Showing posts with label .penang.. Show all posts
Showing posts with label .penang.. Show all posts

Wednesday, September 25

GUAN ENG CUBA RASUAH ADUN UMNO.............NAMUN..............? @dzainalabidin


Guan Eng macam biasa dengan muka bertampalkan kulit kerbau pendek mula membuat propaganda murahan memancing ADUN yang menyokong Kerajaan dengan wang yang tak seberapa. Cuma RM40 ribu setahun jika dibahagikan pada pada 12 cuma RM 3,333.33 sebulan. Jika dibahagikan selama 30hari bermakna wang peruntukkan yang diberi adalah cuma RM 111.11 sehari. 

Setahun      RM 40,000.00
Sebulan         RM 3,333.33
Sehari               RM111.11

Adakah dengan wang yang diberikan itu cukup untuk membela rakyat dikawasan yang telah dimenangi oleh Adun UMNO. Mengikut jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU-13 lalu. Jumlah pengundi di setiap ADUN adalah 16ribu hingga 30ribu pada setiap DUN. KLIK 


Adakah jumlah peruntukan ini cukup untuk membela rakyat yang diwakili mereka. RM40 ribu setahun setiap rakyat hanya mendapat RM 1.30sen seorang. Jumlah pengundi seperti tertera gambar diatas 30ribu orang. Ini hanyalah pengundi yang layak memilih pada PRU-13. Apakah nasib anak dibawah tanggungan mereka.

Kerajaan Barisan Nasional memberikan BR1M pada setiap keluarga sebanyak RM500.00 berpendapatan kurang dari RM 3ribu sebulan. Jika jumlah itu dikira bersamaan dengan RM 40ribu hanya 80 keluarga sahaja menikmati imbuhan BR1M. Jauh beza jugak tue.

Sila baca kenyataan sepenuhnya :

KENYATAAN AKHBAR

YB DATO' HAJJAH JAHARA BINTI HAMID
KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG
SELASA, 24 SEPTEMBER 2013


Saya memandang berat kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 23 September 2013 (m/s 13) dan akhbar Guang Ming Daily.

Beliau mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk memperuntukan sebanyak RM40,000.00 setahun untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang untuk pembangunan kecil mulai tahun 2014. 

Beliau juga menyatakan bahawa “Apabila mekanisma pengagihan peruntukan disediakan, ianya akan dibentang di dalam Bajet 2014 yang akan dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada akhir tahun ini.

Beliau juga menyatakan bahawa ADUN UMNO (pembangkang) tidak mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri keranamenolak tawaran untuk menyertai “State Executive Council” atau Exco Negeri. 
Beliau mahu ADUN Barisan Nasional menyertai Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana beliau bimbang ADUN Barisan Nasional tidak akan mengikut SOP (Panduan Piawaian Perlaksanaan) seperti :-

1. mengadakan tender terbuka yang kompetatif;

2. menghalang penyertaan ahli keluarga dalam urusan Kerajaan Negeri. (memberi anggapan bahawa ADUN Barisan Nasional selama ini tidak bersih) 

Di dalam akhbar Guang Ming Daily, beliau terus menuduh ADUN Barisan Nasional hanya mahu duit tetapi tidak mahu jalankan tanggungjawab. 

Sebenarnya tawaran peruntukan sebanyak RM40,000.00 setahun bukan usaha untuk 'reconciliation' tetapi hanya taktik kotor untuk kepentingan politik supaya rakyat memandang rendah kepada ADUN Barisan Nasional dan membenci mereka kerana tidak mengamal budaya bersih (bila tak buat tender terbuka, tidak berintregreti, bila mengamalkan kronisma dan dengan menuduh mereka membenarkan ahli keluarga terlibat dalam urusan Kerajaan Negeri) dan tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Ini adalah satu tuduhan tanpa bukti yang melulu dan amat serius bertujuan untuk membuat rakyat Pulau Pinang mempunyai persepsi negatif terhadap semua ADUN Barisan Nasional terutama di kawasan yang mana rakyat telah memberi kepercayaan dengan mengundi dan memenangi mereka dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. 
Ianya berniat jahat, mempunyai unsur untuk menghasut dan memutar belit fakta dan menipu rakyat supaya mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar kerana :-

Selama ini segala peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada ADUN Barisan Nasional diletakkan di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP yang telah disediapakai dengan telus. 
Tidak ada sebarang peruntukan yang disalurkan terus kepada ADUN-ADUN secara peribadi! (Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru nak buat garis panduan) dan kenapa perlu buat SOP untuk ADUN-ADUN Barisan Nasional??

Tidak ada jemputan untuk menyertai MMK Negeri diterima oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional – hanya beberapa orang menerima surat jemputan untuk menyertai satu Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar di bawah Y.B Tuan Phee Boon Poh.

Kalau dah minta diberi mandat daripada rakyat untuk memerintah kenapa nak minta ADUN Barisan Nasional duduk sekali pula?! Kecuali PKR nak buat kerajaan campuran, itu lain cerita!! ADUN Barisan Nasional Pulau Pinang bukan "confrontation" tetapi RASIONAL !!sumber
Beranikah Lim Guan Eng menjawab atau beliau diam membisu kerana termalu kantoi menipu?

BACA JUGAK KLIK

Sunday, July 28

GUAN ENG BERJAYA MENIPU PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG....... TAHNIAH.... #POLITIKHELANG


MKP malas nak ambil kisah tentang pelantikkan Pengerusi baru Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Namun ianya telah diputuskan oleh Pucuk Pimpinan di Putrajaya. Adakah pelantikan kali ini bakal mengekalkan 10kerusi yang sedia ada. UMNO terlepas DUN Seberang Jaya kerana WinCABLE yang telah diputuskan oleh Pengerusi ini. Fikirkanlah Wahai UMNO Pulau Pinang UBAH atau REBAH...

Lim Guan Eng Ketua Menteri Kebangaan Cina DAP Pulau Pinang dilihat cuba berdolak-dalik berhubung dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memberi kerjasama mengenai siasatan kes doktor Cina bersikap perkauman terhadap pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan di negeri ini dengan memberi alasan tiada 'kuasa' untuk mencampuri pengurusan hospital kerajaan.

Guan Eng mendakwa, isu berkenaan boleh diselesaikan sekiranya Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sanggup menyerahkan kuasa hospital kerajaan di negeri ini kepada pihaknya.

Semalam, Hilmi mendakwa Guan Eng pernah berjanji secara lisan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam bahawa beliau akan menyerahkan laporan berkenaan kepada kementerian setelah isu berkenaan dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Isu doktor rasis mula timbul apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin mendedahkan terdapat pesakit Melayu yang mendapat layanan buruk daripada seorang doktor berbangsa Cina sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam DUN.

Terbaharu, Roslan tampil dalam sidang akhbar bersama beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang bagi membuktikan kejadian itu benar-benar berlaku.

Mengulas lanjut, Guan Eng menyifatkan dakwaan Hilmi sebagai mengejutkan kerana beliau tidak pernah berjanji secara lisan untuk memberi maklumat.

Thursday, June 20

UMNO SUSAHKAN RAKYAT............ @CmLimGuanEng @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Memang dasar burung Tiong bercakap main sedap mulut saja Ketua Menteri Pulau Pinang nie? Kalau nak cakap biarlah berdasarkan fakta yang jelas dan tidak dipolitikkan. Wahai Ketua Menteri yang bijaksana Bangunan ini bukan UMNO yang punya tapi  JKP Sdn Bhd (JKP) iaitu pemilik bangunan Menara Umno.

Bangunan itu dibina dan dimiliki oleh sebuah syarikat swasta pada tahun 1995 dan kemudian dibeli oleh Amanah Capital Berhad sebelum dijual kepada JKP pada tahun 2005.

Umno Pulau Pinang hanya menyewa pejabat di dua tingkat dalam bangunan setinggi 21 tingkat itu sejak 1995.

Adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuduh Umno atau pemilik bangunan itu bertanggungjawab atas kemalangan yang disebabkan bencana alam iaitu ribut dan kilat.
Ternyata Lim Guan Eng hanya menanam tebu dibibir mulut apabila perjumpaannya dengan DS Zahid Hamidi tempohari, Cakapnya berbelit-belit tapi yang pasti hari ini video dibawah menjelaskan sikap kurang ajarnya menuduh UMNO.


MKP bukannya tak mahu DS Zahid berbaik-baik dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ini akan tetapi korang tengok sendiri apa yang telah telah dikeluarkan dari mulut Guan ENg sendiri. Kalau sampai macam nie dah kurang ajar takkan nak bagi muka lagi.....

The Star hari ini juga menyiarkan tulisan June H.L.Wong   ( Views 25) menuntut supaya dibangunkan sebuah Muzium China di Malaysia untuk mempamerkan sejarah dan jasa orang Cina terutamanya sumbangan mereka menentang komunis dalam masa dharurat malah disebutkannya tentang barang-barang peninggalan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur tidak ada di Muzium Negara sebaliknya terpamer di Muzium Peranakan di Singapura. 
"The Chinese in Malaysia did not get free ride to where they are," kata June. 
Ya Betul! Tetapi saya tidak fikir orang Melayu melupakan pengorbanan orang Cina terutama pegawai-pegawai SB seperti Tan Sri C.C Too dan juga tentang sumbangan ekonomi orang Cina kepada negara  ini sehingga pekak orang Melayu mendengarnya ungkitannya tetapi orang Melayu dengan sekaligus melupakan jasa orang  Cina ini bila bercakap macam negara ini menindas mereka sepanjang masa. 
Kalau demikian bagaimana mereka jadi kaya raya? 
Sebahagian besar orang Cina menunjukkan kelakuan buruk sebagai manusia yang tidak tahu mengenang budi, macam kacang lupakan kulit; mahu Malaysian Malaysia( The Star penyokong kuat) dan tidak hormati sosial kontrak, mahu Sekolah Cina setaraf dengan Sekolah Kebangsaan dan sebagainya.Bagaimana  kalau orang Melayu juga menuntut supaya beberapa bahagian dari sosial kontrak itu dibatalkan? 
Apakah  Datuk Wong Chun Wai mengarahkan dibangkitkan semula pekara pekara sensitif  kerana merasa sudah cukup kuat untuk mengeksploitasi kerajaan Melayu yang dasarnya ialah give in dan lemah yang termasuk dalam "Melayu banyak bodoh" yang menjadi anggapan The Star seperti dilihat oleh  bolgger Helen Ang. 
Wong Chun Wai mudah sahaja untuk memujuk kerajaan Melayu yang lemah ini. Besarkan berita aktiviti   bergambar Datuk Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri setiap hari dan jadikan Rosmah isteri Perdana Menteri sebagai  No. 1 dalam senarai 10 The Most Powerful Woman in Malaysia.  
Pandai-pandailah Datuk Wong membaling batu sembunyi tangan demi untuk hidup dan untuk Malaysian Malaysia. Masa Datuk Najib pun boleh selamat, masa DAP berkuasa kelak lagi selamat. Hidup Datuk Wong! SUMBER


Tuesday, June 18

KETUA PEMBANGKANG UMNO PULAU PINANG KALI INI ADALAH PEREMPUAN ..........?


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid dilantik ketua pembangkang Pulau Pinang yang baharu, menggantikan Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim yang bersara.

 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sebelum ini, pihaknya mengenal pasti beberapa calon untuk mengisi jawatan itu dan mengemukakannya kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

 “Setelah menunggu keputusan dari pucuk pimpinan, kita sudahpun mendapat keputusan bahawa Perdana Menteri telah memberi persetujuan memilih Jahara sebagai ketua pembangkang.

Elok jugak pemilihan kali ini pada fikiran MKP kerana Speaker yang dilantik oleh DAP adalah perempuan so tak salah Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dilantik. Mungkin sidang dewan kali ini memberikan kelainan.

Jika dahulu bayak sangat aksi tunjuk punggung serta perbalahan seperti Budak Tadika. Apa pun MKP mengambil pendekatan tunggu dan lihat bagaimana sidang DUN Pulau Pinang pada kali ini. 


Friday, June 14

OMBAK KUAT PULAK MELANDA PULAU PINANG...


Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter didapati melanda pantai sekitar Pulau Pinang mulai 2 petang tadi.


Ketika ini musim laut bergelora dan ianya adalah fenomena luar biasa yang biasanya berlaku lima tahun sekali. Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney yang berhampiran laut, mendapati air laut melimpah sehingga ke jalan raya di samping membasahi ruang pejalan kaki.

Di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang pula keadaannya didapati agak lenggang apabila orang ramai menjauhi kawasan pantai sementara nelayan dikatakan tidak turun ke laut sejak Selasa.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.

Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga minggu depan.



Thursday, June 13

FACEBOOKER PENANG KAKI SONGLAP MEROYAN PADA UMB pasca #PRU13 - @TunFaisal @KhairyKJ @NajibRazak


Pada mulanya MKP malas nak melayan Langau Musibat yang ada di Pulau Pinang. Entah kenapa tiada angin serta ribut asyik menghentam UMB dan Tun Faisal? Mungkin tak puas hati kot?

Pada fikiran MKP mereka berdua ini tak ubah seperti ORANG TUA TAK SEDAR DIRI. Jika mahu kerja anda diiktiraf oleh pucuk pimpinan UMNO Pulau Pinang buatlah kerja yang boleh membantu UMNO Pulau Pinang serta langkah kerja mestilah nampak hasilnya.


Semasa kempen PRU-13 yang lalu Musibat 2 ekor nie diberikan tugasan oleh seorang ADUN UMNO yang bertanding di Pulau Pinang, Kerja mereka ini tidaklah susah mana pun hanya Up-date Facebook Program serta aktiviti Adun itu sahaja. Itu pun hanya tempoh berkempen.

Namun akhirnya ADUN berkenaan tertipu dengan madah berhelah Musibat 2 ekor ini. Dah lah wang dikebas malah kerja langsung tak buat.

Itu baru sedikit saja didedahkan!!!! Ada lagi banyak karenah/onar yang telah dibuat pada pemimpin lain MKP simpan dulu buat seketika...

Yang peliknya salah seorang dari mereka adalah anak kepada ADUN WANITA UMNO Pulau Pinang yang bertanding akan tetapi tidak membantu Emaknya. Anak seperti ini boleh digelar sebagai MUSIBAT. Yang penting baginya adalah wang dikejar untuk memenuhkan poket sendiri.

MKP tidak mendedahkan nama mereka buat seketika namun bila sampai masanya MKP akan londeh semuanya.
1. UMB adalah jentera parti di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO. Ia bukan berada pada satu tahap yang sama dengan sebarang Biro Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Jentera Penerangan Pusat, tetapi merupakan hanya sebahagian kecil daripada Jentera Penerangan Pusat. Atas kapasiti Pergerakan Pemuda UMNO, ada had dan batasan dari segi operasi dan peruntukan. UMB bukan pasukan blogger bebas yang boleh bertemu dengan mana-mana Pengerusi Badan Perhubungan Negeri melainkan selepas melalui heirarki parti. Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), kelulusan beroperasi di dalam PRK diluluskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan UMB perlu bergerak melalui Ketua Penerangan UMNO selepas mendapat izin dan laluan daripada Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Ini merupakan format yang dilalui oleh UMB sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Manek Urai sehinggalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. 
2. Berdasarkan keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini, jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi biro, sekretariat dan unit dalam PPUM masih kekal dan berkuat kuasa sehingga pemilihan parti. 
3. Berdasarkan perjanjian yang dibuat dengan para blogger dan cybertroopers sebelum mereka menyertai UMB, selepas operasi terakhir, iaitu PRU-13, semua blogger dan cybertroopers UMB TIDAK LAGI terikat dengan sebarang peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh UMB. Mereka bebas memilih untuk terus bersama UMB atau untuk menjadi blogger dan cybertroopers bebas seperti status mereka sebelum menyertai UMB.  
5. Sebagai blogger dan cybertroopers bebas, adalah tidak adil untuk saya dan UMB  menyekat mereka daripada menyuarakan pandangan mereka. Atas status BEBAS mereka ini, maka UMB dan saya tidak akan bertanggung jawab sama sekali dengan sebarang tulisan, kenyataan dan pendekatan mereka. 
6. Namun begitu, sekiranya terdapat operasi khas, misalnya himpunan Black-Out dan PRK yang memerlukan bantuan mereka, mereka akan dipanggil semula untuk membantu UMB dan BN. UMB akan mengambil mode ad-hocracy mulai hari ini.
 http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/umb-pasca-pru14-anda-blogger-dan.html

MKP Ayat Sempoi : Tun Faisal dah bagi "Green Light". Bukan SUSAH nak LONDEH.....SEMUDAH A,B,C....BUDAK TADIKA PUN RETI.....



Friday, June 7

PEMILIK KERETA YANG TERPERANGKAP DI DALAM RUNTUHAN DIKENAL PASTI....


Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar.

Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan itu untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.

Mangsa bagaimanapun belum dapat dikeluarkan lagi dari kereta itu dan kerja mengalih sisa tanjakan konkrit yang telah dipotong itu sedang giat dijalankan.

Semalam, runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung itu menghempap sebuah kereta dan seorang mangsa dipercayai terperangkap di dalam runtuhan itu.

Dalam kejadian itu, dua bahagian konkrit iaitu 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut runtuh secara tiba-tiba dan menghempap sebuah kenderaan.

Tiga orang iaitu dua pekerja asing dan seorang wanita tempatan cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, kerja mengangkat sisa runtuhan tanjakan konkrit yang dipotong sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan kejadian.

Jurucakap bomba berkata runtuhan tanjakan konkrit dan besi itu terpaksa dipotong lebih kecil bagi memudahkan kerja mengalih dan mengangkut dilakukan.

Katanya setelah runtuhan tanjakan itu dialih, barulah bomba dapat mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta akibat dihempap tanjakan konkrit itu.

Beliau berkata lebih 300 anggota pasukan yang terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedang bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan besi seberat beratus-ratus tan itu. - BERNAMA

Thursday, June 6

GEMPAR : JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG RUNTUH.........


Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.

Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.

Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.

Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. Sebuah kenderaan telah dihempap oleh runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan kesemua 4 mangsa yang berada didalam kenderaan tersebut meninggal.


Sunday, April 7

PADANG KOTA ADALAH KUBU KUAT DAP, BN PASTI KALAH DI SANA.........


Guan Eng membuat lompatan bagi menguji orang kuat BN di Pulau Pinang iaitu Chang Yeow. Bekas Exco Kerajaan Negeri itu mempunyai rekod empat kali bertanding di Padang Kota dan menang dalam tiga PRU. 

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Guan Eng menyatakan kesediaan untuk mencabar Pengerusi BN Pulau Pinang itu, seolah-olah sudah menjadi misi DAP untuk ‘menghapuskan’ setiap pemimpin utama BN di negeri itu secepat mungkin.

Jika pertemuan ini berlaku, maka sekali lagi siri pertarungan dua setiasuaha agung (SUA) parti politik negara bakal berulang di Pulau Pinang. Diselak kembali sejarah pertembungan dua SUA, ia berlaku pada PRU 1999 apabila Kit Siang (DAP) mencabar Chia Kwang Chye (Gerakan) di kawasan Parlimen Bukit Bendera. 

Pertembungan itu berkesudahan dengan Kit Siang ‘direhatkan’ selama sepenggal sebagai wakil rakyat. Beliau bukan sahaja gagal merampas kerusi Bukit Bendera yang sebelum itu disandang Kwang Chye tetapi pada masa yang sama dikalahkan di DUN Kebun Bunga oleh Dr. Teng Hock Nan.

Menyelak kembali perjalanan politik Chang Yeow, beliau mula bertanding pada PRU 1995 dalam misi BN-Gerakan merampas kembali kerusi yang pernah diduduki Chong Eu. Cubaan kali pertama menghasilkan kejayaan apabila beliau menewaskan orang kuat DAP, Karpal Singh.

Jika Guan Eng tidak silap membuat perkiraan memilih Padang Kota pada kali ini dan Gerakan menurunkan semula bekas calonnya itu, pertembungan dua SUA bakal menjadi kenyataan. Sudah tentu BN mahu menebus kembali kekecewaan yang dirasai pada 1990. 

Jika DAP mampu menumbangkan seorang ketua menteri yang begitu banyak jasanya kepada negeri itu, adakah BN tidak mampu mengalahkan pemimpin yang berhijrah dari Melaka untuk mencuba nasib politiknya di Pulau Mutiara? BN boleh menjadikan PRU kali ini untuk menumbangkan Guan Eng, tidak kira beliau bertanding di Padang Kota atau di mana sahaja.

PRU kali ini akan memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk memilih ketua menteri baru yang lebih memahami kehendak rakyat. Chang Yeow adalah orang lama di Pulau Pinang yang kehadirannya bukan sekadar mahu menjayakan misi politik. 

Maka lebih menarik jika pertembungan dua setiausaha agung ini berlaku. Memang elok dan kena pada masanya. Lebih menarik kalau Guan Eng bersedia mengikut ke mana sahaja Chang Yeow bertanding.

Di mana pula Chow Kon Yeow, penyandang kerusi Padang Kota akan bertanding? Bagi wakil rakyat DAP termasuk Kon Yeow, mereka bebas ke mana sahaja, bukan setakat di dalam negeri berkenaan tetapi juga di negeri lain seperti yang dilakukan oleh Kit Siang dan Guan Eng. 

Sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang, Kon Yeow boleh ke Air Putih bagi menggantikan Guan Eng. Jika rakyat Pulau Pinang terutama DAP merasakan Kon Yeow lebih layak, maka ini juga peluang terbaik untuk pengundi-pengundi mengembalikan semula jawatan ketua menteri kepada orang yang lebih tahu mengenai penduduk negeri itu. 

Kon Yeow bukanlah orang baru dalam politik DAP Pulau Pinang. Sudah dua penggal mewakili Parlimen Tanjong. Tanpa Guan Eng, Kon Yeow juga layak, Sebelum ini pelbagai kisah kedengaran di- sebalik kepemimpinan Guan Eng. Ada yang tidak puas hati terhadap corak pentadbiran ketua menteri itu. Ada pihak mahu ‘mengusir’ Guan Eng supaya kembali ke Melaka atau mengikut jejak bapanya ke Johor.

Bagi pengundi-pengundi di negeri itu, inilah peluang untuk mereka ‘ubah’ kerajaan DAP seperti slogan yang dianjurkan oleh parti itu menjelang PRU akan datang. Mereka ada pilihan sama ada ubah jawatan ketua menteri yang disandang Guan Eng kepada wakil BN melalui Chang Yeow atau kekal kepada DAP melalui Kon Yeow.

Jangan silap membuat pilihan. Cukuplah setakat kerajaan negeri dan DAP ‘silap kira dan silap taip’. Pengundi jangan silap. Pilihan biar tepat. Perubahan di tangan anda!


Saturday, March 30

PPSB minta Rejim DAP jelas kedalaman terowong #GulingDAP #SavePenang


Penang Port Sdn Bhd (PPSB) hari ini meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung kedalaman projek terowong dasar laut sepanjang 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. 
    
Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar berkata kerajaan negeri perlu mengemukakan maklumat terperinci berhubung projek itu memandangkan lokasi pembinaannya pastinya akan menyekat laluan kapal-kapal besar di sebelah utara, sekali gus mempengaruhi operasi PPSB.
    
"Kita nak tahu berapa kedalaman terowong itu nanti... mereka (kerajaan negeri) kata 14 meter. Kita mahu 17 meter ke 20 meter. Apa akan berlaku sekiranya terowong itu, menyekat laluan kapal.
    
"Kita tak tahu apa akan berlaku pada tahun 2025, 2030.. kapal semakin besar dan laluan kapal perlu lebih dalam, baru kapal boleh masuk," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kerja PPSB di sini.
    
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq.
    
Ahmad berkata kerajaan negeri sepatutnya berbincang dengan PPSB terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membina terowong dasar laut berkenaan.  
    
"Kami dijemput selepas mereka membuat keputusan membina terowong, ini tidak adil dan ini bukan caranya," katanya.
    
Sementara itu, Nor Mohamed berkata tindakan kerajaan negeri menjemput orang awam berbincang selepas memutuskan untuk membina terowong itu jelas membuktikan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mempunyai pengalaman mentadbir negeri.
    
"Kepimpinan yang baik, cara dia buat kerja sebelum buat satu keputusan dia akan bincang dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat.
    
"... lepas tu buatlah keputusan. Itu cara seorang pemimpin sebuah kerajaan yang bijaksana, tahu mentadbir," kata Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor.
   
Sementara itu, bercakap pada sidang akhbar berasingan di sini Ketua Publisiti Barisan Nasional (BN) negeri Tan Cheng Liang berkata BN Pulau Pinang membantah cadangan pembinaan terowong dasar laut itu kerana ia akan menjejaskan ekonomi Pulau Pinang berikutan kapal-kapal besar akan dihalang memasuki kawasan pelabuhan.
    
"Selama ini, lebih 90 peratus pelabur membawa masuk barangan melalui jalan laut kerana kos lebih murah dan jika mereka gagal berbuat demikian pasti Pulau Pinang akan terjejas teruk terutama pekerja kilang dan industri hiliran," kata Tan yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
    
Katanya BN negeri juga mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai 'salah taip' kos pembinaan projek terowong berkenaan tindakan itu didakwanya cuba menipu rakyat Pulau Pinang.
    
"Bagaimana semua itu (salah taip) boleh terjadi sedangkan perjanjian bagi projek berkenaan melibatkan syarikat luar negara, adakah syarikat itu juga melakukan perkara sama (salah taip).
    
"Rakyat Pulau Pinang perlu tahu perkara sebenar kerana ia (projek terowong) melibatkan kos yang besar. Sudah sampai masanya rakyat negeri ini buka mata dan minda, lihat permainan kerajaan negeri yang cuba menipu (rakyat Pulau Pinang)," katanya.
    
Akhbar melaporkan, Lim memberi alasan berlaku masalah 'silap taip' dalam pengumumannya mengenai peningkatan kos sebanyak RM2.2 bilion bagi pembinaan projek terowong dasar laut yang sebelum ini dilaporkan hanya RM4.08 bilion dan terkini berjumlah RM6.3 bilion.

Saturday, February 2

GUAN ENG CUBA CETUSKAN PERKELAHIAN DIANTARA KAUM INDIAN MUSLIM......


Alhamdulilah, Setelah 2 minggu pihak India Muslim mencari siapa dalang yg memasang (gantung) banner (banting) yg isi kandungan seperti di dalam gambar ni (WARGA INDIA MUSLIM SOKONG YAB LIM GUAN ENG DALAM ISU KALIMAH ALLAH) setelah pihak pemuda menerima aduan berkenaan banner ini dipasang di beberapa kawasan di Pulau Pinang

Ketua pemuda sendiri dapat melihat dengan mata sendiri dan cuba mendekati 3 org yang berbangsa cina sedang pasang banner ini.

Tetapi mereka sempat melarikan diri dengan sebuah kereta waja warna meroon number pendaftaran di wilayah, Sejurus itu Pihak Pemuda telah pun membuat aduan kepada pihak polis jalan petani pada pukul 2.00pagi , Untuk pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Untuk maklumat anda semua pihak ngo2 India Muslim Pulau Pinang telah membuat sidang media dan mengatakan bantahan terhadap pengunaan kalimah allah kepada orang yang bukan islam.

SEKALI LAGI KAMI INGIN TEGASKAN JANGAN SESEKALI BERPOLITIKAN KALIMAH ALLAH.
GEORGETOWN  - Pemuda Liga Muslim Pulau Pinang mencadangkan semua Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri mewartakan kalimah Allah dalam perundangan sivil negeri dan persekutuan. 
Ketuanya, Noor Mohamed Mohamed Abdullah berkata, tindakan mewartakan kalimah ALLAH dalam perundangan sivil bertujuan meletakkan nilai eksklusif penggunaan kalimah hanya untuk orang Islam sama ada dalam bentuk cetakan atau pertuturan. 
"Kami memohon dan merafak sembah agar Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengesyorkan kepada Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama mewartakan kalimah ALLAH ini supaya kalimah itu tidak diguna pakai sewenang-wenangnya orang bukan Islam," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. 
Beliau berkata pihaknya bersama 13 badan bukan kerajaan (NGO) negeri yang lain akan bekerjasama menyediakan memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat. 
Noor Mohamed berkata, pihaknya juga membantah sebarang penggunaan kalimah ALLAH dalam apa juga bentuk cetakan yang bukan diterbitkan untuk orang Islam. 
"Jika dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH untuk tujuan tersebut, ia akan menyebabkan pengaruh pluralisme yang membawa kepada kesamarataan agama di negara ini," katanya. - Bernama


Friday, February 1

ADAKAH MEREKA INI BETUL RAKYAT MALAYSIA.....PENIPU......?


MKP berasa pelik dan musykil dengan alasan yang telah diberikan oleh Pengadu ini mendakwa sijil kelahiran anaknya hilang dan sukar mendapatkan kembali salinan sijil kelahiran.MKP pernah berdepan situasi yang sama dan tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan salinan tersebut.

Sijil Kelahiran hilang, rosak atau musnah. Bagaimana mendapatkan Salinan atau Cabutan Sijil Kelahiran?

Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-

Datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan atau salinan seterusnya mengisi Borang JPN.LM15. Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran. 

Ibu yang baru melahirkan anak. Siapakah yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak tersebut?

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

- Bapa kanak-kanak atau; 

- Ibu kanak-kanak atau; 

- Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau; 

- Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau

- Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak. 

Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran dan usianya telah melebihi 42 hari.

Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di Malaysia, boleh membuat Pemohonan Daftar Lewat Kelahiran di mana-mana kaunter JPN berhampiran. 

Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah)
(untuk orang yang bukan beragama Islam)

Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut.  

Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama  dengan ibu kanak-kanak. 

Ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran.

Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.

Pengadu nie mungkin gagal beberapa syarat diatas dan mustahil mendapat sijil kelahiran jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan..Yang peliknya kenapa permohonan perlu dibuat di Pulau Pinang sedangkan rekod kelahiran ada di Kuala Lumpur.MKP rasa ini adalah taktik penipuan pihak pembangkang untuk meraih simpati meraih sokongan rakyat....

MKP Ayat Sempoi : Nak tipu pun agak-agaklah Bukan semua orang bodoh macam pembangkang....




Monday, January 21

MALIK KASIM MAIN WAYANG ISU EDAR BIBLE PADA PELAJAR........?


Exco Agama Islam Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim tidak perlu menunggu laporan rasmi untuk bertindak bersabit pengedaran kitab Bible di kalangan masyarakat Islam di negeri itu.

MKP mengesa Malik secara proaktif menyiasat justeru memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan segera.

"Datuk Malik kata Majlis Agama Negeri Islam Pulau Pinang tidak boleh bertindak tanpa terima laporan.

Alasan boleh dikatakan main wayang.MAINPP boleh bertindak atas budicara kuasa yang ada pada mereka. MAINPP perlu mengekang insiden berkenaan sebelum ianya menjadi lebih parah.

Malik sebelum ini berkata pihaknya masih menunggu laporan rasmi untuk diambil tindakan segera oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri itu.

"Sehingga kini, saya masih belum menerima sebarang laporan. Kita tidak boleh ambil tindakan semata-mata merujuk kepada laporan di media.

Kerajaan negeri dan MAINPP tidak meremehkan isu ini memandangkan ia boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya pengedaran Bible ini tidak dikekang dan diatasi dengan segera dalam kalangan penganut Islam.

Dakwaan baru ini berkisar kepada Bible bahasa Inggeris yang turut mengandungi tulisan jawi dikesan diedar di sekolah di Pulau Pinang dipercayai untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan pelajar Islam.

Penyebaran itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki tersebut di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.

Friday, December 28

NGO DIBAYAR SUPAYA BERDEMO DIKOMTAR....?


Sekumpulan umat Islam terdiri daripada ahli PAS dan beberapa NGO mengadakan bantahan terhadap Lim Guan Eng yang menjadi pelampau meniup kebencian agama terhadap penganut agama Kristian.

Beberapa orang penyokong Ustaz Hafiz Nordin bekas ketua pemuda PAS dan para pengikutnya yang konsisten melawan Lim Guan Eng dalam isu nama Allah.

Friday, December 7

@NajibRazak Tak Jadi Mai Penang #1Malaysia #TolakFitnah


Mungkin kain rentang ini membuktikan bahawa esok kehadiran DS Najib Razak bersama Rakyat Pulau Pinang..Begitu hebatnya game yang dimainkan pencacai² & blogger pendokong LGBT sehingga sanggup membuat fitnah ke atas DS Najib dan cuba untuk mensabotaj program rakyat bersama² dengan pemimpin negara.

Saturday, November 17

PANAS : MELAYU TELUK KUMBAR DIHALAU OLEH DAP?



Semakin hari semakin pupus orang-orang Melayu di Teluk Kumbar khususnya dan di bahagian Pulau, Pulau Pinang amnya. Rumah yang sedang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan pula harga ratus-ratus ribu ringgit. Tidak ada lagi rumah-rumah murah seperti harga RM25 ribu atau RM45 ribu yang dibina oleh kerajaan BN suatu masa dahulu.

Satu lagi kampung Melayu, Kampung Nelayan, Teluk Kumbar akan lenyap tidak lama lagi. Sebahagian penduduk telah menerima perintah mahkamah dalam tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah di situ. Kena halau lagi!


Friday, November 2

TERCIPTA SEJARAH : KATAK DAN BERUDU AKAN BERTELOQ JUA.......


Undang-undang yang tak boleh pakai telah tercipta didalam sidang DUN Pulau Pinang semalam.Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam meluluskan rang undang-undang 'Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012' bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan.

Tapi rang undang-undang yang diluluskan itu memang tak boleh dipratikkan di Negara ini...Sebuah undang-undang menentang lompat parti tidak akan berkesan walaupun ia diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana ia bukan perlembagaan.Undang-undang seperti itu bertentangan dengan ketetapan Mahkamah Agung 1992.


Thursday, November 1

KESIAN KENA GIGIT RUPANYA NENEN DIA?

dulu heboh kat Penang pasal nenen nie.Bila sebut kes nenen sudah tentu Rakyat Penang tahu siapa pemimpin yang kena tempiasnya....Sapa lagi kalau bukan Tokong Crocky Erogan....Meroyan sampai saman-menyaman beb...

Hari nie dasar kecut teloq supaya tidak lagi lantang mendedahkan pembohongan Tokong Crocky Erogan.Speaker telah mengantung Datuk Azhar sebagai ketua pembangkang selama 6 bulan.....ini kali kedua telah digantung dan sebab digantung dari menghadiri sidang DUN telah bertekad untuk bertanding semula pada PRU-13.......Seperti gambar diatas jugaklah boya dah gigit nenen untuk mencegah pekara nie berulang gantung ajelah.....


Monday, October 22

MALIK KASIM ABAIKAN PENGUNDI BATU MAUNG? @DzainalAbidin


Setelah dedahan dibuat oleh Blogger KLIK mengenai nasib penduduk di Kampung Tepi Bendang Batu Maung semalam satu inisiatif telah dilakukan oleh UMNO Negeri Pulau Pinang.

Program Walkabout Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, ke Kampung Permatang Tepi Bendang, Batu Maung, P.Pinang.

Perjumpaan dengan lebih 100 Orang penduduk Yang terlibat dengan perpindahan kerana Pemaju akan memajukan tanah tersebut. Satu lagi Kampung Melayu (42 buah rumah) akan lenyap di P.Pinang.

Bagi UMNO Pulau Pinang dengan pertemuan ini yang mendapat sambutan amat mengalakkan dari penduduk yang hadir boleh dikatakan semua yang terlibat hadir...Sentuhan dari pemimpin serba sedikit boleh meringankan beban yang bakal ditanggung oleh mereka...

Beginilah siri nasib malang yang berterusan menimpa melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan rejim Guan Eng.

Wednesday, October 17

BONGKAR: Guan Eng Salah Tadbir Di Pulau Pinang


DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%.  Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis, cauvanis cina ini, dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah.

Maka para penyokong Pakatan Rakyat dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain, menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive