Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka).
Mungkinkah tokoh kemerdekaan seperti almarhum Dr Burhanuddin al-Hilmi, Mat Kilau, Datuk Onn Jaafar dan ramai lagi dikenali dan dapat dijadikan contoh oleh generasi muda sebagai pejuang tanah air dan pada masa yang sama berjaya mencurah bakti kepada tanah air?
Setiap perjuangan menuntut kemerdekaan memerlukan kegigihan dan pengorbanan yang amat besar. Banyak sekali pengorbanan yang dicurahkan oleh ramai insan demi kemerdekaan. Air mata, darah, keringat, tenaga, wang ringgit, harta benda dan nyawa dikorbankan tanpa mengharapkan balasan melainkan kebebasan.
Namun, sejauh manakah generasi hari ini menghargai perjuangan nenek moyang kita membebaskan tanah air dari belenggu bangsa asing sehingga Malaysia akhirnya dimerdekakan pada 31 Ogos 1957? Setelah 55 tahun berlalu, apakah makna nikmat kemerdekaan itu dalam setiap tindakan generasi muda hari ini?
Hakikatnya, kemerdekaan bukanlah sesuatu yang cukup sekadar dilakarkan dalam lakaran sejarah atau diraikan tahun demi tahun tanpa penghayatan yang sebenar.
Sebagai generasi muda, remaja dan belia mesti dididik untuk menghargai nikmat kemerdekaan yang diperoleh ini. Di sini dikongsikan beberapa cadangan bagaimana golongan muda boleh menghargai kemerdekaan yang kita miliki hari ini.
No comments:
Post a Comment