Thursday, January 31

SAH MEMANG MAZFUZ GUNA SURAT TIPU.........


Seperti yang MKP laporkan semalam KLIK hari ini telah berlangsung sidang media mengenai dakwwan surat palsu yang telah digunakkan oleh YB Penipu Pakatan Rakyat.Ternyata mereka terdesak dan mencari isu untuk menyerang JPM dan KDN...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata surat arahan agar pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah, yang didakwa dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said, adalah palsu.
 
Hishamuddin berkata, Jariah akan membuat laporan polis hari ini bagi menyiasat tuduhan itu.  
 
"Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.
 
"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.
 
Hishamuddin berkata demikian bagi menjawab tuntutan penjelasan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam yang mendakwa JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.
 
Surat bertarikh 14 Disember itu diedarkan kepada semua pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.