Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts

Monday, August 5

SALAH SIAPA JIKA KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK BERLAKU SETIAP HARI.......?


Jenayah tembak menembak yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini meresahkan semua pihak. Hampir setiap hari ada sahaja pembunuhan terancang berlaku. Dari apa yang dilaporkan, semua pembunuhan ini nampaknya dilakukan oleh pembunuh professional atau pembunuh upahan di mana sasarannya telah dikenalpasti lebih awal dan mempunyai motif tertentu. Dalam kata lain, ia bukan pembunuhan rambang atau rompakan.

Pihak polis telah mengenalpasti beberapa suspek dan mendapati kebanyakan mereka merupakan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. EO adalah sebahagian dari Akta ISA yang telah dihapuskan ekoran desakan dan asakan hebat dari pembangkang. Akta EO dan ISA membolehkan mereka yang disyaki membahayakan masyarakat dan negara, ditangkap atau dikenakan tahanan rumah iaitu satu tindakan ‘mengurung’ dan ‘mencegah’ mereka dari merancang operasi jenayah.

Pembangkang telah berhujah bahawa Akta ini tidak adil kerana ia membolehkan seseorang dihukum atau ditahan tanpa bicara sedangkan jenayah belum lagi dilakukan mereka. Kata pembangkang, tindakan ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Lagipun, kata mereka, rakyat Malaysia telah terdidik dengan baik dan tidak lagi memerlukan sebarang Akta yang tidak bertamadun sebegini.

Akhirnya, kerajaan menerima hujah pembangkang. Sejurus selepas itu, seramai lebih kurang 2,000 tahanan EO di Simpang Renggam telah dibebaskan.

Pembangkang pun begitu bangga mendabik dada atas kejayaan mereka menegakkan hak asasi manusia dan memperjuangkan keadilan dalam negara.

Namun, apa yang dikhuatiri oleh pihak polis yang meragui keputusan untuk menghapuskan Akta tersebut kini menjadi nyata. Hari ini, penjenayah tegar, kepala samseng, pembunuh upahan kembali menyambung perancangan mereka yang tergendala apabila ditahan. Mereka juga pastinya mempunyai rancangan baru. Hasilnya ialah apa yang dapat kita lihat pada hari ini di mana kejadian tembak menembak menjadi-jadi.

Apa yang berlaku menyebabkan rakyat marah dan geram serta menyalahkan pembangkang. Rakyat juga musykil mengenai motif sebenar pembangkang untuk melepaskan penjenayah serta meletakkan negara dalam keadaan cemas.

Menyedari masyarakat kini mencemuh mereka, pembangkang terpaksa mencari jalan mengalih pandangan rakyat ke arah lain. Maka, muncullah video-video program-program anjuran kerajaan yang dikatakan sebagai mengalih perhatian polis sehingga terlepas pandang terhadap jenayah yang berleluasa. Kononnya, polis tidak menumpukan perhatian pada kerja yang penting kerana sibuk mengawal program kerajaan. Muncul juga saranan agar menambah pasukan polis bantuan atau polis swasta bagi membantu mengawal keadaan.

Namun, rakyat lebih tahu bahawa penyelesaiannya sebenarnya terletak kepada Akta EO dan ISA. Kembalikan saja akta tersebut dan tidak perlu melalut melilau terpinga-pinga mencari jawapan. Tidak perlu dijaga air muka lagi atau ego sesiapa lagi. Ini adalah soal nyawa rakyat dan keselamatan negara. Ini adalah soal kestabilan dan imej negara. Dan jika berlarutan ia boleh menjejaskan ekonomi negara.

Justeru, pembangkang perlu mengaku sahaja bahawa mereka telah tersalah langkah. Mengaku sahaja bahawa idea mereka untuk menghapuskan Akta-akta pencegahan adalah idea yang tidak bijak.

Maka, pembangkang wajar mendesak dan mengasak kerajaan sekali lagi agar mengembalikan akta tersebut dan bukannya menghentam polis atau mengambil sikap tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku kini. Hakikatnya, pembangkang turut bertanggungjawab ke atas jenayah yang berlaku akibat dari penghapusan Akta ISA dan EO.

Wednesday, June 19

DALANG DISEBALIK VIDEO AKSI TELAMPAU NURUL DIDEDAHKAN...........


Peperangan dalaman yang melibatkan penyokong kem Wan Azizah (Pro Anwar) dan penyokong kem Azmin Ali (Pro Azmin) nampaknya semakin sukar di kawal bila beberapa orang di antara mereka membuat kenyataan terbuka, mengutuk pemimpin di kem yang satu lagi.

Paling menarik terutama bagi rakyat di kawasan Ampang, Ahli Parlimen mereka Zuraidah Kamarudin (Pro Azmin) yang tergamak mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai gagal menyelesaikan masalah penduduk di Ampang sepanjang penggal pemerintahannya yang lepas.

Sampah, penyelenggaraan jalan dan sebagainya adalah antara masalah yang dimaksudkan.

Oh, ada janji tak laksana rupanya, jadi macam mana masa kempen itu hari perkara ini tidak dibangkitkan?  Segala dan semuanya adalah baik dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat?  Alih bila dah menang, baru rakyat tahu rupanya janji banyak tak laksana pun.

Tapi pilihanraya umum yang lepas bukan berkenaan kerajaan mana lebih baik dan menunaikan janji tapi lebih kepada keinginan satu kaum ini untuk mengubah kerajaan, tak kira apa lagi dah walaupun terpaksa mengundi batang kayu.

Balik pada isu tadi, sebelum ini pun Zuraidah secara terbuka menyanggah kenyataan Anwar Ibrahim untuk memboikot acara angkat sumpah pada 26 Jun nanti, sebelum disambut oleh Azmin sendiri.

Walhal Naib Presiden PKR, Tian Chua (Pro Anwar) menyokong kenyataan tersebut tanpa berbelah bagi.

Dari maklumat yang penulis dapat, ada besar kemungkinan lebih ramai lagi pemimpin dari kedua-dua kem yang akan mengeluarkan kenyataan menghentam satu sama lain dalam jangka masa terdekat.

Sementara UMNO melihat dengan penuh minat perkembangan yang tidak berapa nak digemari penyokong pembangkang ini, satu yang pasti dan penulis rasa rakyat perlu menilainya dengan baik ialah bagaimana kegilaan melampau terhadap kuasa yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin PKR telah mula kelihatan.

Dari soal perlantikan Menteri Besar Selangor tempoh hari lagi, sehingga kepada anggota Exco negeri yang lain (memakan masa hampir 1 bulan), semua ini menunjukkan parti ini tidak stabil dan entah bagaimana PKR boleh dianggap sebagai mengetuai Pakatan pembangkang.

Ini baru cerita satu negeri, belum kita sebut satu Malaysia lagi.  Kita bersyukurlah kerana Tuhan tidak membenarkan Pakatan ini mengetuai kerajaan Malaysia dan menyelamatkan negara kita dari terjerumus ke arah yang lebih buruk.

Tuesday, February 26

ANWAR MULA RISAU KU LIE BAKAL PM-7...........


Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam ucapannya semasa pelancaran manifesto pakatan langsung tidak sentuh soal sokong Anwar jadi PM kalau pembangkang tawan Putrajaya.

Dalam pada itu timbul cerita bahawa ada usaha untuk memasukan agenda menetapkan siapa bakal Perdana jika pakatan menang di buat semasa konvensyen itu memandangkan pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi,.

Ikut sumber-sumber PAS dikatakan menolak cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan perkara itu.

Katanya, perkara itu tidak dibincangkan dan manifesto hanya mengandungi perkara yang akan dilaksanakan PR jika memerintah kelak.

Mat Sabu menjelaskan, biarlah pilihan raya dahulu dan siapa PM ditentukan kemudian.

Namun katanya, sudah ada calon untuk jadi PM cuma akan diumumkan pada masa sesuai.

Sementara itu manifesto pakatan yang dilancarkan hanya mengandungi janji-janji kitar semula yang terkandung dalam Buku Jingga kecuali beberapa perkara baru termasuk menyediakan kereta berharga RM25,000 serta bina 150 ribu rumah mampu milik.

Bagaimanapun, manifesto itu tidak menyebut sumber kewangan bagi semua perkara yang dijanjikan termasuk memberi bantuan kewangan kepada rakyat.

Mungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13?

Sosek yang paling popular ialah semakin ramai dikalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan  intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral.

Isu video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan dirinya masih lagi menjadi bualan dikalangan ahli PAS sekalipun Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah buat ' fatwa' video itu besi tidak boleh jadi bukti.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam ucapan di majlis itu bukan main punya puji bosnya itu dengan menyatakan Ketua Pembangkang itu layak mengetuai pakatan.

VIDEO MAK JEMAH BUAT HAL PULAK DAH......


/

///
/
/
/
/
/
/
/
//
/
//
////
/
//
////
//
/
//
//
/

Saturday, January 26

VIDEO PARODY PALING GAMPANG #iLLsellmycountry


Video Parody paling gempak MKP pernah tengok selepas daripada Oppa Gangnam  yang telah dicipta oleh Tony Puah untuk memburukkan Pemimpin UMNO/BN."What Goes Around Come Around" Jangan pulak macai penjilat Anwar dan sekutu dengannya sentap pulak lepas nie.

 Anwar dan rakan-rakannya adalah mengenai janji-janji dia di dalam bajet alternative pakatan rakyat 2013 dan bagaimana dia menggunakan Pakatan Rakyat untuk menjadi PM serta bagaimana masa depan Malaysia bila dia menjadi PM.






Thursday, January 10

NAK MENIPU PUN AGAK_AGAK LAH SAM KETOT...........


MKP bila tengok gambar nie tersenyum sendirian dan terpacul difikiran kenapa bodoh sangat Sam Ketot nie sampai gambar ala-ala menipu nak di sebarkan...Takkan dah tersedak bulu kat tengkok kot macam Pengerusi Himpunan Shamsidar Mat Sabu.

Nampak sangat hanya beberapa kerat yang hadir paling banyak pun tak lebih seratus yang didalam gambar nie lah..MKP rasa tempat nie saja ada orang kot.Kalau dari sudut nie yang malap dan gelap gambar ini diambil ramai pulak makcik dan pakcik yang lanjut umur...

Pakatan Harami nie hebat didalam menipu macam Anwar jugak.Kebanyakkan ceramah mereka orang yang hadir adalah pengikut setia atau pun macai yang telah diberi upah untuk mengikut setiap program yang telah dirancang.

Kalau tak pecaya korang boleh check sendiri ditempat berkenaan sudah pastinya ni pendaftaran kenderaan datangnya dari luar.Kebanyakkanya adalah dari Kelantan maklumlah pencacai PAS dari kelantan nie kurang cerdik pasal tue ramai anak muda kelantan lari keluar dari sana untuk mencari rezeki.



Sunday, November 18

VIDEO PAHA GEBU ANJURAN HARAMI PAKATAN DI KUALA KUBU BARU....



DAP dah main punggung PAS...Tarian K-POP nie untuk sapa der?takkan terdesak sangat sampai nak kena ada tatian separuh bogel macam nie....untuk tarik perhatian rakyat sebelum ceramah...

Biasalah bila anjuran Abang Besar DAP.PAS macam biasa akan tutup mulut takut kena dehem ngan abang besar nanti jatuh habis serban...Haaa..

Tuesday, November 6

Harapan Palsu Disebalik Himpunan PR Di Seremban.



Pakatan Pembangkang nampaknya belum mahu beralah apabila masih aktif memainkan propaganda angka dan nombor sambil mendakwa kekuatan yang mereka miliki amat menggerunkan pemimpin BN.

Dalam perkembangan terbaru, Sabtu lepas para pemimpin PR telah mengerahkan para penyokong dan jentera-jentera pilihanrayanya berhimpun di Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha mereka menonjolkan kekuatan jentera mereka untuk menggertak BN Negeri Sembilan.

Seperti biasa ahli dan penyokong PAS dari seluruh negera terutama dari Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak serta beberapa negeri lain di kerah menghadirkan diri.


Wednesday, October 31

LAWAK ANTARABANGSA: LAJIM UKIM BAKAL TPM



Baru saja Pakatan Rakyat meraikan ‘kemenangan’ mereka memancing atau mungkin juga ‘membeli’ pemimpin veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut.  

Lajim Ukin, telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.  

Tuesday, October 30

2 Pengganas yang diTangkap di Lubnan Penyokong PR



Kita bertuah berada di bumi Malaysia yang terhindar dari segala keganasan dan bencana alam yang besar.  Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghuru-harakan negara oleh beberapa pihak, namun, sehingga kini segala percubaan tersebut berjaya dipatahkan atau dibendung oleh pihak berkuasa.

Untuk itu, kita wajar menghargai kecekapan pihak keselamatan negeri, negara dan juga kepimpinan kerajaan.   Ini adalah bukti bahawa segala apa tohmahan yang cuba menggambarkan bahawa pihak keselamatan negara ini serta kepimpinan kerajaan adalah korup dan tidak cekap adalah tidak benar sama sekali.

Thursday, October 25

TIN BISKUT PUN NAK GADUH KE?



Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.


Monday, October 8

TAK KENAL TAPI GAMBAR BERSAMA SOROS ADE?


Kami tak kenal dengan George Soros???? Biar betul apa yang MKP baca didalam laporan malaysiakini nie...Kenyataan dari Tony Pua nampak sangat nak putar belit untuk melepaskan diri susulan dari kenyataan dari Tun M.


Nie gambar sapa ek Tony Pua?Muka sama kot tapi bukan Tian Chua....Kalu nak menipu pun agak-agaklah kata tak kenal...Semua bukti dan gambar ada didalam alam maya nie....Nak tipu dan putar belit fakta menampakkan Ahli Parlimen Pembangkang kurang cerdik atau melepaskan diri dari jerat yang dipasang sendiri.....

MKP Ayat Sempoi : Bodoh jugak DAP nie,Cakap tak serupa bikin dahhhh....

Friday, October 5

JALAN BELAKANG,ANAK JANTAN & DEPAN BELAKANG SAMA RASA....



Pakatan Rakyat nampaknya terus berpegang kepada strategi ‘jalan belakang’ dan enggan berhadapan secara ‘anak jantan’ dalam Pilihanraya dalam usaha mereka untuk mengambilalih kuasa dari BN.   Ini terbukti lagi apabila mereka masih ingin mengadakan perhimpunan walaupun beberapa perhimpunan sebelum ini gagal mencapai jumlah sasaran.  

Perhimpunan kali ini dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat dan dicadangkan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November 2012, jam 4 petang hingga 12 malam.  

Wednesday, August 8

TIDO SEBANTAI MIMPI MERDEKA LAIN-LAIN?


Kerapuhan perpaduan Pakatan Rakyat mula terserlah apabila empat negeri yang ditadbir mereka akan menggunakan tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.Umpama tidur sebantal tapi mimpi basah lain-lain.....Lawak sungguh pakatan macam nie,Macam nak pekena kawan dengan kawan....Senang cerita kawan sudah makan kawan dalam diam la nie?/????

Bercakap pada sidang media hari ini, Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Manakala dua lagi negeri yang diterajui oleh PAS, masing-masing akan menggunakan tema berbeza .

"Tema yang telah diputuskan oleh Kelantan adalah 'Menerajui Perubahan' manakala Kedah 'Terus Berbakti' yang telah berbeza dengan kerajaan persekutuan," katanya.

Alasan Mustafa, exco kedua-dua negeri berkenaan telah memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan membuat keputusan untuk menggunakan tema 'Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa'.

"Kelantan dan Kedah menggunakan tema yang berlainan kerana memutuskan awal daripada Pakatan," katanya.

Sementara itu, pihak sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengambil tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” sebagai tema Hari Kebangsaan ke 55 disamping tema Kerajaan Negeri iaitu “Kelantan Menerajui Perubahan”.

Mengulas tentang logo Hari Merdeka, Mustafa berkata, Pakatan Rakyat akan membentangkan logo mereka pada Khamis ini manakala lagu tema masih dalam proses yang sedang digubah oleh seorang "komposer terkenal".

Persoalannya kenapa membazirkan wang rakyat dengan mengupah komposer sedangkan rakyat masalah air yang melibatkan kelantan yang sedang merana tidak dipedulikan oleh PAS Kelantan?

Pakatan menentang tema "Janji Ditepati" yang dianjurkan kerajaan persekutuan kerana mendakwa ia digunakan dalan kempen BN yang dilancarkan beberapa bulan lalu.Beliau juga membidas filem bertajuk 'Tanda Putra' yang bakal ditayangkan pada 13 September ini. Katanya, berdasarkan pemerhatian daripada trailer filem itu menunjukkan bahawa Tanda Putera boleh "membakar api perkauman".


Ini semuanya nampak sangat takut dengan DAP yang akan menyergah terutama ianya mengaitkan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang memulakan provokasi dan sudah pasti takut dengan kenyataan sebenar bakal didedahkan kepada rakyat umum....Buktinya jelas seperti apa yang diceritakan oleh YB Zulkifli Nordin didalam video diatas.....Jika ada pemimpin dari PAS atau PKR yang berani menyanggah?Jika nak menyanggah sila bedasarkan bukti dan fakta...

Tuesday, July 17

Salah Siapa Benda Macam Nie Jadi?


Salah siapa sampai jadi macam nie?Takkan nak salahkan pentabdiran yang lalu pulak kali nie?apa punya gampang dan menegak banang yang basah jika banyak lagi benda sebegini berlaku dalam masyarakat kita kelak.Nak kata ikutan ajaran agama MKP rasa semua agama kat Malaysia nie melarang  sumbang sejenis nie.Nie semua kena salahkan Anwar dan pencacai tegarnya.Semalam MKP bertanya kepada rakan-rakan kena benda nie menular?jawapanya ringkas dan padat_ kalau dah pemimpin macam Anwar boleh buat benda kenapa rakyat marhean tak boleh???? haha sudah jadi terbalik pulak kat Penang nie,Sepatutnya benda yang baik diikut sebaliknya perilaku sumbang dibanggga dan menjadi  ikutan?


Yang nie lagi ngeri beb?kongsi isteri apa kejadah punya manusia......

Sunday, June 24

SENARAI MENTERI PALING LAWAK DARI PAKATAN HARAMI?


Senarai ahli kebinet bayangan yang telah digembar-gemburkan oleh FMT....namapak macam bagus akan tetapi banyak persoalan yang timbul dari segi carta yang diberi Berikut adalah senarai yang dimaksudkan ;

Prime Minister: 

Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)

1. Deputy Prime Ministers

a. Lim Kit Siang (DAP, Ipoh Timur MP)
b. Abdul Hadi Awang (PAS, Marang MP)
c. One seat for either a Sabahan or a Sarawakian who will be looking after East Malaysian affairs. (There are names of candidates but this columnist was instructed not to reveal it.)

2. Finance Ministry:

a. Tony Pua (DAP, Petaling Jaya Utara MP)
b. Rafizi Ramli (PKR, currently not a MP, will contest in the coming polls)
c. Nizar Jamaluddin (PAS, Bukit Gantang MP)

3. Education Ministry:

a. Dzulkefly Ahmad (PAS, Kuala Selangor MP)
b. S Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat MP)
c. Chong Eng (DAP, Bukit Mertajam MP)

4. Home Ministry:

a. Azmin Ali (PKR, Gombak MP)
b. Mahfuz Omar (PAS, Pokok Sena MP)
c. M Manogaran (DAP, Teluk Intan MP)
(Knowledge and expertise can also be gained by consulting PAS member Fauzi Shaari, retired from CID, Bukit Aman.)

5. Defence Ministry:

a. Dr Hatta Ramli (PAS, Kuala Krai MP)
b. Liew Chin Tong (DAP, Bukit Bendera MP)
c. Tian Chua (PKR, Batu MP)
(Knowledge and technical know-how can be gained from PAS member First Admiral (retired) Mohamad Imran Abd Hamid.)

6. Law Ministry:

a. Karpal Singh (DAP, Bukit Gelugor MP)
b. Gobind Singh (DAP, Puchong MP)
c. William Leong (PKR, Selayang MP)
d. R Sivarasa (PKR, Subang MP)
e. Hanipa Maidin (PAS, non-MP who acts for PAS on many legal matters)


7. Health Ministry:

a. Dr Lee Boon Chye (PKR, Gopeng MP)
b. Dr Tan Seng Giaw (DAP, Kepong MP)
c. Dr Siti Mariah Mahmood (PAS, Kota Raja MP)
d. Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sg. Siput MP)


8. Transport Ministry:

a. Khalid Samad (PAS, Shah Alam MP)
b. Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
c. Baru Bian (state assemblyman for Ba’Kelalan)Baru Bian can look into improving transport into the interiors of Sarawak.

9. International Trade and Industry Ministry:

a. Khalid Ibrahim (PKR, state Assemblyman for Ijok, Selangor Menteri Besar)
b. Teresa Kok (DAP, Seputeh MP)
c. Husam Musa (PAS, state assemblyman for Salor)

10. Agriculture Ministry:

a. Salahuddin Ayub (PAS, Kubang Kerian MP but this time will be leaving Kelantan to contest in Johor)
b. Ng Suee Lim (DAP, state assemblyman for Sekinchan, he champions the padi farmers)
(For Felda matters, Mazlan Aliman of PAS is at the forefront in fighting for the rights of the settlers and highlighting Felda issues.)

11. Foreign Ministry:

a. Kamarudin Jaffar (PAS, Tumpat MP)
b. Lim Guan Eng (DAP, state assemblyman for Ayer Puteh, Penang Chief Minister)
c. Elizabeth Wong (PKR, state assemblyman for Bukit Lanjan)

12. Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry:

a. Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
b. Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai MP)


13. Environment Ministry:

a. Fuziah Salleh (PKR, Kuantan MP)
b. Che Rosli Che Mat (PAS, Hulu Langat MP)
c. Nga Kor Ming (DAP, Taiping MP)


14. Women Ministry:

a. Zuraida Kamaruddin (PKR, Ampang MP)
b. Fong Po Kuan (DAP, Batu Gajah MP)
c. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, Rantau Panjang MP)


15. Race Relations and Inter-Faith Dialogue Ministry:

a. Nik Aziz Nik Mat (PAS, state assemblyman for Chempaka, Kelantan menteri besar)
b. Mujahid Yusof Rawa (PAS, Parit Buntar MP)
c. Mohd Nur Manuty, (PKR, at the moment not an MP)
d. Ngeh Koo Ham (DAP, Beruas MP)
e. V Sivakumar (DAP, state assemblyman for Tronoh)


Pandangan MKP mengenai senarai neh ialah ramai gila jawatan serta kuasa dari yang tak layak jadi menteri di letakkan sebagai calon menteri. Kelakar gila . Macam nie dah sebijik macam main tangkap muat saja janji ada dari tak ada langsung. Langsung tak boleh pakai orang kata.

Dah pilih stock orang lama. Itu satu hal. Macam dah takade muka-muka lain. Lepas tue ada stock yang dah tercemar dengan skandal. Lepas nie senanglah keja MKP nak balun depa nie puas-puas tue pun kalau depa bagi kebebasan bersuara macam BN klu tak kena getahlah MKP.

Thursday, June 7

KENAPA MASYARAKAT CINA FOBIA DENGAN PR?



Dengan bahang pilihanraya semakin terasa, parti-parti politik di Malaysia semakin kuat bekerja.  Walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh tepat pilihanraya, tetapi dari gelagat ahli-ahli politik, terasa seolah-olah pilihanraya akan diadakan esok atau lusa.   

Pakatan Rakyat, sebagai parti yang tidak perlu bertanggungjawab atas apa-apa melipat gandakan aktiviti berkempen walaupun mereka sememangnya berkempen sepanjang masa.  PR sebolehnya cuba meyakinkan para penyokong mereka bahawa mereka mampu menang kali ini.  Malah, mereka juga sering mewar-warkan bahawa mereka sepatutnya mampu menang sebelum ini, sekiranya pilihanraya yang diadakan adalah adil dan bersih.  

Ramai yang terpedaya dengan propaganda pilihanraya tidak bersih dan tidak adil seperti yang ditohmah PR, termasuk kaum Cina yang sebelum ini tidak begitu memberi perhatian terhadap politik jalanan.  Kaum Cina selalunya hanya memberi tumpuan pada politik untuk satu tujuan iaitu memastikan pengukuhan ekonomi kaum mereka.  Tetapi, akibat hasutan yang berterusan, ramai kaum Cina termakan strategi pembangkang yang memburukkan kerajaan dan mula percaya bahawa tahap ketelusan dan keadilan pilihanraya di Malaysia adalah amat buruk sekali.  

Mereka yang rata-ratanya menjadikan Malaysiakini dan akhbar-akhbar berbahasa Cina sebagai rujukan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dari pihak SPR atau kerajaan.   Lanjutan dari itu, mereka memberi sokongan penuh kepada usaha untuk ‘membersihkan’ pilihanraya melalui BERSIH.  

Tanpa mereka sedari, mereka telah diperalatkan oleh pembangkang untuk mengsabotaj negara sendiri, sekali gus, diri sendiri.   Lalu mereka pun turun ke jalanan membontoti Ambiga walaupun mereka tahu bahawa kerajaan telah menawarkan stadium untuk mereka berdemonstrasi dengan aman.    Kerajaan telah berusaha menyedarkan mereka dengan penjelasan demi penjelasan bahawa BERSIH 3.0 adalah tidak perlu sama sekali namun mereka tidak percaya.  

Sehinggalah apabila Anwar mengarahkan peserta BERSIH 3.0 merusuh dan mengganas, maka kaum Cina tiba-tiba terpinga-pinga.Pada ketika itu, sebahagian besar dari mereka pulang ke rumah dalam keadaan berang kerana ‘BERSIH telah diambil-alih oleh pembangkang’.   Segala peringatan kerajaan kepada mereka kini terserlah sebagai benar belaka.  

Kaum Cina mungkin bijak berniaga, tetapi itu tidak bermakna mereka bijak dalam segala-galanya.  Sedar atau tidak, kaum mereka paling mudah untuk dihasut oleh pihak yang berkepentingan dengan hanya mempergunakan sifat perkauman yang berakar-umbi di dalam diri orang-orang Cina untuk menghancurkan/mengkhianati negara sendiri.  

Dalam konteks negara ini, kaum Cina dihasut agar percaya bahawa kerajaan menganaktirikan mereka.  Mereka juga diajar agar menafikan segala peluang yang diperolehi kaum mereka serta kelonggaran untuk mereka mengamalkan bahasa dan budaya sendiri di sekolah berasingan, sebagai bukti keikhlasan kerajaan.   Mereka diasuh agar membuat tuntutan-tuntutan yang bersifat pentingkan diri serta membelakangkan perpaduan dan kepentingan kebangsaan.   Semua ini adalah bertujuan untuk melemahkan struktur negara agar memudahkan musuh untuk menguasai kita.  

Kerana itu, apabila disebut sahaja kerajaan, SPR, SPRM atau polis, maka kaum Cina akan menterjemahnya sebagai ‘Melayu’.Oleh kerana kebencian yang begitu meluap terhadap kaum Melayu, mereka tidak lagi dapat melihat apa-apapun kebaikan dari pihak-pihak ini.  Mereka menjadi buta dan akan mempercayai apa sahaja yang buruk mengenai ‘Melayu’ tanpa berfikir dua kali.  

Maka tidak hairanlah mereka percaya bahawa pilihanraya negara ini tidak bersih hanya kerana ada orang yang menyatakan begitu.  Apabila kerajaan atau SPR memberikan fakta dan angka untuk menepis tuduhan itu, mereka enggan menerimanya.  Tetapi, mereka akan percaya apa saja ‘fakta dan angka’ yang disogok oleh pihak lain yang bertujuan memburukkan imej kerajaan dan SPR, walaupun ‘fakta dan angka’ itu tidak masuk akal langsung.   

Memang sukar untuk menyedarkan manusia yang memilih untuk bersikap prejudis dan begitulah keadaannya kaum Cina di Malaysia hari ini – mereka prejudis terhadap kerajaan dan apa saja yang berbunyi Melayu.  

Tetapi, nampaknya BERSIH 3.0 telah ‘menampar’ mereka sehingga terjaga dari dibuai mimpi kebencian yang meluap-luap.   Kini, ramai dari mereka sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk berkuasa melalui jalan belakang.   Akibatnya, ramai dari mereka mula menjauhkan diri dari PR dan memilih untuk menjadi pengundi atas pagar.  

Walau bagaimanapun, kaum Cina masih terlalu angkuh untuk mengakui bahawa kerajaan BN pimpinan Melayu tidaklah seburuk atau sejahat yang dituduh oleh PR.Rata-rata kelihatannya kaum Cina masih tegar berpegang kepada semangat perkauman dalam menyatakan pendirian politik mereka.    Mereka masih enggan menerima hakikat bahawa kejayaan kaum mereka di Malaysia hari ini juga adalah berkat keikhlasan dan kebijaksanaan kepimpinan Melayu-UMNO-BN.   Kaum Cina nampaknya masih belum mampu memahami bahawa jika kepimpinan kita tidak bijak, kaum Cina juga tidak mungkin mampu berjaya seperti hari ini. 

Setakat ini, kaum Cina telah melakukan perkara yang bijak dengan menjauhkan diri dari PR tetapi sedarlah bahawa kebijaksanaan itu hanya akan berguna jika mereka kembali mendekatkan diri dengan BN

Saturday, March 17

AWAT NIE DAH JADI CHIPMUNK PULAK DAH?


Lawak gila dengan lagu mangkak nie,kalau tak tengok rugi gila tue......depa nie boleh duduk sekali akan tetapi mimpi lain-lain.....

Wednesday, March 14

GAMBAQ SEMPOI PEMIMPIN PAKATAN HARAMI.


 

 

 

 

 

 

 

 

MKP Ayat Sempoi : Gambar boleh menceritakan seribu cerita yang berbeza,apa pendapat anda?


Friday, March 9

PAKATAN SUDAH TIDAK RELEVEN PRU13.



Pendapat Tun Daim Zainuddin mengenai masa depan parti-parti politik dan ekonomi tanah air menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menarik untuk berkongsi pandangan.Pada tahun 2008, kita melihat kejayaan pakatan pembangkang PKR, DAP dan Pas dalam pilihan raya adalah kerana dorongan persepsi yang dibuat oleh mereka. Rakyat terdorong kepada sifat populariti sesuatu isu yang disensasikan oleh pakatan pembangkang dan membuatkan ada rakyat percaya dan ada yang tidak - tetapi mengambil sikap berdiam diri atau "non-partisan".


Ini ditambahi pula pengurusan persepsi yang tidak dilakukan dengan segera secara berkesan oleh pihak Barisan Nasional (BN) membuatkan ia menular kepada minda rakyat. Namun demikian, Apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (buat seketika waktu), isu-isu lama di Kelantan masih belum diselesaikan setelah diperintah begitu lama oleh Pas.



Masalah air dan pembinaan masjid masih menjadi tanda tanya rakyat. Isu pembalakan yang masih tidak berjawab oleh pihak pakatan pembangkang menjadi tanda nota dalam pemikiran rakyat.

Di Kedah, krisis dalaman Pas dan juga pemerintah negeri telah melihatkan bahawa "Kedah bukan di bawah kawalan" tetapi dalam keadaan tenat dari aspek pentadbiran dan pengurusannya. Rakyat menjadi gelisah akibat ketidakcekapan pentadbiran Pas.

Di Pulau Pinang, janji manis DAP masih banyak tidak dikotakan seperti mana beberapa soalan yang diajukan oleh para hadirin dalam sesi Debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek tempoh hari membuatkan rakyat berbangsa Tionghua merasa resah dan meluat dengan janji-janji DAP.

Di Selangor, pelbagai masalah timbul daripada persoalan pasir, kegagalan sistem pembuangan sampah sehinggalah mengenai pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali sebagai exco negeri menjadi tanda tanya.

Di Perak walaupun pakatan pembangkang memerintah untuk seketika tetapi isu tanah yang cuba dilaksanakan dan diberikan kepada penduduk Kampung Baru Cina menjadi igauan rakyat jelata. Keresahan dan kegusaran ini membuatkan paradigma persepsi rakyat beranjak.

Pada pendapat mereka, jika kurang daripada empat tahun memerintah negeri sudah banyak kesilapan dan banyaknya berlaku permasalahan, apatah lagi jika diberi peluang memerintah negara selama satu penggal yang bukan hanya akan merosakkan negara tetapi menyebabkan rakyat menderita secara keseluruhannya. Tetapi masih ada rakyat yang berada dalam keadaanblur mengenai banyak isu dan banyak juga yang tidak ambil peduli langsung tentang landskap politik yang wujud kini.


Memandangkan sokongan rakyat kian meningkat kepada Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan idea-idea baru dan daya kreatifnya telah berjaya memujuk semula rakyat. Keikhlasan dan kejujuran beliau sebagai pemimpin, terutama menangani kemelut keresahan rakyat dapat dirasai oleh rakyat. Jika Najib ingin menghidupkan 'rasa', maka beliau sudah hampir ke tahap kejayaan tersebut. Namun demikian, penjenamaan Najib yang sedang popular ini hendaklah disambut oleh pemimpin tempatan dan pemimpin parti komponen.


Jika pemimpin berjaya mewujudkan dan mencipta 'rasa' untuk Rakyat, saya pasti, rakyat akan kembali kepada kerajaan kecuali hardcore penyokong pakatan pembangkang. Kredibiliti kepimpinan bukan boleh dilihat dari sudut pandai berucap semata-mata tetapi ia hendaklah dilihat dan dinilai dari sudut KTPnya iaitu Key Tangible Performances atau Prestasi Tindaklaku Kerja yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dan bukti ini ada dalam hasilan kepimpinan Najib. Ke mana tempat yang Presiden UMNO itu tidak pernah turun? Persoalan apa yang tidak Perdana Menteri jawab dan selesaikan? Ini adalah bukti. Bukti yang besar jika dibandingkan dengan kepimpinan pembangkang lakukan.


Najib berpegang kepada satu kepercayaan iaitu negara Malaysia tidak boleh dibangunkan oleh satu kaum sahaja. Ia hendaklah dibangunkan melalui satu gabungan rakyat dengan satu kepercayaan yang mantap dan mapan. Sebab itu 1Malaysia dilahirkan untuk membina Malaysia yang berwajah baru. Malaysia baru mesti menjadi agenda utama rakyat melalui kekuatan nilai hidup rakyat yang baru. Inilah penjenamaan Najib. Nilai yang dipupuk adalahjujur, ikhlas, amanah, adil, sopan dan santun, cepat, tepat, dan mesra.


Di samping itu, jika BN mahu menang, kepimpinan parti-parti komponen harus menerima perubahan. Kepimpinan atasan parti di bahagian hendaklah menelan perubahan ini dengan berani iaitu menerima hakikat kelahiran pemimpin baru, yang mungkin bukan berada pada saf kepimpinan parti, tetapi memberikan harapan baru kepada rakyat.UM


MKP AYAT SEMPOI :MATKILAUPENANG akan kembali ketempat kelahiran blog ini,Langkawi ,Kedah Darul Aman , Malaysia.nantikan kejutan yang bakal dilakukan..........

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive