Showing posts with label perkasa. Show all posts
Showing posts with label perkasa. Show all posts

Friday, September 13

KETUA WIRAWATI PERKASA | PERLANTIKAN @MariniNasution BERKUATKUASA 5 SEPTEMBER 2013


Inilah lah Marini Nasution yang telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Wirawati Perkasa yang baru menggantikan saudari Zaira Bt Jaafar yang melepaskan jawatan pada 31 ogos 2013 yang lepas akibat faktor kesihatan.

Perlantikannya sebagai Ketua Wirawati Perkasa yang baru berkuatkuasa 5 September 2013 membolehkan NGO Melayu yang paling berpengaruh ini, tidak menunggu lama untuk meletakkan calon penggantinya.

Berpengalaman luas sebelum ini, sebagai Naib Ketua Wirawati Perkasa,malah berpengalaman sebagai Ajk Ekonomi Wirawati Perkasa tidak boleh disangkal lagi peranannya.

Mula menyertai Wirawati Perkasa sejak Oktober 2009 dan terlibat dalam pelbagai agenda memperkasakan Melayu malah digelar sebagai NGO paling RASIS oleh DAP membukti yang Marini sudah bersedia menggalas beban tugas ini.

Boleh ikuti perkembangan Ketua Wirawati Perkasa ini di akaun Twitter dan akaun Facebook -nya

MKP ucap Tahniah kepada Marini Nasution dan terus jadikan PERKASA sebagai NGO Melayu paling berpengaruh.

Monday, July 29

PERKASA DAH HILANG TELOQ.......BANYAK SONGLAP DUIT AGAKNYA.......


Ini terjadi bila perjuangan berlandaskan wan ringgit menjadi batu merhala...Memang gampang der... Dulu MKP pernah menjadi ahlinya akan tetapi kona baring bila mendapat tahu PERKASAM nie hanya tahu buat duit dan menipu semua ahlinya. Bermula dari detik itu mulalah MKP meluat dengan telatah harami PERKASAM nie...

Bila Ibrahim Ali mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang dikatakan sebagai tanda keterbukaan Perkasa dalam perjuangannya yang selama ini memperjuangkan kepentingan Melayu, Bumiputera dan Islam. Ayat macam harami poket dah penuh agaknya!!!!

Sebelum ni Perkasa ni bukan main rasis lagi kononnya nak jadi pejuang bangsa melayu.. Siap bertengkolok bagai dalam setiap majlis kononnya nak bagi kaum lain nampak keperwiraan semangat melayu dorang..

Perkasa sebelum ni pernah meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang lebih memberi muka kepada kumpulan-kumpulan yang membuat tuntutuan secara mengugut seperti Dong Ziong dan Hindraf dengan sedia mengadakan pertemuan serta memenuhi permintaan mereka sedangkan pandangan Perkasa langsung tidak diberi perhatian.

Pak Berahim juga pernah mencadangkan untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu sebagai protes terhadap penggunaan kalimah Allah, selain kecewa dengan Najib kerana menjemput paderi-paderi untuk berdialog di Seri Perdana sedangkan Perkasa tidak pernah dilayan sebegitu rupa.

Rupanya Pak Berahim dan Zul Kulim basah secara berpasangan di tengah hari.. Perkasa dah hilang rasis bila sanggup jadi barua kepada cina dan India. Kenapa tiba-tiba je Perkasa berubah halatuju?? Mahsyuk ke??

Mampu ke Zul Kulim dan Pak Berahim bersuara lagi sekiranya timbul isu-isu yang menggugat kepentingan melayu/Islam lepas ni?

Seawal penubuhan Mirac ni pun dah tunjukkan Perkasa memang hilang telor. Zul Kulim terpaksa meninggalkan Majlis berbuka puasa tu kerana berlaku perbalahan kecil diantara wakil India disitu berkenaan isu guru besar sekolah Sri Pristina.

Yang lawaknya.., Pak Berahim pulak terpaksa memujuk wakil-wakil India kat majlis tu supaya jangan balik. Dan Zul Kulim terpaksa berbuka puasa dalam kereta disebabkan merajuk bila Pak Berahim lebih utamakan India...


Thursday, February 28

Bala Tuduh Najib Bunuh Altantuya! Mana Buktinya!........ @tunfaisal


Semalam datu Forum telah diadakan oleh Chegu Bard serta kuncu-kucunya. Konunnya dedahan panas oleh P.I Bala memang membawa bala pada PKR la lepas nie...

Dakwaan P I Bala jelas menyatakan PM DS Najib Razak adalah pembunuh Altantuya tapi sehingga kini tiada satu pun bukti menyokong dakwaan PI Bala...


Berikutan itu Perkasa Pahang telah membuat satu laporan Polis terhadap PI Bala.Pada 28 Feb 2013 Jam 3:00 ptg Perkasa Pahang membuat laporan polis berhubung dakwaan dan fitnah yg dibuat oleh P Balasubramaniam yg menuduh Perdana Menteri Dato Seri Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantantuya.

Mana buktinya!! Apa motifnya berceramah kesana sini jika Buktinya tiada! Sengaja mahu mencetuskan situasi ketegangan dikalangan rakyat dan merosak keharmonian masyarakat.


Dato Seri Najib dah bersumpah di dalam Masjid tidak mengenali Altantuya dan membuat penafian di dalam Dewan Rakyat! Jadi apa lagi?? Sumpah dalam Masjid, bukan boleh main2 !!







Friday, January 25

MAMPUSLAH IBRAHIM ALI KALI NIE........?


Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.

Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.

Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.

Barangkali PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula. Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.

Selain PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.

Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.

Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.

Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.

Persoalannya kenapa selepas PRU 12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar?

Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula dikecam sama? 

Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak

IBRAHIM ALI DISOAL-SIASAT @PDRMsia ..........


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali disoal siasat oleh polis Pulau Pinang berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan meminta umat Islam membakar Bible versi bahasa Melayu.
 
Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata polis merakamkan kenyataan Ibrahim dan akan memanggilnya sekali lagi dalam beberapa hari.
 
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan mengeluarkan kenyataan dengan niat membakar sentimen keagamaan dan juga di bawah Akta Hasutan, kami memandang serius perkara ini,” tegas beliau.
 
Beberapa pihak termasuk MIC, Gerakan dan DAP sebelum ini membuat laporan polis terhadap Ibrahim bersabit kenyataannya itu.
 
Polis sebelum ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghadiri sebarang majlis pembakaran Bible Melayu pada Ahad ini di Butterworth. PERKASA menafikan menganjur majlis itu.
 
Isu itu timbul selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak supaya penggunaan kalimah Allah dibenarkan penggunaannya dalam Bible bahasa Melayu di Semenanjung.
 
Pakatan Rakyat menyokong desakan Guan Eng itu sungguhpun Majlis Syura Ulama PAS menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab bukan Islam.

Saturday, January 12

BERAPA UMNO BAYAR UNTUK PERKASA MENANGIS......?


Wahai Ibrahim Ali berapa UMNO Kedah bayaq kat hang suruh menangis kat Pedu tue.Nampak macam tak berapa ikhlas aje menangis atas nama Islam..Betul atau air mata diletakkan Eye-mo..huhuhu

Perkasa semalam telah membawa lebih 12ribu ahli yang telah dikutip diseluruh negeri dikawasan utara untuk hadir berdemo di Pedu, Kedah Darul Aman..

Rasanya Ahli Perkasa dikawasan utara tak sampai kot banyak tue?agak aje lah mana tahu kot-kot silap...? Tapi yang hadir tue sudah tentu telah diberi serba sedikit duit poket dan habuan untuk kesana.Kalau tak bagi mustahil dapat kumpul seramai ini...

Pak Berahim nie berlakon aje der nie semuanya kerana bajet pilihanraya!!!! Nak tunjuk kekuatan lepas nie boleh la claim banyak pasal dah cipta rekod perhimpunan terbesar di Kedah...

12 ribu kalau seorang rm 100 kali 12 ribu fuhh banyak tue 0000000000 telah hangus untuk program tak sampai beberapa jam aje...Dahsyat Perkasa nie belanja duit.....Sape yang kasi ek? Video KLIK

Perkasa Lu Sailang Wa Pailang bro.........


Tapi yang kat atas tue tak ade bukti pun diberi wang untuk berhimpun tapi untuk Himpunan Shamsidar yang bakal berlangsung tak sampai beberapa jam dari sekarang dah ada bukti yang pemberian wang dari pemimpin der..Tak pecaya tengok lah baju t-shirt tue tulis apa.Itu adalah T-Shirt terbaru beb sempena Himpunan Shamsidar kali nie....

MKP Ayat Sempoi : Balun aje kalau dah tak betul tak kira belah mana pun...Sudah tukar jadi jahat...


Saturday, September 1

PERKASA Mengamuk Kerana Sayangkan Sultan?


PERKASA Selangor hari ini membuat satu laporan polis ekoran satu laporan yang mendakwa Sultan Selangor tidak menerima undangan ke majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada malam 30 Ogos lalu.

Laporan berkenaan dibuat oleh Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Persoalan timbul apabila Sultan yang secara tradisinya dijemput menyertai majlis tersebut sebelum ini tidak dijemput, sebaliknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan sebagai tetamu khas pada malam sambutan itu.Adakah Anwar sudah diiktiraf PKR sebagai sultan Selangor.

Saturday, April 7

VIDEO SERIUS ; ANUWAR KENA HALAU DARI ALOQ SETAQ?


GERAK KHAS,Macam drama drama swsta pulak kat dalam TV.Apa tidaknya skuad khas ditubuhkan oleh Perkasa Aloq Setaq untuk menghalau Anwar dari merasmikan Pejabat PKR di Jalan Putra.Patutlah lah pun Pak sheik nie kena halau pasal dok sokong sangat Yahudi lahanat mana orang Kedah tak marah.Kalau kat Kedah nie bab Agama dan Islam nie sensitif sikit.Orang PAS kat Kedah nie lain macam sikit, depa tak ikut Ahli Pas ekstrim macam kt Pantai Timur.Disini depa lebih kepada menjaga Islam terlebih dahulu dari lain-lain.Faktor utama kekalahan PAS kat Kedah lepas nie pun pasal Anwar lahanat nie jugak lah ,dok sokong Yahudi Lahanatuulah.

Kenapa depa tak ikut macam Puak taksub Pantai Timur? berikutkan AMANAT  Hadi Awang yang telah menghancurkan Bumi Memali....Ramai ahli PAS Kedah sedaq akan peristiwa pahit dan pedih akibat taksub kepada pemimpin yang ingin menghancurkan perpaduan sesama Islam dan Melayu.Dari apa depa habaq kat MKP, Pas Kedah lanie pakai songkok hitam,Bukan saja pakai akan tetapi ada maknanya????kita sambung lain kali,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

MKP Ayat Sempoi ; GAnas anak muda Perkasa nie pakai rotan pukul orang?

Wednesday, February 1

Hari Ahad, kedai tutup???


Alasan yang kurang menarik untuk didengar,MKP ketawa sendirian bila dengaq ayat nie digunakan untuk menangkis serangan dari Parti Komponen BN yang menegur Perkasa didalam Isu Sampul Putih.Mungkin ada alasan yang lebih bagus untuk digunakan pakai selepas ini.Lim Guan Eng membidas tindakan Perkasa yang di ketuai Datuk Ibrahim Ali yang dianggap menghina masyarakat cina di negara ini dengan menggunakan sampul putih di majlis pemberian angpau baru-baru ini.MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adalah orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.Yang menjadi persoalan sekarang ialah Gerakan Senada dan seirama dengan DAP.Apa cita nie tolong jawab Gerakan?????? 

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pelik kerana penerima angpau di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran NGO itu tidak komplen apa-apa tetapi orang lain yang ‘bising-bising ’ pasal penggunaan sampul surat putih sebagai angpau. 
Beliau percaya, jika penerima angpau atau pemimpin masyarakat Cina yang turut hadir di majlis Ahad lalu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru menegur penggunaan sampul putih, perkara itu tidak jadi isu. 
Malah, beberapa wartawan akhbar Cina juga tidak menegur kesilapan penggunaan sampul surat putih yang pada masyarakat Cina hanya untuk majlis pengkebumian. 
Bercakap kepada Agendadaily, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas berkata, keputusan awal hanya menjemput meraikan sambutan Tahun Baru Cina bukannya memberikan angpau. 
Bagaimanapun, pada perbincangan, ada cadangan memberikan angpau kepada jemputan khususnya warga emas dari yang datang menaiki empat buah bas.
“Hari Ahad, kedai  tutup...mana nak cari sampul angpau merah. Kita guna yang putih. Kita pun tidak tahu ia bawa makna lain. Peliknya, tak ada yang tegur di majlis itu,” ujar Ibrahim.
 
Perkara lain memeranjatkan NGO itu, apabila jumlah kehadiran melebihi 300 orang yang disasarkan. 
“Kita lihat masyarakat Cina menerima Perkasa. Mereka yang berfikiran terbuka patut faham perjuangan Perkasa bukan berasas perkauman tetapi perpaduan,” katanya. 
Perkara itu mula jadi isu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong meminta PERKASA  memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai tidak menghormati adat budaya
kaum Cina.
 
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar telah menjelaskan bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu tetapi disebabkan ia telah kehabisan, sampul  putih terpaksa digunakan. 
Sementara itu, pemberian angpau berwarna putih pada majlis anjuran Perkasa itu, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata, pemimpin Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.
Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”, Najib berkata: “Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan. 
"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial.”AGENDA DAILY.

Monday, January 23

Ibrahim Ali Sanggup Masuk Jel.



Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak kisah jika Kerajaan Negeri Selangor mahu menyaman beliau berhubung kenyataannya mengecam Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu portfolio, minggu lalu.

"Saya tak boleh buat apa-apa. Biar mahkamah putus, apa yang saya kata mungkin berlaku itu dan ini, salah atau tidak.

"Kalau salah saya masuk jel, tak ada hal. Sudah dua kali masuk tahanan. Kalau kena denda, kalau mampu saya bayar. Kalau tidak, saya muflis. Semua tak ada hal pada saya," kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini menjawab kenyataan Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, petang ini.

Ibrahim dengan nada sindir menjawab, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ha ha, apa pun Tok Him tetap jaguh rakyat."

Dalam satu kenyataan awal pagi tadi, Kerajaan negeri Selangor bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ibrahim yang mengkritik keras keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio agama negeri itu, minggu lalu.

Faekah berkata, bercakap tanpa iman dan penuh dendam dan nafsu serakah merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor dan oleh itu, Ibrahim seharusnya dihalang dari menjejakkan kakinya di Selangor.

"YAB Datuk Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana.

"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam dalam rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor, yang dibuat dengan pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat Pas awal bulan ini.

Dalam kenyataannya, Faekah menambah, tindakan Ibrahim yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco baru.

Ibrahim pula menambah, komen beliau mengenai pertukaran jawatan portfolio adalah kenyataan biasa apabila ditanya oleh pihak media.

"Sama juga lain-lain pihak yang buat ulasan politik. Tidak ada kena-mengena dengan kedudukan DYMM Tuanku Selangor.

"Bukankah Perkasa yang konsisten membela institusi diraja," katanya sambil menambah, "bila kita beri pandangan, jika Khalid (sebagai) MB pegang hal ehwal Islam, mungkin itu dan ini akan berlaku.

"Hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Itu cabaran padanya," katanya.

Wakil rakyat itu menambah, hal beliau dengan Pas ketika pilihan raya umum 2008 adalah atas kerjasama.

"Saya tidak pernah jadi ahli Pas. Kerjasama menang-menang pada waktu itu. Kalau tidak tahu tak payah cakap. Sebenarnya yang mengata saya inilah yang lebih celupar," katanya.

Katanya, jika dikatakan tidak mengenang budi kepada Pas, bagaimana pula Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada satu masa lalu menjadi pemimpin Umno, tetapi sekongkol pula dengan DAP dan Pas selepas dipecat pada 2008.

"Dalam politik tidak ada yang kekal... ia ikut perkembangan semasa. Apa pun, apa kurang perangai pemimpin PKR," katanya lagi sambil mempersoalkan apa hak pihak berkenaan untuk menghalangnya memasuki Selangor. sinarharian.

Thursday, August 18

Pas jangan marah Perkasa



PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mungkin benar apabila mahu mengambil alih tugas mempertahankan kesucian agama Islam selepas Pas dilihat gagal berbuat demikian.

Tetapi Perkasa agak lewat kerana seharusnya ia dilakukan lebih awal lagi kerana Pas sememangnya sudah lama tidak menjadi pejuang Islam sejak bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Namun begitu tahniah kepada Perkasa kerana mempunyai keberanian luar biasa untuk berbuat demikian, satu tindakan yang sudah pasti tidak akan dilakukan oleh Pas.

Pas kini perlu mengakui bahawa parti itu bukanlah pejuang Islam malahan mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa untuk mengambil alih tugas berkenaan.

Apatah lagi Pas pun sudah mengisytiharkan bahawa mereka kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukanlah penubuhan sebuah negara Islam - satu perjuangan yang menyaksikan ada nyawa yang terkorban kerananya suatu ketika dulu.

Oleh itu mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa, sebaliknya Pas perlu berasa senang hati kerana kini bolehlah mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan bagi merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP.

Pas tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari ayat-ayat al-Quran atau potongan hadis bagi 'menghalalkan' apa juga tindakan mereka dengan kedua-dua parti berkenaan kerana mereka bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

Impian dan misi Pas sekarang ialah berbincang dengan PKR dan DAP berapakah jumlah kerusi yang harus mereka tandingi, kalau DAP dan PKR mahu dominan, Pas tidak boleh kata apa-apa kerana jika pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang, ia bukannya untuk menubuhkan negara Islam.

Kalau Pas dibiarkan dominan sekali pun, Pas tidak ada apa-apa kekuatan untuk mempertahankan Islam kerana kekuatan sebenar terletak di tangan DAP dan PKR. Ia sudah pun berlaku di Kedah dan Selangor pada masa ini.

Tambahan pula ketika ini sudah tidak terdengar lagi suara-suara Pas untuk menegakkan undang-undang syariah di negara ini, sebaliknya lebih kepada corak pemerintahan yang diinginkan oleh DAP dan PKR.

Mungkin Pas akan mendakwa bahawa Perkasa tidak layak untuk memperjuang dan mempertahankan agama Islam kerana mereka bukan parti politik Islam tetapi hanya NGO Melayu.

Soalnya, apakah Pas sebuah parti Islam? Apakah Pas selama ini bertindak sebagai kelompok yang mempertahankan Islam apabila ada tindakan DAP dan PKR yang mengguris perasaan orang Islam?

Islam benarkah Pas yang menolak perpaduan sesama orang Melayu dan umat Islam berbanding dengan Perkasa yang berusaha menyatukan orang Melayu?

Bolehkah Pas mendabik dada sebagai mempertahankan Islam, apabila ada pemimpinnya tidak sehaluan dalam isu-isu berkaitan Islam sejak kebelakangan ini?

Apa yang lebih kita dengar ketika ini ialah keghairahan Pas untuk menuntut sebuah pilihan raya bebas dan adil.

'Perjuangan' ini pada mulanya dicetuskan oleh S.Ambiga - seorang peguam yang menyokong murtad dan pernah mengganggu gugat umat Islam melalui Suruhanjaya Antara Agama.

Tetapi sekarang Pas lebih ke depan menyahut seruan Ambiga, jadi bolehkah Pas mengatakan mereka masih memperjuangkan Islam? Sebagai orang Islam tidakkah Pas sensitif dengan apa yang dilakukan oleh Ambiga sebelum ini, sedangkan Perkasa menentang Ambiga habis-habisan?

Semua itu terjadi kerana Pas secara dasarnya sahaja adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan berasingan tetapi tindak-tanduknya tidak bebas kerana segala-galanya ditentukan oleh DAP dan PKR.

Justeru lebih baik menjadi NGO Melayu yang bebas seperti Perkasa berbanding menjadi parti politik yang hanya menjadi 'pak turut' kepada orang lain.

Jika Pas mendakwa di dalam Perkasa tidak ada ulama yang boleh memberikan nasihat berbanding Pas yang mempunyai ramai alim ulama termasuklah adanya Dewan Ulama, kita juga perlu bertanya berfungsikah golongan berkenaan dalam parti itu.

Apakah benar Dewan Ulama Pas mampu mempertahankan kesucian umat Islam sedangkan tindakan mereka lebih banyak 'dirantai' oleh perhitungan politik yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin lain terutamanya daripada golongan bukan ulama.

Berfungsi sangatkah Dewan Ulama dalam menjadi pembimbing kepada Pas supaya tidak meninggalkan landasan perjuangan Islamnya semata-mata kerana mahu merebut kuasa politik?

Kalau betul Dewan Ulama Pas berfungsi, kenapa Pas boleh mengubah dasar perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan?

Kenapakah keupayaan ulama-ulama Pas ini seolah-olah tidak diiktiraf apabila pemilihan parti itu baru-baru ini menyaksikan golongan berkenaan ditolak habis-habisan bagi jawatan-jawatan utama?

Pas harus ingat untuk memperjuang dan mempertahankan Islam ia bukan soal perlu ada ulama atau tidak dalam sesuatu kelompok itu sebaliknya keazaman dan keikhlasan serta demi mencari keredaan Allah SWT.

Kalau ada berpuluh ribu pun ulama dan cerdik pandai agama dalam sesebuah organisasi tetapi mereka hanya menjadi pemerhati sahaja tiada gunanya juga!

Pas perlu mengakui akibat kerana sikap berpolitik merekalah yang menyebabkan pelbagai pihak terutamanya dalam pembangkang 'naik tocang' dengan melakukan tindakan yang mengganggu-gugat umat Islam dan orang Melayu.

Apa juga tindakan puak berkenaan ia akan dibela oleh 'tok-tok guru' dalam Pas sehingga kesudahannya bukan sahaja umat Islam rugi malahan mereka berpecah belah.

Begitu juga dalam isu terbaru melibatkan sebuah gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, sekali lagi Pas dilihat tidak berupaya melakukan apa-apa biarpun ia berkaitan dengan akidah Islam.

Jika suatu ketika dulu, Pas menuding jari menyalahkan UMNO apabila gejala murtad berlaku tetapi kali ini pemimpin-pemimpin kanan cukup berlapik dalam menyatakan pendirian, biarpun Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan menunjukkan ketegasan 'luar biasa'.

Semua ini membuktikan Pas tidak lagi berupaya menjadi pejuang Islam apatah lagi mempertahankan kesucian agama Allah itu.

Oleh itu keikhlasan Perkasa untuk menjadi benteng utama mempertahankan umat Islam harus disokong oleh semua pihak, tidak usahlah orang Melayu merasa khuatir atau dituduh rasis apatah lagi ekstremis kerana ada pihak lain yang lebih rasis daripada kita.

Selama ini, bukannya Perkasa tidak pernah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan , oleh itu kalaulah kali ini ada pula tuduhan baru anggap sahaja 'ia deruan angin yang berlalu' tanpa apa-apa kesan.

Apa yang lebih utama ialah perjuangan mempertahankan kesucian Islam perlu dilaksanakan kerana ia bukan tuntutan manusia semata-mata tetapi Allah SWT.

Friday, May 20

Pemuda Umno & Perkasa Berhimpun Pertahan Utusan



Kira-kira 200 penyokong Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meneruskan perarakan menyokong akhbar Utusan Malaysia di hadapan Ibu Pejabat akhbar tersebut walaupun tanpa kehadiran kumpulan ingin memprotes iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Perkasa yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.
Sementara Pemuda Umno yang diketuai Penolong Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menyerahkan memorandum sokongan merekakepada individu yang sama 10 minit kemudian.
Suasana hujan renyai-renyai tidak memaksa penyokong kedua-dua pertubuhan berkenaan untuk berganjak daripada berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu itu yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dekat sini.
Ketika ditemui media selepas menyerahkan memorandum berkenaan Megat Firdouz berkata, Utusan sebagai akhbar berbahasa Melayu tertua di negara ini telah memainkan peranannya bukan sahaja bagi melaporkan berita malah dijadikan input pendidikan.
"Pemuda Umno akan mempertahankan Utusan, kami tak akan biarkan akhbar ini dipermain-mainkan oleh golongan muda yang buta sejarah.
"Utusan sebuah akhbar yang mempunyai input pendidikan...tidak seperti Suara Keadilan yang hanya tahu berpolitik dan membuat fitnah," katanya.

Sebelum ini, AMK yang diketuai ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dijadual mengadakan demonstrasi di tempat sama untuk memprotes laporan dan propaganda Utusan Malaysia ke atas beberapa isu berkaitan pembangkang sejak akhir-akhir ini.
Tindakan AMK itu telah mengundang reaksi daripada Perkasa dan Pemuda Umno untuk turut hadir bagi mempertahankan pendirian akhbar Kumpulan Utusan itu.
Bagaimanapun AMK telah membatalkan hasrat mereka awal pagi tadi.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Megat Firdouz berkata pihaknya tidak akan membiarkan kumpulan pembangkang itu berterusan bertindak melakukan kekecohan.
"Budaya biadab tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, mereka sudah buat kecoh di masjid, di mahkamah...sekarang di pejabat Utusan pula, kami tidak akan biarkan," katanya.

Wednesday, October 13

Ibrahim Ali Dilucutkan Gelaran Datuk Oleh Istana Kelantan


Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik. Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi olehMalaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya. Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive