Thursday, February 28

Bala Tuduh Najib Bunuh Altantuya! Mana Buktinya!........ @tunfaisal


Semalam datu Forum telah diadakan oleh Chegu Bard serta kuncu-kucunya. Konunnya dedahan panas oleh P.I Bala memang membawa bala pada PKR la lepas nie...

Dakwaan P I Bala jelas menyatakan PM DS Najib Razak adalah pembunuh Altantuya tapi sehingga kini tiada satu pun bukti menyokong dakwaan PI Bala...


Berikutan itu Perkasa Pahang telah membuat satu laporan Polis terhadap PI Bala.Pada 28 Feb 2013 Jam 3:00 ptg Perkasa Pahang membuat laporan polis berhubung dakwaan dan fitnah yg dibuat oleh P Balasubramaniam yg menuduh Perdana Menteri Dato Seri Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantantuya.

Mana buktinya!! Apa motifnya berceramah kesana sini jika Buktinya tiada! Sengaja mahu mencetuskan situasi ketegangan dikalangan rakyat dan merosak keharmonian masyarakat.


Dato Seri Najib dah bersumpah di dalam Masjid tidak mengenali Altantuya dan membuat penafian di dalam Dewan Rakyat! Jadi apa lagi?? Sumpah dalam Masjid, bukan boleh main2 !!







JAMBATAN RUNTUH SALAH SIAPA............?



Baru aje reda Jambatan Pulau Pinang retak hari nie dikejutkan pulak dengan berita gempar ini....

Salah siapa jambatan nie runtuh takkan benda nie semua nak salahkan BN dan UMNO jugak ke? Agak-Agaklah nak tuduh-menuduh..Tapi yang penting pihak yang dipertanggungjawab harus menjawab serta memberikan penjelasan dengan segera kenapa dan siapa pulak lepas nie kena jadi kambing hitam...

Jangan pulak lepas nie nak tubuhkan Suruhjaya itu dan ini......Mampus nak menjawab dan menangkis serangan dari cai-cai penjilat Anwar lepas nie..  

Sebuah jambatan di Cyberjaya di persimpangan bertingkat Taman Sains Selangor 2 menghala ke Lebuh Raya Elit runtuh petang tadi.

Difahamkan ianya runtuh kira-kira antara jam 1 hingga 2.30 petang tadi.

Menurut laporan beberapa portal berita, polis Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Jambatan tersebut dikatakan didalam proses baikpulih kerana tanah dikawasan tersebut mendap. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat menyebut tiada mangsa dilaporkan terlibat.



ANWAR MULAKAN SERANGAN TERHADAP HADI AWANG..........


Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. 

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR. 

USAH TERPEDAYA DENGAN USTAD PALSU.............


Walaupun diberi akal untuk berfikir, ada ketikanya manusia boleh percaya dan yakin pada perkara yang paling tidak diterima akal, termasuk membenarkan isteri ditiduri lelaki lain, konon sebagai cara untuk menghapuskan dosa.

Kita pernah mendengar suami melacurkan isteri untuk mendapatkan wang, atau menebus hutang. Tetapi belum ada suami menyerahkan isteri tercinta kepada lelaki lain semata-mata untuk membuang dosa.

Lebih teruk lagi lelaki yang meniduri isteri orang itu mengaku dirinya alim dan mendakwa mempunyai mukjizat sehingga boleh bercakap dengan malaikat dan ALLAH. Dia mendakwa dirinya Imam Mahdi.

Itulah dilakukan oleh ‘Ahmad 100’, gelaran yang diberikan kepada seorang lelaki penyebar ajaran songsang yang kini dikatakan aktif di Kuala Lumpur. Seperti dilaporkan media, Ahmad sedang mencari 25 pengikut untuk dijadikan penggerak utama ajaran tersebut.

Antara prasyarat menjadi pengikutnya ialah, seseorang itu mesti bernafsu tinggi sehingga boleh berkahwin dengan 13 wanita dan bersedia menyerahkan isteri untuk ditiduri Ahmad. Jika isteri berkenaan gagal menaikkan syahwat Ahmad, suaminya tidak layak menjadi ahli ajaran tersebut.

Memang tidak masuk akal, tetapi ada yang terpengaruh. Salah seorang pernah menjadi pengikut ajaran ini mengaku jahil agama, sehingga termakan pujuk ketua ajaran tersebut tanpa sebarang was-was.

Isterinya dibenarkan tidur dengan lelaki berkenaan untuk beberapa bulan. Hanya setelah si isteri tidak mahu berpisah dengan Ahmad – agaknya ada yang luar biasa pada lelaki itu! – barulah si suami gelisah dan keluar dari ajaran tersebut.

Apakah betul ini terjadi kerana jahil agama? Sejahil-jahil orang pun rasanya tidak akan tergamak membiarkan isteri ditiduri lelaki lain. Sekiranya lembu atau ayam diberi akal, pasti mereka pun tidak menyerahkan pasangan kepada yang bukan hak.

‘Ahmad 100’ adalah salah satu daripada sekian banyak ajaran songsang yang tersebar dalam kalangan orang kita. Sebenarnya seperti diakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada beratus ajaran sesat di negara ini.

Tidak lama dulu di Selangor ada seorang penyebar ajaran sesat yang berjaya mempengaruhi beratus-ratus orang Melayu. Dia mengaku dirinya nabi – sesuatu yang tidak masuk akal, tetapi masih ada yang percaya.

Di Terengganu pula ada ‘Ayah Pin’ yang mendirikan ‘Kerajaan Langit’ di Batu 13, Hulu Besut, kira-kira 10 tahun lalu. Seperti Ahmad 100, lelaki berusia 70-an itu juga gila beristeri. Dia boleh menikah secara ghaib dengan mana-mana wanita dia mahu.

Dia juga mengakui sama taraf dengan tuhan, malah dalam beberapa hal, dia mendakwa Tuhan akan merujuk kepadanya untuk meminta pandangan. Dia naik ke langit dari semasa ke semasa untuk berbincang dengan Pencipta alam.

Semuanya langsung tidak masuk akal. Memang gila! Tetapi, dia berjaya mempengaruhi beribu-ribu pengikut termasuk dari luar negara. Malah, ramai juga cerdik pandai berkunjung ke Besut untuk berguru dengan ‘Ayah Pin.’

Masalah sesetengah orang kita ialah, cepat sangat terpengaruh dengan sesiapa sahaja yang mengaku ustaz atau alim. Pantang lihat orang berserban, ada janggut, pegang tasbih dan boleh pula menghafal hadis dan nas, cepat sangat orang kita terpengaruh.

Lebih berkesan lagi sekiranya yang berserban, berjanggut dan tahu hadis itu pandai pula berjampi serapah. Dia akan diyakini untuk mengubat penyakit misteri. Terkena selesema dan bisul pun akan dirujuk kepada dukun @ ustaz ini.

Memang, ramai ustaz atau ulama tulen yang patut kita ikut. Tetapi ada juga yang auta. Dalam kehidupan sekarang tipu daya dan seribu satu muslihat boleh dilakukan, termasuk menyamar sebagai ustaz dan ulama untuk menjadi bomoh. Banyak sudah terkena. Gadis atau isteri orang yang dikatakan menghidap penyakit misteri, masuk bilik rahsia bersama bomoh yang mengaku ustaz. Apabila berduaan dalam bilik, dalam sinar malap pula, lain pula ceritanya.

Pesakit diusap-usap dan disentuh dan akhirnya dirogol.

Bagaimana seorang yang menggunakan hadis dan nas boleh melakukan demikian? Sebab kita mudah yakin pada perkara tidak masuk akal. Walaupun beberapa bomoh telah didakwa kerana penipuan ini, kita masih tidak serik.

Lain kali kalau ada ‘ustaz’ yang mendakwa boleh menghalau hantu dan merawat penyakit misteri, jangan mudah percaya. Fikir dulu, dia mungkin ustaz palsu!

MKP Ayat Sempoi : Kebanyakkan ustad Palsu nie Sokong PAS........

DAP HALAU 38 KELUARGA MPPP.............? #manifestobukanjanji


Sebanyak 38 keluarga kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) "dihalau" keluar dari kuarters mereka di Jalan SP Chelliah, Sungai Pinang di sini bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rumah mampu milik.

Kesemua kakitangan terbabit telah menerima surat arahan agar mereka berpindah ke Taman Sri Pinang selewat-lewatnya 15 Mac ini.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka berat hati untuk berpindah berikutan keadaan rumah yang bakal mereka didiami dikatakan tidak selamat.

Bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP, Mohd. Rofi Osman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah terdesak untuk meraih sokongan pengundi sehingga sanggup mengambil keputusan sedemikian.

"Walaupun mereka tinggal di kuarters, proses pemindahan yang dilakukan seakan-akan ada agenda tersirat kerana tempoh diberikan terlalu singkat, lagi pun kediaman baru itu mempunyai pelbagai masalah.

"Bukan mereka tidak mahu tinggal di sana (Taman Sri Pinang) tetapi keadaannya teruk seperti lantai jubin pecah, paip tersumbat dan masalah penyelenggaraan lain," katanya.

Yang hadir sama Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini melancarkan pendaftaran minat untuk 1,840 rumah mampu milik di dua kawasan iaitu Jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia, Batu Kawan.

Mohd. Rofi yang juga bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Bendera berkata, MPPP sepatutnya menjaga kebajikan kakitangannya daripada menjadi kuda tunggangan pihak lain yang bermotifkan politik.

"Ini bukan perkara remeh kerana ia bukan melibatkan kakitangan MPPP sahaja malah keselamatan keluarga mereka juga akan terancam," ujarnya. utusanmalaysia

MKP Ayat Sempoi : MPPP adalah orang suruhan DAP, Mesti 38 Keluarga tue dah Sokong BN...

Wednesday, February 27

BAGAIMANA UNTUK UPLOAD OCTOSHAPE DI I-PAD/ANDROID PHONE UNTUK HD LIVE STREAMING WARTARAKYAT..... @tunfaisal


Langkah pertama adalah pergi ke Aplikasi App Store pada i-pad atau Android anda..


Selepas itu cari ikon octoshape seperti tertera pada gambar diatas. Aplikasi ini adalah percuma dan tekan butang muat-turun...


Setelah di muat turun pada i-pad atau Android anda akan tertera pada muka hadapan ipad serta Android anda. sentuh pada Aplikasi tersebut.. Selepas itu akan keluar seperti yang dipaparkan pada gambar dibawah sekali 


Selepas itu akan keluar seperti yang dipaparkan pada gambar diatas ini. Infomation & settings pada Playlist name sila masukkan kod WRS untuk WartaRakyat... setelah itu tekan papan kekunci done. 

Setelah semuanya selesai akan muncul pulak ikon WartaRakyat seperti gambar diatas... Klik ikon tersebut dan kini anda boleh melihat siaran secara langsung walau dimana sahaja anda berada...  


Ini adalah contoh yang akan mucul di telefon mudah alih anda..

Selamat mencuba...


KENAPA JAMBATAN PULAU PINANG RETAK.................?


Ini adalah penyebab rakyat Pulau Pinang marah dengan kesesakan jalan raya yan gpaling teruk didalam sejarah Pulau Pinang. Cuba korang bayangkan untuk sampai ke Pulau Pinang melalui Jambatan terpaksa mengambil masa hampir 4jam lebih kerana benda macam nie, 
adakah DAP Pulau Pinang pernah peduli dengan banda macam nie..


Teruk jugak apa yang berlaku nampaknya sehingga besi penyambung hampir retak dan membolehkan nampak kebawah.. agak serius jugak kejadian ini.. akan tetapi sehingga pagi tadi semuanya lancar seperti biasa..


Semua lorong di Jambatan Pulau Pinang kini boleh digunakan kenderaan semula selepas kerja pembaikan besi penyambung jambatan selesai jam 7.30 pagi tadi. 

Pengarah Urusan PLUS Expressways Bhd (PLUS), Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata pihaknya terpaksa menutup satu lorong di jambatan itu kerana besi penyambungnya terkeluar semalam dan membahayakan pengguna jalan raya. 




KAKI PEREMPUAN JADI IKON ANAK MUDA PAS............


Sudahlah Leman woiii jangan dok melawak terlampau sangap sangat mengutuk orang lain padahal diri sendiri pu macam haram jadah...Gambar diatas menceritakan segala-galanya. Pernah dulu MKP berdebat Leman kaki cari pelacur kat Danok siam nie mengenai gambar diatas. Namun jawapannya adalah perempuan Jalang itu didakwanya adalah rakannya berasal dari Jepun.....Pooodah jangan nak kelentong!!!! Bebudak PAS bolehlah hang jual sekupang lima duit tapi dengan MKP pi belajar main politik dulu baru nak pusing cerita...

Secara logik takkan baru kenal tangan dah boleh berpeluk erat macam tue...Dey Macha busuk punya cerita pun mau kencing ka???


Leman nie dah macam dah terkena angau/santau bila Video lakonan  Saleh Yaakob dan Nabil menemplak pemimpin pakatan rakyat berikut adalah komennya disiarkan didalam HAPRAK DAILY....

Leman Raja Lawak Original  
Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO.. 
Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia. 
Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.
Yang benar  
Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS

MKP bila tengok ayat kat bawah nie bahawa Leman Raja lawak diangkat menjadi Presiden PANGLIMA macam tak berapa kena,Dah la pulak tue menjadi IKON ANAK MUDA PAS..Takkan kaki cari perempuan jalang PAS nak angkat jadi IKON agak-agaklah PAS nie pun.

Macam dah tak ada orang lain nak dijadikan IKON....Lepas nie PAS bukan saja menjadi HAMPAS tapi haram jadah sekali....



Tuesday, February 26

ANWAR MENGAMUK KERANA VIDEO NIE...........?


Sumber terdekat memberi tahu bahawa Anwar gelabah biawak sekarang kerana dedahan yang telah dibuat oleh iFilies. Video kat Utube jelas menunjukkan penglibatan Anwar sejak mula menceburi arena politik!!! bagaimana dan macam mana mendapatkan Dana yang terlalu banyak untuk menghuru-harakan Malaysia. Para penghujahnya pulak terdiri dari rakan baik serta mereka yang mempunyai jawatan penting. Asas serta hujah mereka ini cukup menyakinkan.


Nak tahu lebih lanjut korang layan sendiri video kat atas nie.... 

LIVE STREAMING : KUASA POLITIK MAHASISWA

 


WACANA SINAR : KUASA POLITIK MAHASISWA

:: Pada 26 Februari 2013 ( Selasa )

:: Bermula pukul 2.30 petang

:: Di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam


Panelis :
1) Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
2) Bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz
3) Penganalisis politik dari UiTM, Prof Dr Azmi Hassan
4) Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Datuk Jamal
5) Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Azan Safar.
Moderator: Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.


ANWAR MULA RISAU KU LIE BAKAL PM-7...........


Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam ucapannya semasa pelancaran manifesto pakatan langsung tidak sentuh soal sokong Anwar jadi PM kalau pembangkang tawan Putrajaya.

Dalam pada itu timbul cerita bahawa ada usaha untuk memasukan agenda menetapkan siapa bakal Perdana jika pakatan menang di buat semasa konvensyen itu memandangkan pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi,.

Ikut sumber-sumber PAS dikatakan menolak cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan perkara itu.

Katanya, perkara itu tidak dibincangkan dan manifesto hanya mengandungi perkara yang akan dilaksanakan PR jika memerintah kelak.

Mat Sabu menjelaskan, biarlah pilihan raya dahulu dan siapa PM ditentukan kemudian.

Namun katanya, sudah ada calon untuk jadi PM cuma akan diumumkan pada masa sesuai.

Sementara itu manifesto pakatan yang dilancarkan hanya mengandungi janji-janji kitar semula yang terkandung dalam Buku Jingga kecuali beberapa perkara baru termasuk menyediakan kereta berharga RM25,000 serta bina 150 ribu rumah mampu milik.

Bagaimanapun, manifesto itu tidak menyebut sumber kewangan bagi semua perkara yang dijanjikan termasuk memberi bantuan kewangan kepada rakyat.

Mungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13?

Sosek yang paling popular ialah semakin ramai dikalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan  intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral.

Isu video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan dirinya masih lagi menjadi bualan dikalangan ahli PAS sekalipun Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah buat ' fatwa' video itu besi tidak boleh jadi bukti.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam ucapan di majlis itu bukan main punya puji bosnya itu dengan menyatakan Ketua Pembangkang itu layak mengetuai pakatan.

VIDEO MAK JEMAH BUAT HAL PULAK DAH......


/

///
/
/
/
/
/
/
/
//
/
//
////
/
//
////
//
/
//
//
/

Monday, February 25

JET INI TIDAK DIBENARKAN TERBANG SELEPAS PRU-13.........?


DAP dengan bangganya mengumumkan bahawa Jet Peribadi tidak dibenarkan terbang apabila DAP dan Pakatan rakyat menguasai Putrajaya Pengumuman itu dibuat oleh Tokong Crocky Erogan Guan Eng..Perghhh Guan Eng nie macam yakin gila nak tawan putrajaya sedangkan kat Penang pun belum tentu boleh mengekalkan penguasaanya..


Ini adalah manifesto pada tahun 2008 yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri paling celaka didalam sejarah Pulau Pinang Guan Eng siap sidang akhbar lagi.....MKP nak tanya pada Guan Eng adakah ianya telah tertunai atau sama jugak macam Khalid Gagap Manifesto bukan janji tapi bakal dicapatikan..


Menifesto sebelum nie pun hang tak tunai Guan Eng oiiiii...siap keluarkan duit rakyat lagi untuk buat lencongan jalan baru...Hampeh punya DAP cakap tak setupa bikin punya DAP...


Takkan nak kena tipu lagi dengan janji manis DAP kali nie? kalau kena tipu kali pertama tue mungkin kurang pengalaman tapi kena kali kedua tue alamat nak mampus.....




RAKYAT PULAU PINANG DIPERBODOHKAN DENGAN BILBOARD NIE


Pada pandangan pertama billboard ini mungkin tiada masalah ianya seperti iklan lain jugak yang terpampang di tepi jalan raya.Menarik dan mungkin ramai bakal tertipu dengan janji palsu ditaburkan yang DAP dan sekutunya.Jika pembaca berada disekitar pulau pinang boleh melihat billboard diletakkan banyak di tempat strategik selalunya ditepi jalan raya...Biarkan MKP perincikan apa yang berlaku...Kenapa tiada logo pakatan rakyat atau DAP serta PKR......? Kat Penang nie PAS tidak diperlukan serta dihina seperti anjing kurap oleh Guan Eng so malas nak bertanya nape tidak PAS. Tue pun puak cai-cai Pas masih tak sedaq diri....



Kumpulan sasaran DAP adalah melayu golongan pertengahan berpendapatan kurang dari rm3ribu sebulan kerana golongan ini adalah dikalangan mereka penerima BR1M. Mungkin mahu menawan kembali hati mereka. DAP memang terdesak untuk mengembalikan kepercayaan golongan ini untuk mengundi mereka. So pekara seperti billboard ini mungkin dapat menawan hati mereka.Untuk makluman golongan ini adalah golongan penentu bagi DAP mengekalkan pemerintahan di Penang.

Manifesto pakatan pada PRU-13 telah pun dikeluarkan antaranya adalah seperti berikut 


Adakah mahu tertipu lagi dengan janji manis yang ditaburkan dan Akhirnya menjerat diri sendiri....

ZAIRIL KHIR JOHARI BAKAL MB SELANGOR........ @tunfaisal


Cita-cita Tokong Crocky Erogan Guan Eng mahu menghapuskan PKR secara halus dan teratur.Dedahan terbaru MKP dapat dari sumber dalam DAP mengatakan mengambil kawalan Selangor dari PKR dengan meletakkan calon DAP Melayu sendiri - setiausaha politik sendiri, Zairil Khir Johari, yang sebelum ini juga dikenali sebagai Christopher Ross Lim.

Lim Guan Eng percaya bahawa untuk PRU-13, DAP akan akhirnya memenangi kebanyakan kerusi di kalangan pihak PR.

Lim Guan Eng adalah yakin mengekalkan semua DUN semasa kerusi dimenangi oleh DAP pada tahun 2008

13 daripadanya adalah dari  DAP hanya 3 DUN kerusi diperlukan ,Target Dap kali ini adalah - N6 Kuala Kubu Bharu, N56 Sungai Pelek dan N46 Pelabuhan Klang, sekali gus meningkatkan jumlah DAP hingga 16 DUN kerusi. 

Manakala Guan Eng menjangka PKR akan kehilangan kerusi 5 DUN sekali gus mengurangkan bilangan kerusi DUN dari 14-9 kerusi semasa sahaja. 

Seperti PAS, Guan Eng juga menjangka mereka untuk melaksanakan kurang baik dan dengan itu kehilangan 3 kerusi daripada 8 semasa mereka yang akan menyebabkan PAS berakhir dengan hanya 5 DUN kerusi.

Oleh itu, pakatan PR masih akan terus mengawal negeri Selangor dengan 30 kerusi (DAP-16, PKR-9 dan PAS-5) vs BN dengan 26 kerusi, sekali gus mengekalkan kuasa seluruh negeri untuk satu penggal lagi. 

Walau bagaimanapun, sejak DAP kini mempunyai bilangan yang paling kerusi, mereka harus dapat menentukan dan melantik MB. Malah, dengan 16 kerusi seperti di atas, mereka juga melebihi PKR dan PAS DUN kerusi gabungan yang hanya datang sehingga 14.

Lim Guan Eng telah belajar dari kesilapan apa yang berlaku di Perak apabila ia terpaksa menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada PAS walaupun ia telah memenangi lebih banyak kerusi DUN daripada PAS di Perak kerana keperluan bahawa MB telah menjadi Melayu. 

Oleh itu, Nizar Jamaluddin pergi untuk menjadi MB - banyak mengecewakan dan kekecewaan Kit Siang dan Guan Eng.

Tetapi kali ini, mereka bersedia untuk kemungkinan bahawa - Guan Eng akan membariskan calon DAP Melayu di Selangor dengan niat untuk melantik beliau sebagai MB apabila DAP menang kerusi yang paling.

INi adalah sebab utama Guan Eng mahu Zairil menang pada CEC dulu.  Dia akan menjadi MB Selangor apabila DAP menang kerusi yang paling dan negeri ini kekal di bawah pemerintahan PR.

Karpal Singh memberi pendapat bahawa undang-undang tubuh negeri Selangor membolehkan Zairil Berbangsa Melayu dan Islam  dalam definisi perlembagaan Melayu dan jadi dia adalah layak untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan Perlembagaan Negeri Selangor.

Oleh itu, Zairil sedang dijadualkan untuk bertanding kerusi Bukit Gasing yang kini kosong sejak kematian Edward Lee Poh Lin. Walaupun anak Edward, Simon Lee telah mengambil alih tugas bapa dan tekun memupuk kerusi ini, berharap untuk bertanding dalam GE13, Guan Eng telah terdiri fikirannya untuk Zairil akan terjun dalam untuk pertandingan Bukit Gasing.

DAP mahu mengawal kekayaan yang luas dan aliran hasil di Selangor dan dengan meletakkan Zairil di sana sebagai MB, Guan Eng akan dapat untuk mengawal dan memanipulasi beliau dan memastikan orang muda akan melakukan bidaan beliau.

Zairil Khir Johari adalah budak bermata biru Lim Guan Eng dan telah mendapati dirinya baru-baru ini dalam kontroversi baru lebih identiti sebenar beliau. Untuk seketika kini, latar belakang biologi beliau telah datang di bawah penelitian. Beliau telah dipanggil dirinya Zairil Khir Johari.

Tidak Zairil bin Khir Johari tetapi Zairil Khir Johari. Terdapat perbezaan yang besar. Ulangi Zairil Khir Johari dan TIDAK BIN Zairil Khir Johari.

Walaupun DAP bekas naib pengerusi Tunku Aziz membuat tuduhan tumpul bahawa Zairil bukanlah anak biologi Khir Johari, setiausaha politik kepada CM Pulau Pinang, telah tidak diambil masalah untuk menyaman seluar off Tunku Aziz untuk membersihkan namanya.

Semua tiga tahun DAP lama ahli Zairil boleh keluar dengan adalah satu kenyataan yang menyedihkan untuk mengatakan dia tahu siapa bapanya.

Ia juga telah didedahkan di beberapa blog dengan keterangan dokumentar keras bahawa Zairil sebenarnya Christopher Ross Lim dan bahawa dia dilahirkan di Hawaii dan bapa biologi beliau adalah kononnya satu Howard Lim Singapura. Ibu Christine Lim alias Rose Christine Lim Abdullah alias Christine Khir Johari. Beliau adalah kursus setiausaha kepada Khir Johari lewat.

Zairil dilahirkan pada 17 Okt 1982 tetapi ibunya hanya berkahwin dengan Khir Johari pada bulan Februari 1996 dan jadi ia adalah agak mustahil untuk dia menjadi anak Khir Johari oleh tarikh pengiraan dan apa-apa.

Atau kebenaran adalah hanya apa yang ditunjukkan pada blog - bahawa Zairil @ Christopher Ross Lim adalah anak Howard Lim sebagai satu sijil kelahiran dari Hawaii atau bahawa Christine mempunyai hubungan sulit dengan Khir Johari dan mengandung kanak-kanak manakala dia masih berkahwin Howard Lim dan apabila Zairil dilahirkan, beliau telah didaftarkan sebagai anak suami kemudian beliau, Howard Lim.

Tetapi sesiapa adalah bapa Zairil, fakta kekal bahawa beliau telah kini mendapat satu yang paling berkuasa "Kelly" dalam bentuk Lim Guan Eng yang sedang membuat masa depan ini lelaki muda itu begitu terang bahawa dia adalah kini dalam talian yang Menteri baru Besar Selangor.


One Utama terbakar trending di Twitter

Kini trending di Twitter mengenai kebakaran yang berlaku di pusat beli-belah terkemuka, One Utama di Bandar Utama.

Bermula dengan tulisan dari warga Twitter mengenai bekalan elektrik yang terputus di seluruh One Utama dan kemudiannya berita mengenai asap dan kebakaran yang berlaku di bahagian New Wing pusat beli-belah tersebut.


Beberapa warga Twitter yang terperangkap di panggung wayang dan di tempat letak kereta turut menulis di Twitter masing-masing tentang keadaan terkini di One Utama.

Trending mengenai berita ini bermula dua jam yang lalu di Twitter.

Warga Twitter yang berada di sana turut memuatnaik beberapa gambar mengenai keadaan di sana.



Sunday, February 24

JANGAN TENGOK VIDEO INI JIKA ANDA LELAKI SEJATI.....


Sejak akhir-akhir ramai orang suka layan video parody seperti mana juga video asal sesebuah lagu itu kan?

Kali ini, video parody Sayang nyanyian Shae yang dilakonkan kembali oleh pelawak Jihan dan Azrul Raja Lawak memang benar-benar mencuit hati sesiapa yang melihatnya!

Azrul yang berpakaian seakan-akan Shae membuat pelbagai aksi yang mampu membuat orang ketawa tak kering gusi sementara Jihan pula melakonkan watak lelaki kasar yang sememangnya berlainan dengan karakternya yang sebenar.

Video ini merupakan terbitan rancangan Meletop yang disiarkan di Astro Ria.

Apa-apa pun layan dulu video ini ya!


Tapi video kat bawah nie lebih ganas der..kalau tak pecaya MKP tak tau nak kata apa lagi.. 



MUNIRAH ABD HAMID SUJUD DIKAKI IBUNYA............. @azeezputera


Sedih dan pilu!!! Riaksi spontan yang telah ditunjukkan oleh remaja yang telah insaf setelah mengikut kata hati dek penangan asmara cinta...Adakah cinta yang dikejar itu membawa kebahagian seumur hidup..?Kisah sedih hidupnya yang berlalu biarlah ianya berlalu mungkin ianya menjadi pengajaran buat remaja ini.

Itulah saat yang membahagiakan sorang Ibu apabila anak remajanya pulang kepangkuan setelah  mengejar cinta hingga ke Flores (berhampiran Australia) Indonesia.

Pastinya semua yang melihat aksi ini tidak dapat menahan air mata termasuk MKP sendiri hinggakan menitis air mata..Walaupun agak gagah menahan........


Misi Kelab Putera 1Malaysia membawa pulang remaja yang berasal dari Tg. Dawai, Sg. Petani Kedah dari Flores (berhampiran Australia) Indonesia oleh Kelab Putera 1 Malaysia. 

Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Azeez Rahim sendiri telah menyambut kehadiran remaja ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam..

Munirah Abd Hamid telah dilarikan oleh seorang lelaki yang berasal dari Kepulauan Flores sejak tahun 2007 ketika berumur 16 tahun dan kini umurnya 21 Tahun. 


Selepas tiba di Flores, remaja perempuan ini telah dibiarkan (lelaki Flores)dan mereka tidak pernah berkahwin. 

Remaja Perempuan tersebut dikatakan telah berkahwin dengan suami sekarang (Yohanes Bayu) dan dikurniakan seorang cahaya mata Alfon Bayu Rongan 9 Bulan. 
Lelaki sekarang iaitu Yohanes Bayu bukanlah lelaki yang menculiknya dahulu malahan dialah yang telah menyelamatkan remaja perempuan itu dari terbiar, setelah menghubungi bapa remaja perempuan itu pada penghujung tahun 2012. 



Abdul Hamid Bin Mat, 51 bapa kepada remaja perempuan tersebut adalah merupakan seorang nelayan di Tg. Dawai. Kes ini dikatogerikan sebagai kes paling jauh anak gadis Malaysia dilarikan ke Indonesia, dan yang pertama seumpamanya di Daerah Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

POK-NIK PUN TAK RESTU ANWAR PM-7..........


Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya  untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu.

Saturday, February 23

UMNO BAYAR ORANG PAS KELUAR PARTI..........


Seramai 100 ahli PAS dari beberapa buah cawangan sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Tahan di sini bertindak keluar parti itu semalam.
    
Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Rosdi Hussin berkata mereka mengambil tindakan sedemikian setelah mendapati perjuangan PAS kini jauh tersasar daripada perjuangan asal selain pemimpinnya gagal menunaikan janji sebagaimana yang dibuat ketika mereka dipelawa menyertai parti itu.
    
"Tindakan kami keluar PAS bukan atas desakan sesiapa, tetapi atas kesedaran sendiri dan memikirkan bahawa PAS tidak memberi apa-apa pembelaan kepada kami," katanya.
    
Menurutnya ada lagi di kalangan ahli PAS dijangka bertindak keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.
    
Mohamad Rosdi berkata kesemua mereka bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sebaliknya menjadi ahli Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan penduduk terutama di Hulu Tembeling.

Dr.Fadzilah Kamsah Sedih Keluarganya Diaibkan.....


Luahan rasa oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang agak kecewa dengan dedahan yang dibuat oleh blogger kepala lutut kerana dedahan doa yang diulas oleh beliau....

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu’alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT.

Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan.

Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger.

Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan.

Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin.

Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia.

Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin.

Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini.

Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya.

Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Sumber dari FB Fadzhilah Kamsah.....

POLITIK GAMPANG AJE MAIN BAIAH NIE.....


Atas nama 'baiah', ketaatan membuta tuli dan 'bodoh sombong', maka sejahat mana calon atau parti itu sekalipun hukumnya 'wajib disokong'.

Natijahnya produk parti dan pimpinan yang dipilih gagal melepasi KPI dari sudut wibawa, kualiti dan keberkesanan khidmat. Maka berlakulah sepertimana kata pepatah, 'sudah terantuk baru tergadah'.

Apa boleh buat 'nasi sudah menjadi bubur'. Dek kerana emosi, amarah, sakit hati, jauh hati, ramai yang kurang berwibawa ditolak dan dipilih rakyat untuk sekadar menikmati 'elaun buta' dan 'berbulan madu' sama ada di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Prinsip 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' seringkali terpakai dalam amalan pengundian. Ini belum dihitung elemen sabotaj terhadap parti sendiri, gara-gara tidak terpilih. Hanya kerana berdasarkan ukuran sendiri, 'akulah paling layak menjadi calon'. Mauduk politik sebeginilah yang merosakkan sistem pengundian dan proses demokrasi yang sebenar.

Tindak-tanduk menyimpang yang dibuat oleh segelintir orang telah menafikan pilihan dan hak majoriti yang lain. Implikasinya, parti dan calon yang berwibawa yang mampu mengketengahkan idea dan tindakan bernas tidak dapat dihantar mewakili rakyat di Parlimen mahupun sidang DUN.

Justeru, muhasabah diri dan penenlitian semula wajar dilakukan. Agar PRU-13 nanti, kita tidak lagi silap memilih. Kita mampu menilai antara fakta dan auta, beza antara kaca dan permata. Demi Malaysia yang aman, stabil, makmur dan sentosa.

Memang benar, tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dinantikan dengan penuh debar. Malah ramai yang menyatakan PRU-13 adalah ibu segala perang. Penentu kepada kelangsungan dan survival agama, bangsa dan negara.

Lebih ekstrem, telahan bahawa 'Arab Spring' bakal berlaku jika keputusan pilihan raya tidak memihak kepada pakatan pembangkang.

Demikian juga beberapa siri kajian sama ada yang dibuat oleh golongan akademik atau badan bebas yang punyai ramalan sama ada memihak kepada pemerintah atau pembangkang.

Hakikatnya 'sains politik' sebagai satu bidang kajian tingkah laku manusia, agak susah untuk meramal. Apa yang boleh dilakukan pengkaji hanyalah menjelaskan fenomena.

Benar, politik dibina atas persepsi, simptom, bayangan dan telahan yang kadangkala tidak menggambarkan realiti sebenar.

Banyak rumusan dibuat secara sewenang-wenang dengan memudahkan kenyataan walaupun asalnya ia terlalu sukar. Bagi orang kebanyakan, 'politik' adalah seni bercakap, seni dalam membuat tuduhan dan meyakinkan pendengar.

Lantaran itulah 'manifesto' bagi sesetengah kerajaan negeri bukannya 'janji', akan tetapi tidak lebih daripada sekadar 'gula-gula politik' untuk melariskan produk jualan persis penjual ubat jalanan.

Lebih malang, ada pendengar dan rakyat boleh percaya isu-isu rekaan bawaan penglipur lara.

Petanda bahawa masih wujud ketidakmatangan politik.

Kerana yang lebih dijuruskan ialah 'isu-isu kontroversi' bukannya 'policy debate', pengalaman, gerak kerja parti dan keupayaan parti dalam membina dan mengurus keperluan pengundi.

Faktor ini seolah-olah dikesampingkan dari menjadi panduan dalam memilih. Lebih parah bagi golongan pentaksub atau pengundi totok, baik buruk calon, atau keupayaan parti merencana dasar dan melaksanakan yang terbaik tidak pernah menjadi perkiraan.


VIDEO : NIK AZIZ BOLEH DIGELAR SEBAGAI BABI BILA HINA RAKYAT......


Ayat paling power boleh diberikan pada Tuan Guru Nik Aziz...Orang Kelantan nie memang Bodoh....Dah la tak berapa cerdik cakap pandai menipu lagi pandai...


Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV


Pok Nik ni kantoi didepan ribuan orang.. Sebelum ni ramai macai-macai Pas tak percaya yang Pok Nik Ajis ni nyanyuk tahap kritikal.., sekarang ini dia buktinya..

Kencing merata-rata depan umum tu bukan maknanya nyanyuk ke? Kalau nak dikategorikan, Pok Nik tu kira dah boleh dimaafkan apa jugak yang dia buat sebab keuzuran dia..

Tapi bila keuzuran tu dah menggugat keamanan negara dan perpaduan umat, Pok Nik tu dah wajib dijatuhkan dari pegang sebarang jawatan dalam parti ataupun negeri..

Takkan la rakyat Kelantan sanggup dera orang tua nyanyuk macam tu lagi kottt? Sudah-sudah laa bagi dia pegang jawatan MB tu.. Bia la Husam pulak berangan jadi MB di Kelantan tu.. Itupun kalau Pas menang lagi la kann





AKSI : TAYANG BAJU STACY AF3 TERLAMPAU........


Mungkin ada yang makan hati dengan artikel nie!!!! Lain tak ade ke korang nie suka sangat main cerita artis????? Bukan apa nanti ada pulak mulut bangsat mencerca dan meroyan bukan-bukan...MKP tinggal setakat ini aje komen tue!!!! akan disambung kelak... 

cuba korang tengok betul-betul baju apa yang dipakai oleh Stacy nie.. Baju Barisan Nasional tue siap ada Program BN Pilihan Orang Muda lagi...Mungkin Cai-Cai pakatan meroyan lepas nie..Apa kelas Cai-cai pakatan dok julang Abby-Albody yang dah KERTU tue..Penyanyi atau pelakon dan nak tamat tempoh aje yang sokong korang..

Walaupun Stacy nie menyokong BN tapi tak lah melampau macam Abby Albody......Ini adalah baju yang MKP maksudkan kat atas tue cuma propa aje...



Lebih 100 artis tempatan yang mewakili enam persatuan artis dan penggiat seni Sabah menyatakan tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Persatuan artis berkenaan adalah Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS), Kelab Artis 1Malaysia (KA1M), Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA), Persatuan Usahawan Industri Muzik dan Perfileman Sabah (PERINTIS), Sabah Creative Industry Group Movement (SCGIM) dan Persatuan Industri Kreatif Filem dan Muzik.

Presiden PARAS Abu Bakar Ellah yang dilantik pengerusi Sekretariat Artis Sabah sebagai badan antara artis dan kerajaan, akan turut sama membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan.

Beliau berkata sebagai pertubuhan yang menghimpunkan barisan artis dan penggiat seni tanah air, sekretariat itu akan berusaha membabitkan penyertaan seberapa ramai penggiat seni dan artis dalam pelbagai program bersama pemimpin dan masyarakat.

"Kami akan merangka jawatankuasa bagi membentuk ruang dan cara untuk terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam pilihan raya umum. Kita akan mencari ruang mendekati masyarakat secara lebih santai dan mudah diterima," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis khas bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Abu Bakar berkata pihaknya merancang untuk menambah keanggotaan badan itu kerana percaya kerajaan hari ini sentiasa prihatin dan menghargai penggiat seni tempatan.

Presiden SCGIM Rozza Rothman yang juga penyanyi tempatan berkata persatuannya baru ditubuhkan pada 7 Januari lepas menghimpunkan penggiat seni kreatif termasuk mereka yang bertugas di belakang tabir akan berpadu tenaga menyatakan sokongan kepada kepimpinan negara.

Sementara itu, Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah Mohd Joh Wid berkata peranan penggiat seni dan artis tempatan yang berada 'di belakang tabir' sememangnya dihargai kerana memainkan peranan penting membangunkan negara.

"Majlis seumpama itu dapat mewujudkan hubungan rapat antara penggiat seni dan ketua menteri, oleh sebab itu satu majlis besar-besaran mengumpulkan lebih ramai penglibatan mereka akan diadakan dalam masa terdekat," katanya.

Pada majlis sarapan pagi secara santai itu, Abu Bakar turut menyampaikan Direktori Artis Sabah yang menyenaraikan persatuan dan artis yang akan membantu BN untuk  diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada majlis itu, Ebi Kornelis Af5 turut menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada Musa dan berikar untuk menambah lagi barisan artis menjejaki langkah sepertinya. - Bernama




Friday, February 22

PEMIMPIN BARISAN NASIONAL HINA BLOGGER DAN CYBERTROOPER PRO-BN.......


Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.

Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.

Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.

Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.

Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi. 

Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.

Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda. 

Itu pandangan saya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Seperti yang saya sebut, komitmen UMB adalah untuk memberi tumpuan kepada musuh sebenar, iaitu pembangkang. Jangan sampai ada di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN hilang fokus...


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive