Friday, July 6

Mansor Penipu Mengatakan Pulau Pinang Tidak Selamat? @PDRMsia


Dakwaan tentang negeri Pulau Pinang tidak selamat ternyata tidak benar apabila ia dibuktikan dengan satu 'ujian' di tengah bandar itu, semalam.

Pengerusi MCA Cawangan Komtar Baru, Lim Cheng Hee berkata, ujian dibuat ke atas sebuah kiosk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terletak berhadapan dengan Komtar bertujuan untuk menguji kepantasan polis bertindak jika berlaku sebarang insiden jenayah.

"Ternyata dakwaan mengatakan polis tidak menjalankan tanggungjawab mereka tidak benar. Ini dapat dibuktikan dengan ujian yang mana polis hanya mengambil masa tiga minit untuk sampai ke sini setelah saya membuat aduan menggunakan kiosk PDRM ini.

"Ujian ini juga dibuat adalah untuk menangkis dakwaan kerajaan negeri yang mengatakan Pulau Pinang tidak selamat berikutan polis tidak menjalankan tanggungjawab mereka," katanya kepada media.

Menurutnya, terdapat empat buah kiosk PDRM di Pulau Pinang iaitu dua buah di Jalan Penang dan masing-masing di Persiaran Gurney dan hadapan bangunan Komtar.

Lim berkata, tindakan tersebut dibuat bagi menyangkal dakwaan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman yang mendakwa Pulau Pinang tidak selamat berikutan tiada tindakan polis berhubung serangan yang dilakukan oleh ahli Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Teluk Bahang tempoh hari.

“Saya harap agar pihak polis sentiasa peka dengan aduan yang dibuat oleh orang awam dan mengekalkan prestasi mereka dengan memberi khidmat yang baik kepada rakyat khususnya di Pulau Pinang ini. Terima kasih kepada polis kerana komited dengan tugas yang dipertanggungjawab,” kata lagi.

Aduan awam yang diterima melalui kiosk PDRM akan disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan kemudian akan disalurkan kepada anggota kawasan terlibat melalui ‘walkie talkie’.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive