Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Wednesday, June 11

MB KEDAH @MukhrizMahathir TENGOK SAT "ULAQ-AYAQ" NIE......?


Ramai diantara kita mahu mencari pendapat yang lebih apabila bulan Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi. Tapi kalau nak cari rezeki untuk anak bini dirumah lebih baik cari yang halal dan berkat. Janganlah cari rezeki dengan cara menindas orang lain.

Kalau kat Kedah ayat popular bagi golongan macam nie adalah ULAQ AYAQ. Memang dibenci kerana sikap tamak serta memonopoli untuk keuntungan segera. MKP diberitahu ULAQ AYAQ nie ada hubungan yang agak rapat dengan PBT tempatan.

Berikut adalah luahan peniaga yang ditindas:
Hari ini cabut undi tapak bazar Aidilfitri di bazar Yawata, Jitra. Antara bazar yang digelar Jalan TAR Jitra kepada sesiapa yang pernah merasai penangannya. 
Alhamdulillah kami cabut dua orang dapat satu tapak.  
Sebelum itu kelmarin telah berlangsung bidaan bagi tapak khemah besar. Terhasilnya harga bidaan bermula RM6.5k-RM10k. Satu perkara yang saya tak terfikir untuk menyertainya lagi. Sekurang2nya buat masa ini. 
Jumlah tapak (kecil) diperuntukkan hari ini ialah 81. 13 daripadanya milik pekedai2 di lokasi. Tahun lepas tiada jumlah 13 ini. 'Dipercayai' pengaruh salah seorang pekedai di majlis daerah telah berjaya 'mendapatkan' angka itu bagi mereka. Kerana tahun lepas mereka telah berkonflik dengan peniaga bazar soal ruang niaga. Maka dengan itulah asas kepercayaan saya. 
Selebihnya dibuka kepada orang ramai. Yang datang tadi hampir 200 orang. Bermaksud lebih separuh daripadanya akan pulang dengan tangan kosong. Ada yang datang 5 orang cabut satu pun tak kena. Atas nasib semata2. Juga bantuan doa serta tawakal.. 
Harga tapak RM600+RM250 deposit. Tahun lepas saya cabut tak dapat. Terpaksa beli dari 'ular air' dengan nilai RM2k. Mereka datang ramai untuk cabut undi. Jika dapat mereka akan jual semula tapak itu dengan harga sekitar RM1.5k-RM2.5k. Untung atas angin. 
Salah satu konsep alibaba. Melengkapi dilema Melayu sedia ada hari ini.
Juga salah satu bentuk penindasan terhormat, kapitalis, monopoli, buli atau apa sahaja yang kita mahu gelarkannya.

Wednesday, October 3

VIDEO : PEMIMPIN UMNO BELAJAR CAKAP HOKKIEN


Video nie kempen piliharaya ke Datuk Latt Shariman?Bagus jugaklah bila ada video macam nie dan tak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin UMNO.Apa yang telah disampaikan jugak agak menarik dan  menyentuh sentimen setempat..Percubaan untuk membuat Tranfomasi menarik hati pengundi dari kaum Cina setempat adalah bagus dan perlu diperhebatkan lagi dengan publisiti yang meluas....Tahniah .....

Sunday, September 16

CALON MB KEDAH DARI UMNO SUDAH DIKENAL PASTI


Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena adalah antara nama yang dikatakan begitu ‘berminat’ dengan jawatan Menteri Besar Kedah. Namun, untuk mencapai matlamat itu amatlah sukar kerana beliau perlu berhadapan bukan sahaja dengan Dato’ Seri Azizan Razak, yang mendapat sokongan akar umbi dan golongan ulama tetapi juga Mat Sabu dan Phahrolrazi yang menyimpan cita-cita yang sama.

Dan lebih dari itu, Mahfuz juga sedar bahawa beliau perlu terlebih dahulu memastikan yang PAS menang di Kedah.

Untuk rekod, BN memenangi 14 daripada 36 Negeri pada 2008 yang hampir kesemuanya dikuasai UMNO manakala Pakatan memenangi 22 kerusi, dengan majoriti dikuasai PAS dengan 16 kerusi.


Friday, June 15

MUKHRIZ TUN MAHADIR DAN POLITIK JELAPANG PADI.

 
Hari ini tak ramai rakyat Malaysia termasuk kalangan orang Melayu yang tahu perkataan lama seperti jelapang yang bermaksud kepuk, rengkiang atau juga lumbung. Maksud perkataan jelapang yang diberikan laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, adalah lebih aneh daripada perkataan jelapang itu sendiri.

Zaman sudah banyak berubah. Dulu orang bercakap kiraan hasta dan cupak tapi hari ini meter dan kilogram. Dulu, kereta paling mewah yang dikenali orang Melayu ialah Mercedes. Hari ini, sudah ada beberapa orang Melayu memandu kereta jenis Bugatti Vyron.

Sebelum ini, ketika menulis kolum di akhbar Straits Times, Tun Dr Mahathir membuktikan sebab penanam padi, ketika itu disebut sebagai pesawah bukan sahaja gagal menyerlah dari segi ekonomi tetapi sebaliknya hidup secara sederhana.

Ini gara-gara komoditi penghasilan mereka dikawal orang tengah. Hari ini kos menanam padi lebih tinggi daripada pulangannya dan mengakibatkan lambakan beras import yang dijual di pasaran harga jauh lebih murah.

Namun apa pun, Kedah masih lagi Jelapang Padi iaitu menurut definisi piawaian, ‘tempat penyimpanan/penghasilan beras’ bagi negara kita. Sama ada masalah ekonomi pesawah ini
diberikan fokus secukupnya atau kian dihimpit faktor kos tempatan yang tidak terkawal, Kedah sudah pun menghasilkan dua Perdana Menteri (PM) yang bertaraf ikonik – Almarhum Tunku Abdul Rahman dan dan Mahathir.

Masalah berkaitan penanaman padi sebenarnya bukanlah seratus-peratus kesilapan kerajaan BN. Tetapi, ia cukup menyeronokkan Pas kerana permasalahan masyarakat sub-urban yang kurang pendedahan dunia luar ini adalah jelapang modal insan pengundi yang penting buatnya. Inilah mengapa Pas boleh memberikan saingan politik di Kedah pada PRU umum lalu.

Dua puluh tahun lalu, tokoh ulung pemimpin dari Kedah, Tan Sri Sanusi Junid pernah mengingatkan selagi ada bendang selagi itu ada pengaruh Pas". Kebetulan sahaja Sanusi pernah menjadi Menteri Pertanian dan mampu melihat politik ‘jelapang’ dengan visi yang menjangkau jauh dari sekadar keluasan bendang yang ‘saujana mata memandang’.

Begitu pun Pas di Kedah hampir pada masa yang sama denganUmno, iaitu kira-kira sedekad sebelum merdeka gagal melahirkan tokoh yang berjaya memberikan impak peringkat negeri dan nasional berbanding Umno yang melahirkan keluarga Shahabuddin yang menduduki kerusi MB Kedah; kalangan menteri kabinet seperti Kadir Sheikh Fadzil, Dr Afifuddin Omar dan Tun Daim Zainuddin serta tokoh bilionair Melayu seperti Syed Mokhtar al-Bukhari.

Begitulah hebat orang Kedah yang mencorakkan dunia politik dan korporat negara. Bukan sekadar ‘Jelapang Padi’ tetapi juga ‘jelapang tokoh’.

Tunku memiliki kehebatannya tersendiri. Namun bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Dr. Mahathir bersifat fenomena. Orang luar tidak melihat Mahathir sebagai pemimpin Kedah tetapi mengenalinya sebagai PM Malaysia. Tapi sekilas pandang orang tahu Mahathir orang Kedah kerana loghatnya sampai kini masih tak berubah.

Cuma kalau dari segi sumbangan ke atas negeri asalnya itu, Langkawilah satu-satu yang menampakkan hasil tangan mantan PM itu. Pekan Rabu di Alor Setar hanyalah sebuah bazar yang kurang meyakinkan berbanding Lot 10 ataupun Midvalley di ibu kota. Hari ini Langkawi menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia jauh lebih hebat dari Bali ataupun Phuket.

Mungkin disebabkan Kedah begitu sinonim dengan padi dan dari padi datangnya beras yang menjadi makanan utama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, maka mungkin juga peribahasa. ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ mempunyai akar atau asal-usul dari Kedah juga.

Mungkin, secara kebetulan,dua PM yang ikonik adalah dari Kedah dan hanya keluarga dari Kedah sahaja yang mengukir sejarah mempunyai tiga MB dari puak sama. Mungkin ini juga membuatkan ada pihak yang meramalkan Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun dan juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dikatakan bakal menjadi PM Malaysia satu hari nanti.

Sementara ramalan sedemikian sedap didengar penyokong Mukhriz dan tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu yang keterlaluan, tetapi ia bukanlah sesuatu pelayaran mudah bagi Mukhriz. Ini kerana ada yang merasakan Mukhriz perlu mencapai tingkat tertinggi dalam Umno negeri sebelum boleh dipertimbangkan untuk impian lebih tinggi.

Mukhriz menghabiskan banyak masa di luar Kedah. Justeru tentulah dia kurang dikenali secara peribadi rakyat Kedah berbanding, katakan, Ketua Perhubungan Umno, Datuk Ahmad Bashah Hanipah ataupun Datuk Seri Johari Baharom.

Bagaimanapun perhatian atau spotlight terhadap Mukhriz kembali menghantui sebilangan kecil pemimpin di Kedah apabila namanya disebut sebagai calon favourite untuk jawatan MB Kedah - itu pun jika BN menang.

Perbualan mengenai siapa selepas Datuk Seri Azizan Razak kini memasuki dimensi baru dengan isunya kini diperkatakan secara terbuka. Mereka yang tak mahukan Mukhriz menambahkan rencah dengan memasukkan 'perasa' kepada personaliti ini seperti menganggap dia terlalu muda dan tidak berpengalaman. Setengah mengandaikan adalah tidak adil, calon yang bukan bergelar Ketua Bahagian turut dipertimbangkan.

Apakah hal seperti ini menyukarkan PM merangkap Presiden Umno membawa Mukhriz pulang ke Kedah? Apa pun ia dilihat sebagai masalah dalam iaitu suatu perkembangan kurang selesa dari segi kesatuan atau uniti Umno Kedah.

Pada masa sama Umno Kedah perlu menumpukan segala fokus dan usaha ke arah menurunkan kerajaan Pakatan Rakyat pada PRU13. Nampaknya apabila ‘jelapang’ menyimpan terlalu banyak tokoh, ia juga akan menimbulkan kesulitan. Atau mungkin juga ia memerlukan masa sebelum ‘kuah tumpah ke nasi’.SH

MKP ayat sempoi : Sebelum ini artikel bongkar rahsia berkenaan kepimpinan Kedah telah MKP keluarkan impaknya ada yang melompat sakan akan tetapi kini bunyian kumbang riang kembali kedengaran bergema.Perlukah semboyan ditiup sekali lagi?   

Tuesday, April 24

USTAD ZIZAN PERLEKEH ISTANA KEDAH #savekedah


Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak buat kesekian kalinya membuktikan sifat takbur Ulama-ulama PAS apabila meletakkan fatwa yang di keluarkan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak, sebagai tidak boleh dicabar atau dirayu atau disemak dinafikan atau dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

Alasan beliau iaitu fatwa Ulama adalah jauh mengatasi sistem mahkamah seolah-olah meletakkan kedudukan Ulama menjangkaui taraf manusia biasa iaitu tidak mungkin berbuat silap, malah mungkin juga berhak mengampunkan dosa manusia lain seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz. 

Pendirian seperti ini, jelas menyalahi ajaran Islam dan menyerupai Kristian yang meletakkan padri sebagai wakil Tuhan. Sedangkan menurut Islam, Ulama juga manusia biasa iaitu ada kelemahan masing-masing malah Islam juga memperingatkan kita tentang wujudnya Ulama jahat hatta sejahat-jahat manusia ialah Ulama yang jahat.

Jika tidak, tidak mungkin kita diperingatkan tentang Ulama-ulama jahat yang sering menyesatkan ummah. Fatwa bukan statik dan ia boleh berubah atau dipinda mengikut kesesuaian masa. Ia juga bukan satu hukum tetapi merupakan pandangan tentang hukum agama. Ulama pula bukan maksum dan bukannya menerima wahyu terus dari Allah SWT.

Oleh yang demikian, apakah jaminannya yang pandangan para Ulama tersebut tepat? Dan apa pula jaminan yang Ulama yang terlibat dalam membuat fatwa itu adalah Ulama yang sebenar-benarnya sedangkan ijazah agamanya hanya diiktiraf oleh manusia, bukan Allah SWT. Sesiapa juga, hatta orang kafir juga jika mengikuti pembelajaran agama Islam di universiti dan belajar bersungguh-sungguh tidak mustahil akan lulus dengan cemerlang juga. 

Maka apakah mereka juga boleh dikira sebagai lebih tinggi darjat di sisi Allah SWT dan diangkat sebagai Ulama? Akibat dari ‘ketakburan’ kerajaan PAS ini, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim telah membuat kenyataan yang membayangkan pihak istana juga merasa tersinggung kerana tindakan ini dikhuatiri mencabar kuasa DYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri. 

Jika Ulama-ulama PAS sudah meletakkan diri mereka sebagai lebih tinggi darjat dan taraf dari manusia biasa, maka Tunku atau DYMM Sultan juga tentunya berada di kedudukan lebih rendah dari mereka serta tidak berhak mempersoal atau mencabar pandangan mereka. Dari segi rekod, bukan sesuatu yang asing apabila fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa bercanggah atau berbeza dan kemudiannya diubah setelah mendengar pandangan umum. Ini adalah perkara biasa kerana yang terlibat di dalam Majlis Fatwa ialah manusia biasa. Kerajaan negeri Kedah seharusnya kembali berpijak di bumi nyata dan merendah diri. 

Bukankah Ulama itu seharusnya bersifat zuhud dan sedia mendengar pandangan semua. Kedegilan dan ketakburan yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Kedah hanya menjauhkan lagi orang kafir dari Islam. Cukup-cukuplah PAS mencemarkan imej dan nama agama Islam, janganlah ditambah lagi penghinaan terhadap orang Islam dengan menunjukkan sikap yang bertentangan dengan Islam. Entah kenapa PAS sering menonjolkan sikap yang salah di tempat yang salah. 

Contohnya, apabila perlu bertegas dalam isu murtad, mereka berlembut tetapi apabila perlu bersikap terbuka seperti dalam isu fatwa ini, mereka berdegil dan berkeras pula. Kita pasti, pemimpin PAS Kedah bukannya akan mengambil masa untuk merenungkan kebenaran dalam artikel ini, tetapi sebaliknya tidak akan membuang masa langsung untuk mencaci dan menuduh penulis sebagai jahil, sesat dan sebagainya. Begitulah sifat orang yang takbur akibat terlalu sibuk mengejar dunia.BERUANG BIRU

Saturday, April 7

VIDEO SERIUS ; ANUWAR KENA HALAU DARI ALOQ SETAQ?


GERAK KHAS,Macam drama drama swsta pulak kat dalam TV.Apa tidaknya skuad khas ditubuhkan oleh Perkasa Aloq Setaq untuk menghalau Anwar dari merasmikan Pejabat PKR di Jalan Putra.Patutlah lah pun Pak sheik nie kena halau pasal dok sokong sangat Yahudi lahanat mana orang Kedah tak marah.Kalau kat Kedah nie bab Agama dan Islam nie sensitif sikit.Orang PAS kat Kedah nie lain macam sikit, depa tak ikut Ahli Pas ekstrim macam kt Pantai Timur.Disini depa lebih kepada menjaga Islam terlebih dahulu dari lain-lain.Faktor utama kekalahan PAS kat Kedah lepas nie pun pasal Anwar lahanat nie jugak lah ,dok sokong Yahudi Lahanatuulah.

Kenapa depa tak ikut macam Puak taksub Pantai Timur? berikutkan AMANAT  Hadi Awang yang telah menghancurkan Bumi Memali....Ramai ahli PAS Kedah sedaq akan peristiwa pahit dan pedih akibat taksub kepada pemimpin yang ingin menghancurkan perpaduan sesama Islam dan Melayu.Dari apa depa habaq kat MKP, Pas Kedah lanie pakai songkok hitam,Bukan saja pakai akan tetapi ada maknanya????kita sambung lain kali,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

MKP Ayat Sempoi ; GAnas anak muda Perkasa nie pakai rotan pukul orang?

Thursday, March 1

Iklan Surau Baru - AJK Madrasah Salihian Buat Laporan Polis


Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah hari ini membuat laporan polis berhubung papan tanda pelan surau baru yang didirikan berhampiran madrasah itu yang dianggap sengaja dibuat bagi mengelirukan rakyat.

Pengerusi jawatankuasa itu Mansor Ahmad, yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pagi tadi, berkata pemaju menaikkan papan tanda itu yang mempunyai lakaran pelan surau baru dan ini merupakan satu provokasi yang boleh menimbulkan pertelingkahan dan mengundang kemarahan masyarakat Islam terutamanya anak kariah madrasah itu.
    
Mansor berkata pembinaan papan tadi itu dipercayai tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar. 
    
Terdahulu Mansor bersama kira-kira 50 jawatankuasa madrasah tersebut bertindak mengoyak kanvas pada papan tanda itu sebagai bantahan terhadap pihak pemaju dan kerajaan negeri.

Anggota jawatankuasa surau Madrasah Salihiah pada 21 Februari lalu, telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar  terhadap kerajaan negeri untuk menghalang surau itu daripada dirobohkan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks beli-belah bernilai RM500 juta. 

Jamludin Murad, 67, yang memfailkan writ itu pada 9 Januari lalu bagi pihak anggota jawatankuasa surau, menamakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), pejabat tanah Kota Setar dan kerajaan Kedah masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketIGA.AP

Sunday, February 19

APA YANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BUAT?SALAHKAN UMNO SAJA HAMPA PANDAI!!



MKP tertarik dengan apa yang dibaca dalam sinar harian hari ini.Pemimpin Pakatan Rakyat DAP  Kedah hanya pandai bermain politik yang tidak matang dengan hanya mahu undi melayu seperti yang didebatkan oleh Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang semalam.Padahal nasib kaum sendiri tidak dibela oleh DAP Kedah.Guan Eng hanya menyalahkan UMNO dalam semua hal.Apa kejadah Pemimpin macam nie cakap talak selupa bikin.Lancau ini macam punya Lampha lu sulah manyak besaq lo!!!!!!!!!
Empat anak kepada mangsa bunuh di Taman Saga, semalam, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapat perhatian MCA dan Gerakan.
 Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, keadaan anak mangsa masih trauma dengan kejadian berlaku ke atas ibu mereka, Ung Siew Lin, 46, yang ditetak bekas suaminya.
Menurutnya, anak mangsa ketika dilawat turut melahirkan rasa bimbang mereka dengan kecederaan yang dialami. 
“Mereka cedera di tangan, jadi mereka khuatir dengan masa depan jika tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan.“Selain itu, Pertubuhan Kebajikan Taman Saga akan membantu menguruskan proses pengebumian mangsa kerana dia tidak mempunyai saudara mara,” katanya kepada pemberita di HSB. 
Empat anak mangsa yang dirawat di HSB, termasuk Wong Chiew Ling, 26; Wong Chew Shen, 22, dan Wong Chew Wei, 21, serta anak angkat mangsa, Chn’g Sheve Mei, 26.Lawatan beliau lebih satu jam itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Derga, yang juga Pengerusi Gerakan Negeri Kedah, Dr Cheah Soon Hai. 
Chee Heung berkata, MCA dan Gerakan akan sama-sama membantu keempat anak mangsa sekiranya mereka memerlukan bantuan.Beliau berkata, pihaknya turut meminta agar pihak HSB menyegerakan proses pembedahan kepada mereka terlibat.
 “Kita bimbang jika proses pembedahan lambat dilakukan ia akan memberi kesan kepada keadaan fizikal yang lain.“Persetujuan daripada pihak HSB juga diterima bagi mempercepatkan proses pembedahan tersebut,” katanya.

Friday, December 9

ADUAN RAKYAT!!! RAKYAT SUNGAI PETANI TERANIAYA!!



Masuk hari ni sudah lebih 10 hari perkhidmatan bas tempatan yang membawa penumpang sekitar Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan taman-taman perumahan disekitar Sungai Petani telah dihentikan.

Rasanya beribu-ribu penguna perkhidmatan bas mengalami kesusahan dan derita untuk bergerak dan ke tempat kerja, apabila 'tiada' lagi perkhidmatan bas untuk mereka gunakan.

Sungai Petani bukan seperi Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai kemudahan awam untuk bergerak. Bagi yang berduit, teksi boleh jadi pilihan. Namun bagi yang berpendapatan rendah, hanya bas la menjadi 'pengerak' utama mereka disekitar bandar Sungai Petani.



SAMBUNG BACA kedahkekl.blogspot.com


Sungai Petani dan kawasan sewaktu dengannya tak ada bus service ?

Kan kah SP pesat membangun, dengan puluhan taman ?

Kut sengaja depa nak dera orang-orang Teluk Nipah, Kota Kuala Muda dan kampung-kampung yang kurang mengeluarkan hasil ?

Aku teringat sahabat aku Wahab. Hang kena belajar naik "gheghek" (basikal) baliklah. Atau naik saja perahu.Guna sungai.....

Kesian.
Negeri Kedah dah "maju" mulai 2010.
Rakyat nak kena naik "kereta lembu" semula.

Saturday, May 7

"Kedah di bawah PAS" bakal jadi sejarah

E-mail matkilau Penang terima dari rakan cina dari alor setar kedah.Luahan rasa hati beliau.


"Air yang mengapungkan perahu itu, bisa mengaramkan perahu."
Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah yang didominasi PAS, nampaknya belum memahami maksud pepatah Cina ini.  Walaupun pilihan raya umum 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana Kedah ditawan oleh pembangkang, dengan bantuan undi bukan Melayu, namun kerajaan PR tidak akur kepada suara rakyat setelah berkuasa.

Dasar berbau "perkauman" yang terpesong dari pendirian PR, malah memperlekehkan masyarakat Cina digubal, mencetuskan kekecewaan dan kemarahan komuniti Cina tempatan."Sebelum 8 Mac 2008, saya berusaha untuk memastikan ahli keluarga saya, kawan saya, jiran saya mengundi untuk PAS.  Pada pilihan raya umum yang akan datang, saya akan memastikan ahli keluarga saya, kawan saya dan jiran saya tidak mengundi PAS!"

Demikianlah yang diperkatakan oleh seorang pemaju Cina di Kedah .Suara masyarakat Cina dengan lantang berbunyi, "seandainya kerajaan Kedah tidak akur kepada suara rakyat, memperbetulkan apa yang salah dengan segera, maka orang Cina di Kedah sanggup mengembalikan 'kerajaan lama untuk 50 tahun', daripada mengekalkan 'kerajaan baru yang makin ubah makin teruk'. "

Kualiti barisan EXCO rendah

Tiada orang menjangkakan bahawa pembangkang berupaya menawan kubu Barisan Nasional di Kedah.  Sebelum PRU ke-12, penduduk tempatan memujuk agar ahli profesional bertanding menyarungkan jersi PKR.  Namun demikian, kerusi yang dibahagikan kepada PKR tidak mendapat sambutan, lantaran itu diisi dengan calon yang kualitinya lebih rendah.

Bagaimanapun, tsunami politik telah menghancurkan kerajaan BN di Kedah kemudiannya.  Kuasa tidak berbau.  PAS, PKR dan DAP merampas kuasa dengan menawan 22 dari 36 kerusi DUN.

Menurut seorang penyokong PR tempatan, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebelum ini hanya menjangkakan bahawa PAS akan bertahan di Kelantan, sementara merampas kuasa di Terengganu.  Setelah penyokong PR memaklumkan kepada Ustaz Nasharuddin bahawa keadaan di Kedah menampakkan peluang untuk pembangkang, barulah diumumkan secara terbuka bahawa PAS berupaya memerintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ini menunjukkan bahawa "kerajaan negeri Kedah" tidak terjelma dalam minda pemimpin pembangkang sebelum PRU ke-12, ketika merangka strategi untuk merampas tampuk kuasa.  Maka ia berakhir dengan barisan Exco yang berkualiti rendah.  Malah, antara parti komponen PR, ADUN dari PKR memperlihatkan keupayaan yang paling rendah, langsung tidak berdaya untuk mengimbangi PAS dalam mesyuarat Exco negeri.

Tuesday, May 3

OMEGAFOBIA:5RIBU AHLI PAS MASUK UMNO



Pas pasti menyesal kerana berkerjasama dengan Anugerah tuhan yang didendangkan oleh kak jijah tertipu.omegophobia telah melanda kebanyakkan ahli PAS setelah melihat sendiri penyundalan Anuar Ibrahim.rasanya solat hajat yang dianjurkan oleh PAS telah membuahkan hasil.nak kata apa lagi Padan muka pemimpin PAS yang masih lagi belum sedaq.  


KUALA KEDAH - Seramai 225 ahli Pas Kawasan Kuala Kedah menyertai UMNO Bahagian itu semalam di Kuala Sungai di sini menjadikan jumlah keseluruhan ahli Pas menyertai UMNO Bahagian Kuala Kedah lebih 500 orang sepanjang tahun ini. 

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata, sebelum ini lebih 300 ahli Pas Cawangan Alor Gunung turut menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO Kuala Kedah setelah kecewa dengan sikap lepas tangan Kerajaan Negeri dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir sewaktu kejadian banjir terburuk di Kedah, November tahun lalu. 

Menurutnya, lebih ramai ahli Pas Kawasan Kuala Kedah sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai UMNO Bahagian itu dalam masa terdekat dan beliau melihat perkembangan itu positif ke arah menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi. 

“Saya gembira dengan perkembangan ini dan ianya membuktikan usaha tidak mengenal penat lelah UMNO bekerja keras mendekati rakyat terutama sewaktu kejadian banjir besar tempoh hari akhirnya berbalas. 

“Saya difahamkan lebih ramai ahli Pas kawasan Kuala Kedah yang akan menyertai kami dalam masa terdekat dan menegaskan pintu UMNO sentiasa terbuka luas buat ahli Pas,” katanya sewaktu ditemui media selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO oleh kira-kira 225 ahli Pas Kawasan Kuala Kedah di sini semalam. 

Sementara itu, bekas Ketua Pas Cawangan Lahab Buluh, Ahmad Marzuki, 60, menegaskan keputusannya menyertai UMNO setelah kecewa dengan janji-janji yang dibuat pemimpin Pas yang kononnya akan memberi peruntukan khas untuk membantu mangsa banjir besar di Kuala Kedah pada November lalu. 

“Perjuangan Pas sekarang tidak selari dengan perjuangan Pas terdahulu yang mengutamakan penyebaran syiar Islam di samping memastikan kebajikan ahli sentiasa terjaga. 

“Baru-baru ini, terdapat 150 rumah rosak teruk akibat dipukul ribut dan Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berjanji untuk memberikan bantuan kepada mangsa. Bagaimanapun, sehingga kini tiada apa pun yang kami terima melainkan bantuan daripada UMNO Kuala Kedah yang sentiasa prihatin nasib rakyat,” katanya. 

Bagi bekas ahli Pas Cawangan Kuala Sungai, Muhamad Awang Salleh, 64, pemimpin Pas jelas hanya pandai bersandiwara dan menabur janji, tetapi tidak menunaikannya apabila sudah memegang kuasa pentadbiran negeri Kedah. 

“Selama 30 tahun saya menjadi ahli Pas, pemimpin Pas sering berjanji akan membantu rakyat miskin dengan menyediakan rumah rakyat dan sebagainya sekiranya mengambil alih Kerajaan Negeri. 

“Hari ini, mereka sudah mengambil alih Kerajaan Negeri tetapi saya masih belum melihat sebuah rumah rakyat dibina untuk golongan miskin. Bantuan mangsa banjir yang dijanjikan juga tidak sampai-sampai sehingga kini,” katanya. 

Bekas ahli Muslimat Pas Cawangan Kuala Sungai, Rahaiza Abdul Rahim, 31, berkata, sudah tiba masanya ahli Pas buka mata dan menyedari perjuangan parti yang dimomokkan pemimpin Pas selama ini hanyalah berlandaskan kepentingan peribadi.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive