Sepanjang MKP seharian berada di Perlis Indera Kayangan terasa keadaan politik negeri ini adakah benar bergolak atau hanya persepsi pembangkang cuba mempengaruhi pengundi dengan tomahan serta persepsi seperti biasa cuba melagakan ahli serta pemimpin UMNO di negeri ini.Berikut adalah penjelasan serta ulasan dari pemimpin UMNO disini;
Ketua Umno Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin menafikan dakwaan PKR kononnya parti itu mengalami pergolakan serius di Perlis. Katanya, ia hanya persepsi berikutan masalah yang berlaku sebelum ini.
Justeru, kata Zahidi, Umno-Barisan Nasional (BN) mempunyai kaedah dan strategi yang baik bagi memastikan negeri itu terus berada di bawah pentadbiran pemerintah.
Bagaimanapun beliau menegaskan Umno-BN perlu meletakkan calon yang berkebolehan serta kepimpinan yang baik jika mahu terus mendapat sokongan pengundi terutamanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
"Mana-mana tempat yang nak bertanding pilihan raya soal calon kena diisi dengan calon yang diminati rakyat baru boleh menang, walaupun parti yang bergolak.
"Bergolak atau tidak bergolak itu persepsi masing-masing, ia hanya persepsi tetapi calon yang nak bertanding pilihan raya adalah yang paling penting sekarang. Calon mestilah yang muda dan tidak mempunyai masalah," katanya kepada AntaraPos.
Tambah Zahidi, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berpeluang untuk bertapak di Perlis jika parti itu berjaya menambilkan calon boleh menang atau "winnable candidate."
"Mana-mana parti yang letak calon yang betul dan berada dibawah kepimpinan yang baik akan menang. Calon yang tak baik atau calon yang tidak dapat sokongan mana-mana parti akan kalah.
"Kalau Umno-BN (Perlis) ada calon yang betul, kepimpinan yang betul BN akan terus menang. BN akan menang kalau letak calon yang betul (pada PRU13)," katanya.
Dakwaan kemelut Umno Perlis adalah ekoran tindakan seorang anggota Pemuda Umno Arau yang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.
Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau telah membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pada 25 Jun lalu.
“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.
“Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara,” katanya dalam laporan polis tersebut.
Difahamkan Pakatan Rakyat di Perlis menggunakan isu tersebut untuk menarik sokongan rakyat dalam setiap ceramah yang mereka adakan.
Kelmarin Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata kedudukan Umno di Perlis "paling bergolak" dan persaingan sengit akan berlaku di negeri itu pada PRU13 terutamanya dalam perebutan kerusi Parlimen.
Menurut Rafizi, selain mensasarkan menang di kerusi Parlimen, Pakatan turut berhasrat menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.
"Ya, sudah tentu (sasarkan menang) terutamanya kerusi Parlimen dan saya rasa Perlislah Umno paling bergolak...ia (Perlis) ada tiga atau empat ketua, jadi dari segi pergolakan Perlis yang paling kuat bergolak," katanya.
Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen yang semuanya dimenangi BN pada pilihan raya umum lalu. Manakala bagi 15 kerusi DUN, dua daripadanya berjaya dirampas oleh PAS iaitu Sanglang dan Simpang Empat.
Rafizi menambah pergolakan dalaman yang berlaku dalam Umno negeri itu memberi kelebihan kepada Pakatan namun menegaskan persaingan sengit tetap akan berlaku.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment