"Orang Mukmin bagi orang Mukmin yang lain itu laksana satu binaan, yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Terubat kerinduan saya pada sahabat yang selama ini sentiasa ada dalam ingatan saya namun sekian lama terputus hubungan.
Tercari-cari di mana Abg Nazri dan khabar beliau, kemudiannya Allah mempertemukan kami sewaktu saya dalam perjalanan menziarahi mangsa ribut di kawasan Rumah Murah, Baling
“Tok, saya kena stroke tok.. dah 2 minggu, tapi Alhamdulillah masih boleh berjalan ni”....
Perlahan suara Abg Nazri memaklumkan pada saya keadaan beliau.
Begitulah dugaan dan ujian Allah. Buat mereka yang masih sihat kunjungilah yang sakit dan kurang bernasib baik.
Hargailah sahabat dan teman-teman yang ada selagi hayat masih ada.
Azeez Rahim
#DiariAzeezRahim
#Azeezrahimrakyatbalingberpisahtiada
#Balingdihatiku
#AzeezRahim
No comments:
Post a Comment