Thursday, January 31

KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG MENGAMUK PULAK DAH .......


Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang berhubung rumah mampu milik yang telah diumumkan oleh Guan eng semalam.

Pemuda UMNO PP meragui keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang terutamanya LGE yang mengumumkan pendaftaran untuk rumah mampu milik di batu kawan dan jalan SP Chelliah. Sepatutnya LGE membina lebih banyak rumah  kos rendah dan bukannya mengelirukan rakyat dengan tema RUMAH MAMPU MILIK tetapi pada hakikatnya tidak mampu dimiliki oleh rakyat miskin PP .

Antara keraguan yang menjadi persoalan rakyat PP adalah Mengapa masa yang diambil hampir 5 tahun untuk mengumumkan pendaftaran sedangkan pengumuman untuk membina perumahan di Batu Kawan dan SP Chelliah telah mengambil masa lebih setahun. Pemuda meragui bahawa pelan pembangunan telah diluluskan oleh PBT kerana didapati tiada rekod pelan pembangunan diluluskan bagi kedua dua tapak.

Mengapakah harga yang ditawarkan dikedua-dua tempat hanya melibatjkan rumah kos sederhana dan sederhana rendah?Dimanakah rumah kos rendah?Harga yang ditawarkan juga amat tinggi dan menampakkan bahawa LGE masih mengambil untung daripada rakyat miskin PP apabila harga yang ditawarkan masih tinggi berbanding kos pembinaan.Adakah ini adalah gimik pilihanraya LGE melalui PDC untuk menutup pengkhianatan mereka terhadap rakyat miskin  tidak mampu PP selama 5 tahun memerintah yang hanya tahu menjual tapak rumah kos rendah taman manggis dan perumahan mampu milik di bayan mutiara.

Rakyat yang berpendapatan RM5000 sebulan pun akan merasa perit untuk memiliki rumah kos sederhana bernilai RM 400 ribu ,Bagaimana pula dengan mereka yang miskin tegar yang mana kononnya telah dihapuskan oleh LGE apabila mengumumkan bahawa minimum pendapatan rakyat pulau pinang akan dijadikan RM770 untuk hilangkan miskin tegar? Apakah harga rumah  mampu milik mereka? bukankah mereka sepatutnya diberikan rumah kos rendah.

Terbukti LGE amat licik menipu rakyat miskin pulau pinang apabila telah mengumumkan pembinaan rumah mampu milik dan pendaftaran rumah mampu milik yang masih belum diluluskan sedangkan yang rakyat sebenarnya mahu memiliki rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang perlu diukur daripada garis kemiskinan rakyat miskin  bukannya nasihat perunding pakar daripada luar negara yang tidak tahu tahap kemiskinan rakyat. Sudah sampai masa LGE dan sekutunya DIAJAR DALAM PRU13.

Ir.Dr.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP



1 comment:

  1. Ini bukan ketua MIC ka bro?mcmna Melayu umno P.pinang boleh silap pilih ni..bodoh ka apa?

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.