Showing posts with label mahfuz omar. Show all posts
Showing posts with label mahfuz omar. Show all posts

Thursday, January 31

SAH MEMANG MAZFUZ GUNA SURAT TIPU.........


Seperti yang MKP laporkan semalam KLIK hari ini telah berlangsung sidang media mengenai dakwwan surat palsu yang telah digunakkan oleh YB Penipu Pakatan Rakyat.Ternyata mereka terdesak dan mencari isu untuk menyerang JPM dan KDN...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata surat arahan agar pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah, yang didakwa dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said, adalah palsu.
 
Hishamuddin berkata, Jariah akan membuat laporan polis hari ini bagi menyiasat tuduhan itu.  
 
"Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.
 
"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.
 
Hishamuddin berkata demikian bagi menjawab tuntutan penjelasan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam yang mendakwa JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.
 
Surat bertarikh 14 Disember itu diedarkan kepada semua pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.


Wednesday, January 30

MAHFUZ GUNA SURAT PALSU UNTUK FITNAH @jpnm_official @KDNPUTRAJAYA


Lawak tahap gaban dah Mahfuz nie. Sampai tak ade modal nak fitnah sanggup guna surat palsu yang direka cipta.MKP bukan bercakap kosong tapi telah mendapat pengesahan dari KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung isu ini. Sidang media akan dibuat kemudian dan berikut adalah tweet rasmi dari Jabatan berkenaan.



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

Sebelum nie wartawan mereka pun kantoi jugak puak harami nie dengan dedahan yang telah dibuat oleh blogger doubleYY KLIK


Friday, October 19

TAK MENIPU BUKAN MAHFUS JAWABNYA?


Datuk Seri Noh Omar membidas Datuk Mahfuz Omar berkenaan isu benih padi yang didakwa oleh ahli parlimen Pokok Sena datang dari syarikat kroni sebagai “tidak benar”.Tuduhan bahawa pemberian tender ini diberikan kepada kroni adalah tidak benar kerana kementerian masih memberikan peluang untuk syarikat berminat memenuhi syarat tender walaupun tarikh tender telah tamat.


Saturday, September 22

BULU HILANG PUN LAPOR POLIS KE?


Ceramah macam nie pun hang buat ke Mahfuz Bean?Nak kutuk dan memperlekehkan orang lain gunalah cara lain yang lebih berhemah.Nak kat kurang ilmu agama rasanya puak PAS nie pandai dan sampai terlebih pandai la jadi macam nie agaknya...


MKP agaklah habis semua orang kampung kena tipu dengan Mahfuz nie....Kalau ceramah kat kawasan bandar bila cakap macam nie sudah tentu kena maki mahupun paling sikit kena baling teloq...Orang kampung mana baca suratkhabar The Sun beb.Tua pasal ceramah gunakkan nama surat khabar berbahasa orang putih.Kesian MKP tengok orang kampung kena tipuuu......

Yang paling best pulak apa kena mengena Menteri dengan kes nie.Takkan benda kecil macam nie pun Menteri kena masuk campur . Jika benda macam nie terjadi kepada ahli keluarga Mahfuz sanggupkah beliau berceramah menjaja nama ahli keluarga beliau?Rasanya tidak akan keluar sepatah pun....Mahfuz telah menghina dan mangaibkan orang lain...MKP nak tanya apa hukumnya mengaibkan kemaluan orang lain dikhalayak ramai.....?


Thursday, May 10

Mahfuz Dakwa Dalam Ceramah - Najib Minta Komisen RM3Bil Isu Scorpene ..... SO, NAK BIARKAN SAJA?


Mazfuz Bean mengila dalam ceramahnya,terbaru video ceramahnya telah jelas mendakwa bahawa DS Najib Minta Komisen RM3Bil Isu Scorpene?Tapi kalau cerita begini disebarkan dengan meluas dengan berani secara terbuka dimerata ceruk negara ..... takkan nak dibiarkan begitu saja ? ? ?Diatas adalah Ceramah Mahfuz di Kuala Berang 8 Mei 2012. Dakwaan diucap depan orang ramai, video di upload dalam Youtube dan pastinya disebarkan denga meluas !

Nak jumpa, bayar RM3bil ! Belum beli lagi ...... Bila dah beli ... siap settle semua perjanjian ... entah berapa ? Ini menyebabkan kapalselam itu menjadi harga dia lebih mahal daripada yang dibeli oleh India, yang dibeli oleh negara-negara lain didunia ini.

Sebab apa? Sebab nak bayar kepada Perimekar, nak bayar kepada Datuk Najib, nak bayar kepada kroni-kroni kepada Perdana Menteri !

PERSOALAN SAYA - Apakah Najib @ Umno @ Pihak Berkuasa harus berdiam diri dengan dakwaan sedemikian ? READ MORE

Saturday, April 7

BILA MASA MAHFUZ JADI TOK BOMOH TANGKAP HANTU?


Nama-nama jin dan hantu di dalam masyarakat melayu tidak tercatat di dalam al Quran dan hadith bukan bermaksud kewujudan mereka ditolak.Sebagaimana nama melayu,jawa,minang dan bangsa-bangsa lain tidak terdapat di dalam al Quran dan hadith,namun tiada seorang pun yang menolak kewujudannnya.Tidak di ketahui secara tepat samada jin yang memberi nama-nama tersebut atau manusia yang menggelar mereka dengan nama-nama tersebut.Antara jenis-jenis jin atau hantu dalam masyarakat melayu ialah :

Bajang

Bajang adalah golongan jin yang dipelihara oleh manusia bertujuan memudaratkan musuh. Sesiapa yang ingin memilihara bajang sebagai kahdamnya hendaklah melakukan pemujaan terhadap jin melalui mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan jin jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing . Antara gangguan yang dilakukannya ialah menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Tuan bajang hendaklah menyimpan bajang di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya ingin ‘menyerang’ musuhnya

Hantu Raya

Hantu Raya adalah golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Ia dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat dan juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Tuan Hantu Raya yang dipelihara itu perlu memberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian mengandungi telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Bahaya berdamping dengan Hantu Raya dan sama bahaya berdamping dengan Mahfuz

a. Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.

b. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.

c. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.

d. Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal
Salah satu kaedah tuan punya menurunkan hantu rayanya kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.Geng PAS dan PKR boleh balun bini orang.....



Dalam satu ceramah anjuran Ngo BERSIH 3.0 semalam di ibunegara, Mahfuz telah buat satu pendedahan paling mangkak dan sejak bila pulak dah jadi bomoh.. Kata Mahfuz, pendedahan dia tu mampu menumbangkan BN pada PRU13 nanti..

Mengikut kenyataan Mahfuz, 3-4 hari lepas telah berlangsungnya satu program anjuran Umno. Dalam program Umno tu ada disediakan pulut kuning tiga lapis untuk orang ramai..

Yang bestnya, Mahfuz dakwa pulut kuning 3 lapis tu berharga RM 19ribu... Diulangi sekali lagi..., Sembilan belas ribu ringgit Malaysia.Awat UMNO nak bagi hantu raya mana makan apa punya bangang statement Mahfuz ni.. Memang mustahil pulut kuning 3 lapis berharga sampai RM 19ribu.., tapi itulah yang Mahfuz kata..Mahfuz dari Pokok Sena tu.. Nampak sangat akal dia hanya bertaraf budak-budak tadika PASTI..

Dan Mahfuz kata.., lagi 2-3 hari dia akan dedahkan semua bukti pasal dakwaan dia tu..

Come on lah Mahfuz..., buat pulut kuning berharga RM 19ribu nak buat apa? Nak buat halau hantu setan Pakatan agaknya kot?

MKP Ayat Sempoi ; Bodoh punya Mahfuz!!

Wednesday, March 14

VIDEO PALING LAWAK UNTUK MAHFUZ BEAN.



Video nie MKP tujukan kepada mahfuz Bean yang agak kelakar apabila berada di Sidang Parlimen hari nie kerana berjaya membuat kecoh ketika meluahkan ketidak puas hatinya terhadap Perdana Menteri.Pemansuhan Sistem Baru Perkhimatan Awam berjaya membuat Mahfuz dan beruk dari pakatan rakyat meroyan pasal otak depa semua dah tak berapa betul,apa kata cuba teknik yang telah MKP berkan diatas pasti berhasil....

Apa punya kamjat Mahfuz Bean nie,Kerana soalan beliau tidak dijawab dah jadi gila hingga bersikap kurang ajaq macam celaka dalam dewan tue.Dah batal apa lagi hampa mau kita bukan hendak menjaga 36 orang sahaja yang telah tandatangan perjanjian tersebut malahan PM pastinya mahu menjaga berjuta penjawat awam yang lain.......Selamat menonton MR Mahfuz Bean. 

MKP Ayat Sempoi : Mahfuz sudah-sudahlah dok jaga tepi kain orang lebih baik pi tengok pokok sena tue ramai pengundi hang dok nak kona hang lepaih nie>>>>>



Monday, January 23

MahFuzBeanS Perli DS Rosmah?




Macam-macam perangai betul orang pembangkang dan portal berita belaannya.  Puncanya tak puas hati 2 perkara - kes Anwar dipohon untuk rayuan ke peringkat lebih tinggi dan Karpal Singh diarah membela diri oleh Mahkamah Rayuan kerana menghina Sultan Perak pada 2009 (walaupun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi).

Justeru, nama Datin Sri Rosmah sekali lagi dijadikan bahan oleh HaprakahDaily (portal berita belaan pembangkang) kononnya berbelanja mewah di Australia baru-baru ini.  Akalnya, untuk mencuit Datuk Seri Najib, kononnya Najib macam suami lain yang akan melatah bila maruah isterinya dipersendakan.

Ini bukan kali pertama membabitkan modus operandi sama – paper Australia, Rosmah shopping sakan.  Ia pernah berlaku dulu semasa mesyuarat Ketua-Ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) berlangsung Australia dimana Datin Sri dituduh berbelanja sekian ratus ribu ringgit bersama anak perempuannya oleh sebuah akhbar Australia.

Akhirnya terbukti pun perkara itu tidak benar bila akhbar itu sendiri meminta maaf kepada Najib dan isteri.
Tapi ada ke sekelumit permohonan maaf oleh puak-puak ini kepada Najib dan isteri?  Haram takde, tapi dalam masa yang sama mereka juga orang yang menjaja kesana sini sebagai lebih islamik dari orang lain.

Malah kalau tak keterlaluan MKP katakan Rosmah sendiri sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkannya.  Najib pula ada tahap kesabaran yang terlalu tinggi sehinggakan peliwat macam Anwar yang punya kulit biawak pun tidak terlawan dengan kesabaran Najib.

Pernah satu ketika Anwar hilang sabar bila diaju soalan bertalu-talu dalam soal skandal video seksnya dengan pelacur China.  Najib?  Bila yang kita ada lihat beliau hilang sabar bila isterinya difitnah pembangkang?

Macam-macam perkara buruk Anwar pernah labelkan pada Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah.  Dari pengkhalwat, penzina dan pembunuh, apa sahaja yang Anwar tak pernah label kepada kedua orang yang baik-baik ini.

Pada balaci, Anwar mungkin kelihatan baik kerana pelihara isteri dan anaknya bertudung tapi kalau harap bertudung saja sedangkan mulut lancar mengata dan menipu orang buat apa?  Contoh jam Omega.  Sehingga kini masih tidak ditunjukkan walaupun dakwanya ada dalam simpanan di rumah dan sidang akhbar yang mengatakan jam tersebut ada dalam simpanan pun diadakan di rumah itu sendiri!!

Rosmah mungkin dapat dosa tak bertudung tapi Anwar, isteri dan anaknya dapat dosa berbohong dan memfitnah orang, itu lagi haru.

Dakwaan terbaru ini satu lagi fitnah pembangkang yang membayar akhbar Australia untuk menyiarkan berita tersebut.  Tak payah tanya bukti, macamlah akhbar Australia itu ada kemukakan bukti pun untuk menuduh Rosmah.

Hanya kerana waktu ini musim cuti perayaan, pembangkang boleh main habis-habisan sementara menunggu penjelasan rasmi dari pejabat Perdana Menteri.  Tapi percayalah, selepas jawapan disediakan semua mulut yang rancak mengata ini akan sekali lagi terdiam – sekali lagi.MYKMU

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive