mustafa yang telah disimpan oleh puak Anwarinas hampir setahun lamanya. Baharulah kita faham bagaimana selama ini puak Anwarinas boleh peras ugut Mustafa. Beliau sepatutnya buat laporan polis tentang perkara ini lebih awal lagi jikalau tidak bersalah.

2. Sekarang nampak peluang beliau untuk menjadi calon bagi Parlimen Putrajaya terbang ikut tingkap. Waktu perbuatan puak Anwarinas ini memang tepat. Kita difahamkan bahawa dari awal lagi Mustafa bakal jadi calon bagi Parlimen Putrajaya tetapi nyata beliau kena checkmate oleh puak Anwarinas.

3. Kita hendak tanya apakah tindakan yang bakal diambil oleh Mustafa. Beliau ada dua pilihan iaitu meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Pas ataupun salahkan UMNO. Jikalau Mustafa mahu salahkan UMNO, maka beliau kena terlebih dahulu buat laporan polis serta angkat sumpah di masjid.


Pas Parti Bermaruah , Majlis Syura Perlu Memainkan Peranannya......


Pas adalah sebuah parti yang jauh lebih bermaruah. Pas ditubuhkan bukan atas dasar kebencian atau membalas dendam tetapi demi melaksanakan perjuangan Islam, biar pun kini sudah menjadi perjuangan negara berkebajikan.

Oleh itu adalah lebih baik, jika isu rakaman video seks ini ditangani Pas dengan penuh kebijaksanaan dan bukannya melihat ia sebagai satu serangan politik semata-mata.

Dalam soal ini, Majlis Syura Ulama Pas mempunyai peranan cukup penting untuk mendengar keluhan dan keresahan ahli-ahli di peringkat akar umbi yang mahukan siasatan rapi dijalankan.

Siasatan bukan bertujuan memalukan atau menyalahkan pemimpin berkenaan tetapi bagi mencari kebenaran kerana sejak isu itu tercetus imej Pas telah dipersendakan.

Hakikatnya, tiada apa yang perlu Pas bimbang jika mereka yakin bahawa individu dalam rakaman video itu bukan pemimpin mereka.

Kita memahami Pas berkawan rapat dengan PKR tetapi janganlah terikut-ikut dengan amalan politik penafian parti tersebut.

Adalah lebih baik jika Pas menunjukkan ketegasan dengan merehatkan pemimpin yang dikaitkan buat seketika, ia bukanlah satu hukuman atau mengatakan ia menunjukkan beliau bersalah tetapi demi memberi keadilan kepada pemimpin itu dan Pas.

Sudah cukup selama ini Pas dilihat semakin hilang keberaniannya apabila sehingga ke hari ini tidak mampu menyatakan pendirian rasmi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, justeru takkanlah dalam isu rakaman video ini juga Pas terus mahu mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan.

Pas perlu faham rakyat kini sudah bijak, mereka sudah tahu yang mana satu fitnah, yang mana satu realiti, dan yang mana satu perangkap oleh musuh dalaman sendiri.

Begitu juga dalam isu ini, tidak perlulah Pas hendak menuding jari menyalahkan UMNO, UMNO mempunyai banyak kerja lain daripada hendak mengintip setiap pergerakan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Tambahan pula, pemimpin yang dikaitkan bukanlah berjawatan penting sangat atau mempunyai kuasa seperti Presiden parti, oleh itu tidak ada kepentingan bagi UMNO hendak menjatuhkan beliau.

Dan selama ini, belum pernah terbukti UMNO menggunakan politik kotor seperti itu untuk menjatuhkan musuh politiknya.

Satu perkara yang perlu diingat, dalam kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini yang memerangkap mereka bukannya UMNO tetapi orang yang rapat dengan pemimpin tersebut.

Kita faham Pas begitu teruja mahu ke Putrajaya dan semakin kemaruk kuasa untuk memerintah bersama-sama DAP dan PKR tetapi janganlah cuba menafikan kebenaran.

Justeru adalah wajar jika Majlis Syura Ulama Pas mendengar suara akar umbi yang mahu sesuatu dilakukan.

Percayalah, kalau Pas tidak bertindak dalam isu ini secara adil, maruah Pas akan semakin tercalar dan mereka akan menerima akibat yang amat buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti.


Saturday, April 13

VIDEO : CHEGU PA MELUDAH KELANGIT AKHIRNYA...............


Di antara saranan yang sebenarnya dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia ialah :

1. Dato Mustapa Ali sebagai orang yang dikatakan terlibat dalam perlakuan sumbang di dalam video tersebut harus tampil ke hadapan menafikan atau mengiyakannya;  
2. Sekiranya Dato Mustapa Ali menafikannya, beliau perlu sekurang-kurangnya bersumpah dengan nama Allah bahawa individu yang telibat dalam video tersebut bukan dirinya;  
3. Pimpinan PAS terutamanya AJK PAS Pusat atau Majlis Syura PAS perlu menyiasat dengan terperinci video tersebut dan tuduhan yang dilemparkan ke atas Setiausaha Agung parti Islam itu; 
Kepimpinan PAS tentu akan berdolak-dalih dengan berbohong tiada perlu bersumpah dan sebagainya. Kononnya mempermain-mainkan agama Islam atau mengulangi satu kenyataan dangkal seorang pemimpin PAS iaitu jika bersumpah tak perlulah lagi ada mahkamah dan sebagainya.


BACA SETERUSNYA......... KLIK

NASIB #SpendaStopa LEPAS NIE IBARAT NYAWA DI HUJUNG TANDUK........


Persoalan yang bermain diminda MKP apabila isu ini ditimbulkan adalah apakah nasib Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas ini berikutan tersebar video seks mirip beliau dalam internet?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan tercetus desas-desus bahawa kepimpinan Pas mula menghadapi tekanan daripada peringkat akar umbi agar beliau meletakkan jawatan.

Difahamkan, walaupun enggan membuat sebarang ulasan berhubung penyebaran video itu, Mustafa sendiri dikatakan mungkin tidak mampu menghadapi tekanan agar beliau berundur bagi menjaga imej Pas.

Ini memandangkan di peringkat akar umbi, mereka mahu melihat kepimpinan Pas tegas dalam soal tersebut kerana menyentuh maruah dan kredibiliti parti itu.

Berdasarkan maklumat yang  diperoleh, ahli-ahli Pas akar umbi sememangnya terkejut dengan pendedahan video berkenaan dan mereka mahu kepimpinan Pas memandang serius isu ini.

Semalam ketika diminta mengulas video tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.

Mustafa pula enggan mengulas dan menyerahkan perkara berkenaan kepada peguamnya.

Diminta mengulas lanjut situasi di dalam Pas berikutan penyebaran video itu, sumber akar umbi  tersebut berkata, apa yang ahli-ahli parti berkenaan mahu ialah agar Mustafa meletakkan jawatan.

''Saya percaya Mustafa juga memahami sentimen ini kerana Pas adalah parti yang jauh lebih bermaruah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),'' katanya.

Ditanya apakah maksud hujah tersebut, sumber itu berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, mana-mana pemimpin Pas tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan soal seks.

''Kalau PKR tidak apa kerana parti itu dilihat liberal, sebab itulah biar pun ada video atau gambar melibatkan pemimpin mereka, pemimpin berkenaan tidak meletakkan jawatan.

''Tetapi dalam Pas tidak boleh sebab ahli-ahli parti itu akan berasa tertekan apatah lagi dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13,'' kata


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive