Saturday, June 28

VIDEO: MAMAT MOTOR LETAK KEPALA LEMBU DEPAN RUMAH #DAPCELAKA RSN RAYER


Video CCTV yang telah didedahkan oleh pihak berkuasa memaparkan sorang lelaki menaiki motosikal Yamaha meletakkan kepala lembu dibawa dengan guni berwarna putih.

Dah letak benda tue siap boleh menari lagi depan rumah, Apa punya sengal mamat nie. Mungkin rasa seronok kot berkelakuan sebegitu. Tapi yang MKP pasti mamat nie tahu ada CCTV yang dipasang dihadapan Rumah.

Apa jua yang dilakukan ternyata mamat nie tak kenal erti takut. Tapi selepas ini jangan pulak ada yang mengkaitkan mamat nie dengan parti Politik pemerintah yang dok ada. Apa jua nasib mamat nie selepas ini hang dah berani buat beranilah tanggung natijahnya nanti. Memang bergaya.


KEPALA LEMBU DIPINTU PAGAR RUMAH ADUN #DAPCELAKA RSN Rayer...


Sudah lama MKP tidak mendengar cerita Kepala LEMBU hari ini berita mengenai Kepala Lembu muncul kembali. Satu kepala lembu ditemui di hadapan rumah ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer di Jalan Tingkat Tembaga, Island Park pagi tadi.

Rayer berkata ia ditemui isterinya ketika hendak menghantar anak perempuan mereka ke sekolah pada kira-kira jam 7 pagi.

Bagi MKP tindakan sesiapa saja melakukan kerja melempar lembu dihadapan rumah Adun DAP ini adalah kurang bijak. Korang nak buat biarlah kena pada tempat dan ketikanya. Ini sudah sampai tahap melampau dan kurang bijak.

Kalau nak marah atau  apa sahaja sekali pun buatlah depan-depan. Takkan depan-depan korang takut dan pilih jalan pengecut macam nie. Lebih baik jadi pondan tak ada teloq.

Thursday, June 26

@SPADchannel & HAMID ALBAR GAGAL!!! TAKKAN PANDAI BERCAKAP AJE....?


SPAD adalah pihak berwajib dan patut dipersalahkan kerana eksiden BAS jatuh didalam longkang pada pagi tadi..... Takkan tragedi macam masih berulang jika mereka komited didalam penguatkuasaan undang-undang.... 

Peranan utama penubuhan SPAD yang ditubuhkan pada 3 Jun 2010 adalah bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam tanah air yang merupakan salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang telah digariskan oleh kerajaan sebelum ini.

Tahun ini dah masuk tahun ke Empat penubuhan SPAD takkan masih lagi lemah didalam penguatkuasaan Undang-Undang, Jika tahun pertama atau kedua alasan yang diberikan mungkin dapat diterima akal. Tapi dah Empat tahun. 


Kalau kanak-Kanak berusia empat tahun boleh mambaca A,B,dan C dengan Fasih. Takkan SPAD masih tidak dapat membaca..... Kesian dah pada Pengerusi SPAD Hamid Albar yang kini bertongkat mungkin lepas nie terbaring atas katil...

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang ditubuhkan setelah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan dalam sesi Parlimen.

SPAD bertanggungjawab mengawal selia dan merancang perkhidmatan pengangkutan awam termasuk rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya.

Pembentukan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh SPAD akan mencakupi rangka kerja menyeluruh iaitu melibatkan aspek keselamatan pengguna, kecekapan perkhidmatan, rangkaian bersepadu, pengawasan yang berkesan, perancangan bersepadu dan pelaksanaan yang mapan.

Suruhanjaya yang terletak di bawah pemantauan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri itu akan membawa hampir semua aspek berkaitan pengangkutan darat di Malaysia di bawah pentadbiran satu badan induk yang bermula dengan pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia pada peringkat permulaan pelaksanaannya.

Ini termasuk usaha menggabungkan agensi berkaitan pengangkutan iaitu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Jabatan Keretapi di bawah SPAD.

Langkah itu bertujuan bagi memastikan tidak berlaku pertindihan tugas antara agensi-agensi tersebut dengan SPAD.

Ucapan paling melekat dihati MKP dari Pengerusi SPAD Syed Hamid;

"Peranan utama kita di sini adalah memastikan setiap perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini menepati kehendak dan keperluan setiap rakyat Malaysia,"

Bagi MKP ayat serta kenyataan Pengerusi SPAD adalah ayat yang retorik dan tidak dipratikkan.

Kata beliau, SPAD juga akan mengkaji sistem pengangkutan darat yang dibangunkan di beberapa negara seperti Singapura, Hong Kong, Shanghai dan London dan menjadikan ia sebagai contoh kepada pembangunan pengangkutan awam di negara ini.

Haaa3 lagi Ayat pukulan Maut takkan dah Empat tahun masih lagi tidak mencapai matlamat serta tujuan asal penubuhan. Bila bercakap memang senang tapi sampai BAS boleh masuk longkang itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh Rakyat Malaysia. Dekat London ada BAS atau Tren masuk longkang.....

MKP Ayat Sempoi : Mana Blogger SPAD....................? 

Wednesday, June 25

@MPKotaBelud PERTAHANKAN FITNAH 10JUTA MENTERI KABINET @NAJIBRAZAK


MalaysiaKini didalam laporan pada jam 4petang tadi mempertikaikan lantikan anggota baru dpemimpin MCA dan Gerakan Kabinet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak.Kos yang diperlukan untuk menubuhkan Anggota Kabinet mencecah MYR 10Juta setahun. Kos itu perlu ditanggung oleh Kerajaan memerintah. 

MKP nak bagitau pada Ram Anand yang menulis artikel fitnah bagi pihak MalaysiaKini tiada benda percuma sekarang. Nak masuk Tandas pun perlu membayar 30sen. Kenapa perlu membayar........? Jawapan mudah MKP bagi pada Ram Anand kerana Tandas perlu dicuci dan perlu ada orang yang menjaganya. 

Bila Tandas tidak bersih pandai pulak korang salahkan Kerajaan Barisan Nasional. Nak salahkan orang lain memang senang!!! Tapi ingat sebelum mengata orang lain, SILAP tengok dulu kain sendiri adakah ianya koyak dicelah punggung.
Pada yang mengkritik seperti Ram Anand, berikut adalah fakta yang diberikan pastinya membuatkan korang terbeliak dengan Gaji yang telah diperuntukkan serta diluluskan didalam Dewan Udangan Negeri Selangor oleh Pemerintah Kerajaan Negeri Selangor. Siapa yang memerintah Selangor sekarang adakah Barisan Nasional........? 
Datuk Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah derita penfitnah seperti Ram Anand dengan fakta seperti berikut.

MKP agak kesian dengan Ram Anand sehinggakan tiada berita sahih untuk menfitnah. MKP nasihatkan pada Ram Anand kalau nak menfitnah lain kali buat yang terbaik. Ram Anand dah kantoi dengan Fakta. PKR dah main permainan Tradisional baru lambung kerusi merah. Kalau Ram Anand nak Join boleh rasanya.


Tiada Kenaikan Kadar Cukai Pintu DBKL 2014 @TengkuAdnanReal


Keputusan penilaian semula cukai taksiran dan nilai hartanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akhirnya memberi kelebihan kepada pemilik hartanah kediaman kos rendah dan sederhana.

Ia berikutan tiada kenaikan bayaran yang dikenakan terhadap 74,439 unit kediaman itu meskipun nilai hartanah meningkat bagi tahun ini.

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ketika sesi ‘Town Hall’ mengenai penilaian semula hartanah di WPKL, di ibu negara, semalam.

Malah menurut Tengku Adnan, daripada jumlah itu, 57,978 mengalami pengurangan kepada jumlah cukai yang perlu dibayar berikutan penurunan kadar cukai daripada 6 peratus kepada empat dan dua peratus.

“Sejumlah 16,461 unit rumah lagi pula sepatutnya mengalami kenaikan, namun kerajaan telah bersetuju, bagi tahun ini mereka hanya dikenakan bayaran sama seperti tahun lalu, bermakna tiada perbezaan yang perlu dibayar,” katanya.

Keputusan berkenaan berdasarkan penurunan kadar yang pernah diumumkan beliau pada Disember lalu, sebelum sesi pendengaran bantahan dibuat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, 91,775 daripada 293,016 unit hartanah rumah kos tinggi juga mengalami pengurangan jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar dan toada perubahan bayaran untuk tiga unit.

“Manakala bagi 201,238 unit rumah kos tinggi lagi mengalami kenaikan jumlah taksiran yang perlu dibayar, namun bagi tahun ini kenaikan cuma dihadkan kepada 10 peratus sahaja daripada jumlah bayaran pada tahun lalu,” katanya.

Berbeza bagi hartanah komersil, majoriti unit meliputi bangunan dan tanah lot, berdepan kenaikan bayaran cukai taksiran yang perlu dibayar.

Tengku Adnan berkata, ia membabitkan sejumlah 81,272 unit bangunan dan 1,277 lot tanah komersil, namun bagi tahun ini kerajaan bersetuju mengehadkan kenaikan kepada 25 peratus.

“Bagi 543 unit bangunan dan empat lot tanah komersil lagi bagaimanapun mengalami pengurangan kadar jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar,” katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, keputusan-keputusan berkenaan hanya untuk diguna pakai bagi penilaian tahun ini dan bergantung kepada keadaan serta kaedah yang ditentukan sekiranya memerlukan kenaikan atau penurunan untuk tahun-tahun akan datang.

Insentif kepada tiga golongan.

Satu kelebihan buat pemilik harta kediaman yang terdiri daripada OKU, pesara dan pemilik yang menduduki sendiri kediaman mereka apabila pengurangan sebanyak 10 peratus daripada jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar, akan diberikan.

Sehingga tarikh akhir permohonan iaitu pada 31 Mac 2014 sejumlah 17,444 permohonan telah diterima.

Menurut Tengku Adnan, berdasarkan keputusan yang dinyatakan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memperolehi tambahan hasil dari cukai taksiran sebanyak 15 peratus sahaja.

Ujar beliau, ini bermakna DBKL masih memerlukan dana tambahan lain bagi menampung kos operasi mereka.

“DBKL menjangkakan penambahan hasil sebanyak RM130 juta bagi tahun ini, daripada keseluruhan hasil tahun lalu iaitu sebanyak RM800 juta,” katanya.

Tuesday, June 24

"SATIRA POLITIK" @KhairyKJ STYLE..........


Politik Malaysia dah mengalami satu Fenomena baru dengan riaksi yang tak diduga oleh Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin. Ahli Parlimen Rembau, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Jika dahulu gambar sebegini tidak disukai oleh Ahli Politik kerana ianya bersikap mencemuh, Tapi zaman dah berubah sama jugak macam pantai sekali ombak melanda pantai kuak turut berubah. 

Tapi perubahan itu disukai atau tidak oleh Rakyat. 

Golongan Muda sekarang nampaknya suka apa yang di buat oleh KJ. Sebab tue dapat 2k lebih retweet. 

Pasukan Brazil yang terdiri dari Khairy dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli.

Ia turut menampilkan dua pemain negara iaitu penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat dan Pemain Johor Darul Takzim FC Safiq Rahim.

Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain dan pelakon Mr. Bean Rowan Atkinson turut dimuatkan dalam gambar berkenaan.

Ramai memuji sikap ‘sempoi’ Khairy yang memuat naik gambar berkenaan.
“Lawak paling kelakar sejak bermulanya Piala Dunia,” tulis Andrew Kish.
Namun ada juga yang kurang senang dengan tindakan Khairy.
“Tidak wajar. Sebagai menteri dalam kerajaan, kenalah mempromosikan budaya menghormati pemimpin negara,” tulis Mohd Yunus Sharum.
Penampilan Tun Mahathir mendapat reaksi positif.
“Tun M Nampak gagah,” tulis Siti Ct. 
Tambah Pami Nasir, “Dr Mahathir ada yang paling ‘best’.”
Ada yang bertanya tentang kelibat seorang lagi mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sambut menulis mungkin beliau menjadi jurulatih pasukan, kata Rahim Alie.

Saturday, June 21

PEMILIHAN PARTI PKR SAMPAI PECAH KEPALA

Semalam Anwar dimasukkan ke hospital IJN mungkin dah nak mampos. Eloklah kalau dah sampai masa. Hari ini berita yang MKP dapat mengatakan proses pemilihan PKR Cabang Kuala Langat bergaduh sampai pecah kepala.

Ini akibat yang kalau dah sampai mengutuk parti orang lain tak betul padahal cerita dalam kain sendiri terselak.

Pemilihan dilangsungkan disebuah restoran yang gambarnya tertera diatas. korang tengok sendiri keadaan kerusi yang pecah dan berterabur.

Difahamkan pihak Polis dipanggil untuk menyelesaikan yang ditimbulkan oleh ahlinyang tidak berpuas hati dengan pemilihan yang dibuat. Alahai PKR korang nie pandai menipu. Tapi hairan jugak ramainyang masih pecaya..... Salah siapa ekkkkkk...

Friday, June 20

PURDAH KENA TANGGAL, BIAR BETUL @ustazfathulbari @AzwanBro


Bagi MKP ini adalah tindakan tidak wajar yang dilakukkan oleh pihak Pengurusan Universiti Malaya. Zulaikha Adam sudah berada ditahun Akhir. Jika mahu menghalang sepatutnya dihalang pada tahun Pertama lagi....... Kenapa Sekarang.

MKP berharap Ustaz Fathul Bari dapat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini.

Pada 16 Jun 2014, Seorang Pelajar Tahun Akhir Dari Akademi Pengajian Melayu Di Universiti Malaya Diarah Keluar Dari Dewan Peperiksaan Untuk Menanggalkan Purdah.

Seorang pelajar tahun akhir Universiti Malaya terpaksa menanggalkan purdah semasa peperiksaan. Menurut pengawas peperiksaan, pelajar tidak dibenarkan untuk menutup muka di dalam dewan peperiksaan.

Prosedur universiti ada menerangkan pelajar perempuan yang memakai purdah perlu diperiksa sebelum dibenarkan memasuki dewan peperiksaan untuk mengelakkan penipuan identiti.
 
Pelajar Tersebut, Zulaikha Adam Berkata Dia Serta Beberapa Rakan Sekelas Diarah Keluar Dari Dewan Hanya Selepas Peperiksaan Bermula

Zulaikha Adam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pihak Universiti Malaya yang melarang dirinya menduduki peperiksaan hanya kerana memakai purdah.

Menurutnya, dia akur jika pengawas peperiksaan menegur dirinya untuk membuka purdah ketika berada diluar dewan dan bukannya ketika dia sedang menjawab soalan peperiksaan.


Menerusi Sebuah Status Di Laman Facebook, Zulaikha Mempertikai Tindakan Pihak Universiti Malaya Yang Membenarkan Pelajar Yang Lebih Seksi Untuk Mengambil Peperiksaan Dan Tidak Lebih Awal Memberitahunya Untuk Menanggalkan Purdah

Insiden Ini Turut Mendapat Pertikaian Dari Kumpulan Mahasiswi Islam Universiti Malaya. Mereka Menganggap Tindakan Tersebut Bukan Sahaja Mengaibkan Malah Menafikan Hak Mengamalkan Ajaran Agama.

Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (Hewi-PMIUM), Sobiroh Puzi berkata, tindakan seorang pengawas peperiksaan itu bukan sahaja mengaibkan siswi terbabit malah menafikan hak beliau mengamalkan ajaran agama.
"Jika pemakaian purdah dilarang dengan alasan undang-undang UM tidak membenarkan, mengapakah larangan berkenaan tidak pernah dinyatakan secara jelas serta penguatkuasaan berkenaan larangan ini tidak juga dimaklumkan kepada mahasiswa UM sendiri?"  "Kami menuntut agar penguatkuasaan dan tindakan tegas dikenakan kepada mahasiswa yang menyalahi etika berpakaian di dalam kampus seperti yang termaktub di dalam peraturan universiti," tegasnya.
Namun Begitu, Hasil Siasatan Mendapati Bahawa Undang-Undang Tersebut Telah Termaktub Dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997.
Dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997, terdapat peruntukan dalam Jadual C (Arahan Am Peperiksaan) dibahagian 3 (e) yang larang pelajar memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar, topi, seluar pendek dan sarung tangan (kecuali pelajar perubatan di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan.
 
Timbalan Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti Malaya, Yu Sheng Leong berkata walaupun peraturan tersebut telah termaktub dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997, adalah satu kewajipan bagi pengawas peperiksaan untuk memeriksa pengenalan pelajar sebelum menduduki peperiksaan.
"Tindakan melulu Jabatan Peperiksaan untuk memaksa pelajar menanggalkan purdah semasa peperiksaan adalah melanggar hak asasi keagamaan," katanya. Menurutnya lagi, Zulaikha sepatutnya dibenarkan untuk memakai purdah selepas pengenalannya disahkan oleh pengawas peperiksaan.
Berdasarkan Status Di Bawah, Zulaikha Jelas Sekali Hanya Mahukan Layanan Yang Adil Dan Sama Rata Bagi Semua Pelajar Tanpa Ada Sebarang 'Double-Standard'

Zulaikha Kemudian Mengambil Keputusan Untuk Menutup Akaun Facebook Peribadinya

Susulan luahan tidak puas hatinya mengenai isu memakai purdah tersebar dilaman sosial, Zulaikha Adam telah mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook peribadinya.
 
Tinjauan terkini mendapati pautan akaun Facebook Zulaikha Adam sudah tidak lagi ditemui.

Jadi, Apa Anda Rasa Akan Terjadi Jika Zulaikha Tidak Diarah Keluar Dari Dewan Peperiksaan Tersebut?

Thursday, June 19

"TPM Letak Jawatan" @MuhyiddinYassin @KhairyKJ @AzwanBro


Hari ini telah tercatat banyak tragedi didalam Sejarah Malaysia. Baik suka ada duka yang kita terima itulah kehidupan. Politik Malaysia mencatat sejarah apabila 9 Ketua Pemuda UMNO telah didakwa di Mahkamah Pulau Pinang.

Kesemua 14 orang individu tersebut dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang, manakala Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menetapkan tarikh 22 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh ketua unit pendakwaan negeri Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Abu Bakar AS Sidek dan Wan Nazri Othman.


Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee mengambil keputusan meluluskan usul bagi menggantung anggota Parlimen PKR Padang Serai N.Surendran selama enam bulan.

Keputusan Kiandee dipersetujui di Parlimen selepas usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim diluluskan tanpa dibahas berikutan perang mulut antara anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Usul itu diluluskan Kiandee selepas melihat anggota-anggota parlimen pembangkang tidak berminat untuk membahaskan usul tersebut sebaliknya mempersoal keputusan Speaker membenarkan usul itu dibahaskan.

Susulan keputusan itu, para anggota Parlimen pembangkang melaungkan perkataan 'rubber stamp', menyifatkan Parlimen sebagai 'pak turut'.

Ini tindakan kedua terhadap naib presiden PKR itu kerana pada November tahun lepas, Surendan turut digantung selama enam bulan atas kesalahan menghina Speaker.

"UMNO PARTI HARAM" AZEEZ MP BALING MENGAMUK........


Aksi DS Azeez ketika memberikan amaran pada Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong @ Wong Sze Phin. Ini bukan kali pertama Ahli Parlimen Kota Kinabalu ini bersikap kurang ajar didalam dewan tapi sudah kali kedua. Sebelum ini Ahli Parlimen ini pernah menghina Umat Islam.

Cina DAP cakap azan bising dan tak bagi bina masjid Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong @ Wong Sze Phin yang telah menang dikawasannya pada PRU13, sebelum ini telah bertindak dengan tidak memberi kebenaran serta melarang pembinaan masjid dibuat di kawasan Bandar Sri Indah Batu10, Sabah kerana dikatakan Azan selama 2 minit adalah punca tidak dapat tidur dan menyebabkan tidak ada ruang langsung untuk parking kenderaan.

Paling lantang ahli parlimen  Baling Datuk Seri Azeez Rahim yang marah kerana Jimmy mengaitkan UMNO bukannya menumpukan tuduhan tersebut kepada pihak terbabit. Azeez menegur Jimmy kerana kenyataan di Dewan Rakyat menuduh UMNO parti haram

Jimmy sebelum itu  membahaskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan 2013) apabila menuduh UMNO menerima wang haram.

Beliau mengaitkan pemberian wang haram itu oleh  ahli parniagaan Michael Chia dan Ketua  Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.Wang itu kemudiannya dikatakan sebagai sumbangan kepada UMNO Sabah.

Ahli parlimen DAP itu seterusnya mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO menghentikan politik wang kepada rakyat Sabah.

Katanya, jika  gagal memberi penjelasan tentang wang haram itu, ini bermakna UMNO adalah parti haram kerana menggunakan wang haram.

Kenyataan beliau segera di sanggah Azeez dan ahli parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan meminta Jimmy menarik balik kenyataannya itu. Jimmy cetus kemarahan ahli-ahli Parlimen BN

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee turut menegur Jimmy supaya mengajukan soalan yang akan dijawab oleh kerajaan bukannya UMNO.

Bagaimanapun, Jimmy masih mengulangi tuduhan sama dengan menyatakan, jika kerajaan gagal memberi penjelasan, bermakna BN adalah parti itu.

Kenyataan berbelit-belit oleh beliau menimbulkan kemarahan ahli-ahli parlimen BN dan Azeez bangun meminta laluan lalu membidas kenyataan Jimmy.

Walaupun tidak diberikan laluan, Pengerusi Tabung Haji itu terus mengecam Jimmy dan menggelarnya sebagai ‘apek’.

“Saya tunggu lama…ini bukan parlimen China, (Jimmy) sesuka hati cakap  BN, UMNO (haram). Kalau nak hujah, hujah betul-betul. Jangan cabar BN, kalau cabar, susah nanti,” tegur Azeez.

Beliau menyifatkan tuduhan Jimmy melampau selain berhujah dengan kenyataan tidak difahami ahli-ahli Dewan.

Ahli parlimen DAP Siputeh, Teresa Kok bangun mencelah cuba bantu Jimmy tetapi turut dibidas oleh ahli-ahli parlimen BN.

“Lu cakap serupa apek,” kata Azeez kepada ahli parlimen Kota Kinabalu itu.

Dalam masa sama kedengaran ahli-ahli parlimen menjerit mendakwa DAP lagi haram dan menggunakan wang haram.

Azeez kemudian meminta timbalan speaker mengarahkan Jimmy duduk kerana berterusan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi.

Ronald kemudian mengingatkan Jimmy jangan membuat kenyataan politik dalam Dewan serta tidak berterusan menuduh UMNO.

Azeez yang masih tidak berpuashati terus mengecam Jimmy kerana terus masih mengaitkan UMNO dalam hujahnya

“UMNO parti keramat tau ..UMNO tak kacau orang,” katanya.

Sementara itu, di luar Dewan selepas selesai berhujah, Jimmy yang berada di bilik rehat ahli-ahli parlimen ditegur oleh Shahidan dan Azeez ekoran kenyataannya ketika perbahasan.

Kedua-dua mereka percaya  Jimmy hanya membawa teks perbahasan yang disediakan pihak lain.

Ikutan rakaman perdebatan ahli parlimen Kota Kinabalu dengan ahli-ahli parlimen BN ekoran tuduhan beliau bahawa UMNO dan BN terima wang haram. 


ADA PELESIT PEGUAM NEGARA CUBA LEPASKAN ADUN #DAPCELAKA....


Pendakwaan terhadap ADUN Seri Delima, RSN Rayer di Mahkamah Sesyen ditangguhkan atas arahan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Razali Che Ani.

Peguambela Rayer, Gobind Singh Deo, berkata notis arahan berkenaan diterima pada pagi Khamis dan pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Pejabat Peguam Negara berhubung perkara itu.

“Kita hanya menerima notis pagi ini dan dimaklumkan pendakwaan hanya akan dilakukan sehingga diberitahu kelak.

“Kami tidak tahu apa yang dimaksudkan ini. Kami telah melaksanakan tugas kami. Rayer juga telah hadir di mahkamah pada hari ini,” kata peguam bela yang mewakili Gobind Singh Deo di perkarangan mahkamah Pulau Pinang.

Menurutnya, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan akan memohon supaya dakwaan ke atas Rayer di bawah Akta Hasutan 1948 digugurkan.

Rayer sepatutnya dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan menyebut perkataan menghasut ketika sesi perbahasan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, 20 Mei lalu.

Terdahulu Rayer, hadir ke Mahkamah Sesyen bersama penyokongnya.

Sementara pihak polis diletakkan dalam keadaan bersedia di luar bangunan mahkamah.

Semalam, ADUN DAP itu ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis daerah George Town selepas dia mengeluarkan perkataan kesat memanggil ‘Umno Celaka’.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

MAHKAMAH PULAU PINANG DIKAWAL KETAT POLIS...

Hari ini mahkamah pulau pinang dikawal ketat oleh pihak polis. Siap ada 2 trak FRU lagi. Mungkin ini langkah berjaga-jaga untuk menjamin keselamatan semua pihak.

MKP berada di mahkamah ketika inI. Suasana agak tengang dan kelihatan ADUN DAP celaka keluar dari mahkamah dengan muka yang agak tension aje. Takkan dah takut berani buat beranilah tanggung .

Korang tengok sendiri muka cuak paria nie. MKP akan update cerita terkini.....

nantikan update seterusnya.

@CMLimGuanEng & ROKETKINI KANTOI MENIPU..... VIDEO INI MENJADI SAKSI


Sudah menjadi makanan Ruji GUAN ENG Ketua Menteri DAP Celaka menipu. MKP boleh nampak kebodohan Ketua Menteri bila mengeluarkan kenyataan bahawa Rayer aka DAPCELAKA tidak menyebut UMNO Celaka diluar dewan. 

MKP ada bukti bukan setakat gambar tapi Video lagi apa yang disebut oleh RAyer DAP CElaka semasa berkempen PKR Bukit Gelugor. Nak menipu pun agak-agak APEK sekalang lu sudah kantoi lol.

DAP akan tetap mempertahankan Adun Seri Delima RSN Rayer yang bakal dituduh di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menyebut kata-kata ‘Umno Celaka’. 
Parti berpendirian bahawa pertuduhan terhadap beliau berikutan kenyataan yang dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah salah dan sekadar usaha Umno untuk membalas dendam politik. 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataannya petang tadi melahirkan rasa terkejut dengan pendakwaan ke atas Rayer yang ketika ini ditahan polis dan menanti jaminan. 
“Rayer telah menegaskan bahawa beliau tidak mengulangi apa yang disebutnya di luar Dewan. 
“Oleh itu pertuduhan menghasut terhadap Rayer ini bukan sahaja bermotifkan politik tetapi juga menunjukkan bahawa Peguam Negara menjalankan dasar bilih bulu dan melakukan pendakwaan terpilih,” tegas Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
ROKET KINI KLIK 
Walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang ada 26 Pegawai Media yang terbaik namun tetap KANTOI jugak dengan MKP. WOiii KEtue Menteri Paling Malang lu punya hari sudah kulang Ong.

VIDEO INI MEMBUKTIKAN SEGALA-GALANYA

Wednesday, June 18

EKSLUSIF : ADUN #CELAKADAP RAYER DITAHAN POLIS SEBENTAR TADI......



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N. Rayer ditahan polis berhubung kenyataan 'celaka' yang diucapkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Beliau dijangka didakwa kerana menghasut pada Khamis.

Rayer yang ditemani oleh ahli exco kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo tiba di Ibu Pejabat Polis George Town kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Tidur lokap malam nie Adun Seri Delima malam nie. Elok dah tue.

Difahamkan 14 individu yang menceroboh masuk ke dalam DUN baru-baru ini turut akan didakwa dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Tuesday, June 17

@CmLimGuanEng HALAU CINA BAGAN AJAM.....


Sebahagian daripada 230 penduduk Kampung Bagan Ajam, Jalan Pantai Bersih di sini membuat bantahan secara aman di hadapan kampung berkenaan di sini hari ini.

Sebanyak 50 buah rumah yang terdapat di kampung berkenaan akan dirobohkan oleh pemaju bagi projek pembangunan.

Penduduk di kampung berkenaan meminta pemaju supaya menggantikan rumah mereka dengan rumah kos rendah bagi memudahkan mereka memiliki rumah berkenaan.


Penduduk-penduduk kampung itu juga tidak mampu membeli rumah yang kini dijual dengan harga yang mahal.

Mereka pernah mengutarakan masalah berkenaan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh namun mereka gagal membela nasib penduduk-penduduk miskin di kampung berkenaan.

Ada penduduk kampung tersebut berkenaan mendiami sejak 1957.


MKP kesal dengan sikap Ahli Parlimen PKR bersikap seperti budak Tadika tak paham bahasa. Mengaku diri mereka Peguam tapi tak paham undang-undang. Bagi MKP depa nie Lowyar Buruk hanya pandai bercakap seperti burung Tiong.

Elok Sangat Tan Seri Speaker Halau Ahli Parlimen ini keluar dari Dewan Rakyat. Kesian pada pengundi di Kuantan dan Padang Serai. Ahli Parlimen sepatutnya membela rakyat dikawasanya tapi nampaknya tujuan menjadi Ahli Parlimen hanya untuk kepentingan Peribadi serta Parti yang dianuti.


ALAHAI @rafiziramli NAK MENIPU BIAR BERFAKTA... @dzainalabidin


Tuduhan Rafizi terhadap Adun Bertam YB Shariful Azhar Othman adalah tidak berasas sama sekali. MKP agak musykil kerana saham yang dipegang oleh Adun Bertam hanya 20% dari keseluruhan Syarikat Cosmic Dimension Sdn Bhd mana mungkin dapat mengawal serta mempengaruhi pemberian Projek kepada Syarikat berkenaan.

Rafizi berbohong kerana semasa pemberian tender itu pada tahun 2010, Shariful hanya ahli biasa yang tidak mempunyai jawatan di bahagian kepala batas.

Status keahlian Shariful disahkan sendiri oleh Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang.

Shariful adalah ahli profesional serta ahli perniagaan yang layak untuk berniaga seperti ADUN-ADUN lain termasuk Pakatan pembangkang.

Kenyataan Rafizi yang mengaitkan jawatan Shariful sebagai ADUN tanpa menerangkan status sebenar Shariful ketika menerima tender pada tahun 2010 itu adalah satu kenyataan yang mengelirukan dan boleh mendatangkan fitnah.

Tambahan pula, projek tersebut berjaya diselesaikan mengikut prosedur dan tempohnya.

Daripada menyibuk menjaga tepi kain pihak lawan, Rafizi dicabar untuk mempersoalkan isu pemberian tender terowong oleh Ketua Menteri paling Celaka Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Rafizi Jangan terkejut syarikat yang mendapat kontrak bagi projek mega terowong LGE berbilion ringgit ini, iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZB), merupakan syarikat RM2 yang baru sahaja ditubuhkan pada 5 Julai 2012, iaitu sebulan selepas tarikh tutup penyerahan tender bagi projek tersebut pada Jun 2012.KLIK DI SINI

Jangan bersikap hipokrit.

VIDEO RAFIZI KENA BALUN NGAN NOH OMAR DI PARLIMEN

#GST Siri 6 - Jom dedah pembohongan Rafizi di Wacana @SinarOnline


Sunday, June 15

VIDEO : TEORI TUN MAHADIR #MH370 TAK MUNGKIN HILANG BEGITU SAJA.....?


MKP agak tertarik dengan komen Ayahanda Tun Mahadir Mantan Perdana Menteri mengenai #MH370. Adakah teori yang didakwa ini betul.

Bagi MKP teori yang dijelaskan oleh Ayahanda Tun Mahadir boleh diterima akal dan logik. Zaman teknologi yang agak canggih sekarang agak mustahil #MH370 boleh hilang begitu sahaja. Teori sahaja tidak cukup ianya perlu bersertakan bukti yang boleh meyakinkan terutama ahli keluarga yang kehilangan orang yang tersayang. Nak bersuara tidak salah namun setiap apa yang dikeluarkan perlu menjaga hati dan perasaan Ahli Keluarga MH370.


Friday, June 13

MB SELANGOR TERDESAK NAK BINA KIDEX DAN KUTIP TOL. @PetrajayaMP


Isu kutipan tol ini bukan baru tapi dah agak lama. Isu ini dimainkan oleh Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU-12 yang lalu. Macam cerita Nujum Pak Belalang jugaklah, Kalau undi Pakatan Rakyat esok harga TOL bakal turun atau percuma kepada Rakyat. Tapi adakah itu yang diberikan pada Rakyat Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat (Selangor) mempunyai pegangan Saham didalam pembinaan Lebuhraya KIDEX melalui PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) Ianya adalah jelas menggunakan wang milik rakyat untuk kepentingan Kroni.

Khalid Ibrahim, jelas ‘main wayang’ apabila sengaja mendakwa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) gagal hadir ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan meminta tempoh tujuh hari untuk menyediakan kertas kerja lengkap mengenai cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Menurut sumber yang saya dengar, LLM langsung tidak ada menyebut meminta tempoh tujuh hari untuk menyediakan kertas kerja lengkap seperti didakwa, dalam surat balasan kepada MTES.

Malah menurut sumber itu lagi, surat jemputan kepada Ketua Pengarah LLM untuk hadir ke Mesyuarat Exco MTES berhubung isu Kidex hanya diterima kira-kira dua jam daripada waktu mesyuarat sepatutnya berlangsung. Faks diterima oleh pihak LLM pada jam 9.14 pagi 12 Jun 2014 sedangkan mesyuarat diadakan pada jam 11 pagi 12 Jun 2014 di MTES.

Difahamkan lagi, LLM dalam jawapannya kepada MTES memberikan jawapan tidak dapat hadir kerana baru sahaja menerima surat jemputan mesyuarat pada hari sama dan pada masa  yang  sama mempunyai mesyuarat lain.

AGAK-AGAKLAH, MANA SEMPAT NOTIS 2 JAM KERANA PEGAWAI SEMUA DAH ADA KOMITMEN LAIN...KALAU IKUT PERATURAN YANG SEDIA ADA SEPATUTNYA 3 HARI BOLEHLAH DIKIRA MUNASABAH.

LLM turut menjelaskan bahawa pihaknya akan menghadiri mesyuarat berkaitan isu sama yang sudah diatur oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Negeri Selangor pada hari berikutnya iaitu hari ini 13 Jun 2014. - INI MEMANG DALAM JADUAL ASAL

Mengikut laporan media utama hari ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kemahiran Malaysia semalam turut menjelaskan mengenai isu sama. Menurutnya, beliau mendapat tahu bahawa Menteri Besar Selangor memaklumkan kepada media beliau memanggil LLM untuk bermesyuarat dengan MTES, tetapi surat panggilan mesyuarat hanya dihantar pada hari sama pada 12 Jun 2014.

“Saya ingat LLM komited dengan perkara lain dan tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Kita akan membantu untuk mengatur pertemuan dengan Menteri Besar Selangor dengan LLM dan pihak berkenaan untuk menerangkan apa yang mereka ingin ketahui. Sebenarnya, semuanya sudah dibentangkan dengan MTES termasuk jajaran dan kajian trafik sebelum ini.”
“Saya melihat banyak tekanan oleh pihak terutama yang menggunakan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). LDP tidak dapat menampung keperluan sekarang, sebab itu kena ada lebuh raya untuk mengalihkan tumpuan di LDP. Kidex merupakan jalan penyelesaian bagi menyuraikan trafik di LDP dalam 20 ke 30 peratus,” kata Datuk Fadillah.

Thursday, June 12

PUTERI UMNO PULAK NAK JADI MENTERI.... @emysamsudin @ZahidaZarik


Isu mengenai rombakan Kabinet pada akhir minggu ini masih heboh diperkatakan meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak spekulasi tersebut.

Menjelang Jumaat ini, macam-macam khabar angin tercetus termasuklah dakwaan kononnya Pergerakan Puteri UMNO melobi jawatan Timbalan Menteri untuk ketuanya,  Mas Ermieyanti Shamsudin.

Lobi melobi itu didakwa berlaku semasa exco-exco Puteri membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri baru-baru ini, sebelum beliau berlepas ke China.

Dalam pertemuan singkat itu, ada exco membuka mulut meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan jawatan Timbalan Menteri untuk Mas Ermieyanti.

Cadangan Puteri itu didakwa mengejutkan pihak-pihak tertentu yang berada dalam pertemuan berkenaan kerana ia tidak pernah berlaku walaupun bekas-bekas Ketua Puteri sebelum ini dilantik memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Datuk Seri Azalina Othman Said yang menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO pernah menerajui Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan.

Datuk Noraini Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia manakala Datuk Rosnah Abd. Rashid Sirlin dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

MKP minta Mas Ermieyati menjawab segala yang dipersoalkan adakah apa yang diperkatakan ini betul atau sebaliknya. Jika tak mampu menjawab NKP Zahida Zarik boleh menjawab bagi pihak Ketuanya.


Wednesday, June 11

VIDEO : LELAKI TERJUN DARI FERI PULAU PINANG


Suasana dalam Feri Pulau Undan kecoh, petang kelmarin akibat tindakan seorang lelaki misteri yang terjun ke laut ketika feri berkenaan baru lima minit memulakan pelayaran dari Jeti Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth menuju ke Jeti Pengkalan Raja Tun Uda di Georgetown.

Dalam kejadian jam 4.53 petang itu, lelaki berkenaan dilihat dalam keadaan muram dan tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan itu serta tergesa-gesa menuju ke arah tangga untuk turun ke dek feri terbabit.


Saksi kejadian berkata, tindakan lelaki berkenaan membuatkan penumpang feri terbabit cemas apabila dia dikatakan terjun ke laut ketika berada di bahagian tangga dek penumpang feri itu.

Kejadian itu dimaklumkan kepada kapten feri berkenaan yang kemudian membuat pusingan bagi menyelamatkan lelaki berkenaan yang ketika itu dilihat dalam keadaan tenggelam dan timbul di permukaan laut.

Sebaik menghampiri lelaki berkenaan, kru feri membaling pelampung keselamatan ke arahnya, namun lelaki berkenaan dikatakan enggan dibantu sebelum dia terus tenggelam dan hilang dari penglihatan.



Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai menaiki feri berkenaan seorang diri.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Kapten Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai seorang lelaki berbangsa Cina.

“Mangsa terjun dari tingkat atas dek penumpang lima minit selepas feri memulakan pelayaran dan penumpang lain yang menyaksikan kejadian itu terus melaporkan kepada kapten feri berkenaan yang kemudian melakukan prosedur menyelamat orang jatuh laut dan mengelilingi kawasan dipercayai tempat mangsa terjun.

“Bagaimanapun, usaha itu gagal menemui mayat mangsa yang dipercayai lemas selepas dibawa arus.

Sehingga jam 5 petang ini (semalam) pasukan penyelamat masih melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi mangsa dipercayai terjun, tetapi gagal menemuinya,” katanya.

Operasi SAR membabitkan APMM, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan turut dibantu pasukan penyelamat dari Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

MB KEDAH @MukhrizMahathir TENGOK SAT "ULAQ-AYAQ" NIE......?


Ramai diantara kita mahu mencari pendapat yang lebih apabila bulan Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi. Tapi kalau nak cari rezeki untuk anak bini dirumah lebih baik cari yang halal dan berkat. Janganlah cari rezeki dengan cara menindas orang lain.

Kalau kat Kedah ayat popular bagi golongan macam nie adalah ULAQ AYAQ. Memang dibenci kerana sikap tamak serta memonopoli untuk keuntungan segera. MKP diberitahu ULAQ AYAQ nie ada hubungan yang agak rapat dengan PBT tempatan.

Berikut adalah luahan peniaga yang ditindas:
Hari ini cabut undi tapak bazar Aidilfitri di bazar Yawata, Jitra. Antara bazar yang digelar Jalan TAR Jitra kepada sesiapa yang pernah merasai penangannya. 
Alhamdulillah kami cabut dua orang dapat satu tapak.  
Sebelum itu kelmarin telah berlangsung bidaan bagi tapak khemah besar. Terhasilnya harga bidaan bermula RM6.5k-RM10k. Satu perkara yang saya tak terfikir untuk menyertainya lagi. Sekurang2nya buat masa ini. 
Jumlah tapak (kecil) diperuntukkan hari ini ialah 81. 13 daripadanya milik pekedai2 di lokasi. Tahun lepas tiada jumlah 13 ini. 'Dipercayai' pengaruh salah seorang pekedai di majlis daerah telah berjaya 'mendapatkan' angka itu bagi mereka. Kerana tahun lepas mereka telah berkonflik dengan peniaga bazar soal ruang niaga. Maka dengan itulah asas kepercayaan saya. 
Selebihnya dibuka kepada orang ramai. Yang datang tadi hampir 200 orang. Bermaksud lebih separuh daripadanya akan pulang dengan tangan kosong. Ada yang datang 5 orang cabut satu pun tak kena. Atas nasib semata2. Juga bantuan doa serta tawakal.. 
Harga tapak RM600+RM250 deposit. Tahun lepas saya cabut tak dapat. Terpaksa beli dari 'ular air' dengan nilai RM2k. Mereka datang ramai untuk cabut undi. Jika dapat mereka akan jual semula tapak itu dengan harga sekitar RM1.5k-RM2.5k. Untung atas angin. 
Salah satu konsep alibaba. Melengkapi dilema Melayu sedia ada hari ini.
Juga salah satu bentuk penindasan terhormat, kapitalis, monopoli, buli atau apa sahaja yang kita mahu gelarkannya.

Monday, June 9

JEMAAH UMRAH MENANGIS SETIBANYA DI KLIA..... @NajibRazak @Azeezputera


"Saya ingat tidak dapat lagi kembali ketanah air,Malaysia". Itu adalah ungkapan kata-kata yang terpacul dari mulut salah seorang jemaah sambil menangis ditenangkan oleh DS Azeez Rahim. 


Jika tiada pertolongan dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia sudah tentu jemaah seramai 121 orang ini masih terkandas di tanah suci. 

Bantuan yang diberikan oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia ini tidak mengenal fahaman politik mereka. Syaratnya adalah satu... Rakyat Malaysia yamg ditimpa kesusahan mendapat menafaat dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia.


MKP menunggu pintu pesawat dibuka bersama DS Azeez Rahim serta rombongan yang tiba di KLIA. ini adalah gambaran yang boleh diceritakan tanpa kata-kata cuma wajah keriangan serta rasa terharu bila jemaah umrah memeluk DS Azeez Rahim.


Berikut adalah cerita yang disampaikan oleh salah seorang jemaah pada MKP.

Penderma misteri' didakwa berselindung di sebalik agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah murah hingga mengakibatkan sekumpulan 121 jemaahnya terkandas ketika mengerjakan ibadat.

Agensi berkenaan yang menawarkan pakej umrah pada harga serendah RM3,700 dikatakan menerima pembiayaan daripada penderma yang sehingga kini tidak diketahui identitinya.

Wakil agensi berkenaan sering memberitahu bakal jemaah bahawa ada penderma yang bermurah hati membiayai sebahagian perbelanjaan mereka untuk mengerjakan umrah.

Beliau mendakwa, atas sebab itulah pakej yang ditawarkan agensi pelancongan yang berpusat di Perak itu lebih murah berbanding agensi lain.

Apabila bakal jemaah curiga dengan pakej murah yang ditawarkan kerana bimbang ditipu, wakil agensi berkenaan akan menggunakan nama penderma yang bermurah hati untuk meyakinkan mereka. Ia satu jawapan yang 'boleh diterima'.

Tetapi sehingga kini tiada siapa yang dapat tahu identiti penderma berkenaan dan tiada siapa dapat membuktikan ia wujud atau sebaliknya.

Kepercayaan wujud kerana rekod cemerlang yang ditunjukkan agensi terbabit dalam mengendalikan kira-kira 12,000 jemaah sejak beroperasi akhir 2012.
Difahamkan, lebih membuatkan orang ramai tertarik dengan pakej ini apabila kemudahan yang diberikan seperti hotel, penerbangan dan makanan adalah setaraf, malah lebih baik berbanding pakej umrah lain yang lebih mahal.
"Mungkin juga agensi menggunakan 'sistem kutu' dalam menjalankan perniagaannya," katanya membuat andaian berdasarkan pemerhatian.
Mengenai jemaah di bawah agensi berkenaan yang terkandas, beliau berkata, kes itu pertama kali berlaku dan ia mungkin ada kaitan dengan masalah visa.
Seorang jemaah yang pernah mengerjakan umrah di bawah agensi sama juga mengaku pernah dimaklumkan pihak atasan agensi berkenaan mengenai penderma misteri itu.
"Seseorang yang saya panggil ustaz beritahu saya terdapat saudagar kaya dari Arab Saudi bermurah hati membiayai sebahagian perbelanjaan jemaah di bawah agensi ini untuk menunaikan umrah.
"Saya teruja dan tidak fikir apa-apa yang tidak baik kerana rakan saya sudah ambil pakej ini dan mereka gembira. Saya juga puas hati selepas terbang ke Mekah dengan pakej ini sebab ia murah tetapi kemudahannya setaraf pakej umrah yang mahal," katanya.
Sementara itu, agensi pelancongan berkenaan gagal dihubungi untuk mendapatkan komen dan penjelasan daripada wakilnya.
Namun, difahamkan ibu pejabatnya masih dibuka dan beroperasi seperti biasa serta masih membuka tawaran untuk pakej umrah.

TAHNIAH NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA @AzwanBro #PRKTelukIntan #SebalikTabir


Tahniah pada semua jentera Barisan Nasional kerana berjaya merampas kembali Teluk Intan. Walaupun heboh dan ramai yang masuk daun mengatakan kehebatan masing-masing. Adakah itu penting.....?

Walau hebat macam mana pun jika tidak diselaraskan dengan baik mustahil kejayaan itu dicapai dengan jayanya.

Bagi MKP tak kisahlah apa jua pandangan korang, tapi matlamat kita semua sama memastikan kejayaan Calon Barisan Nasional merampas kembali Teluk Intan yang dikuasai oleh DAP selama dua penggal. Ramai yang membantu sebenarnya.

“Walaupun berdepan calon lebih muda, kita (Barisan Nasional) mampu memberi saingan hebat di Teluk Intan.

Menurut Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, pujian harus diberikan kepada jentera Pergerakan Pemuda BN yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun dan dibantu oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kerana berjaya menyelaraskan gerak kerja kempen dengan baik.

“Azwan selaku Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda BN bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berjaya menyelaras gerak kerja dengan baik dan berkesan dalam  menambat hati pengundi di Teluk Intan untuk memilih BN biarpun, menerima tentangan sengit daripada calon lawan".

Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan menerusi Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong daripada DAP merupakan isyarat terbaik bagi parti komponen BN itu untuk bangkit kembali selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Khairy turut berpendapat kemenangan Mah memberi peluang baik kepada parti Gerakan yang sebelum ini menghadapi saat-saat sukar untuk bangkit semula.

"Menerusi peluang yang akan diberikan untuk menyertai Kabinet nanti, ini merupakan kesempatan terbaik untuk Siew Keong membuktikan kepimpinannya dan berkhidmat untuk masyarakat," .

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, Mah Siew Keong berjaya menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dengan memperoleh majoriti 238 undi dan sekali gus mengembalikan semula kerusi itu ke tangan BN selepas dua penggal dimenangi DAP.

Sumber http://yop-pasirsalak.blogspot.com

Sunday, June 8

JEMAAH UMRAH DISELAMATKAN OLEH BIRO KEBAJIKAN UMNO @AzeezPutera


Biro kebajikan umno akan membawa pulang 121 jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Tanah
Suci sejak seminggu lalu kerana ditipu sebuah agensi pelancongan.


Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata, persiapan telah dilakukan selepas menerima arahan secara peribadi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menyelamatkan mereka.

Kumpulan itu adalah baki 268 rakyat Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci pada 21 Mei lalu, menerusi pakej Umrah RM3,999 ringgit yang ditawarkan oleh Agensi Pelancongan Madain Al-Taqwa Travel And Tours.

Mereka yang sepatutnya pulang pada 1 Jjun lalu, terkandas kerana agensi pelancongan itu hanya membeli tiket sehala dan tidak menempah tiket pulang.

Semua kos ditanggung oleh pihak Biro Kebajikan UMNO Malaysia. Ini adalah inisiatif oleh Biro Kebajikan membantu setiap rakyat Malaysia didalam kesusahan. Ianya tidak melibatkan Tabung Haji.

Friday, June 6

MALAYSIA KiNI PAKAR PUTAR BELIT MB JOHOR PULAK MANGSA TERBARU @khalednordin


Apa punya haprak MalaysiaKini nie. Sampai benda yang tak betul pun nak dilaporkan oleh wartawan mereka. Takkan dah terdesak sangat sampai benda fitnah dijadikan berita. Nak melaporkan biarlah yang betul dan telus. Dimana Etika kewartawanan yang dipikul semasa memohon kad Media. Korang nak menjilat pemimpin pembangkang pun agak-agaklah.

MKP menyifatkan bahawa Perdana Menteri menyaman Portal putar belit ini pun memang patut. Sepatutnya pihak KDN/SKMM menyekat apa yang telah diberikan pada MeloyaKini ini. Pihak MEloyakini sampai dah melampau sehinggakan pihak Istana Johor pun korang kaitkan. Apa Kejadah nie semua.

"Saya akan memegang kuasa eksekutif dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah yang akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri," kata Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin di dalam reaksi pertamanya terhadap kontroversi yang menyelubungi pembentangan rang undang-undang untuk menubuhkan lembaga terbabit.

Kenyataan beliau itu adalah untuk meredakan kebimbangan yang disuarakan oleh sesetengah pihak tentang rang undang-undang yang didakwa bakal memberikan kuasa eksekutif kepada Sultan Johor di dalam hal ehwal perumahan dan hartanah di negeri ini.

Menurutnya, kuasa eksekutif pentadbiran kerajaan negeri masih ditangan Menteri Besar.

"Apa pun keputusan yang dibuat yang dibuat mengenai pentadbiran kerajaan negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa eksekutif itu masih di tangan Menteri Besar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menafikan laporan portal berita Malaysiakini yang menyebut Sultan Johor, Sultan Iskandar Almarhum Sultan Iskandar bakal memiliki kuasa mutlak dalam perlantikan lembaga pengarah dan pentadbiran di dalam lembaga berkenaan.

"Ia sama sekali tidak benar (laporan Malaysiakini)," kata Mohamed Khaled.
Menurutnya, beliau akan menjadi pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah itu dengan kuasa eksekutif sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya.

Menteri Besar berkata, penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu adalah sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp), di mana pengerusinya adalah secara automatik dipegang oleh Menteri Besar.

"Usaha untuk menubuhkan lembaga tersebut bukan seseuatu yang baharu kerana sebelum ini penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor atau dikenali sebagai JCorp juga menggunakan pendekatan yang sama," katanya.

Laporan Malaysiakini sebelum ini mengatakan pembentangan rang undang-undang itu bakal memberikan kuasa yang luas kepada Sultan Johor di dalam hal ehwal perumahan dan hartanah di negeri Johor.

Lembaga itu apabila ditubuh akan memberi kuasa kepada Sultan di dalam melantik ahli lembaga pengarah, menyelia akaun dan membubar lembaga.

PUTERI UMNO PULAK SENTAP NGAN #DyanaSofya


Apa Kejadah korang dok bangga dengan Dyana Sofya tue. Bagi MKP banyak lagi yang cun dan lebih baik dari Dyana Sofya. 

Yang ada didalam Puteri lagi cun dan menarik dari segi perwatakan serta kreditbiliti memimpin. Cuma masalahnya ramai yang kurang menonjol. 

Yang menonjol semuanya macam ANAK GAJAH aje. Bukan Gemuk tapi Chubby skit dan agak garang huhuhuhu.

Apabila Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya Mohd Daud kerana tewas pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini ia dilihat hak Setiausaha Agung DAP itu.

Tetapi dalam masa yang sama wajarkah Pemuda UMNO mempertahankan sambil mempelawa gadis itu menyertai UMNO?

Itu hak Guan Eng sebab Dyana Sofya adalah ahli DAP. Itu cara kerja mereka yang tidak ada orang UMNO pun tahu apa strategi mereka selain membuat pelbagai andaian.

Apa pun jika Dyana Sofya dipersalahkan, itu bukan urusan Pemuda UMNO.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pemuda UMNO, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi itu seolah-olah mengenepikan kewibawaan Puteri UMNO yang umumnya ramai yang sebaya Dyana Sofya.

Entah kenapa, Dyana Sofya yang sepanjang tempoh berkempen dicaci sebagai pengkhianat bangsa tiba-tiba mendapat perhatian daripada Pemuda UMNO?

Tiba-tiba Dyana dilihat sebagai seorang wanita yang sangat berwibawa dan dan mampu menyumbang idea serta tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.

Bukan hendak mencari kelemahan Syamsul Baharin tetapi kenapa mesti Dyana Sofya yang nampak di depan mata sedangkan ahli-ahli Puteri juga tidak kurang hebatnya jika dibuat perbandingan.

Apakah tidak ada anggota Puteri UMNO yang boleh diketengahkan untuk menjadi seperti Dyana Sofya pada mata  Syamsul Baharin?

 “Kenyataan Syamsul Baharin itu boleh membuatkan kami ahli Puteri UMNO tersinggung sebab dia bercakap seolah-olah Dyana Sofya berada di tahap tinggi berbanding kami.

“Kalau Pemuda UMNO itu kata Dyana Sofya itu berwibawa dan mampu menyumbang idea untuk kepentingan anak muda, apa selama ini Puteri UMNO tidak ada fungsi untuk anak muda?


“Saya tidak nampak kehebatan Dyana Sofya yang terang-terang menyokong pembangkang dan pada masa sama, saya hairan apabila ada Exco Pemuda UMNO yang melihatnya sebagai seorang yang hebat,” kata Bendahari Puteri Bahagian Batu Sapi, Hazlinah Mohd. Dani.

Jelasnya, adalah keterluan Pemuda UMNO meletakkan gadis penyokong parti pembangkang itu sebagai hebat demi survival anak-anak muda Melayu jika dia menyertai UMNO.

“Dia nampak hebat sebab dia diketengahkan sebagai calon muda pada PRK dan terus jadi terkenal kerana cantik.  Cuba kalau diletakkan Puteri UMNO sebagai calon PRK tempoh hari atau pada masa akan datang, saya rasa mungkin calon Puteri UMNO akan jadi lebih hebat daripada Dyana Sofya.

“Maka saya syor Pemuda UMNO terbabit supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan kerana walaupun kami hanya ahli Puteri UMNO namun kami juga boleh jadi jauh lebih baik daripada Dyana Sofya jika diberi peluang,” jelasnya.

Tambah Hazlinah lagi, Syamsul Baharin sepatutnya memikirkan bagaimana hendak melahirkan anak muda seperti Dyana Sofya dalam UMNO jika benar dia dilihat hebat dan bukannya mempelawanya masuk UMNO.

TABUNG HAJI Debit-i-Mastercard APA YANG PERLU ANDA TAHU... @Azeezputera



Tabung Haji Debit-i MasterCard adalah kad debit Islamik patuh Shariah. Tabung Haji Debit-i MasterCard berfungsi sama seperti tunai atau cek peribadi tetapi dalam bentuk kad.

Tidak seperti kad kredit yang bersifat "bayar kemudian"; Tabung Haji Debit-i MasterCard adalah cara "bayar sekarang" tanpa menggunakan tunai ditangan. Apabila menggunakan Tabung Haji Debit-i MasterCard, wang Pemegang Kad secara automatik ditolak daripada Akaun Tabung Haji.

MANFAAT KAD

1. KEMUDAHAN AKSES KEPADA AKAUN SIMPANAN TABUNG HAJI

2. RANGKAIAN TERIMAAN KAD YANG LUAS di lebih 38 juta lokasi premis perniagaan yang       menerima MasterCard di seluruh dunia

3. KEMUDAHAN PEMBAYARAN DEBIT TERUS daripada Akaun Simpanan Tabung Haji

4. KEMUDAHAN PENGELUARAN TUNAI di lebih 2.5 juta ATM di seluruh dunia

5. KEMUDAHAN TRANSAKSI PEMBELIAN DAN PENGELUARAN TUNAI ketika Haji dan       Umrah

6. CIRI KESELAMATAN DENGAN "CIP KESELAMATAN PINTAR"
    HAD PERBELANJAAN HARIAN




KAD DEBIT-i INI BOLEH DIGUNAKAN BAGI TRANSAKSI BERIKUT

1. Melakukan urusan bayaran secara debit daripada Akaun Simpanan Tabung Haji

2. Pengeluaran Tunai di dalam dan luar negara • ATM yang mempamerkan logo MasterCard dan Cirrus

3. Melakukan pembelian runcit di lebih 38 juta lokasi premis perniagaan yang menerima MasterCard di seluruh dunia

4. Melakukan pembayaran bil dan pembelian melalui internet

MAKLUMAT AM

1. Tabung Haji Debit-i MasterCard adalah berasaskan tandatangan di mana untuk pembelian runcit di premis saudagar (merchant), pelanggan tidak perlu memasukkan nombor PIN untuk pengesahan transaksi.

2. Sebaik menerima Tabung Haji Debit-i MasterCard di kaunter Pejabat cawangan Tabung Haji, kad tersebut aktif dan boleh digunakan. Pemegang Kad walau bagaimanapun hendaklah membuat penukaran nombor PIN yang diterima melalui kiriman pos (PIN mailer) dengan SEGERA di mesin ATM Bank Rakyat. Sekiranya penukaran PIN tidak dilakukan, Pemegang Kad tidak boleh melakukan pengeluaran tunai menggunakan Tabung Haji Debit-i MasterCard.

3. Pemegang Kad adalah bertanggungjawab untuk mematuhi terma dan syarat bagi penggunaan Tabung Haji Debit-i MasterCard.

4. Pemegang Kad hendaklah bertanggungjawab atas penggunaan Tabung Haji Debit-i MasterCard termasuk tidak menggunakannya untuk aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang. Transaksi di premis saudagar (merchant) yang tidak halal seperti kedai jualan minuman keras, pusat urut, pusat-pusat perjudian seperti kasino dan pertaruhan.

5. Tabung Haji dan pihak pengeluar kad iaitu Bank Rakyat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang ditanggung akibat kecuaian Pemegang Kad.

6. Tabung Haji dan pihak pengeluar kad iaitu Bank Rakyat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pemegang Kad akibat daripada perbuatan atau kesilapan mana-mana saudagar (merchant) yang sah atau MasterCard International. Pemegang Kad boleh mengemukakan sebarang tuntutan atau pertikaian secara terus dengan saudagar (merchant).

7. Tabung Haji dan /atau pihak pengeluar kad iaitu Bank Rakyat mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberi notis terlebih dahulu atau atas sebab berhak:
• Menyekat atau mengehadkan perbelanjaan harian Pemegang Kad atau menahan akaun Pemegang Kad 
• Menyemak akaun pemohon untuk permohonan mendapatkan kad dan akaun Pemegang Kad pada bila-bila masa yang dianggap perlu 
• Tabung Haji dan pihak pengeluar kad berhak untuk menamatkan kemudahan kad sekiranya Pemegang Kad gagal mematuhi terma dan syarat berhubung penggunaan Tabung Haji Debit-i MasterCard
8. Semua transaksi yang dilakukan di luar Malaysia adalah tertakluk kepada tukaran wang semasa yang ditetapkan oleh MasterCard International termasuk 1.25% caj administrasi pada tarikh urusniaga dilakukan dan kemudiannya akan ditukarkan secara lani kepada Ringgit Malaysia pada tarikh urusniaga dimasukkan ke dalam akaun. Semasa proses urusniaga dimasukkan ke dalam akaun Pemegang Kad, nilai caj administrasi akan dilepaskan dan nilai sebenar transaksi berdasarkan kadar pertukaran semasa pada tarikh kemasukan akan didebitkan daripada akaun Pemegang Kad.

9. Pemegang Kad boleh membuat pertikaian transaksi sekiranya transaksi yang dibuat gagal diproses. Borang Aduan boleh didapati di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji. Amaun akan dikembalikan kepada Pemegang Kad dalam masa tidak lebih dari 30 hari bekerja dari tarikh transaksi dibuat. Pemegang Kad dinasihatkan untuk mengemukakan bukti transaksi gagal diproses kepada pihak Bank seperti Deraf Jualan, pengesahan transaksi internet, slip langganan dan sebagainya bagi mempercepatkan proses.

10. Pemegang Kad juga boleh memohon agar transaksi berulang ditolak semula dari akaun Tabung Haji Debit-i MasterCard Pemegang Kad dengan mengisi borang aduan yang boleh didapati di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji terdekat. Borang aduan tersebut akan diproses untuk penyiasatan.

11. Tempoh sah Tabung Haji Debit-i MasterCard ialah selama satu (1) tahun.

12. Pemegang Kad perlu mengunjungi mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji untuk menutup atau membatalkan kad.

CAJ PRA-GUNA

Transaksi yang dilakukan di tempat berikut akan dikenakan caj melebihi amaun sebenar bagi tujuan kelulusan sahaja. Amaun sebenar akan dicaj ke akaun Pemegang Kad sebaik sahaja transaksi dibilkan.


FI DAN CAJ

Yuran yang dikenakan adalah oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia:


KELAYAKAN / SYARAT PERMOHONAN

Permohonan Tabung Haji Debit-i MasterCard boleh dibuat di mana-mana kaunter pejabat cawangan Tabung Haji di seluruh negara. Kelayakan adalah seperti di bawah:

1. Berumur 18 tahun dan ke atas

2. Mempunyai Akaun Tabung Haji

3. Deposit minima sebanyak RM200 di dalam akaun semasa permohonan Tabung Haji Debit-i MasterCard

4. Dokumen yang diperlukan:Dokumen yang diperlukan:
• Borang permohonan yang lengkap dan ditandatangani 
• Kad pengenalan
Tabung Haji Debit-i MasterCard boleh diambil di Pejabat cawangan Tabung Haji sebaik sahaja pemohon menerima kiriman pos PIN (pin mailer) ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Tabung Haji Debit-i MasterCard sila hubungi 03-6207 1919 (8:00 pagi - 9:00 malam / Isnin – Jumaat)

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive