Friday, July 27

ERTI MERDEKA PADA GENERASI SELEPAS MERDEKA?


Setiap tahun tanggal 31 Ogos akan dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Tahun ini rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55. Pada dasarnya tempoh 55 tahun merupakan jangka masa yang sudah memadai untuk mematangkan setiap warga yang merdeka. Pastinya Hari Kebangsaan juga merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan bernilai untuk golongan muda walaupun tidak terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan oleh nenek moyang kita dahulu.

Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka).

Mungkinkah tokoh kemerdekaan seperti almarhum Dr Burhanuddin al-Hilmi, Mat Kilau, Datuk Onn Jaafar dan ramai lagi dikenali dan dapat dijadikan contoh oleh generasi muda sebagai pejuang tanah air dan pada masa yang sama berjaya mencurah bakti kepada tanah air?

Setiap perjuangan menuntut kemerdekaan memerlukan kegigihan dan pengorbanan yang amat besar. Banyak sekali pengorbanan yang dicurahkan oleh ramai insan demi kemerdekaan. Air mata, darah, keringat, tenaga, wang ringgit, harta benda dan nyawa dikorbankan tanpa mengharapkan balasan melainkan kebebasan.

Namun, sejauh manakah generasi hari ini menghargai perjuangan nenek moyang kita membebaskan tanah air dari belenggu bangsa asing sehingga Malaysia akhirnya dimerdekakan pada 31 Ogos 1957? Setelah 55 tahun berlalu, apakah makna nikmat kemerdekaan itu dalam setiap tindakan generasi muda hari ini?
Hakikatnya, kemerdekaan bukanlah sesuatu yang cukup sekadar dilakarkan dalam lakaran sejarah atau diraikan tahun demi tahun tanpa penghayatan yang sebenar.

Sebagai generasi muda, remaja dan belia mesti dididik untuk menghargai nikmat kemerdekaan yang diperoleh ini. Di sini dikongsikan beberapa cadangan bagaimana golongan muda boleh menghargai kemerdekaan yang kita miliki hari ini.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.