Seperti yang MKP laporkan semalam KLIK hari ini telah berlangsung sidang media mengenai dakwwan surat palsu yang telah digunakkan oleh YB Penipu Pakatan Rakyat.Ternyata mereka terdesak dan mencari isu untuk menyerang JPM dan KDN...
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata surat arahan agar pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah, yang didakwa dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said, adalah palsu.
Hishamuddin berkata, Jariah akan membuat laporan polis hari ini bagi menyiasat tuduhan itu.
"Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.
"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.
Hishamuddin berkata demikian bagi menjawab tuntutan penjelasan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam yang mendakwa JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.
Surat bertarikh 14 Disember itu diedarkan kepada semua pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment