Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts

Monday, January 20

Saya Menteri Luar Paling Pailang Jika Sekat Anwar..........


Negara Jepun dikejutkan dengan kehadiran adiwira baru di Lapangan Terbang Narita hari ini. Adiwira tersebut yang terkenal dengan kuasa anti arsenik dan kuasa kebal skandal hanya dikenali dengan nama Ultraman BlakangTaro. Pihak imigresen Jepun yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Kyusyu terpaksa menafikan kemasukan adiwira baru tersebut dengan DUA alasan iaitu:

1) Jepun sudah pun mempunyai begitu banyak Ultraman, termasuklah dari kelompok adik beradik Taro dan kemasukan Ultraman yang baru ini bakal menjadikan negara pulau tersebut semakin sesak; dan

2) Ultraman BlakangTaro ini dikesan mempunyai Skandal China DollGate yang dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi hubungan Jepun dengan Negara China.

Ultraman BlakangTaro telah selamat dihantar pulang semula hari ini.



Dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan, khususnya Wisma Putra mendalangi kejadian beliau dilarang memasuki Jepun adalah tidak berasas dan tidak masuk akal.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, setiap negara termasuk Jepun mempunyai kedaulatan dan hak untuk memberi kebenaran atau menafikan mana-mana individu masuk atau keluar ke negara masing-masing.

“Keputusan itu adalah perogatif pihak berkuasa atau kerajaan sebuah negara berdaulat mengikut undang-undang negara berkenaan. Keputusan tidak mengizinkan seseorang warga asing masuk seperti yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar tidak mungkin boleh dipengaruhi mana-mana kuasa luar atau asing,” kata Anifah dalam sidang media di ibu negara petang Isnin.

Menurut Anifah, sebagai menteri luar, beliau tahu bidang kuasa dan peranannya dalam konteks menjaga hubungan diplomatik serta pelbagai hala antara Malaysia dengan semua negara sahabat.

Katanya, percubaan untuk mengarah atau mempengaruhi mana-mana negara untuk menghalang individu seperti Anwar masuk ke negara berkenaan adalah biadap dan keterlaluan.

“Jika saya selaku menteri luar Malaysia mampu meminta atau mempengaruhi Tokyo atau mana-mana kerajaan asing untuk berbuat demikian memang sangat besarlah kuasa saya dan jelas saya tentunya seorang menteri luar paling berpengaruh di di dunia,” kata Anifah sinis mengulas dakwaan Anwar.

Anifah menjelaskan, undang-undang Jepun membolehkan pihak imigresen negara itu menafikan kemasukan atas sebab antara lainnya jika individu berkenaan pernah disabitkan kesalahan jenayah, berada dalam senarai orang yang diburu, atau maklumat risikan menyenaraikan individu terbabit sebagai pengganas atau ancaaman keselamatan terhadap negara itu.

“Bagaimanapun saya tidak tahu kenapa Anwar dinafikan kebenaran masuk, kerajaan Jepun juga tidak bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada saya mengenai punca Anwar dihantar pulang.

“Malah saya juga tidak tahu mengenai bila dan kenapa Anwar ke Tokyo selain tidak berminat dan bukan tanggungjawab saya mengawasi pergerakan ketua pembangkang itu,” jelas beliau lagi.

Anwar, kata Anifah, selaku bekas timbalan perdana menteri dan anggota Kabinet kerajaan Malaysia sepatutnya arif mengenai prosedur serta protokol hubungan antarabangsa, justeru tindakan beliau yang seolah mmelatah membuat tuduhan melulu mempersalahkan kerajaan jelas tidak matang serta tindakan terdesak bagi menutup malu diusir pulang.

Anifah turut memberikan contoh mengenai Senator Australia, Nicholas Xenophon yang dinafikan kebenaran masuk ke negara ini pada Februari 2013.

Anifah berkata, dalam kes Xenophon pihak berkuasa Imigresen Malaysia, Wisma Putra dan Kerajaan tidak perlu membuat penjelasan atau tunduk kepada tekanan mana-mana pihak di Australia.

“Dan saya tentunya merasa jengkel jika ada pihak di Australia cuba mengarah, mempengatruhi atau campurtangan dalam bidang kuasa perundangan negara kita yang merdeka dan berdaulat ini,” katanya.

Anwar dilapurkan terkandas di Lapangan Terbang Narita, Jepun setelah dihalang masuk dan diarah balik dengan pesawat pertama ke Malaysia atas alasan rekod Imigresen Jepun.

“Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu ‘kerana laporan terkini’ kemungkinan pada 2013,” kata Anwar yang berkata beliau sendiri tak pasti mana laporan mana yang dimaksudkan.

Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.

Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung “laporan terkini” yang menyebabkan beliau dilarang.

“Rekod-rekod seperti kes mahkaamah dan sebagainya adalah dokumen awam yang boleh diakses sesiapa sahaja. Bukan kerja menteri luar atau Wisma Putra untuk menyenaraikan segala kesalahan dan aktiviti Anwar untuk diposkan kepada semua kerajaan di dunia,” kata Anifah lagi.

Tuesday, September 17

KES LIWAT @AnwarIbrahim HAKIM PULAK DITUKAR......................


Mahkamah Rayuan hari ini meluluskan permohonan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat digantikan kerana didakwa mungkin bersikap berat sebelah dalam kes tuduhan liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Ramly Ali meluluskan permohonan Karpal itu dan berkata seorang hakim baru akan dilantik esok.

Peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa Tengku Maimun pernah membatalkan saman fitnah Anwar terhadap mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam kes Mahkamah Tinggi pada tahun 2007.

"Kami telah membuat satu permohonan untuk mendapat satu perintah untuk Tengku Maimun menjadi satu antara tiga panel hakim diketepikan," Karpal Singh katanya.

Karpal berkata saman fitnah yang dibatalkan oleh Tengku Maimun itu turut membabitkan kes liwat Anwar, justeru adalah wajar beliau berundur daripada kes rayuan ini.

Esok, Mahkamah Rayuan akan mendengar satu lagi permohonan Karpal - kali ini untuk menggugurkan Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya utama dalam rayuan berkenaan.

Shafee adalah peguam bela bebas yang dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk mengendalikan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari tahun lalu.

Peguambela Anwar menyifatkan Shafee sebagai peguam Umno dan tidak harus diupah menggunakan dana awam untuk mengendalikan kes kerajaan.

Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ketika membebaskan Anwar, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata sungguhpun berlaku penetrasi pada dubur Saiful, bukti-bukti sokongan termasuk yang membabitkan sampel DNA tercemar.

Beliau berkata mahkamah tidak yakin sepenuhnya berhubung integriti sampel-sampel DNA Saiful kerana kemungkinan ia terjejas sebelum di analisis oleh Jabatan Kimia.

Ini tuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada tahun 2000 Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan sama terhadap bekas pemandunya.

Bagaimanapun selepas enam tahun dipenjara, Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar pada tahun 2004 kerana mendapati keraguan dalam keterangan saksi dan tertuduh. ANTARAPOS

Tuesday, June 25

VIDEO PAKATAN RAKYAT BANGSAT.................

MKP dah agak benda macam nie terjadi cuma masa dan ketikanya saha ditunggu. Ternyata anak muda ini tertipu dengan Anwar dan pemimpin PR yang lain. Korang lihat video ini dan tunggu hingga ke saat ke-22 dan dengar apa yang mamat baju putih nie kata? PR PUN BANGSAT.......


Natijahnya, gerakan Blackout505 yang cuba digerakkan oleh partinya, PKR, menerima sambutan yang bercampur baur di kalangan penyokong pembangkang.

Ini kerana ada pemimpin pembangkang sendiri yang mahu pengikut mereka melangkahi isu Blackout505 dan memberi fokus pada pembangunan masa depan politik negara.

Kerangka Blackout505 ialah mengadakan perhimpunan memprotes keputusan PRU ke-13 di seluruh negara dan pada kemuncaknya di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun lalu. Anwar membayangkan lebih setengah juta rakyat akan berhimpun mengutuk "kecurangan" SPR.


Tapi ini yang berlaku sebaliknya apabila Anwar bertemu dengan DS Najib. Siapa yang tertipu dan Siapa kena Tipu? Kesian pada korang berhimpun bagai nak rak akan tetapi pemimpin korang sendiri yang curang.... Memang layak dipanggil BANGSAT....PENGIKUT PUN KENA BANGSAT SEKALI...


Sunday, June 23

TAHNIAH!!!! ANWAR DAH JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7 SELEPAS #BLACKOUT505


MKP nak ucapkan tahniah pada Anwar kerana telah jatuhkan Kerajaan Barisan Nasional selepas Blackout505 semalam. Nampaknya seramai SEJUTA rakyat telah hadir di Padang Merbuk untuk berdemo. Walaupun cuaca agak berjerubu demi Anwar mereka hadir jugak. 

Alasan tak boleh belah la Al-Juburi woiiii . DAHKALAH SUDAHLAH SEJAK BILA HANG MENANG PILIHANRAYA KE-13 YANG LALU. DOK PEMBOHONG KUAT SANGAT JANGAN LUPA ISNIN MAI PARLIMEN ANGKAT SUMPAH.


MKP AYAT SEMPOI : NAK JADI PM BOLEH KENA ANGKAT SUMPAH DEPAN KIRAM....

Wednesday, June 12

ANWAR BAKAL DILONDEHKAN DENGAN HARGA RM1.5 JUTA..........?


Pakatan Rakyat hari ini dilaporkan akan memfailkan 35 petisyen iaitu 25 kawasan yang dimenangi parti itu dan 10 kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.  Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah sehingga RM1.5 juta.

Nampaknya, keputusan untuk memfailkan petisyen ini diambil setelah siri Himpunan 505 masih tidak berjaya memberi impak besar, jauh sekali menjatuhkan kerajaan.   Akhir-akhir ini, PR dilihat merasa tertekan diketawakan rakyat kerana hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwat tidak kekal walaupun beria-ia menuduh penipuan melalui gangguan elektrik dan pengundi hantu.

Petisyen ini dijangka mengembalikan maruah PR yang sudah ketandusan isu untuk dijadikan bahan dalam ucapan di himpunan-himpunan anjuran mereka.

Walaubagaimanapun, kita sangsi yang petisyen ini mampu memberi keuntungan politik kepada PR, sebaliknya ia dilihat sebagai perangkap yang bakal memakan tuannya.

Apabila petisyen difailkan, ia akan memaksa pihak berkuasa menyiasat secara terperinci proses pengundian termasuk kempen dan rangkaian kejadian sebelum mahupun selepas pengundian.  Dengan itu, kita berharap agar segala tandatanya rakyat mengenai sumber kewangan PR akan turut terjawab.

Ramai yang tertanya-tanya, dari mana datangnya wang PR untuk menampung kos kempen yang begitu mewah.  Sudahlah sepanjang penggal asyik berkempen yang pastinya menelan begitu banyak belanja, sepanjang tempoh kempen PRU pula masih lagi mampu mengeluarkan belanja yang berlipat ganda lagi banyaknya.  

Kita bukan sahaja bercakap tentang bahan-bahan biasa seperti poster, risalah dan ceramah yang tidak kunjung henti tetapi juga penggunaan helikopter, bas khas, jet peribadi, pengawal peribadi dan berbagai-bagai lagi belanja sampingan termasuk mengupah wartawan dan pelobi asing untuk memaparkan gambaran buruk terhadap kerajaan Malaysia.   

Tidak lupa juga belanja tidak perlu seperti beribu-ribu bendera kecil berwarna-warni yang ‘dihias’ di tepi-tepi jalan di kawasan-kawasan tertentu.   Ini belum lagi dikira jentera propaganda yang 24 jam kerjanya mengutuk kerajaan dan menabur fitnah.

Apa yang lebih menarik ialah bukan semua kawasan yang dipertanding PR memperlihatkan kemewahan yang sama, sebaliknya hanya tempat-tempat tertentu yang jelas menerima peruntukan lebih.  Antaranya, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Gombak, Ampang, Bandar Tun Razak, Gelang Patah, Alor Setar, Bagan dan Kota Bharu.   Selebihnya, calon PR dikhabarkan menerima peruntukan sekadar cukup untuk bahan yang perlu sahaja.

Kita berharap agar petisyen ini mampu menjawab persoalan tentang dari mana datangnya pengundi Cina yang begitu ramai di bandar-bandar besar sehingga membawa kepada kemenangan DAP dengan majoriti yang ‘memkagumkan’?   Kita ingin tahu, apakah terdapatnya pengundi hantu di kalangan kaum Cina?

Kita juga ingin pendedahan dibuat mengenai tingkahlaku agen PR dalam menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang waktu bertugas. Kenapa mereka tidak mengambil tindakan sekiranya benar terdapat penipuan?  Atau apakah mereka sendiri yang menipu?  Begitu juga dengan bagaimana mereka menangani isu undi rosak akibat dakwat terlekat di kertas undi.

Selain itu, kita ingin mendengar bagaimana PR dengan sengaja menyerbu pengundi yang telah 30 tahun menetap di Taman Cempaka dan menuduh mereka sebagai pengundi hantu.  Atau bagaimana pos di Facebook hos Astro AEC, Gan Jiang Han mengenai gangguan elektrik di Bentong mendapat 73,576 ‘like’ dalam sekelip mata seolah-olah semua orang sedang menunggu pos tersebut. 

Kita juga ingin tahu kenapa kemudiannya, ADUN DAP Ketari Lee Chin Chen DAP Bilut, Chow Yu Hui sendiri menafikan berlakunya gangguan elektrik di Bentong ketika proses pengundian dan mengira undi.  Siapakah yang menipu?  Kedua ADUN DAP itu atau Gan?

Kita juga ingin melihat di mana Anwar mendapat bukti terdapatnya 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh seperti yang didakwanya di dalam ceramah-ceramah sebelum PRU dan juga bukti di manakah tempat mereka-mereka ini mengundi serta di manakah mereka pada ketika ini.

Apa yang pasti, petisyen yang bakal difailkan ini haruslah bukan sekadar mempersoalkan  dakwat yang tidak kekal kerana ia telah pun diakui sebagai kelemahan, bukan penipuan.   Tetapi, ia haruslah merangkumi semua tuduhan PR terutamanya 2 perkara pokok yang dibangkitkan mereka iaitu kewujudan pengundi hantu dan juga gangguan bekalan elektrik.

Tanpa kedua isu ini menjadi asas petisyen tersebut, maka PR dengan sendirinya terbukti menipu dan hanya mereka-reka cerita.

Jangan lupa bahawa petisyen ini membawa kos sehingga RM1.5 juta.

Justeru, rakyat tidak mahu mendengar kes remeh mengenai satu dua kes terpencil yang tidak membawa signifikan dari segi keputusan pengiraan undi di satu-satu kawasan semata-mata.  Sebaliknya, ia haruslah mempunyai impak kepada keseluruhan keputusan PRU-13.

Saturday, June 8

ANWAR : KALAU NAK BOIKOT PUN SAPA PEDULI......KESIAN #LainKaliLah


Polisi kerajaan yang diluluskan mungkin tidak akan menjadi komprehensif jika tiada suara pembangkang pada sesi Parlimen ke-13. 

Inilah masalahnya apabila orang tak boleh terima kekalahan, ada saja cara nak buat kacau, macam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim and the geng yang merancang nak boikot taklimat parlimen pada 11 Jun ini.
 
Pembangkang tidak perlu memboikot adat sesi mengangkat sumpah Parlimen itu jika mahu permasalahan berbangkit dibahaskan di Parlimen.
 

Tujuan Parlimen bersidang pun untuk menggubal undang-undang atau untuk memperhalusi apa jua dasar, apa jua masalah negara.
 
Apa jua isu tanpa penglibatan sepenuhya kepada ahli-ahli Parlimen sama ada pemerintah atau pun pembangkang, maka rang-rang undang-undang itu mungkin tidak berapa lengkap dan komprehensif.
 
Sesi Parlimen tetap akan diteruskan seperti biasa biarpun pembangkang terus berhasrat boikot majlis berkenaan.
 
Pihak pembangkang tidak mempersoalkan jika satu-satu dasar yang diluluskan oleh Parlimen itu tidak memuaskan hati mereka.
 
Kalau tanpa ikon daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang, maknanya nanti kalau undang-undang itu diluluskan mungkin tidak cukup matang.
 
Jadi sebelum undang-undang diluluskan, mestilah ada perbincangan yang mendalam daripada ahli-ahli Parlimen keseluruhannya.
 
MKP berharap pembangkang mengambil tindakan rasional dan tidak terikut-ikut dengan emosi sehingga akhirnya merugikan mereka sendiri.
 
Apabila sesuatu undang-undang atau dasar diluluskan, janganlah pembangkang merungut pula.
 
Jika Anwar Ibrahim ini benar hendak memboikot Parlimen, nampaklah kepada rakyat dan kepada dunia luar bahawa mereka ini bersikap tidak berparlimen, bersikap kebudak-budakkan, nampak tidak matang dan juga nampak dendam kesumat yang tiada asasnya.
 
Setelah gagal mempengaruhi rakyat di negara ini melalui perhimpunan 'Blackout 505' di seluruh negara bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13, pembangkang kini dilihat terus mencari perhatian dengan strategi barunya.
 
Terbaru difahamkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berhasrat untuk memboikot sesi mengangkat sumpah Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihan raya umum, 5 Mei lalu yang disifatkan sebagai tidak telus.

Thursday, June 6

KESIAN ANWAR DAH JEDI KERA SUMBANG...........


Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.

Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.


Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.

Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.

Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.

Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu.

Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.

Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.

Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.

Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.

Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.

Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.

Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.

Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.

Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.

Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.

Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat.

Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.

Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.

Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.

Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya. 

Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar.


Friday, May 24

SELEPAS TIAN CHUA DIBERKAS OLEH @PDRMsia ANWAR PUNYA "TURN" BILA.....


Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Pepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera  akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat  Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.

Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?

Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

VIDEO MEMALUKAN ANWAR IBRAHIM DI TERANGGANU #BlackOut505


Ini mungkin petanda yang bumi Terangganu tidak menerima kehadiran Anwar Ibrahim. Tak pernah terjadi sebelum ini. Pendapat MKP mengatakan bahawa ada unsur sabotaj dikalangan Ahli PAS yang kurang setuju kehadiran Anwar di Terangganu. 

MKP pecaya ramai dikalangan ahli PAS dah sedar bahawa Anwar adalah dalang disebalik video StopaAli. Walaupun begitu perhimpunan ini tetap diadakan namum kecelakaan ini ini nampak sangat ada unsur sabotaj.


Korang tengok sendiri tulisan disebalik bendera PAS apabila cuba diangkat itu tertera tulisan "AN N" ditengah-tengah memang sah belon gelembung itu milik BARISAN NASIONAL . Sengaja dimatikan motor gelembung udara itu supaya jatuh baru boleh nampak tulisan itu. 

Korang jangan salah faham dan menuduh ini kerja orang BN pulak kerana kat Terangganu sentimen TAKSUB pada parti PAS nie amat kuat. Jika diketahui orang BN masuk ketempat mereka sudah pasti natijahnya agak dasyat. Mesti kena pukul punya. Tapi ini mesti keja orang PAS sendiri. Yang menganjurkan adalah orang tempatan. Sudah tentu TOTOK PAS...


Ulasan Agak Pedas dari Din Turtle agak sinis pada PAS akan tetapi berbeza dari MKP. Mungkin akan berlaku gabungan PAS dan UMNO selepas ini. Itu adalah harapan MKP bagi menghalang kebangkitan lahanat Cina DAP. Bila Melayu bersatu sudah pasti Cina DAP tidak akan berani angkat muka dan meminta KUASA PEMERINTAH dari Melayu.  

Din Turtle menulis,
TANDA tuh ! Terimalah Qada dan Qadar yang telah ditetapkan Allah dengan hati yang terbuka, banyakkan bersabar dan bermuhasabah lah. Bukankan begitu nasihat Presiden Pas Haji Hadi ? 
Hmmmm nama Hadi ditulis sebagai salah seorang penceramah tapi beliau tidak muncul pun.... Kena badi Haji Hadi lah tuh hahahahaha ..... 
Syed Azman kata warna BIRU ? Mungkin sebelah dalam mengadap dia warna biru tapi hadirin yang diluar ni nampak lambang bulan Pas dan warna HIJAU ! 
Oya, memang ramai yang hadir tapi pelawoklah Syed Azman kalau dakwa seramai 50 ribu yang hadir sebab tempat parkir yang dikatakan sebagai dataran itu tidak pun seluas sebuah padang bola. Maksimum pun mungkin 15ribu....MAKSIMUM tu. BACA SETERUSNYA KLIK


Wednesday, May 22

JANGAN TERKEJUT : ANWAR BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7


MKP pada mulanya tak pecaya dan yakin benda sebegini bakal berlaku akan tetapi hakikatnya kita semua harus redha dengan ketentuanya. Kegigihan dan ego besar Anwar ini rakyat dihalakan kepada satu lagi perspektif lain yang mungkin memperjelaskan kenapa Anwar begitu kemaruk untuk menjatuhkan kerajaan BN yang baru mengangkat sumpah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 awal bulan ini. 

Teropong politik ini bukan datang dari dalam negara tetapi dipancarkan oleh sebuah badan penyelidikan dari Kanada yang dikenali sebagai Global Research Foundation yang agak mengejutkan. 

Laporan yang ditulis oleh Tony Carlucci menyifatkan kejayaan BN dalam PRU ke 13 lalu ialah satu kemenangan menyekat Malaysia menjadi bidak percaturan Amerika Syarikat dan Britain yang mahu mengembangkan hegemoni mereka dan menyekat kemaraan China daripada menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan dunia.
 
Carlucci membentangkan kaitan tajaan beberapa konglomerat Amerika Syarikat seperti Boeing, Goldman Sachs, dan Exxon serta Dewan Perdagangan Amerika Syarikat melalui pertubuhan seperti National Endowment Fund for Democracy (NED) demi menghidupkan demokrasi seluruh dunia.  
 
Walhal, kata Carlucci tujuan sebenar NED ialah menumbangkan kerajaan di sesebuah negara yang mahu dikuasai Amerika Syarikat. Antara yang mendapat habuan NED ialah badan penyelidikan Merdeka Centre for Democracy dan juga pergerakan Bersih “untuk pilihan raya yang bersih dan adil”.
 
Sejak pendedahan ini dibuat pada 9 Mei lalu, belum ada penafian daripada Bersih mahupun Merdeka Centre. Anwar juga belum memberi sebarang ulasan mengenai dakwaan itu. 
 
Taktik pertubuhan-pertubuhan yang ditaja oleh NED ini umumnya adalah sama. Pertama, uar-uarkan kemungkinan ada penipuan dalam pilihan raya sebelum penamaan calon diumumkan. Ini diikuti dengan usaha mempertikaikan wibawa badan pengendali pilihan raya dan akhir sekali jika “calon-calon Amerika” ini kalah, ledakan demonstrasi jalanan seperti Arab Spring. 
 
Di tengah-tengah kemelut yang cuba diwujudkan di Malaysia ini ialah Anwar Ibrahim. PAS dengan tegas dan jelas menjarakkan diri dari taktik ini. DAP pula berhati-hati dalam membuat pendirian dan membabitkan diri terbabit dengan bertopengkan alasan ia adalah aktiviti kerajaan negeri yang tidak perlu permit polis. 
 
Nampaknya yang masih tegar meniupkan api kebencian terhadap kerajaan ialah Anwar Ibrahim. Di samping itu beliau pun mengacah-acah pihak berkuasa untuk menahannya. Ini adalah satu provokasi. Jika ditahan Anwar berharap akan dipandang sebagai wira. 
 
Sebenarnya, sejak keluar penjara pada tahun 2004, Anwar Ibrahim sudah terlalu lelah. Beliau perlu berehat. Untuk berundur rasa malu. Egonya besar. Sebab itu, beliau lebih senang ditahan untuk mendapatkan rehatnya. 
 
Langkah seterusnya harus dipacu oleh rakyat. Sama ada benar atau tidak Anwar dan konco-konconya ditaja oleh kuasa-kuasa “neo colonialis” tidak berapa penting. Yang lebih utama rakyat buka mata dan menjawab soalan, apabila berlaku Arab Spring, siapakah yang mengaut untung daripada keruntuhan sistem negara di Mesir, Libya dan kini Syria?

MKP Ayat Sempoi : Allah tetap bersama UMNO kerana Perjuangan berlandaskan ISLAM. 

Sunday, May 19

VIDEO BOMOH INI MEMBUATKAN ANWAR IBRAHIM MEROYAN.............?


Video bomoh dari Sultan Kiram nie membuatkan Anwar meroyan menjadi PM-7. Apa punya bangang anwar nie sampai pecaya benda tahyul macam nie? Sama jugaklah mangkok hayun dengan penyokong tegarnya. Entah berapa yang dibayar oleh Anwar dan konconya? Mungkin berjuta jugak kot? 

Duit tue sudah tentu Rahim Goust yang bagi. Rahim Ghoust nie kan penjaga harta Ahmad albab diluar negara. Ramalan ini adakah benar? Tapi yang nyata BN kini telah menang dan majoriti yang telah diberikan oleh Rakyat Malaysia. 

MKP nak habaq pada bomoh mangkok nie supaya buat selalu macam nie pada Anwar. Kenapa? Pasal Anwar nie dah kerap-kali menipu rakyat Malaysia. Apa salahnya kali ini Anwar pulak kena tipu dengan bomoh penipu nie.


Sebelum korang nak tengok video sebenar apa kata layan video yang telah dilakonkan oleh Tan Sri P.Ramli nie dulu... "Bomoh Congga". Ternyata apa yang telah dilakonkan oleh Artis paling hebat ada di Malaysia nie lagi hebat dari bomoh ciptaan Anwar. Sampai bila rakyat Malaysia nak kena tipu..


MKP Ayat Sempoi ; #Lainkalilah nak menipu hanya Cina bodoh aje pecaya Anwar PM ke-7...

Wednesday, May 15

Anwar Bakal Di Tembak Bila Berdemo Di Kuala Lumpur...............?


Anwar meroyan tak habis lagi selagi tak menewaskan Barisan Nasional. Pendapat MKP megatakan mungkin malu tahap gaban bila janjinya bakal menjadi Perdana Menteri tak tercapai. Perancangan seterusnya adalah untuk turun dijalan-raya..

Jika benar mahu membuat perarakan pada sabtu ini biarkan mereka berdemo. Jangan ditangkap atau berbuat apa-apa. Kasi padan muka itu Cina DAP kerana apabila setiap kali berdemo sudah pastinya perniagaan mereka tak dapat dibuka dan rugi.. Mungkin ini yang mereka mahukan.

Anwar dan rakan rakannya menganjurkan himpunan Black 505 di Kelana Jaya,Batu Kawan dan Ipoh untuk menghasut agar berlakunya rusuhan besar besaran. 

Tetapi bagaimana untuk mengerakkan satu revolusi yang total untuk menjatuhkan sebuah kerajaan.Ia harus lebih besar daripada himpunan haram Bersih di Kuala Lumpur sebelum ini.

Sekarang ini pemimpin pakatan mengadakan Roadtour keseluruh negara persis pasca Bersih ,hampir seluruh negara dihasut agar turun ke Kuala Lumpur untuk melakukan keganasan apabila disemai dengan dakyah fitnah kebencian maka mereka turun merusuh dengan perasaan marah.

Lihat bagaimana kesan rusuhan dan keganasan apabila minda rakyat yang diracuni dengan dakyah,fitnah dan hasutan kebencian.

Perancangan Anwar berlakon ditembak mungkin skripnya telah ditukar. Mangsanya adalah Wan Azizah atau Nurul Izzah . Perancangan ini adalah untuk meraih simpati rakyat kononnya Umno BN adalah zalim dan kejam. 

Kita boleh lihat bagaimana mereka cuba meraih simpati rakyat kononnya haprak pakatan teranaiya sedangkan kesemua ini adalah taktik meraih simpati dan meniup sentimen kebencian yang satu hari nanti bakal mencetuskan rusuhan besar besaran.

MKP Ayat Sempoi : Nantikan Drama Terbaru Dari Keluarga Anwar........



Tuesday, April 30

VIDEO : @CheguBard TIKAM @anwaribrahim DENGAN DEDAHAN BERANI MATI.........


Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.

Didalam video dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.

Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

Walhal yang sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang penipuan yang berlaku didalam PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh Chegu Bard didalam video ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau sendiri menjadi mangsa penipuan Anwar tersebut.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?

Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.

Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.



ANWAR DIHALAU OLEH KARIAH MASJID TELUK BAHANG..........


Anwar semalam telah mengadakan Tazkirah di Masjid Teluk Bahang Balik Pulau. Jadual telah diwar-warkan didalam blog dan Facebook akan tetapi langsung tiada gambar seperti kelazimanya. MKP berada disana pada waktu kejadian Anwar telah dihalau oleh Kariah Masjid berkenaan. 


Selepas solat Maghrib Jemaah seperti biasa hendak beredar akan tetapi terkejut dengan kehadiran Anwar dan pengikutnya. Kariah masjid tidak diberitahu dengan program yang dianjurkan oleh macai-macai Anwar nie. Berlaku sedikit rasa kurang senang oleh Pengerusi Kariah masjid dan berlaku pertengkaran....

Macai-macai Anwar nie pun satu dah masuk tempat orang bagilah salam dulu, Itu adalah etika kita orang melayu Islam bila bila masuk tempat orang jangan dok buat pandai-pandai. Memang benar sesiapa sahaja boleh memberi tazkirah akan tetapi setiap Program yang dianjurkan mestilah mendapat kebenaran pihak Kariah Masjid.

Namun diatas budi bicara pihak kariah memberi jua kebenaran pada Anwar untuk bertazkirah akan tetapi semua itu hanya dapat bertahan selama 5 minit sahaja bila Anwar  asyik dok hentam kerajaan dan menceritakan keburukan Barisan Nasional. 

Gambar diatas menunjukkan pihak kariah Masjid terpaksa menyuruh Anwar dan macai-macainya beredar sebelum kejadian buruk terjadi. Korang tengok sendiri muka Anwar berpaling kearah lain setelah didesak oleh pihak Kariah masjid yang memakai baju biru...

Tapi yang best tiada blog atau Facebooker yang buat cerita mengenai Anwar bertakzirah di Masjid Teluk Bahang..

Hairan dan pelik kan?

Thursday, April 25

Dedahan Berani Mati WAN AZIZAH DIPELUK LELAKI......


Apa nak jadi ni Abg Non, takkan kerana politik sanggup tengok bini dipeluk orang pulak,  pelik pelik le perangai Anwar ni. 

Tapi apa nak di hairankan, Anwar sendiri pun boleh peluk semua orang tak kira lelaki ke pempuan jadi perkara macam ni kira biasa la kan. 

Tengok je video yang dikeluarkan oleh Datuk Eskay dulu, sedap je dia peluk amoi chinadoll tu. 

Dikhabarkan dari sumber dalam PKR menagtakan Anwar akan bersumpah muhabalah di Permatang Pauh menjelang hari pengundian pada 5hb .

Bang Non dikhabarkan akan bersumpah bahawa beliau bukan individu di dalam video seks China Doll yang didedahkan oleh Dato Shazryl Eskay . Perancangan ini bermula bila Chegubard dah start membikin cerita fitnah bahawa video berkenaan dilakonkan di Thailand yang mirip Anwar di satu ceramah pada malam sebelum hari penamaan calon di Kubang Semang.


Walaupun ia begitu kompleks sekali untuk difahami orang kampung terutama pengundi Permatang Pauh , tapi PKR tetap menggunakan kaedah menipu dalam ceramah untuk membuktikan Anwar tidak bersalah dengan menampilkan alibi , yakni menampilkan individu iras Anwar .

Mengapa ketika hampir PRU13 Anwar baru nak bersumpah dan bukan semasa pendedahan Datuk Eskay ?

Dikhabarkan PKR telah membikin satu video palsu yang menampilkan lelaki lain mirip Anwar bersama China Doll bagi membuktikan video asli Datuk Eskay adalah fitnah jahat . Bila siapnya video palsu , Anwar akan bersumpah bahawa beliau bukan lelaki dalam video ini di depan penyokong tegarnya di Permatang Pauh .

Ini lah plan penipuan PKR menjelang hari-hari terakhir sebelum pengundian . Mereka akan menyalahkan sepenuhnya video asli yang didedahkan Datuk Eskay adalah fitnah kerana Anwar sudah bersumpah guna video palsu .



#Inikalilah Harapan MKP rakyat Permatang Pauh dan seluruh negara tidak lagi tertipu dengan manusia pelbagai wajah ini . Rakyat kali ini di PRU13 bukan lagi boneka sebagaimana PRU12 .

Kalau benar Anwar bukan dalam video didedahkan Datuk Eskay , mengapa tidak disaman saja bekas rakan baiknya ini ??Dengan wartawan yang bertanya Anwar beraniugut nak saman tapi mengapa Datuk Eskay dia tidak berani ???

Lihat video di bawah Chegubard kantoi menipu pasal KLON Anwar dari Thailand


Wednesday, April 24

ANWAR LARI DARI MALAYSIA JIKA KALAH DI PERMATANG PAUH........... #GE13 #TolakPR


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berkemungkinan bekerja di Eropah, termasuk di Perancis sekirannya pakatan pembangkang yang dipimpinnya tewas pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

“Masanya untuk saya berundur jika kalah. Kerjaya saya sebelum ini mengajar (dan) saya ada ditawarkan kerja di Eropah saya juga akan pertimbangkan tawaran di Perancis,“ kata Anwar pada satu majlis di Johor Bharu.

Kenyataan Anwar itu menguatkan hujah bahawa Ketua Pembangkang itu menganggap PRU 13 sebagai “perang hidup mati” dalam cubaan terakhirnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar menjadikan Johor sebagai sasaran utama kempennya untuk memecahkan kubu kuat Umno dan terus membidas Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman.

Ghani menghadapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam pertembungan dua penjuru untuk kerusi Parlimen Gelang Patah.

Antara lain, Anwar menuduh pemimpin utama Johor selama 18 tahun itu sebagai gagal memastikan penyertaan rakyat negeri itu dalam projek wilayah pembangunan Iskandar.

Bagaimanapun Anwar berkata Pakatan Rakyat akan meneruskan projek mega itu jika diberikan mandat untuk memerintah. 
SUMBER KLIK 

Komen MKP: Nampak sangat Anwar terdesak nak melarikan diri dari Malaysia, Dulu semasa kes liwatnya main drama lari ke Kedutaan Turki. Mungkin Pak Sheik dah mengalah dan tahu nasibnya di Permatang Pauh. Moga ini detik terbaik bagi menoktahkan politik Gampang yang Anwar yang telah pesongkan Akidah rakyat Malaysia..


Friday, April 19

UMMI HAFILDA SEBAK MENJUNJUNG AL-QURAN BERSUMPAH LAKNAT...........


Sepucuk warkah yang berusia 12 tahun 7 bulan bertajuk “Warkah Keramat Buat Perdana Menteri” yang ditulis oleh Ummi Hafilda, adik Azmin Ali pada 5 Ogos 1997 ditujukan kepada Yang Amat Berhomat, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.


Meskipun warkah setebal 19 muka surat nampak usang hingga klip kertasnya pun berkarat, namun isi kandungan warkah itu menjadi faktor utama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di puncak kuasa dalam kerajaan tersungkur dan terlucut jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Abang dan kakak mengiringi Ummi Hafilda ke mahkamah semasa perbicaraan kes rasuah Anwar 1998. Kelihatan Ummi Hafilda bersama abangnya, Azwan Ali. Turut kelihatan di belakang Intan Dawini Ali (Kak Lang) dan Norlia Ali (Kak Long), kedua kakak Ummi Hafilda

Penulis warkah itu bernama Ummi Hafilda Ali, adik bongsu kepada Azmin Ali (sekarang Timbalan Presiden PKR). Warkah itu ditulis dengan sokongan  keempat-empat kakak-kakak dan abang-abang Ummi Hafilda (kecuali Azmin Ali)  iaitu Norlia Ali (Kak Long), Intan Dawini Ali (Kak Lang), Azwan Ali (artis) dan Mohd. Azman Ali.

Ketika warkah itu ditulis, Azmin Ali adalah Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Warkah itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana membabitkan moral penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin Ali dan hubungan seks luar tabie dengan pemandu peribadi Azmin Ali. Isteri Azmin bernama Shamshida Taharin, manakala pemandu peribadinya, bernama Azizan Abu Bakar yang sebelum ini pernah menjadi pemandu peribadi isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab, walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis, demi menyelamatkan abang saya, iaitu Mohamed Azmin Ali dari terus teraniaya, maka kami adik beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik pertimbangan dan budi bicara YAB menerima laporan ini untuk kebaikan semua pihak”, kata Ummi Hafilda dalam warkah itu.

Warkah itu mencatatkan Shamshida Taharin, ipar mereka mempunyai hubungan sulit dengan Datuk Seri Anwar. Perkara ini disahkan oleh Aton, pembantu rumah Azmin. Aton memberitahu, Datuk Seri Anwar akan menelefon Shamshida antara jam 6.30 petang, 8.30 malam dan kadang kala 12 tengah malam, ketika Azmin sedang nyenyak tidur, mereka berbual secara sembunyi-sembunyi di antara setengah jam hingga satu setengah jam.

Pengesahan Azizan Abu Bakar, 12 Jun 1997

Hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida turut disahkan oleh pemandu peribadi Shamshida sendiri, iaitu Azizan Abu Bakar.

Pada 12 Jun 1997, Azizan telah datang ke pejabat Ummi Hafilda mengesahkan hubungan sulit tersebut. Perbualan selama dua jam setengah itu, membongkar modus operandi hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida yang melibatkan orang perantaraan Anwar, Dato Nallakarupan.

Menurut Azizan, kebiasaannya, setiap kali pertemuan majikannya (Shamshida) dengan Datuk Seri Anwar, beliau akan membawa isteri Azmin Ali itu ke Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex dan Datuk Seri Anwar akan datang menjemputnya dengan kereta mewah Daimler WBV 37, yang dipandu oleh Dato Nalla. Mereka akan pergi ke kondominium mewah, Tivoli Villa untuk tempoh dua hingga tiga jam. Waktunya kira-kira jam 5.30 petang dan pada kebiasaannya hari Rabu.

Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Tivolli Villa tidak diiringi oleh polis pengiring kerana beliau memberi alasan beliau ingin bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.



Elok jugaklah Ummi Hafilda mengangkat sumpah Laknat , Lepas nie nak tengok jugak Anwar berani atau tidak berbuat benda yang sama..


Thursday, April 18

ANWAR PENING TAK HADIR CERAMAH 2 KALI BERTURUT-TURUT


Al-Juburi aka Anwar Ibrahim semalam sekali lagi gagal muncul di pentas ceramah Perdana Pakatan Rakyat atas alasan penting yang tidak dapat dielakkan.
 
Beliau sepatutnya hadir ke ceramah yang turut menampilkan Presiden PAS, Datuk Hadi Awang dan calon Pakatan bagi Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa merangkap calon  Pakatan bagi kerusi Parlimen Putrajaya.
 
Anwar sebelum itu gagal hadir ke ceramah perdana di Segamat, Johor.


Beliau melalui laman Facebooknya berkata "Maaf tidak dapat hadir program di Desa Pinggiran Putra dab Telok Panglima Garang. Ada urusan penting di pejabat yang perlu diselesaikan".
 
Perkembangan itu dilihat ada kaitan dengan dakwaan pergolakan agihan kerusi sehingga mencetuskan pertikaian terbuka antara Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
 
Azmin yang mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) dikatakan menukar calon pilihan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tanpa sebarang pemberitahuan.
 
Keputusan itu menyaksikan ahli akar umbi PKR berang sehinggakan ada yang mengugut untuk keluar parti.
 
Di Perak, Ketua PKR Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan keluar daripada parti itu kerana tidak bersetuju dengan pemilihan calon di kawasan Parlimen itu.
 
Di Kapar, beberapa pemimpin tempatan turut mendakwa Azmin dan sekutunya Sivarasa Rasiah memilih “kroni” mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.
 
Menurut sumber, Anwar “cukup marah” dengan Azmin kerana krisis itu semakin serius dan bakal menjejaskan lagi peluang PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bulan depan.
 
Malah, kata sumber itu, Anwar kini menimbang keperluan untuk merombak semula senarai calon dalam tempoh 48 jam ini.


Friday, April 12

Kit Siang Naik Angin Dengan Anwar


Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari semakin parah dan bukannya semakin pulih.  Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda, tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung.

DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi.

Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui PR.  Masing-masing pemimpin tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi.

Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali.   Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan terbabit.  Jika ceramah mendapat sambutan pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi.

Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor.

Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN, sekali gus merampas Johor.  Anwar pula pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak.  Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas, di samping mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka.

Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur strategi.   Malah, lebih malang lagi apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga tidak boleh dipercayai.

Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan ‘dirinya’ sendiri apabila berhadapan dengan Anwar.  Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik.

Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di Permatang Pauh, kawasan selamatnya.

Sedangkan keputusan awal untuk ‘lari’ dari Permatang Pauh adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana.  Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak, maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan sesiapa.

Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga mengeluarkan kata-kata, “biar kalah, biar mati!”  Jelas, ia adalah luahan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi.   Seolah-olah sudah putus asa, itulah saja yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP ini.

Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral seorang kiasu sehingga begitu sekali.  Setelah berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri.   Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar, mahupun PAS di saat-saat akhir.

Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan DAP.  Lebih malang bagi Kit Siang apabila pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati dengannya.

Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat seorang kiasu menjadi bingung.

Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan PAS.  Orang bodoh dan penipu sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja.


Monday, April 8

HANYA WANITA INI SAHAJA TAHU APA YANG TERBUKU DIHATI WAN AZIZAH.........


Ramai dari kalangan rakyat tidak mengetahui bahawa wanita ini menyimpan kisah sebuah keluarga yang tersangat sulit dan peribadi.

Berbelas tahun yang lalu Wan Azizah pernah lari kepada wanita ini untuk mengadu tabiat suami nya.Tetapi wanita ini bukan ahli politik dan enggan mengambil kesempatan dari hal itu.

Beliau hanya menasihati Wan Azizah agar kembali kepada suami nya dan memberi beberapa nasihat lain.

Atas prinsip amanah , wanita ini menyimpan rahsia keluarga itu.

Kini kebenaran terbongkar sedikit demi sedikit, rupa nya Wan Azizah juga ada menulis surat setebal 18 muka surat mengadu hal dan tabiat suami nya kepada suami wanita ini , ia itu Tun Mahathir.

Di kabar kan Tun Mahathir masih menyimpan surat setebal 18 muka surat itu.Tetapi kita semua tidak akan berpeluang mengetahui apa isi kandungan nya kerana kedua suami isteri ini dari golongan mereka yang amanah dan tidak akan membongkar kan nya.

Pada satu temuduga bersama sebuah akhbar yang akan di siar kan esok ( hari Ahad ) di kabar kan Tun Mahathir hanya mengesah kan ada menyimpan surat itu tetapi tidak akan sekali kali mencerita kan kandungan nya kerana memegang amanah.

Namun sedikit demi sedikit Allah tunjuk kan kebenaran.Petunjuk hanya menjadi petunjuk kepada mereka yang mendapat hidayah.Petunjuk tidak jadi petunjuk kepada yang hati nya sudah tertutup.

Fikir kan lah

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive