Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Sunday, March 24

BILA PULAK ANUWAR JADI SPECIAL "A"


Anuwar dah jadi maskot bijirin la pulak. Apa kejadah nie semua der....Takkan nak popular pun sampai macam nie jadinya......


Thursday, March 21

VIDEO : BLOGGER UMNO KENA PUKUL.........


Berita tergempar yang MKP terima dari sumber yang boleh dipercayai. Kejadian berlaku di pinggir Kuala Lumpur. 

Dasyat kejadian aksi tembak menembak mengalahkan Meriam Padang Kota der.... Bukan apa kawan MKP nie pun satu nak cerita pun tak kisah tapi janganlah sampai aksi Hero Filem Tamil pun masuk sekali. Nasib baik tak kuarkan bahasa Ibunda klu tak MKP sorang aje yang paham...

Dengan riak muka mamat banyak bulu nie membuatkan kami yang duduk semeja sehinggakan ada yang tersembur teh tarik halia paling sedap kat Tamil Street nie....

Korang tengok sendirilah video nie...


MKP Ayat Sempoi : Hanya yang berkenaan aje tahu kisah yang berlaku.....



Sunday, February 3

Shit Melayus Say..........?


Melihat gelagat anak-anak muda hari ini berbahasa, sama ada lisan atau tulisan, kita kadangkala jadi terkedu. Nak tergelak pun ada; geli-hati pun ada. Kadangkala rasa pelik pun ada. Bahasa komunikasi mereka sudah jadi tak menentu. Walaupun bercakap bahasa Melayu, tetapi cara bertutur dan penggunaan perkataan-perkataan yang disebutkan ternyata sudah lari jauh menyimpang dari tata bahasa Melayu sebenarnya. 

Apa tidaknya, contohnya penekanan perkara-perkara yang terbaik atau ekstrim telah ditokok dengan 'giler'. Contohnya, kalau sesuatu yang sedap sangat sudah jadi "sedap giler"; panas yang teramat sudah jadi "panas giler",  Maka lahirlah ungkapan-ungkapan "sedih giler", "best giler", "cun giler", "buruk giler", "pedih giler"  dan macam-macam lagi.

Bila bercakap pula mengenai sesuatu yang gagah, hebat atau kuat, mereka akan menggunakan perkataan "power" bagi menunjukkan kehebatan sesuatu pekara. Misalnya "ubat yang power", "minuman power", "cun power", "masakan power", "ayat yang power" dan macam-macam "power' lagi. Dalam pecakapan harian, mereka kerap menggunakan beberapa perkataan (tak pasti sama ada ciptaan baru atau perkataan-perkataan lama) yang diubah maknanya dari yang biasa digunakan. Contohnya, "kantoi", "gerak", "lepak", "bajet", "cilok", "usher", dan banyak lagi perkataan-perkataan yang mungkin dirasa pelik, tetapi digunakan secara meluas.

Apa yang amat kita bimbangkan ialah sama ada keujudan trend berbahasa seperti ini akan mengugat jatidiri sifat Bahasa Melayu itu sendiri. Apa akan jadi pada norma dan susila berahasa Melayu yang betul yang telah kita anuti selama ini?  Adakah ini merupakan trend berbahasa bagi masa hadapan jenerasi kita, khususnya untuk beberapa dekad yang akan datang? Sudah tentu kita memerlukan orang bijak pandai dan ahli bahasa untuk menilai arah dan halatuju cara berbahasa anak-muda masakini.

Bagaimanapun, MKP masih tidak lupa percakapan seorang anak muda yang  'didengar' diperhentian bas ketika menyapa rakannya dalam loghat Kelantan: " Guanamu....Where have you been?. I wetek wetek for you so long, you din ke !!!! (bayangkan bercakap bahasa Inggeris dalam loghat Kelantan!!).

MKP terus terkedu............

Friday, February 1

KAWAN TIKAM BELAKANG SAKIT X???


Istilah kawan makan kawan atau lebih tepat tikam belakang ialah apabila sahabat telah melakukan satu perkara di luar jangkaan sahabatnya dan buat kita rasa dikhianati.Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka.

Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum.

“Pernahkah sahabat anda menikam anda daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam? Tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain.

Kawan makan kawan menjadi persoalan kepada kita semua. Mengapa ia berlaku? adakah mereka-mereka ini tidak punya perasaan?

Orang kata, bila bersahabat kita tidak boleh memilih, tetapi itu silap. Yang sebenarnya,kita kena bijak memilih sahabat kerana sahabat dapat menceriakan diri kita. Jangan sesekali kita risau tidak ada orang yang ingin bersahabat dengan kita kerana dunia ini luas dan ramai lagi yang ingin bersahabat dengan diri kita dan menerima diri kita seadanya.

Dalam bersahabat, tidak semuanya baik. Kadang-kadang sahabat ni hanya tahu bermuka-muka. Depan kita, manisnya ayat, lembut gigi dari lidah. Belakang kita, segalanya diperkatakan hingga tidak sedar yang kita telah mengaibkan individu lain.

Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun.




MKP Ayat Sempoi : Jenis hangat-hangat tahi ayam.Kawan jenis macam ni memang patut dielakkan. Mula-mula kemain lagi plan macam-macam, nak buat itu lah, nak buat ini lah, nak pergi sana la, nak pergi sini la, at last, semua benda tak jadi dan sudah pasti keluar lah macam-macam alasan dari mulut.

Saturday, January 26

AYAH JANGAN MACAM NIE!!!! SITI TAKUT.........


kisah bapa mengajak anak gadisnya masuk bilik berikut perbualan mereka

Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Siti : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Siti : Apa?!! (isk bapak aku ni..lain macam jerr)

Bapak : Bapak kata.....

Siti : Ya bapak, Siti dengar... Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.Siti pun dalam ragu-ragu tu..dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa..apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah takder sapa...tinggal diorang berdua jerr.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh heh...

Siti : Eh bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Siti pun terpaksa la duduk jugak...hati dia takleh cakap laa...berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh.. mai masuk dalam selimut bapak plak.

Siti : Apa?!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Siti : Bapak... Siti takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Siti, tengok ni

Siti tak sanggup nak tengok...dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Siti teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit-sikit. Dia pun nampak laaaa ........

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

MKP ayat sempoi : Jangan jadi Haruan makan anak sudah..semuanya pengajaran didiklah anak dengan cara yang betul....

Wednesday, January 16

VIDEO TUNJUK PUNGKOQ GANGNAM STYLE VERSI AFRICA #KL112



Video ini MKP tujukkan buat Ostad Azizan kerana berjaya mentadbir Kedah dengan menjadi boneka pada DAP..MKP buatkan pantun Khas buat Ostad Zizan.

Inilah Melayu Hulu Kapak,
Mata terbeliak tapi tak nampak,
Telinga berkepak sayangnya Pekak,
Nampak Bijak tapi Haprak,

Bangsa diketuk PAS bertepuk,
Martabat dilanyak PAS riang bersorak,
Hatta punggoqnya sendiri disepak,
PAS tertawa terbahak-bahak,

Perasan hebat walaupun diperalat,
Mendabit dada pembela umat,
Hakikat sebenar PAS pengkhianat,

Rakyat Malaysia sudah menerima perbalahan antara PAS dengan DAP sebagai satu ‘cara hidup’ iaitu akan tetap berlarutan selama-lamanya.  Satu ketika PAS akan mengalah, tetapi satu ketika lain akan membuat U-turn, tetapi tidak mustahil akan berbalah semula atas isu yang sama.  Semua ini bergantung kepada perkembangan politik semasa.  Pendek kata, perkahwinan PAS dengan DAP sentiasa dihiasi dengan dugaan dan cabaran tetapi akhirnya, PAS sebagai isteri tetap akan tunduk juga kepada kehendak suami yang chauvinis.

Dalam perbalahan mengenai isu dalam negeri-negeri jajahan PAS pula, PAS negeri seringkali terpaksa berhadapan dengan DAP Pusat secara bersendirian kerana PAS Pusat enggan menawarkan sokongan kepada PAS negeri, bagi mengelakkan masalah besar dalam perkahwinan mereka.

Dan inilah yang berlaku terhadap YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah beberapa kali.  Sebelum ini, beliau telah terpaksa bertekak dengan DAP kerana isu melarang gambar wanita tidak bertudung dipaparkan di papan tanda negeri itu, kemudiannya isu menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan dan kini isu garispanduan bagi aktiviti hiburan di tempat awam di Kedah.

Seperti juga isu-isu lain, PAS Pusat nampaknya langsung tidak cuba untuk membela Azizan dalam isu terkini ini.  Malah, kita tidak hairan jika PAS Pusat mengarahkan agar Azizan akur sahaja dengan kehendak DAP.  Ini kerana mengenali Azizan, beliau tidak akan semudah itu tunduk kepada DAP jika tidak kerana arahan dari kepimpinan PAS sendiri.

Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching menempelak garispanduan yang dikenakan Azizan sebagai tidak masuk akal, tidak boleh diterima dan tidak bijak.  Sementara exco Kedah, Tan Chow Kang dari PKR pula bertanya sinis sama ada Azizan inginkan kaum Cina di Kedah mendengar lagu-lagu komunis sahaja.

Garispanduan itu, yang dilaporkan oleh China Press and Nanyang Siang Pau mengharamkan wanita dewasa dari menyertai persembahan hiburan untuk orang awam.  Selain itu, garispanduan tersebut juga mengharamkan persembahan muzik langsung, dan hanya boleh diadakan dengan menggunakan rakaman awal (minus one).  Persembahan pula hanya dibenarkan untuk lagu-lagu berunsur agama dengan semua yang terlibat berpakaian sopan.

Kelab Penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengkritik Azizan dalam hal ini dan menganggap ia sebagai satu tindakan yang tidak peka dan tidak toleran terhadap agama dan budaya lain, serta ‘pentingkan diri sendiri’.

Apa yang menyakitkan lagi hati DAP ialah garispanduan ini dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.  Dengan garispanduan ini, tentunya perayaan Tahun Baru Cina di Kedah akan menjadi muram dan hambar.

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini memperlihatkan kekeliruan, kalaupun tidak hipokrasi yang kronik di dalam PAS.  Bukan kita tidak tahu bahawa dalam isu hiburan, PAS Kedah hanya berada beberapa langkah saja di belakang Selangor dalam perlumbaan membuka pusat-pusat hiburan baru.  Pusat Karaoke tumbuh tanpa kawalan, bagai cendawan sejak PAS memerintah Kedah, sehinggakan ada yang bersebelahan sahaja dengan surau atau masjid.   Rungutan mengenai moral anak-anak muda Kedah yang semakin buruk bagai sudah menjadi satu fenomena di kalangan ‘orang-orang lama’ Kedah, terutama di bandar Alor Setar.

Seperti yang kita sedia maklum, pusat-pusat hiburan yang menawarkan hiburan secara tertutup beroperasi secara berterusan sementara hiburan berbentuk persembahan di tempat awam dan di atas pentas pula, adalah bersifat sekali-sekala.  Berdasarkan faktor inilah maka garispanduan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kedah itu dilihat sebagai usaha untuk menunjuk-nunjuk alim dan bukannya usaha ikhlas untuk memelihara nilai-nilai moral rakyat Kedah.

Tidak mustahil, usaha menunjuk-nunjuk alim ini adalah respon kepada hujan kritikan yang tidak henti-henti menimpa Azizan kerana gagal melaksanakan pentadbiran Islam sebenar mengikut kacamata PAS.  

Azizan tidak ada pilihan selain terpaksa menghadapi seluruh parti DAP dan masyarakat Cina Kedah sekali lagi, secara berseorangan.  Jika beliau boleh mengelak dari isu balak dengan hanya bersikap angkuh atau mengelak dari isu-isu yang timbul di dalam Laporan Audit dengan mengambil sikap tak tahu, nampaknya, beliau tidak mungkin dapat mengelak isu ini dengan hanya berdiam diri.

Ini kerana, apabila ia melibatkan kepentingan DAP secara langsung, maka PAS Pusat akan memastikan Azizan tidak senang duduk selagi tidak menanganinya dengan baik tanpa menyinggung DAP.  

Hakikatnya, sehingga kini, masyarakat Cina masih keliru mengenai siapa dan apakah PAS sebenarnya dan kekeliruan itu membuatkan mereka semakin ragu-ragu untuk memberi undi kepada DAP.  Apakah benar PAS sudah terbuka?  Atau PAS hanya menyembunyikan ektremismenya untuk sementara?  Apakah DAP mampu mengekang pemikiran jumud dan ekstrem PAS mengenai agama?  Sampai bila DAP mampu mengawal PAS?   Dan apakah jaminan yang PAS tidak akan bangkit dengan lebih bersemangat sehingga mengatasi kelicikan DAP jika PR menang PRU kali ini?

Soalan yang sama juga mungkin perlu ditanya oleh Azizan kepada dirinya sendiri dan juga kepada kepimpinan PAS.  Ketahuilah oleh PAS bahawa rakyat keseluruhan juga turut menantikan jawapannya.

Thursday, December 13

VIDEO: AWEK BERBAJU PINK MENARI.........


Pada mulanya MKP ingat mereka nie hanyalah kumpulan pemuzik biasa yang berlatih untuk persembahan biasa der...Tapi bila selidik video nie balik rupanya mereka nie adalah anggota Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia beb...Nama kumpulan nie adalah Gelombang Biru...Mantop jugak persembahan mereka nie...


Saturday, December 8

VIDEO: JANGAN TIRU AKSI BERBAJU TIDUR NIE


Seorang artis agak meletop nie beraksi manja dengan baju tido der......aksinya mungkin melepaskan geram dan rasa tension agaknya...Tapi siapa kisah jika artis nie bukan dari Malaysia tapi Indonesia...Kat sana undang-undang tak ketat macam kat sini der...


Monday, November 5

ANAK MELAYU SEKARANG SUDAH BELAJAR MODERN ISLAM FAHAMAN YAHUDI...


Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh (namanya dirahsiakan)… Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..

Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin.. kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung.. dengan menaiki teksi.. membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh.. menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.

"Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi

Saturday, November 3

RAHSIA AWEK 007 BERSAMA JAM OMEGA?


Omega antara jenama besar yang menaja filem Skyfall, ia adalah contoh bagaimana kejayaan penajaan filem ala kapitalis.

Bermula dari Golden Eye (1995) Omega dan edisi khasnya Seamaster dijual puluhan ribu unit gara-gara filem tersebut.

Sejak itu, Omega menjadi jam James Bond. Ingat Omega, ingat Bond, kecuali barangkali di Malaysia, di mana apabila kita sebut jam Omega, orang lebih ingat Anwar Ibrahim. (muahaha)



Friday, November 2

JANGAN TENGOK JIKA BELUM CUKUP SYARAT 18SX



Dulu pernah ada jugak video seumpama ini disebarkan oleh pencacai-pecacai serta penjilat ANUwar.Kali nie bukan nak kata, paku dulang paku keras...Bila peliwat dan pelakon video Chinadoll kena balik dengan video yang serupa...Cuma layan aje buat penawar rasa sedih dan penghibur dimalam jumaat nie...Depa kata wajib dimalam permintaan kaum ibu nie,,,,

Wednesday, October 31

TRAGIK :AWEK SANGGUP TUNGGU DIDALAM KERETA BILA HUJAN.....


Sekarang sudah masuk musim hujan dan ramai juga yang mudah terkena demam jika terkena air hujan. Ketika kita kanak-kanak emak selalu pesan " jangan main hujan nanti demam!" jerit si emak hingga kedengaran sampai kehujung rumah jiran sebelah.

Kenapa ya kalau terkena hujan kita akan demam? Sebenarnya apa yang membuat kita demam adalah kerana perbezaan suhu pada tubuh kita. Apabila kita terkena hujan, biasanya bahagian kepala yang kebasahan ia akan menjadi lebih dingin berbanding bahagian tubuh yang lain. Sebab itu kadang kala kita akan rasa pening apabila terkena hujan. 

Monday, October 29

VIDEO : JANGAN TENGOK BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN





Video kat atas nie dengan kat bawah nie sama aje perilaku mereka......Tonton sampai habis baru boleh menghayati apa yang berlaku....Politik dan artis sama aje bagai aur dengan tebing karektor mereka...Cakap tarak serupa bikin tapi nak menipu pandai....alahai politik dua kupang Malaysia...

Thursday, October 25

JANGAN TENGOK AKSI MASKOT NIE 25SX

Fuh!! Untung la jadi maskot buat apa pon orang tak kisah..jeles pon ada tengok gambar-gambar ni..jom ramai-ramai apply jadi maskot..



Tuesday, October 23

CARA ZUHUD "PHONE LOCK"

Aku percaya mesti hampa semua ada pengalaman dengan tipon-tipon yang canggih ni pada masa lampau...time tu sapa pakai jenis memang "king" ar...bila dok belek-belek balik lawak lak aku tengok tipon-tipon ni...memang legenda la tipon ni...lani aku nak share ngan hampa koleksi tipon-tipon ikonik ni~


Friday, October 19

FOTO HOT ROZITA PULAK TERSEBAR?


Biar betul benda macam nie pulak tersebar dan hangat diperkatakan didalam alam maya....Jika tengok sekali imbas memang ramai akan berkata wanita dalam gambar ini mirip Rozita Che Wan. Tetapi tuan badan sudah memberikan kenyataan balas.

SEMUT OH SEMUT?



Jika kita perasan, semut merupakan serangga yang sering bergerak dalam satu barisan yang panjang . Ada kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula dengan semut yang lain, 
kita akan dapat melihat mereka akan berhenti untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi? Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain.


Thursday, October 18

SALAHKAH JIKA SUAMI SUKA KE DANNOK?



Suami jika terlalu ditekan dan sentiasa dikongkong oleh isteri, lazimnya bersifat memberontak.

"Saya ada kawan, isteri dia memang queen control gila babi. Contohnya, apabila sesekali suami pergi minum teh tarik di kedai mamak bersama rakan, dia akan telefon berulang kali. Bila hendak balik? Tanyanya. Suami itu pun balik dengan wajah monyok dan kekadang berasa malu dengan rakan lain. Entah macamana, kawan saya itu dihantar berkursus oleh majikan ke Kedah. Sebaik terlepas, dia terus ke Danok, Thailand. Dua pelacur sekali dirembatnya," ujar rakan.

Ya! Itu kisah benar.

Jadi usah terlalu memuji suami dan isteri orang lain secara membabi buta kerana kita tidak mengetahui kelakuan sebenar mereka.

Hargai pasangan seadanya.

Saturday, October 13

‘Anu’ Bengkak Pakai Gelang

Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan. KLIK

Pelakon kat atas nei pakai benda tue jugak ke?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive