Showing posts with label jpn. Show all posts
Showing posts with label jpn. Show all posts

Friday, February 1

ADAKAH MEREKA INI BETUL RAKYAT MALAYSIA.....PENIPU......?


MKP berasa pelik dan musykil dengan alasan yang telah diberikan oleh Pengadu ini mendakwa sijil kelahiran anaknya hilang dan sukar mendapatkan kembali salinan sijil kelahiran.MKP pernah berdepan situasi yang sama dan tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan salinan tersebut.

Sijil Kelahiran hilang, rosak atau musnah. Bagaimana mendapatkan Salinan atau Cabutan Sijil Kelahiran?

Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-

Datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan atau salinan seterusnya mengisi Borang JPN.LM15. Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran. 

Ibu yang baru melahirkan anak. Siapakah yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak tersebut?

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

- Bapa kanak-kanak atau; 

- Ibu kanak-kanak atau; 

- Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau; 

- Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau

- Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak. 

Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran dan usianya telah melebihi 42 hari.

Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di Malaysia, boleh membuat Pemohonan Daftar Lewat Kelahiran di mana-mana kaunter JPN berhampiran. 

Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah)
(untuk orang yang bukan beragama Islam)

Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut.  

Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama  dengan ibu kanak-kanak. 

Ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran.

Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.

Pengadu nie mungkin gagal beberapa syarat diatas dan mustahil mendapat sijil kelahiran jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan..Yang peliknya kenapa permohonan perlu dibuat di Pulau Pinang sedangkan rekod kelahiran ada di Kuala Lumpur.MKP rasa ini adalah taktik penipuan pihak pembangkang untuk meraih simpati meraih sokongan rakyat....

MKP Ayat Sempoi : Nak tipu pun agak-agaklah Bukan semua orang bodoh macam pembangkang....




Thursday, January 31

SAH MEMANG MAZFUZ GUNA SURAT TIPU.........


Seperti yang MKP laporkan semalam KLIK hari ini telah berlangsung sidang media mengenai dakwwan surat palsu yang telah digunakkan oleh YB Penipu Pakatan Rakyat.Ternyata mereka terdesak dan mencari isu untuk menyerang JPM dan KDN...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata surat arahan agar pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah, yang didakwa dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said, adalah palsu.
 
Hishamuddin berkata, Jariah akan membuat laporan polis hari ini bagi menyiasat tuduhan itu.  
 
"Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.
 
"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.
 
Hishamuddin berkata demikian bagi menjawab tuntutan penjelasan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam yang mendakwa JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.
 
Surat bertarikh 14 Disember itu diedarkan kepada semua pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.


Wednesday, January 30

MAHFUZ GUNA SURAT PALSU UNTUK FITNAH @jpnm_official @KDNPUTRAJAYA


Lawak tahap gaban dah Mahfuz nie. Sampai tak ade modal nak fitnah sanggup guna surat palsu yang direka cipta.MKP bukan bercakap kosong tapi telah mendapat pengesahan dari KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung isu ini. Sidang media akan dibuat kemudian dan berikut adalah tweet rasmi dari Jabatan berkenaan.



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

Sebelum nie wartawan mereka pun kantoi jugak puak harami nie dengan dedahan yang telah dibuat oleh blogger doubleYY KLIK


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive