Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Wednesday, September 12

KHTUBAH JUMAAT PUN CERITA KASUT KE?


Tidak pelik imam masjid di negeri dikuasai pembangkang itu membesar-besarkan isu tersebut dengan harapan orang ramai mengutuk mereka yang membaling kasut dalam masjid ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan takzirah maghrib, 2 September lalu.

Kalau ikut apa dilaporkan media atau blog pro pembangkang, insiden membaling kasut itu membabitkan Perkasa Kedah yang kesal kehadiran Anwar menyampaikan takzirah di masjid Seberang Pumpong Alor Setar itu.

Namun, paling marah dengan kejadian itu adalah Naib Presiden PAS,Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa kasut itu nyaris terkena beliau.

Cuma menjadi tanda tanya, benarkah kejadian baling kasut itu atau sekadar helah pembangkang untuk alih isu memijak gambar pemimpin dan mahu menukar Jalur Gemilang yang membangkitkan kemarahan rakyat?

Ini kerana tidak ada media pembangkang pun menunjukkan ‘kasut’ dimaksudkan ahli parlimen Pokok Sena itu sedangkan pasti ramai wakil media hadir ke majlis itu kerana tetamunya adalah Anwar.

Monday, September 10

Video Mengesahkan Pengawal Peribadi Anwar Berniat Menembak? @PDRMsia

Video ini telah mengesahkan bahawa Pengawal Peribadi Anwar memang berniat untuk menembak kerana setiap pistol jenis GLOCK mempunyai pin keselamatan.MKP ingin jelaskan serba sedikit fungsi mengenai GLOCK Pistol "Safe Action" sistem picu

Produk yang terkemuka dikalangan senjata api dunia ialah GLOCK "Safe Action" pistol. Ia mempuyai ciri-ciri keselamatan inovatif, yang pistol mudah beroperasi. Tiada pistol lain menawarkan prestasi lebih baik. Berat minimumnya dan kebolehpercayaan GLOCK tiada bandingan.

Lebih tepat lagi ciri-ciri ini yang memenuhi keperluan polis, unit-unit khas, perkhidmatan keselamatan dan ketenteraan. Ujian-ujian yang dijalankan sangat dititikberatkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang awam yang terbukti dari masa ke semasa dan sekali lagi GLOCK "Safe Action" pistol berfungsi tanpa kompromi, walaupun dalam keadaan yang paling ekstrim.

Sistem picu pistol GLOCK “Safe Action” menawarkan beberapa faedah-faedah sangat berbeza berbanding sistem picu konvensional.Pertama anda boleh memilih dari beberapa tarikan picu. Kedua, picu ialah satu-satunya kawalan berkuatkuasa. Ketiga, ialah tarikan rata dankonsisten yang dirasai setiap masa menekan picu. Tiga ciri-ciri keselamatan GLOCK “Safe Action” yang utama, keselamatan picu mencegah penembakan tidak sengaja oleh daya sisi pada picu. Melepaskan picu akan secara automatik menghidupkan semula keselamatan.

TRIGGER SAFETY

Sunday, September 9

VIDEO AKSI JEBON MALAYSIA TERSEBAR

Tergelak MKP baca blog kurang sekupang Pencacai Anwar membela pengawal peribadi Anwar mengatakan tiada aksi James Bond Ala Malaysia.Rasanya macam mkan tomyam mulanya sedap akan tetapi bila tergigit cili padi pedas hingga berasap telinga.Apa kejadah punya spin cerita bangang,Kebetulan dari forum diantara  kami semalam menyatakan ada video bakal dikeluarkan untuk mengkantoi depa nie semua....



Friday, September 7

Harimau Yang Sedang Tidur Jangan Dikejutkan ...


Ada gerakan cuba cipta tahap kedua kemerdekaan. Itulah penelitian dari Bekas KPN, Tan Sri Abdul Rahim Noor, yg mendakwa terdapat banyak petanda politik yg seolah-olah menunjukkan ada gerakan yg cuba mencipta tahap kedua kemerdekaan negara. Abdul Rahim berkata, gerakan halus tersebut yg bermula beberapa tahun lalu berkemungkinan didalangi pihak yg tidak sehaluan dengan kerajaan.

Golongan itu mahukan lonjakan baru kerana pada mereka kemerdekaan yg dicapai pada 31 Ogos 1957 hanyalah tahap kemerdekaan pertama iaitu kejayaan menghalau penjajah. Dalam erti kata lain, jika mereka mencapai kuasa, mereka akan mencipta kemerdekaan selanjutnya dengan menghapuskan Perlembagaan negara dan mewujudkan Perlembagaan baru seolah2 sistem republik. Malah ada pemimpin tertentu selain menghasut rakyat di negara ini turut ke luar negara yg biasa dengan revolusi berdarah dan menyebarkan kononnya revolusi telah bermula di Malaysia.


Thursday, September 6

Breaking News : Dalang Pencabulan Bendera Serah Diri.

Terkini dalang pencabul tukar bendera kini menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi sebentar tadi.Sudah tentu bila nak serah diri diiringi oleh semua MP serta peguam PKR.MKP ambil gambar ini dari tweet Nurul Izzah.

Beberapa Kumpulan Anak Muda Pro Hishamuddin Rais dengan rasa 'bangga' mengibar bendera yang direkabentuk Gabungan Parti Haluan Kiri (yang turut disertai Parti Komunis Malaya) satu ketika dahulu sebelum era pasca merdeka. Satu suasana yang tidak terfikir akan dibangkitkan semula setelah 55 tahun Negara ini mencapai kemerdekaan.

Sunday, September 2

Bingai Rupanya Hishamudin nie,Merdeka Dan Penubuhan Malaysia Tak Tau?



Hippis pro demonstrasi pelajar yang lari dari negara ini kerana takut dikenakan tindakan tahun 70-an dulu, Hishamudin Rais cuba menunjukkan kebodohan apabila menyamakan Jalur Gemilang sebagai Jalur Temberang.

Tidak cukup dengan itu nak dikelirukan pulak generasi muda hari ini antara tarikh kemerdekaan dengan tarikh penubuhan Malaysia. Kata Hishamuddin tarikh merdeka sepatutnya 16 September, bukan 31 Ogos kerana ketika itu Sabah dan Sarawak belum masuk Malaysia.

Ini yang kita kata orang tua ini bodoh. Apa maksud merdeka dan apa maksud penubuhan Malaysia? Merdeka bermaksud bebas dari penjajah, kalau nak diraikan kemerdekaan pada 16 September, siapa yang bebas dari penjajah pada tarikh tersebut? Tidak ada, jadi merdekakah 16 September itu?

Duduk lama di London nampaknya tidak mengajar Hishamudin apa-apa melainkan menjadikannya lebih bodoh dari orang lain.

Saturday, September 1

Peristiwa Kemerdekaan Harus Diterjemahkan Demi Keamanan.


Peristiwa Kemerdekaan Pada Kali ini harus dimengertikan utk menjamin kemakmuran negara.. Mereka2 yang kurang menghayati dan cuba menimbulkan huru hara perlu menghayati beberapa perkara ini sbg teladan masa hadapan..

1. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh terbaik di samping pembebasan Gua Musang oleh Tentera MPAJA pada Perang Dunia Ke 2 yang menegaskan bahawa mereka baru sahaja Merdeka dari Jepun dan menganggap Malaya adalah sebahagian dari Tanah Besar China.

Gambar Paling Sempoi #Merdeka55






Berikut adalah yang Gambar paling popular didalam timeline tweet semasa sambutan #Merdeka55. Sejarah dalam media sosial hari ini terlakar dengan memperlihatkan lebih dari 3 juta tweet yang menggunakan hashtag merdeka55.

Ini sudah pasti akan menjadi kegilaan kepada pemimpin pembangkang yang melihat bahawa rakyat Malaysia sudah kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

Perkara ini adalah amat baik dan ianya adalah satu perkara yang diluar jangkaan pemimpin pembangkang yang mengagak bahawa kepimpinan YAB Perdana Menteri tidak mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia.

Ini juga dapat dibuktikan dengan kehadiran dari lebih 150 ribu penyokong keamanan dan kemerdekaan tanah air di stadium nasional Bukit Jalil pada semalam.

Friday, August 31

Video : Mencucur Air Mata Bila Terkenang. #Merdeka55 @NajibRazak



MKP tidak dapat menahan air mata apabila melihat video diatas,benarlah apa yang berlaku ketika ini hanyalah kepentingan Politik.Seperti ayat lagu ombak rindu moga terbukalah hati mereka yang suka membuat onar yang boleh membuat memudaratkan erti keamanan yang pernah kita kecapai sekarang.Ingatlah kejatuhan kerajaan Melaka pada suatu masa dahulu hanyalah pepecahan kita sendiri.fikirkan sejenak dan pemikiran yang tenang akan membawa pertimbangan yang bernas...

Tuesday, August 14

Ambiga Dan FullMoon Parti Malam Merdeka?

Pengerusi Bersih yang umum tahu adalah penyokong LGBT.MKP cadangkan supaya buat sama "FULLMON PARTY" dibuat sekali best tue..20 NGO dijangka akan membuat himpunan ‘Janji BERSIH’ di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012.Apa salahnya jika buat sambutan seperti "FULLMOON PARTY" yang diadakan setiap tahun di Thailand...Kena pada tema dan sikap buruk dan musibat pembangkang nie...Sokong LGBT dan akan menghuru-harakan Malaysia..Yang hadir pulak ramai penyokong Anwar kaki balun depa dan belakang sama rasa...elok jika digabungkan....Seks bebas akan lebih makmur dibawah Anwar dan kroni......


Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan “Janji Ditepati” yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.

Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.

Wednesday, August 8

TIDO SEBANTAI MIMPI MERDEKA LAIN-LAIN?


Kerapuhan perpaduan Pakatan Rakyat mula terserlah apabila empat negeri yang ditadbir mereka akan menggunakan tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.Umpama tidur sebantal tapi mimpi basah lain-lain.....Lawak sungguh pakatan macam nie,Macam nak pekena kawan dengan kawan....Senang cerita kawan sudah makan kawan dalam diam la nie?/????

Bercakap pada sidang media hari ini, Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Manakala dua lagi negeri yang diterajui oleh PAS, masing-masing akan menggunakan tema berbeza .

"Tema yang telah diputuskan oleh Kelantan adalah 'Menerajui Perubahan' manakala Kedah 'Terus Berbakti' yang telah berbeza dengan kerajaan persekutuan," katanya.

Alasan Mustafa, exco kedua-dua negeri berkenaan telah memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan membuat keputusan untuk menggunakan tema 'Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa'.

"Kelantan dan Kedah menggunakan tema yang berlainan kerana memutuskan awal daripada Pakatan," katanya.

Sementara itu, pihak sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengambil tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” sebagai tema Hari Kebangsaan ke 55 disamping tema Kerajaan Negeri iaitu “Kelantan Menerajui Perubahan”.

Mengulas tentang logo Hari Merdeka, Mustafa berkata, Pakatan Rakyat akan membentangkan logo mereka pada Khamis ini manakala lagu tema masih dalam proses yang sedang digubah oleh seorang "komposer terkenal".

Persoalannya kenapa membazirkan wang rakyat dengan mengupah komposer sedangkan rakyat masalah air yang melibatkan kelantan yang sedang merana tidak dipedulikan oleh PAS Kelantan?

Pakatan menentang tema "Janji Ditepati" yang dianjurkan kerajaan persekutuan kerana mendakwa ia digunakan dalan kempen BN yang dilancarkan beberapa bulan lalu.Beliau juga membidas filem bertajuk 'Tanda Putra' yang bakal ditayangkan pada 13 September ini. Katanya, berdasarkan pemerhatian daripada trailer filem itu menunjukkan bahawa Tanda Putera boleh "membakar api perkauman".


Ini semuanya nampak sangat takut dengan DAP yang akan menyergah terutama ianya mengaitkan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang memulakan provokasi dan sudah pasti takut dengan kenyataan sebenar bakal didedahkan kepada rakyat umum....Buktinya jelas seperti apa yang diceritakan oleh YB Zulkifli Nordin didalam video diatas.....Jika ada pemimpin dari PAS atau PKR yang berani menyanggah?Jika nak menyanggah sila bedasarkan bukti dan fakta...

Bendera Malaysia Dihina Oleh Zunar?

Karya seorang kartunis tempatan hina malaysia. Jika diamati betul-betul, seolah-olah karya kartunis tempatan ini hina malaysia. Berdasarkan sumber, beliau memang dikenali kerana yang sering menampilkan unsur kontroversi dalam karya beliau.

Gambar di atas ialah hasil kerja kartunis bernama zulkiflee anwar haque atau lebih dikenali sebagai zunar. Kali ini beliau mendapat idea untuk menghasilkan kartun menghina bendera dan lagu kebangsaan malaysia. Dan hasilnya adalah seperti pada gambar tersebut.

Mungkin kerana beliau begitu pasti bendera malaysia diciplak dari bendera amerika syarikat dan lagu negaraku serta janji ditepati diciplak dari indonesia, maka beliau menghasilkan karya ini. Jangan tanya aku kenapa beliau begitu berani menghasilkan sesuatu yang bersifat provokatif seperti ini. 

Kemungkinan besar zunar berani menghasilkan sesuatu seperti ini kerana beliau merasakan artis seperti beliau mempunyai hak kebebasan dalam berkarya.

Malaysia Kini, sebuah blog pembangkang juga turut memuji karya ini. 

MKP Ayat Sempoi : Layakkah Zunar nie menjadi rakyat Malaysia?

Thursday, August 2

APA BEZA JIKA 'SEBANGSA,SEJIWA,SENEGARA DENGAN 1MALAYSIA?


Tema yang dipilih oleh Anwar and the gang ialah 'sebangsa senegara sejiwa' bagi tema hari merdeka pada tahun ini di empat negeri jajahan mereka.Nampak gampang dan sebenarnya meniru apa yang telah di katakan 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri DS  Najib Razak.Maksud yang  cuba disampaikan kepada rakyat ialah PERPADUAN dan ini terkandung dalam Tranfomasi 1Malaysia...Apa punya kufur serta cetek ilmu dengan meniru pendekatan yang telah dibuat oleh Kerajaan BN selama ini....Mereka sebenarnya takut dengan Slogan Janji ditepati kerana ianya akan membuka mata dan hati rakyat tentang pembohongan yang mereka cipta sendiri iatu berjanji bulan dan bintang kepada rakyat.....Padahal janji yang mereka buat tidaklah pernah ditepati selama mereka memegang tampok pemerintahan selama empat tahun dinegeri Kedah ,Pulau Pinang, Kelantan Dan Selangor..Video ini khas buat mereka............Bukan Rais Yatim punya tau


Apa macam der terbaik ka lagu nie?Jika ada slogan tanpa lagu tak best jugak ek?Kami dari UMB siap bagi lagu lagi kt hampa apa macam?Rasanya ini adalah yang terbaik karya dari 1peluru nanti tak bagi link merajuk pulak haaaa


Saturday, July 28

LOGO MERDEKA CIPLAK!!! MALULAH?


Malulah bila dengar logo yang bakal digunakan kali nie adalah bahan buangan yang bakal digunakan semula.Apa punya kejadah nie semua depa nie tak buat keja atau makan gaji buta.Keja mau senang janji masyukk banyak itu yang membuatkan orang meluat dengan perangai hampa????/Bulan posa nie mau dok taubuat buang la mangkok tingkat nie semua.


Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mempertahankan keaslian logo Sambutan Kemerdekaan ke-55 dan menyangkal temanya '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' berunsur politik.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tidak wujud soal ciplak dalam logo itu, sebaliknya ia direkabentuk sebagai manifestasi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan menyifatkan mereka yang mempertikai dan mempersendakan logo dan tema berkenaan mahu mencari publisiti murahan tanpa membuat penilaian rapi.

Katanya, logo digunakan tidak jauh bezanya dengan tahun lalu dan mesejnya juga sama, iaitu sebagai simbol jiwa merdeka rakyat yang hidup dalam sebuah negara harmoni dan bersatu meraikan kemerdekaan.

“Sepuluh tahun menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan, tahun ini kita menerima kritikan nakal dan pedas yang saya percaya wujud akibat dari persepsi politik,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Rais berkata, kritikan seumpama itu tidak seharusnya dilemparkan, apatah lagi Ramadan sepatutnya diisi dengan kegiatan bermanfaat, bukannya mencaci dan menaburkan fitnah.BH

Friday, July 27

ERTI MERDEKA PADA GENERASI SELEPAS MERDEKA?


Setiap tahun tanggal 31 Ogos akan dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Tahun ini rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55. Pada dasarnya tempoh 55 tahun merupakan jangka masa yang sudah memadai untuk mematangkan setiap warga yang merdeka. Pastinya Hari Kebangsaan juga merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan bernilai untuk golongan muda walaupun tidak terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan oleh nenek moyang kita dahulu.

Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka).

Mungkinkah tokoh kemerdekaan seperti almarhum Dr Burhanuddin al-Hilmi, Mat Kilau, Datuk Onn Jaafar dan ramai lagi dikenali dan dapat dijadikan contoh oleh generasi muda sebagai pejuang tanah air dan pada masa yang sama berjaya mencurah bakti kepada tanah air?

Setiap perjuangan menuntut kemerdekaan memerlukan kegigihan dan pengorbanan yang amat besar. Banyak sekali pengorbanan yang dicurahkan oleh ramai insan demi kemerdekaan. Air mata, darah, keringat, tenaga, wang ringgit, harta benda dan nyawa dikorbankan tanpa mengharapkan balasan melainkan kebebasan.

Namun, sejauh manakah generasi hari ini menghargai perjuangan nenek moyang kita membebaskan tanah air dari belenggu bangsa asing sehingga Malaysia akhirnya dimerdekakan pada 31 Ogos 1957? Setelah 55 tahun berlalu, apakah makna nikmat kemerdekaan itu dalam setiap tindakan generasi muda hari ini?
Hakikatnya, kemerdekaan bukanlah sesuatu yang cukup sekadar dilakarkan dalam lakaran sejarah atau diraikan tahun demi tahun tanpa penghayatan yang sebenar.

Sebagai generasi muda, remaja dan belia mesti dididik untuk menghargai nikmat kemerdekaan yang diperoleh ini. Di sini dikongsikan beberapa cadangan bagaimana golongan muda boleh menghargai kemerdekaan yang kita miliki hari ini.

Wednesday, July 25

TERSEDAK SAMPAI TERSEMBUR RUPANYA?

Logo sempoi hasil kretiviti puak pencacai pembangkang,Nampak mereka tersedak dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN.

DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin pada mata sesetengah pihak kelihatan seorang ahli politik biasa. Dari segi sejarahnya, beliau tidak terlibat dalam mana-mana pergolakkan yang berlaku dalam UMNO malah kekal setia pada parti dalam keadaan apa sekalipun.

Sekurang-kurangnya itu yang kelihatan di dasar.

Tapi hakikatnya Najib adalah seorang pemimpin politik yang penuh dengan strategi dan gaya kepimpinan yang tersendiri. Beliau tahu dimana dan bila untuk mencelah di antara pelbagai isu yang dilemparkan Pakatan harami terhadap kerajaan pimpinannya.

Tidak hairan kenapa Pakatan harami berusaha sehabis baik untuk memastikan Najib tidak berjaya menjadi Perdana Menteri dengan mencipta pelbagai siri pembohongan yang jijik dan tidak masuk akal, termasuk yang berkaitan dengan pembunuhan!!!

Kerana Pakatan harami, terutama Anwar Ibrahim tahu, Najib adalah seorang yang kurang bercakap tapi cekap dalam menjalankan kerjanya. Justeru menyusahkan lagi Pakatan harami nak meneruskan zaman kegemilangan 2008.

Seperti yang dilihat ramai rakyat hari ini. Dikala Pakatan harami meninggalkan hampir kesemua janji pilihanraya 2008 mereka untuk mencipat janji baru yang nampak popular, Najib tampil dengan pelbagai program menunjukkan kepada rakyat akan segala janji dan pencapaian yang telah ditunaikan kepada rakyat.

Sudah tentu bila yang benar-benar kejadian lawan bayang-bayang, mana mungkin bayang-bayang boleh menang.

Inilah taktik politik yang sebenarnya, Najib tahu itu dan beliau mengamalkannya dengan penuh semangat dan keberanian. Apa orang nak kata, itu lantaklah, yang penting apa beliau cakap, beliau akan pasti ia dijalankan.

Berbanding dengan Pakatan harami yang hanya pandai tabur janji tapi setakat yang kita lihat di negeri-negeri yang depa perintah, 99% daripadanya tidak dilaksanakan. Sebaliknya, segala macam keburukkan pulak yang datang seperti berlaku di Selangor.

Sampah yang tidak berkutip akhirnya menjadi ulat yang membusuk dan menganggu halwa bau rakyat sekitar.

Tidak setakat masalah bau, sampah yang dihanyutkan air hujan ini menyumbat longkag-longkang yang akhirnya menyebabkan bajir kilat luar biasa seperti yang dilihat di Kelang dan Kajang. Semua ini akibat dari kelemahan dan janji yang tidak ditunaikan pakatan haram pembangkang.

Bukan sebab taburan hujan luar biasa yang menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur.

Sebab itu bila depa tawar janji baru yang bernilai berpuluh bilion, ramai yang mencebik. Yang tak berapa nak juta ini pun tidak mampu dilaksanakan, nak cerita apa pasal berpuluh billion lagi. Semuanya hanya umpan untuk menarik undi, bukan nak laksanakan benar pun.

Sedangkan Najib dan BN pimpinannya, terus melaksanakan janji yang nampak dan memberi kesan langsung kepada rakyat.

Ibu bapa yang anak bersekolah lega bila buat pertama kali kerajaan meluluskan bantuan persekolahan RM 100 untuk seorang anak, yang lebih dari itu, bayangkanlah betapa punya lega.

Abih tidak modal pembangkang untuk menafikan jasa Datuk Najib ialah dengan menuduh kerajaan meminjam untuk melaksanakan semua program tersebut, malah ada juga yang kata Datuk Najib mengungkit dan tidak memandang ke depan, setiap kali beliau menyebut semua kejayaan yang telah diusahakan kerajaan BN pimpinannya.

Tapi dalam masa yang sama, Pakatan harami nak kita percaya janji yang ditabur Anwar bersandarkan air liur semata-mata itu?

Monday, September 5

Kemerdekaan Malaysia: Tunku Abdul Rahman dan “jalan perlembagaan”



Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bukan alat British. Beliau adalah pencinta damai. Oleh sebab itulah Perikatan pimpinan beliau memilih “jalan perlembagaan” dalam usahanya memerdekakan negara.

Hakikat ini terkandung dalam ucapan Tunku Abdul Rahman di Perhimpunan Agung UMNO pada 28 Mac 1957 yang menghuraikan mengapakah Perikatan memilih dalam damai bagi mencapai kemerdekaan tanah air.

Perikatan memilih “jalan perlembagaan” oleh kerana tiga sebab utama seperti berikut:
Satu, kerana bangsa Melayu “telah bersumpah tidak mahu menumpahkan walau setitik darah pun ke bumi.”

Dua, kerana bangsa Melayu tidak mahu “menganaiyakan dan menzalimi” lain-lain bangsa.
Tiga, sebab Perikatan mahu menggunakan Perlembagaan Persekutuan untuk menyatupadukan antara sesama Melayu dan antara Melayu dengan bukan Melayu.

Berasaskan kenyataan di atas, adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa menilai perjuangan berdarah untuk memerdekakan negara sebagai tindakan yang terpuji.

Adalah juga satu pemikiran yang amat songsang jika sesiapa yang terlibat dalam perjuangan berdarah, khususnya menerusi Parti Komunis Malaya (PKM), disifatkan sebagai wira atau hero kemerdekaan.
Dengan ini, Mohamad Sabu atau Mat Sabu telah melakukan satu kesilapan besar. Jika beliau terus berdegil dan enggan meminta maaf kepada warganegara Malaysia, Pas perlu mendesak beliau untuk berbuat demikian.

Jika tidak, Pas juga perlu diadili oleh warganegara Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum PRU13 kelak kerana parti ini mempunyai individu songsang sebagai Timbalan Presidennya.

Wednesday, August 31

Mari mengisytiharkan “Merdeka!” Dalam Setiap Situasi



Lima puluh empat tahun lalu, kita menerima kemerdekaan daripada British. Ia adalah satu saat yang membanggakan apabila Perdana Menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan: “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” di hadapan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya.
waktu itu sudah tentu imbasan masa depan yang cerah memancar di mata nenek moyang kita.
Pasti mereka merasakan bahawa impian untuk hidup dalam kemerdekaan sepenuhnya akhirnya telah tercapai dan mungkin satu impian baru untuk hidup dalam keharmonian dan pembangunan progresif ke arah kejayaan telah ‘mengandung’ dalam fikiran mereka pada saat yang berharga itu.
Bangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain pada ketika itu mula bekerjasama sebagai sebuah gabungan untuk memastikan negara kita terus menikmati kebebasan, perpaduan, ketahanan dan meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
Kini sudah tentulah renungan masa lampau ini akan memberikan harapan baru bagi kita untuk manghadapi masa depan yang lebih cerah, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang membuat persediaan untuk memperingati ulang tahun Hari Kemerdekaan negara kita sekarang.
Beberapa soalan lazim yang masih berlarutan dalam fikiran beribu-ribu rakyat negara kita ialah: "Adakah kita benar-benar bebas –masih adakah kebebasan bersuara, akhbar dan agama? Masih adakah hak asasi manusia di tanah air ini? Adakah kita masih percaya kepada perpaduan atau ini hanya satu propaganda? Adakah terdapat kesamaan? Apa yang sedang berlaku kepada sistem pendidikan kita? Mengapa terdapat penghijrahan cendekiawan? Mengapa terdapat keunggulan sesuatu kaum dan polarisasi? Berapa lama atau sejauh mana isu-isu perkauman dan agama akan berterusan?”
Rakan-rakan yang disayangi, senarai boleh berterusan tetapi kita mesti membuat satu pendirian dan berganding tangan untuk membawa transformasi yang lebih besar dalam negara kita.
Kita pasti memerlukan campur tangan Tuhan untuk perpaduan nasional dan keamanan.
Lihatlah Great Britain – sebuah negara yang teratur, maju, bertamadun, berbilang kaum dan demokrasi - yang merupakan empayar global pada satu masa dahulu dan pernah memerintah sebahagian besar dunia termasuk negara kita, kini telah menjadi mangsa rusuhan baru-baru ini.
Kegagahan sesebuah negara tidak bermakna jika tiada persefahaman dan perpaduan dalam sesebuah masyarakat majmuk. Ia benar-benar satu pengajaran yang baik untuk dipelajari.
Oleh yang demikian, jangan ambil isu perpaduan dan keamanan dengan sewenang-wenangnya! Ia amat berharga. Apabila Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali mengingatkan rakyat untuk bergerak dari bersikap toleransi semata-mata ke tahap penerimaan bagi mencapai perpaduan yang lebih besar di kalangan masyarakat berbilang agama, kaum dan budaya, kita harus mengambil ikhtibar untuk membawa perubahan.
Berhenti menuding jari, melemparkan tuduhan, menodai kesucian tempat ibadat, menerbitkan artikel, gambar atau iklan-iklan yang kontroversi melalui media massa atau saling mengutuk kepercayaan orang lain dan mempolitikkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Sebagai warganegara yang setia, kita mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan semangat patriotik terhadap negara kita yang disayangi juga terhadap rakyat jelata walaupun kita berbeza bangsa, agama, budaya dan bahasa.
Sikap menghormati antara satu sama lain adalah amat diperlukan oleh sebuah negara seperti Malaysia.
Kerajaan perlu memberi perhatian yang lebih serius dan sentiasa mengingati rakyat dengan pelbagai cara tanpa mengenepikan lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.
Semua pihak - kerajaan, pembangkang mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) - perlu terus memerangi pelbagai gejala sosial dan berusaha untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada yang menganggur dan jawatan yang lebih baik bagi mereka yang berkebolehan dan berhak tanpa melihat kepercayaan atau warna kulit seseorang.
Selain itu, kita juga mesti menggalakkan anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengambil kursus-kursus pembangunan diri sementara kerajaan terus mencipta peluang pendidikan yang lebih baik untuk membendung kadar pengangguran, gangsterisme, penagihan dadah dan penyeludupan, peningkatan masalah anak luar nikah dan keluarga pincang.
Untuk memastikan kejayaan projek-projek pembinaan bangsa, kita tidak harus lupa pendekatan baik untuk membantu semua bangsa terutama orang miskin dan yang kurang kemampuan dalam apa jua cara yang munasabah.
Jika kita bersatu hati untuk membawa perubahan yang drastik, kita boleh jadi satu rahmat kepada tanahair tercinta ini.
Bayangkan betapa indahnya untuk terus melihat semua bangsa dijemput makan bersama di majlis berbuka puasa, menghadiri majlis keramaian dan perkahwinan pelbagai kaum, duduk bersama menonton acara sukan pada skrin besar, mengambil bahagian dalam program-program melibatkan masyarakat majmuk, pergi berkhemah atau makan angin, duduk dan bersembang di kedai kopi serta warung makan atau makan durian bersama seperti apa yang dipraktikkan oleh segelintir masyarakat dan juga sepertimana kita sering melihat dalam iklan TV.
Jangan salah faham, saya tidak menuduh bahawa kerajaan atau ahli politik, NGO dan warganegara yang lain tidak melakukan apa-apa tetapi saya hanya mengatakan bahawa sudah tiba masanya untuk kita semua belajar dari masa lalu serta daripada situasi yang berlaku di sekeliling kita dan segera melakukan sesuatu yang drastik dan lebih munasabah untuk memperbaiki kehidupan kita.
Saya pernah berkhidmat di sebuah syarikat Melayu selama bertahun-tahun dan kebanyakan kawan-kawan saya adalah beragama Islam.
Kami menikmati masa kami bersama-sama, saya sering menyertai mereka dalam acara berbuka puasa di pejabat atau di rumah mereka dan juga menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pihak masjid. Kami juga membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dengan rasa hormat yang sewajarnya.
Saya percaya, semua akan baik jika kita mengamalkan pendekatan yang sederhana, penerimaan dan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jadi mari kita mengisytiharkan “Merdeka!” atas situasi-situasi yang kita hadapi setiap hari dalam hidup dan masyarakat kita sehingga ia tercapai.
Terus doakan untuk perpaduan dan keamanan. Bersama kita boleh menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih baik untuk hidup.

Hayati erti MERDEKA dari MatKilau Penang.






Selamat menyambut hari kemerdekaan Ke-54

TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA

Tuesday, August 30

Merdeka yang hilang?



Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, akan kedengaran di corong-corong udara, persoalan yang sering dikemukakan: apa erti kemerdekaan? Persoalan ini banyak bersangkut-paut dengan perspektif ortodoks kita tentang apa itu patriotisme, yang telah dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kita diuli untuk melihat patriotisme melalui kaca mata hitam putih yang sempit.

Patriotisme adalah bendera. Patriotisme adalah nyanyian lagu-lagu kenegaraan. Patriotisme adalah perarakan warna-warni. Patriotisme adalah anak Melayu, anak Cina dan anak India tersenyum lebar dan berterima kasih kerana kemakmuran negara.

Patriotisme maknanya kesyukuran. Patriotisme itu ikrar mempertahankan agama, bangsa dan negara. Patriotisme maksudnya menerima seadanya.

Erti kemerdekaan dibentuk mengikut acuan yang disediakan melalui sistem pendidikan kita. Mengikut acuan ini, merdeka itu mengingati pejuang-pejuang kemerdekaan silam, seperti Tok Janggut, Rentap, Datuk Maharajalela serta tokoh-tokoh Perikatan yang membawa kemerdekaan. Kita kemudian disajikan dengan filem-filem bertemakan perjuangan seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong. Merdeka akan menyaksikan pemimpin memegang bendera kecil dan mengibarkannya bersama-sama dengan rakyat marhaen.

Maka, apabila bulan kemerdekaan tiba dan kurangnya kibaran bendera, kita mula panik, kita mula gempar. Kita lakukan perkara-perkara drastik seperti memaksa pemilik bangunan untuk menggantung bendera. Kita banjirkan lagu dan program yang dikatakan ‘patriotik’. Seperti biasa, patriotisme dan merdeka itu dikerah dan disumbat ke dalam diri kita. Semuanya untuk memastikan konsep kemerdekaan yang telah diiktiraf itu dipelihara dan patriotisme itu tampak di mata.

Anak muda kemudiannya dituduh tidak kenal erti kemerdekaan. Dikatakan, generasi masa kini tidak patriotik. Kurangnya bendera bermakna rakyat tidak lagi mencintai negara. Oleh kerana kita tidak lihat simbol dan ikon ortodoks kemerdekaan, kita terus membuat kesimpulan bahawa merdeka itu telah hilang di hati. Terburu-buru kita mencari merdeka yang entah ke mana.

Tetapi, ‘erti’ kemerdekaan itu harus dilihat semula. Ia tidak boleh dikongkong oleh satu interpretasi sahaja dan ia tidak boleh hanya berlabuh di lautan silam. Merdeka harus kontemporari dan harus sentiasa relevan.

Bagi saya, kemerdekaan itu diluahkan melalui Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak untuk hidup dan kebebasan diri. Ia bukan hanya terhad kepada hak untuk wujud dan bernyawa, tetapi juga merangkumi kebebasan untuk menikmati kehidupan berkualiti. Oleh itu, seorang anak Malaysia bebas untuk menjalani kehidupan bermakna kerana kemerdekaan yang dikecapi.

Kita lupa sebenarnya. Dalam ketaksuban kita mencari petanda-petanda patriotisme yang kita kenal, kita tidak menyedari bahawa semangat cinta akan negara tidak mempunyai hanya satu manifestasi. 

Patriotisme itu bukan sahaja merah, putih, kuning dan biru, ia boleh terbit melalui jalur-jalur warna yang lain. Oleh kerana sudah sekian lama kita disuap dengan satu interpretasi kemerdekaan, kita sukar untuk melihat interpretasi lain yang mungkin ada.

Terdapat begitu banyak cara seseorang rakyat Malaysia meluahkan perasaan cinta akan negaranya. Dia tidak perlu menuturkan kata-kata tersebut, cinta itu boleh terlihat melalui perilakunya.

Seseorang berpolitik demi melihat Malaysia yang lebih baik sama patriotiknya dengan anak muda yang berkumpul di Dataran Merdeka setiap malam minggu atas dasar demokrasi. Seorang pemain gitar dalam kugiran yang menyanyikan lagu-lagu rakyat sama patriotiknya degan aktivis yang ingin memar­tabatkan Perlembagaan. Kasih mereka sama, cara mereka berbeza.

Semangat patriotisme tidak akan lahir dengan paksaan. Ia harus dipupuk dan digalakkan, walaupun apa rupa bentuknya. Kerana seperti cinta-cinta yang lain, cinta kepada negara itu adalah sesuatu yang bersifat semula jadi yang akan hadir bila tiba waktunya, tidak diundang dan tidak dipinta.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive