Showing posts with label fitnah ds najib razak.Pakatan. Show all posts
Showing posts with label fitnah ds najib razak.Pakatan. Show all posts

Tuesday, February 7

Rosmah Di Fitnah Ketika Perayaan Thaipusam (Penang).


Semalam apabila berada di Waterfall jalan kebun,satu risalah telah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menfitnah DS rosmah Mansor serta Kepimpinan DS Najib Razak.Pada mulanya MKP berat hati jugak untuk pergi kesana akan tetapi setelah diberitahu hal sedemikian pergi jugaklah walaupun jalan sesak.

Perbuatan ini jelas didalangi oleh pihak tertentu dari PKR dan pakatan harami yang kini dilihat terdesak untuk mendapat sokongan dari kaum india yang kini telah beralih arah menyokong BN.Pakatan haram ternyata mahu menjatuhkan imej Perdana Menteri. Kini, Pakatan Pembangkang terdesak untuk mencari isu untuk menyerang peribadi Najib dalam menjatuhkan kerajaan pimpinannya. Untuk itu, setiap apa cara yang dilakukan Pakatan Pembangkang kini menjurus kepada serangan ke atas peribadi Najib dan Rosmah.

Kenapa isu Anwar bakal dipenjarakan dimainkan dan ini jelas satu penipuan kerana mahkamah telah melepaskan Anwar.Adakah sintimen undi simpati terhadap anwar dimainkan sekali lagi?

APakah relevennya hadi serta Pok Nik ada sidalam gambaq tersebut?Isu agama islam dan Hindu perlu dimainkan jugak?????






Monday, January 23

MahFuzBeanS Perli DS Rosmah?




Macam-macam perangai betul orang pembangkang dan portal berita belaannya.  Puncanya tak puas hati 2 perkara - kes Anwar dipohon untuk rayuan ke peringkat lebih tinggi dan Karpal Singh diarah membela diri oleh Mahkamah Rayuan kerana menghina Sultan Perak pada 2009 (walaupun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi).

Justeru, nama Datin Sri Rosmah sekali lagi dijadikan bahan oleh HaprakahDaily (portal berita belaan pembangkang) kononnya berbelanja mewah di Australia baru-baru ini.  Akalnya, untuk mencuit Datuk Seri Najib, kononnya Najib macam suami lain yang akan melatah bila maruah isterinya dipersendakan.

Ini bukan kali pertama membabitkan modus operandi sama – paper Australia, Rosmah shopping sakan.  Ia pernah berlaku dulu semasa mesyuarat Ketua-Ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) berlangsung Australia dimana Datin Sri dituduh berbelanja sekian ratus ribu ringgit bersama anak perempuannya oleh sebuah akhbar Australia.

Akhirnya terbukti pun perkara itu tidak benar bila akhbar itu sendiri meminta maaf kepada Najib dan isteri.
Tapi ada ke sekelumit permohonan maaf oleh puak-puak ini kepada Najib dan isteri?  Haram takde, tapi dalam masa yang sama mereka juga orang yang menjaja kesana sini sebagai lebih islamik dari orang lain.

Malah kalau tak keterlaluan MKP katakan Rosmah sendiri sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkannya.  Najib pula ada tahap kesabaran yang terlalu tinggi sehinggakan peliwat macam Anwar yang punya kulit biawak pun tidak terlawan dengan kesabaran Najib.

Pernah satu ketika Anwar hilang sabar bila diaju soalan bertalu-talu dalam soal skandal video seksnya dengan pelacur China.  Najib?  Bila yang kita ada lihat beliau hilang sabar bila isterinya difitnah pembangkang?

Macam-macam perkara buruk Anwar pernah labelkan pada Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah.  Dari pengkhalwat, penzina dan pembunuh, apa sahaja yang Anwar tak pernah label kepada kedua orang yang baik-baik ini.

Pada balaci, Anwar mungkin kelihatan baik kerana pelihara isteri dan anaknya bertudung tapi kalau harap bertudung saja sedangkan mulut lancar mengata dan menipu orang buat apa?  Contoh jam Omega.  Sehingga kini masih tidak ditunjukkan walaupun dakwanya ada dalam simpanan di rumah dan sidang akhbar yang mengatakan jam tersebut ada dalam simpanan pun diadakan di rumah itu sendiri!!

Rosmah mungkin dapat dosa tak bertudung tapi Anwar, isteri dan anaknya dapat dosa berbohong dan memfitnah orang, itu lagi haru.

Dakwaan terbaru ini satu lagi fitnah pembangkang yang membayar akhbar Australia untuk menyiarkan berita tersebut.  Tak payah tanya bukti, macamlah akhbar Australia itu ada kemukakan bukti pun untuk menuduh Rosmah.

Hanya kerana waktu ini musim cuti perayaan, pembangkang boleh main habis-habisan sementara menunggu penjelasan rasmi dari pejabat Perdana Menteri.  Tapi percayalah, selepas jawapan disediakan semua mulut yang rancak mengata ini akan sekali lagi terdiam – sekali lagi.MYKMU

Friday, October 14

Lagi fitnah bangang oleh PRo Pembangkang.


Entah kenapa ada puak-puak terdesak dalam politik Malaysia yang asyik menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan fitnah berbentuk agama.
Ada sahaja pihak yang cuba menimbulkan syak terhadap akidah Perdana Menteri.
Lihat gambar di atas, tidak lama dahulu ia agak popular. Bagi yang mengikuti politik Malaysia pasti sudah melihat gambar ini beberapa tahun lalu ketika ia disiarkan Raja Petra Kamaruddin (yang kini semakin tidak relevan) di portal miliknya.
Ternyata gambar di atas adalah palsu.
Namun ketika ia disebarkan, ia dicanang banyak pihak seolah-olah ia benar, dan penyokong puak yang mencipta gambar itu dengan penuh keangkuhan mengutuk Najib.
Walaupun sedar gambar itu rekaan dan kisah Najib melakukan upacara keagamaan Hindu di rumahnya tidak benar, namun puak mentaliti rendah itu tetap mengutuk beliau.
Semalam kita sudah lihat ada pihak yang cuba menzahirkan Najib tunduk menyembah salib pula.
Kepada puak-puak macam ni, hentikanlah ok. Udah-udah la tu.
Perangai macam ini, anda bukan sahaja menghina Islam, anda juga menghina agama-agama lain.
Menzahirkan Najib sebagai seorang sami sedangkan hakikatnya itu fitnah, menghina Islam dan menghina Hindu sekali.
Kita yang beragama Islam jangan melihat diri kita terlalu agung sehingga kita boleh menjatuhkan maruah agama lain sesuka hati kita.
Kalau kita berfikiran demikian, maka tidak ada bezanya antara kita dengan bangsa Yahudi.
Kita sebaliknya perlu belajar menghormati semua agama tanpa kita memperdagangkan atau menaruh syak atas ajaran agama Islam.
Dari segi politik, carilah pendekatan atau ilham lain.
Ada ahli politik pembangkang yang benar-benar bagus di negara ini seperti Karpal Singh umpamanya.
Mereka kalau bersaing dalam politik, mereka ada hujah dan pendapat sendiri. Kukuh atau tidak hujah mereka itu soal lain.
Namun mereka tidak berlawan dengan aspek-aspek yang remeh. Belajar pada mereka ini.
Untuk semut-semut kecik yang takda kerja atau bosan dengan kehidupan sendiri, luangkanlah masa untuk mencari sesuatu yang berfaedah untuk dibuat.
Kalau anda boleh tampil dengan video yang sukar disangkal ketulenannya, maka ketika itu anda buatlah apa yang anda suka, itu boleh bentuk milage politik yang kukuh…. tetapi setakat mereka-reka gambar cam kutuk berahak takda kerja, baik hentikanlah.
Untuk skor beberapa poin politik, anda mempersoalkan akidah orang Islam yang lain dengan kaedah yang betul-betul bodoh. Siapa anda untuk berbuat demikian?
Oleh Ak-47.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive