Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, July 5

Video Penyerang bunuh diri letupkan bom di Madinah


Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan bom berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi di sini sebentar tadi, lapor rangkaian televisyen tempatan, al-Arabiya.

Serangan ini merupakan serangan ketiga ke atas Arab Saudi selepas dua 

Sunday, June 5

#MH01 Penumpang, Anak Kapal Cedera, Pesawat MH01 Alami Gegaran Udara


Dua penumpang pesawat penerbangan MH01 tiba di bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya sebentar tadi.

Dua wanita berkenaan dibawa menaiki ambulans Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari London menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami gangguan akibat gegaran udara.

Bagaimanapun, pesawat MH01 selamat mendarat di KLIA jam 6 petang tadi.

Beberapa gegaran udara atau 'turbulence' semasa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam perjalanan dari London menuju ke Kuala Lumpur menyebabkan kira-kira 34 penumpang dan anak kapalnya mengalami kecederaan ringan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MAS, pesawat MH01 mengalami gegaran udara ketika berada di ruang udara Teluk Bengal selepas berlepas dari Heathrow.

"Semasa penerbangan itu, isyarat pasang tali pinggang keledar dinyalakan berikutan gegaran udara," kata MAS.

Menurut MAS, pasukan perubatan dan pengurusan kanan MAS bergegas untuk memberi bantuan dan rawatan kepada penumpang dan anak kapal yang cedera sebaik sahaja pesawat itu mendarat kira-kira pukul 6.10 petang.

"Sebilangan kecil penumpang dan anak kapal terjejas telah menerima rawatan daripada pegawai perubatan.

"MAS membantu 378 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH01 dan memohon maaf diatas segala kesulitan yang disebabkan keadaan cuaca buruk itu," katanya.

Saturday, April 4

EKSLUSIF VIDEO NAHAS HELIKOPTER


Nahas helikopter : Saksi dakwa lihat helikopter meletup di udara sebelum terhempas
Posted by Matkilaupenang on 4hb April 2015
Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih petang Sabtu sentiasa mesra disapa dengan panggilan JJ sahaja.

Difahamkan beliau menumpang helikopter tersebut untuk pulang segera dari Kuantan kerana mahu menghadiri kenduri anak kepada CEO PR1MA Dato' Abdul Mutalib bin Alias.

Sebelum itu beliau menghadiri majlis kenduri anak Perdana Menteri di Pekan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Azlin Alias antara enam mangsa yang terkorban.
Posted by Matkilaupenang on 4hb April 2015
Beberapa pemimpin UMNO Pahang memberitahu tiada perubahan pada JJ sepanjang berada di majlis kenduri berkenaan yakni beberapa jam sebelum nahas.

Beliau berada di Pahang sejak semalam dan menghadiri beberapa majlis lain sebelum itu.

Ahli Parlimen Rompin sejak 1990 sehingga kini dan merupakan Pengerusi PRIMA  pernah menjawat berbagai jawatan dalam kerajaan termasuk Menteri kabinet.

Ingat program menghantar anak Malaysia ke angkasa lepas, ia merupakan sebagai legasi JJ ketika berkhidmat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi pada tahun 2004 hingga 2008.

Pada 10 Oktober 2007, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama meninggalkan bumi dan berada di angkasa lepas.

Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ahmad pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967.

Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1974.

Memulakan karier politik dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung Mengkasar, Pekan.

Sepanjang penglibatannya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Terpilih menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 1994.

Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 setelah undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi.

Kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Berikutan rombakan kecil kabinet pada bulan Januari 2004,  JJ dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dikekalkan dengan jawatan yang sama selepas Pilihan Raya Umum ke-11.

Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri kelima negara, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.

Sejak Najib menjadi PM pada April 2009, JJ dilantik menjadi Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat.

Beliau kemudian dipanggil pulang dan dilantik menjadi Pengerusi Projek Perumahan 1Malaysia atau PR1MA yakni projek kesayangan PM yang mahu membina lebih banyak rumah kepada rakyat.

Isteri beliau ialah Datin Sri Dr. Kalsom Ismail dan mempunyai empat cahaya mata.

Ketika berkhidmat sebagai Duta Khas ke Amerika Syarikat beliau berpeluang menemui Presiden Obama dengan memakai baju melayu tradisonal Pahang.

Orangnya mudah mesra dan diketahui rapat dengan Najib yang merupakan mentor politiknya kerana sama-sama berasal dari Pekan Pahang

Friday, March 6

JANGAN HANYA ANDAI KRITIK 1MDB @ahmadmaslan


1MDB dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ditukar namanya pada 2009.

Ia dipanggil dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) kerana menggunakan royalti minyak Terengganu.

Tetapi yang sebenarnya adalah- ia menjadikan royalti minyak tersebut sebagai 'jaminan' untuk mendapatkan pinjaman.

Sebab itu dari segi teknilal, 1MDB adalah syarikat pelaburan strategik kerana ia berhutang dalam melabur.

Ke manakah wang pelaburan ini pergi?

Objektif awal 1MDB adalah untuk melabur di dalam sektor Minyak dan Gas, khususnya sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Oleh itu PetroSaudi dari Arab Saudi diajak untuk usahasama.
Selepas 2 tahun- dengan dana sejumlah RM8 billion di Pulau Cayman, mereka hanya meneroka rizab minyak di Laut Caspian.

Menyedari sektor Minyak & Gas begitu berisiko, maka usahasama ini ditamatkan.
Lalu diajak pula syarikat Aabar daripada UAE untuk bekerjasama dan ditubuhkan Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).

Perniagaan yang ingin diceburi pula adalah sektor tenaga dan hartanah.

Maka dibelilah aset-aset penjana elektrik serta tanah bagi tujuan tersebut. Pembelian ini sudah pastilah melalui hutang.

Berhutang dalam meluaskan perniagaan adalah antara model perniagaan. Model ini dipanggil sebagai 'leveraging model'. Dan ini adalah perkara biasa.

Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar juga berhutang dengan banyak sebanyak RM34.3 billion. Tetapi sebuah syarikatnya seperti DRB Hicom sahaja menyediakan 60,000 pekerjaan. Beliau ada berpuluh buah syarikat.

Dalam erti kata lain, hutangnya banyak, pulangannya juga banyak.

1MDB menggunakan jaminan kerajaan untuk 'leverage' dalam mendapatkan modal melalui hutang.
Ini menjelaskan mengapa sebuah syarikat yang berusia 5 tahun mampu berhutang dengan banyak kerana dengan jaminan daripada kerajaan, mana-mana bank bersedia untuk memberi pinjaman.
Ini kerana syarikat yang dijamin kerajaan tidak akan dibiarkan rugi. Oleh itu ia berisiko rendah.

Walaupun jaminan tersebut bukanlah berupa jaminan membayar hutang secara langsung, tetapi 1MDB adalah anak syarikat kerajaan. Secara tidak langsung, risiko hutang tersebut tetap ada kepada kerajaan.

Kita bercakap tentang hutang sebanyak RM49.1 billion.

Kebiasaannya bagi agensi pelaburan kerajaan, mereka melabur di dalam produk yang berisiko rendah seperti bond dan hartanah.

Sebab itu Felda, PNB, Tabung Haji dan KWSP membeli hartanah di London. Lebih-lebih lagi pembelian ini bukan dengan berhutang.

Oleh yang demikian, yang menjadi pertikaian dengan 1MDB ini adalah model perniagaannya yang berasaskan 'leverage'.

Atas sebab inilah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia mempersoalkan mengapa kita perlukan entiti seperti 1MDB yang berhutang untuk melabur.

Beliau mengkritik sesuatu yang tepat. Model perniagaan 1MDB berisiko tinggi. Apatah lagi melibatkan kerajaan.

Aset 1MDB dilaporkan bernilai RM51.4 billion. Ia melebihi jumlah hutang. Tetapi perlu diingat nilai aset ini bersandarkan pada penilaian harga tanah dan penjana tenaga yang dimiliki.

Maknanya penilaian tersebut hanyalah di atas kertas. Ia boleh berubah mengikut keadaan. Lebih buruk jika penilaian tersebut tidak tepat.

Sedangkan hutang yang diambil serta komisen yang diberi adalah benar dan tidak berubah.
Ini sedikit sebanyak berkenaan dengan 1MDB.

Kita boleh bersifat kritikal terhadap 1MDB. Tetapi apakah objektif daripada kritikan kita?
Ahli politik seperti Tony Pua dan Rafizi sudah pastilah mahu menggunakan isu 1MDB demi undi pilihanraya.

Bahkan, begitu terdesaknya Rafizi sehinggakan mengelirukan rakyat dengan dakwaan kerajaan menerbitkan dua buah bond pada awal 2015 yang berjumlah RM2 billion bagi membayar hutang 1MDB.

Hakikatnya terdapat 8 lagi bond yang diterbitkan pada hujung 2014 dan awal 2015 yang berjumlah RM10.8 billion. Mengapa 'cherry-picking' fakta?

Ini jelas menunjukkan mereka mengkritik bukannya kerana benar-benar risau akan impak hutang 1MDB kepada ekonomi negara. Sebaliknya mahu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia at all costs.

Adakah kita seperti mereka dalam mengkritik 1MDB?

Wednesday, March 4

@realDrMAZA MOHON JANGAN CEMARKAN...............?


Siapakah ulama? Perkataan ulama adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud orang-orang yang berilmu.

Ulama adalah kata nama jamak (plural) bagi perkataan mufrad (singular) ‘alim. Ulama bermakna orang-orang yang berilmu manakala ‘alim maknsnya seorang yang berilmu.

Ulama adalah sinonim dengan ilmu kerana seseorang itu digelar sebagai ‘alim kerana merujuk kepada ilmunya. Dari aspek penggunaan semasa istilah ulama adalah secara khusus bermaksud mereka yang berilmu dalam bidang agama Islam.

Ini adalah kerana sebutan perkataan ulama dalam al-Quran dan al-Sunnah merujuk kepada mereka yang mendalami Islam, mengetahui selok belok hukum Islam, menghayatinya dan sangat takut kepada Allah SWT.

Banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kepada golongan ini seperti mana yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar.

Antaranya ialah fuqaha yang merujuk kepada ulama fiqh, mufassirun merujuk kepada ulama tafsir, ahlul kalam merujuk kepada ulama aqidah, usuliyyun merujuk kepada ulama usul fiqh, muhaddithun yang merujuk kepada ulama hadis dan lain-lain lagi, semuanya adalah dianggap sebagai ulama dalam Islam.

Jika ada yang menyatakan bahawa ulama atau alim boleh digelar kepada sesiapa sahaja yang tahu dalam apa sahaja bidang ilmu maka ia adalah berdasarkan makna ulama dari segi bahasa Arab dan bukan merujuk istilah yang digunakan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Kedudukan Ulama Dalam Islam kedudukan ulama adalah dipandang tinggi kerana mereka adalah golongan yang berilmu dan memahami agama dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Para ulama mampu menafsirkan al-Quran dan menterjemahkan al-Hadis agar dapat difahami sebaiknya oleh umat Islam untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

Dalam surah al-Zumar ayat 9 Allah SWT berfirman: قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ Maksudnya: ((Katakan (wahai Muhammad): Apakah sama kedudukan orang-orang yang berilmu (jika dibandingkan) dengan orang-orang yang tidak berilmu? Pastinya yang mengambil peringatan ialah golongan yang mempunyai akal)).

Pertanyaan: “Apakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?...adalah dalam bentuk soalan penafian (Istifham Istinkar) yang secara jelas jawapannya ialah pasti tidak sama kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

Ulama adalah mereka yang memimpin umat agar tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Kedudukan ulama adalah mulia, bukan kerana fizikal mereka tetapi kerana mereka memikul amanah dakwah dan menjadi pewaris kepada para Rasul yang diamanahkan membawa risalah tauhid kepada seluruh umat manusia.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi (no: 2682) dan telah disahihkan oleh Syeikh Al-Bani:

 مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَبتَغِيْ فِيْهِ عِلْمًا ، سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ ، وَإِنَّ المَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ العِلْمِ وَإِنَّ العَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِيْ الأرْضِ حتَّى الحِيْتَانُ فِيْ المَاءِ وَفَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ إنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ إنَّ الأنبياءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَارًا وَلَا دِرْهَمًا إنَّمَا وَرَّثُوْا العِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Barangsiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan membukakan jalan baginya menuju ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya kepada penuntut ilmu, dan sesungguhnya orang alim itu akan dipohon ampun baginya oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehingga ikan di dalam air, dan kelebihan seorang alim jika dibandingkan dengan seorang abid (ahli ibadah yang jahil) seumpama perbandingan bulan ke atas segala bintang.

Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan dinar mahupun dirham sebaliknya mereka meninggalkan ilmu dan barangsiapa yang mengambilnya sesungguhnya dia telah mengambil sesuatu yang sangat berharga.”

Ulama dengan ilmu dan kefahaman yang dimiliki menjadikan mereka sangat takut kepada Allah SWT dan mereka sentiasa memastikan setiap tindakan dan keputusan yang dibuat selari dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

Mereka juga bersikap tegas jika berlaku sebarang tindakan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Sikap mereka ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Fatir ayat 23: إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ Maksudnya: ((Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah al-Ulama)). Menurut Imam al-Razi dalam tafsirnya (Tafsir al-Kabir) makna ‘al-Khasyyah’ dalam ayat 23 surah Fatir ialah takut menurut kadar apa yang ditakuti. Al-‘Alim pula ialah orang yang mengenal Allah dan takut kepada-Nya serta mengharapkan-Nya (redha Allah SWT).

Ini menunjukkan bahawa ‘alim lebih tinggi kedudukannya daripada seorang ‘abid (ahli ibadah) , kerana Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: ((Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (takutkan Allah SWT)).

Ayat ini menerangkan bahawa kemuliaan seseorang adalah berdasarkan kepada ketaqwaan dan ketaqwaan pula diukur berdasarkan ilmu (kenal Allah SWT). Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya (al-Jami’ Li ahkam al-Quran: 14/308) menaqalkan riwayat Ali bin Abi Talhah dari Ibnu Abbas bahawa maksud ayat : ((Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama)) ialah mereka yang tahu bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan Dia Maha Berkuasa.

Al-Rabi’ bin Anas menjelaskan bahawa barangsiapa yang tidak takut kepada Allah bukanlah seorang alim. Mujahid berkata: “Sesungguhnya orang yang alim itu ialah yang takutkan Allah Azza wajalla. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya (6/544-545) menjelaskan maksud ayat tersebut ialah orang yang sebenarnya takutkan Allah ialah ulama yang benar-benar mengenali Allah kerana apabila seseorang itu kenal Tuhan Yang Maha Besar, Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui juga bersifat dengan segala sifat kesempurnaan maka itulah yang dinamakan sebenarnya ilmu pengetahuan yang sempurna.

Peranan Ulama Jika difahami dari hadis yang menjelaskan bahawa ulama adalah pewaris kepada para Nabi, maka amat jelas tugas mereka ialah memimpin ummah, menyampaikan ilmu, memberikan contoh tauladan yang baik, memberi nasihat dan menegur sebarang tindakan yang bercanggah dengan kehendak Allah SWT.

Mengenai kepentingan dan peranan ulama Allah SWT menjelaskannya dalam surah al-Taubah ayat 122 :

 وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya: ((Tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar berjihad semuanya, hendaklah ada sekumpulan dari mereka yang mendalami ilmu agama agar mereka memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila pulang kepada mereka semoga mereka berawas)).

Imam al-Baghawi menjelaskan bahawa maksud mendalami ilmu agama (al-Tafaqquh) dalam ayat ini ialah mengetahui hukum-hakam agama berasaskan al-Quran dan al-Sunnah (Tafsir al-Baghawi:133).
Ulama adalah tempat rujukan masyarakat samada dalam urusan dunia mahupun akhirat.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 7:

 وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالاً نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: ((Dan tidak Kami utuskan sebelum kamu melainkan lelaki-lelaki (para Rasul) yang kami wahyukan kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui)).

Tugas dan tanggungjawab ulama adalah sangat besar kerana jika diabaikan umat manusia akan berdepan dengan wabak kejahilan dan kesesatan.

Ulama yang lesu dan malas pasti mendapat murka dari Allah SWT, kerana mengabaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka justeru para ulama hendaklah sedar akan peranan mereka dan berada di barisan hadapan memimpin ummah melaksanakan amanah amar makruf nahi mungkar.

Al-Quran telah mengingatkan para ulama bagaimana sikap mendiamkan diri terhadap kemungkaran seperti yang berlaku di kalangan bani Israel telah mengundang murka daripada Allah SWT, firman Nya dalam surah al-Maidah ayat 78:

 لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيل عَلَى لِسَان دَاوُد وَعِيسَى اِبْن مَرْيَم ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَر فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Maksudnya: Telah dilaknat golongan kafir dari kalangan bani Israel di atas lidah Nabi Daud, Isa ibnu Maryam, yang demikian itu adalah kerana maksiat yang mereka kerjakan dan mereka melampaui batas, mereka tidak mencegah kemungkaran yang dilakukan , amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.

Rasulullah SAW juga telah mengingatkan tentang situasi buruk yang bakal berlaku apabila tiadanya para ulama atau ulama tidak menjadi rujukan di kalangan umat Islam sepertimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari rh bahawa Nabi SAW telah bersabda:

 إنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ العِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ العِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ العِلْمَ بِقَبْضِ العُلَمَاءِ، حَتىَّ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوْسًا جُهَّالًا، فَسُئِلُوْا، فَأفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوْا .

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari jiwa hamba-hamba-Nya, tetapi Dia mengangkat ilmu dengan dimatikan para ulama sehingga tiada seorangpun orang alim, manusia mengangkat orang-orang jahil sebagai ketua mereka, maka mereka ditanya lalu mereka memberikan fatwa tanpa asas ilmu, lalu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.

Saranan Ulama jangan diperkecilkan! Dalam konteks masyarakat Islam masakini, para ulama hendaklah dijadikan pemimpin dan ikutan, kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap Islam akan memelihara ummah dari terjerumus kepada kesesatan. Juga dengan sifat mereka yang takutkan Allah Taala menjadikan para ulama sentiasa bertindak berdasarkan panduan wahyu al-Quran dan al-Sunnah yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan.

Sebaliknya perbuatan memandang serong kepada para ulama, memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat meraka adalah bibit-bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulama.

Ia adalah permulaan malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila jauhnya mereka dari pimpinan para ulama bermakna semakin jauhlah mereka dari panduan al-Quran dan al-Sunnah.-

Saturday, February 14

JANGAN CETUSKAN PERGADUHAN DI KELANG CC @PDRMsia @KBAB51



Jawapan daripada PDRM,IPD Klang Selatan 14/2/15

Satu kejadian kes bunuh pada 10/2/15 di Telok Panglima Garang, Kuala Langat

Klasifikasi: Sek 302 KK

Pada 10.02.15 jam lebih kurang 3.00 pagi , akibat dari pergaduhan , 1 lelaki India tempatan dan 1 lelaki Sri Lanka telah kena tetak di hadapan kedai No 23, Jalan Pandan 2 Telok Panglima Garang.
Mangsa satu lelaki India nama panggilan" ASLI GUNA " telah disahkan meninggal dunia manakala satu lelaki warga Sri Lanka berada di Hospital Banting  menerima rawatan.

Mangsa:Simati.

Gunasekaran A/l Mari
Alt: Batu 5 Jalan Kampung Jawa, 41000 Klang.

mangsa (si mati) dipercayai penolong ketua kongsi gelap di Kg Jawa Klang.

Sejak kejadian telah menimbulkan banyak penyebaran maklumat dalam laman sosial mengatakan bahawa akan timbul pergaduhan besar  membabitkan  dua kumpulan 24 dan 36 disebabkan dendam akibat pembunuhan ahli kumpulan 24 serta mengatakan keadaan adalah tidak selamat di Klang.

Pihak Polis IPD Klang Selatan menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu tersebut .
Keadaan semasa  di Kampong Jawa Klang adalah aman dan tenteram.Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Masyarakat atau penduduk bebas bergerak menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa.

Langkah-langkah pencegahan diperingkat awal telah diambil selepas kejadian itu.

Semua elemen IPD Klang Selatan telah digerakkan utk memastikan kestabilan dan keamanan di Daerah ini dapat dikekalkan.

Disertakan gambar2 suasana aman damai dan masyarakat hidup seperti biasa di kawasan Kg Jawa dan Klang keseluruhannya.

Nota :

Pohon kerjasama pihak media sebar dan hebahkan maklumat ini untuk menafikan tentang penyebaran berita palsu tersebut.

AMARAN keras tindakan undang undang keatas penyebar maklimat palsu yang boleh memudaratkan keamanan.

ACP KAMARUL ZAMAN MAMAT
KPD KLANG SELATAN 14/2/15 1700hrs.

Saturday, February 7

JANGAN MULAKAN CETUSAN PERKAUMAN.......AGAMA...?


MKP jemaah Masjld Telaga Air di Butterworth atas kejayaan mereka memberkas seorang lelaki yang telah melempar satu bungkusan yang dipercayai mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid tersebut awal Jumaat.

MKP mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah yang tidak bertamadun itu dan mahu polis bertindak tegas terhadap orang yang tidak bertanggungjawab itu.


Orang yang melakukan perbuatan itu yang dipercayai mengalami masalah mental telah menunjukkan sikap tidak menghormati agama serta mengancam keharmonian agama dalam masyarakat.

Kejadian pada hari jumaat sebagai Penghulu Hari bagi umat Islam adalah yang ketiga berlaku tahun ini di mana rumah-rumah ibadat telah dinodai dan diserang; dua kejadian awal telah berlaku di Wat Buddha Siam di Tanah Liat, bukit Mertajam dan di Kuil Hindu Kaliamman di Pokok Machang, Tasek Gelugor.

Kedua-dua serangan itu berpunca daripada lelaki yang turut dipercayai mengalami masalah mental, di mana dia telahpun ditangkap oleh polis,

“Tindakan tegas dan pantas perlu diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang merosakkan dan yang tidak diingini itu kerana ia telah mengancam keharmonian agama dan rumah-rumah ibadat.

Bagaimanapun saya yakin warga Pulau Pinang cukup matang untuk memastikan keharmonian kaum dan agama terus kekal manakala keamanan dipertahankan apabila rakyat tidak mudah terpengaruh dan terjejas dengan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini serta merosakkan itu.

MKP berharap pihak penguatkuasa bekerjasama secara aktif dengan semua pihak yang terbabit untuk memastikan serangan-serangan itu tidak akan menjejaskan perpaduan dan kestabilan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Pulau Pinang.

Monday, December 1

KEMALANGAN NGERI: MACAM MANA BOLEH JADI GINI......


Jika diperhatikan kedudukan kereta ini sememangnya nampak janggal dan berulang kali kita berfikir bagaimana boleh jadi sebegini. Ini bukan rekaan atau teknik fotoshop tapi ada kejadian yang berlaku ditempat kejadian. 

Anggota Bomba yang telah mengambil gambar ini untuk disebarkan kepada umum supaya menjadi pengajaran pada semua pemandu supaya berhati-hati dijalan raya serta mengelakkan kejadian sebegini berulang.

KERETA TERBABAS DAN MELANGGAR TIANG ELEKTRIK LALU JATUH MENJUNAM KE DALAM PARIT DI SIMPANG 4, SEMANGGOL MENGHALA KE KUALA GULA pada pukul 2.59 petang semalam. Mangsa seorang lelaki berbangsa india tersepit dan disahkan maut ditempat kejadian. Operasi berkenaan dilakukan oleh Balai BOMBA dan Penyelamat Bagan Serai 




Sunday, November 16

@AhmadMaslan akan cadangkan harga RON95 diturunkan.....


MKP amat setuju jika harga Minyak Ron95 dikaji serta diturunkan mengikut harga pasaran minyak dunia. Kalau tak bagi subsidi pun bagus jugak kerana yang banyak menggunakan minyak subsidi ini adalah golongan yang mempunyai kereta besar tangkinya..........

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga minyak RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong.

Beliau berkata penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana telah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada US$70 hingga US$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.

"Saya secara peribadi, selaku Timbalan Menteri Kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak RM2.30 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di sini, hari ini.

Ketika ini minyak mentah Brent berada pada paras US$79.41 setong.

Ahmad berkata beliau juga akan mencadangkan supaya tiada sebarang cukai jualan dikenakan ke atas minyak berkenaan.

"Kenapa tidak perlu cukai jualan ini kerana pada saat dan ketika ini pun kita tidak mengenakan cukai jualan," katanya.

Dalam pada itu, katanya sekiranya harga minyak berkenaan diturunkan, beliau berharap para peniaga turut menurunkan harga barangan mereka kerana sering kali menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan menaikkan harga barangan.

Saturday, November 15

Russia dakwa #MH17 ditembak jet pejuang........?



Televisyen Rusia  awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) menyiarkan "imej satelit" yang didakwa menunjukkan pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh jet pejuang menjelang sidang kemuncak ekonomi G20 di Australia Sabtu.

Dakwaan Rusia ini bertentangan dengan kesimpulan awal pasukan penyiasat blok Barat terhadap MH17 bahawa ianya jatuh selepas ditembak peluru berpandu darat ke udara.

TV Rusia yang menyiarkan imej tersebut Channel One melaporkan ianya diambil beberapa ketika sebelum pesawat membawa 298 penumpang dan anak kapal itu terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai.

"Sebelum sidang kemuncak di Brisbane (lewat malam Sabtu waktu Malaysia), Perdana Menteri Australia [Tony] Abbott telah mengancam untuk berdepan dengan Presiden Rusia mengenai MH17," kata penyampai, Mikhail Leontyev.

"Mari kita cuba untuk membuat tugas beliau sedikit lebih mudah."

Pada Jumaat, media antarabangsa Rusia, Russia Today melaporkan firma keselamatan udara Rusia mendedahkan perkara sama.

Laporan agensi berita Rusia, RT yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan Penerbangan, Sergey Melnichenko berkata, terdapat satu atau dua pesawat dipercayai milik tentera berdekatan MH17 dikesan sebelum dan kira-kira 20 minit selepas tragedi itu.

Menurut Melnichenko, maklumat radar berkenaan dikumpul pada hari kejadian oleh stesen radar yang terletak di Rostov, Rusia, dekat sempadan Ukraine.

“Data terbabit jelas menunjukkan ketika pesawat MH17 terhempas dan selepas kejadian, ada pesawat lain terbang ke arah utara di laluan yang sama.

“Pesawat berkenaan kelihatan seperti pesawat tentera kerana jaraknya sangat rapat antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan kemungkinan terdapat satu atau dua jet tempur di situ,” katanya.

Selain itu, Melnichenko berkata, bukti lain yang menunjukkan pesawat terbabit adalah milik tentera kerana mereka tidak bertindak-balas apabila diimbas oleh radar, berbeza dengan pesawat awam yang sering membalas isyarat.

Jelasnya, pesawat tentera kebiasaannya tidak dilengkapi alat elektronik pemancar isyarat atau juruterbang memadamkan sistem berkenaan semasa pertempuran di udara.

“Data baharu ini juga konsisten dengan kenyataan tentera Rusia sebelum ini yang menafikan penglibatan dengan tragedi MH17 dan kemungkinan pesawat tempur itu sengaja menembak jatuh pesawat penumpang itu,” katanya.

Beberapa hari selepas tragedi MH17, Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan bukti bahawa sebuah jet tempur Ukraine jenis Sukhoi SU-25 dikesan terbang menghampiri kapal terbang penumpang itu sebelum ditembak jatuh.

Kiev menafikan dakwaan itu dengan alasan tidak mengerahkan mana-mana jet tempur melakukan penerbangan, tetapi pihak tentera secara rutin melancarkan serangan untuk menggempur kedudukan puak pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine.

Sumber Agenda Daily

Monday, November 10

Ketua Pengarah JPJ nak 5 ribu Rakyat Malaysia Mati...........?



"Kita nak rakyat Malaysia mati 5 ribu orang. Kita nak 10 ribu orang mati" Wa.. Apa lu ciakap ini dato'.. Apa pasat mau semua olang mati..

Mau bikin undang-undang olang talak boleh pakai cermin gilap. Tapi lu olang boleh pakai cermin gilap. Bikin rules talak boleh pakai no plat cantik. Tapi apa pasat olang boleh jual. Jika talak boleh pakai, jangan kasi jual la dato'. 

Ini semua kasi bullet sama pakatan nirrajim mau hantam sama kerajaan. Siapa mau jiawab? Tukar menteli baru, tukar rules baru. Tukar menteli baru, tukar rules baru. Manyak boling ma. Kasi butut-butut meeting la baru bikin rules. Jangan sikijap tukar. Sikijap tukar. Olang sudah pasang tinted ma. Talak boleh refund ma.. Haiya..

Friday, November 7

KESIAN!!!!! DITANGKAP KERANA MENJUAL BUKU.............? @PDRMsia


Depa nie jual buku....................? Tapi buku apa yang dijual kena tangkap..........? buku yang dijual mesti dilarang atau berunsur tidak baik pada Masyarakat............?

Isteri Kartunis Zunar Ditahan Jual Buku Sindir Institusi Kehakiman ..... Yang turut ditahan seorang wanita bersama seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut.

Padan Muka !!!! .Sayangnya pandai melukis tapi tak guna otak untuk berfikir.... Nanti suruh Anwar jamin yer !!! Mereka ditahan semalam di Putrajaya.

Kes buku Zunar ini dah diharamkan sejak tahun 2010 lagi. berikut adalah keterangan dari mahkamah semasa Zunar dibicarakan pada 2010.

Pegawai polis yang merampas buku milik pelukis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar memberitahu Mahkamah Tinggi sebelum ini mengatakan bahawa kandungan di dalam buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" boleh menimbulkan rasa benci kepada pemimpin dan menyebabkan masyarakat keliru.

ASP A Arikrishna yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman oleh Zunar terhadap dua anggota polis dan tiga yang lain berkata setiap helaian pada buku tersebut mempunyai wajah pemimpin, pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya telah menyemak buku tersebut dan mendapati setiap muka surat mengandungi gambaran kartun yang merujuk kepada pemimpin negara, pasukan polis, badan kehakiman, SPRM dan sebagainya yang boleh atau cenderung untuk menghasut rakyat dengan cara menimbulkan rasa benci, silap faham, kehinaan serta menyebabkan masyarakat keliru dan hilang kepercayaan terhadap pihak dirujuk serta mempunyai unsur niat jahat bagi tujuan permusuhan kaum dan agama.

"Hasil penelitian saya terhadap buku tersebut juga menyebabkan saya menyimpulkan bahawa buku tersebut berkemungkinan akan diharamkan penerbitan atau penjualannya," katanya yang membacakan pernyataan saksi ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Kanan Persekutuan Norhisham Ismail.

Kata Arikrishna selain buku, beliau juga merampas sekeping kadbod yang mengandungi ukiran kartun yang menggambarkan watak isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau telah menangkap Zunar pada hari tersebut (24 Sept 2010) dan ia diketahui peguam Zunar iaitu Latheefa Koya.

Sementara itu, pada awal prosiding, Zunar memberitahu bahawa pihak polis bertindak secara rambang dan menyalahguna kuasa ketika merampas 66 buah buku dan sebuah lukisan miliknya pada 2010.

Zunar berkata pihak polis bertindak sedemikian untuk menggagalkan pelancaran buku "Cartoon-0-phobia" yang sepatutnya berlansung beberapa jam sebelum penangkapannya.

Katanya ketika kejadian Arikrishna gagal memberitahu dengan jelas pada bahagian mana dalam buku tersebut yang menyalahi undang-undang dan mengambil masa sambil membelek buku sebelum menunjukkan beberapa lukisan kartun yang dikatakan bersifat menghasut.

"Cartoon-o-phobia adalah buku kartun saya yang merupakan koleksi terbaru yang mengumpulkan kartun-kartun politik yang saya lukis. Buku kartun ini adalah komentar politik berkenaan situasi politik semasa.

"Buku kartun tersebut telah dijadualkan untuk dilancarkan pada malam 24.9.2010 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor, pada hari yang sama saya ditangkap," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam N Surendran.

"Saya telah menguar-uarkan acara pelancaran tersebut kepada umum dan informasi acara ini telah tersebar luas. Buku kartun tersebut belum lagi diedarkan untuk dijual di pasaran dan hanya akan diedarkan di pasaran selepas pelancaran," katanya.

Ketika ditanya dalam pemeriksaan balas sama ada karya beliau terhasil daripada pandangan sendiri, Zunar berkata "ia berdasarkan perspektif saya."

Katanya, kritikan kepada kerajaan disampaikan menerusi lukisan bagi mewujudkan 'mahkamah rakyat' dan terserah kepada masyarakat untuk membuat keputusan.

Pada 15 Jun tahun lepas, Zunar dan syarikat miliknya Sepakat Efektif Sdn Bhd memfailkan saman tersebut dengan menamakan ASP A Arikrishna dan ASP Marina Hashim sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zunar mendakwa pada 24 Sept 2010, pukul 4 petang sepasukan polis yang diketuai Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.

Zunar mempertikai asas-asas penangkapan dan penahanannya, rampasan terhadap karyanya dan menyatakan bahawa tindakan itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta berniat untuk menggagalkan pelancaran buku tersebut.

Berikutan itu, Zunar menuntut ganti rugi am termasuk ganti rugi teladan dan teruk, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau ganti rugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau ganti rugi khas dan lain-lain.

Thursday, November 6

TERKINI BANJIR LUMPUR DI RINGLET, CAMERON HIGHLANDS @bombaJBPM


1 Kanak-kanak lelaki berbangsa india telah hilang disyaki dihanyutkan banjir dan masih belum dijumpai. 1 mangsa warga Nepal maut dan 1 warga Indonesia maut akibat tertimbus,

1 lelaki Indonesia dan 2 lelaki warga India cedera parah. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan. Keadaan banjir mulai surut dan hujan telah berhenti.

Operasi berkenaan dilakukan oleh BBPCameron Highland, Pasukan STORM dan PPDA.


Namun demikian, jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan laporan terbaru yang diterima oleh pihak bomba.

Awal pagi tadi, mayat mangsa kedua yang merupakan seorang lelaki warga Indonesia ditemui sekitar pukul 9 pagi tadi.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini tertumpu di Lembah Bertam, lokasi tumpuan banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highlands petang Rabu.


Mangsa ketiga seorang kanak-kanak India berumur 13 tahun masih belum ditemui.

Usaha untuk mengesan mangsa yang dipercayai tertimbus sedang dilakukan pihak bomba dan penyelamat yang dikenali sebagai STORM bermula jam 7 pagi dengan kekuatan bantuan seramai 20 orang.

Perkara itu disahkan Ketua Operasi Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir.

Terdahulu, seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands, Pahang petang Rabu.

Kejadian turut mengakibatkan lebih 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang, Morni Mamat

Hujan lebat berterusan dikatakan menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu.

Wednesday, November 5

SEMAKIN GANAS ANAK MUDA SEKARANG @PDRMsia


Apa dah jadi dengan anak muda zaman sekarang yang terlalu Ganas terhadap rakan-rakan yang berusia muda di kalangan mereka.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai dua kes buli yang menjadi viral di laman sosial memaklumkannya kepada pihaknya secepat mungkin.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, langkah itu perlu memandangkan penyebaran kedua-dua klip video itu menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

"Kami telah menerima sejumlah aduan daripada orang ramai berhubung penyebaran dua klip video di media sosial mengenai kes buli yang melibatkan beberapa pelajar di sekolah berasrama.

"Penyebaran klip video berkenaan telah menimbulkan rasa tidak tenteram dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Asmawati, sehingga kini tiada maklumat yang diperoleh mengenai lokasi serta individu-individu yang terlibat.

Dakwaan menyatakan satu daripada kes buli berkenaan berlaku di Kuala Nerang, Kedah adalah tidak benar.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru agar orang ramai, terutamanya ibu bapa yang mengetahui anak mereka menjadi mangsa buli untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kerjasama orang ramai amat diperlukan agar pihak kami dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab," ujarnya

Thursday, October 30

SOKONG BOLA BAGUS TAPI JAGA DIRI.... @MyRapidKL


Orang ramai dinasihati menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium Sabtu ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia. Nak sokong waima Pahang atau Johor itu hak masing-masing. Bagi mengelakkan kesesakan MKP nasihatkan pada semua supaya gunakkan Monorel atau pun LRT.



Orang ramai dinasihati menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang.

Ini ekoran pertembungan dua acara lain yang turut akan diadakan di lokasi sama pada hari tersebut.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S.Markandan berkata orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), bas atau teksi untuk ke stadium Sabtu ini untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Dua acara lain yang akan berlangsung di perkarangan stadium berkenaan ialah Perhimpunan Anak-Anak Sarawak Seluruh Malaysia yang dijadual dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta acara perayaan keagamaan Buddha, katanya.

Markandan berkata buat masa ini polis tidak akan menutup jalan atau membuat lencongan aliran trafik di sekitar stadium pada hari tersebut, namun pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media sekiranya berlaku sebarang perubahan lalu lintas kelak.


Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Lim Jin Aun berkata Prasarana menyediakan koc LRT tambahan sekiranya perlu tetapi ia bergantung kepada jumlah penumpang pada hari berkenaan.

"Penggunaan perkhidmatan LRT sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan trafik pada hari tersebut dengan waktu operasi LRT di stesen Sri Petaling dan Bukit Jalil dilanjutkan pada waktu malam sekiranya perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Pahang berakhir lewat," katanya.

Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hassan Azhari Abu Bakar berkata DBKL akan turut membantu polis pada hari tersebut dengan menempatkan anggota penguat kuasanya untuk memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar.

DBKL tidak akan melakukan sebarang perubahan aliran trafik di sekitar Bukit Jalil dan Sri Petaling namun pengumuman akan dibuat kepada orang ramai sekiranya ada perubahan.

Wednesday, October 29

PENAFIAN TELEFON PINTAR DIPANTAU @PDRMsia

Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa bahawa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat.

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman.

PULAU PINANG TENGGELAM......................?


Hujan lebat yang melanda Lintang Sungai Ara 15, Georgetown, Pulau Pinang tengah hari tadi telah menyebabkan kawasan sekitar dilanda banjir kilat.

Air naik sehingga paras lutut dan menenggelamkan jalan raya lantas mengakibatkan kesesakan trafik yang teruk.

Walau bagaimanapun, banjir mulai surut sekitar jam 2 petang tadi dan suasana kembali normal.
1376531_811852052189363_8657022787253231150_n1779955_811852075522694_4597164215130032002_n10553569_811851942189374_4591942287930372534_n10644539_811851968856038_2943049661266625382_o10645061_811851985522703_2008280840403041743_n10703832_811851912189377_2726128861273411068_n

Monday, October 27

BUDAK PEREMPUAN 11 TAHUN DITELAN ULAR SAWA @bombaJBPM @GoteamRD


ADMIN mendapat berita dan gambar yang mengejutkan menerusi aplikasi WhatsApp yang di post oleh rakan-rakan media sosial. 

Dikhabarkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah dipercayai dibaham seekor ular sawa di kampung Tualang, Perak . 

Sehingga berita ini ditulis,  masih belum dapat disahkan kesahihan berita ini.....  Berita ini juga dikatakan telah menjadi viral di facebook.  BENARKAH...???



Selepas tersebarnya berita ini MKP terus mendapatkan pengesahan dari pihak Bomba. Berikut adalah laman mikro rasmi bagi pihak Bomba Dan Penyelamat Malaysia.


Saturday, October 25

Sabah Bakal Mendapat Hangar @Udara_JBPM @mpkotabelud @bombaJBPM @KP_bombaJBPM #SabahFM @kpkt_gov


Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dijangka mempunyai hangar helikopter sendiri tahun depan, kata Menteri Kesejahteran Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
 
Beliau berkata dengan memiliki hangar sendiri, jabatan itu akan dapat menubuhkan satu skuadron helikopter bagi melakukan operasi di lokasi yang tidak dapat dihubungi melalui jalan raya.

 
"Beberapa tempat (di Sabah) dicadangkan sebagai lokasi pembinaan hangar ini. Kota Kinabalu paling sesuai kerana ia terletak lebih hampir dengan kawasan terpencil seperti Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker.
 
"Bagaimanapun, kami bersikap amat liberal dari segi lokasi hangar ini kerana ia tidak memerlukan landasan," katanya kepada pemberita selepas program temu bual bersama saluran radio RTM, Ekspresi Sabah FM, di sini hari ini.
 
Abdul Rahman berkata ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah mempunyai sebuah helikopter MI-17 buatan Rusia, yang ditempatkan di hangar Sabah Air Aviation Sdn Bhd di sini, yang telah memberi perkhidmatan di Sabah dan Sarawak sejak lebih 10 tahun lepas.
 
"Kami memerlukan sekurang-kurangnya sebuah lagi helikopter tugas berat sebagai sokongan kepada helikopter sedia ada," katanya.

Guna Twitter Minta Bantuan Perdana Menteri @NajibRazak @NelsonPung


Siapa cakap Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar keluhan serta kesusahan Rakyat Malaysia....? Mungkin selama ini rakyat termakan tomahan serta fitnah yang ditaburkan oleh Puak Pembangkang dengan mengadakan cerita dongeng demi memburukkan pemimpin yang mengemudi Kerajaan yang sedia ada. Tapi itulah kerja serta tugas hakiki yang harus dibuat sebagai pembangkang. 

Tapi semangat Jati Diri yang tidak mudah goyah oleh Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak memang MKP tabik spring. Beliau adalah orang yang "cool" sepanjang masa. Tapi nampak aje "cool" sebaliknya amat prihatian serta mendengar denyut nadi rakyat yang dilanda kesusahan.

Seorang mahasiswa dikatakan mengalami kesempitan wang bagi membeli buku dan kelengkapan pembelajaran sehinggakan dia mengambil keputusan untuk mengadukan masalah itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Twitter.

Keluhannya itu nampaknya berjaya membuka mata Perdana Menteri yang kemudiannya mengambil keputusan untuk merealisasikan skim bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

Bermula pada 2012 sehingga tahun ini, bantuan diteruskan dan diberikan kepada pelajar khususnya mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ia membuktikan bahawa tidak sukar bagi golongan belia dan anak muda negara untuk berinteraksi dengan pimpinan tertinggi asalkan mereka menggunakan saluran yang betul.

"Kita kena faham, hierarki perjuangan. Setiap idealisme anak muda yang dibangkitkan perlu selari, beri impak kepada kesejahteraan negara.

"Sebagai contoh, idealisme Baucar Buku dibangkitkan melalui tweet seorang pelajar kepada Perdana Menteri. Itu membuktikan Perdana Menteri kita dengar luahan rakyat, tak ada masalah untuk mengadu masalah atau mewujudkan interaksi antara pemimpin, asalkan tahu adab," ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi forum 'Idealisme Generasi Muda Dalam Perjuangan Politik: Ilusi atau Realiti?' yang diadakan di sini, semalam.

Tambahnya lagi, negara masa kini amat memerlukan idealisme golongan generasi muda demi membangunkan negara.

"Mahasiswa perlu bersifat idealisme, tidak trikat dengan mana-mana parti.

"Mereka yang boleh berhujah dengan fakta dan apa yang dihujahkan adalah demi kebenaran," katanya lagi.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive