Laporan itu menggambarkan tindakan pengusaha menghentikan pengeluaran tempe dan tauhu selama tiga hari mulai Rabu hingga esok, sebagai bantahan melambungnya harga kacang soya yang merupakan bahan utama penyediaan makanan tersebut.
Bagi sebahagian besar rakyat Indonesia, tempe dan tauhu adalah hidangan wajib setiap hari yang juga sumber protein murah, namun sejak akhir-akhir ini pengusaha terpaksa menaikkan harga jualan kerana kenaikan harga kacang soya.
Kenaikan harga tempe dan tauhu itu menyebabkan sebahagian besar pengguna daripada golongan menengah dan bawahan kurang membelinya hingga menyebabkan pengeluar dan peniaga kerugian.
Semalam ratusan pengusaha tempe dan tauhu di Sukoharjo, Surakarta Jawa Tengah mengadakan tunjuk perasaan, mendesak kerajaan menurunkan harga kacang soya yang melonjak dari Rp5,000 kepada Rp8,200 sejak kebelakangan ini. (Rp100 = RM0.033)
Sekumpulan pengusaha di Jakarta pula bertindak membuang tempe dan tauhu ke atas jalan raya sebagai tanda protes terhadap kenaikan harga bahan mentah itu.
Beberapa pengusaha tauhu dan tempe di Tasikmalaya, Jawa Barat, pula memberhentikan sementara pekerja mereka dan ada dalam kalangan mereka sepakat untuk menutup perniagaan masing-masing jika harga kacang soya terus meningkat.
Dalam pada itu, ada pengusaha di Jakarta bersedia menyambung pengeluaran tempe dan tauhu mereka sekalipun harga kacang soya kekal tinggi selepas hari ini, namun akan dijual pada harga lebih tinggi.
Menteri Penyelaras Bidang Perekonomian Hatta Rajasa pada Rabu menegaskan kerajaan akan menghapuskan cukai import lima peratus terhadap kacang soya mulai minggu ini hingga akhir tahun, dalam usaha menurunkan harga komoditi itu kira-kira Rp400 sekilogram.
Beliau berkata Indonesia memerlukan 2.2 juta tan kacang soya setahun namun pengeluaran dalam negeri hanya sekitar 700,000 tan, memaksa mereka mengimport kira-kira sejuta tan bagi menampung keperluan.
Menteri itu juga meminta pengeluar tempe dan tauhu mengimport kacang soya secara terus dan tidak melalui pihak ketiga bagi mengawal harga menerusi koordinasi bersama koperasi, Kementerian Perdagangan, Kementerian Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Kementerian Perindustrian.
MKP AYAT SEMPOI : Makanan apa yang boleh buat Malaysia Darurat Ek?
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.